Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Pendidikan memainkan peranan penting dalam mencapai visi negara untuk memperoleh
status sebagai sebuah negara yang membangun dari segenap aspek ke arah
pembentukan masyarakat yang bersatu padu, liberal dan dinamik. Proses pemantapan
modal insan murid memerlukan pembabitan dan usaha bersungguh-sungguh oleh
semua peringkat pengurusan pendidikan terutamanya pihak guru. Justeru, sebagai
pendidik yang berdedikasi, guru perlu sentiasa bersikap terbuka dan bersedia menerima
perubahan pendidikan semasa lantaran guru merupakan agen transformasi pendidikan
negara yang berperanan besar ke arah melahirkan modal insan kelas pertama yang
memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang bermatlamat
melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Menurut Kamus Dewan (2005), guru bermaksud pengajar, pendidik atau pengasuh.
Seorang guru merupakan pembimbing dalam proses pembelajaran. Menurut Mok Soon
Sang (1996) pula, guru merupakan seorang ahli masyarakat yang mempunyai
perhubungan sosial yang saling berkait rapat dengan masyarakat berstatus. Guru
merupakan tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk
mendidik pelajar di sekolah. Mengikut Kamus Dewan (2005), profesion ialah pekerjaan
terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya
dalam bidang undang-undang, seni bina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.
Manakala keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya)
sebagai guru (Kamus Dewan, 2005). Oleh itu, sebagai individu yang berkecimpung
dalam profesion keguruan ini, guru seharusnya mempunyai nilai pengetahuan,
kemahiran dan kompetensi yang tinggi seiring dengan peningkatan profesionalisme
kendiri.

Sehubungan dengan itu, proses meningkatkan kualiti pendidikan dan status profesion
keguruan ini memerlukan guru untuk senantiasa bersedia dalam menghadapi cabaran
alaf baru lantaran kecanggihan teknologi pada masa kini turut memberi kesan terhadap
perkembangan pendidikan semasa. Dalam proses ini, guru bukan sahaja perlu
berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan inovatif malahan turut bermotivasi dan
menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu, konsep pembelajaran sepanjang hayat wajar dihayati dan
diamalkan oleh pihak guru bagi melahirkan insan guru yang berilmu pengetahuan tinggi,
berkemahiran dan kompeten sewaktu mendepani tugas harian di sekolah sekali gus
dapat meningkatkan profesion keguruan di Malaysia.

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) merupakan satu proses pendemokrasian


pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan
kompetensi yang boleh dipelajari secara formal atau tidak formal ke arah peningkatan
profesionalisme keguruan. Pembelajaran sepanjang hayat menekankan elemen-elemen
antaranya ialah budaya membaca, budaya menyelidik, amalan reflektif, kolaborasi,
komuniti pembelajaran professional (PLC), akses maklumat pelbagai sumber, pelan
pembelajaran peribadi dan latihan dalam perkhidmatan.
(Sumber: Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara).

Oleh itu, pembelajaran sepanjang hayat ataupun pembelajaran sepanjang umur


melibatkan aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat
khususnya orang dewasa. Dalam erti kata lain pembelajaran sepanjang hayat ini
merupakan satu proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program
pemerolehan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau
tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja.

Dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat kepada guru, salah satu elemen yang
sangat berkait rapat dan dekat dengan guru ialah budaya menyelidik. Ini jelas
2

ditunjukkan melalui ungkapan teacher is a researcher yang sering dilaungkan oleh para
pakar pendidikan dalam mana-mana bengkel, kursus atau seminar, khususnya seminar
penyelidikan pendidikan. Selain itu ungkapan lain yang sering dilaungkan adalah guru
sebagai pengamal reflektif. Justeru, kupasan kajian adalah melibatkan kepentingan
budaya menyelidik dalam memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.

Dengan adanya budaya menyelidik dalam diri guru dapat meningkatkan kualiti intelek
serta profesionalisme seseorang guru. Kepentingan budaya menyelidik dalam
memartabatkan profesion keguruan ini antaranya ialah dapat meningkatkan kualiti
pendidikan dan pembangunan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani murid serta
membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru di dalam dan luar bilik
darjah. Penyelidikan juga dilihat dapat membantu guru meningkatkan hasil kerja sekali
gus mengubah amalan pengajaran melalui penambahan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang diperoleh sepanjang proses menyelidik.

Budaya menyelidik juga penting dalam memberi ruang kepada guru sebagai penyelidik
untuk mencuba idea-idea baru seterusnya menimbulkan motivasi yang tinggi untuk guru
bekerja selain membawa kepada kewujudan perkongsian pintar sesama pengkaji yakni
guru. Selain itu, perbincangan yang bakal dikupas juga adalah melibatkan langkahlangkah guru dalam menghayati budaya menyelidik ini. Guru yang mahir bukan sahaja
menjalankan penyelidikan tindakan bagi memperbaiki amalan pengajaran, malahan juga
sentiasa melakukan refleksi, aktif dalam menyertai seminar, bengkel serta kursus
berkaitan penyelidikan.

2.0 KONSEP BUDAYA PENYELIDIKAN


3

Usaha merealisasikan hasrat

Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebagai

negara maju mengikut acuan sendiri amat bergantung pada sistem pendidikan.
Menyedari hakikat ini, usaha melahirkan modal insan minda kelas pertama telah
menjadi agenda teras kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (Misi Nasional) dan
seterusnya telah menggerakkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk
merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010) sebagai langkah
untuk menyahut seruan kerajaan dalam melahirkan masyarakat yang berilmu
pengetahuan dan berkeperibadian tinggi.

Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan memperkenalkan PIPP (2006-2010)


menunjukkan kesungguhan KPM dalam meningkatkan kualiti perguruan di Malaysia.
Salah satu teras yang secara langsung menyentuh mengenai aspek ini ialah teras
kelima iaitu memartabatkan profesion keguruan. Teras ini memberi fokus untuk
menghasilkan guru yang kekal berkualiti di sepanjang tempoh perkhidmatan dan
memenuhi sebahagian besar keperluan intelektual, rohani, fizikal dan emosional para
guru (Lee Soon Guan, 1997). Antara aspek yang diberi penekanan dalam elemen
memantapkan latihan perguruan ialah penyelidikan sebagai budaya kerja pendidikan
guru. Objektif ini dijangka akan meningkatkan bilangan guru yang terlibat dalam
penyelidikan pada tempoh pelaksanaan RMK-9.

Bagi

memenuhi

proses

penambahbaikan

secara

kompherensif

atas

sistem

penyampaian pendidikan dan latihan serta pembelajaran sepanjang hayat maka budaya
penyelidikan amat perlu dipertingkatkan dan dibudayakan di kalangan pendidik.
Penyelidikan boleh ditakrifkan sebagai kerja-kerja menyelidik atau perbuatan menyelidik
(Kamus Dewan, 2005). Dalam konteks pendidikan, penyelidikan adalah suatu proses
membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan (Mok Soon Sang, 1996) seperti
pelaksanaan polisi dan program pendidikan di peringkat makro manakala di peringkat
mikro, refleksi dilakukan terhadap masalah yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa penyelidikan adalah satu usaha menyelidik untuk
mencari jawapan kepada permasalahan dalam bidang pendidikan dengan mentafsir
4

dapatan-dapatan baru, membaharui teori dan membuat kesimpulan bagi penyelesaian


masalah yang dikaji. Guru sebagai penyelidik ialah guru yang mengkaji keadaan sosial
yang boleh memberi gambaran untuk membaiki rasionaliti, tabiat berfikir, kefahaman
dan amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan untuk meningkatkan
kecekapan dan profesionalisme perguruan.

Manakala, budaya pula menurut Kamus Dewan (2005)


peradaban,

kemajuan fikiran serta

berkait dengan tamadun,

akal budi yakni cara berfikir, berkelakuan, dan

sebagainya. Justeru, budaya menyelidik guru melibatkan perilaku guru membuat refleksi
serta penyelidikan terhadap amalan pengajaran mereka dalam bilik darjah. Budaya
menyelidik ini mampu meningkatkan keberkesanan guru dan seterusnya dapat
menyumbang kepada kualiti pendidikan negara.

3.0 KEPENTINGAN BUDAYA MENYELIDIK DALAM MEMARTABATKAN


PROFESION KEGURUAN
5

Dalam konteks pendidikan di Malaysia, usaha untuk mencapai mutu dan kecemerlangan
pendidikan selaras Falsafah Pendidikan Negara, Rukun Negara dan Wawasan 2020
dapat dilakukan dengan lebih efektif lagi sekiranya guru dan pengurus pendidikan
mengamalkan research thinking and orientation dan research-based decision making
dalam tugas harian mereka (Mahpor, 1997). Pentingnya amalan penyelidikan dalam
meningkatkan profesionalisme keguruan antaranya dinyatakan oleh Shitford et al.
(1987) yang menegaskan bahawa:
action research as vehicle for increasing the professionalism of teachers. Throught
action research, teacher begins to value research and develop a professional culture
that values reflection.
(Artikel: Guru Sebagai Penyelidik)
Antara kepentingan penyelidikan ialah dapat membantu meningkatkan kualiti pendidikan
dan pembangunan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani murid serta membantu
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru di dalam dan luar bilik darjah. Ini
kerana, kajian terhadap amalan pengajaran atau pedagogi yang diamalkan oleh guru
dapat membantu guru menyelesaikan masalah pendidikan seterusnya tindakan
penambahbaikan bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dapat dilaksanakan. Hal
ini selari dengan pendapat Mogana (1996) yang menyatakan bahawa keberkesanan
pembangunan profesional guru dapat dilihat dalam proses membaiki pengajaran dan
pembelajaran.

Penyelidikan juga dilihat dapat membantu guru meningkatkan hasil kerja sekali gus
mengubah amalan pengajaran melalui penambahan pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang diperoleh sepanjang proses menyelidik. Hal ini secara tidak langsung
dapat meningkatkan profesion keguruan lantaran aktiviti menyelidik ini memerlukan guru
untuk sentiasa berusaha gigih meningkatkan komitmen dan prestasi kerja harian. Hal ini
penting bagi menunjukkan bahawa seorang guru yang berjiwa penyelidik tidak mudah
berasa

puas

pada

satu

tahap

selesa

sebaliknya

sentiasa

komited

dalam

mengembangkan potensi diri melalui amalan pengajaran yang berkesan seiring


perkembangan semasa. Penglibatan guru dalam penyelidikan secara aktif
6

dalam

mencari penyelesaian masalah di dalam bilik darjah dapat meningkatkan komitmen dan
prestasi kerja guru tersebut.

Hal ini disokong oleh Covey (1989) dalam artikel Isu Penyelidikan yang menyatakan
bahawa penglibatan seseorang untuk memenuhi tuntutan keperluan yang memaksa
mereka komited dan jika tiada penglibatan maka komitmen tidak mungkin

wujud.

Proses penyelidikan guru banyak membantu guru mempertingkatkan hasil kerja mereka
melalui penambahan pengalaman dan kemahiran. Selain itu, guru adalah insan
berpotensi dan berkemampuan untuk memperkembangkan kemahiran dan pengetahuan
untuk menjadi manusia yang positif dan proaktif dalam menjalankan tugasnya.

Budaya menyelidik juga penting dalam memberi ruang kepada guru sebagai penyelidik
untuk mencuba idea-idea seterusnya menimbulkan motivasi yang tinggi untuk guru
bekerja. Tanpa aktiviti penyelidikan, kebanyakan guru kurang peka terhadap
penambahan ilmu melalui pembacaan, perbincangan dan perkongsian ilmu. Guru yang
terlibat dalam aktiviti penyelidikan lazimnya dapat melihat nilai tambah ilmu yang
diperoleh hasil daripada dapatan penyelidikannya kepada perkhidmatan mereka. Dalam
kajian yang dilakukan oleh Madzniyah (2006) mendapati guru yang menjalankan
penyelidikan

berpendapat

bahawa

penyelidikan

dapat

memperkembangkan

profesionalisme mereka terutama dalam pertambahan ilmu pengetahuan.

Peri pentingnya amalan menyelidik dalam meningkatkan profesionalisme guru dalam


negara ini juga turut ditekankan oleh Rektor Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian
Pelajaran, Datuk Dr. Haili Dolhan yang berucap sempena Seminar Jiwa Penyelidik di
IPG Kampus Temengggong Ibrahim (IPGKTI):

"Kita tidak mahu warga pendidik hanya menumpu perhatian untuk mengajar anak murid,
sebaliknya mereka perlu menyumbang sesuatu kepada negara melalui bidang
7

penyelidikan. Ini kerana cintakan ilmu, dahagakan pengetahuan dan belajar sepanjang
hayat merupakan sifat yang harus ada pada diri setiap warga pendidik"
(Azizi Majid, 2011)

Menurut beliau, bidang penyelidikan seharusnya diberi penekanan sewajarnya dalam


bidang pendidikan di negara ini kerana ia bakal memberi manfaat bukan sahaja kepada
pendidik malah kepada masyarakat. Seluruh warga pendidik khususnya yang berada di
Institut Pendidikan Guru (IPG) perlu meningkatkan budaya penyelidikan dalam kerjaya
masing-masing kerana ia mampu meningkatkan integriti dan kredibiliti mereka
seterusnya memartabatkan lagi profesion perguruan.

Peri pentingnya budaya menyelidik ini juga dapat dilihat menerusi kewujudan
perkongsian pintar dalam kalangan pendidik yang dapat membantu meningkatkan kualiti
perguruan. Perkongsian pintar ini berlaku apabila penukaran dan aliran maklumat
berlaku secara bebas. Melalui penyelidikan, para guru dapat menyuarakan pandangan
berdasarkan dapatan kajian yang kukuh kepada pihak-pihak berkepentingan dan
pembuat dasar untuk diambil perhatian dalam penyelesaian sesuatu masalah berkaitan
dengan pendidikan. Dalam konteks mikro, perkongsian pintar ini berlaku apabila hasil
dapatan penyelidikan dibincangkan dalam persidangan, seminar, bengkel dan penulisan
jurnal. Perkongsian maklumat dan perbincangan-perbincangan dalam mengatasi
permasalahan yang sama dapat mewujudkan pakatan strategi setelah membuat
pertimbangan daripada pelbagai aspek pemikiran dan pengalaman para pengkaji yakni
guru. Dengan cara ini, perkembangan idea dan daya cipta dalam kalangan guru turut
dapat ditingkatkan.

Guru adalah sumber utama penyebaran pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar.
Kalau dahulunya peranan guru adalah sebagai penyampai pengetahuan (provider of
8

knowledge), kini peranan guru adalah sebagai pemudah cara pengetahuan (facilitator
of knowledge). Oleh itu, untuk meningkatkan peranan guru, maka guru perlu kreatif dan
efektif dalam penyampaian mereka. Bagi membolehkan guru efektif, maka mereka perlu
sentiasa memikirkan pendekatan baru dan menyesuaikan amalan pengajaran mereka
sesuai dengan kehendak pelajar. Penggunaan kaedah penyelidikan tindakan boleh
menjadi satu platform kepada guru bagi menuju ke arah penambahbaikan keberkesanan
pengajaran.

Kepentingan kajian tindakan dan amalan menyelidik kepada guru ini turut disokong oleh
Timbalan

Pengarah

Bahagian

Perancangan

dan

Penyelidikan

Dasar

(EPRD)

Kementerian Pelajaran Malaysia, Amir Mohd Salleh. Menurut beliau, setiap guru perlu
mencontohi guru di negara maju seperti Amerika Syarikat, Jepun dan Korea yang
membuat kajian tindakan terhadap bidang kerjaya mereka. Ia sebagai alat penilai dan
perlu menganggapnya sebagai sebahagian daripada bidang tugas untuk meningkatkan
lagi proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Dengan kenyataan ini,
maka terbuktilah bahawa untuk menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, guru-guru
yang perlu memulakan langkah untuk melakukan transformasi agar kualiti pembelajaran
semakin berkualiti dan bertaraf dunia (Nur Fazeera, 2012).

Penyelidikan juga penting dalam membantu guru menghadapi cabaran dan masalah
berhubung dengan amalan pengajaran dan pembelajaran. Apabila guru menjalankan
penyelidikan, mereka dapat memperkembangkan kemahiran profesional seperti
mengenalpasti teknik atau kaedah pembelajaran yang berkesan. Dengan adanya
penyelidikan tindakan, dapat mengeluarkan guru tersebut dari kongkongan dan amalanamalan rutin yang biasa dilaksanakan dan sekaligus dapat meningkatkan amalanamalan profesional seperti memperkenalkan amalan-amalan yang lebih berkesan dalam
membuat keputusan. Melalui pembaharuan ini, kemajuan dapat ditingkatkan melalui
refleksi kendiri dan guru tersebut akan lebih yakin untuk berkongsi pengalaman, prestasi
kerja dan memberi peluang kepada guru untuk menjadi agen perubahan dengan
membuat refleksi mengenai kekuatan dan kelemahan diri.
4.0 LANGKAH GURU DALAM MENGHAYATI ELEMEN BUDAYA MENYELIDIK
9

Kejayaan seseorang guru dalam profesionnya bergantung kepada kesediaan guru


berkenaan untuk terus memajukan dan meningkatkan profesionalisme diri melalui
pelbagai aktiviti dan program pendidikan. Guru akan berhadapan dengan pelbagai
bentuk perubahan sama ada di dalam atau di luar profesionnya. Antara tuntutan
dalaman ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan kreatif di samping menghadapi
perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum serta penggunaan teknologi baharu.
Hal ini memerlukan guru untuk melaksanakan kajian tindakan dalam usaha menghayati
budaya penyelidikan.

Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional
dan keadilan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta mempertingkatkan
kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di
dalam amalan tersebut dijalankan (McTaggart, 1988) dalam Akhiar Pardi dan Shamsina
Shamsudin (2011). Mc. Niff (1998) menerangkan bahawa kajian tindakan ialah satu
pendekatan untuk membaiki atau meningkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
yang menggalakkan guru-guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri,
menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan menjadi bersedia untuk mengubah
amalan-amalannya. Menurut beliau, pendekatan ini melibatkan guru melaksanakan
inkuirinya sendiri serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif (usaha sama)
sewaktu mengadakan kajian. Beliau merumuskan konsep kajian tindakan dengan
mengatakan bahawa:

Action research implies adopting a deliberate openness to new experiences and


processes, and, as such, demands that the action of educational research is it self
educational. By consciously engaging in their own educational development, teachers
gain both professionally and personally, and it is this personal commitment that counts
the process of human inquiry.
Mc. Niff (1998) dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin (2011).

10

Terdapat lima proses penting dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu idea permulaan,
membina rancangan tindakan, melaksana tindakan, memerhati kesan pelaksanaan
tindakan serta mereflek. Suatu kajian tindakan bermula dengan satu idea bahawa suatu
perubahan atau penambahbaikan diperlukan dalam amalan guru. Idea tersebut akan
terbit daripada rasa prihatin guru terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran yang dilakui, di mana suatu masalah sedang dihadapi.
Kemmis & McTaggart (1988) dalam Akhiar Pardi dan Shamsina Shamsudin (2011)
menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan iaitu membina
suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yang sedang berlangsung, melaksana
rancangan yang dibina, memerhati kesan pelaksanaan dalam konteks bilik darjah dan
mereflek atau mengimbas kembali kesan yang terjadi sebagai asas untuk merancang
tindakan seterusnya.

Di

sekolah

murid

menghadapi

pelbagai

masalah

pembelajaran.

Berasaskan

pertimbangan itu, kajian tindakan yang bertujuan untuk menangani pelbagai masalah
pengajaran dan pembelajaran lebih menepati matlamat untuk membimbing murid
mencapai tahap cemerlang dalam pendidikan. Berasaskan pertimbangan itu juga
amalan menyelidik menggunakan pendekatan kajian tindakan perlu dihayati dan
dijadikan amalan oleh guru supaya sebarang masalah pembelajaran yang timbul dapat
ditangani serta dikesan seawal mungkin iaitu sebelum ia menjadi terlalu rumit untuk
ditangani (Ng Kim Choy, 2001). Penekanan kepada guru untuk melaksanakan
penyelidikan tindakan sebagai langkah memperbaiki amalan pengjaran mereka turut di
tekankan oleh Dr. Wan Zahid (1993) sewaktu ucapan perasmian Seminar Kebangsaan
Penyelidikan Pendidikan:

Dalam konteks untuk mengenal pasti pencapaian matlamat Falsafah Pendidikan


Negara, Kajian Tindakan perlu dijalankan di peringkat sekolah, terutama oleh guru-guru
yang terlibat dalam kegiatan pengajaran di bilik-bilik darjah. Pihak guru-guru besar perlu
menggalakkan guru-guru menjalankan Kajian Tindakan kerana melalui

kegiatan

tersebut, pihak guru-guru berkenaan boleh memperbaiki proses pengajaran mereka.


(Lee Soon Guan, 1997)
11

Penyelidikan tindakan dapat menyumbang kepada pembangunan profesionalisme


keguruan. Sikap kritikal, pengamal yang reflektif, sikap bertanggungjawab serta
penilai kendiri adalah asas kepada perkembangan profesionalisme keguruan. Ahli-ahli
profesional adalah bertanggungjawab ke atas tindakan mereka. Oleh itu, melalui
penyelidikan dan menyemak semula amalan secara berterusan, guru-guru boleh
membuat justifikasi terhadap amalan mereka secara bertanggungjawab selepas
melakukan refleksi kendiri dan penilaian kendiri.

Justeru, langkah lain bagi guru menghayati budaya penyelidikan ini adalah melibatkan
pelaksanaan proses refleksi kendiri. Refleksi kendiri melibatkan guru untuk membuat
muhasabah diri (cermin diri) dan mengkaji kelemahan dirinya sendiri yang mungkin
menjadi punca kelemahan dan masalah murid-muridnya. Sachon (1983) menyarankan
perubahan amalan guru dari berbentuk technical rationality kepada reflective
rationality yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional.
Schon juga mengemukakan konsep reflection-in-action dan knowing-in-action sebagai
proses penyelidikan untuk perkembangan ilmu profesional dan peningkatan profesional
perguruan. Konsep reflection-in-action dan knowing-in-action membantu guru dalam
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan di samping
memungkinkan idea-idea baru dicetus bagi membaiki amalan. Proses ini sebenarnya
memerlukan seseorang itu mengesan maklumat dan menganalisis maklumat bagi
membuat keputusan yang pantas bagi membaiki amalannya secara berterusan.

Guru

merupakan

tenaga

ikhtisas

di

dalam

bidang

perguruan

yang

dipertanggungjawabkan untuk mendidik murid-murid di sekolah. Oleh itu, guru yang


mempunyai kemahiran profesional serta kecerdasan emosi yang tinggi memainkan
peranan besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,
berbudaya ilmu dan berakhlak selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Guru profesional yang menghayati elemen penyelidikan juga akan sentiasa mengikuti
perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini bagi mengemaskinikan
pengetahuan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran guru.

12

Penyelidikan tindakan berkait rapat dalam kehidupan guru, justeru beberapa langkah
lain boleh diambil oleh pihak guru untuk menghayati budaya menyelidik ini. Antaranya
ialah dengan melibatkan diri secara aktif dalam program pendidikan di institusi
pendidikan yang mengadakan kursus wajib penyelidikan tindakan. Dengan cara ini,
pengetahuan berkenaan penulisan kajian tindakan dapat dikuasai oleh guru. Guru juga
boleh melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti penyelidikan tindakan dengan menyertai
bengkel, kursus, seminar penyelidikan tindakan dan penulisan. Guru perlu menyebarkan
hasil kajian melalui buletin, jurnal serta menghadiri dan membentangkan hasil kajian
dalam seminar atau persidangan berkaitan dengan pendidikan. Dengan ini, guru-guru
akan berasa hasil penyelidikan mereka dihargai dan diiktiraf.

Dengan melibatkan diri dalam seminar kajian tindakan, bengkel penulisan laporan kajian
tindakan dan sebagainya guru akan didedahkan mengenai penghasilan kertas kajian
tindakan yang berkesan dan praktikal mengikut format yang betul, pendedahan kepada
perkongsian pengalaman penceramah dan guru (peserta) dalam penghasilan kertas
kajian tindakan, pengembangan potensi guru dalam penghasilan kertas kajian yang
berkesan merangsang minda guru berfikir secara lebih kreatif dan kritis, menggalakan
penghasilan penambahbaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran kepada guru
seterusnya menjadikan kaedah pengajaran guru lebih up to date dari segi
pengkaedahan dan penyampaian. Peserta kursus kajian tindakan turut didedahkan
contoh-contoh kajian tindakan sebagai rujukan. Di akhir kursus, peserta kursus perlu
membentangkan kertas kerja kajian tindakan yang dihasilkan mengikut kumpulan
masing-masing. Setiap kumpulan perlu menjalankan kajian di sekolah masing-masing
sepertimana yang telah dibentangkan dalam proposal yang dihasilkan.

13

Tuntasnya, pembudayaan penyelidikan yang menyeluruh adalah perlu supaya


penyelidikan dapat dijadikan sebagai amalan yang boleh membantu dalam membuat
keputusan serta tindakan yang lebih baik. Penyelidikan bukanlah cara yang boleh
menyelesaikan sesuatu masalah, tetapi penyelidikan dapat membantu dalam melihat
masalah secara lebih terancang dan sistematik supaya penyelesaian kepada masalah
itu dapat dibuat dengan lebih berkesan. Untuk membolehkan penyelidikan memberi
sumbangan yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan guru di setiap
peringkat, metodologi, proses dan dapatan penyelidikan perlu dapat difahami dan
digunakan sebaik-baiknya oleh pelbagai pihak yang terlibat dan berkepentingan.

14

4.0 PENUTUP

Guru perlu senantiasa bersedia dalam menghadapi cabaran alaf baru terutama
berkaitan perkembangan pendidikan semasa bagi merealisasikan hasrat dan misi
pendidikan. Profesionalisme keguruan ini dapat ditingkatkan melalui pembelajaran
sepanjang hayat. Pembelajaran sepanjang hayat penting dalam memastikan guru
sebagai golongan profesional dapat melaksanakan tugas sebagai pendidik secara
berkesan seiring dengan perkembangan pendidikan semasa yang memerlukan guru
untuk sentiasa mengemas kini pengetahuan, kemahiran, nilai dan kompetensi.

Kefahaman dan kesedaran guru mengenai kepentingan budaya menyelidik dalam


konteks pembelajaran sepanjang hayat membolehkan guru sentiasa bersedia
menghadapi cabaran dunia pendidikan yang serba mencabar selain dapat menjayakan
usaha pihak kementerian untuk melahirkan guru yang berilmu pengetahuan tinggi,
berkemahiran serta peka terhadap sebarang tuntutan keperluan pendidikan semasa
negara yang semakin berkembang maju. Penglibatan guru dalam penyelidikan terutama
penyelidikan tindakan perlu dihayati oleh semua guru. Hal ini kerana penyelidikan
tindakan akan membina kekuatan profesionalisme keguruan dan membentuk guru yang
lebih profesional dalam melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran dan
pengurusan organisasi sekolah. Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman dan amalan
menyelidik ini seterusnya dapat melahirkan insan guru yang menjiwai watak teacher as
researcher.

15