Anda di halaman 1dari 6

TEKANAN EMOSI GURU

Pada masa kini, dunia pendidikan sering menjadi isu penting tidak kira sama ada dari segi pendidiknya,
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan, ganjaran dan kenaikan pangkat ataupun isuisu semasa yang sering membabitkan diri pendidik tersebut. Oleh itu, profesion perguruan sering
dianggap oleh masyarakat bahawa bidang ini bukanlah satu tugas yang sukar dan rumit kerana
kebanyakan mereka menganggap kerjaya guru hanya duduk di dalam kelas dan menyampaikan ilmu
pengetahuan kepada muridnya sahaja.
Selain itu, terdapat juga orang yang berpendapat bahawa guru hanya perlu membuat kerjakerja perkeranian seperti menaip dan mengisi boring yang berkaitan dengan murid. Justerunya,
masyarakat kini sememangnya tidak begitu memahami secara mendalam terhadap profesion
keguruan dan tanggungjawab yang dipikul oleh para guru.
Namun begitu, di negara kita masih terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di
kalangan guru sering dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana
profesion sebagai seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar.
Tanggungjawab yang menyatakan bahawa guru umpama lilin yang membakar diri bukan sahaja di
dalam masyarakat kita tetapi di negara-negara lain juga memandangkan tugas seseorang guru begitu
banyak dan tanggungjawabnya adalah amat berat terutamanya terdapat banyak cabaran yang perlu
dihadapi oleh seseorang guru dalam era globalisasi ini. Di negara kita, antara cabaran yang dihadapi
oleh warga pendidik adalah cabaran Wawasan 2020 untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
berilmu pengetahuan dan berdaya saing.
Dengan itu, tanggungjawab dan tugas guru yang begitu mencabar telah memberikan tekanan
stres secara tidak langsung dan menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat
dinafikan bahawa pada masa kini terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan
dilaporkan melalui media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius
sehingga terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.
Dalam kes Bisikan Misteri Arah Guru Amuk yang berlaku di SK Sabur, Kota Kinabalu adalah
amat serius kerana guru tersebut telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai dan
menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita terpaksa menyembunyikan diri
dalam hutan paya bakau. Walaupun tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan
tetapi tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah mengancam keselamatan rakan sejawat
yang lain. Ini mungkin akan membawa sebarang kecederaan ke atas guru-guru yang tinggal
bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa terdapat suara perempuan yang
sering mengganggunya sejak beberapa minggu lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan
sehingga mengamuk.
Melalui pandangan masyarakat setempat yang bertahyul mungkin berpendapat bahawa guru
tersebut memang diganggu oleh makhluk halus. Walaubagaimanapun, pandangan yang lebih saintifik
mengenai kes ini berlaku mungkin disebabkan tekanan emosi yang telah dipendamkan dalam guru
tersebut yang agak lama sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras dan mendakwa dirinya dapat
mendengar bisikan misteri yang mengganggu ketenteramannya. Akibatnya, tekanan emosi yang
serius ini telah menyebabkan guru berkenaan berfikiran tidak mempunyai kesedaran diri dan
melakukan perbuatan yang tidak terkawal yang boleh mengancam keselamatan orang lain.

HIMPUNAN NOTA UNTUK BAKAL GURU => http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com

Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru
sentiasa menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat,
pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Selain itu,
pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah seperti masalah murid dan
bebanan kerja pasti akan menyebabkan tekanan stres di kalangan guru.
Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap
menyerang masyarakat pada hari ini. Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan
perasaan telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang
disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.
Menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi fizikal dan mental emosi seseorang akibat
sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. Di negara kita,
fenomena stres di kalangan guru sering diperbincangkan dan dijadikan bahan kajian. Ini adalah bidang
pendidikan pada hari ini semakin mendesak para guru untuk bekerja keras dengan lebih masa demi
mencapai permintaan tinggi pendidikan tersebut. Di samping itu, usaha peningkatan dan pelaksanaan
tersebut telah menyebabkan guru-guru semakin tertekan dengan bebanan kerjaya pendidikan ini.
Mengikut Kyriacou (2000), stres guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang
tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat
daripada tugas sebagai seorang guru. Sementara itu, menurut Sapora Sipon (2007), stres terhadap
guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,
mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan. Maka, stres merupakan tindak balas fizikal
yang biasa terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan
berlaku.
Oleh itu, guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan murid dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran. Isu sebegini
seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan yang akan
membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap
kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.
Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam
kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya
lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa kerja balik ke
rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar
seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah atau peringkat negeri
atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan
bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan beruniform. Ini tidak termasuk
mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam
mahupun beberapa hari.
Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar
dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan dapat
melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah, mengawal
disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan, fasilitator, penilai dan
banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada setiap tahun, guru sekolah
perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Sementara tugas-tugas
tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan

HIMPUNAN NOTA UNTUK BAKAL GURU => http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com

dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru
akan berasa beban dan seterusnya akan mengalami tekanan emosi yang serius.
Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu
mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada keesokan
harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana menyedari
mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja. Walaupun begitu,
penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika stres atau tekanan
berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk menguruskannya, ia akan
menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan kesihatan dan kecergasan guru itu
sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid.
Antara penyakit-penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah sakit jantung,
stroke, kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah
mengalami kesukaran tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau dikenali sebagai insomnia
adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada tekanan stres.
Selain itu, terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini berlaku. Antaranya
adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif. Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru
kerana ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas dan tidak selesa boleh
menimbulkan ketidakselesaan kepada guru berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat
yang berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk
keperluan diri dan pelajarnya terutamanya sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan
menyebabkan guru tersebut semakin stres.
Selain itu, kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang sentiasa menjadi cabaran kepada
seseorang guru juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi.
Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian guru tentunya akan menimbulkan
masalah serta memberikan kesan kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru
berasa stres.
Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru mengalami tekanan emosi. Keadaan
kesihatan guru terjejas ataupun berlakunya kemalangan dan kematian dalam kalangan ahli keluarga
akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang seirus. Selain itu, hubungan dengan
ahli keluarga atau rakan sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia merupakan satu
sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang
tidak berkesan maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.
Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah menjadi keperluan yang biasa bagi
semua orang. Oleh itu, perbelanjaan kehidupan seharian amatlah memerlukan wang yang
secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah rendah berbanding dengan profesion yang
lain. Dengan itu, masalah kewangan telah membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang
guru. Ini telah menyebabkan dia sukar untuk menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada
diri dan keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini akan menyebabkan guru mengalami tekanan
stres.
Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan, banyak usaha dan rancangan untuk
mencari penyelesaian yang sesuai hendaklah dijalankan agar mengatasi masalah beban guru sekolah
agar isu ini tidak akan berterusan dan menjadi semakin serius. Jika tidak, ia akan membawa kesan yang
buruk sehingga guru tidak suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa
kesan buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang berkenaan haruslah
HIMPUNAN NOTA UNTUK BAKAL GURU => http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com

bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-isu guru mengalami tekanan emosi akibat bebanan
kerja.
Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk menangani
masalah beban tugas guru. Salah satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Perguruan
Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat dispesifikan dan kebajikan guru
dapat diutamakan. Selain itu, kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data
dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar urusan data guru atau pelajar dapat
dilaksanakan secara berpusat. Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan
jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja perkeranian dan mengasingkan guru
akademik dan guru sukan agar guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk setiap
individu dalam organisasi itu.
Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap isu beban guru dan berusaha
mencari penyelesaian yang sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan Perdana Menteri ,
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa
khas bagi mengkaji beban tugas berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara dan
diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan bebanan guru.
Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul
Rahman Arshad telah meminta mengkaji mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu guru
di setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan itu, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mencari penyelesaian dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah
bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas seperti tugas perkeranian dan
menguruskan pusat sumber serta bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya
dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru juga dapat lebih fokus kepada
tugasnya untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.
Bukan sahaja begitu, pihak kerajaan juga telah berusaha menaik taraf infrastruktur dan
kemudahan sekolah terutamanya di kawasan pedalaman agar menyediakan suasana persekitaran
kerja yang kondusif bagi guru. Dengan usaha sebegini, maka stres di kalangan guru dapat dikurangkan.
Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja, beliau seharusnya
dapat memiliki penampilan yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran atau
halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah kerana guru bukan sahaja memerlukan
penampilan yang baik dari segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras dan dapat
menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu, guru seharusnya meningkatkan dan
menguasai kemahiran menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru menangani
masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara rasional, seterusnya merancang cara penyelesaian
secara sistematik.
Selain itu, sebagai seorang guru, beliau juga seharusnya dapat menguasai kemahiran
pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan
yang kurang penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka berasa tugas
mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak langsung akan mempengaruhi guru mengalami
masalah tekanan emosi akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat membantu
seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang penting dahulu dan melakukannya dengan
lebih bijak. Contohnya, seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa lapang
individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.

HIMPUNAN NOTA UNTUK BAKAL GURU => http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com

Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat beban kerja boleh mempelajari
kemahiran relaksasi yang dapat membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai
contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti yoga yang mengutamakan cara
menarik dan menghembus nafas dengan perlahan-lahan yang boleh menangani stres.
Bukan sahaja begitu, seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan seimbang
dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai tidur yang cukup dan tidak meminum air
beralkohol kerana badan yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi cara
hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa dengan melakukan hobi atau aktiviti
rekreasi. Dengan membuat demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan dan
kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru untuk menyelesaikan sebarang
masalah yang dihadapi.
Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang baik dan berkesan, maka mereka
dapat mencari jalan untuk meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga dapat
memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah seseorang guru itu mengendalikan
masalah dan tekanan emosi dengan lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu
menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat berkongsi masalah yang dihadapi.
Merujuk kepada kes guru tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan
masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan sejawat yang lain agar dapat
sokongan yang baik untuk mencari cara penyelesaian yang lebih berkesan.
Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat mengendali tekanan dan stres
dengan baik. Oleh itu, penglibatan diri dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara bagi
seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama dapat memberi sumber
harapan atau menjadi pegangan kepada seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja
termasuk guru adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian kerana ia dapat
memberi mereka perspektif yang betul tentang kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan
guru dari segi sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut juga akan lebih
bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap serta optimistik dalam kehidupan.
Selain itu, seseorang guru perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk
sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu pengetahuan mengenai bidang
atau profesion yang diceburinya demi memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga
seharusnya dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu, fikiran yang positif
patut disemai dalam kalangan guru agar mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah
dan bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan.
Bukan sahaja begitu, seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan memahami
akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan negara serta rakan sejawat dan profesion
keguruan agar dapat menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja terutamanya menjalankan
peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan agar murid-murid dapat mencapai objektif yang optimum.
Pihak pengurusan sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru dalam menghadapi
sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas
tahap stres guru dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan di sekolah perlulah mengenal pasti
guru-guru yang mempunyai potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak sekolah
boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada di Pejabat Pelajaran Daerah dan di
HIMPUNAN NOTA UNTUK BAKAL GURU => http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com

Jabatan Pelajaran Negeri agar mengadakan sesi pertemuan untuk membantu guru yang berkenaan
untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan alternatif terbaik yang boleh
dilakukan dalam menangani sebarang isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan.
Kesimpulannya, tekanan emosi guru semakin ketara di sekolah akibat beban kerja kerana
globalisasi dan modenisasi dalam bidang pendidikan. Dengan tanggungjawab guru semakin mencabar
dan peranan guru juga berubah. Hal ini telah menyebabkan para guru menghadapi tekanan emosi dan
terdapat segelintir guru tidak dapat tekanan kerja dengan sebaik mungkin sehingga menjejaskan
kesihatannya. Oleh itu, pengurusan tekanan emosi memerlukan kemahiran yang mesti dipelajari oleh
semua anggota di dalam organisasi pendidikan terutamanya dalam kalangan guru kerana kegagalan
mengawal tekanan boleh membawa kesan yang buruk bukan sahaja kepada individu tetapi juga imej
organisasi.
Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan
beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop kerja guru. Para guru perlu sentiasa
bersikap positif dalam menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi mengelakan
diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan karier diri sebagai seorang guru.

HIMPUNAN NOTA UNTUK BAKAL GURU => http://ppgipgtawaupjk.blogspot.com