Anda di halaman 1dari 21

QKU3023

FALSAFAH, ETIKA DAN ESTETIKA


KESUKANAN

TUGASAN 1
PROBLEM BASED LEARNING
RASUAH

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NITO ANAK TONY

D20112055167

014-5841002

NAMA PENSYARAH: DR THARIQ KHAN BIN AZIZUDDIN KHAN


TARIKH SERAH: 30 April 2015

BIL
1.
2.
3.

PERKARA

MUKA SURAT

PENGHARGAAN
PERNYATAAN MASALAH
ANALISIS ISU

ii
1

2.1 DEFINISI RASUAH

2.2 JENIS KESALAHAN RASUAH

4.

2.3 PUNCA KEWUJUDAN RASUAH


LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN RASUAH DALM

8
9

5.

SUKAN
KESAN RASUAH TERHADAP SUKAN ANTARABANGSA
3.1 INDIVIDU

11

3.2 MASYARAKAT

11

6.
7.

3.3 NEGARA
KESIMPULAN
RUJUKAN

12
13
14

8.

LAMPIRAN

iii

Melalui peluang keemasan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr. Thariq Khan bin Azizuddin Khan, Pensyarah Subjek bagi QKU 3023
Falsafah, etika dan Estetika Kesukanan kerana memberi kesempatan kepada saya menyiapkan
tugasan saya pada kali ini.

Selain itu, penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan
yang banyak membantu dalam usaha saya menyiapakan tugasan pada kali ini. Menyiapkan
tugasan pada kali ini memberikan peluang kepada saya menambahkan ilmu mengenai etika
kesukanan dan berharap dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya dalam bidang ini.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung semasa saya
menyiapkan tugasan pada kali ini.

Sekian, terima kasih.

APAKAH SUKAN BOLA SEPAK KINI MENJADI MEDAN PERTARUHAN? ADAKAH WANG RINGGIT
LEBIH MENJADI KEUTAMAAN BERBANDING KUALITI PERMAINAN YANG BERSIH DARI ISTILAH
RASUAH?

1.0

PERNYATAAN MASALAH
Rasuah telah wujud sejak berabad lalu dalam bidang sukan. Ia melibatkan pihak
yang korup, pemberi sogokan (penyogok) dan penerima sogokan. Namun kini, ianya
telah menular dalam kancah bola sepak dalam Negara mahupun pada peringkat
antarabangsa. Ia diibaratkan seperti kembalinya virus pembunuh yang tidak mungkin
dpat dihapuskan sepenuhnya.
Jika dahulu orang ramai ke stadium dengan semangat yang berkobar-kobar
dengan pelbagai tawaran menarik yang disediakan untuk merancakkan liga bola sepak.
Peminat berlumba-lumba membeli jersi dan cenderamata pasukan pujaan mereka.
Industri berkembang dengan begitu teratur. Sedikit demi sedikit ianya dapat melahirkan
pemain yang boleh dibanggakan oleh peminat.
Namun, bagaikan satu malapetaka berlaku apabila rasuah menjelma. Maka
semua mata terbeliak. Dalam erti kata lain, perkembangan dan pembangunan sukan
bola sepak telah dihantui dan dibutakan oleh kemewahan wang ringgit untuk
kepentingan diri sendiri bagi melihat pasukan yang diminati menang dalam setiap
perlawanan dengan kaedah mengatur perlawanan.

Kebanyakkan orang sekarang ini memandang ringan akan penerimaan rasuah


dan telah menjadi lumrah apabila mereka tidak mengendahkan lagi halal dan haram
asalkan pasukan yang mereka pilih menang atau kalah mengikut kehendak mereka.
Namun begitu, Singapura dan United Kingdom adalah antara negara yang
membenarkan pertaruhan mengikut undang-undang untuk mengelakkan berlakunya
rasuah dalam sukan bola sepak mereka.
Isu mengenai rasuah ini boleh melibatkan banyak pihak dan atas banyak sebab
dan punca. Sepertimana yang berlaku pada jurulatih Juventus, Antonio Conte yang
dikatakan antara individu yang dilaporkan terlibat dalam skandal rasuah Liga Itali dalam
mengatur perlawanan tersebut. Malah bagi kes itu turut ditahan kapten Lazio, Stefani
1

Mauri, bekas pemain tengah Genos, Omar Milanetto serta pihak polis bandar utara
Cremona, turut menahan lima individu di Hungary yang disyaki terbabit dalam perjudian
haram antarabangsa yang dipercayai didalangi seorang warganegara Singapura
dikenali sebagai Tan See Eng.
Secara amnya, isu rasuah ini seharusnya dibanteras bagi menggelakkan ianya
semakin berleluasa lalu menyebabkan pencinta bola sepak tidak lagi menonton
perlawanan bola sepak akibat mengetahui yang perlawanan tersebut telah diatur.

2.0

ANALISIS ISU
2.1
DEFINISI RASUAH
Apakah itu rasuah? Menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia 2009 (ASPRM 2009)(Akta 694), rasuah didefinisikan sebagai
penerimaan atau pemberian suapan upah atau dorongan untuk seseorang
individu kerana melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan tugas rasmi.
Suapan terdiri daripada wang hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah
ataupun diskaun.
Dalam sukan, rasuah merupakan salah satu penyelewengan dalam
sukan selain penyalahgunaan dadah dan perjudian. Rasuah dalam sukan,
menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka boleh diertikan sebagai amalan
2

makan suap dan kegiatan memberikan dan menerima sogokan kewangan,


kebendaan atau jawatan untuk mencapai matlamat tertentu. Rasuah berpunca
daripada aktiviti perjudian dimana pengurus, pengadil ataupun atlet diberikan
wang supaya mempengaruhi keputusan perlawanan demi kepentingan meraka.
Maksud tersirat dan tersirat mengenai disebalik perkataan RASUAH
ialah:
R REPUTASI
Orang yang terlibat dan terjerat dengan rasuah sebenarnya telah
merendahkan reputasi dan kehormatan dirinya, keluarga, kerjaya, masyarakat,
bangsa, agama dan negaranya. Sejarah dahulu telah membuktikan kerana
amalan rasuahlah negara hancur dan terjual maruah bangsa kerana perlakuan
dan sikap pemberi dan penerima rasuah.
A AKHLAK
Sesungguhnya untuk mengelakkan rasuah, akhlak seseorang itu
memainkan peranan penting. Akhlak yang mulia membentuk keperibadian yang
mulia yang menjadikan seseorang itu menghormati diri dan nilai murni
agamanya. Akhlak yang buruk dan tiada pendirian menjadikan seseorang itu
mudah terjerumus dan terjebak dengan rasuah.

S SENANG
Bukan senang nak hidup senang dan tidak susah hendak susah.
Perumpamaan ini sesuai bagi mereka yang hendak hidup senang tetapi tidak
mahu berusaha dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri
dengan rasuah dan yang seangkatan dengannya.
U- ULAT
Pengamal rasuah ini umpama ulat yang menyelinap, memakan dan
merosakkan habitatnya tanpa dapat dilihat dengan mata kasar oleh orang lain.
Akhirnya, habitatnya rosak dan hancur dan ulat tersebut menjadi kenyang dan
hidup gembira dengan kekenyangan daripada hasil habitatnya.
A AMALAN
Rasuah sebenarnya bermula dari amalan seseorang dalam hidupnya
yang telah terbiasa dengan curi kecil-kecilan dan sentiasa terlepas dan

akhirnya seronok dengan amalan tersebut dan menjadikan rasuah itu sebagai
profesion sepenuh masa atau separuh masa di samping kerja tetap mereka.
H HANCUR
Rasuah boleh menghancurkan diri pengamalnya, bayangkan betapa
malunya diri dan keluarga jika pengamalnya ditangkap kerana perlakuan rasuah.
Yang menerima kesannya ialah pasangan dan anak-anak yang tidak berdosa
yang akan dipulaukan oleh rakan-rakan, menerima ejekan dan kecaman kerana
perlakuan ibu bapa atau ahli keluarga.
Dari segi istilah perjudian pula, Kamus Dewan Edisi ke-3 (1997)
mendefinisikan perjudian bermaksud permainan dengan memakai wang dan
sebagainya

sebagai

taruhan.

Manakala

Kamus

pelajar

Cetakan

ke-13

mengatakan bahawa perjudian ialah perbuatan atau hal menjudikan dengan


bertaruhkan wang. Manakala dari segi Pendidikan Jasmani dan Pendidikan
Kesihatan Tahun 6 (2007) perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan
menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan.
2.2

JENIS KESALAHAN RASUAH


2.2.1

Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima /
bersetuju menerima suapan rasuah (wang / benda / perkhidmatan dan
lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa-apa jua
berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.

2.2.2

Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta / menerima /
bersetuju menerima suapan rasuah (wang / benda / perkhidmatan dan
lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan apa-apa jua
berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi,
prinsipal/majikan berkenaan.

2.2.3

Membuat Tuntutan Palsu


Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi
kepada prinsipal/majikan. Suatu dokumen yang diketahuinya atau
4

disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal/majikan


mempunyai

kepentingan,

dengan

tujuan

untuk

mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
2.2.4

Menyalahguna jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau
kedudukan untuk mendapat suapan membuat, membuat apa-apa
keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa
perkara mengenainya, dimana pegawai itu, saudara maranya atau
sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

2.3

PUNCA KEWUJUDAN RASUAH


Dalam Kamus Concise Law Dictionaray, P.G. Osbome menyatakan
bahawa bribey and corruption sebagai perbuatan giving or offering any reward
to any person to influence his conduct; or receipt of such reward . namun begitu
bagaimana boleh terjadinya rasuah. Terdapat banyak faktor ataupun punca
terjadinya rasuah dalam sukan. Antaranya:
2.3.1

Ketamakan
Berdasarkan sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Kosmo
bertarikh 26 Disember 2008, penulis menyatakan bahawa pemain yang
tamak sering kali menjadi punca permasalahan tetapi mungkin juga
pemain tersebut tersepit. Mereka bermain separuh mati tetapi tidak diberi
gaji yang dijanjikan. Jadi mereka sanggup menerima sogokan sehingga
RM 20,000.
Sebagai contoh, pada tahun 1996, seramai 126 pemain telah
disabitkan dengan kesalahan rasuah bola. Pada operasi pembersihan itu,
42 pemain didapati bersalah telah dibuang daerah yang melibatkan
hampir keseluruhan skuad pra-Olimpik Malaysia terlibat dalam rasuah
tersebut. Selain daripada itu, perkara yang sama berlaku pada skuad
bola sepak Piala Presiden Negeri Sembilan dan T-Team yang menerima
suapan angkara gaji bulanan yang rendah tanpa sebarang imbuhan
tambahan.

2.3.2

Kelemahan Pengurusan Dalaman


Persatuan yang gagal mengurus kebajikan pemainnya, dimana
gaji yang tidak konsisten sehingga menyukarkan kehidupan mereka
merupakan punca mereka sanggup menerima rasuah demi survival
mereka. Pihak yang bertanggungjawab seharusya tahu peranan mereka
supaya dapat menguruskan kebajikan setiap pemain dan pasukan
dengan baik.

2.3.3

Penyalahgunaan Kuasa
Pihak pengurusan juga menyumbang kepada berlakunya rasuah
apabila mereka boleh membuat percaturan dari segi teknik dan taktik
permainan untuk memberikan kelebihan kepada pasukan lawan.
Mengambil kejadian yang berlaku dalam Liga Siri A dan B pada
tahun 2006 dimana pihak berkuasa berjaya mendapatkan rakaman
perbualan telefon melibatkan pengurusan dan pemain kelab-kelab terlibat
sekaligus mendedahkan dengan jelas skandal tersebut termasuk memilih
pengadil yang telah dirasuah untuk mengadili perlawanan.
Ini telah menyebabkan kesemua kelab yang terlibat dikenakan
hukuman berat iaitu Kelab Juventus telah diturunkan divisyen bawah iaitu
Siri B dan ditarik balik kejuaraan liga tahun 2005 dan 2006 manakala
kelab lain telah didenda serta kedudukan mata perlawanan pula
dikurangkan untuk berlaku adil.

2.3.4

Kewujudan Peluang
Bookie

merupakan dalang yang mencari kesempatan untuk

memberi, menerima, menawarkan dan menuntut sesuatu terutamanya


berdasarkan kuasa dan kedudukan masing-masing dan mereka tidak
mengambil kira bola sepak itu popular atau tidak, asalkan ada peluang
mereka akan meneruskan kegiatan.
Merujuk kepada kejadian yang berlaku pada 24 February 2009
dimana para bookies bagi perlawanan Liga Perdana Blue Square pada
mulanya telah mensasarkan bahawa pasukan bola sepak belia Rushden
akan menang menentang Weymouth Football Club tetapi menukar
6

pertaruhan apabila mensasarkan Weymouth Football Club akan menang.


Keputusan

akhirnya

berpihak

pada

pasukan

Weymouth

dan

menyebabkan pihak bookies terpaksa mengeluarkan satu juta saham


dalam usaha untuk menjadikan kewangan kelab kembali stabil tetapi
masih gagal.

3.0

LANGKAH PENCEGAHAN RASUAH DALAM SUKAN


Dalam seminar Integriti Dalam Sukan yang telah diadakan pada 21
Februari 2013, Pengarah Keselamatan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa
(FIFA), Ralf Mutschke mengakui bahawa perbuatan mengatur perlawanan dan
rasuah dalam sukan bola sepak adalah masalah global. Beliau juga menekankan
bahawa semua negara perlu bersatu dalam perjuangan menangani isu yang
serius.

Berkongsi pandangan yang sama, Ronald K.Noble, Ketua Setiausaha


INTERPOL menggesa penguatkuasa undang-undang, persatuan bola sepak,
persatuan pemain bola sepak, pengamal undang-undang, majlis sukan dan
badan-badan kawal selia untuk mengubah pandangan dunia mereka serta
berfikir dan bekerjasama sebagai rakan sekerja.
Oleh itu, pihak yang terlibat seharusnya mengambil langkah-langkah
pencegahan antaranya:
(i)

Pemilihan jurulatih yang berkaliber.


Jurulatih yang berkaliber seharusnya bukan sahaja dapat melatih
pemain menjadi pemain ataupun atlit yang bagus malah perlu mampu
membimbing dan memberikan nasihat kepada anak buahnya supaya
mengelakkan diri daripada terjerumus ke dalam dunia perjudian ataupun
rasuah ini. Mereka seharusnya boleh menerangkan kepada pemain
kesan sekiranya pemain ataupun atlet terlibat dengan rasuah dan
kesannya kepada atlit.

(ii)

Jati diri atau prinsip kendiri atlit.


Atlit perlu memegang kepercayaan yang kukuh dan sering
melibatkan diri dalam ceramah agama dan kursus motivasi. Dengan cara
ini ia dapat menambahkan lagi kefahaman tentang keburukan sekiranya
mereka terlibat dengan gejala rasuah. Setiap atlit seharusnya tahu dan
faham mengenai etika sukan malah menghayati dan mengamalkan
prinsip Rukun Negara.

(iii)

Kebajikan jurulatih dan atlet dijaga dengan baik.


Semua pihak bertanggungjawab harus mengambil berat tentang
isu rasuah ini. Sebagai contoh Kementerian Belia dan Sukan Negara
harus meneliti keperluan setiap pemain agar menepati keperluan sebenar
dan

bukan sekadar meneliti secara kasar sahaja bagi menggelakkan

mereka mahupun pengurus mereka terlibat dengan gejala rasuah ini.

4.0

KESAN RASUAH TERHADAP SUKAN ANTARABANGSA


Minat terhadap sesuatu sukan datangnya daripada naluri setiap insan tanpa
dipaksa oleh sesiapa. Lantas setiap peminat adalah teruja untuk menyaksikan
kehebatan pasukan yang diminati bertanding. Sudah pastinya tindakan mengatur
perlawanan akan mengundang kemarahan mereka yang jujur dan prihatin dalam sukan
bola sepak. Kesan daripada rasa tidak puas hati sekirannya keprihatinan mereka tidak
diambil tindakan sewajarnya, industri bola sepak akan dipinggirkan sehingga ia menjadi
mundur.
4.1

Individu
Kesannya kepada individu akan menyebabkan individu tersebut hilang
kerjaya kerana sikap tidak jujurnya itu. Malah, orang sekeliling akan memandang
serong pada diri individu tersebut. Ini boleh menyebabkan maruah seseorang itu
jatuh. Sekirannya seseorang itu sudah berumah tangga, ia boleh menyebabkan
keharmonian rumah tangga hancur dan keluarga terabai. Semangat kesukanan
sebagai seorang atlit akan luntur sedikti demi sedikit.

4.2

Masyarakat
Ketidakadilan disebabkan mengenepikan hak-hak tertentu seperti hak
penonton. Sepatutnya sokongan peminat haruslah dihargai kerana mereka yang
9

berkunjung ke stadium tanpa menghiraukan kesesakan, hujan atau panas demi


memberi sokongan kepada pasukan masing-masing. Tindakan tidak mengambil
endah kes-kes rasuah dalam sukan ini seperti kita

menggalakkan malah

melindungi penjenayah yang terlibat dengan rasuah dalam sukan ini. Ibu bapa
mahupun penjaga tidak akan menggalakkan lagi penglibatan generasi muda
dalam bidang sukan kerana mengetahui adanya rasuah dalam permainan.

4.3

Negara
Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran.

Menjejaskan sosial

serta kestabilan politik serta keselamatan. Mutu kualiti sukan akan terjatuh dan
keyakinan atlit akan terjejas, hubungan dalam pasukan juga akan terjejas.
Kenaikan kos barang dan perkhidmatan. Mengurangkan pendapatan negara. Ia
akan mempengaruhi dari sudut ekonomi kerana tiada peminat yang hadir ke
stadium untuk menyaksikan pertandingan bola sepak.

10

5.0

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan dalam usaha
untuk menjadikan masyarakat itu berintegriti dan mempunyai nilai budaya yang tinggi.
Pemain perlu dididik dengan semangat kesukanan begitu juga dengan semua individu
yang terlibat dengan sukan walaupun hanya sebagai pengurus atau penganjur sesuatu
sukan. Jangan hanya kerana nila setitik, maruah dan mutu sukan menjadi semakin
pudar.
Isu rasuah dalam sukan ini adalah satu perbuatan yang tidak bermoral yang
bakal merosakkan nama baik dan prestasi sukan luar negara mahupun dalam negara.
Jika dibandingkan dahulu dan sekarang, kini atlet telah dimanjakan dan dibiasakan
dengan ganjaran setiap kali pertandingan diadakan. Mereka bukan bertandng
disebabkan oleh semangat kesukanan yang sejati tetapi oleh wang ringgit. Dan oleh
sebab itu jugaklah, mereka lebih mengutamakan keuntungan sekiranya mereka
membantu pihak yang berkepentingan.
Tindakan tegas yang sewajarnya perlu di ambil terhadap mereka yang didapati
bersalah

bagi

membuktikan

bahawa

Malaysia

adalah

sebuah

negara

yang

mementingkan permainan yang bersih berbanding permainan yang sentiasa menang


tetapi terdapat unsur-unsur negatif di sebaliknya. Diharapkan semua pihak berganding
bahu bagi menggelakkan isu perjudian dan rasuah menjadi trend dalam bidang sukan
yang kita cinta.

BIBLIOGRAFI

11

Daily Mail Reporter, (2009, Februari 24), Bookies lose 1million non-league football fans bet
AGAINTS their own team. http://www.dailymail.co.uk/news/article-1153802/Bookieslose-1million-non-league-football-fans-bet-AGAINST-team.html#ixzz3WVjrQhd1

Kenakan Hukuman Lebih Berat Kepada Pengatur Perlawanan. Diperoleh pada 17 April 2015
dari
http://www.sprm.gov.my/kenakan-hukuman-lebih-berat-kepada-pengaturperlawanan.html

Prof. Madya Rusinah Haron (2011, November 15). Fahami maksud tersirat rasuah. Utusan
Malaysia http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=1115&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Utusan Malaysia, (2011, Jun 22). Tanggani rasuah secara serius dari
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0622&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

12

LAMPIRAN 1

Rasuah sukan semakin menular


Astro Awani|Kemas kini:Februari 12, 2013
(Diterbitkan pada: Februari 12, 2013 14:39 MYT)

LONDON:
Gejala rasuah dan mengatur keputusan perlawanan semakin menular dalam arena sukan antarabangsa.
Di Britain, wujudnya satu kumpulan yang memantau aktiviti pertaruhan dalam usaha memerangi gejala
tidak bermoral itu.
Kumpulan Sportradar yang berpangkalan di London ini menggunakan kaedah tertentu bagi memantau
aktiviti pertaruhan membabitkan keputusan sukan.
Mereka turut diberi kepercayaan beberapa persatuan utama termasuklah Uefa, Persekutuan Tenis
Antarabangsa (ITF) dan Persatuan Bola Sepak Jermam (DFB) untuk tujuan pemantauan.
Menurut pengarah integritinya, Darren Small kumpulan itu berjaya membawa perubahan di Itali yang
sebelum ini dihimpit dengan skandal mengatur perlawanan bola sepak.
Darren berkata,Italy adalah contoh yang baik untuk kita, Liga Pro terutamanya. Apabila kita mula-mula
bertemu dengan Liga Pro mereka mempunyai masalah , mereka akan mengakui diri mereka sendiri
selama bertahun-tahun bahawa kami telah mengembangkan hubungan kita, kita telah melihat penurunan
dalam bilangan permainan yang telah dianggap sebagai mencurigakan. Jadi kami sangat gembira
dengan kajian kes untuk apa yang kita lihat. "
Kami lihat pengurangan jumlah perlawanan yang meragukan, sehingga tahun lalu, kami tidak mengesan
apa-apa. Kami amat gembira kerana ia merupakan satu contoh terbaik buat kami.
Minggu lalu, organisasi polis kesatuan Eropah, Europol mendedahkan 680 perlawanan rantau berkenaan
disyaki telah diatur keputusannya.
Satu sindiket jenayah terancang di Singapura dilaporkan menjadi dalang aktiviti itu.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-sukan/rasuah-sukan-semakin-menular-7096?cp

LAMPIRAN 2
ARKIB : 06/10/2013

Rasuah bola sepak


Oleh HAFIZAHRIL HAMID

LIGA ITALI
SALAH LAKU melibatkan rasuah yang berleluasa dalam Liga Siri A dan B telah menggemparkan dunia bola sepak
kerana liga tersebut antara yang paling digemari oleh peminat sukan itu di seluruh dunia.
Dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2006 itu beberapa kelab utama iaitu Juventus, AC Milan, Fiorentina, Lazio
dan Reggina telah dikenakan hukuman berat kerana terlibat dalam menyusun perlawanan dan rasuah.
Penipuan tersebut mula didedahkan apabila pihak pendakwaraya menyiasat Agensi Bola Sepak Itali. Pihak berkuasa
juga berjaya mendapatkan rakaman perbualan telefon melibatkan pengurusan dan pemain kelab-kelab terlibat sekali
gus mendedahkan dengan jelas skandal tersebut termasuk memilih pengadil yang telah dirasuah untuk mengadili
perlawanan.
Akibat pendedahan ini kesemua kelab terlibat telah dikenakan hukuman berat. Kelab Juventus telah diturunkan ke
divisyen bawah iaitu Siri B dan ditarik balik kejuaraan liga tahun 2005 dan 2006.
Manakala kelab lain telah didenda serta kedudukan mata perlawanan pula dikurangkan untuk berlaku adil.
Selain itu ramai pemain dan pegawai yang terlibat telah menjalani perbicaraan dan dijatuhkan hukuman sama ada
penjara, dikenakan denda dan dilarang bermain untuk beberapa musim selain dikenakan amaran.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana_Sukan/20131006/rs_01/Rasuah-bolasepak#ixzz3WQ8aQaWp


Utusan Melayu (M) Bhd

LAMPIRAN 3

Bookies lose 1million after non-league football fans bet AGAINST their own team
By DAILY MAIL REPORTER
UPDATED: 11:33 GMT, 24 February 2009

When fans of cash-strapped Weymouth Football Club heard the first team was going on strike, they decided to act - by heading down to the
bookies.
Supporters quickly realised the club would be forced to field their youth squad in the Blue Square Premiership match against Rushden and
Diamonds.
There was a killing to be made and, nine goals later (for Rushden), bemused bookmakers found themselves paying out more than 1million
to happy Weymouth fans.
Senior squad members at the club have not been paid all season and they refused to play on Saturday after medical insurance for the match
had lapsed.
Enlarge

Betting bonanza: Weymouth youth team pictured after their 9-0 defeat against Rushden and Diamonds. Fans won more than 1million after
placing bets on a Rushden win when they heard senior Weymouth players had gone on strike
Online betting exchanges and high street betting shops were inundated with people trying to place bets on a Rushden win, with many being
forced to cut odds and then suspend betting entirely.
Weymouth's youth side went on to lose the match 9-0.

More than 680,000 was put on a Rushden victory on the Betfair exchange alone.
The odds on a Rushden win were slashed from an early 15-8 to 5-4 on the night before the game, and they were down to 4-6 on before kickoff.
One punter claimed that he and his friends won tens of thousands of pounds.
He said: 'As soon as word began leaking out on Friday night that it might be the entire youth team playing we began putting on bets.
'We put on money at all the local bookmakers and then started driving to all the surrounding towns to get more bets on.
'We then began ringing friends around the country to get them to put on money for us.
'Even as the price began shortening we kept putting on thousands because there was no way a team of 17-year-olds were going to win that
game.'

Weymouth goalie Joe Prodomo watches the eighth goal hit the back of the net for Rushden and Diamonds
Fan Keith Avant, 30, said he had place 100 on Rushden, although he found it difficult to bet against his team.
He said: 'I put 100 on and got 237 back. I heard all the players were walking away so I went out to make the bet.
'It was a bit emotional as a Terras fan as you don't want to bet against your own team. But it was a good investment.'
Simon Clare, PR director for Coral, said: 'Normally 30,000-40,000 would be paid on a match like this across the whole industry but we paid
out in the region of 100,000 and we are 20 per cent of the industry.
'We took evasive action and made price changes to the match when we heard there was public knowledge that players were not available.
'We are very alert to those sorts of things to protect ourselves.'
Steve Palmer, deputy sports editor at the Racing Post, described the match as the centre of the betting universe before the game.
He said: 'Non-league football is one of the few sports where punters can get an edge on the bookmakers.
'They can have superior knowledge and the bookmakers can get caught with their trousers down.'
Weymouth's youth team were 4-0 down at half time, and were given a standing ovation by the 967 home fans at the final whistle.

The club are currently 14th in the Blue Square Premiership, 10 points above the relegation zone.
The Terras have issued one million shares at 50p each in a bid to turn the club's finances around, but if this fails it faces administration or
even liquidation.

Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1153802/Bookies-lose-1million-non-league-football-fans-bet-AGAINSTteam.html#ixzz3WVjrQhd1


Follow us: @MailOnline on Twitter | DailyMail on Facebook

Anda mungkin juga menyukai