Anda di halaman 1dari 1

Faktor utama yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak

Faktor baka
Baka memainkan peranan dalam menentukan ciri-ciri fizikal seperti warna rambut, warna mata, tinggi atau rendah
seseorang itu.
Contohnya, ibu bapa yang berambut hitam akan melahirkan anak yang berambut hitam.
Dari segi mental pula, ibu bapa yang cerdas biasanya akan mendapat anak-anak yang agak cerdas juga.
Asuhan Ibu Bapa
Asuhan dan bimbingan ibu bapa yang sempurna akan membantu kanak-kanak berkembang dengan baik
terutamanya dari segi sosioekonomi dan mental.
Baurind membahagikan asuhan kepada 4 bentuk:
- Authoritarian
- Authoritatif
- abaikan anak
- Indulgent
Jantina
Kajian-kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak perempuan lebih cepat belajar bercakap berbanding dengan
kanak-kanak lelaki. Minat, bakat dan nilai juga berbeza di antara kanak-kanak lelaki dengan kanak-kanak
perempuan. Minat kanak-kanak perempuan atau lelaki biasanya sejajar dengan peranan mereka dalam
masyarakat.
Keadaan Kelahiran
Ibu yang bersalin mengalami kesulitan ketika hendak bersalin, bayi yang lambat dilahirkan itu mungkin akan
mengalami kecacatan mental.
Kanak-kanak seperti ini memang akan menonjolkan prestasi akademik yang rendah berbanding dengan pelajarpelajar yang lain.
Sosioekonomi Keluarga
Sosioekonomi keluarga yang baik akan menjamin makanan yang seimbang serta kemudahan-kemudahan
pendidikan yang baik bagi seseorang individu.
Keadaan seperti ini akan membantu seseorang itu berkembang secara optimum berbanding dengan seorang
pelajar yang berasal daripada keluarga yang miskin.
Rakan Sebaya
Rakan sebaya merupakan faktor penting dalam pembentukan personaliti.
Semakin meningkat usia, semakin luas pergaulannya. Rakan sebaya mempengaruhi individu dari
segi:pengalaman, perasaan,sikap,emosi.