Anda di halaman 1dari 13

ELM 3043E

1.0 Pendahuluan
Keluarga adalah masyarakat kecil di mana dalam keluarga terbina kumpulan
manusia yang saling memerlukan satu sama lain. Pembinaan peraturan dalam
keluarga , perlaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga serta bagaimana
menangani masalah disiplin dapat membentuk moral dalam institusi keluarga.
Kasih sayang dalam keluarga adalah harta yang tidak dapat diganti dengan
wang ringgit. Oleh itu, setiap anggota keluarga perlu mengekalkan tradisi
kekelurgaan mereka bagi mengekalkan hubungan silaturahim dan kemesraan
antara keluarga. Moral dalam keluarga terbentuk apabila berlakunya sifat-sifat
dan perlakuan menerima, menghormati dan bertolak ansur dalam mengamalkan
sesuatu kebiasaan. Nilai-nilai moral juga berlaku sekiranya wujud nilai-nilai murni
seperti bertanggungjawab, kasih sayang, tolong menolong, prihatin dan
bekerjasama dapat diterapkan dalam keluarga.
Keluarga bahagia merupakan asas kesejahteraan dan kemakmuran sesebuh
negara. Oleh itu, dalam menjamin kesejahteraan keluarga peranan ibu bapa
amat penting dalam menyemai benih-benih kebahagian. Konsep Rumahku
Syurgaku digunakan sejak dahulu lagi kerana ia bersesuaian dengan apa yang
dikehendaki dalam sesebuah keluarga. Pembentukan keluarga bahagia menjadi
tonggak masyarakat penyayang dan bermoral tinggi. Keluarga yang sejahtera
akan melahirkan insan-insan yang berakhlak mulia serta mempunyai nilai-nilai
moral yang positif. Pembentukan modal insan yang berwawasan dan
mempunyai harga diri yang tinggi merupakan citra masyarakat madani.
Merealisasikan impian Wawasan 2020 hanya dapat dilaksanakan jika generasi
kini dan akan datang mempunyai nilai-nilai moral dan semangat yang tinggi. Ia
bukanlah sekadar indah khabar dari rupa seandainya rata-rata masyarakat
hanya memperkasakan peradaban bangsa dan menongkah arus globalisasi
mutkhir.

2.0 Definisi Tokoh Moral Keluarga


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tokoh didefinisikan sebagai orang
yang kenamaan dan orang yang terkemuka (dalam apa- apa jua bidang seperti
1

ELM 3043E

bidang politik, kebudayaan, agama dan lain-lain). Ciri-ciri seorang tokoh ialah
berani, pintar, tidak mudah berputus asa, bertanggungjawab dan banyak lagi
sifat-sifat yang dikagumi dan boleh dicontohi oleh semua orang. Tokoh juga
disifatkan sebagai seseorang yang telah banyak memberikan sumbangan yang
besar kepada negara atau dunia. Manakala moral pula berasal daripada
perkataan latin mores yang membawa maksud sama seperti etika (Ashmore,
1987). Moral bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu
apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyaraat. Mengikur kamus
Oxford Advaned Learners, Edisi ke enam, moral bermaksud kesedaran tingkah
laku betul dan salah, apa yang perlu dipatuhi dan ditinggalkan serta bersifat
praktikal. Moral juga bermaksud sebagai tingkah laku yang sesuai dengan
tatasusila atau peraturan masyarakat setempat.
Merujuk kepada penyataan di atas, maka tokoh moral dalam keluarga boleh
didefinisikan sebagai orang yang mempunyai ciri-ciri yang positif yang mana ia
boleh dijadikan sebagai contoh kepada keluarganya juga menunjukkan nilai-nilai
murni yang dapat dibanggakan oleh kaum keluarganya. Mereka juga
memberikan banyak sumbangan dalam keluarga juga masyarakat yang hampir
dengannya. Sumbangan tertinggi tokoh keluarga mungkin bukan hanya terhadap
ahli keluarganya bahkan mereka mungkin telah menyumbang sesuatu yang
besar terhadap masyarakat dan negara. Tokoh keluarga boleh di rujuk kepada
sesiapa sahaja di dalam kalangan keluarga yang menjadi lambang kebanggaan
seluruh keluarganya. Sifat-sifat dan nilai moral yang di tunjukkan oleh mereka
yang menjadi tokoh keluarga bukan hanya tertumpu pada sifat luaran atau pada
tahap pencapaian akedemik malah ia juga di ukur pada sifat dalaman yang
mana sifat tersebut dapat membentuk generasi akan datang menjadi insan yang
di pandang tinggi kerana sifat positif mereka.

3.0 Tokoh Moral Dalam Keluarga Saya


Setiap insan mempunyai idola atau tokoh yang menjadi kebanggaan dan pujaan
hati mereka. Tokoh ini dipilih atas beberapa alas an dan sebab yang memberi
gambaran yang baik terhadap diri seseorang. Adakalanya tokoh di pilih kerana
sumbangan dan bakti mereka pada bangsa dan negara. Adakalanya tokoh di pilih
2

ELM 3043E

kerana taraf pendidikan mereka yang tinggi hingga menjadi ikutan kepada generasi
muda dan adakalanya tokoh di pilih kerana sifat-sifat dan perilaku yang mulia serta
sikap tanggungjawab yang tinggi hingga dapat melahirkan generasi yang disanjung
tinggi dan berperibadi mulia. Tokoh Ibu Mithali misalnya memilih seorang ibu yang
dapat mendidik anak-anaknya sehingga berjaya dalam kehidupan dan mempunyai
sifat-sifat yang mulia dikalangan masyarakat. Dalam keluarga juga terdapat tokoh
yang menjadi kebanggaan ahli keluarga yang lain. Tokoh dalam keluarga dapat
memberi inspirasi kepada anggota keluarga yang lain supaya berusaha dengan
gigih dalam mengejar kejayaan.
Tokoh moral dalam keluarga saya adalah ayah saya sendiri. Saya memilih beliau
kerana sifat-sifat dan nilai moral yang tinggi dalam dirinya. Walaupun beliau
bukanlah seorang ahli cendiakawan atau para ilmuan yang ternama, pada saya
beliau banyak memainkan peranan dalam menentukan kejayaan kami dalam
kehidupan. Beliau juga bukan seorang alim ulamak yang dapat memberi ceramah
agama kepada orang ramai tetapi didikan agama yang beliau tanamkan pada saya
dan adik beradik yang lain dapat membimbing kami menjadi muslimin dan muslimat
yang taat pada perintah Allah. Walaupun ayah atau kami panggil beliau dengan
gelaran abah lahir dari latarbelakang keluarga yang sederhana, beliau berjaya
membesarkan kami dan memberikan kami pendidikan yang sempurna hingga ada di
antara kami yang berjaya hingga kemenara gading seterusnya menjawat jawatan
yang baik. Sifat tanggungjawab dan kesabaran beliau membuktikan bahawa
mempunyai anak yang ramai dengan hanya bekerja sebagai petani bukanlah alasan
untuk tidak melaksanakan amanah Allah dengan baik.
Menjadi seorang bapa atau ketua keluarga bukanlah satu tanggungjawab yang
mudah. Apatah lagi dengan pendapatan yang tidak seberapa dan hanya mengharap
pada sumber bumi yang adakalanya terjejas dek cuaca yang tidak menentu. Di
tambah pula bilangan ahli keluarga yang ramai menjadikan beliau sentiasa
menggandakan usaha untuk mencari rezeki bagi memastikan anak-anak beliau
sentiasa cukup makan dan tidak ketinggalan dalam pelajaran. Ketabahan beliau
membesarkan kami seramai sembilan orang sentiasa menjadi inspirasi kami dalam
membentuk keluarga kami sendiri. Walaupun kami sentiasa dihimpit kesukaran
hidup dan tidak dapat hidup dalam kemewahan, abah sentiasa menginggatkan kami
tentang nikmat bersyukur. Malah beliau menanamkan sifat sentiasa bersyukur
dengan nikmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah s.w.t. Hasilnya kami tidak
3

ELM 3043E

pernah mengeluh walaupun kadangkala kami terpaksa makan hanya berlaukkan


ikan masin, tidak berbaju baru ketika Hari Raya dan memakai pakaian abang atau
kakak ketika memasuki alam persekolahan. Apa yang diterapkan dalam diri kami
semangat bersatu padu dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi pada darah
daging sendiri. Umpama cubit peha kiri, peha kanan terasa sakit, begitulah eratnya
tali persaudaraan antara kami sekeluarga. Sehingga kini jika salah seorang ahli
keluarga

menghadapi

kesusahan

maka

kami

akan

berusaha

membantu

sebagaimana pesanan abah pada kami iaitu sentiasa memberi yang terbaik pada
darah daging sendiri.

ELM 3043E

3.1 Latar Belakang


Bapa saya bernama Sarju Bin Dario dilahirkan pada hari Jumaat tanggal
17 September 1934. Putera kepada pasangan Dario Bin Sukromo dan Rania Binti
Ahmad ini dilahirkan di Seri Medan, Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan anak
kedua daripada tiga orang adik beradik. Beliau memulakan alam persekolahan pada
tahun 1941 di Sekolah Melayu Mampan, Batu Pahat tetapi terpaksa menghentikan
persekolahannya kerana jarak sekolah yang sangat jauh dari tempat tinggal beliau.
Ditambah pula pada ketika itu pendudukan tentera Jepun di Tanah Melayu
menyebabkan kedua ibu bapa beliau mengambil keputusan untuk memberhentikn
beliau sekolah kerana tidak suka dengan budaya jepun yang diterapkan.
Dengan berbekalkan pendidikan asas yang diperolehi di sekolah, bapa saya
menolong kedua ibubapanya bercucuk tanam dan berniaga secara kecil-kecilan
hasil tanaman kontan mereka. Kesusahan dan kepayahan hidup pada zaman
pendudukan tentera Jepun menjadikan beliau seorang yang tabah dan bijak
mendapatkan ikhtiar untuk meneruskan hidup. Pada zaman remajanya, beliau
banyak menghabiskan masa dengan mencari duit poket dengan melakukan pelbagai
kerja kampung. Oleh kerana minat beliau yang sangat mendalam dalam bidang
agama, beliau telah mengikuti pengajian pondok di Kuala Selangor selama tiga
tahun ketika berumur 15 tahun. Beliau banyak mempelajari hal ehwal agama dan Al
Quran selama pengajiannya. Oleh kerana desakan hidup, beliau tidak dapat
meneruskan pengajiannya dan terpaksa pulang ke kampung halaman bagi
membantu bapa beliau mengusahakan kebun mereka.
Pada tahun 1955, beliau telah menyertai Federation Of Malaya Police Force
sebagai polis bantuan atau sukarelawan polis. Darurat di Tanah Melayu
menyebabkan penubuhan Kawalan Keselamat Kampung, Sukarelawan polis dan
juga Polis Bantuan bagi menjaga keamanan negara dan juga aset-aset pihak British
sehinggalah tamatnya darurat. Perkhidmatannya ditamatkan pada tahun 1958
5

ELM 3043E

kerana telah tamat kontrak dan Polis Bantuan telah dimansuhkan oleh PDRM.
Sekembalinya beliau ke kampung halaman, beliau telah dijodohkan dengan ibu saya
iaitu Amanah Binti Patni. Bapa saya meneruskan hidup beliau dengan menjadi
petani dan mengusahakan kebun getah miliknya bersama ibu sehinggalah
dikurniakan sembilan orang anak iaitu tujuh perempuan dan dua lelaki. Kehidupan
beliau dan keluarga kami sangat bahagia sehinggalah dia disahkan mengidap
penyakit kencing manis kronik ketika umurnya mencecah 50 tahun. Ketika itu beliau
kerap berulang alik ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan adakalanya terpaksa
ditahan di wad untuk menjalani rawatan khusus. Walaupun keadaannya sering uzur
beliau sentiasa ceria menghiburkan anak-anak dan cucu-cucunya.
Bapa saya menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Februari 2004
jam 12.40 petang. Beliau ketika itu berumur 69 tahun. Ketiadaannya amat dirasai
oleh kami kerana sifat beliau yang sangat penyayang dan ceria. Namun begitu
kehidupan kami perlu diteruskan dengan semangat dan kata-kata hikmah dan
nasihat beliau yang sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami.
3.2 Semangat Perwira
Bapa saya seorang perwira. Mengapa saya berkata begitu? Ini kerana
semangatnya yang begitu tinggi dalam memperjuangkan haknya dan juga penduduk
Tanah Melayu ketika Tanah Melayu di jajah oleh Jepun. Ketika zaman kanak-kanak
beliau sering mengikut bapanya menjaga ketenteraman kawasan kampung. Beliau
juga sanggup berhenti sekolah kerana tidak suka dengan amalan dan budaya Jepun
yang diterapkan di sekolah. Walaupun ketika itu semangat belajar beliau sangat
berkobar-kobar tetapi beliau tidak suka menyanyikan lagu bangsa Jepun setiap kali
mahu masuk ke kelas. Beliau sering bercerita pada kami yang Jepun banyak
mempengaruhi kanak-kanak sekolah mendalami budaya mereka. Oleh kerana tidak
suka dengan keadaan ini, beliau meminta bapanya memberhentikan beliau dari
persekolahan. Beliau lebih rela bekerja sebagai petani dari menghianati tanah airnya
sendiri.
Oleh kerana semangat perwira inilah beliau sanggup mendaftarkan diri
sebagai polis bantuan di Kuala Lumpur untuk membantu polis yang ketika itu
menghadapi ancaman dari komunis. Beliau telah ditugaskan di Pontian. Bermulalah
tugasnya sebagai anggota polis bantuan yang menjaga keamanan kawasan
kampung dari serangan pihak komunis. Kerana beliau tidak tamat bersekolah dan
6

ELM 3043E

tidak mempunyai sijil maka tugas beliau terpaksa di tamatkan. Pada ketika itu beliau
berasa sangat kecewa kerana cita-cita beliau untuk mempertahankan negara
terkubur begitu sahaja. Dari situlah timbul penyesalan kerana beliau tidak
menamatkan persekolahannya. Kerana rasa menyesal yang teramat sangat dan
berasa bahawa ilmu pendidikan itu sangat penting, beliau bertekad untuk
memastikan bahawa kesemua anak-anaknya mendapat pendidikan yang tinggi atau
sekurang-kurangnya berjaya menamatkan alam persekolahan.
Namun begitu, walaupun beliau tidak dapat meneruskan cita-cita beliau
sebagai anggota polis, beliau masih aktif menjalankan tugas sebagai sukarelawan
menjaga kawasan kampung atau lebih dikenali sebagai kumpulan RELA. Beliau
pernah di lantik sebagai ketua RELA selama beberapa tahun. Beliau juga sangat
berharap agar ada diantara anak-anak beliau menjadi anggota polis atau tentera
bagi menyambung cita-cita beliau. Alhamdulillah berkat doa dan semangat beliau
dua dari sembilan adik beradik saya adalah anggota polis.
Beliau juga adalah perwira keluarga kami. Beliau sentiasa memastikan
keselamatan dan kebajikan kami dijaga dengan rapi. Abah selalu memerhatikan
setiap

gerak

langkah

kami

supaya

tidak

mengundang

bahaya.

Dalam

kelembutannya ada ketegasan. Walaupun kami dilimpahi dengan kasih sayang,


tindakan yang tegas juga dikenakan jika kami melakukan kesalahan. Dendaan ala
tentera juga penah kami terima sekiranya kami melakukan kesalahan. Antaranya
merendam kami dalam sungai sekiranya kami pulang lewat dari sekolah kerana leka
bermain. Rotan dan di jemur di tengah panas juga antara dendaan yang terpaksa
kami terima. Walaupun tindakannya agak kasar tetapi berkat tindakannya itulah
menjadikan kami manusia yang berguna .
3.3 Kerjaya
Bapa saya memulakan kerjayanya sebagai petani ketika umurnya masih
muda iaitu hanya berusia sebelas tahun. Dibesarkan dalam persekitaran kampung
dan tanaman kontan serta pokok getah menjadikan beliau tidak kekok melakukan
kerja-kerja kampung walaupun pada usia muda. Ditambah pula beliau merupakan
satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya maka segala kemahiran dan
tanggungjawab sebagai anak lelaki telah diasuh pada usia yang muda. Beliau
sangat mahir menjalankan aktviti bercucuk tanam dimana sepanjang usianya beliau
telah berjaya mengusahakan tanaman seperti kopi, cengkih, lada hitam dan kelapa
7

ELM 3043E

sawit mengikut permintaan semasa. Disamping itu beliau juga pernah mengambil
upah membuat rumah dan kami merasa amat bangga kerana rumah peninggalan
beliau adalah hasil kerja tangan beliau sendiri.
Selain berbakti kepada tanah, beliau juga pernah berkhidmat sebagai polis
bantuan selama tiga tahun. Oleh kerana tidak mempunyai kelayakan yang
diperlukan iaitu sijil persekolahan maka cita-cita beliau sebagai anggota polis tidak
tercapai kerana beliau tidak dapat diserap sebagai anggota polis yang sebenar.
Namun semangatnya tidak terhenti begitu sahaja, beliau aktif menjalankan khidmat
sukarelawan sebagai anggota RELA. Beliau juga pernah bekerja di stesen keretapi
Kluang sebagai penjaga bendera. Oleh kerana beliau terpaksa meninggalkan isteri
dan anak-anaknya di kampung maka tugas tersebut hanya bertahan selama 3 bulan.
Rasa tanggungjawab dan rindu terhadap isteri dan anak-anak membuatkan beliau
tidak betah berjauhan dari mereka. Beliau lebih rela duduk di kampung
mengusahakan tanam-tanaman dari berpisah dengan keluarganya. Sehingga akhir
hayatnya beliau tegar dengan usahanya sebagai petani. Dari tanaman kontan
hinggalah berjaya menanam tanaman kelapa sawit berjumlah 15 ekar dan hasil
tanaman tersebut masih kami nikmati hingga sekarang.
3.4 Pencapaian Dan Sumbangan
Bapa saya bukanlah seorang yang berpendidikan tinggi. Walaupun citacitanya tinggi menggunung untuk menjadi seorang anggota polis namun
keterbatasan waktu dan pelbagai halangan menjadikan cita-citanya hanya tinggal
impian. Namun begitu ia tidak menghalang beliau dari menyumbangkan tenaganya
kepada masyarakat dan negara demi mempertahankan negara dari di jajah. Ketika
beliau berkhidmat sebagai anggota polis simpanan, beliau telah bersama-sama
membenteras pihak komunis dari menguasai kawasan kampung. Beliau telah
bersama-sama menjaga keamanan dan keselamatan kawasan kampung dan pekan
dari dicerobohi oleh pihak musuh. Menjadi salah seorang pejuang yang
mempertahankan negara di ceroboh walaupun namanya tidak tercatat didalam
mana-mana buku sejarah namun saya merasa amat bangga atas usahanya yang
sama-sama memperjuangkan kemerdekaan. Sumbangannya walaupun nampak
kecil

dimata

masyarakat

tetapi

tanpa

usaha

beliau

dan

pihak

yang

bertanggungjawab memperjuangkan hak penduduk Tanah Melayu, mungkin hingga


kini kita masih dijajah oleh pemerintah luar.
8

ELM 3043E

Seterusnya beliau juga menyumbang masa dan keringatnya menjadi anggota


RELA demi memastikan keamanan dan keselamatan kawasan kampung yang ketika
itu masih berada dalam keadaan berjaga-jaga dari ancaman penceroboh. Walaupun
tugas RELA tidak dibayar walau sesen pun dari mana-mana pihak, beliau bersamasama penduduk kampung yang lain sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas
mengawal kampung setiap malam. Begitulah rutin hariannya, pada sebelah pagi
bekerja mencari rezeki buat keluarga kami dan sebelah malamnya menjadi matamata mengawasi keselamatan kampung.
3.5 Sifat sifat Dan Nilai Murni Yang Harus Dicontohi
Sebagai seorang tokoh keluarga yang sangat saya sanjung, bapa saya
mempunyai ciri-ciri sifat dan nilai murni yang menjadi contoh pada kami. Sifat dan
nilai-nilai murni tersebut menjadi panduan dan mendorong kami untuk menjadi ibu
dan bapa yang baik kepada anak-anak kami. Antara sifat-sifat yang kami jadikan
contoh adalah seperti:
3.5.1 Beriman kepada Allah dan Rasullullah.
Beliau seorang yang taat pada perintah Allah dan Rasul. Menjadikan
kewajipan seorang muslim sebagai yang utama dalam kehidupannya. Walau dimana
beliau berada solat adalah keutamaanya. Walaupun ketika sakit beliau berusaha
menyempurnakan waktu solatnya. Begitu juga apabila mendidik anak-anak beliau
sangat tegas tentang tanggungjawab kami sebagai umat Islam. Dalam hal
pendidikan agama beliau sangat tegas dan beliau sendiri mengajar kami mengaji
AlQuran dan hukum-hukum agama. Beliau juga sanggup menghantar kami ke kelas
agama semata-mata mahu kami mendapat didikan agama yang sempurna.
3.5.2 Bapa yang bertanggungjawab.
Beliau seorang bapa yang sangat bertanggungjawab. Walaupun pendapatannya
sebagai seorang pekebun tidak seberapa, beliau berusaha untuk mendapatkan yang
terbaik buat kami sekeluarga. Tidak pernah kami berasa kebuluran kerana kurang
makan. Tidak cukup dengan hasil pendapatannya, beliau rajin menanam tanaman
seperti jagung, keledek, ubi, sayur-sayauran dan juga buah-buahan khas untuk
santapan anak-anak dan juga isterinya. Adakalanya beliau akan menangkap ikan
dan berburu di hutan untuk memastikan keluarganya dapat menikmati hidangan
yang lazat setiap kali tiba waktu menjamu selera.
9

ELM 3043E

Beliau juga berjaya melengkapkan keluarga kami dengan tempat tinggal yang
selesa dan selamat. Menyedari kemampuannya yang tidak dapat memberikan
rumah yang besar kepada keluarganya, beliau berusaha membina sendiri rumah
secara solo. Walaupun ia memakan masa yang agak lama untuk disiapkan tetapi
kami sekeluarga amat bersyukur kerana di kurniakan ayah yang sanggup bersusah
payah membina rumah buat kami dengan hasil tangannya sendiri.
3.5.3 Bapa yang penyayang
Bapa hendaklah bersifat pengasih dan penyayang hingga anak-anak merasa
dan dekat dengan bapa mereka. Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa pada suatu
hari beliau melihat Rasulullah SAW mencium Al-Hasan bin 'Ali di depan Al-Aqra' bin
Habis yang ketika itu berada di kediaman Baginda SAW. Al-Aqra' berkata, "Ya
Rasulullah, saya mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak seorangpun antara
mereka yang pernah saya cium." Mendengar demikian, Rasulullah SAW menatap
wajah Al-Aqra' lalu bersabda: "Sesiapa yang tidak mengasihi, tentu dia tidak layak
untuk dikasihi (oleh Allah SWT dan manusia)."
Bapa saya seorang yang sangat penyayang kepada isteri dan juga anakanaknya. Beliau tidak sanggup tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anak
walaupun pada ketika itu beliau ditawarkan jawatan yang agak bagus dalam
pekerjaan yang mana boleh enjamin masa depannya. Walaupun adik-beradik kami
ramai tetapi kasih sayangnya tidak berbelah bagi. Kami mendapat kasih sayang
yang sama rata. Beliau sentiasa menunjukkan kasih sayangnya dengan cara
melayan kami. Beliau selalu menyuapkan makanan kepada anak-anaknya walaupun
kami sudah meningkat dewasa. Perbuatannya itu menjadikan kami rapat dan rasa
dihargai dan disayangi setiap masa.
Beliau sanggup mencari pendapatan lebih terutamanya ketika hari perayaan
semata-mata ingin menyediakan kelengkapan pakaian dan juadah yang istimewa
buat kami.
3.5.4 Bapa yang tegas dan prihatin
Bapa harus mempunyai kewibawaan yang tinggi. Adakalanya berperanan
sebagai seorang panglima perang, yang dipatuhi perintah dan arahannya. Jika ada
yang membantah dan mengingkari disiplin, maka perlu dikenakan hukuman dan
tindakan yang wajar. Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud;
10

ELM 3043E

"Suruhlah anak-anak kamu mendirikan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, dan
pukullah mereka jika telah berumur sepuluh tahun tapi enggan mendirikannya."
Bapa saya sangat tegas dan sentiasa menjaga disiplin kami. Kami akan dikenakan
hukuman jika melakukan kesalahan. Walaupun kadangkala hukuman itu agak kasar
secara tidak langsung ia dapat mendidik kami menjadi manusia yang berguna.
Sungguhpun beliau garang dan tegas, sikap prihatinya sangat terserlah.
Beliau sentiasa mengambil tahu setiap masalah dan perkara yang berlaku terhadap
kami. Kerana sikap itulah kami masih boleh bermanja-manja dengan beliau
walaupun beliau seorang yang agak garang.
4.0 Rumusan
Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan
bapa. Perkara itu meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi
kasih sayang, menyara perbelanjaan dan mempertahankan maruah. Justeru, bapa
perlu banyak berkorban demi melaksanakannya.
Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat tinggal,
makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna tugas tersebut
biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada anak-anak. Keperluan
bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi keperluan fizikal dan rohani.
Kedua-dua keperluan itu sama penting. Bapa tidak patut menganggap tugas yang
dilakukan sebagai satu beban. Perasaan teras terbeban dengan tanggungjawab
akan menghilangkan rasa ikhlas. Ini menjadikan keadaan lebih kusut dan bercelaru.
Kesimpulannya , setiap bapa wajar merenung hadis Rasulullah saw ini sedalamdalamnya iaitu sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Setiap anak dilahirkan
dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibubapalah yang mencorakkannya menjadi
Yahudi, Nasrani atau Majusi. Hadis ini menjelaskan kepada kita bahawa perlakuan
anak-anak atau corak kehidupan mereka pada masa hadapan adalah bergantung
kepada sikap dan tahap keprihatinan ibu bapa terhadap mereka.
5.0 Refleksi
Alhamdulillah bersyukur saya kepada Allah kerana dengan izinnya dapat saya
menyelesaikan tugasan saya pada kali ini. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
ribun terima kasih kepada pensyarah saya iaitu En. Ahmad Azmi Bin Jeonmani yang

11

ELM 3043E

telah banyak memberi bimbingan dan tunjuk ajar untuk menyiapkan kerja kursus ini
dengan sempurna.
Selepas sahaja tajuk kerja kursus ini diberikan, saya telah mencari bahan-bahan
yang bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Saya mengambil keputusan memilih
ayah saya sendiri sebagai tokoh keluarga. Walaupun sumbangannya dimata
masyarakat tidaklah ketaera kerana beliau bukan seorang yang berjawatan tinggi
atau ternama, namun pada saya pengorbanan dan kesungguhan beliau dalam
mempertahankan negara pada zaman pemerintahan British suatu masa dahulu
sangat

saya

sanjungi.

Sepanjang

saya

menjalankan

tugasan

ini

banyak

pengetahuan dan ilmu berguna dapat saya perolehi terutama tentang ciri-ciri dan
tanggungjawab sebagai ketua keluarga serta sedikit sebanyak telah memberi
gambaran kepada saya bagaimana menjadi ibu bapa yang berjaya dalam mendidik
anak-anak.
Saya juga berasa sangat terharu kerana kasih sayang bapa saya sangat tulus
dan ikhlas serta tidak mengharapkan balasan wang ringgit dan harta benda.
Walaupun pada ketika beliau membesarkan kami keadaan taraf kehidupan agak
sukar, beliau berjaya memberi kami pendidikan. Dari situlah membuktikan bahawa
jika ada kemahuan di situ ada jalan. Dorongan dan sokongan beliau memberi saya
inspirasi dan kesungguhan dalam memberikan yang terbaik buat anak-anak dan
keluarga saya.
Kesimpulannya, kerja kursus ini telah banyak mendedahkan saya tentang
pengorbanan yang telah dilakukan oleh bapa saya. Sesungguhnya segal yang
diberikan kepada kami tidak terbalas. Namun saya berjanji akan menjadi seorang
ibu yang baik dan berusaha membentuk keluarga yang bahagia dunia dan akhirat.

6.0 Bibliografi
Baumrind, D. (1971). Harmonious Parents and Their Preschool Children.
Developmental Psychology, 41, 92-102.

Baumrind, D. & Black, A.E. (1967). Socialization Practices Associated With


Dimensions of Competente In Preschool Boys and Girls. Child Development, 38,
291-327.
12

ELM 3043E

Dinkmeyer, D & Mc Kay, G.D. (1989). STEP: The Parents Handbook.

American Guidance Service.


http://www.hafizmohd.com/keluarga/20-tips-menjadi-ibubapa-cemerlanggemilang-terbilang/ di akses pada 2.2.2015
http://www.melastikbintang.com/informasi/peranan-bapa-mendidik-anak-dalamislam.html diakses pada 2.2.2015

7.0 Lampiran

13