Anda di halaman 1dari 5

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal
Minggu Internship
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

1/4
Pertama
23 hingga 27 Mac 2015
Minggu Pertama di SK Batu Balai

Pada hari pertama, saya melaporkan diri kepada guru mentor, En. Mohd Haizan bin Mat
Yasid dan guru besar, En. Che Aubaidi bin Abdullah di sekolah tempat saya mengajar.
Saya menerima taklimat daripada mentor dan guru besar untuk terus berusaha dengan
sedaya upaya bagi melakukan yang terbaik dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Sesi pengajaran dan pembelajaran bagi setiap minggu adalah pada hari Isnin, Selasa dan
Rabu sahaja.
Saya memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran pertama dalam minggu internship
pada jam 10.30 pagi setelah menyediakan rancangan pengajaran harian seperti tajuk yang
telah saya tetapkan. Sesi pengajaran berjalan lancar dan telah dapat mencapai objektif
yang ditetapkan pada hari tersebut.
Pada hari kedua, saya diberi peluang oleh mentor untuk membuat pemerhatian terhadap
sesi pengajaran yang dijalankan oleh beliau sebagai contoh. Saya sangat berterima kasih
kepada mentor atas peluang yang diberikan Sesi kedua dan ketiga pengajaran dan
pembelajaran berjalan lancar dan menepati objektif.
Pada hari Jumaat, saya menyerahkan rancangan pengajaran harian untuk disemak oleh
mentor dan guru besar. Saya berbincang dengan mentor tentang kekuatan dan kelemahan
dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan penambahbaikan.

Disemak oleh Mentor

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL INTERNSHIP
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

2/4
Kedua
30 Mac hingga 3 April 2015
Pengurusan Masa yang Berkesan

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (31 Mac 2015) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang
tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan
tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi
mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pada hari-hari tertentu .
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya
jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid-murid
mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan kerja yang diberi.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)
b.)

c.)

Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam
sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa
dengan lebih sempurna.
Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan murid tentang
masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam
masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama,
saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk
dibentangkan .
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru mentor dan rakanrakan guru.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan
masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah
tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya.
Disemak oleh Mentor

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL INTERNSHIP
Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

3/4
Ketiga
6 hingga 10 April 2015
Penghantaran Lembaran Kerja

1. Masalah / Peristiwa
Pada 6 April 2015, saya menghadapi masalah apabila beberapa orang murid tidak
menghantar kerja rumah yang telah saya serahkan di dalam lembaran kerja pada minggu
sebelumnya. Murid gagal untuk menyerahkan kerja rumah mereka dengan
mengemukakan pelbagai alasan.
2. Analisis
Masalah ini timbul kerana murid tidak diberikan penekanan tentang kepentingan
kerja rumah yang diberikan. Mereka juga didapati tidak menyimpan lembaran kerja rumah
dengan baik ke dalam beg. Jarak masa antara sesi pengajaran dan pembelajaran juga
memainkan peranan kerana sesi pengajaran berakhir pada hari Rabu setiap minggu dan
bersambung semula pada hari Isnin minggu berikutnya. Murid telah melupakan kerja yang
harus mereka lakukan kerana tidak diingatkan dalam tempoh tersebut.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a.)
b.)
c.)

Saya patut memberikan lembaran kerja rumah kepada murid untuk disiapkan
secara terus dalam tempoh masa pengajaran dan pembelajaran.
Lembaran kerja yang perlu dibuat di rumah adalah sesuai diberikan pada hari
Selasa dan dibincangkan pada hari berikutnya.
Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru mentor dan rakanrakan guru.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu .
Disemak oleh Mentor

Disahkan oleh Guru Besar

Tandatangan : .............................................

Tandatangan : .............................................

Nama

: .............................................

Nama

: .............................................

Tarikh

: .............................................

Tarikh

: .............................................

JURNAL INTERNSHIP

Bilangan Jurnal
Minggu Praktikum
Tarikh Peristiwa / Kejadian
Tajuk Jurnal

:
:
:
:

4/4
Keempat
13 hingga 17 April 2015
Pelaksanaan Inovasi Dalam PdP Matematik

Sesi pengajaran dan pembelajaran dalam minggu keempat berjalan lancar dan dapat
mencapai objektif yang telah saya sasarkan. Murid juga didapati seronok menjalankan
aktiviti inovasi Matematik yang telah saya rancangkan.
1. Masalah / Peristiwa
Tiada