Anda di halaman 1dari 2

Bincangkan teori-teori perkembangan fizikal berdasarkan ahli-ahli

psikologi
PENGENALAN
Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar pertumbuhan bahagian-bahagian
badan, fungsi anggota-anggota badan dan perawakan manusia (Woolfolk& Margetts, 2007). Semasa
pembesaran,kanak-kanak akan mengalami perubahan dalam ketingglan, berat badan, menjadi lebih kuat dan
dapat melibatkan diri dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.
Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara langsung dan tidak langsung
(Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya
keupayaan mereka bersaing dengan rakan sebaya dalam sukan atau permainan. Jika kanak-kanak tersebut tidak
dapat bersaing, la mungkin mengakibatkan mereka disisih daripada kumpulan rakan sebaya mereka. Secara tidak
langsung, perkembangan fizikal mempengaruhi keyakinan terhadap diri sendiri dan orang lain. Penyisihan kanakkanak daripada kumpulan mungkin mempengaruhi perkembangan personalitinya.
Pertumbuhan, kemahiran psikomotor, struktur badan dan otak menjadi asas kepada perkembangan
kognitif dan emosi.

PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL


1. Prinsip asas dalam perkembangan fizikal:
Perkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki. Selepas kelahiran, saiz kepala seorang bayi
berkembang dahulu diikutl dengan perkembangan badan, kaki dan tangan. Seorang kanak-kanak dapat
mengawal pergerakan kepalanya terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan lengan dan seterusnya kaki.
Seseorang bayi dapat mengawal pergerakan kepala dan ekspresi muka dalam masa dua bulan selepas lahir.
Dalam beberapa bulan selepas itu, bayi boleh meniarap dan mengangkat badannya menggunakan lengan. Pada
usia 6 hingga 12 bulan, bayi tersebut boleh mengawal kakinya, dapat merangkak, berdiri dan seterusnya berjalan.

2. Arah perkembangan berlaku daripada tengah badan dan berterusan ke luar.


Perkembangan bermula pada tulang belakang dan menuju ke arah luar badan. Pada peringkat prenatal,
jantung dan organ-organ terbentuk dahulu sebelum kaki dan tangan. Otot halus pada jari tangan dan kaki
merupakan bahagian akhir perkembangan fizikal badan. Seorang bayi selepas kelahiran akan cuba mencapai
objek yang dilihatnya tetapi gagal kerana masih gagal kerana tidak dapat mengawal otot-otot tangannya. Selepas
beberapa bulan, bayi boleh menggunakan kedua-dua tangan untuk menggengam objek. Seterusnya bayi dapat
memegang objek dengan sebelah tangan menggunakan jari tangan kerana otot tangan sudah berkembang.

3. Kebolehan bayi bertambah jenis dan spesifik.


Sebagai contoh, sekirannya kepala bayi terhantuk sesuatu, bayi akan menangis kuat. Selepas beberapa bulan,
jika insiden sama berlaku, bayi masih akan menangis tetapi boleh menunjuk kepada kepalanya yang sakit.
Seterusnya, apabila bayi menguasai kebolehan bahasa, bayi akan dapat memberitahu kepalanya sakit.

4. Aspek berbeza berkembang pada tahap yang berbeza.


Kaki dan tangan mencapai tahap perkembangan maksimum semasa peringkat remaja tetapi bahagian bahu
mengambil masa lebih lama. Kreativiti, misalnya berkembang dengan cepat dan mencapai tahap maksimum pada
peringkat remaja tetapi kebolehan menaakul berkembang dengan lebih perlahan

Teori dan Konsep


Menurut Jean Jacques Rousseau (1712-1778), akil baligh bermula pada usia 15 tahun atau mungkin lebih
awal dari yang dianggarkan. Pada masa ini, kanak-kanak melalui peringkat kedua kelahiran, bentuk badan mula
berubah dan keinginan muncul dari dalam, "Perubahan angin, kemarahan, perubahan fikiran, membuatkan
mereka tidak dapat mengawal". Mula berasa segan atau malu apabila berhadapan dengan kehadiran orang yang
berlainan jantina, mereka mula merasai perasaan seksual. Dengan kata lain mereka mula tertarik antara satu
sama lain. Remaja juga mengalami perkembangan kognitif. Mereka sudah mampu menghadapi konsep yang lebih
abstrak dan mula berminat dalam perkara-perkara yang melbatkan teori dalam pelajaran sains dan moral.
Manakala Sigmund dan Anna Freud, awal remaja adalah peringkat yang paling bermasalah disebabkan
perubahan dramatik psikologi yang berlaku pada masa ini. Dorongan seksual dan agresif, yang bukan semasa
peringkat latensi, sekarang mengganggu ego dan daya tahannya. Zon genital, khasnya didorong tenaga seksual
yang hebat, dan remaja ini sekali lagi dilanda fantasi oedipal. Remaja ini mungkin rasa susah atau tidak selesa
apabila berada di kalangan ibu bapanya.
Stanley Hall (1904) berpendapat perkembanagan seseorang individu ditentukan oleh naluri iaitu tenagatenaga biologi dan faktor genetik dan bukannya persekitaran. Beliau mengatakan zaman remaja sebagai zaman
'storm and stress' yang bersifat biologikal yang terhasil daripada perubahan-perubahan yang berlaku semasa
baligh yang tidak dapat dielakkan. Mencapai akil baligh merupakan satu masa apabila emosi menjadi tidak stabil
dan tergugat. Hall percaya bahawa hasil daripada tekanan-tekanan dan perubahan tersebut, remaja akhirnya
akan menjadi individu yang matang dan bermoral.