Anda di halaman 1dari 30

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Isi Kandungan
ABSTRAK

1. PENGENALAN
-Masyarakat mengikut konteks kajian Sosiologi
-Masyarakat Majmuk dan Pluraliti

}
}

2-5

2. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


-Konsep Etnik, Ras dan Identiti Etnik
-Aspek Psiko-sosial Hubungan Etnik di Malaysia
-Prejudis
-Diskriminasi
-Stereotaip

}
}
}
}
}

6-14

3. KAJIAN KES
-Hubungan Etnik dari sudut Natrah Maarof
}
-Hubungan Etnik mengikut konteks penyiaran artikel Tinjauan Al Islam }

14-18

4. STRATEGI TERHADAP PEMBINAAN INTEGRASI NASIONAL


-Toleransi Budaya
-Toleransi Agama
-Dialog antara Kaum

}
}
}

20-23

KESIMPULAN

23-25

BIBLIOGRAFI & RUJUKAN

25-26

LAMPIRAN

27-33

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial

Shahrul Izwan Naser


Mohd Najib Mohd Isa

Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia


Januari 2010

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Abstrak
Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai faktor dimensi psiko-sosial dalam hubungan etnik
di Malaysia. Diperakui bahawa menurut konteks Malaysia, elemen psikologikal jika ditakrif ianya
mempunyai persepsi negatif di antara satu sama lain.

Ianya diterjemahkan ke dalam bentuk prejudis, stereotaip dan diskriminasi yang dilihat sebagai
batu penghalang kepada proses integrasi nasional. Ianya amat penting bagi kita memahami
elemen-elemen tersebut di dalam usaha memahami isu-isu utama hubungan etnik di Malaysia
dengan lebih baik.

Kertas kerja ini juga akan menyorot beberapa insiden dan tragedi di mana berlakunya
pertembungan budaya dan agama yang mana membentuk konstruk sosial mengikut perspektif
dimensi psiko-sosial hubungan etnik di Malaysia seperti Tragedi Natrah Maarof dan Penyiaran
Artikel al-Islam. Di akhir laporan, terdapat beberapa strategi dibentangkan dalam memahami isu
integrasi nasional sepertimana yang disarankan iaitu toleransi budaya, toleransi agama dan dialog
antara kaum.

Kata kunci: Psiko-sosial, prejudis, stereotaip dan diskriminasi, integrasi kaum; toleransi budaya,
toleransi agama dan dialog antara kaum, Masyarakat majmuk dan pluraliti, Konsep etnik, ras dan
identiti etnik.

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

1. Pendahuluan
Semenjak beberapa ketika ini, ketegangan antara kaum di Malaysia diibaratkan seperti ombak di
lautan yang mempunyai pasang surutnya. Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dengan
kaum Melayu, Cina, India dan lebih daripada 40 kaum minoriti telah membentuk sebuah negara
bangsa yang unik.

Kesemua kaum ini telah sekian lamanya hidup dalam keadaan penuh harmonis, bersatu-padu dan
penuh kepelbagaian. Namun, langit tidak selalunya cerah, Malaysia juga dihimpit dengan pelbagai
isu berkaitan hubungan sesama etnik. Kajian mengenai hubungan antara etnik juga semakin rancak
dijalankan bagi menambahkan lagi persefahaman antara kaum dan juga kekayaan nilai-nilai positif
yang terdapat dalam perhubungan tersebut.

Keperluan untuk membahaskan mengenai hubungan etnik di Malaysia sudah menjadi semakin
kritikal memandangkan keadaan masa kini yang dihimpit pelbagai faktor, antaranya adalah
ketegangan antara kaum disebabkan pelbagai insiden. Walaupun keadaan ini bukannya sesuatu yang
baru kepada negara kerana sejarah telah membuktikan pelbagai insiden telah menjadi lipatan
kenangan, namun ianya masih menjadi kepentingan awam bahawa, isu-isu yang diutarakan adalah
diibaratkan seperti bom jangka kepada negara.

Kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia ini adalah seperti sebuah perang dingin, di mana setiap
etnik itu merasakan bahawa mereka harus memelihara identiti sendiri dan pada masa yang sama
perlu menerima kaum lain dalam kehidupan mereka. Persoalan utama yang berlegar, adakah
kepelbagaian etnik punca utama ketegangan?

Kebanyakan kajian mengenai hubungan etnik di Malaysia yang terdahulu memfokuskan kepada
faktor ekonomi dan sosial. Ada pihak yang mendakwa bahawa konflik antara etnik ini berpunca

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

daripada pendirian politik; malah ada yang berpendapat bahawa pokok persoalan konflik ini adalah
kerana pengagihan ekonomi yang tidak sekata.1

Walau bagaimanapun, salah satu komponen untuk menganalisis hubungan etnik telahpun ditolak
ketepi, iaitu, pendekatan perspektif psikologi. Dapatan laporan ini akan cuba menghuraikan
mengenai dimensi psikologi untuk menyatakan bahawa faktor psikologi sebenarnya adalah
penyumbang utama kepada konflik berbanding ekonomi, politik mahupun faktor sosial.

Bagi menyokong konsep analisis psikologi terhadap hubungan etnik, terdapatnya keperluan untuk
kita memahami elemen-elemen asas dan konsep-konsep di sebaliknya. Adalah menjadi kepentingan
untuk memahami isu dan konflik berdasarkan kebudayaan, sejarah dan latarbelakang objektifnya.

1.1 Masyarakat mengikut konteks kajian Sosiologi

Menurut takrifan kamus sosiologi, masyarakat adalah sekumpulan manusia yang berkongsi budaya
sama, menduduki satu kawasan khas dan merasai kewujudan entiti bersatu-padu dan berbeza-beza.
Masyarakat juga adalah kelompok manusia yang berinteraksi secara sosial antara satu sama lain.
Hubungan yang wujud di antara mereka mungkin merangkumi kekeluargaan, pekerjaan, tempat
tinggal dan lain-lain lagi.

Kewujudan masyarakat akan menghasilkan organisasi sosial atau institusi tertentu yang dapat
menyatu-padukan lagi manusia dalam unit sosial tersebut. Ini akan membentuk jaringan di mana
terdapat pelbagai sub-jaringan lain; individu bergaul bebas dan merangka keseluruhan kehidupan
bersosial.

1 Sanusi Ahmad, 1989

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Terdapat pelbagai persoalan, mengapa perlunya kajian terhadap masyarakat dilakukan. Teras utama,
mengapa perlunya kajian terhadap masyarakat dan hubungan etnik dijalankan adalah kerana secara
azalinya, manusia itu hidup bermasyarakat, dan terdapatnya keperluan untuk memahami cara hidup
bermasyarakat, budaya dan cara hidup bermasyarakat. Dalam konteks masyarakat Malaysia, kita
perlu memahami masyarakat kita yang berbilang kaum dan etnik untuk memastikan kelangsungan
toleransi dan kerjasama di antara kita.

1.2 Masyarakat Majmuk dan Pluraliti

Konsep masyarakat majmuk dan pluraliti ini tercetus apabila wujudnya dua atau lebih kumpulan
etnik dengan latar belakang sosio-ekonomi, budaya dan agama berbeza dan membentuk sebuah
jaringan interaksi sosial. Secara teorinya, konsep masyarakat majmuk ini ditakrifkan sebagai,
masyarakat yang dicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yang bernaung di
bawah satu sistem politik. 2

Selain itu, terdapat juga tanggapan bahawa konsep pluraliti ini adalah konsep masyarakat yang
mempunyai kepelbagaian budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik pula ia
dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai kebudayaan tersendiri.3
Manakala, terdapat sebuah pemahaman mengenai masyarakat majmuk mengikut konteks sosioekonomi iaitu, perbezaan kemajmukan sosial yang wujud apabila masyarakat dipecahkan kepada
kelompok korporat atas dasar bukan budaya berbanding kemajmukan budaya yang timbul akibat
wujud beberapa kumpulan etnik. 4

Ciri-ciri ringkas masyarakat majmuk adalah seperti, ketiadaan permuafakatan nilai, kepelbagaian
2 J.S Furnivall, 1948
3 Smith, 1965
4 Van den Berghe, 1967

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

budaya, wujudnya konflik antara kelompok yang berlainan. Selain itu, masayarakat majmuk juga
terdapatnya kecenderungan terhadap kuasa autonomi dan paksaan serta saling kebergantungan
ekonomi sebagai dasar integrasi sosial. Ciri kompleks bagi masayarakat majmuk adalah, dominasi
politik oleh golongan tertentu serta hubungan antara kelompok lebih bersifat sekunder, segmental
dan utilitarian. Manakala hubungan antara kelompok lebih bersifat primer.
Melalui permerhatian dan kefahaman mengenai teori yang dibentangkan para sarjana sosial,
dapatlah diringkaskan bahawa masyarakat majmuk wujud atas dasar konflik dan paksaan bukan atas
dasar nilai bersama.

2. Hubungan Etnik di Malaysia


Proses integrasi nasional di Malaysia boleh dianalisis berdasarkan tahap interaksi sosial antara
kaum. Hubungan etnik di Malaysia dikategorikan berada di landasan yang betul, di mana setiap
kaum itu sedar akan nilai-nilai dan norma sosial sesama mereka, namun masih lagi mengamalkan
budaya dan gaya hidup masing-masing.
Malaysia kaya dengan pengalaman mengenai konflik, pertandingan dan kerjasama dalam
membentuk hubungan etnik.

Catatan konflik dalam hubungan etnik telah terpahat dalam sejarah mengeni peristiwa malang 13
Mei 1969 dan insiden Kampung Medan pada 4 Mei 2001; di mana pertandingan antara etnik adalah
usaha bagi merebut tempat di pusat pengajian tinggi mengikut sistem kuota. Begitu juga dengan
provokasi-provokasi agama seperti kejadian Kepala Lembu, Shah Alam pada 28 Ogos 2009 dan
penyiaran artikel Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad
pada Mei 2009, telah menambahkan lagi garam ke dalam luka hubungan etnik di Malaysia.
Provokasi agama dalam hubungan etnik bukanlah sesuatu yang baru, pada Disember 1950, berlaku
kekecohan apabila kes Natrah Maarof atau Maria Hertogh diperbesar dan difabrikasikan oleh media
ketika itu, telah membangkitkan kemarahan orang Melayu di Singapura. Laporan ini akan

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

membentangkan kajian kes mengenai hubungan etnik mengikut konteks tragedi Natrah Maarof
dalam bahagian seterusnya.

Peristiwa 13 Mei 1969, telah melahirkan polisi-polisi seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar
Pendidikan Nasional dan Dasar Kebudayaan Nasional.
Namun setelah beberapa dekad Dasar Ekonomi Baru diimplementasikan, ramai berpendapat
bahawa polisi tersebut gagal dalam pembasmian kemiskinan dan pengagihan ekonomi yang tidak
sekata di antara kaum. Fenomena ini telah menjadi sebuah prejudis dan ketidak puasaan hati di
kalangan kaum. Secara semuajadinya, perasaan prejudis itu mempunyai kuasa untuk membentuk
ketidak puasan hati yang berpotensi mewujudkan keputusan drastik.

Menurut sebuah teori sosial yang dikenali sebagai Frustration Agression Theory, sesuatu kaum atau
individu yang selalu berhadapan dengan kekecewaan pastinya akan bertindak balas dengan
agresifnya. Teori ini tidak seharusnya dipandang mudah, kerana kebarangkaliannya untuk
mendatangkan kesan mudarat ke atas hubungan etnik sangat tinggi, dan ini pastinya akan
mengulang kembali sejarah hitam ke atas perhubungan tersebut.

2.1 Konsep Etnik, Ras dan Identiti Etnik

Kehidupan bermasyarakat di Malaysia, sudah pastinya tidak akan boleh lari daripada
membincangkan konsep etnik dalam interaksi sosial. Istilah etnik adalah berasal daripada perkataan
Yunani iaitu ethnos yang merujuk kepada bangsa selain Yunani ataupun bangsa lain yang
berkongsi ciri biologi, kebudayaan dan cara hidup yang sama.5

Semasa era Enlightenment iaitu seawal abad ke-19, merujuk kepada pelbagai bahasa Eropah,

5 Scupin, 2003

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

perkataan etnik ini dilihat sama dengan istilah ras yang mengasingkan manusia dengan ciri-ciri
perbezaan fizikal seperti warna kulit, rangka tubuh, bentuk kepala, warna dan tekstur rambut.

Ahli saintis sosiologi menyifatkan konsep ras lebih ditakrif sebagai satu hasil konstruksi sosial di
mana sekumpulan manusia yang menilai diri mereka dan bangsa lain mempunyai keturunan yang
membezakan mereka antara satu sama lain.

Identiti etnik pula dilihat daripada sudut kebudayaan yang diamal dan digunapakai bagi membentuk
ciri-ciri sesuatu masyarakat. Oleh itu, identiti etnik merujuk kepada keahlian dalam sesuatu
kumpulan kebudayaan yang didefinisikan mengikut ras, sejarah, pengalaman, agama, bahasa yang
dikongsi bersama. Namun begitu, terdapat dalah tanggapan bahawa identiti etnik itu dilihat sebagai
sesuatu yang tetap.

Mengikut konteks kepelbagaian budaya dan pembauran budaya luar dengan budaya tempatan telah
menggariskan bahawa masyarakat akan melihat daripada sudut objektif sesuatu kebudayaan yang
dapat dilihat dan simbol yang dikongsi bersama kepercayaan dalaman antara kelompok, semangat
kekitaan dan perpaduan komuniti.

2.2 Aspek Psiko-sosial Hubungan Etnik di Malaysia

Malaysia terkenal kerana kepelbagaian budaya dan kaum, dengan nilai toleransi yang tinggi serta
menghormati satu sama yang lain.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai insiden-insiden provokasi yang telah menggangu-gugat


keharmonian dan kebarangkalian wujudnya kekecohan antara kaum. Situasi ini sudah pastinya akan
meniup api perkauman yang kuat. Tiga kumpulan utama etnik di Malaysia sudah mula

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

mempersoalkan hak, kekuasaan dan kredibiliti masing-masing.

Ini pastinya tidak akan berlaku, jika semua kaum mempunyai kadar persefahaman yang tinggi,
hormat menghormati dan toleransi sesama sendiri. Aspek psikologi seperti prejudis dan
diskriminasi boleh dianggap sebagai pencetus ketidak puasan hati yang harus difahami oleh semua
pihak.

2.2.1 Prejudis

Prejudis atau persepsi negatif adalah salah satu aspek utama yang telah menyumbang kepada
sentimen ketidak puasan hati di beberapa kalangan kumpulan etnik di negara kita. Situasi menjadi
semakin teruk apabila berlakunya konflik yang timbul disebabkan oleh persepsi negatif kerana
kurangnya kefahaman dan pengetahuan mengenai satu sama lain.

Berdasarkan kefahaman yang cetek dan tidak tepat mengenai sesuatu kumpulan etnik itu telah
mengakibatkan mereka memandang rendah terhadap kumpulan etnik lain dan akhirnya
membataskan interaksi antara kaum dan menimbulkan semangat perkauman yang tebal. Prejudis
yang kuat di kalangan kumpulan etnik lain sukar diubah walaupun mereka dibekalkan dengan fakta
yang kukuh bagi membuktikan bahawa pemahaman tersebut adalah salah.

Insiden Kampung Medan adalah contoh terbaik bagi menggambarkan perasaan prejudis di antara
dua kaum utama di negara kita. Kesannya adalah kekecohan kaum yang berakhir dengan tragedi
ramai yang terkorban dan berjuta-juta ringgit dihabiskan untuk proses pemulihan.

Ianya diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses sosialisasi. Seseorang
yang dibesarkan dalam suasana yang penuh prejudis akan membina sentimen negatif yang sangat

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

sukar dikikis.

Tingkahlaku negatif mereka selalunya akan diterjemahkan apabila berlakunya pertandingan mereka
dengan kaum yang diprejudis. Ketiga-tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina dan India
haruslah memahami budaya dan tradisi masing-masing, ini dapat mengurangkan impak ketegangan
kaum dan konflik berpanjangan.

Prejudis menjadi semakin menebal apabila persekitaran itu dipenuhi sifat semulajadi manusia iaitu,
ego mempertahankan diri (defensive ego). Ini berlaku apabila sesuatu kaum atau individu itu
merasakan maruah atau darjat mereka dalam keadaan terancam. Perasaan ini membuatkan mereka
menjadi terlalu mempertahankan diri, dan menolak segala kenyataan daripada mereka yang
diprejudis.

Adorno et al. (1950) menjelaskan bahawa prejudis mempunyai perkaitan rapat dengan sifat yang
lebih teruk iaitu, personaliti autoritarian. Seseorang individu yang tinggi personaliti autoritarian
mempunyai tingkahlaku dalam mengkelaskan orang lain, misalnya berada di dalam kumpulan
terbaik, kumpulan yang tidak diterimanya dan kumpulan yang ditentangnya. Sifat ini adalah juga
salah satu elemen penting dalam konsep hubungan etnik, iaitu, stereotaip.

Mentaliti sebegini seharusnya tidak berlaku, jika setiap individu di Malaysia sedar akan kekuatan
dan keharmonian setiap kumpulan etnik dan meletakkan keutamaan bangsa Malaysia lebih tinggi
berbanding nilai-nilai individualistik.

2.2.2 Diskriminasi

Diskriminasi adalah hasil daripada prejudis terhadap sesuatu kumpulan etnik. Ianya ditakrifkan

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

sebagai penolakan untuk layanan sama rata terhadap sesuatu kumpulan atau bangsa yang menuntut
kesama rataan.

Tingkahlaku ini boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, bermula dengan diskriminasi ringan
apabila seseorang individu enggan berinteraksi dengan sesiapa sahaja yang diprejudisnya. Ini boleh
berlanjutan ke tahap maksimum diskriminasi, termasuklah pemecatan kerja, pemulauan sosial dan
juga kecederaan fizikal.

Kepelbagaian kaum di Malaysia hendaklah dilihat dengan penuh positif, prejudis dan diskriminasi
mempunyai impak ke atas semua kaum. Kebanyakan rakyat Malaysia, diskriminasi sesama kaum
itu hadir dalam bentuk tidak langsung.

Diskriminasi secara terbuka sangat jarang berlaku, melainkan di dalam situasi di mana individu
merasakan selamat untuk menunjukkan sentimennya.

Kenyataan ini dapat disokong apabila perhatian diberikan kepada sesuatu kaum adalah dilihat
sebagai tidak adil. Mungkin tidak benar kerana ianya hanyalah persepsi semata-mata. Mereka tidak
membuat penilaian berdasarkan situasi dan persekitaran di sebalik segala keputusan yang dibuat.

2.2.3 Stereotaip

Kedua-dua dimensi psikologi telah pun dibincangkan, prejudis dan diskriminasi mempunyai kaitan
rapat dengan konsep stereotaip.

Stereotaip adalah satu gambaran berlebih-lebihan sebuah persepsi. Sebagai contoh, stereotaip
negatif yang dikaitkan ke atas sesuatu kumpulan etnik itu sebenarnya telah wujud melalui

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

pengalaman negatif ataupun sosialisasi. Persepsi stereotaip adalah lampiran kepada konotasi negatif
terhadap sesuatu etnik; memberikan pandangan umum bahawa setiap individu yang berada dalam
sesuatu kumpulan etnik mempunyai perwatakan dan nilai yang sama.

Secara ringkasnya, ketiga-tiga konsep ini adalah saling berhubungkait: stereotaip (elemen
mempercayai), prejudis (elemen mempertahankan diri) dan diskriminasi (elemen tingkahlaku).
Terdapat beberapa faktor lain yang merencatkan proses integrasi nasional. Faktor-faktor ini berkait
rapat nilai-nilai dan tingkah laku masyarakat seperti rasisme dan etnosentrisme. Kedua-dua faktor
ini adalah elemen psikologi yang dipengaruhi oleh pengalaman, pendidikian (secara formal atau
tidak formal), keadaan ekonomi dan politik.

Rasisme ditakrifkan sebagai satu pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kaum
terhadap kaum lain berdasarkan perbezaan ciri-ciri fizikal-biologikal. Menurut konteks Malaysia,
fenomena ini seringkali berlaku dalam kitaran perniagaan, politik dan penetapan sosial di mana
sesuatu kumpulan etnik itu terlalu mempertahankan hak anggota mereka. Tindakan perkauman ini
telah mencipta jurang perbezaan di antara masyarakat Malaysia dan seterusnya mencetuskan
ketegangan kaum.

Etnosentrisme pula merujuk kepada satu kepercayaan dan kebanggaan bahawa sesuatu bangsa itu
lebih baik dan hebat berbanding kumpulan etnik yang lain. Perspektif ini terarah kepada pandangan
bahawa budaya dan gaya hidup etnik lain salah, tidak betul dan tidak sealiran dengan mereka.

Setiap daripada ahli masayarakat kita haruslah mempunyai pemahaman positif terhadap budaya dan
gaya hidup kumpulan etnik yang lain. Ini kerana, pandangan dan interpretasi negatif pastinya akan
menjerumus mereka ke arah pemikiran etnosentrik. Fenomena-fenomena yang dinyatakan tadi
walaupun tidak serius di kalangan masyarakat Malaysia, namun ianya masih lagi menjadi asas

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

pertimbangan setiap rakyat dan ini mungkin akan menjadi halangan untuk kita mencapai integrasi
nasional.

3.1 Kajian Kes: Hubungan Etnik dari sudut Natrah Maarof

Pada tahun 1950, Tanah Melayu ketika itu menjadi tajuk utama di dada akhbar seluruh dunia.
Kisahnya adalah mengenai seorang gadis Belanda berusia 12 tahun, Maria Bertha Hertogh atau
nama muslimnya, Natrah Maarof, yang telah dijadikan anak angkat oleh seorang perempuan
Melayu (Che Aminah). Namun telah dikembalikan hak penjagaan kepada ibubapa kandungnya dan
dibawa pulang ke Belanda tanpa kerelaannya6.

Insiden ini telah mencetuskan tragedi malang kepada Tanah Melayu apabila berlakunya rusuhan
oleh orang Melayu yang inginkan Natrah dikembalikan kepada Cik Aminah. Mereka berpendapat
keputusan mahkamah ketika itu tidak adil, memandangkan Natrah telah pun memeluk Islam.
Media-media barat ketika itu melabelkan masyarakat Melayu sebagai golongan yang ekstrim
terhadap agama.

Menurut pengkaji kes Natrah Maarof ini, Datin Fatini Yaakob menjelaskan punca sebenar
masyarakat Melayu ketika itu merusuh bukanlah kerana keputusan mahkamah. Ianya disebabkan
oleh penyiaran gambar Natrah berlutut di hadapan patung Virgin Mary oleh akhbar The Straits
Times. Gambar tersebut diulang cetak berkali-kali ke dalam akhbar mereka. Tindakan ini adalah
satu provokasi agama terhadap masyarakat Melayu ketika itu.

6 Tom Eames Hughes, Tangled Worlds, The Story of Maria Hertogh, 1982

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Tindakan The Straits Times menyiarkan gambar Natrah tersebut telah dipersoalkan oleh akhbarakhbar berbahasa Melayu iaitu Utusan Melayu dan Melayu Raya. Mereka mempersoalkan
kebijaksanaan penyunting berita di The Straits Times, dengan tulisan yang membangkitkan
semangat masyarakat Melayu untuk menentang ketidak adilan tersebut. Maka, berlakulah
kekecohan kaum dan rusuhan di Singapura dan berlanjutan sehingga tiga hari dengan arahan
curfew oleh pihak berkuasa.

Menurut Datin Fatini yang juga bekas wartawan Dewan Masyarakat, sesungguhnya tragedi ini
adalah satu provokasi terhadap masyarakat Melayu amnya dan muslim khususnya. Beliau juga
mengutarakan persoalan jika seseorang beragama Kristian dipaksa untuk menunaikan solat
sepertimana orang Islam, adakah ini akan mendatangkan provokasi terhadap mereka? Maka, Datin
Fatini menyarankan agar semua kaum di Malaysia menghormati budaya, kepercayaan dan agama
masing-masing.

Generasi muda diingatkan untuk mengambil iktibar melalui kisah Natrah ini yang menjadi topik
hangat akhbar-akhbar di seluruh dunia. Jika dilihat dengan lebih luas, kisah Natrah ini adalah kisah
mengenai pertembungan dunia barat dan dunia timur. Perbezaan di antara dunia barat dan timur
jelas kelihatan melalui agama. Menurut penilaian Datin Fatini, insiden malang ini bukanlah sesuatu
yang harus diperbesarkan dan jika dilihat mengikut konteks sosial, kisah Natrah ini hanyalah
mengenai perjuangan menuntut hak asasi manusia. Perjuangan untuk Natrah memilih untuk
bersama ibu angkatnya, Cik Aminah.

Tindakan media barat ketika itu yang meniup api perkauman adalah selaras dengan dimensi
psikologi hubungan etnik iaitu, rasisme, prejudis, diskriminasi dan etnosentrisme. Sesungguhnya,
masyarakat barat memang terkenal dengan sikap mereka yang amat bangga akan bangsa dan agama
mereka dan mempunyai pandangan yang sinis terhadap bangsa lain terutamanya masyarakat timur.

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

3.2 Kajian Kes: Hubungan Etnik mengikut konteks penyiaran artikel Tinjauan Al Islam
Dalam Gereja - Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad

Ketika Malaysia sedang bergelut dengan jurang perbezaan etnik yang semakin meruncing akibat
Pilihan Raya Umum ke-12, Mac 2008, kita dikejutkan lagi dengan berita provokasi terhadap agama.

Kali ini, kisahnya mengenai penyiaran artikel oleh majalah Al-Islam yang dikatakan menghina
mereka yang beragama Kristian. Isu besar tersebut adalah mengenai dua orang wartawan majalah
tersebut yang menyamar untuk menyiasat dakwaan wujudnya usaha memurtadkan gadis bertudung.7

Dalam artikel Tinjauan Al Islam Dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad yang
diterbitkan dalam edisi Mei 2009, wartawan tersebut meluahkan kembali roti suci daripada
mulutnya yang diberikan oleh paderi untuk diambil foto.

Bagi mereka yang beragama Kristian, mereka menganggap ini sebagai satu penghinaan dan
provokasi terhadap agama mereka. Terdapat juga laporan mendakwa perbuatan wartawan itu
sebagai pencerobohan satu majlis keagamaan di gereja dan boleh dianggap mempermain-mainkan
ajaran agama tersebut.

Artikel Muhammad Ridhwan Abdul Jalil tentang pengalamannya di dua gereja, termasuk sebuah di
Puduraya, dimuatkan di halaman 28-30 edisi Mei yang menfokuskan isu Al-Islam Masuk Gereja
Cari Gadis Bertudung Murtad. Bagaimanapun siasatan majalah tersebut tidak menemui isu murtad
seperti khabar angin yang sering kedengaran dalam masyarakat Islam.

7 Abdul Rahim Sabri, Roti Suci seret al-Islam ke balai; MalaysiaKini.com, 2009

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Sesungguhnya isu yang berbangkit ini adalah kerana kurangnya kefahaman mereka terhadap
sesuatu etnik dan nilai-nilai serta kepercayaan mereka. Jika kita bertindak untuk memahami sesuatu
kaum dan nilai-nilai mereka, insiden seperti ini sudah pastinya tidak akan berlaku.

Ketidakfahaman kita mengenai sesuatu etnik dan agama mereka sudah pasti mengundang rasa
diskriminasi terhadap mereka. Diskriminasi ini pula mewujudkan prasangka dan sekaligus
stereotaip dalam sesebuah masyarakat. Jika diskriminasi, prasangka dan stereotaip telah menguasai
pemikiran kita, maka dialog antara kaum akan sukar berlaku dan ini menyulitkan lagi proses
integrasi nasional.

4. Strategi terhadap pembinaan integrasi nasional

Bangsa Malaysia tanpa mengira latar belakang etnik, budaya dan agama sememangnya
mengimpikan sebuah negara di mana penyatuan pelbagai etnik tanpa mengira keturunan sama ada
majoriti atau minoriti dan lenyapnya sifat prasangka dan kelakuan diskriminasi terhadap satu sama
lain.

Proses integrasi sangat penting bagi menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui
satu identiti nasional dengan mengekalkan identiti masing-masing. Ini sudah semestinya, akan
menjamin keharmonian, kesejahteraan dan kestabilan dalam masyarakat jika wujud keselarasan dari
segi norma dan nilai.

Tindakan hidup bersama secara aman damai dalam kalangan pelbagai kumpulan etnik dan setiap
kumpulan etnik akan mengekalkan identiti masing-masing. Di Malaysia pluraliti budaya
diperkenalkan bagi menyelesaikan masalah hubungan ras sejajar dengan matlamat kebudayaan
Kebangsaan. Kebudayaan kebangsaan bertujuan merapatkan jurang perbezaan pelbagai kaum agar

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

semua rakyat dapat bersatu padu bagi membolehkan negara ini muncul dengan identitinya yang
tersendiri.

Di Malaysia, terdapat beberapa prinsip yang tidak termaktub dalam perlembagaan, namun ianya
sangat penting dalam pengukuhan integrasi nasional. Pertama, terdapatnya, persetujuan bersama
bahawa integrasi nasional itu hanya akan wujud apabila setiap etnik dan kaum bersatu-padu di
bawah semangat perpaduan nasional. Kedua, integrasi kaum hanya akan berlaku apabila jurang
ekonomi di antara kaum dikurangkan atau terus dihapuskan. Ketiga, pembangunan dan pelaksanaan
setiap polisi nasional tidak kira sosial, ekonomi, kebudayaan dan aspek-aspek lain haruslah tidak
menjerumus kepada sesuatu etnik dan kaum sahaja. Keempat, prinsip bertolak-ansur di antara
pemimpin setiap kaum dan etnik haruslah dijadikan teras di sebalik pembangunan dan pelaksanaan
polisi nasional.

4.1 Toleransi Budaya

Tiada seumpamanya di dalam dunia ini, kepentingan memelihara toleransi di antara kaum di dalam
sebuah negara berbilang budaya, bangsa dan agama seperti Malaysia. Budaya bertolak-ansur
haruslah dilihat melalui perspektif yang lebih positif. Sebagai contoh, Bahasa Melayu diiktiraf
sebagai bahasa rasmi, manakala bahasa-bahasa lain masih boleh digunapakai secara meluas. Secara
signifikannya juga, budaya Melayu banyak dipraktikkan oleh masyarakat umum dalam kehidupan
seharian dan membentuk asas kebudayaan nasional, manakala kumpulan etnik yang lain pula bebas
mengamalkan tradisi masing-masing. Selain itu, perkongsian nilai dan sambutan bersama perayaan
dapat menyatukan semua kaum dan etnik tanpa mengira latar belakang dalam kehidupan yang lebih
harmoni.

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

4.2 Toleransi Agama

Toleransi agama atau persetujuan bersama di antara berbilang agama adalah salah satu faktor
penting dalam mewujudkan integrasi kaum. Mungkin ramai yang mengatakan bahawa, sangat
senang untuk bercakap daripada melaksanakannya, namun secara realitinya terdapat pelbagai
cabaran dan halangan, namun kita seharusnya hendaklah selalu bersikap optimis dalam menangani
isu-isu berkaitan agama dan kepercayaan.

Komuniti Melayu-Muslim di Malaysia adalah tunjang utama dalam toleransi agama sepertimana
yang dikehendaki dalam Islam, yang diangkat melalui contoh kota Madinah, sebuah komuniti
berbilang budaya dan agama.

Menurut Piagam Madinah yang diilhamkan oleh Nabi Muhammad S.A.W, kaum Yahudi di
Madinah adalah dibenarkan untuk menjalankan kehidupan seharian mereka mengikut budaya dan
kepercayaan mereka. Orang Islam adalah diingatkan agar berlaku adil dan bertolak-ansur terhadap
mereka yang buakn Islam sepertimana yang diarahkan oleh Allah S.W.T. Ayat berikut menjadi garis
panduan bagi masyarakat Melayu-Muslim dalam interaksi dengan mereka yang beragama lain,

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik,
kecuali dengan orang zalim antara mereka. Dan katakanlah; kami telah beriman kepada (kitabkitab) yang diturunkan kepada kami dan juga yang diturunan kepada kamu, dan Rab (Tuhan) kami
dan Rab (Tuhan) kamu adalah satu; dan kami hanya kepada-Nya adalah Muslimun (berserah
diri)8

8 Al-Quran: Surah al-Ankabut, 29:46

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Bagi masyarakat Cina pula, secara sejarahnya mereka telah lama mengamalkan toleransi terhadap
agama dengan komuniti Cina di Tanah Besar Cina memaparkan toleransi agama dalam persekitaran
sosio-budaya yang mengandungi tiga falsafah utama iaitu Taoisme, Konfusiusnisme dan
Buddhisme.

Ketiga-tiga falsafah tersebut telah diamalkan ke dalam kehidupan mereka secara harmoninya.9
Menurut karya tulisannya, Comparative Religion, Drs Sukarji juga menetapkan bahawa,
.
Di dalam sebuah tragedi kematian seorang pengikut Konfusius; urusan pengkebumian akan
dilaksanakan mengikut kombinasi ketiga-tiga kepercayaan. Keluarga pengikut Konfusius tersebut
akan menyediakan kelengkapan untuk pengkebumian. Manakala seorang sami Buddha akan
membacakan doa dan kalimah-kalimah agama mereka buat si-mati, dan seorang sami Taois akan
menentukan lokasi di mana si-mati akan dikebumikan.10

Secara dasarnya, toleransi agama sudah sekian lama menjadi sebahagian daripada ketamadunan
Cina. Maka, masyarakat Cina di Malaysia secara semulajadinya dapat mengamalkan toleransi
agama mengikut konteks masyarakat berbilang kaum.

4.3 Dialog antara kaum

Dialog di antara kaum di Malaysia menjadi platform yang tepat bagi mempromosikan sebuah
komuniti yang harmoni dan mencapai persetujuan bersama. Osman Bakar menerangkan peranan
dialog adalah seperti:

9 Geoffrey Parinder, 1975


10 Drs Sukarji, Comparative Religion Second Edition, First Chapter pg 30-31

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

..menyatukan komuniti yang berbilang kaum bersama dalam mengatasi perbezaan serta satu
desakan agar mereka menerima antara satu sama lain di sebalik perbezaan kepercayaan rohani,
hidup beragama dan ideologi politik11

Secara idealistiknya, pendekatan ini haruslah diserapkan ke institusi pendidikan dan tidak hanya
terhenti di situ malah diteruskan ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya ke alam pekerjaan.
Walau bagaimanapun, penggunaan dialog untuk mempromosikan pemahaman hubungan antara
kaum hendaklah dirancang dengan teliti bagi mengelakkan perselisihan pendapat yang serius.
Penyertaan bagi dialog ini haruslah seimbang mengikut polarisasi komuniti di Malaysia. Adalah
menjadi keutamaan dalam sesebuah dialog akan terdapatnya percanggahan pendapat dan
adakalanya penerimaan pendapat mengikut keprihatinan bersama.

5. Kesimpulan

Secara umumnya, terdapat ruang dan peluang bagi kita memperbaiki hubungan antara etnik di
Malaysia. Apa yang telah dibincangkan melalui kertas kerja ini hanyalah pemerhatian secara
ringkas mengenai dimensi psikologi hubungan antara etnik di negara ini. Kajian hubungan antara
etnik akan mencerminkan sifat struktur sosial, keadaan sosial dan ikatan sosial masyarakat, darjah
pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik dan struktur masyarakat bersifat kolonial.
Selain itu, pemahaman kita mengenai hubungan etnik di Malaysia akan membantu perkembangan
sejarah dan kemampuan sosio-ekonomi negara.

Kajian hubungan etnik juga dapat melengkapkan kita dengan kefahaman kita mengenai tahap dan
sumber ketegangan sosial yang berlaku serta memahami gambaran faktor psikologi dalam
menentukan tingkah laku masyarakat; isu prasangka dan diskriminasi.

11 Osman Bakar, 1997

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Faktor psikologi seperti salah tanggapan, prejudis, diskriminasi dan banyak lagi, seharusnya di atasi
seawal yang mungkin dengan pendekatan yang tepat.

Keinginan kita untuk memastikan perjalanan konsep 1Malaysia dengan identiti masing-masing di
sebalik kekuatan asas kepelbagaian etnik haruslah bermula dengan kefahaman masyarakat untuk
memahami dan bertoleransi dalam suasana kepelbagaian budaya dan agama. Usaha bagi
merapatkan lagi jurang etnik seharusnya dilaksanakan secara konsisten dan berterusan, bukan
bermusim sahaja. Faktor yang menghalang usaha murni ini haruslah dikenalpasti dan ditangani
dengan bijak.

Keterbukaan minda juga menjadi asas kepada pemupukan hubungan antara kaum di Malaysia.
Ketegangan dan prejudis sedia ada haruslah ditolak ketepi dengan mengadakan dialog atau kaedah
lain dalam mempromosikan integrasi nasional.

Kejayaan dan kesan daripada polisi yang kita laksanakan semenjak Merdeka masih lagi belum
membuahkan hasil yang positif, namun begitu, rakyat Malaysia kini sedang mengalami perubahan
yang drastik.

Kita perlu mencari pendekatan terbaru di sebalik kaedah tradisional yang kita gunakan sekarang,
demi menyesuaikan diri dalam keadaan semasa. Kini, kebanjiran pekerja-pekerja asing yang
kebanyakan mereka berasal dari Indonesia, Kemboja, Vietnam dan banyak lagi telah membawa satu
dimensi baru terhadap hubungan etnik di negara kita. Pekerja-pekerja ini yang berada di dalam
pelbagai sektor pekerjaan juga mengalami proses sosialisasi yang kompleks bersama-sama dengan
komuniti tempatan pada ketika yang sama.

Perubahan drastik ini seharusnya ditangani dengan teliti, tragedi yang melibatkan ketegangan kaum

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

di antara rakyat tempatan dan warga asing boleh menjerumus kepada kejadian yang serius dan
tidak diingini.

Tragedi seperti kisah Natrah dan penyiaran artikel al-Islam akan terus berada dalam lipatan sejarah.
Namun sejarah adalah sebagai panduan bagi kita dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan
berbilang kaum. Sebarang persengketaan dan perselisihan faham haruslah diatasi dengan
berbekalkan kefahaman dan juga toleransi. Tiada gunanya jika kita mencanangkan kepelbagain
budaya dan agama yang ada di negara kita, tapi kita gagal dalam menghargai dan memahami
kepelbagaian tersebut.

Rujukan dan Bibliografi

Adorno, T.W.et.al., 1950. The Authoritarian Personality, New York: Harper

Bakar, Osman, 1997. Islam and Civilizational Dialogue, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya

Hughes, Tom Eames,1982. Tangled Worlds, The Story of Maria Hertogh, Singapore

Hussin, Nordin, 2005. Malay Press and Malay politics; The Hertogh Riots in Singapore, ICON,
Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Kalat, W.J., 1999. Introduction to Psychology, New York: Wadsworth Publishing Company

Redzuan, Marof, 2001. Psikologi Sosial, Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia and A.

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Haslinda, 2002. Psikologi, Kuala Lumpur: McGraw Hill

Sukarji et.al., Jilid II, t.t. Perbandingan Agama, Jakarta: Azam

Parinder, Geoffrey, 1975. Introduction to Asian Religion, New York: Oxford University Press

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Lampiran
Transkrip Temuramah bersama Datin Fatini Yaakob mengenai Hubungan Etnik dalam
konteks Natrah Maarof
Transkrip temuramah bersama Datin Fatini Yaacob iaitu penyelidik dan pengkaji kes Natrah
Maarof. Beliau merupakan wartawan /editor majalah Dewan Masayarakat di Dewan Bahasa dan
Pustaka pada tahun 1981 hingga 1993, kemudian menjadi Penulis Bebas pada tahun 1993 hingga
2007, dan pada 2008 sehingga kini, dilantik sebagai Karayawan Tamu UTM. Antara karya-karya
yang telah dihasilkan ialah Natrah, Shamsiah Fakeh, Daim, dan hasil karyanya yang terbaru adalah
Biografi mengenai Tan Sri Ainuddin Wahid.
Generasi muda pun perlu tahu apa dia sebenarnya di sebalik rusuhan. Rusuhan itu berlaku,
rusuhanNatrah yang hebat sehingga surat khabar atau orang-oarang barat memandang kita orang Islam ini, Mcam begitu extreme terhadap agama. Sebenarnya satu kesilapan besar di situ. Kita mesti
clearkan. Orang-orang surat khabar atau kita sebagai penulis mesti memperbetulkan perspektif ini.
Sebenarnya rusuhan itu terjadi bukan kerana keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah
dihormati oleh semua orang-orang Islam. Saya meneliti kes itu, jadi saya tahu keputusan mahkamah
diteliti dan dihormati oleh orang-orang melayu Islam pada masa itu, tetapi yang menjadikan
rusuhan itu sebenarnya adalah provokasi surat khabar Straits Time. Minta maaf orang-orang Straits
Time. Bukan New Straits Time, tapi Straits Time yang di bawah penjajah, di bawah British pada
masa itu. Dia membuat provokasi bahawa Natrah itu, dengan gambar dia melutut pada patung Virgin Mary. Itu keluar berkali-kali, bukannya sekali, dua tiga kalikeluar dalam surat khabar. Besar
pula tu, hanya caption story, bukan story besar-besar atau story besar lain, caption story sahaja.
Tidakkah itu mendatangkan kemarahan pada orang-orang melayu,orang melayu marah la. Why u
must provoke, sudah u menang ok la kan,fine. Kenapa nak provoke, dan itu yang dipersoalkan oleh
surat khabar Utusan Melayu, Melayu Raya pada masa itu. Surat khabar Melayu Raya tabloid pada
masa itu, tetaoi berkuasa jugaklah pada masa itu dan Utusan Melayu pada masa itu mempersoalkan

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

kebijaksanaan pengarang itu kan, membuat story itu dan create havoc.
Jadi orang melayu memang bangkit merusuh. Sebab rusuhan itu terjadi sehingga curfeuw,
Singapore curfeuw. Saya ingat jika tidak salah, tiga hari dan tidak tahu la jika ada pihak lain
mengambil kesempatan tetapi memang macam itu dan masa itu juga Natrah terpaksa di bawa ke
satu pulau kecil itu, dia balik daripada situ menaiki pesawat, balik. Balik ke Belanda tanpa sempat
mengucapkan selamat tinggal pada suami dia, Che Aminah pun tidak sempat berjumpa.
Kalau sekiranya dipaksakan seorang manusia yang tadi kan, dia menyembah patung Virgin
Mary, terbalikkan secara itu, sekiranya dalam kes yang sama orang Kristian dipaksa kan supaya
sembahyang di situ, apa rasa orang-orang kristian, mesti sensitifkan. Begitulah apa rasa orang-orang
Islam. Jangan provoke, jangan membuat provokasi terhadap agama. Hormatilah agama masing-masing. Jadi orang muda patut tahu bahawa cerita ini benar.
Kisah ini sebenarnya meletakkan Malaya, pada masa itu dikenali sebagai Malaya, dalam
peta dunia, kisah ini satu dunia. Saya baca surat khabar satu dunia pun pada tarikh yang sama itu,
the whole world bubuh pada story muka hadapan dan perbicaraan mahkamah itu berlangsung begitu
lama dan keluar muka hadapan,muka hadapan perbicaraan itu. Jadi kenapa surat khabar-surat
khabar ini begitu meletakkan interest yang hebat dalam soal ini kerana ada pertembungan banyak di
situ. Pertembungan budaya barat dan timur, pertembungan agama Kristian versus Islam diperbesarbesarkan di situ, padahal tiada apa-apa pun, tiada apa-apa pun di situ, hanya dipermainkan oleh pihak-pihak yang dibelakang itu. Mungkin orang-orang yang mengambil kesempatan.
Memang besar story itu pada tahun 1950-an. Saya ingat masa saya ditugaskan membuat
cerita ini dahulu, saya ingat apa la story Natrah ini, siapa ingat. Saya ingat kecik sahaja bendanya.
Bila saya baca surat khabar, saya buka, satu dunia. Sebab saya pergi News Paper Library di London.
Saya buka surat khabar Russia, surat khabar Belanda apatah lagi, main isu sensitif ini. Isu provokasi
ini lah. Surat khabar British pun besar dia mainkan isu ini sehingga menjadi keluar pada tajuk yang
sepatutnya lah. Sangat sesitif la jadinya, jadi orang akan memihak kepada Kristian lebih pada Islam,

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

sudah jadi begitu. Padahal sebenarnya, soal hak asasi manusia bagi saya, saya menganggap itu soal
hak asasi manusia.
Memang story ini dah 20 tahun saya tulis, saya pada tahun 1989 saya mengandung anak
saya, jadi apabila saya hendak tengok balik berapa lama saya dah menulis story ini, saya tengok
umur dia lah. Jadi sudah 20 tahun la story ini, memang generasi muda macam tidak berapa tahu apa
cerita di belakang cerita Natrah ini. Sebenarnya Natrah ini membawa kita mengenali tentang aspeek
undang-undang, celik undang-undang, sama ada undang-undang civil atau undang-undang syariah
dalam tuntutan hak kekeluargaan, maknanya dalam tuntutan anak, hak penjagaan anak atau undangundang perkahwinan, macam mana boleh terbatal atau macam mana boleh jadi sah. Jadi dalam kes
Natrah ini sebenarnya undang-undang Islam belum kemas kini, belum kemas, jadi dalam kes Natrah
ini persoalannya ialah apabila kita belum kemas dan kita lemah, kita pergi pula ke negara yang
mengamalkan undang-undang lain, di bawah British Law dan sebagainya dengan sendirinya kita
akan rugi, terbatal semua hak apa yang ada pada kita terbatal. Jadi kelemahannya di situlah.
Kita boleh melihat bahawa kita tidak tahu menilai bagaimana kita boleh mendapat hak kita
melalui undang-undang, penilaian itu kita tidak ada kerana kita tidak faham bagaimana undang-undang boleh memihak kepada kita atau boleh merugikan kita. Kalau kita faham undang-undang sama
ada undang-undang civil atau common law atau undang-undang shyariah jadi kita akan lebih berhati-hati untuk menuntut hak. Sebab saya misalkan ini senang sahaja, kes narini adalah kes anak angkat, anak angkat Belanda, maknanya Che Aminah menyatakan bahawa dia mempunyai bukti-bukti
yang kukuh mengatakan bahawa Natrah, Nadrah sebenarnya kalau diikutkan nama dia, Nadrah,
Kalau ikut surat khabar malayu menulisnya Natrah atau nama sebenarnya Maria Bertha Hertogh, ini
adalah sebenarnya, dia kata ada undang-undang atau ada certain surt pemilikan hak terhadap Natrah
diberikan oleh ibunya sebab bapanya pada masa itu ada di Tjimah di Bandung. Pemilikan itu diperolehi di Bandung. Jadi dia kata ada surat itu, tapi surat dia tidak dapat bekalkan pada masa perbicaraan tetapi abang dia, abang kepada perempuan itu(Natrah) mengatakan sah pemilikan itu jadi
menanglah. Pada tahap pertama Che Aminah menang. Pada masa perbicaraan kali pertama menang,

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

tetapi dia tidak menilai sudut undang-undang di situ.


Dia rasa tidak selamat jika Natrah itu sekiranya berada di tangan dia atau di bawah pemilikan dia, jadi dia mengahwinkan pula dengan Mansor Adabi. Di situ kahwin itu pula masih boleh berlangsung sekiranya di luar daripada British. Maknanya di bawah kawasan undang-undang dia, dia
di bawah common law, jangan di bawah system common law itu, apabila di situ, jatuh kepada common law, akan terbatal perkahwinan itu sebab dia di bawah umur. Kalaulah perkahwinan itu di buat
di tanah melayu, di luar, di Johor atau di Tambak Johor pun masih boleh, bukan di Singapore. Jadi
Maknanya di situ ialah jangan membiarkan takdir berlaku kerana kebodohan kita, dan janganlah
membiarkan sengsara berlaku kerana kebodohan kita.
Malangnya Natrah tidak boleh memilih kerana dia dianggap bawah umur, di bawah umur 12
tahun. Padahal dia menderita bagi saya, saya menganggap dia menderita seumur hidup kerana dia
dipisahkan pada kasih sayang dia terhadap suami dia walaupun dia baru saja kenal Mansor Adabi
itu, kasih saying dengan mak angkat dia itu kita kena tahu. Kalau ikut hirarki,dia di bawa balik dari
sini dan paksa itu sampai ke airport itu, daripada airport itu lagi dia dikawal sehingga berumur 17
tahun, daripada 12 tahun sehingga 17 tahun dikawal oleh polis di belakang dan di hadapan rumah
dia, pintu belakang dan pintu hadapan. Lepas itu, pergi sekolah, polis sebelah dia, kayuh basikal
sama dengan dia, polis di dalam kelas hari-hari selama 24 jam selama 5 tahun. Sebab itu dia hendak
kahwin cepat. Polis mengikut dia ke mana pergi, 24 jam sehingga dia muak, tak larat hidup, itu satu,
yang kedua dia dipaksakan untuk melupakan Islam dan melupakan segala yang berkaitan dengan
agama itu, lupakan. Dia diambil sejadahnya, telekungnya tiada, Qurannya tiada, semuanya tiada,
takpe juga lagi sebab nak buat macam mana sebab dia memang fall in to that. Dan paling perit
sekali yang dia terpaksa tanggung adalah apabila dia mendapat khabar bahawa Mansor Adabi sudah
berkahwin lain dalam surat khabar, itu sebenarnya.
Bila ditulis dalam surat khabar Mansor Adabi berkahwin, dia terhenyak padahal sebenarnya
story itu adalah, sebenarnya story yang membuatkan Mansor Adabi kahwin lain ialah kerana

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Mansor Adabi di hantar atau menerima satu surat mengatakan surat ini daripada Natrah. Dia tulis
dalam surat itu daripada Natrah, padahal surat itu Natrah tidak pernah tulis, ditulis oleh orang lain
mengatakan daripada Natrah. Dia tulis dalam itu Saya tidak suka kamu, aku tidak suka balik ke
Singapore lebih kurang begitu Sila jangan ingat aku lagi, perkataan-perkataan yang bias dia tulis
dalam itu yang menyebabkan Mansor Adabi begitu kecewa betul. Dia fight dekat sini untuk pergi ke
Belanda, fight untuk dapat balik isteri dia, tiba-tiba dapat surat itu. Surat itu Natrah tidak pernah
tahu, saya baca surat itu, saya terduduk. Surat itulah yang menyebabkan putus antara dia dengan
Mansor Adabi, surat itu memang purposely ditulis oleh kakak dia (Natrah), sebab ada satu budak
bawa surat itu bagi surat itu pada kakak dia untuk bagi Natrah. Natrah tidak baca pun, tidak tahu,
tidak pernah sampai pun surat-surat itu pada dia. Jadi di tulis oleh kakak dia.
Masakan dia(Natrah) boleh huru-hara di televisyen itu sampai dia boleh bunuh suami dia,
Johan Gerardus Wolkefeld bila dia tengok dokumentari yang Singapore itu, sebab dia tengok ihidup
Mansor Adabi jauh lebih bahagia, lebih besar rumah dia, lebih kaya, lebih mewah berbanding diri
dia. Kenapa ibu-bapa aku bersusah payah membawa aku ke sini dan hidup aku lebih sengsara sebab dia terpaksa membuka kedai makan, lepas itu kedai makan itu tidak berapa menjadi, susah
hidup dia dengan anak dia yang kecil-kecil itu. Lepas itu dia tengok Mansor dengan senangnya, she
compare their lives, itu yang sakit jiwa dia, memang dia sakit jiwa. Dia masuk hospital sakit jiwa.
Itu sebab saya kata dia menderita lama dalam itu oleh kerana perpisahan itu di buat dengan paksa.
Tadi saya sebut yang pegawai Kebajikan Masyarakat itu, dia menulis satu buku The Tangle
Between Two World tajuk buku itu, nipis sahaja di bawah South East Asian Study Singapore, buku
nipis merah. Dia menulis dalam buku itu mengatakan, dia membuat prediction, ramalan dia bahawa
Natrah ini akan menderita seumur hidup kerana paksaan-paksaan yang dikenakan pada dia dan saya
sebagai researcher kemudian 20 tahun selepas dia menulis buku itu mengatakan conform benda itu
benar.

Memahami Hubungan Etnik di Malaysia Mengikut Konteks Dimensi Psiko-Sosial, PPPJJ, USM, 2010

Anda mungkin juga menyukai