Anda di halaman 1dari 7

KELAHIRAN SECARA NORMAL

PENGENALAN

Kelahiran secara normal ialah satu proses dimana janin keluar dari dalam uterus
ibu melalui salur genitalia selepas 38 minggu mengandung dengan lengkap. Terdapat 3
peringkat labour iaitu peringkat pertama bermula di permulaan kontraksi uterus yang
progresif sehingga pembukaan OS(open servix) sepenuhnya berlaku. Peringkat kedua
pula bermula di pembukaan OS dengan sepenuhnya sehingga bayi dilahirkan manakala
peringkat ketiga bermula dari masa bayi dilahirkan sehingga plasenta membrane
dikeluarkan. Semasa menyambut kelahiran secara normal biasanya 2 orang staff sahaja
diperlukan. seorang berperanan semasa proses ibu melahirkan anak dan seorang lagi
diperlukan untuk menilai keadaan bayi. Kerjasama daripada ibu sangat penting semasa
proses kelahiran kerana ia memerlukan tenaga yang kuat untuk meneran bayi keluar
daripada uterus. Jika ibu tidak memberikan kerjasama semasa proses tersebut bayi sukar
untuk dikeluarkan

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KELAHIRAN SECARA NORMAL

PENYATAAN MASALAH
Terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi faktor kejayaan lahirnya seseorang
bayi. Antara yang penting adalah skill ataupun teknik yang betul yang digunakan oleh
perawat semasa menyambut kelahiran dan kerjasama yang diberikan oleh ibu. Di dewan
bersalin hospital segamat, perawat-perawat sangat cekap dalam menjalankan tugas
mereka semasa menyambut kelahiran . Mereka mempunyai skill yang tinggi dan dapat
meminimakan risiko kompikasi yang boleh dialami oleh ibu ataupun bayi.
Perkara kedua yang penting diperlukan semasa proses kelahiran secara normal
adalah kerjasama yang diberikan oleh ibu. Sepanjang penempatan saya di dewan bersalin
Hospital Segamat, terdapat ramai ibu yang tidak dapat memberikan kerjasama
sepenuhnya kepada perawat semasa proses kelahiran contohnya tidak meneran dengan
betul. Keadaan ini akan menyebabkan proses kelahiran menjadi panjang dan
menyusahkan pihak perawat.
Perkara ini perlu diatasi dengan baik kerana ia adalah satu perkara yang boleh
diselesaikan. Bukan terlalu sukar untuk menyelesaikan perkara ini, sebaliknya terdapat
beberapa cara untuk mengatasinya. Pendidikan kesihatan tentang keperluan kerjasama
daripada ibu semasa proses kelahiran amat penting. Komunikasi yang berkesan antara
perawat dan ibu semasa proses kelahiran juga dapat melancarkan perawatan.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KELAHIRAN SECARA NORMAL

PENCARIAN LITERATUR

Forseps sering digunakan untuk proses kelahiran secara normal ketika tahap
tenaga kerja mungkin akan menjadi lama (contohnya, kerana ibu terlalu letih untuk
meneran semasa melahirkan bayi (Haywood 2007 ).
Setelah serviks sepenuhnya terbuka dan membesar, perubahan tubuh anda untuk
"push" mode amat penting sehingga tahap kedua dari tenaga kerja aktif bayi lahir.
Keadaan ini boleh menyebabkan bayi lahir dalam beberapa minit sahaja. Tetapi
sebaliknya mengambil tempoh yang lambat jika ibu tidak push untuk melahirkan bayi.
Hal ini mungkin akan lebih cepat jika anda sudah memiliki bayi dahulu.(Davis 2007).

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KELAHIRAN SECARA NORMAL

PENEMUAN

Dewan bersalin Hospital Segamat hanya akan menerima ibu yang tidak
mengalami masalah semasa kehamilan untuk bersalin di sini. Ibu yang mempunyai
masalah seperti plasenta privea akan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah. Sepanjang
bulan September 2014 seramai 36 orang ibu telah bersalin di sini dan semua bayi berjaya
dilahirkan tanpa komplikasi yang teruk samada kepada ibu ataupun bayi.
Sepanjang pemerhatian saya, terdapat segelintir ibu yang tidak memberikan
kerjasama sepenuhnya kepada perawat. Perkara ini menyebabkan kelahiran menjadi
sukar dan mengambil masa yang panjang untuk dilaksanakan. Hal ini akan memberikan
masalah kepada perawat kerana mereka terpaksa mengambil tempoh yang lama untuk
berada bersama ibu dalam sesuatu proses kelahiran. Masa kerja mereka juga akan
menjadi lebih panjang dan akan bertambah sukar.
Biasanya ibu yang tidak pandai meneran dan tidak boleh memberikan kerjasama
yang baik adalah kes primigravida (anak pertama). Hal ini mungkin berlaku kerana ibu
tidak mempunyai pengalaman bersalin. Bebanan sakit yang dialami oleh ibu juga
merupakan penyebab ibu tidak dapat memberikan kerjasama sepenuhnya.
Keadaan ini berbeza bagi ibu yang pernah bersalin secara normal, kerana mereka
sudah mengetahui cara yang betul untuk meneran dan pernah merasai kesakitan bersalin.
Proses kelahiran juga menjadi lebih mudah dan ia juga memudahkan perawat yang
menyambut kelahiran tersebut.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KELAHIRAN SECARA NORMAL


PERBINCANGAN DAN HUJAH

Ibu akan meneran dengan kuat jika sakit sedangkan serviks belum membuka
sepenuhnya. Ibu akan meneran dengan kuat sekiranya merasa sakit dan terasa bayi ingin
keluar sedangkan serviks yang terbuka belum mencapai 10cm. Jika ibu terus meneran
dalam keadaan ini, serviks akan membengkak dan ia akan menyukarkan bayi untuk
keluar serta tahap kesakitan yang akan dirasai oleh ibu akan meningkat.
Terdapat juga ibu yang tidak dapat meneran dengan kuat dan betul kerana tidak
mempunyai tenaga yang cukup. Ramai ibu hilang tenaga kerana mereka menjerit
kesakitan semasa bayi hendak dilahirkan. Oleh itu, ibu tidak dapat meneran dengan baik.
Mereka perlu mengambil masa untuk berehat dan mendapatkan tenaga kembali. Jika
masa yang diambil untuk berehat agak lama, bayi juga akan lama berada di dalam uterus
ibu. Hal ini boleh menyebabkan komplikasi kepada bayi.
Biasanya ibu akan menarik nafas yang dalam sebelum meneran sekuat hati dan
apabila penat ibu akan menghembus nafas secara tiba-tiba. Prosedur tersebut adalah salah
kerana apabila meneran, kepala bayi akan cuba keluar perlahan-lahan, tetapi apabila ibu
menghembus nafas secara tiba-tiba kepala bayi akan masuk ke dalam kembali. Jika
keadaan ini berulang beberapa kali, bayi akan terperangkap lama di bahagian serviks.
Kepala bayi boleh menjadi panjang kerana lama terperangkap di situ.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KELAHIRAN SECARA NORMAL


Cadangan
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah
tersebut daripada terus berlaku. Pendidikan kesihatan adalah amat penting. Ibu-ibu perlu
diajar cara meneran dan pengawalan nafas yang betul semasa kelahiran. Mereka perlu
diajar dengan betul supaya tidak menimbulkan masalah semasa kelahiran terutamanya
kepada ibu primigravida.
Jika mereka pandai dan faham dengan pengajaran tersebut, sesuatu proses
kelahiran akan menjadi lebih mudah bukan sahaja kepada perawat tetapi juga kepada ibu
sendiri. Mereka tidak memerlukan masa yang panjang untuk brsln dan mereka juga tidak
perlu menanggung kesakitan yang lama.

RUMUSAN

Cara dan teknik menyambut kelahiran yang betul amat penting semasa proses
kelahiran. Teknik yang betul dan tepat perlu digunakan supaya proses kelahiran bayi
berlaku dengan lancar, dan mengurangkan risiko berlaku apa-apa komplikasi yang teruk
yang boleh berlaku samada kepada ibu ataupun bayi.
Kerjasama yang diberikan oleh ibu semasa bersalin juga amat penting demi
memudahkan proses kelahiran. Jika kedua-dua pihak boleh memberikan kerjasama yang
terbaik, proses kelahiran akan menjadi lancar dan mudah. Sebaliknya jika teknik
menyambut kelahiran adalah tidak betul, serta ibu tidak memberikan kerjasama yang baik
,mungkin akan menyebabkan pendarahan yang banyak kepada ibu, serta bayi mempunyai
risiko mendapat morbility ataupun mortality.

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN

KELAHIRAN SECARA NORMAL

SENARAI RUJUKAN

Defination of SVD (KKM)


Dr A.Baskaran, N Sivalingam; Guidebooks in obstetric and gynaecology for
medical officer; Anemia in pregnancy; Pg 52-57
Willson JR. Atlas Of Obstetric Technic. 2nd ed. St Louis, Mosby; 1969
Danforth DN. Obstetric and Gynecology. 4th ed. Philadelphia, Pa: Harper and
Row; 1982

KSKB JB | DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN