Anda di halaman 1dari 19

BAJAU SABAH

PENGENALAN
Kebiasaanya, apabila disebut suku kaum Bajau, kita akan segera
terbayang bahawa sukubangsa peribumi yang mendiami kepulauan Filipina
Selatan dan Sabah. Sebenarnya suku kaum Bajau bukan sekadar wujud di dua
wilayah tersebut. Sebaliknya bangsa Bajau adalah antara penduduk awal
Nusantara yang menetap dari kepulauan Belau(PALAU) di sebelah Timur
hingga ke Sumatera di sebelah barat dan dari Gugusan Kepulauan Irian di
sebelah Selatan hingga ke Kemboja dan dari Gugusan Kepulauan Irian di
sebelah selatan hingga ke Kemboja dan Myanmar(Burma) di utara.
Selain itu, terdapat pendapat mengatakan bahawa Bajau berasal dari
Johor.Ada juga yang mengatakan bahawa Bajau berasal dari kepulauan Riau
Lingga di Indonesia dan ada pula yang mengatakan etnik ini berasal dari
kepulauan Maluki. Hakikatnya, baik di Selatan Filipina, Borneo Utara, Johor,
Riau- Lingga atau Maluku, kawasan- kawasan tersebut adalah dalam
lingkungan Nusantara. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka (2000)
mengenai asal-usul bangsa Bajau mendapati bahawa bangsa Bajau adalah
generasi asli Melayu Deutro yang bergerak dari Yunan menuju kearah selatan
(Asia Tenggara) pada kira-kira 1500tahun sebelum masehi iaitu 3500 tahun
yang lalu, yang kemudian tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan
Lautan Pasifik. Oleh kerana bangsa Bajau adalah generasi asli Melayu
Deutro, maka mereka adalah Melayu tulen.
Oleh kerana itu, walaupun terdapat banyak pendapat yang mengkaji
tetang kedatangan awal kaum Bajau ini, kini suku kaum Bajau telah
berkembang dan telah menjadi suku kaum antara yang terpesar populasinya di
Sabah.Suku kaum Bajau juga telah dikenali oleh masyarakat luar tentang
kebudayaannya, adat yang ada pada suku kaum Bajau selain dari segi struktur
masyarakatnya.

STRUKTUR MASYARAKAT
Bajau dan kumpulan yang sama telah menetap di pantai timur sabah sejak
beberapa ratus tahun dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar
di negeri Sabah dan sekitarnya. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di pesisiran
pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Sabah sebagai
nelayan dan penyelam yang mahir.
Suku kaum Bajau dapat dibahagikan kepada dua suku kaum iaitu Bajau Laut dan
Bajau Darat.Kedua-dua suku kaum ini turut dikenali sebagai Ubian(Bajau Laut) dan

Bajau Samah(Bajau Darat).Sungguh pun kedua-dua suku kaum ini merupakan pecahan
bagi kaum Bajau,terdapat banyak aspek yang membezakan kedua-dua suku kaum
ini.Sebagai contoh ialah kawasan petempatan,bahasa pertuturan,budaya,dan kegiatan
ekonomi.Di negeri ini,suku kaum Ubian ramai menetap di kawasan Pantai Timur Sabah
seperti di Lahad Datu,Kunak dan Semporna.Selain itu,suku kaum ini juga terdapat di
sebelah Pantai Barat Sabah seperti di Kg. Kuala Abai Kota Belud dan Kg. Landung
Anyang Kudat.Bagi suku kaum Bajau Samah pula,suku kaum ini ramai terdapat di
kawasan Pantai Barat Sabah seperti di Papar,Putatan,Tuaran,Kota Belud,Kota
Marudu,dan Pitas.
Dari aspek kawasan petempatan,suku kaum Ubian lebih cenderung untuk
membuat kawasan petempatan di kawasan yang berhampiran dengan laut.Keadaan ini
disebabkan suku kaum ini aktif dalam aktiviti kelautan seperti menangkap ikan dan hasil
laut yang lain.Keadaan ini menyebabkan mereka lebih cenderung untuk memilih kawasan
tersebut.Selain itu,kawasan tersebut juga dipilih untuk mereka menjalankan aktiviti
pengeringan seperti pengeringan ikan masin.Hal ini kerana kawasan berhampiran laut
mempunyai suhu yang tinggi dan sesuai untuk aktiviti pengeringan ikan
masin.Disamping itu,pemilihan kawasan ini juga bagi memudahkan mereka menjalankan
aktiviti penyelanggaraan peralatan atau kapal laut mereka seperti membaiki pukat yang
rosak.Contohnya ialah Kg. Kuala Abai Kota Belud.Bagi suku kaum Bajau Samah
pula,suku kaum ini lebih cenderung untuk membuat petempatan mereka di kawasan
Bentuk Muka Bumi(BMB) yang pamah dan mempunyai sumber air seperti sungai.Suku
kaum ini terkenal dengan aktiviti pertanian seperti penanaman padi sawah.Disebabkan
hal ini,mereka memerlukan sumber air untuk mengairi sawah mereka.Sebagai contoh
ialah Kg. Taun Gusi, Kg. Sembirai dan Kg. Timbang Dayang Kota Belud.
NILAI DAN KEPERCAYAAN
ADAT KELAHIRAN
Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat Bajau ketika seseorang
wanita itu mengandung, antaranya ialah berpantang, menempah bidan, menyediakan
kelapa tua sebagai tanda kelahiran dan melenggang perut.

Berpantang
Dalam adat berpantang bagi kaum bajau ini terdapat beberapa adat yang perlu
diamalkan bagi bertujuan untuk mengelakkan bahaya sewaktu mengandung, wanita
tersebut perlu menjalani beberapa pantang larang tertentu.Ia bertujuan untuk menjaga
keselamatan dirinya serta kandungan, di samping memudahkan proses kelahiran kelak.
Antara pantang larang tersebut termasuklah, Wanita hamil tidak boleh berjalan malam
kerana dikhuatiri akan diganggu oleh makhluk halus. Wanita hamil tidak boleh memakan
semua jenis sotong kerana akan menyukarkan proses kelahiran kelakWanita hamil tidak
boleh meminum atau mandi dengan air hujan yang jatuh dari bumbung kerana
dibimbangi tembuni akan terus mati terutama bagi mereka yang mengandung sulung.
Wanita hamil juga tidak boleh mengunjungi tempat berlakunya kematian kerana
dikhuatiri anak dalam kandungan menjadi lemah dan terkena penyakit ketimbaluan.

Menempah bidan

Dalam masyarakat Bajau, bidan dikenali sebagai pengulin atau pandai. Setelah
tujuh bulan hamil, wanita berkenaan akan menempah bidan dan satu majlis doa selamat
akan diuruskan oleh bidan tersebut. Terdapat barangan tertentu yang perlu dihadiahkan
kepada bidan dan mulai hari itu hingga hari ke 44 selepas kelahiran bayi, secara rasminya
bidan bertanggungjawab menjada wanita hamil tersebut

Tanda Kelahiran
Apabila telah genap tujuh bulan mengandung, suatu tanda kelahiran akan
disediakan iaitu sebiji kelapa tua yang baru tumbuh tunasnya dibalut dengan kain putih
dan diletakkan ke dalam sebuah pasu tembaga. Kemudian pasu tembaga beserta
kandungannya sekali diletakkan di atas talam yang telah diisikan segantang padi. Kadang
kala diletakkan seutas rantai emas di atas kelapa tua itu yang akan menjadi milik anak
yang akan diahirkan. Talam tersebut akan diletakkan di bahagian kepala tempat tidur
orang yang hamil itu sehingga bayinya lahir.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, kelapa tua itu akan ditanam bersama-sama tembuni
si ibu sebagai tanda kelahiran bayi yang berkenaan, sementara padi pula akan dimasak
untuk menjamu si ibu dan para jemputan. Secara simboliknya, kelapa tua bertunas
tersebut melambangkan bayi yang sedang berada dalam kandungan ibunya, sementara
padi dan rantai emas pula melambangkan tenaga dan cahaya yang dapat menyuburkan
tunas kelap tersebut. Lazimnya tanda kelahiran ini diadakan untuk menyambut anak
pertama walaupun masih boleh diadakan anakanak berikut.

Melenggang perut
Selain dari pantang larang dan adat-adat seperti di atas, wanita Bajau juga perlu
melalui upacara melenggang perut atau dikenali sebagai maglenggang di kalangan
masyarakat Bajau.Ia diadakan hanya jika seseorang wanita itu mengandung anak pertama
dan upacara dijalankan ketika kandungan berusia tujuh bulan. Cara adat ini dijalankan
hampir-hampir sama dengan upacara melenggang perut yang dijalankan oleh masyarakat
Melayu Semenanjung.

Semasa bersalin
Apabila telah tiba masanya si ibu mahu bersalin, bidan akan segera dipanggil dan
beberapa peralatan tertentu disediakan. Adakalanya di bawah rumah tersebut, duri dan
benda-benda tajam seperti besi atau parang diletakkan untuk mengelakkan atau
menjauhkan gangguan makhluk halus terhadap si ibu dan bayi. Di samping itu terdapat
beberapa adat lain yang dilakukan semasa menyambut kelahiran bayi tersebut iaitu adat
potong tali pusat, azan, dan menanam tembuni.

Potong tali pusat

Sewaktu hendak melahirkan anak, si ibu akan dibaringkan di atas tikar sementara
bidan pula akan mengurut badannya serta membaca doa selamat agar proses kelahiran itu
tidak mengalami sebarang kesulitan. Apabila bayi sudah dilahirkan, bidan akan
memotong tali pusat bayi dan setelah itu mengikat pusat bayi dengan benang.
Pemotongan tali pusat itu harus disertakan dengan saksinya yang terdiri daripada
segantang beras, emas dan lilin yang akan dipasangkan. Bahan-bahan tersebut beserta
sedikit wang dan kain putih sepanjang tujuh hasta akan diberi kepada bidan.

Menanam tembuni
Pada hari kelahiran itu juga, tembuni ibu dicuci, dibungkus dengan kain putih dan
diletakkan ke dalam tempurung. Tempurung itu pula akan ditanam bersama-sama kelapa
tua yang telah disediakan di suatu tempat berdekatan dengan rumah si ibu untuk
menandakan kelahiran anaknya. Penanaman tembuni lazimnya dilakukan oleh bidan
sendiri.Beras yang telah disediakan bersama-sama kelapa tua ditumbuk sederhana halus
dan dimasak untuk menjamu si ibu dan tetamunya.Di samping itu, tujuh biji telur direbus
dan dimakan dengan nasi tadi. Elepas kelahiran si ibu akan sekali lagi menjalani beberapa
pantang larang dan adat-adat tertentu. Bagi bayi tersebut pula, terdapat beberapa upacara
akan dijalankan mulai dari detik kelahirannya sehinggalah dia membesar.

Berpantang
Terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seseorang wanita
yang baru lepas bersalin. Antaranya ialah :
Si ibu tidak boleh makan makanan yang tidak berkhasiat.Selain bubur atau nasi
tanpa lauk, si ibu perlu mengambil ubat yang dibuat daripada tumbuhtumbuhan.Pemakanan perlu dikawal dan dijaga dengan rapi sewaktu tempoh berpantang
ini.Selama tujuh hari selepas bersalin, si ibu juga tidak boleh minum air biasa. Air ubat
yang dibuat daripada ramuan akar-akar kayu, dan herba akan diminum oleh si ibu untuk
memulihkan kesihatan selepasa bersalin. Si ibu harus memakai sarung yang bewarna
gelap, biasanya hitam, kerana warna yang terang tidak baik untuk kesihatan mata
bayinya.Si jugaibu tidak boleh keluar bersiar-siar sebelum hari ke 44 supaya dia tidak
diserang angin sejuk. Dia juga perlu memakai bedak paus, iaitu sejenis bedak bewarna
hitam atau putih yang disapukan di kedua-dua belah tangan dan kakinya untuk
mengelakkan kesejukan.

Naik Buai
Oleh sebab kelahiran anak pertama dianggap sebagai peristiwa istimewa, maka
ibu bapa akan mengadakan kenduri tambahan. Selepas kenduri, doa selamat dibacakan
oleh bidan dan sebagai upah, bidan akan diberi tiga ela kain kain putih dan lima biji
kelapa tua. Selain kenduri, ada kalanya pada hari yang sama diadakan juga upacara naik
buai atau dipanggil pesakat nirundangan di kalangan masyarakat Bajau, di mana bayi
berkenaan akan dinaikkan ke dalam buaiannya buat pertama kali. Upacara ini dijalankan
secara besar-besaran dan dijalankan menyerupai upacara melenggang perut. Semasa
upacara naik buai berlangsung, upacara berzanji diadakan selama satu setengah jam dan
apabila tiba pada ayat-ayat tertentu yang menandakan masanya untuk menggunting

rambut bayi, bayi akan didukung dan rambutnya akan digunting oleh mereka yang
berzanji secara bergilir-gilir. Upacara ini biasanya diakhiri dengan jamuan makan yang
dihadiri oleh sanak saudara dan jiran tetangga. Selain jamuan, tuan rumah juga akan
memberi sedekah yang lazimnya berbentuk bunga telur yang dilekatkan dengan wang
kepada tetamu yang hadir di majlis tersebut.

Menimbang bayi bulan safar


Umumnya, orang Bajau amat teliti tentang masa kelahiran anak mereka.Bayi yang
dilahirkan pada bulan Safar dianggap kurang baik nasibnya kerana bulan Safar dianggap
sebagai bulan yang tidak baik. Untuk mengelakkan kecelakaan dari menimpa si bayi,
pada masa menyambut Maulud nabi, bayi akan dibawa ke masjid untuk ditimbang.
Penimbangan bayi itu bukanlah bertujuan untuk mengetahui berat bayi sebaliknya
merupakan satu usaha untuk meminta pertimbangan daripada Tuhan agar tidak
diburukkan nasib bayi tersebut. Terdapat barangan tertentu yang digunakan untuk upacara
ini, antaranya ialah ;
Sebatang penumbuk padi yang dijadikan batang penimbang. Batang penimbang
itu akan dibalut dengan tujuh hasta kain putih. Batu-batu timbang yang terdiri daripada
benda-benda berikut; sebekas air, seikat kayu yang sederhana besarnya, seperiuk nasi dan
tujuh biji kelapa muda.
Bahagian batang penimbang itu akan diikatkan dengan tali kasar yang
disangkutkan pada alang bumbung masjid supaya batang berada dalam keadaan
tergantung. Pada satu hujung batang penimbang itu akan dipasangkan ayunan kanakkanak yang hendak ditimbang sementara pada hujung yang satu lagi akan digantungkan
batu-batu timbang. Batu-batu timbang yang terdiri daripada sebekas air, seperiuk nasi dan
seikat kayu wajib digunakan. Hanya kelapa muda sahaja yang boleh ditambah atau
dikurangkan bilangannya mengikut berat bayi itu. Apabila batu-batu timbang sudah
seimbang beratnya de\ngan berat bayi, batang penimbang serta segala muatannya akan
dipusingkan dan kemudian dilepaskan supaya ia berputar pada keadaan asalnya. Dengan
itu tamatlah upacara penimbangan dan bayi itu akan digunating rambutnya.

ADAT KEMATIAN
Antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Islam yang lain memang tidak
banyak perbezaan dari segi menguruskan pengebumian kerana mereka sama-sama
mengikuti peraturan agama Islam walaupun terdapat sedikit sebanyak pengaruh adat
tempatan. Orang Bajau percaya bahawa seseorang yang telah meninggalkan dunia akan
meneruskan hidupnya di alam baqa dan sekiranya tidak dikebumikan dengan betul, maka
keluarga dan saudara mara telah berdosa kerana melupakan tanggung jawab mereka.
Upacara kematian mereka dilakukan secara teliti bersandarkan keperluan agama dan adat
kerana melalui upacara inilah si mati dipercayai dapat menyesuaikan diri dengan keadaan
hidup baru di akhirat.
Masyarakat Bajau juga mempunyai adat tersendiri mengenai adat kematian
menurut masyarakat Bajau selepas kematian, kepercayaan itu mengenai apabila
seseorang itu meninggal dunia, doa akan dibaca dan mayatnya akan ditutup dengan kain.
Pada masa itu, tawak-tawak patai atau pukulan gong akan dibunyikan sebagai tanda
seseorang itu telah meninggal dunia. Mengikut adat bajau, mereka mesti menangisi
kematian tersebut kerana ia melambangkan kesedihan mereka. Seterusnya mayat tersebut
akan diuruskan sepenuhnya mengikut peraturan agama Islam, seperti dimandi, dikafan
dan disembahyangkan.

Adat mengawal kubur


Masyarakat Bajau yang asalnya berfahaman animisme, kini telah banyak
memeluk agama Islam. Namun demikian, beberapa adat, budaya dan kepercayaan masih
dipegang kuat kerana telah diamalkan turun temurun. Adat paling menarik dalam budaya
masyarakat Bajau ialah adat mengawal kubur. Kawalan kubur selama tujuh hari
dimestikan kerana masyarakat Bajau percaya mayat akan didatangi balan-balan dalam
tempoh tersebut. Masyarakat Melayu secara amnya percaya, akan musnah semua organ
dalam tubuh mayat dalam masa tujuh hari kerana perut yang semakin menggelembung
akan bocor. Sememangnya dalam kajian saintifik juga, mayat manusia akan reput
sepenuhnya dalam masa tujuh hari.
Masyarakat Bajau percaya Balan-balan merupakan sejenis lembaga yang
berasal daripada manusia. Menurut cerita orang tua-tua Bajau, Balan-balan terjadi
apabila manusia itu salah menuntut dan mengamalkan ilmu kebatinan. Tujuan ilmu ini

adalah supaya sentiasa muda, cantik dan boleh hidup lama. Manusia yang ingin
mengamalkan ilmu ini hendaklah mengamalkan jampi mantera ilmu balan-balan selama
empat puluh hari empat puluh malam berturut-turut. Kemudian, badan pengamal ilmu
syaitan ini akan terasa panas dan miang. Pada saat itulah, kepalanya akan tercabut dan
terpisah dari tubuh badan sambil membawa keluar segala isi tubuh dan perut.
Balan-balan kelihatan sama seperti hantu penanggalan atau Tenggelong yang
dikenali oleh kebanyakan orang Melayu. Namun bezanya, tidak pernah ada kisah
penanggalan atau Tenggelong menyerang mayat untuk mendapatkan makanan.
Dikatakan, sebenarnya balan-balan suka menjilat darah pada uri perempuan bersalin.
Namun sekiranya balan-balan gagal mendapatkannya, balan-balan akan menyerang dan
menghisap darah manusia. Sekiranya masih gagal menghisap darah manusia, balan-balan
akan menyerang mayat manusia dan memakan segala organ dalam tubuh mayat itu,
terutama hati.Balan-balan dikatakan hanya terbang pada waktu malam dan bergerak
bebas seperti manusia biasa pada siang hari. Dikatakan, cara untuk mengenalpasti balanbalan adalah dengan melihat pada matanya. Mata balan-balan dikatakan sentiasa merah.
Untuk memastikan lagi, potonglah limau nipis sambil memperhatikan matanya. Jika dia
mengamalkan ilmu balan-balan, matanya akan berair. Pengamal ilmu balan-balan juga
tidak suka pada benda berduri dan tajam kerana semua itu boleh mengakibatkan isi
perutnya yang terburai itu tersangkut dan luka. Justeru di halaman rumahnya tidak akan
ada pokok yang berduri seperti pokok limau dan benda-benda tajam seperti buluh.
Berbalik pada adat mengawal kubur masyarakat Bajau, adat yang sepatutnya
menyeramkan ini sudah menjadi seperti budaya masyarakat yang ditunggu-tunggu dan
membawa keceriaan. Lelaki Bajau yang terdiri daripada saudara mara si mati akan
mengawal kubur sepanjang malam selama tujuh hari. Kaum wanita dan kanak-kanak
pula akan berjaga di rumah si mati. Adat mengawal kubur ini menjadi semacam hiburan
pula apabila para penjaga kubur mengadakan permainan untuk mengelakkan rasa
mengantuk atau rasa takut. Antara permainan yang biasa dilakukan semasa mengawal
kubur adalah pasang ,congkak, daun terup dan sebagainya.
Bagi orang-orang tua Bajau, permainan-permainan ini sudah menjadi semacam ritual
magis untuk menyingkirkan kuasa-kuasa luar biasa. Orang luar pastinya berasa hairan
apabila melihat adat mengawal kubur ini meriah dan ceria dengan jerit pekik dan tawa
para pengawal kubur. Mereka bergurau senda dan berhibur sepanjang malam. Namun
setiap kebiasaan sesuatu masyarakat memang lazimnya dianggap luar biasa oleh
masyarakat lain. Itulah yang menonjolkan keunikan dan warna warni budaya masyarakat
Melayu yang rencam.

ADAT PERKAHWINAN
Mengikut tradisi perkahwinan suku kaum Bajau,ibu bapa dikehendaki memilih
pasangan hidup untuk anak mereka.Namun kini,anak mereka diberi peluang untuk
membuat pilihan masing-masing untuk mencari calon pasangan mereka.Sungguh pun
demikian,cara perkahwinan mereka tetap mengikut cara perkahwinan suku kaum Bajau
Samah.Suku kaum Bajau Samah begitu terkenal dengan slogan mangan nia
mangan,asal jo kurung-kurung yang bermaksud makan atau tidak makan,yang penting
sama-sama berkumpul. Keadaan ini menunjukkan wujudnya budaya bantu-membantu
dan kerjasama erat dalam melaksanakan sesuatu majlis.Suku kaum Bajau Samah
mempunyai Adat Istiadat Perkahwinan yang tersendiri.Walaubagaimana pun adat istiadat
perkahwinan ini mempunyai sedikit persamaan dengan adat istiadat perkahwinan kaum
Melayu.Hal ini dapat dilihat pada kronologi atau urutan sesuatu perkahwinan.
Pada mulanya,wakil daripada pihak lelaki akan datang untuk berjumpa dengan
keluarga pihak perempuan(seruan).Dalam majlis seruan ini,seseorang daripada wakil
pihak lelaki akan memulakan kata bicara untuk merisik(tilau-tilau idaan) pihak
perempuan sama ada perempuan sudah berpunya(berkahwin) atau masih belum.Pada
kebiasaannya,kata-kata daripada pihak lelaki untuk mengungkapkan atau memberitahu
hajat kedatangan mereka bukanlah secara terus, tetapi menggunakan puisi atau pantun
yang berbunga-bunga.Dalam pada itu juga,wakil dari pihak lelaki dan pihak perempuan
akan berbalas-balas pantun.Semasa seruan itu,pihak lelaki akan membawa bersama
hantaran(berian) untuk pihak perempuan jika pinangan mereka diterima.Jika pinangan
pihak lelaki diterima,mereka akan menentukan tempoh bertunang dan tarikh perkahwinan
tersebut.Suku kaum ini biasanya melangsungkan majlis perkahwinan pada hari Sabtu dan
Ahad.Apabila terikh perkahwinan itu tiba seperti mana yang telah dijanjikan,pihak lelaki
akan memberikan wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan untuk membuat

bersiapan perkahwinan dirumah pihak perempuan.Dalam majlis perkahwinan suku kaum


Bajau Samah ini juga terdapat malam berinai seperti cara perkahwinan kaum Melayu.
Selepas majlis perkahwinan berlangsung,pihak pengantin lelaki akan tinggal di
rumah keluarga pengantin perempuan sekurang-kurangnya dua hari.Selepas itu,pengantin
lelaki dan pengantin perempuan akan diambil(ngendo) oleh keluarga dari pihak lelaki dan
tinggal di rumah keluarga pihak lelaki sekurang-kurangnya dua hari.Selepas itu,mereka
bebas untuk memilih tempat tinggal mereka sama ada tinggal di rumah keluarga pihak
lelaki,pihak perempuan,atau tinggal di rumah mereka sendiri.

Merisik
Pada mulanya,wakil daripada pihak lelaki akan datang untuk berjumpa dengan
keluarga pihak perempuan(seruan).Dalam majlis seruan ini,seseorang daripada wakil
pihak lelaki akan memulakan kata bicara untuk merisik(tilau-tilau idaan) pihak
perempuan sama ada perempuan sudah berpunya(berkahwin) atau masih belum.Pada
kebiasaannya,kata-kata daripada pihak lelaki untuk mengungkapkan atau memberitahu
hajat kedatangan mereka bukanlah secara terus, tetapi menggunakan puisi atau pantun
yang berbunga-bunga.Dalam pada itu juga,wakil dari pihak lelaki dan pihak perempuan
akan berbalas-balas pantun.Semasa seruan itu,pihak lelaki akan membawa bersama
hantaran(berian) untuk pihak perempuan jika pinangan mereka diterima.Jika pinangan
pihak lelaki diterima,mereka akan menentukan tempoh bertunang dan tarikh perkahwinan
tersebut.

Meminang
Upacara meminang dilakukan dalam satu majlis yang dinamakan seruan.Dalam
majlis itu, pihak lelaki membawa sebentuk cincin, sepersalinan pakaian dan wang tunai
sebanyak RM100.00 sebagai pengikat tali pertunangan.Masa pertunangan biasanya
berlangsung selama setahun untuk membolehkan pihak lelaki membuat
persediaan.Apabila tempoh yang ditentukan tiba, pihak lelaki menghantar semuabarang
yang dijanjikan dalam majlis seruan itu kepada pihak perempuan.Dalam majlis
penyerahan barang-barang tersebut, tarikh perkahwinan ditentukan. Pihak keluarga
perempuan menentukan jumlah kerbau yang akan dihadiahkan untuk majlis perkahwinan.
Tujuh ekor bagi keluarga yang berada, tiga ekor bagi keluarga yang sederhana dan seekor
bagi keluarga biasa. Mas kahwin dan hadiah lain seperti sepersalinan pakaian yang
lengkap, sirih pinang, alat persolekan dan sebagainya akan diberikan dalam majlis
perkahwinan nanti.

Malam berinai
Mengikut adat perkahwinan suku kaum Bajau Samah,setiap perkahwinan suku kaum
Bajau Samah akan melangsungkan majlis malam berinai seperti dalam majlis
perkahwinan kaum Melayu.Pada malam tersebut,para imam akan datang untuk
memimpin majlis tersebut dan diiringi dengan zikir dan selawat keatas Nabi.

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan dibuat sebelum hari perkahwinan.Keluarga yang berada


mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya, tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari
bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut, pada sebelah malamnya majlis titik
diadakan yakni memainkan alat muzik yang terdiri daripada kulintangan, gong, bebandil
dan gendang di tempat kediaman kedua-dua belah pihak.Kumpulan muzik ini
mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan
kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain
bebandil.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam, kemudian diikuti dengan
tarian tradisional yang dikenal sebagai runsai.Tarian ini memerlukan antara enam hingga
lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah
apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari
lelalki dan perempuan.
Sehari sebelum hari perkahwinan, bakal pengantin lelaki dan perempuan akan
didandan oleh beberapa orang mak andam. Dandanan ini termasuklah mandi bedak
dengan ramuan bedak tepung beras yang bercampur bunga-bungaan pada sebelah
malam.Pada hari perkahwinan, pengantin dihias dengan pakaian yang baru, selalunya
berwarna kuning dan hijau yang diperbuat daripada sutera.Rambut pengantin perempuan
dihiasi dengan serempak iaitu sejenis mahkota. Pengantin lelaki yang berpakaian serba

kuning lengkap dengan tanjak dan bersenjatakan sebilah keris diusung dengan tandu oleh
beberapa orang ahli keluarganya, atau menunggang kuda ketika menuju ke ke diaman
pengantin perempuan dengan diiringi pukulan gong berirama tigad-tigad semasa melalui
jalan yang dihias dengan bendera yang berwarna-warni.
Pengantin lelaki akan menunggu majlis akad nikah. Setelah tiba waktunya, pengantin
lelaki akan mengambil wuduk dan majlis akad nikah dilangsungkan. Pengantin lelaki
kemudian masuk ke bilik pengantin perempuan untuk upacara membatalkan air
sembahyang.Pengantin lelaki dan rombongannya harus melalui beberapa lapis tabir yang
dijadikan halangan sebelum masuk ke bilik pengantin perempuan. Setiap tabir itu hanya
akan dibuka apabila dibayar sekitar RM10 hingga RM20 ataupun membaca sebuah
pantun, syair dan nasyid empat kerat yang dilagukan. Setelah pengantin lelaki
membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya, kedua-dua mempelai itu
disandingkan.Kemudian kedua-dua pengantin keluar untuk bertemu dan bersalaman
dengan tetamu.

PERAYAAN KAUM BAJAU


Perayaan Regatta Lepa

Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka


sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki
tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan.
Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi
laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau
sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup
di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara
pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa.
Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga
enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran
dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam
bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa
diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa
berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis
ukiran dan warna.
Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku
kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk
membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu,
Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para
pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun
ke-15.
Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati
dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni
budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun
tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan
warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari
ini.Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat.
Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan
dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh
masyarakat terutamanya generasi hari ini.
Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah
Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau
Semporna dan boleh dianggap sebagai hari raya mereka. Pada tahun 1994, perayaan
Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya
diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003,
Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini
ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia.
Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang
cantik.Lepa-lepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan
kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran
tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan

layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan
ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut.
Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu
akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar
dan perahu tercantik. Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan masa
sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang
paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang
merupakan hadiah utama dalam perayaan ini.
Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu
secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan
untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan
pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional,
alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi.

CARA PEMAKAIAN SUKU KAUM BAJAU

Bagi Pakaian tradisional suku Kaum Bajau.Berdasarkan gambar, wanita


menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung olos berangkit, perhiasan leher
mandapun dan perhiasan kepala sarempak.Lelaki Bajau menggayakan baju potongan
Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Manakala, pasangan suku kaum Bajau
menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran.Pakaian lelaki dari kain satin
berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang dilengkapi dengan mandapun dan
tali pinggang.

MAKANAN TRADISI KAUM BAJAU


Antaranya ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima
adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya
lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah
permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh
dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-kecil dan dicampur dengan
air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera seseorang.Ia juga boleh
di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah makanan yang
berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim.Manakala
makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi kayu
yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam
kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.

Kima
Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya
lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan
batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan
mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecil-kecil dan dicampur dengan air
limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan.
Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar
matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.

Sagol/enago

Sagol/enagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/enagol juga


mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia
merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan
pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar)
yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari
atau buntal dicelur dahulu sehingga mud membersihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar
pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu 'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh
masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan
kunyit yang telah dipipis.
Terdapat dua jenis masakan sagol/enagol iaitu sagol/enagol kering (tiada kuah)
dan sagol/enagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenarsagol/senagol,
biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang
disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak
hati ikan buntal.

Sunting Putu
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu
dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersamaSagol, Kima,Tehek-tehek, ayum
dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan lautSunting
Tompe (inompeh)
Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya
digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuning-kuningan.
Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan
makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh
dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang
dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar
dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut
seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato',
kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang
tehe-tehe dan sebagainya.

KESENIAN
Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian
Limbai, Dalling Dalling, Igal - Igal dan Runsai
Tarian Dalling-Dalling ajau dan gal gal ajau

Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran
kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya
bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah)
khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallinhg-dalling di
kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan gal gal ke
majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka
telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan
Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang
Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai.
Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan
emporna.
Perkataan dalling-dalling adalah kata ganda daripada perkataan Sinamah (bahasa
Bajau) 'dalling' yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini
adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalingdaling diiringi oleh pantun yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi.
Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam
Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadangkadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama
apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang
mencecah semalaman.
Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin
rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan keduadua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan
sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran
masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.

Tarian Limbai & Runsai (Bajau Kota Belud)


Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Kpta Belud. Tarian
Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke
rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan
dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia
merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk
melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan.
Tarian limbai di iringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi
enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua
orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini
mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari
melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan
selamat datang.
Selain tarian Limbai Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum bajau di
Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini
memerlukan antara enam hingga lapan onang penari termasuk dua orang wanita. Tarian

ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat
yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.

Kalang Mpat
Kalang mpat merupakan salah satu nyanyian rakyat yang dimiliki suku kaum Bajau.
Di Borneo, orang-orang Bajau boleh ditemui di Sabah terutama di sepanjang pantai barat
Sabah, bermula dari daerah Kudat sehingga ke Sipitang. Namun, tumpuan penelitian
ialah di daerah Kota Belud yang didominasi oleh suku kaum Bajau. Suku kaum Bajau di
daerah ini masih lagi mengekalkan budaya tradisi ekspresif yang hanya digemari oleh
kalangan generasi tua sahaja. Memandangkan kalang mpat semakin tidak menarik
perhatian generasi muda dan generasi tua yang mengetahuikalang mpat semakin
berkurangan, maka kalang mpat menjadi salah satu tarikan budaya yang
menarik. Kalang mpatdicipta dalam susunan kata-kata yang padat mengikut peraturan
sebagaimana yang telah ditetapkan. Peraturan yang disusun misalnya, dari segi suku kata
dan rima pada penghujung yang sesuai adalah berasaskan kepada keperluan pernyataan
yang disampaikan secara lisan. Menerusi kalang, pemantunnya dapat menyampaikan
pengajaran, sindiran, rasa hati, perasaan dan hiburan dengan cara yang berkesan.
Penyampaiannya, dengan memilih kata-kata yang bersesuaian dan rima menarik boleh
membawa pengertian mendalam kepada pendengar. Keseimbangan rima dan rangkap
selalu ditekankan dalam pembinaan kalang. Dalam keadaan ini, pendengar dan pemantun
dapat menilai dan membezakan antara kalang baik dan sebaliknya. Pemilihan dan
susunan kata-kata yang memperlihatkan keseimbangan amat ditekankan kerana
penciptaan sedemikian akan melambangkan keharmonian pemikiran ahli-ahli masyarakat
tersebut. Berdasarkan contoh-contoh kalang yang diberikan, dapat diteliti rima akhir yang
berbeza antara satu kalang dengan kalang yang lain, iaitu a-a-a-a; a-b-a-b.
Kalang dihasilkan secara spontan. Penciptaan sebegini lazimnya membawa
pengertian mendalam yang disesuaikan dengan suasana tempat kalang dinyanyikan.
Kebolehan menghasilkan kalang secara spontan serta dinyanyikan dengan iringan muzik
merupakan satu kebolehan yang istimewa dan sangat dihargai pendengarnya. Susunan
struktur pantun itu sebagaimana puisi-puisi tradisional lain menekankan keindahan
susunan bunyi yang disampaikan secara lisan. Dalam proses kreativiti (mencipta dan
menghasilkan) kalang, penciptanya sering melihat kepada latar belakang mereka sebagai
petani. Pekerjaan ini telah mengundang mereka untuk menyatukan unsur-unsur
pengetahuan, pengalaman mereka mengharungi hidup, suasana alam sekitar sebagai latar
belakang kalang. Jika diperhatikan dengan teliti, terpancar kandungan pemikiran yang
tersirat di sebalik bait-bait puisi tradisi ini. Kalang yang disertakan berhasil
memperlihatkan nilai-nilai muafakat, kesabaran, rendah diri, persaudaraan, keprihatinan,
kerjasama dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli-ahli masyarakat ini.
Sesungguhnya, kalang-kalang tersebut memperlihatkan watak manusia penciptanya. Di
dalamnya, terkandung bentuk kegembiraan, kesedihan dan nilai-nilai murni dalam diri
manusia penciptanya. Selain itu, penciptanya juga turut menyerlahkan keindahan jagat

raya ke dalam kalang-kalang ini. Keindahan tersebut waima berunsurkan flora atau fauna
jelas tergambar dalam setiap bait kalang itu. Keadaan ini membuktikan bahawa latar diri
penciptanya begitu akrab dengan alam sehingga tidak dapat memisahkan setiap inci alam
daripada kalang.
Pencipta kalang lazimnya amat peka dengan susunan atau peredaran yang dapat
diteliti dari keharmonian dan keseimbangan alam sekitar. Melaluinya mereka dapat
menghayati kehalusan dan keindahan alam ciptaan Tuhan. Suasana kehalusan dan
keindahan alam sekitar ini dapat memberikan inspirasi yang mempengaruhi rasa hati dan
perasaan anggota-anggota masyarakat untuk dinyatakan pula dalam kehidupan harian
mereka. Keindahan dan kehalusan budi yang dicipta dan dihasilkan dalam kalang itu
disampaikan
pula
dalam
bentuk
tradisi
budaya
ekspresif.
Dengan
menyampaikan kalang dalam konteks budaya ekspresif itu bermakna keindahan dan
kehalusan kalang itu dapat dihayati bersama secara lebih mendalam dan bermakna.
Melalui budaya ekpresif itu, anggota-anggota masyarakat dapat merasai keindahan, di
samping memberikan mereka hiburan.
Melalui kalang mpat, kita mampu mengesan beberapa unsur yang terselindung di
sebalik nyanyian ini. Unsur-unsur tersebut merupakan antara teknik penciptaan dan
penyampaian yang dilakukan oleh penyanyinya agar setiap baitkalang itu dapat dinikmati
keaslian
dan
keindahannya
oleh
pendengar.
Secara
tidak
langsung,
tradisi berkalang dalam masyarakat Bajau adalah gabungan antara teknik penyampaian
dan proses interaksi penyanyi-pendengar yang telah berlaku sejak sekian lama.

ALAT MUZIK
Alat muzik ini akan dimainkan selama majlis perkahwinan berlangsung.Antara
alat muzik yang dimainkan semasa majlis ini ialah Gendang,gong,Bebandil, dan
Kulingtangan.Keempat-empat alat muzik ini berfungsi sebagai satu dalam majlis
tersebut.Jika terdapat salah satu alat muzik ini tidak digunakan,bunyi Bertitik ini akan
berubah(sumbang).Alat muzik ini akan dimainkan oleh mereka yang mahir
menggunakan.Permainan muzik ini dipanggil Bertitik.Permainan muzik ini berfungsi

sebagai tanda atau syarat untuk memberitahu penduduk kampung terhadap majlis yang
sedang berlangsung.Selain itu,permainan ini akan dimainkan pada petang sebelum malam
beinai,semasa malam berinai berlangsung,dan semasa majlis persandingan
berlangsung.Walaubagaimana pun,Bertitik ini tidak akan dimainkan apabila terdapat
kesusahan atau kematian di dalam kampung tersebut sehingga tempoh kematian telah
berlalu selama 40 hari.

KESIMPULAN
Kesimpulannya,kini suku kaum Bajau telah berkembang dan telah
menjadi suku kaum antara yang terpesar populasinya di Sabah. Suku kaum
Bajau juga telah dikenali oleh masyarakat luar tentang kebudayaannya, adat
yang ada pada suku kaum Bajau selain dari segi struktur masyarakatnya.Oleh
itu, bagi mengekalkan adat kaum Bajau ini, setiap labisan masyarakat Bajau
harus mengamalakan adat ini dengan memahami adat resam dengan
menganalisis aspek-aspek penting di dalamnya.

http://fendyridzuan.blogspot.com/2013/04/bajau-sabah.html