Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 PENGENALAN
1.1 PENGERTIAN KEBUDAYAAN
Sebelum menyentuh lanjut tentang ancaman terhadap budaya Melayu, seelok-eloknya
kita fahami dahulu pengertian budaya dan kebudayaan; dua istilah yang sering berkait rapat
antara satu sama lain. Budaya yang disebut sebagai culture
thaqafah dalam bahasa Arab sering digunakan bagi menggambarkan kebudadayaan sesuatu
masyarakat. Kebudayaan pula bermaksud keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara
bertindak , berkelakauan, dan berfikir serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa
kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
Sanskrit, iaitu buddhayah yang berasal daripada bentuk jamak dari buddhi (budi atau akal).
Pengertian ini boleh diertikan sebagai hal-hal yang berkaitan dengan budi dan akal manusia.
Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture, yang berasal daripada perkataan Latin
colere, iaitu bermaksud mengolah atau mengerjakan. Pengertian ini bertolak daripada tradisi
pekerjaan utama manusia yang berbentuk mengolah tanah atau bertani (kerja-kerja pertanian).
Menurut pendapat R.Roolvink ( 1966,1-7) dalam Abdul Rahman Ahmad Hanafiah, Komunikasi
Budaya Melayu: Dari Alam Rahim ke Alam Barzakh , ...............budaya itu daripada perkataan
asalnya budi dan daya. Ini ada persamaaan dengan pendapat Koentnjaningrat iaitu ......budaya
merupakan perkembangan daripada kata majmuk budi dan daya
Sementara itu, menurut Edward B. Tylor dalam Khairuddin Mohammad et.al ,
kebudayaan merupakan keseluruhan yang kompleks, yang di dalamnya terkandung
pengetahuan intelektual, kepercayaan (agama), kesenian, moral, hukum, adat istiadat, dan
kemampuan-kemampuan lain yang berada di dalam diri seseorang sebagai anggota
masyarakat yang mengamalkan kebudayaan sebagai sarana hasil karya, rasa, dan cipta
masyarakat. Robert Bierstedt dalam buku Tamadun Islam Penerbitan Universiti Malaya pula
menjelaskan bahawa kebudayaan itu adalah kesemua yang kita fikir, yang kita buat, dan yang
kita punyai sebagai ahli dalam masyarakat.
Walaupun terdapat pelbagai definisi yang diberikan tetapi kebanyakannya mempunyai
makud yang hampir sama . Secara umumnya, budaya dapat dirumuskan sebagai cara hidup,
cara berfikir dan cara bertindak sesuatu kelompok manusia . Secara khusus,budaya adalah apa
yang difikirkan,dilakukan dan dimiliki manusia dalam kehidupan merangkumi semua bidang
sama ada pengetahuan, kepercayaan, undang-undang, moral, adat istiadat dan apa juga cara
1
hidup manusia yang merupakan penglahiran daripada apa yang diwarisi daripada masyarakat
terdahulu.
1.2 KEBUDAYAAN MELAYU DI MALAYSIA
Dalam konteks Malaysia, Kebudayaan Melayu telah dipersetujui menjadi teras
kebudayaan kebangsaan kerana dilihat bersifat agak liberal. Perubahan dalam kebudayaan ini
dilakukan bagi member ruang kepada unsur-unsur kebudayaan sukuan dan kaum lain seperti
India dan Cina yang bersesuaian dengan budaya Melayu. Budaya Melayu diihat menjalankan
fungsinya sebagai :
Menjadi amalan pada peringkat rasmi dan tertinggi seperti system protocol, adat
istiadat pengurniaan, pelantikan , pertabalan dan sebagainya.
1.3 CIRI KEBUDAYAAN MELAYU
Ciri-ciri kebudayaan Melayu meliputi sebahagian besar daripada
kebudayaan Malaysia iaitu :
Bersifat dinamik
Kebudayaan diwarisi
Berkeseinambungan
..sesungguhnya, budaya Melayu pada hari ini menghadapi cabaran dan ancaman
pada zaman global ysng begitu pesat bergelora akibat pengaruh kuat media massa,
akibat serangan hebat budaya moden asing dalam segala bidang termasuk seni
budaya, perilaku manusia, bahasa dan lain-lain. Pernyataan ini terbukti benar
Ancaman dan penjajahan bentuk baharu ini diberikan label atau jenama baharu
yang disebut sebagai GLOBALISASI menyelinap masuk menerusi media massa,
budaya hedonisme dan pemikiran sekular , materialistik dan liberal yang mengubah
sisi masyarakat dan budaya Melayu.
DEFINISI GLOBALISASI
Globalisasi berakar daripada perkataan global yang bermaksud secara literalnya
berkenaan dunia keseluruhannya. Daripada segi bahasa, ia bermaksud fenomena
yang menjadikan dunia kelihatan mengecil dari segi perhubungan manusia
disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat ( Kamus Dewan ,
1994:408) . Martin Albrow dalam The Global Age : State amd Society Beyond
Modernity mentakrifkan globalisasi sebagai suatu keadaan di mana penduduk dunia
diperbadankan di bawah satu masyarakat dunia, masyarakat global. ( Mohd
Azizudin, 2004 : 4 ) . Globalisasi juga dapat ditakrifkan sebagai satu usaha untuk
mengubah nilai manusia khususnya cara berfikir dan cara bertindak yang dilakukan
oleh satu daerah dunia ke satu daerah dunia yang lain ( Aminudin, : 28)
kemajuan. . Oleh sebab itu, kita dapat melihat betapa generasi masa ini
sudah semakin hilang rasa malu melakukan keaiban malah bangga pula
mempertontonkannya kepada khalayak dengan memuat naik gambargambar lucah dan aksi-aksi ranjang menerusi media sosial. Generasi hari
ini tidak lagi seperti yang dinukilkan oleh Allahyarham Usman Awang
dalam sajak Melayu iaitu :Melayu itu orang bijaksana
Nakalnya bersulamkan jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Dalam hal ini peradaban barat memberikan impak yang kuat terhadap
budaya dan cara hidup masyarakat dunia secara amnya dan Melayu
secara khususnya; merobohkan benteng kerohanain semua bangsa
menerusi hidangan hedonisme cara hidup yang mementingkan
hiburan. Budaya hedonism inilah yang menjadi ikutan dan kegilaan
4
generasi hari ini malah sudah menjadi ikutan sejak berpuluh-puluh tahun
yang lalu dan ini dinukilan dengan jelas oleh Allahyarham Usman Awang
menerusi puisinya Melayu itu tadi .
....Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu asyik dengan temasya
Sedangkan kampong telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
.
Levis
dan
Bonia
yang
hampir
kesemuanya
tidak
membaratkan timur ini. Contoh yang paling ketara dapat dilihat semasa
penganjuran program-program hiburan yang memperlihatkan artis-artis
terutamanya
kini.
Malah,
seolah-olah
juga
sudah
ada
kecenderungan
menjadikan pakaian baju kurung dan baju Melayu hanya pakaian pada
hari raya Aidilfitri dan Aidiladha semata-mata , sama seperti yang beraku
pada masyarakat Cina yang kini hanya mengenakan ceongsam dan
samfu pada sambutan Tahun Baharu Cina.
.
Contoh kerancuan bahasa
e) Media massa ciptaan barat menjadi alat mendoktrin pemikiran manusia.
Media massa merupakan alat yang digunakan dalam menyampaikan
pesanan
daripada
sumber
kepada
khalayak
pengguna
dengan
fahaman
liberalisme,
sekularisme,
materialistic
dan
mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekalipun daripada terus menjadi
alat kepada rejim besar dunia yang ingin memanipulasi dan mempergunakan
mereka demi mencapai matlamat dan kepentingan barat yang nantinya akan
mendatangkan ksengsaraan kepada segenap dimensi kehidupan akibat cengkaman
dan racun berbisa yang berterusan dari barat. Jika generasi hari ini terus menerus
meninggalkan akar budaya bangsa sendiri, maka dalam tempoh 20 tahun
mendatang, bahasa dan budaya Melayu itu akan tinggal sebagai kenang-kenangan.
11