Anda di halaman 1dari 9

PEMARKAHAN

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2014/2015


KRB 3063: PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
TAJUK

TUGASAN 2

PERINGKAT PENGAJARAN MENULIS

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

ANIDA FAZURA BT MUHAMMAD ZAKUAN

PUSAT PEMBELAJARAN: EL- Group UPSI 01 (A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING:

Dr. Seri Lanang Jaya B. Haji Rohani

TARIKH SERAH: 22 Nov 2013

ISI KANDUNGAN
1

Pengenalan
- Definisi Karya Agung
- Ciri-ciri Karya Agung

Aktiviti Penerapan Pertama

Aktiviti Penerapan Kedua

Penutup

Rujukan

PENGENALAN
2

Di dalam menghasilkan pengajaran yang produktif,guru perlu mempelbagaikan kaedah


pengajaran bagi mempastikan objektif yang ingin disampaikan akan terus diterima oleh muridmurid. Ada banyak kaedah mahupun aktiviti pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru itu menarik, berkesan dan
sebagainya. Antara cara yang boleh guru jalankan adalah seperti aktiviti diskusi, main
peranan,simulasi,permainan Bahasa,sosio-emosi,bercerita dan aktiviti-aktiviti lain yang dianggap
bersesuaian. Di dalam membicarakan tugasan soalan yang berkaitan dengan karya agung,guru
perlu memilih salah satu aktiviti yang bersesuaian agar murid dapat memahami isi kandungan
mahupun nilai-nilai yang terdapat di dalam karya tersebut. Sebagai contoh hasil karya nukilan
Profesor Dato Shanon Ahmad yang berjudul Ranjau Sepanjang Jalan. Memandangkan karya ini
mempunyai tahap pemikiran yang tinggi, pastinya sukar bagi guru untuk menyampaikan ciri-ciri
yang terdapat di dalam karya agung ini. Untuk itu,para guru semestinya perlu bijak dalam
memilih aktiviti yang sesuai bagi menerapkan ciri tersebut ke dalam pengajaran Bahasa Melayu
di peringkat sekolah rendah.

DEFINISI KARYA AGUNG


Karya menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud buatan atau ciptaan sesuatu.
Agung pula membawa maksud paling besar,terutama,tertinggi, teristimewa dan terkemuka.
Maka dengan ini Karya Agung boleh ditakrifkan sebagai ciptaan atau buatan yang
terutama,tinggi dan teristimewa daripada seseorang pengarang.
Karya

agung

merupakan

karya-karya

yang

Berjaya

meninggalkan

kesan

seni,ilmu,falsafah,budaya dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca.Unsur
dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya
tersebut.Karya agung merupakan karya yang melambangkan keunggulan daya cipta atau hasil
kreativiti seniman,penulis dan pemikir bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam
menggambarkan idealism,nilai pandangan hidup,adat,budi,kesedaran dari segi agama dan moral
dan visi bangsa dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk sastera dan seni seni yang tinggi
nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni,budaya dan falsafah kekal
sepanjang zaman dalam kehidupan bangsa masyarakat melayu.
3

CIRI-CIRI KARYA AGUNG


Penelitian ciri-ciri karya agung melayu dibuat berdasarkan kepada aspek-aspek yang
berikut:
Pemikiran dalam karya agung
Estetika dan kepengarangan karya agung
Nilai budaya dan pandangan hidup karya agung melayu
Nilai ilmu dalam karya agung
Falsafah dalam karya agung klasik dan moden

AKTIVITI PENERAPAN PERTAMA


Antara aktiviti yang dianggap sesuai digunakan dalam menerapkan ciri pemikiran
(mesej dan isi) dalam pengajaran Bahasa Melayu tahun 4 adalah aktiviti bercerita. Ini kerana,
aktiviti bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina
kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu aktiviti yang dapat menarik minat dan
perhatian murid.Melalui aktiviti bercerita latihan pemahaman,perluasan perbendaharaan kata dan
tatabahasa dapat disampaikan. Menurut E.Greene ( 1976), bercerita dianggap sebagai seni sastera
dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku.
Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman
sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau frosa yang dipersembahkan atau
dipimpin oleh seseorang dihadapan khalayak.Penceritaan boleh disampaikan secara lisan atau
dilagukan dengan iringan muzik,menggunakan gambar,sumber-sumber bercetak atau direkodkan
secara mekanikal.
Berdasarkan kepada karya agung Ranjau Sepanjang Jalan dan ciri pemikiran karya
agung, guru boleh menggunakan rancangan pengajaran harian seperti berikut mengikut langkahlangkah yang telah dirancang.
4

AKTIVITI PENGAJARAN DAN


LANGKAH

Langkah 1

ISI PELAJARAN

PEMBELAJARAN

Teks cerita Ranjau

1. Guru mengedarkan teks cerita kepada

Sepanjang Jalan

murid.

CATATAN
BBB : Petikan Teks

2. Guru meminta murid membaca teks


dengan kuat dan jelas.
1. Guru bertanya kepada murid
Langkah 2

Teknik : Bercerita

mengenai cerita yang terdapat dalam


teks.

Nilai : Berani

2. Guru meminta seorang murid untuk


bangun dan menceritakan kembali cerita
yang terdapat dalam teks mengikut
Langkah 3

Melakonkan kembali

pemahaman.
1. Guru meminta murid melakonkan

cerita Ranjau Sepanjang

kembali cerita yang terdapat dalam teks

Jalan yang telah dibaca

Ranjau Sepanjang Jalan

BBB: Petikan Teks

2. Guru memilih beberapa murid untuk

Teknik : Bercerita dan

Watak dalam cerita:

memegang watak yang terdapat di

Sosio-Drama

1.Lahuma

dalam teks.

2.Jeha

3. Guru memilih seorang murid untuk

3.Tuk Penghulu

menjadi watak pencerita.

4.Sanah

4. Guru memberikan masa kepada murid

5.Pelakon tambahan

Nilai : yakin

untuk membuat persediaan.

anak Lahuma dan

5. Setelah aktiviti lakonan berakhir,guru

Penduduk kampung)

membuat kesimpulan.

6.Pencerita

6. Guru menyatakan nilai dan


pengajaran yang terdapat di dalam cerita
tersebut.

Di dalam rancangan pengajaran yang telah dirancang oleh guru dengan merujuk kepada
rancangan di atas, guru boleh memulakan aktiviti dengan mengagihkan salinan teks cerita dari
petikan novel Ranjau Sepanjang Jalan.Petikan novel perlulah diringkaskan mengikut tahap murid
dengan sesuai. Setelah murid menerima salinan teks yang diedarkan, guru boleh meminta murid
untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dengan bacaan yang kuat dan jelas serta dengan

intonasi yang sesuai. Semasa pembacaan teks dilakukan, murid perlulah memahami akan isi
cerita dan mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang novel sebenar.
Langkah berikutnya,guru akan bersoal jawab dengan murid untuk memastikan
kefahaman murid tentang petikan. Guru boleh bertanyakan sama ada watak di dalam cerita,
mesej penyampaian, serta nilai yang terdapat di dalam petikan tersebut. Setelah dapat
mempastikan kefahaman murid tercapai, guru boleh meminta salah seorang murid yang dipilih
secara rawak untuk menceritakan kembali cerita yang dibaca mengikut kefahaman masingmasing.
Seterusnya, untuk memastikan murid memahami isi dan mesej yang ingin disampaikan,
guru boleh menambah aktiviti bercerita dengan tambahan aktiviti sosio-drama untuk memastikan
pengajaran lebih menarik dan seterusnya murid lebih memahami mesej yang ingin disampaikan.
Di dalam aktiviti ini, guru akan memilih beberapa orang murid untuk membwakan watak seperti
di dalam cerita Ranjau Sepanjang Jalan. Sepanjang aktiviti sosio-drama ini dijalankan, guru
boleh menjadi sebagai pengantara bagi mempastikan cerita yang disampaikan adalah betul dan
tepat. Pada pengakhiran cerita, guru boleh menambah tokok dengan memberikan pengajaran dan
seterusnya rumusan kepada cerita tersebut dimana isi dan mesej yang sebenar yang ingin
pengarang cerita Ranjau Sepanjang Jalan ingin sampaikan.

AKTIVITI PENERAPAN KEDUA


Untuk penerapan kedua pula, aktiviti perbincangan boleh digunakan dalam menerapkan
ciri nilai budaya dan pandangan hidup karya agung di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Aktiviti perbincangan boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat
tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih murid-murid mengeluarkan buah fikiran dan
pandangan dengan bernas. Selain itu, aktiviti perbincangan juga melibatkan interaksi dua hala
antara murid dengan murid atau murid dengan guru dalam proses pembelajaran. Aktiviti ini lebih
berpusatkan kepada murid iaitu murid membuat perbincangan antara satu sama lain, berkongsi
maklumat dan memberi serta menerima pendapat untuk mendapatkan satu persetujuan bagi
menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Tambahan lagi, aktiviti perbincangan juga adalah
satu aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di
6

kalangan murid di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Aktiviti ini dapat dijalankan dengan
melihat kepada rancangan pengajaran yang telah dirancangkan beberapa langkah yang sesuai.
AKTIVITI PENGAJARAN
LANGKAH

Langkah 1

ISI PELAJARAN

DAN PEMBELAJARAN

Teks cerita Ranjau

1.Berdasarkan kepada teks,guru

Sepanjang Jalan

menyoal murid tentang budaya dan


pandangan hidup yang terdapat dalam

CATATAN
BBB : Petikan Teks
Nilai : Berusaha

teks.
2.Murid membuat penyenaraian nilai

Teknik: Perbincangan

yang dijumpai.

(antara guru dan murid)

3.Murid menyebut nilai yang dijumpai

Langkah 2

Nilai:

di dalam teks secara kuat.


1. Guru menrangkan nilai-nilai yang

1.Bekerjasama

telah dijumpai secara ringaks.

2. Kasih saying

2. Guru membahagikan murid kepada 4

3. Kepercayaan kepada

kumpulan dengan setiap kumpulan

Tuhan

mewakili nilai yang telah disenaraikan.

Teknik: Perbincangan

4. Berusaha

3. Murid berbincang tentang nilai yang

(antara ahli kumpulan)

BBB : Petikan Teks


Nilai : Bekerjasama

telah diberikan oleh guru sesama ahli


Langkah 3

kumpulan.
1. Guru meminta setiap ahli kumpulan
untuk ke hadapan kelas.

BBB: Petikan Teks

2. Setiap kumpulan akan


membincangkan kekuatan nilai yang

Teknik : Perbincangan

mereka wakili berdasarkan teks Ranjau

(antara murid dengan

Sepanjang Jalan.

murid)

3. Di setiap akhir perbincangan


kumpulan.,guru membuat kesimpulan

Nilai : Berani

dan rumusan.

Di dalam pengajaran ini, guru boleh memulakan langkah dengan aktiviti bersoal jawab
dengan murid setelah mengedarkan salinan petikan kepada setiap murid. Soal jawab yang
dijalankan perlulah berdasarkan kepada petikan yang menyentuh tentang ciri-ciri budaya dan
pandangan hidup di dalam petikan. Selain itu, guru dan murid akan berbincang tentang nilai yang

diperolehi dan meminta murid menyenaraikan seberapa banyak nilai yang terdapat dalam petikan
dan menyebutnya dengan kuat di dalam kelas.
Setelah itu, guru boleh mengambil langkah yang kedua dengan menerangkan serba
sedikit nilai utama yang telah guru pilih. Seterusnya guru akan membahagikan murid kepada
empat kumpulan untuk membincangkan nilai budaya dan pandangan hidup yang telah guru pilih
dengan lebih jelas.Setiap kumpulan akan diberi satu nilai untuk dibincangkan kekuatannya
berdasarkan dalam petikan yang diberi. Guru akan memberi masa dalam 10 hingga 15 minit
untuk murid membuat aktiviti perbincangan dengan ahli kumpulan di bawah kawalan dan
panduan guru.
Langkah seterusnya, setiap kumpulan akan diminta ke hadapan kelas untuk
membincangkan nilai yang telah diberi dengan kumpulan yang lain. Setiap kumpulan akan
membincangkan nilai tersebut serta kekuatanya berbanding dengan nilai yang diperolehi
kumpulan yang lain. Di dalam aktiviti ini, guru membenarkan murid lain untuk bertanyakan
soalan sekiranya terdapat kelemahan ataupun kekuatan di dalam nilai yang dibincangkan. Pada
akhir perbincangan setiap kumpulan, guru akan bertindak membuat rumusan serta memberikan
keismpulan yang sesuai dengan nilai yang telah dipilih.

PENUTUP
Jelas sekali di sini, dapat kita lihat bahawa dengan menerapkan mana-mana ciri yang
terdapat di dalam karya agung melalui aktiviti-aktiviti yang dipilih,sedikit banyak dapat
mendedahkan kepada murid-murid akan kekuatan karya yang dipilih oleh guru seperti dari Novel
Ranjau Sepanjang Jalan. Ini membolehkan murid berfikir secara matang dan bijak mencari isi-isi
yang tersurat dan tersirat di dalam petikan yang diberi. Selain daripada itu, dengan aktiviti yang
dipilih dan bersesuaian dapat menambah lagi keseronokan murid di dalam pengajaran yang
disampaikan. Tambahan pula, untuk mengharapkan murid menghayati keseluruhan isi cerita
adalah suatu perkara yang mustahil memandangkan novel Ranjau Sepanjang Jalan mempunyai
aras yang tinggi bagi tahap pemikiran murid sekolah rendah. Akan tetapi, melalui aktiviti yang

dijalankan,ia mampu untuk memberi pemahaman yang baik kepada murid walaupun guru hanya
memberi petikan daripada novel tersebut.
( 1652 patah perkataan)

RUJUKAN
1. Dr. Seri Lanang Jaya Bin Hj. Rohani,Prof madya Dr. Abd Rahman Bin Napiah, Dr. Hj.
Mohd Rashid Bin Md.Idris & Dr. Hj. Naffi Bin Mat . (2013). Penghayatan Karya
Agung.Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
2. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Buku Panduan Guru Bahasa Malaysia.Putrajaya:
Bahagian Pembangunan Kurikulum
3. Rahimah Haji Sabran dan Rahim Syam ( 1987). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
4. Tuan Jah Yusof dan Faridah Nazir ( 2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbit Multimedia Sdn.Bhd
5. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
6. www.slideshare.net/strategipendekatan-kaedah-dan-teknik

Anda mungkin juga menyukai