Anda di halaman 1dari 11

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU

KURSUS DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

MACH 1113
KESIHATAN KOMUNITI
____________________________________________________________________________
ASSIGNMENT (TUGASAN 10%)
(TAJUK ASSIGNMENT)

KESIHATAN PEKERJAAN

MOHAMMAD NAZRUL BIN JUNAIDY

(910408-12-5951)
BPP2012-7173

SESI AKADEMIK: JULAI 2012

PENGENALAN
MAKSUD KESIHATAN
Bebas dari kemungkinan risiko dan kemudaratan (ISO/IEC 2)
PERBEZAAN:KESELAMATAN-Selalu berkaitan dengan pencegahan kemalangan terutamanya menglibatkan
kecederaan fizikal.Ia melibatkan kawalan risiko dari bahaya mesin,elektrik dan bahan toksik
KESIHATAN-Dilihat sebagai pencegahan penyakit dalam jangka masa yang lama.Ia
melibatkan pengurangan risiko dari bahaya kimia,fizikal,dan egen biologi yang menyebabkan
penyakit.
OBJEKTIF SPESIFIK TOPIK:

Menerangkan visi/misi dalam Kesihatan Pekarjaan.

Menyenaraikan jenis-jenis aktiviti yang dijalankan dalam Kesihatan Pekerjaan.

Menerangkan peranan Penolong Pegawai Perubatan dalam Kesihatan Pekarjaan.

DEFINISI
KESIHATAN PEKERJAAN
Kesihatan Pekerjaan bertujuan:Mempromosi dan Menyelenggaraan tahap tertinggi
fizikal, mental dan kesejahteraan sosial pekerja dalam sesuatu pekerjaan;
mencegahan di kalangan pekerja dari risiko kesihatan yang disebabkan oleh
keadaan mereka bekerja;melindungan pekerja daripada risiko akibat daripada
faktor-faktor yang buruk terhadap kesihatan mereka; menempatkan dan
menyelenggara kerja dalam persekitaran pekerjaan yang disesuaikan kepada
keupayaan fisiologi dan psikologi; dan, untuk meringkaskan, adaptasi kerja
kepada manusia dan setiap manusia kepada tugasnya.
(ILO/WHO)

VISI
Ke arah sebuah negeri yang sihat dan produktif melalui promosi kesihatan para pekerja dan
alam sekitar yang bersesuian serta mesra pengguna bagi mencegah penyakit-penyakit
pekerjaan dan alam sekitar supaya kesihatan optima setiap individu dapat dicapai.

MISI
Untuk mempromosikan persekitaran yang sejahtera dan taraf kesihatan yang berkualiti
melalui pengenalan, taksiran, pencegahan, kawalan dan pengurusan isu-isu kesihatan
alam sekitar, penyakit, kecederaan dan ketidakupayaan yang disebabkan oleh interaksi
diantara manusia dan pekerjaan dengan menggalakkan dan mempromosi kajian terhadap
bahan-bahan hazad yang merbahaya kepada kehidupan manusia dan persekitaran.

OBJEKTIF
OBJEKTIF UMUM:Untuk mempertingkat dan mengekalkan keadaan kesihatan fizikal, mental dan sosial para
pekerja dalam semua sektor pekerjaan pada tahap yang optimum dan mewujudkan
suasana persekitaran yang sihat dan selamat bagi mengurangkan kejadian penyakitpenyakit akibat pekerjaan dan persekitaran.

OBJEKTIF KHUSUS:

Memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan pekerjaan bagi anggota kesihatan berisiko


tinggi.

Mempertingkatkan perkhidmatan klinikal kesihatan pekerjaan di semua peringkat


institusi kesihatan dengan peningkatan kes-kes rujukan penyakit pekerjaan.

Memperkukuhkan sistem notifikasi dan surveilan kemalangan di tempat kerja di


kalangan anggota kesihatan dan penyakit pekerjaan termasuk keracunan bagi semua
kes kesihatan pekerjaan.

Memantau kes-kes kecederaan tercucuk jarum (Needlestick Injuries) di kalangan


anggota kesihatan.

Mempertingkatkan

aktiviti

Audit

Keselamatan

dan

Kesihatan

Pekerjaan

dan

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di semua institusi kesihatan.

Memantau kesihatan persekitaran di tempat-tempat awam utama seperti sekolah, Pusat


Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan depot tahanan.

Memperkukuhkan

sistem

tindakan

menghadapi

banjir

dan

bencana

dengan

mengemaskinikan pelan tindakan peringkat negeri dan daerah.

Meningkatkan kesedaran anggota kesihatan dan masyarakat mengenai kesihatan


pekerjaan dan persekitaran melalui sebaran promosi kesihatan maklumat.

Meneruskan dan mempertingkatkan kolaborasi dengan agensi-agensi kerajaan dan


bukan kerajaan berkaitan kesihatan pekerjaan dan persekitaran.

JENIS-JENIS AKTIVITI KESIHATAN PEKERJAAN


AKTIVITI:
Survelens Penyakit Pekerjaan
Surveilens penyakit pekerjaan telah dimulakan pada bulan Jun 1997.Jenis penyakit yang perlu
dinotifikasi ialah keracunan kimia dan pestisid, penyakit respiratori pekerjaan (occupational lung
disease), penyakit kulit pekerjaan (occupational dermatoses) dan kecederaan di kalangan
anggota kesihatan KKM.

Promosi Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan


Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP).Objektif MKKP ialah untuk
menyampaikan informasi dan meningkatkan kesedaran semua anggota kesihatan mengenai
amalan budaya kerja yang sihat dan selamat serta sentiasa prihatin terhadap kesihatan diri.

AKTIVITI LAIN:

Kursus Kempen Cara Hidup Sihat Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan

Ceramah Keracunan Kimia oleh Pusat Racun Negara

Kursus Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Anggota Vektor

Kursus Kesihatan Pekerjaan di Kalangan Anggota Jururawat

Penerbitan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Kajian tabiat merokok di kalangan anggota kesihatan

Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Pekerjaan

Klinik Kesihatan Pekerjaan

Program Jaminan Kualiti (Quality Assurance)

Pemeriksaan Tahap Kesihatan Anggota Kesihatan

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN

PERINGKAT PRIMER:

Penolong Pegawai perubatan akan melakukan pencegahan awal dengan

mengadakan promosi kesihan dan pendidikan kesihatan kepada pekerja-pekerja

untuk memaklumkan kepentingan dan kebaikan untuk menjaga kesihatan dalam

pekerjaan.

PERINGKAT SEKUNDER:

Dalam peringkat ini,rawatan akan di berikam oleh Penolong Pegawai Keselamatan


kepada pekerja yang menghadapi masalah dalam pekerjaan dengan memberi
perkhidmatan kaunseling dan juga membuka klinik kesihatan.Rawatan terhadap
mereka yang menghidapi penyakit dalam pekerjaan.
PERINGKAT TERSIER:
Dalam peringkat ini pula,rawan susulan akan diberikan kepada pekerja-pekerja
yang mengalami masalah apabila rawatan dalam peringkat sekunder tidak dapat
membantu dalam merawat penyakit dan masalah yang dihadapi oleh mereka.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya,Kesihatan Pekarjaan membantu memberi pengetahuan dan cara
Bagi menggelakan berlakunya kecelakaan dalam menjalankan pekerjaan.Pelbagai program
Yang telah di lakukan oleh Kementerian Kesihatan bagi mengatasi masalah yang berlaku dalam
Pekerjaan.Oleh itu,masyarakat harus memainkan peranan mereka dalam mematuhi etika-etika
Keselamatan yang di berikan oleh Kementerian.

RUJUKAN

Phoon .W.O and Chen P.C.Y. ( 1987 ) Text book of Community Medicine In South East
Asia USA. A Simon &
Schuster Company.

Joyce. M.Black and Jane Hokanson Hawks ( 2001 ) Medical-Surgical Nursing clinical
management for Positive
outcomes, 7th Edition by Elsevier Saunders, St Louis,Missouri USA..

KKM ( 2003 ) Buku Panduan Pembantu Perubatan Kesihatan Awam,Bahagian


Pembangunan Kesihatan Keluarga JPA.

Ewles and Simnett ( 1994 ) Promoting Health 4th Edition by Middlesex Scutari Press

PENHARGAAN

Asalammualaikm,pertama sekali setinggi penghargaan diucapkan kepada Kolej Sains


Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu, KSKB K.K. Kerana memberi peluang kepada pelatih
pembantu perubatan untuk menjalankan tugasan subjek sains komuniti berkenaan dengan tajuk
Kesihatan Pekerjaan. Ribuan terima kasih juga kepada tenaga pengajar pembantu perubatan
sem 1, Encik Rozzan Bin Edinin selaku pengajar yang bertauliah dan bertanggungjawab
memberi tunjuk ajar saya semasa menyiapkan tugasan individu seperti yang diarahkan.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak kedua
yang menjadi tulang belakang saya dalam memberikan sokongan yang proaktif ialah keluarga
saya diatas bimbingan, nasihat dan keperluan materialistik yang diberikan sehingga saya dapat
menyiapkan tugasan seperti yang diarahkan.

Kepada kawan-kawan seperjuangan saya, saya mengucapkan terima kasih diatas


bantuan pendapat dan idea yang interaktif dan kerjasama yang proaktif dihulurkan kepada
saya. Jasa baik rakan-rakan semua amatlah saya hargai dan hasilnya saya berjaya
menyiapkan tugasan ini seperti tarikh yang dirancang.

Terima kasih di atas bantuan kesemua pihak, jasa baik dan pengorbanan semua amatlah kami
hargai.

ISI KANDUNGAN
BIL
1

PEKARA
Penghargaan

MUKA SURAT
1

Pengenalan

Definisi

Visi/MIsi

Objektif

Jenis-Jenis Aktiviti

6-7

Peranan Penolong Pegawai Perubatan

Rumusan dan Rujukan