Anda di halaman 1dari 10

Peperiksaan untuk boilerman gred 2

Boiler
Dandang stim: satu bekas tertutup di mana didalamnya mengandungi media (air) yg
dipanaskan oleh suatu bahanapi utk menghasilkan stim yg tekanannya lebih tinggi drpd
tekanan udara.
Termasuk juga mana2 pemanas air (economiser) dan pemanas stim (super heater).
1. Jenis dandang stim di bawah jagaan:
Nama: FULTON 10E, tiub api
No. Boiler: B524
Saiz: 10 HP
Keupayaan: 160 kg/j pada 100 darjah selsius
TKS (ASWP): 8.6 bar / 125 psi
Luas permukaan pemanas: 2.79 meter persegi
Tekanan hidrostatik: 17.2 bar / 250 psi
Kapasiti air: 86 liter
2. Jenis2 dandang lain ialah dandang tiub air (water tube boiler).
3. Kelebihan fire tube boiler:
a) bersaiz kecil
b) tidak memerlukan boiler room yg besar
c) mudah alih
d) tiub mudah dibersihkan (lurus)
e) murah
4. Kelebihan water tube boiler:
a) mengeluarkan stim yg byk
b) tekanan tinggi utk jlnkan jentera
c) lebih selamat (drum tidak kena api)
d) mudah masuk utk pemeriksaan
e) cepat dapat stim, kecekapan tinggi

5. Bhg2 penting fire tube boiler ialah:


a) furnace - tempat pembakaran
b) shell - dinding dandang
c) burner - pembakar
d) tube - tiub
6. Bhg2 penting water tube boiler ialah:
a) ID fan - induced draft fan, udara
b) FD fan - forced draft fan, gas
c) mud and steam drum
d) header - small 'water drums'/'tube end'
e) baffle - gas guide/guide plate
f) soot blower - blow out carbon in furnace
7) Keperluan org menjaga bagi dandang stim di bawah peraturan2 kilang dan jentera 1970:
Heating surface area (f)
Per.incharge
Hs<= 500
2nd grade ED
500<Hs<=2000
1st grade ED
2000<Hs<=5000
1st grade ED, +
2nd/1st VE
5000<Hs<=100000
2nd/1st SE
10000<Hs<=25000
1st SE +2nd/1st
SE if > 1 boilers
25000<Hs<=50000
1st SE + two 2nd
/1st SE if > 1
boiler
>50000
1st SE + 2nd/1st
SE per shift
8) Jenis dandang yg tidak memerlukan penjaga dgn perakuan kelayakan:
a) Elektrod boiler
b) Steam tube oven
c) Autoclave
d) Boilers where steam is retained internally
9) Peraturan tukar shift:
a) Lengkapkan buku log boiler dan tunggu boilerman baru dtg
b) Boilerman baru dtg semak buku log dan baca dgn teliti sebarang masalah/kerosakan yg
berlaku.
c) Boilerman yg baru masuk juga mesti memeriksa keadaan boiler beroperasi dgn baik, tiada
kebocoran, pepasangan mustahak berfungsi dgn baik dll.
10) Misconduct, salah laku:
a) Mabuk
b) Tidur
c) Meninggalkan boiler tanpa pengganti
d) Tidak melaporkan kejadian berbahaya/kerosakan

e) Menyebabkan kerosakan kerana lalai


11) Pemilik kilang yg nak mengimport used boiler drpd luar negara perlu membuat:
a) Permohonan kelulusan rekabentuk dgn mengemukakan 3 salinan lukisan dan perkiraan
mengikut kod2 yg diiktiraf.
b) Laporan pemeriksaan badan berkuasa yg terakhir.
12) Pepasangan/Fittings Wajib 13:
a) Safety valve
b) Pressure gauge
c) Inspector gauge attachment
d) MSV
e) Water gauge
f) Water feed pump
g) Water check valve
h) Low water alarm
i) Low water fuel cut off
j) Fusible plug
k) Name plate
l) Registration plate
m) Blow down valve
13) Fungsi safety valve ialah utk menjaga keselamatan boiler dgn cara mengeluarkan tekanan
berlebihan dalam steam drum, dgn perkataan lain mengawal tekanan supaya tidak melebihi
TKS yg dibenarkan.
14) Bahagian2 penting safety valve ialah:
a) Seat - seal utama yg menutup/buka valve
b) Shaft/spindle - menekan/sambung pada seat
c) Spring - menekan spindle dan seat utk menutup laluan stim
d) Housing -spring housing
e) Adjusting nut - setting nut
f) Jam nut -lock nut
g) Test lever
15) Cara setting safety valve ialah dgn melaraskan adjusting nut sehingga apabila safety valve
di blow, bacaan tekanan pada gauge menyamai TKS yang ditetapkan. Kemudian ketatkan jam
nut.
16) Antara kerosakan yg boleh berlaku pd safety valve ialah apabila valve melekat pada
seatnya. Ini disebbkan oleh;
a) valve seat kotor, berkarat
b) spring tidak berfungsi dgn baik
17) Fungsi Fusible plug ialah utk menjaga keselamatan boiler dgn memberi amaran dgn
membebaskan stim apabila air berkurangan. Fusible plug akan cair apabila air sudah jatuh
daripada paras fusible plug.

18) Fusible plug biasanya dipasang pada bhg paling atas ruang pembakaran dalam dandang
tiub air dan pada tahap air paling minima diperlukan dlm dandang tiub api.
19) Pressure gauge akan memberikan bacaan tekanan stim didlm dandang. Garis pusat
minima gauge ialah-6 inci
20) Kedudukan pressure gauge ialah pada bhg atas steam drum dan mudah dilihat dari tempat
boilerman berada.
21) Jika TKS ialah 250 psi, maka sukatan bacaan maksima pressure gauge yg dibenarkan
ialah 250 psi.
22) Water gauge akan memberikan maklumat kedudukan paras air didlm boiler
23) Sebelum menguji water gauge, pastikan;
a) Cermin pengadang pada gauge glass dipsng
b) Gunakan sarung tgn dan ppe yg sesuai
c) Pastikan tiada org berhampiran paip keluaran stim dan air panas
d) Pastikan tekanan tidak terlampau tinggi
e) Pastikan kedudukan cock2 adalah betul, air setengah gelas
24) Cara ujian water gauge;
a) Tutup steam cock, tutup water cock, buka drain cock
b) Buka steam cock, tutup water cock, steam akan keluar
c) Tutup steam cock, buka water cock, air akan keluar
d) Tutup drain cock, buka steam cock, buka water cock, air kembali
25) Hi/Low water alarm ialah utk memberi amaran kpd boilerman apabila air melebihi tahap
minima atau maksima.
26) Low water cut off berguna utk memadamkan burner apabila air berkurangan atau surut ke
paras minima.
27) Kerosakan yg perlu dilaporkan kpd DOSH:
a) Meletup
b) Kegagalan bahan struktur
c) Kekurangan air
d) Plug timah cair/pecah
e) Tiub pecah
28) Semasa hendak commissioning boiler baru; Bersihkan boiler daripada habuk2 besi,
welding rod, kain dan sbgnya. Grease dan minyak juga perlu di cuci.
29) Boiling out boiler baru dilakukan dgn:
a) mengisi air ke paras 3/4 boiler, dan masukkan caustic soap dan soda ash
b) Jalankan boiler hingga air menggelegak selama 4-8 jam.
c) Sejukkan dan buang air didlmnya

30) Bagaimana menaikkan/up-kan boiler baru: Jgn panaskan dgn cepat


31) Akta dan peraturan mengawal operasi boiler bertujuan untuk menentukan keselamatan
penggunaan boiler dari segi boilerman, pepasangan dan pengendaliannya.
32) Selepas paras air diperiksa dan dipastikan, apakah langkah seterusnya:
- pastikan perkakasan lain juga berfungsi dgn baik spt pump, blowdown valve, burner dan
lain2
33) Bagaimanakah pembakaran bahan bakar itu dikatakan baik:
- dengan melihat secara visual api yg sedang membakar dan tiada asap hitam.
34) Pembakaran sempurna penting supaya mendapat kepanasan yg sesuai dan tidak
menggunakan terlalu byk bahan bakar yg boleh menjejaskan kos operasi.
35) Pembakaran yg baik ialah apabila campuran oksigen dan bahan bakar dijaga pada tahap
yg ditentukan.
36) Paras air perlu sentiasa dijaga supaya boiler beroperasi dgn selamat iaitu boiler tidak
terlalu panas (air terlalu kurang) sehingga boleh berlaku kerosakan dan membahayakan.
37) Mengawal paras air secara manual:
- air terlalu byk : blow down
- air kurang : jalankan pam
39) Bahagian luar tiub bagi sebuah water-tube boiler boleh dicuci dgn sistem sootblower.
40) Antara kegunaan buku log boiler ialah utk merekodkan butir2 operasi spt nombor boiler
yg beroperasi, tekanan steam, jumlah blowdown, masa mula dan berhenti, chemical dosage,
fuel usage, kecacatan, kerosakan dll.
41) Cara menghidupkan api burner secara selamat ialah mengeluarkan wap2 bahanapi yg
berlebihan dgn cara menjalankan FD fan.
42) Langkah keselamatan oil-fired boiler:
a) Pastikan tiada kebocoran pada saluran minyak
b) Tiada bahan mudah terbakar sekitar boiler
c) Jenis bahanapi yg sesuai digunakan
43) Apa perlu buat jika feedpump tiba2 stop:
a) Pastikan paras air mencukupi apabila pam berhenti
b) Padamkan api dahulu sebelum repair pam
44) Sebab2 kekurangan air:
a) Boiler mengalami kebocoran
b) Pump rosak

c) Blowdown valve tidak ditutup rapat


d) Tangki air kosong
45) Carry-over ialah apabila air atau buih memasuki paip stim. Boleh berlaku jika:
a) Paras air terlalu tinggi
b) Water treatment tak betul
c) Over drying
46) Water hammer berlaku apabila steam yg dibuka secara tiba2 menolak kumpulan air yg
bertakung didlm paip yg akan bergerak laju. Ini boleh dielakkan dgn membuang air dgn
membuka paip drain.
47) Jika tiub pecah semasa beroperasi:
a) Padamkam api
b) Beritahu bahagian proses
c) Tutup MSV
d) Laporkan pada pengurusan
e) Laporkan pd JKKP
Rawatan Air / Water Treatment
1) Tujuan rawatan air ialah:
a) Memanjangkan hayat dandang
b) Mencegah scaling pd permukaan panas
c) Mengawal jumlah enap-cemar dlm air ddang
d) Mengurangkan hakisan
e) Mengurangkan berlakunya bawa sebelah
f) Mencegah rapuh kostik pd plat sambungan dandang
g) Menghapuskan oksigen terlarut
h) Mengeluarkan kotoran umum spt gas2 larut, kekerasan dan bendasing
2) Kotoran yg terdapat dlm air sungai adalah spt:
a) Lumpur - bahan tidak larut
b) Hardness - calsium dan magnesium bahan larut
c) Silica, gas (O2, CO2)
d) Bahan2 larut - pasir
3) Air sungai tidak sesuai utk digunakan secara terus kerana kekotoran yg ada boleh
menyebabkan:
a) Scaling
b) Tiub tersumbat
c) Carry-over
d) Corrossion
4) Terangkan:
a) Scalling ialah - selaput yg membaluti dalaman tiub disebbkan lumpur atau hardness
b) Pittiing ialah - lopak2 lubang yg kecil pada tiub yg disebbkan oleh oksigen
c) karat ialah - satu hakisan berterusan apabila kandungan oksigen berlebihan dlm air,

cara mengatasi karat dan pitting ialah dgn menggunakan daerator dimana oksigen dan gas2
terlarut dibuang dan air dipanaskan. Jgn menyimpan air terlalu lama didlm boiler.
5) Utk mengelakkan masalah scale dan pitting, mutu air perlu dibaiki dgn cara:
a) External treatment - perbersihan air yg dtg drpd sungai, kolam dll dgn cara menapis dan
melembutkannya.
b) Internal treatment - rawatan air menggunakan kimia yg dicampurkan kedlm air dlm boiler
6) Secara ringkasnya, air sungai di pam kedlm kolam pemendapan dan dipam pula ke sand
filter. Dari situ dipam pula ke softener kemudian dipam pula ke tangki dan dari tangki dipam
pula deaerator seblm masuk ke steam drum.
7) keterangan alat/proses:
a) sand filter : menapis kotoran spt lumpur dll
b) softener: melembut air dgn membuang larutan calcium dan magnesium.
c) deaerator/penyahudaraan: memanaskan air, membuang oxygen dan lain2 gas terlarut dlm
air. Terdapat 2 jenis penyahudaraan iaitu stim/pemanasan dan hampagas.
8) Bahan2 kimia yg digunakan:
a) sodium sulphite - mengurangkan oxygen
b) phosphate - mengurangkan scale
c) calcium hydroxide/alkali - melembutkan air dan mengurangkan oxigen/corrosion
d) sodium carbonate/sludge conditioner - melicinkan permukaan tiub, senang blowdown
9) Cara melakukan perawatan ialah dengan menyesuaikan kuantiti setiap bahan kimia
berdasarkan pada analisa sampel air:
Spec kualiti air boiler:
a) phosphate
5-20 mg/l
b) caustic alkaliniti
40-120 mg/l
c) total alkaliniti
100-200 mg/l
d) silica
<100 mg/l
e) sulphite
30-50 mg/l
f) suspended solid
<200 mg/l
g) total dissolved solid
<1000 mg/l
(TDS)
pH, 10-12 : kadar kepekatan ion hidrogen dlm air
10) Blowdown penting utk mengurangkan kotoran termendap di dalam tangki air boiler /
mengurangkan kotoran dlm air
11) Cara blowdown yg betul ialah:
a) Bergantung kpd TDS
b) 2-4 jam sekali

Hydrostatic Test (HT)


Tujuan ialah utk mempastikan kekuatan struktur bahan dan penyambungnya:
a) Boiler baru
b) Repair
c) Pindah
d) Setiap 7 tahun sekali
Cara:
a) blank semua valve
b) masukkan air sehingga penuh
c) buka air cock supaya udara dlm boiler dpt keluar
kemudian tutup.
d) pam HT sehingga 1.5 kali design pressure
e) tunggu 30 min sambil disaksikan pegawai pemeriksa JKKP
Soalan2 JKKP;
1. Apakah fungsi dan tugas JKKP?
- mewujudkan satu budaya kerja yg selamat dan sihat di tempat kerja.
2. Apakah undang2 yg berkaitan dgn boiler?
- akta kilang dan jentera 1967:
a) seksyen 14 : boiler mesti dibina dan direkabentuk dgn selamat.
b) seksyen 19 : boiler mesti mempunyai sijil perakuan kelayakan yang sah utk beroperasi
c) seksyen 29 : boiler mestilah dijalankan oleh orang yg berkelayakan.
d) seksyen 40 : boiler mesti diperiksa oleh JKKP setiap 15 bulan sekali
Boiler preparation for DOSH inspection:
a) Remove water column, water gauge and probe
b) Remove feed water tube
c) Remove blowdown tube
d) Open handholes
e) Remove safety valves
f) Remove burner unit
g) Bersihkan semuanya
h) Siapkan semuanya utk dipamerkan dan diperiksa
utk boiler industry:
a) beritahu bahagian proses
b) shutdown boiler dan tutup msv
c) biarkan boiler sejuk secara perlahan2
d) kemaskan bilik boiler
e) setelah sejuk, bukan pintu depan dan bakang fire-side dan bersihkan karbon2 disitu
f) buang semua air dalam boiler dan buka semua valve, bersihkan dan pamerkan utk
pemeriksaan
g) bersihkan bhg dlm dan keluarkan semua kekotoran.
h) buat pemeriksaan utk mengesan masalah utk diberitahu kpd pegawai jkkp

Soalan JKKP lagi;


Jika safety valve blow:
1) tgk gauge
2) jika melebihi TKS bermakna over pressure, periksa api jika masih menyala, padamkan dan
periksa kenapa tidak cut off burner. Jika tidak monitor api sehingga dibaiki.
3) jika tidak melebihi TKS bermakna safety valve spring patah. Buat emergency shutdown.
Shutdown end-user equipment, off burner, blow down.
4) Jika tidak nampak paras air dalam gauge glass bermakna samada air tiada atau terlalu
penuh. Utk confirm, buka test cock dan tgk apa yg keluar. Beritahu bahagian proses/user tutup
msv dan shutdown. Kena lapor pada JKKP.
5) Jika glass gauge pecah, tutup gauge glass dgn guni basah, tutup steam dan water cock.
Gunakan satu lagi gauge jika terpaksa. Tukar selepas keadaan terkawal.
Kejadian boiler bulging:
Safety alert ini ditulis bagi memberi kesedaran kepada umum, orang yang kompeten, para
pekerja yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan penggunaan, pengendalian
dan penjagaan dandang stim akan kejadian berbahaya yang melibatkat seunit dandang stim
yang digunakan. Kejadian ini berlaku berkemungkinanan disebabkan oleh beberapa punca
seperti low water, furnace nozzle missalignment, dan juga pembentukan scales pada
dinding furnace dibahagian air serta tidak diselenggaran dengan betul dan prosedur
keselamatan dan pengendalian yang telah ditetapkan oleh JKKP tidak dipatuhi dengan baik.
Tanggungjawab orang yang kompeten bagi menjaga jentera ini amat penting diambil
perhatian oleh pihak majikan dan juga pegawai keselamatan dan kesihatan bagi mengelakkan
perkara seperti ini berulang. Walaupun, penjaga dandang setim berdaftar[orang yang
kompeten] adalah bertanggungjawab sepenuhnya keatas dandang setim yang beroperasi,
namun pemantauan dari pihak majikan dan pegawai keselamatan dan kesihatan akan samasama memastikan segala prosedur serta langkah keselamatan telah dipatuhi daripada semasa
ke semasa.
Langkah-langkah pencegahan:
1) Kejadian seperti ini boleh berlaku jika air yang digunakan oleh dandang stim tidak
menggunakan kaedah perawatan air yang betul dan ini boleh mengakibatkan
pembentukan scale layer pada permukaan furnace di bahagian water side.Maka arahan dalam
laporan makmal daripada majikan atau firma yang menjalankan rawatan akhir hendaklah
diteliti dan dipatuhi oleh penjaga dandang setim.
2) Kejadian sebegini biasanya akibat fenomena pemanasan setempat atau localised heating,
dimana pemindahan haba dari bahagian furnace kepada air melalui dinding keluli berlaku
dengan kadar yang lebih tinggi daripada biasa pada sesuatu kawasan. Ini boleh disebabkan
seperti berikut semasa punca api menumpu pada sesuatu titik tersebut atau pada kawasan
tersebut:
a) Tiada media yang menerima pemindahan haba dari furnace (contohnya kawasan yang
mengalami low water);

b) Pembentukan scale layer yang menghalang pemindahan haba terus dari relau[furnace]
kepada air menyebabkan haba bertumpu pada kawasan yang terbentuknya lapisan scale;dan
c) Misalignment pada burner nozzle yang mengakibatkan semburan api menumpu pada satu
titik.
3) Oleh itu diharap agar pihak majikan dan pekerja haruslah sentiasa menjalankan
pemantauan dan penyelenggaraan berkala keatas dandang stim. Penjaga dandang setim
hendaklah menguji semua peranti keselamatan seperti tolok air,kawalan Mobrey,blowdown
valve, burner cut-off, safety valves,feedwater pump, pressure cut-off switch semasa dandang
setim dijalankan dan melapurkan sebarang kerosakan kepada majikannya.