Anda di halaman 1dari 18

1.

0 PENGENALAN
Kepelbagaian budaya adalah cara atau gaya hidup pelbagai masyarakat
dan bangsa. Budaya merupakan satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan
tertentu yang meliputi sistem sosial, susunan organisasi, ekonomi, politik,
agama, kepercayaan, adat resam, nilai dan sikap. Menurut Nik Safiah Haji Abdul
Karim,

budaya

menggerakkan

adalah
jiwa.

tenaga

Manakala,

fikiran,
menurut

usaha

rohani

Kamus

atau

Dewan

kuasa

(2005),

yang

budaya

ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran, akal budi, cara berfikir, kelakuan, dan lainlain.
Berdasarkan Jurnal Komunikasi yang telah ditulis oleh Halina Sendera
Mohd. Yakin dan Saidatul Nornis Hj. Mahali, jumlah etnik di Sabah menjangkau 40
kumpulan etnik dan kumpulan subetniknya. Bajau merupakan kumpulan etnik
kedua terbesar di Sabah. Manakala kumpulan etnik yang terbesar terdapat di
Sabah ialah Kadazan Dusun.

2.0 PENULISAN ILMIAH SUKU KAUM BAJAU


2.1 SEJARAH
Lazimnya, suku kaum Bajau dikenali suku kaum yang mendiami kepulauan
Filipina Selatan serta kaum pribumi kedua terbesar di negeri Sabah. Ada
pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari Johor. Ada juga yang
mengatakan Bajau berasal dari Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Ada pula
yang mengatakan etnik ini berasal dari kepulauan Maluku. Hakikatnya, baik di
Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor, Riau-Lingga atau Maluku, kawasan-kawasan
tersebut adalah dalam lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak
Pusaka (2000) mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa
Bajau adalah generasi asli Melayu Deutro. Oleh kerana bangsa Bajau adalah
generasi asli Melayu Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.
Selain itu, suku kaum Bajau juga dikenali sebagai sea nomad atau sea gypsies
oleh penjajah atau penulis-penulis Barat. Maka, tidak hairanlah suku kaum Bajau
ini dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa. Tambahan pula, suku kaum
Bajau ini mendiami kawasan pesisir pantai dari Tawau hingga ke Labuan. Populasi
suku kaum ini mempunyai kepadatan tertinggi di Semporna, Lahad Datu dan
Kudat. Orang-orang Bajau di seluruh Sabah berjumlah 343, 178 orang. (Banci
Penduduk & Perumahan 2000:61)

Dipercayai perkataan Bajau diberi oleh Sultan Brunei kepada sekumpulan


penduduk yang menetap di wilayahnya di Sabah pada abad ke-17. Perkataan
Bajau diambil daripada perkataan Bajaul yang bermaksud menangkap ikan.
Bagaimana bangsa ini mendapat namanya sebagai Bajau, ia masih kabur.
Kekaburan ini menyebabkan perbahasan di kalangan segelintir individu sehingga
ada antara mereka yang membuat pengklasifikasian mengikut logik masingmasing.

2.1.1 STRUKTUR BUDAYA / KELAS SOSIAL


Organisasi suku kaum Bajau yang tertinggi ialah diketuai oleh Ketua
Kampung.

Kemudian,

Kemajuan

dan

Keselamatan

Kampung

(JKKK)

dan

seterusnya disusuli dengan masyarakat Bajau yang lain.

Ketua Kampung
Kemajuan dan Keselamatan
Kampung (JKKK)
Masyarakat Bajau

Sumber: Jurnal Kemanusiaan Bil.14, Dis 2009


Bangsa Bajau dapat dibahagikan kepada dua kelompok utama iaitu Palau
(Bajau Laut) dan Samah (Bajau Darat). Kebanyakan suku kaum Bajau merupakan
penyelam dan pengutip hasil laut mahir yang menggunakan cara penangkapan
tradisional pada masa dahulu. Mereka

merupakan nelayan yang tinggal di

daerah emporna. Manakala, di daerah Kota Belud mereka lebih kepada pesawah
dan penternak serta bercucuk tanam. Bajau ota elud juga digelar cowboy of
the east kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Masyarakat Bajau Pantai
arat adalah berbeza dengan Orang Bajau antai Timur. Masyarakat Bajau Pantai
Barat banyak terlibat dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau
Pantai Timur, Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
2.2 ADAT RESAM

Suku kaum Bajau kaya dengan adat resam sepertimana suku-suku kaum
lain di Sabah. Antara adat resam yang masih lagi diguna pakai sehingga ke hari
ini adalah adat perkahwinan, adat kelahiran, adat kematian, adat mengawal
kubur dan sebagainya. Kebanyakan adat-adat kaum ini masih berlandaskan
syariat Islam terutama bagi mereka yang sememangnya beragama Islam.

2.2.1 ADAT PERKAHWINAN


Di dalam adat perkahwinan masyarakat Bajau, majlis akan dibuat sebelum
hari perkahwinan. Keluarga yang berada akan mengadakan majlis perkahwinan
selama tujuh hari sebelumnya, manakala keluarga yang sederhana akan
membuat majlis selama tiga hari dan sehari bagi keluarga yang miskin.
Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik diadakan. Semasa
majlis titik, alat muzik dimainkan di tempat kediaman kedua-dua belah pihak.
Pengantin dihias dengan pakaian baru, selalunya berwarna kuning ataupun
hijau, ataupun baju serimpak. Pengantin lelaki yang berpakaian lengkap akan
diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman
pengantin perempuan. Seterusnya, pengantin lelaki tidak dibenarkan menjejak
kaki ke Bumi. Beberapa das tembakan dilepaskan sebagai tanda hormat dan alualuan akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman rumah pengantin
perempuan. Pengantin lelaki akan turun dari tandu ataupun kudanya dijulang di
atas bahu anggota rombongan atau didukung masuk ke rumah pengantin rumah
perempuan. Oleh itu, beliau akan diangkat oleh orang-orang yang mengiringinya
sehingga ke rumah pengantin perempuan. Kemudian, majlis akad nikah
dilangsungkan, dan pengantin lelaki akan dibawa kepada pengantin perempuan
bagi

upacara

pembatalan

air

sembahyang.

Setelah

pengantin

lelaki

membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua


mempelai itu disandingkan.
2.2.2 ADAT KELAHIRAN
Di dalam adat kelahiran masyarakat Bajau, sewaktu mengandung mereka
akan berpantang. Berpantang ketika mengandung dalam masyarakat Bajau
adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan dirinya serta kandungan, di
samping memudahkan proses kelahiran kelak. Antara pantang larang tersebut
termasuklah wanita hamil tidak boleh berjalan malam kerana dikhuatiri akan
diganggu oleh makhluk halus.

Selain itu, sewaktu mengandung mereka akan menempah bidan. Di dalam


masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah tujuh
bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa
selamat akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang
perlu dihadiahkan kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas
kelahiran bayi.
Apabila sudah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan
disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan
kain putih dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu
tembaga berserta kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah
diisikan segantang padi. Kadang-kala diletakkan seutas rantai emas di atas
kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak yang akan dilahirkan. Talam tersebut
akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur orang yang hamil itu sehingga
bayinya lahir.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama
tembuni atau uri sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi
pula akan dimasak untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya,
kelapa tua bertunas tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam
kandungan ibunya, sementara padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga
dan cahaya yang dapat menyuburkan tunas kelapa tersebut. Lazimnya tanda
kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak pertama walaupun masih boleh
diadakan untuk anak-anak berikutnya.
Seterusnya, wanita bersalin turut perlu berpantang. Semasa proses
bersalin, duri dan benda-benda tajam akan di letakkan di bawah rumah bagi
mengelakkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Selepas
kelahiran, si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa pantang seperti harus
memakai sarung yang berwarna gelap,biasanya hitam kerana warna yang terang
tidak baik untuk kesihatan mata bayi. Selain itu, masyarakat Bajau juga
mempunyai adat yang unik iaitu adat menimbang bayi bulan Safar. Menurut
kepercayaan mereka, bayi yang dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang
baik nasibnya. Oleh itu, untuk mengelakkan kecelakaan daripada menimpa si
bayi, pada masa menyambut Maulud nabi, bayi tersebut akan dibawa ke masjid
untuk ditimbang. Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui
berat bayi sebaliknya merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan
daripada Tuhan agar tidak diburukkan nasib bayi tersebut.
2.2.3 ADAT KEMATIAN
4

Di dalam adat kematian pula, mengikut adat Bajau, mereka mesti


menangisi kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan. Semasa
pengebumian, selepas disembahyangkan si mati akan dikebumikan. Selain itu,
adat naja-naja iaitu berjalan berulang alik di bawah keranda si mati oleh keluarga
dan saudara-mara terdekat akan dilakukan. Apabila mayat hendak dikebumikan,
ada kalanya bersama-sama mayat tersebut disertakan beberapa biji buah pinang
untuk mewakili anak cucu si mati yang masih kecil. Pinang tersebut dibungkus
dalam sehelai kain putih yang sama dan diletakkan di sisi mayat. Tujuannya
adalah supaya semangat mereka akan bersama si mati ke alam baqa. Seterusnya
upacara keagamaan seperti yang dilakukan oleh masyarakat Islam lain akan
diadakan. Biasanya dari hari pertama hingga hari ketujuh selepas kematian,
keluarga dan masyarakat setempat akan mengikuti beberapa pantang larang
seperti hari pertama sehingga hari ketujuh, rumah si mati tidak boleh dicuci.
2.2.4 ADAT MENGAWAL KUBUR
Masyarakat Bajau mempunyai adat yang berlainan dengan masyarakat
lain iaitu adat mengawal kubur. Mereka akan membuat kawalan kubur selama 7
hari kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam
tempoh tersebut. Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada
uri perempuan bersalin. Namun, sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya,
balan-balan akan menyerang dan menghisap darah manusia serta menyerang
mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu. Adat yang
sepatutnya menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang
ditunggu-tunggu dan membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada
saudara mara si mati akan mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari.
Kaum wanita dan kanak-kanak pula akan berjaga di rumah si mati.

Adat

mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan pula apabila para penjaga kubur
mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa mengantuk atau rasa takut.
Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal kubur adalah
pasang, congkak, daun terup dan sebagainya.

2.3 PANTANG LARANG


Pantang larang adalah merupakan perkara yang ditegah untuk dilakukan
kerana dipercayai boleh mendatangkan malang atau perkara buruk kepada
pelakunya. Menurut kaum Bajau, antara pantang larang yang mereka masih
amalkan adalah larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak

kerana

takut akan mendapat pasangan yang tidak sempurna. Mereka juga dilarang
5

meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan kerana


dikhuatiri akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain. Larangan seterusnya
adalah jika tidak saling menghadap ketika makan, apabila kelak jika punya
masalah

tiada

yang

akan

membantu.

Masyarakat

Bajau

juga

melarang

masyarakatnya memotong kuku pada waktu malam kerana akan kematian ahli
keluarga. Bayi juga dilarang dibawa keluar pada waktu malam kerana takut
ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit.
Pantang larang seterusnya adalah larangan memerah santan kelapa ketika
haid kerana mereka percaya bahawa makanan cepat basi jika santan yang
digunakan diperah oleh perempuan yang tengah haid. Mereka juga dilarang tidur
dengan rambut basah kerana dikhuatiri akan mudah rabun. Tempat makan juga
dilarang untuk dikemas sekiranya ada yang belum selesai makan kerana
dipercayai akan dilanda musibah. Selain itu, larangan menuang air di dapur
( bukan di hadapan tamu ) juga diamalkan. Perkara ini dilakukan untuk
mengelakkan sebarang keraguan di hati tetamu tentang air yang dihidangkan.
Apabila berpindah rumah, barang dapur hendaklah didahulukan agar rezeki tidak
putus- putus. Semasa berkahwin, anak yatim piatu tidak boleh memakaikan inai
untuk pengantin supaya anak yang dilahirkan kelak tidak yatim piatu.
2.3.1 PANTANG LARANG UNIK KAUM BAJAU
Menurut Yap Beng Liang,dalam penulisannya yang bertajuk Komuniti
Bajau di Pulau Omadal, Sabah masyarakat Bajau mempunyai pantang larang
yang berkaitan dengan pelbagai perkara yang dianggap berlainan dengan
masyarakat pribumi yang lain. Terdapat pantang larang yang berkaitan dengan
tulah. Orang Bajau kebanyakannya amat terpengaruh dengan konsep tulah
iaitu balasan jahat terhadap sesiapa yang melanggar adat atau peraturan. Antara
pantang larang yang harus dielakkan untuk memastikan diri tidak ditimpa tulah
adalah Tidak menghormati orang-orang tua, misalnya dengan cara mencaci,
memarahi atau menyumpah mereka, melupakan tanggungjawab terhadap ibu
bapa kaum kerabat dan nenek moyang dan tidak boleh bersikap kedekut
terhadap datuk nenek atau ibu bapa contohnya enggan memberikan benda yang
diingini. Selain itu, orang biasa tidak boleh menggunakan katil. Mereka percaya
bahawa penyakit akan menimpa jika tidur atas katil. Terdapat juga pantang
larang semasa rawatan untuk tulah embo dan matalau iaitu seluruh isi rumah
pesakit tidak boleh mandi, tidak boleh makan yang pedas, berminyak atau
bersantan, tidak boleh makan ikan yang berbisa, dan tidak boleh menggunakan
tilam sewaktu tidur.
6

2.4 KEPERCAYAAN
Sistem kepercayaan tradisional masyarakat Bajau sebenarnya adalah
animisme iaitu sejenis roh halus yang berinteraksi dengan manusia, baik secara
positif mahupun negatif. Contoh amalan animisme masyarakat Bajau dahulu
seperti orang-orang takut untuk keluar malam sendirian kerana kehadiran roh-roh
orang mati atau roh halus yang mencari bayi atau mayat orang yang baru saja
mati untuk dimakan. Walau bagaimanapun, kedatangan agama Islam telah
membawa nilai-nilai Islam kepada orang Bajau. Nilai-nilai Islam telah diserap
masuk ke dalam jiwa masyarakat Bajau. Maka, keadaan ini mewujudkan
kumpulan etnik yang beragama Islam.
Kemasukan unsur-unsur agama Islam sedikit sebanyak telah mengubah
kesesuaian adat dan kepercayaan dalam kehidupan masyarakat Bajau di mana
kini selaras dengan syariat Islam. Misalnya, semasa majlis pengebumian, setelah
mayat tersebut selesai dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan, mayat
tersebut akan diletakkan di dalam keranda untuk dibawa ke tanah perkuburan.
Namun begitu, sebelum mayat tersebut dibawa ke tanah perkuburan, keluarga
dan saudara mara si mati akan lalu di bawah keranda tersebut sebanyak tiga kali
semasa keranda tersebut diangkat. Ia dipanggil sebagai Pesuk di kalangan
masyarakat Bajau di Kota Belud. Perilaku mereka bertujuan supaya keluarga dan
saudara mara si mati tidak merasa rindu kepada si mati.

2.5 KEBUDAYAAN
Budaya atau kebudayaan secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi
dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu
yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula
jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Selain adat resam,
pantang larang, dan kepercayaan, ia juga meliputi bahasa, pakaian tradisional,
makanan, tarian tradisional, muzik, alat muzik, dan perayaan kesenian.
2.5.1 BAHASA
Masyarakat Bajau mempunyai lebih daripada 20 sub dialek yang terdiri
daripada bahasa dan pertuturan. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka
menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 26 sub dialek bahasa Bajau. Bahasa
orang Bajau dikenali sebagai sinama. Kata sinama adalah kata terbitan daripada
7

kata akar Sama dengan menerima sisipan -in- sehingga membentuk sinama yang
bermaksud bahasa kepunyaan bangsa Sama.
Bahasa dan pertuturan masyarakat Bajau Laut dan Bajau Darat adalah sedikit
berbeza walaupun daripada rumpun yang sama. Namun demikian, ia adalah
tidak terlalu ketara perbezaannya kerana masih terdapat beberapa bahasa dan
pertuturan yang masih sama. Sebagai contoh, pertuturan apa khabar? dalam
masyarakat Bajau Semporna iaitu Bajau Pantai Timur ialah Ai habbal? manakala
dalam masyarakat Bajau Kota Belud iaitu Bajau Pantai Barat ialah Yan abar?.
Selain itu, berdasarkan sumber daripada wikipedia Bajau, bahasa dan
pertuturan nombor dalam masyarakat Bajau Semporna dan Bajau Kota Belud
juga mempunyai sedikit perbezaan. Misalnya dalam masyarakat Bajau Semporna
satu adalah assa, dua adalah duwa, tiga adalah tullu, empat dan
lima adalah sama dengan bahasa dan pertuturan standard. Manakala, lain pula
dalam masyarakat Bajau Kota Belud yang menggunakan bahasa dan pertuturan
satu adalah isa, dua adalah duo, tiga adalah telu, empat tetap
sama dengan yang standard dan lima adalah limo.
2.5.2 PAKAIAN TRADISIONAL
Seperti etnik-etnik yang lain, etnik Bajau turut memiliki pakaian tradisional
mereka yang tersendiri. Pakaian tradisional inilah yang menunjukkan identiti
serta menjadi pengenalan kepada kaum Bajau. Selain itu, pakaian tradisional
turut mampu menyerlahkan lagi keunikan satu-satu kaum.
Bagi kaum lelaki Bajau, mereka mengenakan baju berpotongan cekak
musang. Selain itu, mereka turut mengenakan seluar, samping dan destar.
Pakaian tradisional bagi kaum wanita Bajau pula termasuklah blaus baldu sampit
dan kain sarung olos berangkit. Wanita Sabah biasanya mengenakan perhiasan
leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Perhiasan ini menjadi perhiasan
wajib terutamanya untuk pasangan pengantin atau untuk pakaian tarian
tradisional mereka.
Pasangan

pengantin

suku

kaum

Bajau

turut

mempunyai

pakaian

tradisional tersendiri. Hal ini demikian kerana pakaian termasuk dalam adat
perkahwinan dan kebesaran kaum Bajau. Pengantin lelaki memakai pakaian yang
diperbuat daripada kain satin yang berhias renda manakala pengantin wanita
turut memakai pakaian satin tetapi dilengkapi dengan mandapun dan tali
pinggang.
2.5.3 MAKANAN
8

Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi


sesuatu kaum. Seperti kaum-kaum lain, kaum Bajau turut mempunyai makanan
tradisionalnya yang tersendiri. Antara makanan utama mereka ialah putu. Putu
ialah makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu
dimasak secara stim. Putu biasanya dimakan bersama makanan tradisional lain
seperti Sagol dan Kima.
Kima pula merupakan sejenis kerang laut yang sering dijadikan lauk dalam
masakan tradisi kaum Bajau. Terdapat beberapa jenis kima termasuk lapiran,
kima bohe dan sollot-sollot. Kima boleh dimakan secara mentah dengan
menghirisnya kecil-kecil dan mencampurkannya dengan limau, lada, dan rempah
ratus yang lain mengikut selera masing-masing. Makanan ini juga sering dimakan
dengan sayur.
Tompe atau tinompeh merupakan makanan yang bersumberkan ubi kayu.
Pertama-tamanya, ubi kayu akan diparut dan diperah airnya. Kemudian, ia akan
digoreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga warnanya berubah kepada
kekuning-kuningan. Makanan tradisional seterusnya ialah sinogol. Sinogol yang
dibuat menggunakan ikan pari atau ikan yu ini berasal dari suku kaum Bajau
Semporna. Di Kudat, sinogol dimakan bersama putu. Selain itu, terdapat juga
pelbagai kuih muih tradisional kaum Bajau seperti kuih penjaram, kuih berati,
kuih kalas, kuih jala, kuih baulu dan kuih cincin.
2.5.4 TARIAN TRADISIONAL
Kebanyakan kaum atau etnik sememangnya mempunyai tarian tradisional
mereka yang tersendiri. Selain merupakan alternatif sebagai riadah dan mengisi
masa lapang, tarian tradisional juga sering dipersembahkan untuk upacaraupacara keramaian tertentu termasuklah pada majlis perkahwinan. Kaum Bajau
turut tidak ketinggalan dalam memiliki tarian tradisional mereka yang tersendiri.
Kebudayaan ini termasuklah tarian limbai, tarian runsai dan tarian dalingdaling.
Tarian limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota
Belud. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan pengantin lelaki
yang diarak ke rumah pengantin perempuan dan sebagai upacara khas sebagai
isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melaksanakan ijab
kabul. Sebaik sahaja rombongan pengantin tiba, perarakan akan dihentikan buat
sementara untuk memberi laluan kepada tarian limbai dipersembahkan di
hadapan pengantin. Tarian ini diiringi oleh irama kulintangan yang terdiri
daripada enam orang pemain iaitu seorang wanita yang memainkan kulintangan
9

yang bertindak sebagai ketua, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain
gong dan seorang pemain bebandil. Tarian ini dilaksanakan dengan penari-penari
melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan
mengucapkan selamat datang.
Tarian kedua ialah tarian runsai. Tarian ini ialah tarian tradisional suku
kaum Bajau di Kota Belud. Tarian runsai biasanya diadakan pada waktu malam
untuk meraikan majlis tertentu seperti majlis perkahwinan, merayakan kelahiran
bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Pakaian
khas digunakan ketika tarian ini dilakukan iaitu pakaian yang berwarna-warni
seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang berwarna-warni.
Tarian ini biasanya tidak diiringi dengan muzik atau bunyi-bunyian. Keutamaan
diberi kepada kalang iaitu berbalas pantun antara penari lelaki dan wanita.
Penari lelaki akan membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu
sama lain untuk menarikan tarian ini diikuti oleh barisan penari wanita yang turut
berpegangan tangan di belakang penari lelaki. Penari lelaki yang terakhir di
belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya. Mereka
kemudiannya akan membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan
dan ke belakang. Pada masa yang sama, mereka akan mengalunkan kalang
dalam bahasa Bajau.
Daling-daling pula merupakan sejenis tarian yang sering dipersembahkan
di majlis pertunangan, perkahwinan, berkhatan, berkhatam Quran atau majlis
Hari Raya. Tarian ini sering disertakan dengan gesekan biola dan nyanyian. Alat
muzik yang digunakan dalam tarian ini ialah gabbang dan dua bilah kayu yang
disebut bolak-bolak. Tarian ini dilaksanakan secara berpasangan di mana
masing-masing terdiri daripada tiga penari lelaki dan wanita. Lebih menarik,
penari wanita memakai 'destar' yang disebut 'pies dan jari mereka dihias dengan
kuku palsu yang diperbuat daripada logam perak atau suasa. Kuku itu dinamakan
'janggal'
2.5.5 MUZIK
Dalam bahasa Bajau, betitik bermaksud memukul atau mengetuk alat muzik.
Muzik 'Bertitik' amat digemari oleh generasi tua dan ianya dikatakan berasal dari
Kota Belud.
Persembahannya tidak akan lengkap tanpa disusuli dengan lagu dan tarian
yang berbeza mengikut kawasan dan etnik. Alat muzik yang digunakan iaitu
kulintangan,

tawak,

bandil

dan

gendang.

Kulintangan

adalah

alat

yang

merangkumi 8 ataupun 9 buah gong- gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya
10

mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-gong


cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu
rendah.
Sebanyak enam pemain diperlukan untuk memainkan alat-alat betitik. Dua
pemain untuk mengetuk tawak dan gendang serta masing-masing seorang untuk
bandil dan kulintangan. Pada kebiasaannya, pemain-pemain betitik ini terdiri
daripada golongan tua. Begitu pun, acara betitik ini sememangnya sangat
menghiburkan kerana ia tidak memerlukan alat muzik tambahan.
Dalam kesenian muzik 'Bertitik' yang didapati berkembang di kalangan suku
kaum Bajau, 'Kulintangan' dimainkan dalam bentuk ensemble. Disertakan alatalat idiofon yang lain seperti 'tawak' dan 'bandil' daripada keluarga 'gong' serta
gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan.
2.5.6 ALAT MUZIK KAUM BAJAU
Antara alat muzik tradisional kaum bajau adalah gendang. Gendang terdiri
daripada kulit dan badan, kulit gendung biasanya dibuat dengan kulit haiwan,
dan ditutup kepada kedua-dua hujung badan gendang. Bahagian dalam gendang
ialah

kosong,

kedua-dua

hujungnya

kecil

sedikit

berbanding

bahagian

pertengahan badan gendang. Bunyi akan dihasilkan apabila pemain memukul


kulit gendang, apabila getaran terjadi pada kulit gendang.
Selain itu, kulintangan juga merupakan alat muzik kaum bajau. Kulintangan
merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang
berukuran kecil. Alat muzik tradisional ini berasal dari Semporna iaitu daripada
kaum Suluk dan Bajau. Muzik ini yang biasa dimainkan oleh alat ini adalah bagi
memeriahkan lagi sesuatu majlis serta menghiburkan para tetamu yang hadir ke
majlis-majlis seperti kenduri, perkahwinan, khatam al-Quran, adat bercukur
jambul dan berkhatan. Asalnya alat muzik ini diperbuat daripada logam tembaga.
Namun,pada masa ini, besi biasa seperti M15, M16, M18 dan besi tangki 48 telah
digunakan bagi menggantikan logam tembaga dalam pembuatan alat muzik
Kulintangan. Cara bermain alat ini dengan dimainkan secara ensemble iaitu
berkumpulan. Dalam Kulintangan terdapat beberapa jenis idiofon. Apabila
sekumpulan pemain itu memainkan kulintangan perbuatan mereka digelar
sebagai mitagunggu. Dalam konteks persembahan ianya diletakkan di atas tali
yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang
mengandungi lapan biji kesemuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang
kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian
'Sumazau', 'Limbai', 'Silat' serta 'Tingkad-tingkad'.
11

Di samping itu, tawak juga adalah salah satu alat muzik kaum bajau. Alat
muzik ini dibuat daripada perunggu berbentuk bulat. Dindingnya tebal, berbusut
di tengah-tengah bahagian permukaannya. Ia juga berpasangan (ibu dan anak).
Bagi tetawak ibu bunyinya rendah dan bergema manakala tetawak anak, nada
bunyinya nyaring. Alat muzik ini dapat menghasilkan bunyi seperti 'chak, dong,
peng'. Tawak-tawak digunakan sebagai bunyi latar lagu-lagu yang dimainkan.
Alat ini membuatkan lagu yang dimainkan itu menjadi semakin manis didengar.
Ia bertindak sepeti 'bass' disamping gong. Di dalam sesetengah lagu, dua tawaktawak digunakan, satu sebagai 'peningkul', dan satu sebagai 'peningkah'.
2.5.7 PERAYAAN KAUM BAJAU
Kaum Bajau merayakan perayaan Regatta. Semasa sambutan Regatta ini,
kita dapat lihat tempat sambutan menjadi meriah kerana perahu dan bot yang
berwarna-warni

akan

bersiap

sedia

untuk

mengambil

bahagian

dalam

pertandingan Lepa tercantik. Lepa yang dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur
Sabah bermaksud perahu adalah peninggalan budaya yang diwarisi sejak zamanberzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Lepa mempunyai pelbagai kegunaan
kepada penduduk tempatan seperti sebagai kenderaan untuk menangkap ikan,
pengangkutan awam dan barangan, tempat tinggal, tempat mengadakan majlis
perkahwinan dan persembahan kebudayaan. Kebiasaannya ia diperbuat daripada
kayu jenis Ubar Sluk ataupun Seraya Merah. Sambulayang (layar) dan tapis-tapis
(bendera)

kelihatan

di

gantung

di

seluruh

tempat

sambutan

perayaan

terutamanya sepanjang jalan menuju ke pantai.


Tarikan lain di Pesta Regatta ini ialah seperti acara sukan air seperti
pertandingan mendayung, berlayar, dan keleh-keleh iaitu bot mini. Bagi yang
tidak berkemahiran menyertai sukan air boleh bermain perang-perang, lumba
berenang, atau pertandingan menangkap itik. Persembahan kesenian pada
malamnya adalah penutup kepada Regatta Lepa Semporna ini.
2.5.8 KESENIAN
Masyarakat Bajau juga mempunyai kemahiran tinggi dalam menghasilkan
kraf tangan berwarna-warni seperti tekstil dan peralatan rumah. Mereka juga
terkenal kerana kemahiran menenun dan menjahit. Sebagai contoh, wanita Bajau
di Kota Belud, menghasilkan sulaman yang ditampal pada kain sarung mereka.
Mereka juga mahir menenun bagi menghasilkan tengkolok tradisional atau kain
dastar yang turut dipakai oleh kebanyakan kumpulan peribumi di Sabah.

12

Orang Bajau di Semporna pula mahir dalam membuat lapohan (dapur) dan
lengga (bekas air) daripada tahan liat. Mereka juga terkenal kerana kehalusan
ukiran yang terdapat pada lepa-lepa (bot) dan rumah.

3.0 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR


TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ( P&P ) DI DALAM BILIK
DARJAH.
Kepelbagaian sosiobudaya dalam masyarakat juga boleh mendatangkan impak
kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam kalangan pelajar khususnya di dalam
bilik darjah. Pelajar mempunyai pendirian tersendiri hasil daripada pengaruh budaya, agama
dan persekitaran. Oleh itu, kewujudan pelajar pelbagai kaum dan sosiobudaya di dalam
kelas menjadikan mereka prejudis terhadap pelajar yang berbeza daripada gaya hidup
mereka. Maka, pelajar perlu dibersihkan minda dan fahaman mereka terhadap rakan-rakan
mereka yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang antara mereka bagi
memudahkan proses pembelajaran.
Antara implikasi terhadap kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar
termasuklah kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah pelajar
hanya menguasai dialek dan bahasa ibunda semata-mata cenderung menghadapi masalah
pembelajaran, kurang faham bahan yang dibaca dan penerangan guru. Akibatnya mereka
akan ketinggalan dalam pelajaran semasa P&P. Di samping itu, dua atau lebih bahasa
dengan kosa kata yang terbatas atau meluas juga salah satu implikasi kepelbagaian
sosiobudaya. Pelajar yang menguasai dua atau lebih bahasa. Contohnya bahasa ibunda,
bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris akan lebih mudah menguasai pembelajaran semasa
proses P&P memandangkan sinapsis telah terbentuk dalam otaknya. Lantaran itu, pelajar
poliglot cepat dan tangkas dalam pemahaman konsep dan menjadi pelajar pintar cerdas jika
dididik dan diasuh dengan cara yang betul dan sesuai dengan kepayanya. Oleh itu, jelaslah
kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza di dalam bilik darjah mempengaruhi
proses P&P dalam kalangan murid.
Implikasi

seterusnya

yang

dihadapi

oleh

pelajar

disebabkan

kepelbagaian

sosiobudaya juga termasuklah kaum etnik yang pelbagai dalam bilik darjah semasa. Jadi
pelajar yang tinggal dan belajar dalam lingkungan satu etnik hanya mengamalkan budaya,
cara fikir dan pandangan dunia yang sama dan kurang mendapat pendedahan akan budaya
kaum lain di bilik darjah semasa P&P. Justeru, pemahaman dan kesedaran budaya lain
hanya dipelajari melalui bacaan bukan amalan. Kemungkinan proses penyesuaian diri
dengan kaum atau etnik lain akan menjadi sesuatu yang sukar. Manakala pelajar yang
belajar di sekolah dan persekitaran yang disertai oleh pelbagai kaum etnik pula akan
13

terdedah kepada amalan, adat resam, pandangan dan cara fikir kaum etnik yang berbeza
sama ada secara sedar ataupun sebaliknya. Pelajar dalam situasi ini akan dapat belajar
bahasa etnik lain secara tidak langsung di dalam bilik darjah. Perasaan saling menerima dan
saling menghormati dapat dipupuk hasil pergaulan pada masa formal belajar dan secara
tidak formal. Justeru apabila terdapat pelbagai kaum dan etnik dalam sesebuah bilik darjah,
ia akan mempengaruhi proses P&P itu sendiri dalam kalangan pelajar.
Selain itu, kelas sosial juga menyumbang kepada impak sosiobudaya dalam
kalangan pelajar semasa P&P. Kelas sosial wujud hasil taraf pendidikan dan taraf
sosioekonomi keluarga. Pelajar yang tergolong dalam kelas sosial rendah mungkin
menghadapi masalah berkaitan rapat dengan pembiayaan, kemudahan belajar, kurang
kelengkapan untuk belajar dan sebagainya. Berdasarkan teori ketersekatan budaya
pelajar-pelajar ini menghadapi masalah kurang mendapat perhatian ibu bapa atas sebab
kesibukan mencari rezeki. Pelajar-pelajar kurang bersemangat dan berisiko menghadapi
masalah keciciran dalam persekolahan. Pelajar yang datangnya daripada golongan
sosioekonomi sederhana dan tinggi kurang menghadapi masalah kelengkapan dan
kemudahan pembelajaran, berpeluang menghadiri kelas bimbingan berbayar, mendapat
perhatian dan dorongan yang khusus daripada ibu bapa. Hasilnya, peluang mendapatkan
pendidikan lebih meluas berbanding mereka yang berada dalam lingkungan taraf
sosioekonomi rendah. Oleh itu, jelas kelas sosial juga menjadi impak kepada pelajar apabila
pelajar kelas sosial rendah, sederhana dan tinggi mempengaruhi proses P&P dalam bilik
darjah.
Di samping itu, petempatan juga adalah salah satu implikasi kepelbagaian
sosiobudaya dalam kalangan pelajar di bilik darjah. Hal ini kerana, pelajar bandar dan pinggir
bandar lebih terdedah kepada kepelbagaian budaya etnik yang berbeza. Terdapat budaya
yang pelbagai berdasarkan taraf sosioekonomi yang membentuk kelas sosial berbeza.
Lantaran itu, dalam sesebuah sekolah bandar dan pinggir bandar akan wujud kepelbagaian
budaya kesan persekitaran. Budaya pelajar daripada aspek tumpuan perhatian kepada
pelajaran, kemampuan berbelanja, tingkah laku dan pandangan terhadap tugas dan
bertanggungjawab akan jelas berbeza bergantung pada aspirasi ibu bapa, jenis pekerjaan,
pandangan terhadap pendidikan dan sebagainya. Pelajar di sekolah luar bandar dan
pedalaman selalunya mengamalkan budaya yang sama, etnik yang sama, pandangan dunia
yang serupa dan sebagainya. Justeru, tindakan, pandangan dunia, aspirasi dan pandangan
terhadap pendidikan yang ditunjukkan berkemungkinan kurang mencabar sebagaimana
mereka di bandar besar. Rata-rata pelajar di luar bandar kurang mendatangkan masalah
kepada sekolah dari segi tingkah laku. Jadi, petempatan memang menjadi salah satu impak
sosiobudaya kepada pelajar apabila pelajar bandar dan pelajar luar bandar membawa
budaya yang berbeza di dalam bilik darjah semasa proses P&P.
14

Gaya berfikir dan gaya belajar juga merupakan implikasi kepelbagaian sosiobudaya
dalam kalangan pelajar. Terdapat tiga gaya pembelajaran asas yang umum iaitu visual, audio
dan kinestetik. Pelajar visual perlu mendengar dan melihat untuk memahami isi pelajaran
sementara pelajar kinestetik perlu terlibat melakukan aktiviti membuat untuk menguasai
pembelajaran. Terdapat juga pelbagai bentuk gaya belajar yang berasaskan gaya berfikir
individu yang membuatkan setiap pelajar berbeza. Ada pelajar yang memerlukan bantuan
latar untuk memahami pembelajaran. Pelajar jenis ini tergolong dalam gaya fikir field
dependent. Pelajar perempuan lebih banyak memerlukan bantuan latar berbanding lelaki,
juga bergantung kepada budaya hidup etnik. Pelajar lelaki kebanyakannya boleh berfikir
secara pantas dan ada juga pelajar yang mengambil masa yang panjang untuk memahami
dan bertindak. Pelajar impulsif lebih mudah membuat kesilapan dalam pembelajaran
berbanding pelajar yang reflektif. Pelajar reflektif mengambil masa dan berfikir panjang
sebelum mengambil tindakan. Pelajar reflektif lebih mudah mengingat maklumat, lebih
memahami teks dan lebih cekap dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan
berbanding pelajar impulsif. Justeru, terbukti gaya berfikir dan gaya belajar juga merupakan
implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan pelajar dalam bilik darjah apabila
masing-masing mempunyai gayanya yang tersendiri semasa belajar dan proses P&P.
Akhir sekali, implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pelajar juga termasuklah
gender. Pelajar perempuan lebih tekun memberikan perhatian dalam pembelajaran,
mematuhi peraturan bilik darjah dan sekolah. Mereka juga lebih kemas dan teratur,
menunjukkan prestasi baik pada peringkat rendah. Manakala lelaki menunjukkan prestasi
lebih baik pada peringkat menengah. Pelajar lelaki biasanya lebih mendapat perhatian guru
dalam pembelajaran dan interaksi dengan guru dan lebih baik dalam mata pelajaran
pengiraan dan lemah dalam mata pelajaran sastera dan bahasa. Merujuk Santrock 2008,
estim kendiri pelajar lelaki dan perempuan adalah sama pada masa masuk sekolah tetapi
estim kendiri pelajar perempuan merosot apabila mencapai pertengahan tahun persekolah.
Budaya yang diamalkan di sekolah membentuk penerimaan kelainan gender, keupayaan
dan prestasi mengikut gender. Oleh itu, gender memang menjadi salah satu impak
kepelbagaian sosiobudaya dalam bilik darjah terutama dalam proses P&P dalam kalangan
pelajar dengan membawa perbezaan budaya lelaki dan perempuan.

4.0 CADANG LANGKAH UNTUK MENANGANI KEPELBAGAIAN BUDAYA DAN


BAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR DI DALAM BILIK DARJAH
Antara langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan
pelajar di dalam bilik darjah adalah memastikan murid menggunakan bahasa yang
standard dalam bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran agar komunikasi
15

antara guru dan pelajar serta pelajar dan pelajar yang berlatar belakang yang berbeza
berkesan dan tidak timbul perselisihan faham. Akan tetapi bahasa ibunda mereka boleh
diperkukuhkan jika di rumah.
Guru juga perlu merancang aktiviti yang pelajar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik
tanpa mengira latar sosio-budaya mereka. Hal ini juga boleh menyumbang kepada langkah
untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik
darjah. Pelajar juga harus sentiasa digalakkan agar sentiasa mengikut aktiviti yang
dianjurkan oleh sekolah. Selain daripada meningkatkan pengetahuan pelajar, hubungan di
antara setiap murid dapat dijalinkan melalui aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai
budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri
apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan.
Hal ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses
pembelajaran dalam bilik darjah.
Tambahan pula, pelajar perlu mengurangkan prasangka dan streotaip antara satu
sama lain. Oleh itu, guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap
kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan memberi
ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain
dan menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan
dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama
belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan
keistimewaan.
Langkah seterusnya adalah pelajar perlu memupuk budaya sekolah yang positif
Justeru, segala bentuk amalan pengelompokan pelajar perlulah dihentikan dan iklim
bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru yang lebih terbuka
perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar
belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.
Di samping itu, langkah untuk menangani kepelbagaian budaya dan bahasa juga boleh
dilaksanakan dengan menggunakan bahan-bahan dan kaedah yang boleh meningkatkan
pencapaian akademik jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan
budaya dan keperluan serta gaya pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap
pengajarannya lebih mudah.
Langkah lain bagi menangani kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar
di dalam bilik darjah juga mengambil kira perbezaan gaya pembelajaran. Setiap individu
mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan berbeza dari segi
16

mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka berinteraksi. Ada orang
yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang berasaskan intuisi, ada yang
menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud
disebabkan oleh personaliti setiap individu itu berbeza. Oleh itu, guru perlu peka terhadap
gaya pengajaran mereka supaya pelajar dapat merealisasikan potensi dirinya setinggi
mungkin.
Langah seterusnya adalah guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan
keperluan pelajar dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan
mereka. Hal ini kerana, setiap pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri,
keperluan mereka untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan
kemampuan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh
Bennet (1990) mengenal pasti ciri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam
proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang
memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja struktur
dalam proses pembelajaran mereka. Justeru, pelajar yang terlalu bergantung perlulah dilatih
berdikari, yang terlalu mementingkan diri perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru
perlu meningkatkan keyakinan pelajar, estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.
Guru perlu mengesan cara belajar yang paling berkesan di kalangan pelajar mereka
dan cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk
pembelajaran yang berkesan juga menyumbang kepada langkah bagi menangani
kepelbagaian budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di dalam bilik darjah. Hal ini
kerana, setiap pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk
belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek atau
aktiviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat membantu
mereka belajar secara lebih sempurna. Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang
perlu dipelajari, ada pula yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada
pembelajaran. Ada pelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakanmenulis nota atau membuat aktiviti, menggaris nota dan sebagainya.
Akhir sekali, Sekolah Wawasan perlu ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan pelajar di sekolah dalam bilik darjah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang
dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang
seragam. Apabila murid-murid yang berlainan latar belakang dapat berinteraksi sejak
peringkat awal persekolahan, sudah tentu masa depan akan lahir satu generasi yang hormat
dan bertoleransi di antara satu sama lain. Oleh itu, penekanan semangat perpaduan dan
integrasi antara kaum perlu dipupuk sejak kecil iaitu di bangku sekolah rendah kerana ia
akan lebih memudahkan mereka untuk menghadapi masyarakat di masa akan datang.
17

5.0

PENUTUP
Tuntasnya, kepelbagaian etnik dan sosiobudaya yang wujud di Malaysia

merupakan suatu keunikan yang amat bernilai harganya. Dr. Mohd. Arshad Hj.
Taib telah mendefinisikan sosiobudaya sebagai amalan yang berupa gaya hidup
dan

peradaban

bagi

sesuatu

masyarakat,

lahir

dari

pegangan

dan

kecenderungan diri masyarakat berkenaan dalam berbagai bidang hidup, untuk


memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup masyarakat tersebut.
Justeru, kefahaman antara satu sama lain adalah amat penting demi melahirkan
masyarakat yang hidup harmoni seterusnya melahirkan satu bangsa Malaysia
yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Maka tidak
hairanlah jika guru dikatakan mempunyai tugas yang berat dalam memupuk
semangat kekitaan dalam kelompok etnik yang pelbagai dalam negara Malaysia.

18