Anda di halaman 1dari 19

"Roh Meminta Melihat Jasad"

- Md. Faizal
"Roh Meminta Melihat Jasad"
Ada satu riwayat menceritakan bahawa apabila roh itu keluar dari
tubuh, selepas berlalu tiga hari ia memohon kepada Tuhan "Wahai
Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihat tubuhku yang dahulu
sewaktu aku berada di dalamnya."
Selepas Allah perkenankan, roh itu pun segera ke kubur dan
dapat melihat kedua lubang hidung dan mulut mengalir darah.
Melihat keadaan yang menimpa tubuhnya, roh itu pun terus
menangis dan merintih sepuas-puasnya: "Aduhai tubuhku yang
miskin lagi lemah, wahai kekasihku. Ingatkah akan hari
kehidupanmu? Rumah ini adalah rumah serigala, rumah bencana,
rumah yang sempit dan gelap-gelita serta rumah kesusahan dan
kepayahan".
Selepas berlalu lima hari, sekali lagi roh itu perkenan daripada
Allah untuk melihat tubuhnya. Kali ini dilihat tubuh itu mengalir
darah dari hidung dan mulut pula mengalir nanah dan najis.
Keadaan yang sama keluar juga dari kedua lubang telingannya.
Melihat keadaan yang ngeri itu sekali lagi roh menangis dan
meratap dengan bersungguh-sungguh serta berkata: "Wahai
tubuhku yang miskin, ingatkah hari kehidupanmu? Inilah rumah
kegelisahan, rumah bencana, rumah kala dan ular yang akan
memamah dagingmu, akan mengoyak kulit dan seluruh
anggotamu".
Kemudian roh pergi lagi menemui Tuhan selepas tujuh hari
berlalu. Seperti biasa Allah perkenankan dia ke kubur dan melihat
tubuhnya, roh mendapati tubuhnya dipenuhi cacing. Sambil
memekik dan menangis sekuat-kuatnya roh itu bersuara "Wahai
tubuhku adakah anda ingat hari kehidupanmu? Di mana harta
kekayaanmu, di mana isterimu, kekasihmu dan anak-anakmu? Di
mana keluarga dan kaum kerabatmu sekarang? Dimana sahabatmu
sekarang? Di mana jiran-jiran mu sewaktu hidupmu dulu? Mereka
semuanya ikut menangis dan mencucurkan air mata ketika aku

berpisah dengan engkau?


Sementara itu diceritakan daripada Abu Hurairah:
"Apabila seseorang mukmin itu mati, rohnya akan berkeliling di
sekitar rumahnya selama satu bulan. Roh itu dapat menyaksi serta
melihat apa yang ditinggalkan terutama mengenai harta-benda dan
kekayaanya. Ia juga akan mengetahui bagaimana cara membahagi
harta dan membayar segala hutangnya. Selepas genap sebulan roh
itu kembali ke liang kuburnya. Selepas itu selama setahun pula
mengelilingi dan dapat mengetahui siapa yang mendoakannya dan
orang yang berasa sedih dan duka akan peninggalannya."
Apabila genap setahun barulah roh itu dibawa naik untuk
dikumpulkan dengan seluruh roh yang lain sehingga tibanya Hari
Kiamat, sehingga ditiup sangkakala Israfil. Dalam satu riwayat
menyebut bahawa yang dimaksudkan roh itu adalah roh anak
Adam(manusia). Sementara daripada keterangan yang lain pula
berpendapat bahawa roh itu adalah roh malaikat Jibril. Juga ada
keterangan menyebut bahawa roh itu adalah roh Nabi Muhammad
s.a.w yang bersemayam di bawah Arasy, meminta izin dari Allah
pada malam al-Qadar untuk turun memberikan salam dan
penghormatan kepada seluruh mukminin dan mukminat. Ada juga
menyebut bahawa roh itu adalah roh kerabat yang sudah meninggal
dunia. Mereka sama-sama memohon kepada Tuhan "Wahai Tuhan
kami, semoga Engkau perkenankan kami untuk turun ke rumah
kami di mana kami akan melihat anak-anak dan keluarga kami yang
ditinggalkan" maka roh pun turun pada malam al-Qadar.
Allah berfirman dalam surah al-Qadar ayat 4 bermaksud:
"Malaikat sama turun dengan roh",
Sementara dalam surah an-Naba ayat 38 bermaksud:
"Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul
kudus) malaikat berdiri dengan berbaris."
Menurut riwayat Ibnu Abbas;

"Jika datang hari raya, hari Asyura, hari Jumaat yang pertama
dalam Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lailatul Qadar dan malam
Jumaat, roh mayat itu sama keluar dan datang berdiri di muka pintu
serta berkata: "Kasih sayanglah kamu sekalian terhadap kamu di
alam yang penuh berkat ini dengan melakukan sedekah, sebab kami
mengharapkan (pahala) sedekah jika sekalian bakhil dan kedekut
serta tidak sudi bersedekah maka hendaklah anda ingat kepada
kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh
keberkatan ini."

Wallahu'alam

ISU:
Adakah roh orang yang mati boleh kembali ke dunia?

PENJELASAN:
Persoalan roh merupakan persoalan yang rumit kerana ia adalah dimensi
yang berada di luar tanggapan pancaindera manusia. Fitrah kejadian ruh
bukanlah dari alam nyata (syahadah) akan tetapi dari alam ruhaniah yang
ghaib.

Rasulullah s.a.w. sendiri apabila ditanya oleh orang Yahudi tentang hakikat
ruh menghadapi kesukaran untuk menjawabnya sehingga turun ayat alQuran dalam Surah Isra, ayat 85, yang mengatakan: dan mereka
bertanyakan tentang roh. Katakan, roh itu dari urusan Tuhanku; dan kamu
tidak diberi ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.

Oleh yang demikian, segala hal berkaitan dengan ruh mesti merujuk kepada
sumber samiyyat sama ada dari al-Quran atau hadis-hadis Nabi. Menurut
al-Quran, Allah swt menjadikan manusia dengan mempunyai dua unsur
utama, jasad dan ruh. Jasad dicipta dari unsur tanah sementara ruh
merupakan sesuatu yang dtiupkan dari Allah ke dalam jasad seperti yang
disebut dalam al-Quran, Surah al-al-Hijr, ayat 28-29: dan ingatlah ketika
Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya aku akan
menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari
lumpur hitam yang diberi bentuk. Maka apabila aku menyempurnakan
kejadiannya Aku meniupkan kedalamnya ruh (ciptaan)Ku, maka tunduklah
kamu kepadanya dengan bersujud".

Ruh dan jasad berhubung antara satu dengan yang lain. Menurut Imam alGhazali, hubungan antara keduanya adalah dalam ertikata ruh merupakan
raja kepada jasad. (al-Ghazali Kitab Ajaib al-Qalb dalam Ihya Ulum al-Din).

Kesatuan antara ruh dan jasad adalah satu hubungan yang ajaib kerana
kedua-duanya mempunyai fitrah yang berbeza, ruhani dan jasmani. Ini
adalah antara bukti kekuasaan Allah. Ketika kematian, ruh akan
meninggalkan jasad dan berpindah ke alam barzakh yang bermaksud
benteng pemisah, kediaman perantaraan antara dunia dan akhirat.

Al-Quran menyebut tentang alam barzakh: Sedang di hadapan mereka ada


alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka
dibangkitkan semula (pada hari kiamat) (Surah al-Mukminun: 100) Ruh
ditempatkan di sini sebelum dibangkitkan di hari kiamat untuk dicantumkan
semula dengan jasad dan akan dihisab dan diberi pembalasan sama ada di
syurga atau neraka.

Persoalannya adakah ruh yang telah meninggal dunia mampu balik ke alam
dunia? Ruh yang telah meninggal dunia tidak boleh kembali ke dunia. Ini
kerana urusan seseorang manusia ketika ia telah meninggal dunia telah
selesai dan peringkat yang seterusnya ialah peringkat kehidupan dikubur
dan penantian hari kiamat untuk dihisab oleh Allah swt. Al-Quran juga
menggambarkan bahawa ruh tidak boleh kembali ke dunia seperti yang
digambarkan dalam Surah al-Mukminun, ayat 99 dan 100 yang bermaksud:
Hingga apabila datang kematian kepada seseorang daripada mereka (orang
kafir) dia berkata: Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku
berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali
tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang
diucapkannya sahaja (janji kosong). Dan di hadapan mereka ada dinding
(barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan

Ibn al-Qayyim dalam Kitab al-Ruh, mengatakan pandangan Abu Umar bin
Abd Barr yang mengatakan bahawa sebelum Hari Kiamat sebahagian ruh
seperti para syuhada berada dalam syurga sementara ruh orang mukmin
umumnya berada di dalam kubur mereka. Ini antara lain berdasarkan ayat
al-Quran yang mengatakan bahawa orang-orang yang syahid itu tidak mati
akan tetapi hidup di sisi Allah. (Ali Imran :169)

Namun ada ulama berpandangan bahawa ruh yang telah meninggal dunia
dapat bertemu dengan ruh orang yang masih hidup iaitu di dalam mimpi. Ini
berdasarkan ayat al-Quran yang mengatakan bahawa: Allah memegang jiwa
(orang) ketika matinya dan memegang jiwa orang yang belum mati diwaktu
tidurnya. Maka Dia tahan jiwa orang yang telah Dia tetapkan kematiannya
dan dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan (alZumar:ayat 42) Ayat ini menunjukkan bahawa ruh orang yang mati dan yang
tidur kedua-duanya dipegang oleh Allah. Cuma ruh orang yang tidur
dikembalikan sementara orang yang meninggal dunia ditahan terus. Atas
dasar ini kedua-dua ruh ini boleh bertemu. Ibn al-Qayyim menukilkan banyak
kisah-kisah di kalangan orang yang baik yang bermimpi bertemu dengan
orang-orang yang telah meninggal dunia. Menurut beliau walaupun ada
sebahagian mimpi yang tidak benar yang datang dari gangguan syaitan,
namun sebahagian mimpi adalah merupakan ilham dari Allah terutama yang
berlaku kepada mereka yang baik. (Ibn al-Qayyim, Kitab al-Ruh)

Berdasarkan penjelasan di atas dapat disimpulkan bahawa pada asasnya ruh


orang yang meninggal tidak boleh kembali ke dunia. Maka pandangan yang
mengatakan misalnya roh orang yang mati masih berada atau melihat ahli
keluarga selama tiga hari tiada asasnya. Pengecualian yang diberikan oleh
sebahagian ulama ialah kemungkinan untuk mereka yang masih hidup
bertemu dengan ruh yang telah mati dalam mimpi dengan izin Allah.

Wallahu alam.

KISAH BERPISAHNYA ROH DARI JASAD

Undur Depan

Dalam sebuah hadis daripada Aisyah r.a katanya, "Aku sedang duduk bersila
di dalam rumah. Tiba-tiba Rasulullah S.A.W datang dan masuk sambil
memberi salam kepadaku. Aku segera bangun kerana menghormati dan
memuliakannya sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke
dalam rumah. Nabi S.A.W bersabda, "Duduklah di tempat duduk, tidak
usahlah berdiri, wahai Ummul Mukminin." Maka Rasulullah S.A.W duduk
sambil meletakkan kepalanya di pangkuanku, lalu baginda berbaring dan
tertidur.

Maka aku hilangkan uban pada janggutnya, dan aku dapat 19 rambut yang
sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku
berkata, "Sesungguhnya baginda akan meninggalkan dunia ini
sebelum aku sehingga tetaplah satu umat yang ditinggalkan
olehnya nabinya." Maka aku menangis sehingga mengalir air mataku jatuh
menitis pada wajah baginda.

Baginda terbangun dari tidurnya seraya bertanya, "Apakah sebabnya


sehingga engkau menangis wahai Ummul Mukminin?" Masa aku
ceritakan kisah tadi kepadanya, lalu Rasulullah S.A.W bertanya,"Keadaan
bagaimanakah yang hebat bagi mayat?" Kataku, "Tunjukkan wahai
Rasulullah!"

Rasulullah S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah


r.a : "Tidak ada keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya
mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya sama-sama bersedih
hati di belakangnya. Mereka sama-sama berkata, "Aduhai ayah, aduhai
ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!"

Rasulullah S.A.W bertanya lagi: "Itu juga termasuk hebat. Maka,


manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah r.a : "Tidak
ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia diletakkan ke
dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum kerabat
semuanya kembali. Begitu pula dengan anak-anak dan para
kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah
berserta dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W
bertanya lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab
Aisyah, "Hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu."

Maka bersabda Rasulullah S.A.W : "Wahai Aisyah, sesungguhnya


sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan
masuk ke rumahnya untuk memandikannya. Maka keluarlah cincin
di masa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian
pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama
melepaskan serban dari kepalanya untuk dimandikan.

Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam


keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar
kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar. Maka berkata roh,
"Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah,
lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku
berehat dari kesakitan sakaratul maut." Dan apabila air disiram
maka akan berkata mayat, "Wahai orang yang memandikan akan
roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang
panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku
terbakar dari sebab lepasnya roh," Dan jika mereka memandikan,
maka berkata roh: "Demi Allah, wahai orang yang memandikan,
janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku lukaluka dengan keluarnya roh."

Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kapan serta
tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai
orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam
mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku

dan kaum keluargaku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada


mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku
tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."

Apabila mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi
Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi
janda, maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah
menjadi yatim, janganlah menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan
segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selamalamanya."

Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi


mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan
aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku dan kaum
keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan
mereka sehingga hari kiamat."

DESTINASI ROH MANUSIA

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila
mayat dimandikan, lalu roh berkata : Wahai orang yang memandikan, aku
minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan
perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut. Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : Wahai
orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam
keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin
kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh.
Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak
kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya
jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat
wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak
dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : Demi Allah, wahai jemaahku,
aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian
menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari
rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selamalamanya.
Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada
jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum
mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku.
Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku
dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan
keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku.
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masingmasing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur
di muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan
tidak pernah mendoakan aku.
Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada
malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang
dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu,
anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan
bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat
jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan
kelihatan lebih terang daripada matahari.
Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu.

Sambung Rasullullah saw lagi:


Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as
akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang
nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang
beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail as Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam
masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah
kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain. Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim
dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah
mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan. Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut
cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan
sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini
sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan
kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu. Apabila gagal malaikat
maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba
pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka

telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini
sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir. Akhir sekali malaikat maut
cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak
menghampiri mata maka berkata mata: Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Setelah gagal maka
malaikat maut kembali kepada Allah swt.
Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada
roh orang yang beriman itu. Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka
malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt.
Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka
keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar r.a telah ditanya tentang ke mana ruh pergi setelah ia keluar dari
jasad, maka berkata Abu Bakar r.a : Ruh itu menuju ke tujuh tempat :

Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.

Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.

Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.

Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak


mereka.

Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di


bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari


minyak misik.

Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa
beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahawa : Tiga kelompok manusia yang


akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari
kuburnya ialah :

Orang-orang yang mati syahid.

Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.

Orang yang puasa hari Arafah.

APAKAH YANG DIKATAKAN ROH?


Di dalam kitab-kitab Islam, didapati ada bermacam-macam nama atau istilah
roh yang diberi oleh ulama. Bahkan dalam Al Quran kalau kita lihat ada
bermacam-macam nama. Antara yang terkenal ialah roh. Adakalanya ia
dipanggil dengan qalbun (hati), fuaadun(hati sanubari), latifatur-rabbaniah
atau ruhul amri. Pada orang Melayu ia juga dipanggil hati, nyawa, hati nurani
atau hati sanubari. Tetapi yang terkenalnya adalah roh saja.
Roh yang sedang kita perkatakan ini, kalau dia berperasaan seperti sedih,
gembira, senang, terhibur, marah atau sebagainya, maka ia dipanggil
dengan roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak,
berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu
positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal
ataupun yang haram, di waktu itu ia tidak dipanggil roh, hati atau nyawa
lagi. Tetapi ia dipanggil nafsu. Kalau di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai,
memerhati dan menyelidik, maka ia dipanggil akal.
Kalau begitu huraiannya, maka nafsu, roh atau akal ini hakikatnya adalah
satu. Ia dipanggil akal di waktu ia berfikir, mengkaji, menilai, memerhati dan
menyelidik. Walhal bila berperasaan, ia tidak dipanggil akal lagi, sebaliknya
ia dipanggil roh atau hati atau nyawa. Tetapi waktu ia berkehendak,
berkemahuan atau merangsang sama ada sesuatu yang berkehendak itu
positif atau negatif, baik atau buruk, yang dibenarkan atau tidak, yang halal
ataupun yang haram, di waktu itu ia dipanggil nafsu. Kalau begitu walaupun
ia mempunyai tiga nama atau tiga istilah tetapi hakikatnya adalah satu.
Benda yang sama juga. Cuma peranannya saja yang tidak sama. Peranan
yang tidak sama itulah yang menjadikan namanya tidak sama atau namanya
berlainan.
Untuk mudah difahami begini kiasannya: manusia bila dia berbohong
dinamakan pembohong. Bila dia menipu dinamakan penipu. Tetapi bila dia
mencuri dinamakan pencuri. Bila dia memimpin dipanggil pemimpin.
Dinamakan pembohong, penipu, pencuri dan pemimpin, hakikatnya adalah
orang yang sama. Cuma namanya berbeza bila peranannya bertukar.
Kenapa fizikal yang sama boleh timbul istilah yang berlainan? Ini kerana
peranannya tidak sama. Apakah bila namanya berlainan, orangnya
berlainan? Tidak! Orang yang sama juga. Perlu diingat, bila kita
membicarakan tentang roh ini, bukannya pula kita hendak mengkaji hakikat

roh atau mengkaji ain ataupun mengkaji hakikat zat roh itu. Kerana zat atau
hakikat roh itu tidak akan dapat dilihat oleh mata kepala. Kerana ia adalah
jismullatif , yakni benda halus yang bersifat maknawiah atau abstrak. Iaitu
tidak dapat dilihat oleh mata kepala tetapi terasa akan adanya.
Inilah yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya: Mereka
bertanya kepada engkau wahai Muhammad tentang roh. Hendaklah engkau
katakan kepada mereka, Roh itu adalah urusan daripada Tuhanku (Al
Israk: 85)
Daripada ayat ini dapatlah kita faham bahawa hakikat roh itu tidak akan
dapat dijangkau oleh mata kepala. Zat roh itu tidak akan dapat difikirkan
oleh akal. Kita tidak tahu bagaimana rupanya. Sebab tidak dapat dilihat oleh
mata kepala. Tetapi terasa oleh hati akan adanya. Maka oleh yang demikian,
hakikat roh itu tidak dapat difikirkan oleh akal bagaimana rupanya,
bagaimana bentuknya, berapa tebal atau panjangnya. Ia tidak dapat
dibayangkan. Hanya Allah yang tahu dan tidak ada makhluk yang tahu.
Walaupun Allah berkata hakikat roh atau zat roh tidak dapat diketahui dan
tidak dapat dijangkau oleh akal dan mata kepala, namun ada juga ulamaulama yang berijtihad tentangnya. Antaranya ialah Imam Malik. Beliau
pernah berkata: Roh manusia itu sama saja bentuknya dengan jasad
lahirnya. Kalau diambil ijtihad Imam Malik itu, ertinya rupa roh kita ialah
macam rupa bentuk badan lahir kita. Ini juga memberi erti bahawa
walaupun Allah berkata roh itu adalah urusan-Nya, iaitu hakikat roh itu Allah
saja yang tahu dan makhluk lain tidak mengetahuinya, tetapi tidak pula ada
larangan dari Allah kalau ada sesiapa yang ingin berijtihad untuk
mengkajinya.
Bagi sesetengah orang, mungkin Allah beri ilmu yang mendalam tentang hal
ini sehingga dia dapat menjangkaunya. Oleh itu maksud ayat Al Quran yang
menyatakan roh itu adalah urusan Tuhanku, Allah bermaksud kebanyakan
manusia tidak dapat mengetahuinya tetapi tidak pula menolak kalau ada
orang-orang yang tertentu secara khusus yang Allah beri ilmu tentang
hakikat roh ini sehingga dapat menghuraikannya.
Imam Malik memperkatakan hakikat roh ini bukan berdasarkan ijtihadnya
saja tetapi juga berdasarkan kasyaf. Kalau berdasarkan ijtihad tidak mungkin
akal beliau dapat menjangkaunya kerana roh itu jismullatif (tubuh halus). Ia
adalah hati nurani yang bersifat maknawiah. Diibaratkan seperti cahaya.

Bahkan cahaya, dapat juga dilihat tetapi cahaya yang ini tidak dapat dilihat
atau ia jenis cahaya yang tersembunyi.
Bagaimana pula hendak diijtihadkan? Ijtihad itu dibuat pada benda-benda
yang berketul atau benda yang dapat dilihat. Benda-benda yang boleh
diraba dan dirasa. Tetapi roh, benda yang tidak boleh diraba, tidak boleh
dirasa dan tidak boleh dilihat oleh mata kepala. Jadi bagaimana hendak
diijtihadkan. Oleh itu atas dasar apakah roh seseorang itu seperti rupa
bentuk lahirnya sebagaimana pendapat Imam Malik itu? Allah beri dia (Imam
Malik) kasyaf. Allah perlihatkan roh itu. Roh yang jismullatif itu dibentukkan,
dilihatkan macam rupa diri seseorang itu. Kalau begitu apa yang
dimaksudkan oleh Al Quran bahawa tidak ada orang yang mengetahui
hakikat roh itu melainkan Allah saja, itu adalah untuk orang awam. Manakala
bagi orang yang khusus macam Imam Malik mungkin Allah beritahu padanya
sebagai karamahnya.
Pendapat Imam Malik ini agak munasabah, boleh diterima dan agak rasional.
Contohnya kita bermimpi melihat seseorang yang kita tidak pernah jumpa
atau dengan orang yang pernah kita jumpa sama ada yang masih hidup
mahupun sudah mati. Apa yang kita lihat dalam mimpi itu serupa dengan
bentuk lahir orang itu. Sedangkan orang yang kita lihat dalam mimpi itu
rohnya bukan orangnya. Mungkin waktu itu orang tersebut berada di rumah
atau telah berada di alam Barzakh.
Jadi di waktu itu dia adalah roh. Roh bertemu dengan roh. Tetapi mengapa
dalam mimpi kita roh orang itu serupa dengan dirinya? Sedangkan bukan
berjumpa jasadnya tetapi rohnya. Ini membuktikan roh orang itu macam
jasadnya juga. Jadi benarlah apa yang diijtihadkan oleh Imam Malik itu.
Begitu juga orang yang diyakazahkan melihat secara jaga orang yang sudah
meninggal dunia. Contohnya melihat Rasulullah, melihat para ulama zaman
dahulu atau sesiapa sahaja yang dia kenal. Dia melihat Rasulullah betulbetul macam Rasulullah. Atau dia melihat gurunya benar-benar macam
gurunya, melihat ibu dan ayahnya serupa macam ibu dan ayahnya, tidak
ada cacatnya. Sedangkan mereka sudah mati. Waktu itu yang dilihat adalah
rohnya. Ini juga membuktikan benarnya pendapat Imam Malik yang mana
roh seseorang itu serupa dengan diri lahirnya.
Contoh lain, Rasulullah SAW sewaktu diisrak dan dimikrajkan telah
ditemukan dengan roh para rasul dan para nabi. Rasulullah SAW lihat
mereka sepertimana melihat jasad-jasad mereka. Ini juga merupakan bukti

yang rasional bahawa roh seseorang itu sama rupanya dengan bentuk
jasadnya. Boleh jadi juga ayat Al Quran di atas itu bermaksud bahawa ayat
itu khusus ditujukan kepada orang-orang kafir. Yakni mereka ini memang
tidak memahami tentang perjalanan roh dan fungsinya. Allah SWT
memberitahu kepada kekasih-Nya, Rasulullah SAW bahawa mereka tidak
akan faham tentang hal ini. Kekufuran mereka itulah yang menghijabnya
sepertimana huraian saya yang panjang lebar tentang hal ini di dalam Bab
Mata Hati. Dikeranakan itulah menjadi penyebab mereka langsung tidak
memahaminya.
Allah SWT tidak meminta Rasulullah SAW bersusah payah untuk pergi
memahamkan orang-orang kafir itu tentang hal roh ini. Lantaran itulah
dikatakan roh itu urusan Allah. Ini bukan pula bermaksud umat Islam pun
turut sama dilarang mengkaji tentang roh. Bahkan umat Islam mesti
memahaminya sungguhsungguh tentang perjalanan roh ini. Kalau tidak
bagaimana pula hendak membaiki diri? Atau bagaimana hendak
mengekalkan watak-watak kemanusiaannya dan bukan watak
kebinatangannya.
Untuk ini kita wajib memahaminya serta menghayati watak-watak
kemanusiaan itu. Hati manusia berbeza dengan hati haiwan. Kerana hati
manusia boleh menerima perintah suruh dan perintah larangan. Kerana
itulah ia disebut ruhul amri. Manakala hati haiwan tidak bersifat demikian,
maka ia disebut ruhul hayah.