Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Kaedah ini diperkenalkan oleh Edward de Bono, seorang pemikir dan penulis terkemuka
Barat. Kaedah berfikir secara parallel ini bertujuan untuk meluaskan perspektif, melihat
sesuatu perkara dari pelbagai sudut dan masa yang berlainan , menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan yang terbaik.

1.

Topi Putih

Topi putih digunakan untuk mengumpul secara objektif segala maklumat yang berkaitan
dengan apa yang sedang kita amati. Setiap pengguna topi putih tidak seharusnya memberi
sebarang penilaian atau pendapat terhadap sesuatu maklumat.
Pendapat sendiri tidak akan dibenarkan sama sekali untuk dimasukkan sebagai maklumat
yang hendak dikumpul atau menguatkan sesuatu pendapat. Hal ini amat bertentangan dengan
pemikiran tradisional yang mana lebih cenderung kepada membuat keputusan terlebih dahulu
dan hanya selepas itu sahaja barulah membuat jangkaan fakta-fakta untuk menyokong
keputusan berkenaan.
Topi putih seringkali digunakan pada permulaan perbincangan untuk mencorakkan latar
belakang sesuatu masalah. Ia juga boleh digunakan sekali lagi pada akhir perbincangan bagi
memastikan sesuatu cadangan atau keputusan yang telah dibuat itu adalah berdasar kepada
maklumat yang telah dikumpulkan.
2.

Topi kuning

Topi kuning digunakan untuk mencari nilai-nilai positif. Ia juga digunakan untuk berfikir
secara logikal daripada perspektif yang positif dan konstruktif. Gaya pemikiran menggunakan
topi kuning amat penting kerana ia dapat menggalakkan kita untuk mencari nilai-nilai positif
sesuatu idea termasuk idea yang pada mulanya kelihatan tidak begitu menarik.
3.

Topi hitam

Topi hitam digunakan untuk menganalisis idea atau meneliti sesuatu cadangan secara logikal
dari aspek undang-undang, keselamatan dan lain-lain agar kita lebih berhati-hati sebelum
menerima sesuatu keputusan atau cadangan. Dalam erti kata lain kita melihat sesuatu
keputusan itu dari sudut negatif. Negatif di sini bermaksud berhati-hati atau melindungi
kepentingan sendiri. Ini penting kerana ia dapat menonjolkan kelemahan sesuatu keputusan
yang akan diambil. Ia juga membenarkan kita untuk menyingkir, mengubah dan menyediakan
pelan kecemasan untuk mengatasi sebarang kemungkinan.
Topi hitam juga dapat membantu kita menjadikan perancangan yang dibuat itu lebih kukuh
dan fleksibel. Ia juga membantu kita dalam menjangkakan risiko-risiko yang mungkin
berlaku sebelum membuat sebarang keputusan.
4.

Topi merah

Menggunakan topi merah kita akan melihat sesuatu masalah itu dengan menggunakan emosi
atau intuisi sama ada secara positif atau negatif tanpa perlu menjelaskan sebabnya dan bukan
digunakan untuk mengubah sesuatu perkara atau idea yang telah dibuat. Ia juga cuba untuk
memahami macam mana orang lain akan bertindak dengan emosi.
5.

Topi hijau

Topi hijau pula mewakili kreativiti. Ia melambangkan tenaga pemikiran yang melihat sesuatu
perkara dari perspektif yang baru dan juga mengeluarkan idea-idea yang kreatif dalam kaedah
penyelesaian masalah.Topi hijau membantu kita untuk bergerak ke hadapan dengan
menjanakan idea-idea alternatif yang lebih baik berbanding idea asal. Ia juga digunakan
untuk menyelesaikan atau memperbaiki masalah yang dilihat melalui topi hitam.
6.

Topi biru

Topi biru mewakili kawalan proses berfikir secara keseluruhannya ataupun dalam bahasa
yang lebih mudah ia digunakan untuk mengawal kegunaan topi berfikir yang lain.
Kebiasaannya, ia digunakan oleh pengerusi mesyuarat atau ketua perbincangan. Ia boleh
digunakan pada awal perbincangan untuk menjelaskan perkara yang akan dibincangkan,
menjelaskan tujuan sesuatu perbincangan dan merancang corak pemikiran yang akan
digunakan dalam perbincangan tersebut. Pemikir yang memakai topi biru boleh bersuara
semasa perbincangan sedang berlangsung untuk mengawal perbincangan agar tidak kelam
kabut dan penggunaan topi lain adalah mengikut peraturan
Berfikir Secara Paralel
Berfikir secara parelal bermaksud berfikir secara selari, teratur dan sistematik. Contohnya
enam idea yang berlainan diterima dan diletakkan selari antara satu sama lain dan tidak
dinilaikan, dibandingbezakan, dipertikaikan, serta tidak dibuktikan benar atau salah,
sebaliknya dicari kelebihan daripada setiap satunya.
Bagaimana enam topi berfungsi
Melalui kaedah enam topi berfikir (de Bono, 1991/1985), setiap pemikiran dianologikan
kepada topi yang mempunyai warna-warna tertentu, iaitu putih, merah, hitam, kuning, hijau
dan biru.
Topi putih Melambangkan pemikiran neutral dan objektif yang mementingkan fakta dan
perkara objektif semata-mata.
Topi merah Melambangkan pemikiran emosional dan berlandaskan perasaan dan intuisi.
Topi hitam Melambangkan pemikiran negatif yang menekankan keburukan, kelemahan dan
kecacatan.
Topi kuning Melambangkan pemikiran positif yang menggunakan kebaikan, keistimewaan
dan manfaat.
Topi hijau Melambangkan pemikiran kreatif dan dengan itu mampu menjana idea-idea baru
yang bernas atau mengembangkan idea yang sedia ada, sama ada secara logik atau
sebaliknya.
Topi biru Melambangkan pemikiran kawalan dan dengan itu mengawal perjalanan sesuatu
perkara termasuk topi-topi lain.

Kebaikan Menggunakan Kaedah Enam Topi Berfikir


Enam topi berfikir akan membantu seseorang untuk :
1. Menjadi lebih fokus dan disiplin dalam cara berfikir, justeru menghasilkan idea yang
lebih berstruktur dan sistematik.
2. Berfikir dengan lebih kritikal.
3. Memahami keperluan untuk memisahkan proses pemikiran kepada mod-mod yang
berbeza dan belajar untuk berfikir dalam satu mod pada satu masa.
4. Mempelajari garis panduan (topi putih) yang akan membantu dalam mengenal pasti
kelemahan dan risiko (topi hitam) sesuatu idea atau cadangan baru.
5. Memahami peranan emosi dan intuisi dalam pembuatan keputusan.
6. Mempelajari penggunaan maklumat yang ada secara berkesan.

Dr Edward de Bono telah memberikan sumbangan dalam corak pemikiran lateral iaitu
dengan memberikan dan memperkenalkan. Untuk menjadi panduan kepada orang ramai
dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah:
1. Sentiasa bersikap positif dan konstruktif.
2. Fikir perlahan-lahan dan secara mudah; jangan memudahkan sesuatu perkara.
3. Lupakan ego; jangan biarkannya masuk campur bila berfikir.
4. Tentukan tujuan berfikir.
5. Tukar gear otak tentukan bila untuk pemikiran logik dan kreatif.
6. Tentukan hasil yang hendak dicapai
7. Sentiasa fikirkan alternatif yang lain.
8. Beri tempat kepada perasaan.
9. Tukar ganti pemikiran secara luas dan secara terperinci.
10. Bezakan antara yang sepatutnya dengan yang mungkin.
11. Ambil kira semua pendapat.

12. Semua jenis tindakan melibatkan nilai.

Dalam pemikiran lateral termasuk juga pemikiran kreatif. Pemikiran kreatif merupakan satu
bentuk penyelesaian masalah yang potensi penyelesaian amat berkesan untuk melakukan
penyelesaian masalah.
Kini dalam apa jua persidangan, forum dan bengkel pemikiran kreatif amat ditekankan
seumpama ia amat penting dalam kehidupan dan sememangnya menerusi kajian ia amat
penting dalam kehidupan. Ini kerana penyelesaian masalah secara kreatif akan meninggalkan
impak yang cukup berkesan dan membanggakan.

PEMIKIRAN MENEGAK
Ianya dikenali sebagai " Vertical Thinking" yang menggunakan proses-proses akal yang
tradisional untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Kebanyakan manusia menggunakan
pemikiran menegak hasil daripada pendidikan formal mereka. Oleh itu, pemikiran ini juga
dikenali sebagai pemikiran logik kerana ia menggunakan satu urutan langkah-langkah yang
sistematik untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ringkasnya berfikir secara menegak
(vertical thinking) ialah satu bentuk berfikir cara tradisional yang berteraskan kepada logik,
kesinambungan dan urutan.