Anda di halaman 1dari 18

SULIT*

Nama: ........................................................................................ Tingkatan: ................................

942/2

STPM 2015
GEOGRAFI
KERTAS 2
(Dua jam)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN


TRIANG, PAHANG
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2

CADANGAN
JAWAPAN

Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak dan 1 halaman kosong.

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

2
BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]

Jawab semua soalan.


1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan akuifer?
[3]
Akuifer ialah [formasi batuan] yang boleh [menakung dan menyimpan air di dalam tanah].
Air dalam tanah ini tersimpan di atas [batuan yang tidak telap air].
Kata kunci
1. formasi batuan 1m
2. menakung dan menyimpan air di dalam tanah 1m
3. batuan yang tidak telap air 1m
(b) Bezakan maksud akuifud dengan akuiklud dalam sistem akuifer
[4]
BI Akuifud ialah formasi batuan yang hanya dapat menyimpan air tetapi tidak
membenarkan air yang disimpan itu mengalir. Contohnya, air tanih yang disimoan
dalam formasi batuan granit.
2m
BII Akuiklud ialah formasi batuan yang boleh menyimpan dan membenarkah air tanih
mengalir sebagai aliran air bawah tanah. Sebagai contoh, air yang tersimpan di
dalam lapisan tanih liat dan batuan syal.
2m
(Pemarkahan : 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) .
(Isi = 1m + huraian = 1m)
(c) Jelaskan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air
CI Faktor ketinggian dan aspek 1m
Kawasan yang tinggi mempunyai simpanan air yang rendah berbanding
kawasan lembah.
Cerun menghadap matahari mengalami kadar sejatan yang lebih tinggi
berbanding cerun yang membelakangi matahari. 1m

[4]

CII Faktor kerpasan khususnya hujan 1m


Purata taburan hujan tahunan. Sebagai contoh kawasan tropika menerima
purata hujan yang tinggi berbanding kawasan gurun.
Bentuk hujan mengikut masa. Contohnya, hujan lebat meningkatkan larian air
permukaan berbanding hujan renyai yang meningkatkan kadar resapan. 1m
CIII

Faktor litupan tumbuhan 1m


Litupan tumbuhan mempengaruhi imbangan air melalui nilai sejat peluhan,
proses susupan dan proses pintasan dan cegatan silara 1m

CIV Faktor geologi atau batuan 1m


Geologi mempengaruhi imbangan air melalui sifat keporosan dan sifat
ketelapan batuan.
1m
STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

CIV Faktor manusia 1m


Manusia mempengaruhi imbangan air melalui aktiviti penyahhutanan,
penurapan muka bumi dan aktiviti penebusgunaan kawasan tanah lembap.
1m
(Pemarkahan : Mana-mana 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) .
(Isi = 1m + huraian = 1m)
(d) Jelaskan kepentingan air bawah tanah kepada aktiviti manusia.
DI Membekalkan sumber pengairan untuk pertanian. 1m
Membekalkan sumber pengairan untuk pertanian khususnya di kawasan
yang kurang sumber air permukaan seperti di kawasan tropika kering dan
subtropika
Mengantikan sumber air sungai untuk mengairi kawasan pertanian.
Senabagai contoh, penggunaan tekaga artes di India.
1m
DII

DIII

Membekalkan sumber air domestik kepada penduduk. 1m


Penggunaan air tanih amat mudah dan murah.
Perlu digerudi dan dipamkan keluar untuk disalirkan ke loji pembersihan
sebelum diagihkan kepada penduduk melalui sistem perpaipan.
Digunakan secara meluas di kawasan kampung dan kawasan pedalaman.
1m
Membekalkan sumber air kepada industri pengeluaran air mineral. 1m
Sumber air yang murah, bersih dan kaya dengan mineral.
Berpotensi dimajukan kerana kapasiti airnya yang banyak dan belum
diusahakan secara optima.
1m
(Pemarkahan : Mana-mana 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) .
(Isi = 1m + huraian = 1m)

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

2 (a) Sejauhmanakah faktor fizikal menyebabkan perbezaan taburan suhu secara


mendatar di permukaan bumi.

[13]

FAKTOR FIZIKAL
A1

A2

A3

Perbezaan latitud/garisan lintang 1m


Latitud di tengah glob seperti garisan khatulistiwa adalah lebih dekat
dengan matahari dan menerima tenaga matahari lebih banyak suhu
tinggi.
Latitud di hujung glob seperti sekitar kutub utara/selatan adalah lebih jauh
darapada matahari dan menerima tenaga matahari sedikit suhu rendah.
1m
Sudut zenith matahari 1m
Sekitar garisan khatulistiwa menerima pancaran matahari dalam keadaan
sudut tepat (90o) berbanding dengan kawasan kutub yang menerima
pancaran matahari dalam keadaan sudut condong.
Keamatan tenaga matahari di kawasan khatulistiwa adalah tinggi
berbanding kedua-dua kutub. 1m
Perbezaan litupan awan 1m
Kawasan gurun panas menerima tenaga suria paling tinggi berbanding
kawasan khatulistiwa.
Kawasan gurun mempunyai litupan awan yang nipis (awan sirus)
berbanding kawasan khatulistiwa yang mempunyai litupan awan yg lebih
tebal.
Awan berfungsi mengurangkan jumlah pancaran matahari melalui proses
serapan dan balikan. 1m

A4

Perbezaan ciri/sifat permukaan bumi 1m


Perbezaan ciri/sifat permukaan bumi mempengaruhi nilai albedo.
Permukaan bumi yang gelap spt jalan bertar, bangunan konkrit dan hutan
lebih banyak menyerap bahangan matahari berbanding permukaan yang
cerah seperti salji, air laut dan sungai yg lebih bnayak membalikkan
bahangan matahari. 1m

A5

Pengaruh kelautan 1m
Kawasan yang jauh dari laut tidak menerima pengaruh arus lautan.
Arus lautan membantu meyederhanakan suhu di kawasan pinggir pantai
1m

FAKTOR LAIN (MANUSIA)


A6

Aktiviti perindustrian 1m

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

A7

5
Membebaskan gas pencemar spt karbon dioksid, sulfur dioksida dan
nitrogen oksida.
Gas pencemar bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap
kpada bahangan bumi.
Bahangan bumi yang terperangkap dalam ruang atmosfera-bumi. Nilai
suhu sekitar akan meningkat 1m

Aktiviti pengangkutan 1m
Penggunaan bahan api fosil membebaskan gas pencemar spt karbon
dioksid, sulfur dioksida dan nitrogen oksida.
Gas pencemar bersifat lutsinar kepada bahangan matahari tetapi legap
kpada bahangan bumi.
Bahangan bumi yang terperangkap dalam ruang atmosfera-bumi. Nilai
suhu sekitar akan meningkat 1m
(Pemarkahan : Mana-mana 6 isi yang dihurai x 2 m + 1 m = 13m) .
(+1m = kesimpulan)

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

2 (b Taburan suhu di kawasan yang berbeza banyak mempengaruhi kehidupan


) manusia.. Terangkan.
[12]
B1
Aktiviti pertanian 1m
Suhu tinggi di kawasan tropika lembap akan menjamin tumbesaran
tanaman kerana mendapat bekalan tenaga yang mencukupi. Produktiviti
hasil tanaman meningkat. 1m
Suhu tinggi hanya pada musim panas dan luruh menyebabkan aktiviti
pertanian terhad di kawasan beriklim sederhana. Dijalan pada musim
panas dan luruh sahaja. Produktiviti hasil tanaman pada musim tertentu
shj. 1m
B2

Aktiviti perikanan 1m
Di kawasan tropika, suhu air laut adalah sederhana (sekitar 20oC) sesuai
untuk pembiakan plankton kaya dengan sumber perikanan. 1m
Aktiviti perikanan dijalankan ketika musim panas dan luruh di kawasan
beriklim sederhana. 1m

B3

Aktiviti pelancongan 1m
Di kawasan tropika, suhu yang panas/tinggi menjadi daya tarikan kepada
pelancong asing untuk melakukan aktiviti erjemur, selaman scuba dan
snokerling. Suhu sederhana di kawasan tanah tinggi mempengaruhi aktiviti
pelancongan tanah tinggi. 1m
Aktiviti pelancongan berbeza mengikut musim di kawasan beriklim
sederhana. Musim panas aktiviti berjemur, scuba dan snokerling. Musim
sejuk pelancongan di kawasan pergunungan spt permainan ski dan sukan
salji 1m

B4

Aktiviti pembalakan 1m
Di kawasan tropika, suhu yang tinggi menjamin tumbesaran pokok dengan
sempurna dan cepat matang. Hutan tropika menyumbang sumber kayu
keras dunia. 1m
Di kawasan hawa sedrehana. Aktiviti penebangan dijalankan pada musim
dingin (getah pokok beku). Aktiviti pengangkutan balak dijalankan pada
musim bunga dan panas kerana salji cair. 1m
(Pemarkahan : Mana-mana 4 isi yang dihurai x 3 m = 12m) .

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

3 (a) Jelaskan faktor yang menyebabkan berlakunya banjir kilat di bandar-bandar besar
di Malaysia.
[10]
A1
Kekurangan permukaan telap air 1m
Lebih daripada 80% muka bumI di kawasan bandar khususnya
bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town, Ipoh don lainlain dilitupi oleh permukaan yang tidak telap air (bitumen, simen don
aspalt).
Litupan ini menyebabkan kadar susupan berkurang don aliran permukaan
(run-off) meningkat.
Kesannya, lebih banyak air yang bertakung di permukaan berbanding
dengan yang meresap ke dalam tanah. Hal ini menyebabkan keberangkalian
untuk berlaku limpahan air di permukaan adalah tinggi. 1m
A2

Sistem saliran bandar yang tidak cekap 1m


Sistem longkang dan parit yang sempit don cetek tidak mampu untuk
menampung kuantiti don halaju air larian permukaan pada satu-satu
tempoh masa tertentu khususnya ketika hujan lebat.
Sistem longkang yang ada di bandar-bandar besar mungkin sudah lama
don bersaiz kecil berbanding dengan isi padu larian air permukaan semasa
yang mengalir di bandar.
Keadaan ini menyebabkan sistem tersebut tidak mampu untuk menampung
kapasiti air yang mengalir,
Kesannya, air lebih cepat melimpah keluar dan membanjiri kawasan yang
lebih rendah seperti di kawasan lembah sungai dan dataran banjir di dalam
bandar. 1m

A3

Kekurangan litupan tumbuhan 1m


kawasan bandar mempunyai litupan tumbuhan yang kurang, manakala
tumbuhan peneduh yang ditanam pula mungkin tidak padat atau masih
kecil lagi.
Hal ini menyebabkan proses pintasan air hujan (cegatan silara) oleh
tumbuhan di dalam bandar telah berkurang.
Tumbuhan amat penting untuk memperlambatkan aliran air permukaan
melalui proses pintasan air hujan menerusi daun, ranting, dahan dan
batang.
Ketiadaan tumbuhan menyebabkan proses pen air ke dalam sistem saliran
tidak berlaku lalu air limpah dengan cepat. 1m

A4

Penebusgunaan kawasan tanah lembap (wet land) 1m


Sesetengah kawasan di dalam bandar terdiri daripada kawasan tanah
lembap. Sebagai contoh, kawasan paya yang selama ini menjadi kawasan
tadahan dan simpanan air hujan.
Penebusgunaan kawasan bagi membina kawasan perumahan menyebabkan
fungsi hutan paya untuk menyimpan air musnah.

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

A5

8
Oleh itu, air hujan yang selama ini dapat disimpan di dalam paya terpaksa
mengalir-limpah sebagai banjir kilat. 1m

Faktor penduduk 1m
Sikap penduduk yang negatif menyebabkan sistem saliran khususnya
sungai, longkang dan perparitan tersumbat dengan sampah sarap/sisa
domestik dan sisa buangan projek perumahan.
Selain longkang dan parit, sistem sungai di dalam bandar merupakan
laluan untuk discas/luahan air dari kawasan bandar ke muara/laut.
Tindakan ini menyekat aliran sungai di samping mencetekkan dasar sungai.
Dasar sungai yang cetek menyebabkannya tidak mampu untuk
menampung isi padu air yang mengalir dalan saluran lalu mengalir
melimpahi tebing sebagai banjir kilat. 1m
(Pemarkahan : 5 isi yang dihurai x 2 m = 10m) .

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

3 (b Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko


) banjir di sesebuah negara.

[15]

LANGKAH PERUNDANGAN
1. Antara langkah perundangan ialah mewartakan hutan paya yang ada di zon
pinggir bandar sebagai hutan rizab kekal (tidak ditebus guna sepenuhnya),
Langkah ini hanya membenarkan sebahagian daripada hutan ditebus guna untuk
pembinaan perumahan, manakala sebahagian yang lain dikekalkan dalam
keadaan semula jadi.
2m
2. Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dikenakan kepada penduduk bandar
yang tidak bertangungjawab membuang sampah dengan sewenangnya ke dalam
sungai seperti penduduk setinggan. Penguatkuasaan diiringi dengan hukuman
seperti denda/ kompaun, menyita premis don lain-lain.
2m
LANGKAH PENGURUSAN
1. Langkah kejuruteraan/ kaedah tebatan banjir seperti membina benteng don
tetambak, membina sistem longkang yang besar (monsoon drain) dan membina
terowong air dalam tanah seperti Smart Tunnel di Kuala Lumpur.
2m
2. Menyediakan don menyelenggara sistem saliran dengan lebih cekap seperti
melebar, mendalam dan meluruskan sungai di dalam bandar agar dapat
menampung kapasiti air larian permukaan yang banyak.
2m
3. Membersih sistem saliran dalam bandar dari sampah sarap seperti membersihkan
sungai, parit dan longkang agar aliran tidak tersekat untuk discas air. 2m
4. Menambahkan kawasan hijau dalam bandar dengan tanaman rumput don pokokpokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan (proses cegatan
silara) seterusnya boleh melambatkan larian air permukaan daripada mengalirlimpah.
2m
5. Mengurangkan kawasan permukaan yang berturap dan diganti dengan
laluan/medan berumput don pokok-pokok kecil.
2m
KEMPEN KESEDARAN DAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR
1. Meiaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk
kawasan bandar khususnya agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenangwenangnya ke dalam sungai.
2m
2. Kesedaran sivik mestilah disampaikan kepada orang ramai dari semasa ke semasa
agar orang ramai tidak menjadikan sungai, parit dan longkang sebagai tempat
pembuangan sisa. Langkah ini bagi mengelakkan sistem saliran tersebut tersumbat.
2m
3. Kempen ini dapat dilakukan melalui media massa, slogan, aktiviti gotong-royong
yang dianjurkan secara bersama antara agensi kerajaan, swasta, NGO don
masyarakat setempat.
2m

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

10
(Pemarkahan : ((2 isi langkah perundangan + 4 langkah pengurusan + 1
kempen) x 2 m + 1m = 15m.)
(+ 1m kesimpulan) .

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA


[40 markah]
Jawab semua soalan.
4 (a) Takrifkan maksud dasar luar negara Malaysia.
[3]
Dasar luar merujuk kepada [dasar kerajaan Mala} sia terhadap negara-negara lain].
Dasar ini merupe n [garis panduan] untuk Malaysia berhubung der n negara lain calam
konteks [ekonomi, sosial dan politik].
Kunci Idea:
1. dasar kerajaan Malaysia terhadap negara-negara lain = 1m
2. garis panduan
= 1m
3. ekonomi, sosial dan politik
= 1m
(b Jelaskan faktor yang diambil kira untuk pembentukan dasar luar negara Malaysia.
)
i.

ii.

[4]

Faktor geopolitik yang strategik yang mementingkan kepentingan dan


keselamatan nasional/negara terutama dari ancaman negara-negara kuasa besar.
Oleh itu, Malaysia berpegang kepada prinsip Aman, Bebas dan Berkecuali dalam
merangka dasar luarnya.
2m
Faktor ekonomi; hubungan yang adil can sating menguntungkan antara negara
dalam konteks perdagangan, pelaburan, teknologi can sebagainya. Oleh sebab
itu, Malaysia mengikuti dasar pasaran bebas.
2m
(Pemarkahan : 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) .

(c) Mengapakah pembentukan dasar luar penting kepada negara Malaysia?


i.
Menjaga/mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara di peringkat
serantau dan antarabangsa daripada dicampuri oleh negara-negara lain. Oleh
itu, Malaysia mengamalkan prinsip berkecuali.
2m
ii.
Menjaga/melindungi kepentingan ekonomi (perdagangan/pelaburan) di
peringkat antarabangsa. Menangani cabaran global khususnya dari segi
ekonomi sosial sosial dan keselamatan yang boleh memberikan impak negatif
kepada Malaysia.
2m
(Pemarkahan : 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) .

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

11

(d Bagaimanakah konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) telah berjaya di
) capai di rantau Asia Tenggara?
i.
ii.

Mendapatkan persetujuan, pengiktirafan dan jaminan kuasa-kuasa besar untuk


memastikan rantau Asia Tenggara sebagai zon yang Aman; Bebas dan
Berkecuali.
2m
Kuala besar perlu mengundurkan tenteranya dari rantau Asia Tenggara dalam
jangka masa panjang dan menjadikan rantau Asia Tenggara bebas daripada
senjata nuklear.
2m
(Pemarkahan : 2 isi yang dihurai x 2 m = 4m) .

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

12

5 (a) Huraikan empat faktor yang menyebabkan kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang
dan Johor Bahru menjadi tumpuan sektor perindustrian di Malaysia.
[12]
A1
Sejarah perkembangan awal industri tertumpu di kawasan ini. 1m
Ketiga-tiga kawasan terletak di Koridor Pembangunan Industri Pertama di
Malaysia yang dimajukan lebih awal (sekitar 1970-an). Contohnya, Lembah
Klang menjadi nukleus pembangunan industri pembuatan negara. 1m
A2

Faktor kelebihan aglomerasi/pengelompokan. 1m


Wujud industri yang Baling berkait kerana penempatan kilang berdekatan
antara satu sama lain. Kelebihan aglomerasi dari segi penjimatan kos
pengangkutan, pemasaran, logistik, perkongsian teknologi, clan kepakaran.
Industri baharu tetap menempatkan kilang di ketiga-tiga kawasan
berkenaan untuk mendapatkan faedah aglomerasi. 1m

A3

Kemuclahan asas industri menjadi tarikan globalisasi. 1m


Kawasan sedia maju sudah lengkap dengan prasarana industri seperti
pengangkutan, bekalan tenaga dan air, serta telekomunikasi menjadi
tarikan syarikat multinasional menempatkan kilang mereka di ketiga-tiga
kawasan di atas. 1m

A4

Faktor pembandaran. 1m
Kewujudan bandar besar atau bandar raga seperti Kuala Lumpur, Shah
Alam, Petaling Jaya, Georgetown, dan Johor Bahru memangkin kemajuan
industri pembuatan. Bandar-bandar tersebut menyediakan kemudahan
yang lengkap untuk pelabur dan pekerja industri seperti rangkaian
telekomunikasi, perumahan yang selesa, pusat membeli-belah, kemudahan
pendidikan, kesihatan, clan sebagainya. Kawasan ini juga lengkap dengan
infrastruktur sokongan untuk industri seperti perkhidmatan logistik,
bank clan institusi kewangan, telekomunikasi, clan pengangkutan. 1m

A5

Faktor tenaga buruh. 1m


Ketiga-tiga kawasan menawarkan tenaga buruh yang banyak clan mahir,
mudah dipindahkan, dan berpengetahuan akibat migrasi masuk
pencluduk. Hal ini memudahl an pelabur dan pengusaha industri untuk
menjalankan operasi kilang. 1m
(Pemarkahan : 4 isi yang dihurai x 3 m = 4m) .

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

13

5 (b Bincangkan masalah yang dihadapi oleh sektor industri perkilangan di Malaysia.


)

[13]

B1

Masalah modal; perubahan aliran pelaburan asing. 1m


Masalah kekurangan modal menyebabkan operasi sektor industri tidak
dapat dijalankan secara besar-besaran untuk berdaya saing.
Sebahagian besar modal dalam industri perkilangan datangnya dari
pelaburan langsung asing (FDI),
Pada masa kini, pelabur asing mengalihkan tumpuan pelaburan ke negara
lain khususnya China, Vietnam, Thailand dan India kerana kos buruhnya
yang jauh lebih murah berbanding dengan Malaysia.
Perubahan ini membantutkan usaha untuk mengembangkan industri
perkilangan di Malaysia.
Selain pelaburan asing, pelaburan daripada pelabur tempatan juga
berkurang. Kekurangan pelaburan tempatan berpunca daripada masalah
yang berikuf:
i. i Kemudahan pinjaman kredit daripada institusi kewangan tempatan
sukar diperoleh atas alasan ketiaclaan cagaran dan jaminan bayaran
batik serta rekod perniagaan yang lemah.
ii. k. Pelabur tempatan khususnya Indust Kecil clan Sederhana (IKS)
kekurangan tabung pusingan modal yang berpunca daripada kadar
pulangan clan keuntungan yang renclah. 2m

B2

B3

Masalah pasaran; daya saing produk di pasaran antarabangsa yang


lemah 1m
Masalah pasaran timbul disebabkan produk perkilangan keluaran negara
kurang berkualiti dan lemah daya saingnya berbanding dengan produk
perkilangan negara lain yang suclah stabil.
Hal ini berlaku kerana penggunaan feknologi yang ketinggalan, serta reka
bentuk barangan yang tidak menarik untuk memenuhi cita rasa pengguna
antarabangsa.
Di pasaran Asia pula, produk Malaysia menghadapi ancaman iambakan
dari produk dari negara China yang jauh lebih murah.
Masalah pemasaran tempatan pula clikaitkan dengan persaingan produk
yang homogeneous, kurang keyakinan pelanggan terhadap barangan
buatan Malaysia, masalah pengangkutan dan penghantaran barang, stor
dan tempat penyimpanan serta permintaan yang bermusim. 2m

Masalah kekurangan tenaga buruh mahir 1m


Sektor perinclustrian di Malaysia perlu bersaing untuk menclapatkan
pekerja mahir atau berpendidikan yang lebih tinggi.
Tenaga kerja mahir yang berkurang disebabkan migrasi pekerjapekerja
mahir ke negara-negara luar yang menawarkan gaji yang lebih lumayan.
Keadaan ini merugikan negara,

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

B4

14
Kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam negara,
menyebabkan Malaysia mengalami kehilangan bakat melalui emigrasi
rakyat Malaysia, yang mana kebanyakannya mempunyai kelayakan yang
tinggi.
Lebih daripada 700 000 rakyat Malaysia kini bermastautin dan bekerja di
negara-negara lain. Kesannya, kekurangan tenaga mahir dan pakar
mengakibatkan sektor inclustri ticlak mampu untuk mengeluarkan produk
yang lebih berkualiti dan berdaya saing. 2m

Masalah kekurangan bahan mentah 1m


Kekurangan bahan mentah walaupun tidak begitu serius Malaysia tetapi
tetap menimbulkan masalah kepada sekt industri,
Kekurangan bahan mentah menyebabkan berlakuny peningkatan harga
bahan mentah dan seterusnya meninggikc kos pengeluaran selain daripada
operasi pengeluaran kilan terganggu.
Terdapat empat keadaan yang menyebabkan bahan menta, berkurang,
iaitu;
i. Bahan mentah memang tidak mencukupi untuk
menampun( permintaan,
ii. Bahan mentah memang tiada dalam pasaran tempatan,
iii. Bahan mentah tidak dapat dibekalkan dengan segerc apabila
diperlukan,
iv. Kekurangan modal untuk membeli dan menyimpan bahan mentah
dengan banyak, - 2m
(Pemarkahan : 4 isi yang dihurai x 3 m + 1m = 13m) .
(+1m kesimpulan)

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

15

6 (a) Jelaskan faktor yang menyebabkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
ditubuhkan.
[12]
A1
Meningkatkan aliran perdagangan intra ASEAN 1m
Melalui penghapusan sekatan/ halangan tarif, penghapusan dasar
perlindungan, peraturan/birokrasi, cukai yang lebih rendah. Mencapai
Imbangan perdagangan. Mengimbangi eksport import antara negara
ASEAN. 1m
A2

Meluaskan pasaran bersama. 1m


Pasaran dalam negara yang mengamalkan pasaran bebas ASEAN boleh
ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Kesan positif dari
saiz pasaran yang besar melebihi 530juta orang. 1m

A3

Mengurangkan tekanan/ ancaman globalisasi ekonomi. 1m


Mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA,
Eropah, Jepun dan lain-lain di dalam pasaran ASEAN. Tekanan dan
spekulasi pasaran berkurang Berta mengurangkan ancaman lambakan
produk dari China. 1m

A4

Mengelakkan persaingan produk sesama ASEAN. 1m


Mengelakkan persaingan produk yang sama di pasaran yang sama.
Meningkatkan kerjasama antara pengilang atau pengeluar dan rangkaian
pemasaran dalam konteks pengkhususan pengeluaran, perkongsian
teknologi, dan kepakaran. 1m

A5

Keuntungan kos berbanding. 1m


Saling keuntungan/menikmati Faedah kos berbanding seperti penjimatan
kos buruh, bahan mentah, pengkhususan dan perkongsian komponen
produk. Harga barangan akan menjadi lebih rendah. 1m

A6

Menjamin Bekalan barangan dalam pasaran. 1m


Menjamin bekalan barangan di pasaran sentiasa ada/berterusan terutama
barangan keperluan harian pengguna seperti produk makanan, pakaian,
barangan elektrik dan sebagainya. 1m
(Pemarkahan : 6 isi yang dihurai x 2 m = 12m) .

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

16

6 (b Penubuhan AFTA akan meningkatkan kuasa beli penduduk dan meningkatkan


) aliran perdagangan di negara-negara ASEAN. Bincang

[13]

Penubuhan AFTA memberi faedah kepada semua pihak di negara-negara ASEAN iaitu
kepada penduduk, pengusaha dan negara.
KEPADA PENGGUNA/PENDUDUK.
B1 - Harga barangan lebih murah; Menguntungkan pengguna. AFTA mengenakan
kadar cukai yang rendah/ penghapusan cukai bagi sesetengah produk. Faktor ini
menyebabkan harga barangan pengguna dan perkhidmatan menjadi lebih
murah; pengguna boleh menikmati barangan dan kos perkhidmatan yang lebih
murah. Kuasa bell pengguna bertambah/ pendapatan boleh guns meninglkat,
mampu untuk memiliki barangan berjenama dan berkualiti. 2m
B2 - Pilihan barangan lebih banyak kepada pengguna. Kepelbagaian produk dari
pelbagai negara dalam pasaran AFTA menyebabkan pengguna mempunyai
banyak pilihan. Monopoli pasaran dikurangkan; bergantung sepenuhnya kepada
pilihan pengguna. Persaingan antara produk menyebabkan harganya menjadi
lebih murah; pengguna mempunyai banyak pilihan untuk membeli barangan
yang murah dan berkualiti. 2m
B3 - Menjana peluang pekerjaan melalui peningkatan aktiviti ekonomi. Kesan positif
perluasan pasaran. Permintaan yang tinggi dari pasaran bebas AFTA terhadap
barangan dan perkhidmatan menyebabkan aktiviti pengeluaran khususnya
perkilangan dan pertanian dipertingkatkan. Kesannya, kegiatan ekonomi
pertanian, pemprosesan, dan pembuatan dalam negara akan berkembang pesat
untuk menampung permintaan dari pasaran AFTA. Menjana peluang pekerjaan
yang banyak kepada penduduk tempatan; mengurangkan kadar pengangguran.
2m
KEPADA PENGUSAHA/PENGILANG.
B4 - Keuntungan pengkhususan aktiviti pengeluaran. AFTA membuka kerjasama
yang lebih erat antara pengusaha intra ASEAN untuk menjimatkan kos,
mengelakkan persaingan produk sejenis, meningkatkan kecekapan pengeluaran
dan lain-lain. Faedah dari segi pengkhususan pengeluaran dan keadaan saling
melengkapi (complementary) diperolehi. 2m
B5 - Keuntungan pembangunan teknologi, R&D dan kepakaran. Bagi menjamin daya
saing produk di pasaran bebas AFTA, maka syarikat pengeluar sentiasa
meningkatkan R&D bagi mengeluarkan barangan yang dapat memenuhi
kepelbagaian cita rasa pengguna. Kesannya, syarikat-syarikat Malaysia akan
menikmati faedah dari segi perkembangan R&D, penggunaan teknologi dan
inovasi
baharu
oleh syarikat-syarikat swasta (MNCs) atau kerajaan
(GLC) yang berlumba-lumba menjaga kualiti produk masing-masing. 2m

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

17

KEPADA PERKEMBANGAN EKONOMI MALAYSIA (EKONOMI MAKRO)


B6 - Meningkatkan aliran perdagangan. Aliran perdagangan Malaysia dengan rakan
dagangan ASEAN meningkat kerana boleh
menikmati faedah daripada
penghapusan sekatan perdagangan, dasar perlindungan dan cukai/tarif yang
lebih rendah. Defisit imbangan perdagangan (import eksport) diperbaiki.
Pendapatan eksport Malaysia meningkat. Meningkatkan kerjasama perdagangan
antara negara. Karenah birokrasi/peraturan rigid dalam perdagangan boleh
diminimakan. 2m
B7 - Perluasan pasaran. Saiz pasaran semakin lugs/ jumlah penduduk bertambah.
AFTA memiliki saiz pasaran melebihi 530 juta orang. Pasaran dalam negara
ASEAN boleh ditembusi apabila sekatan perdagangan dimansuhkan. Produk
Malaysia bebas berada di pasaran negara ASEAN lain. Kesan positif perluasan
pasaran termasuklah hubungan antara rangkaian pemasaran, pengilang atau
pengeluar dalam AFTA menjadi lebih kukuh. Kuasa bell pengguna meningkat;
harga produk dalam AFTAjauh lebih murah. Bekalan barangan di pasaran
AFTA sentiasa ada dan berterusan. 2m
B8 - Mengurangkan tekanan globalisasi ekonomi yang dihadapi Malaysia. AFTA
mengurangkan monopoli pasaran dari negara-negara maju seperti USA, Eropah,
Jepun dan lain-lain di dalam pasaran ASEAN. Tekanan dan spekulasi pasaran
berkurang. Kebergantungan kepada produk dari negara maju sahaja dapat
dikurangkan. Ancaman lambakan produk dari negara China yang tidak
berkualiti boleh dikurangkan. Pengguna boleh pilih produk buatan Malaysia
yang lebih berkualiti pada harga yang lebih murah. 2m
(Pemarkahan : 6 isi yang dihurai x 2 m + 1m = 13m) .
(+ 1m jika nyatakan faedah kepada tiga pihak)

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

SULIT*

18

STPM 942/2
*Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

SULIT*

Anda mungkin juga menyukai