Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:

 Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik

 Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik.

 Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Malaysia.

1.1 PENGENALAN

 Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya dalam mewujudkan
hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara konsep penting termasuklah konsep etnik,
masyarakat, budaya, integrasi dan sebagainya.

 Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang dikemukakan oleh
para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks negara kita Malaysia

1.2 KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK

1.2.1 Masyarakat

 Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan individu yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.

 Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat khususnya melalui hubungan
bersemuka yang berulangkali akan membina kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.

 Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial seperti berkongsi
kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya.

 Contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama merayakan hari kebesaran
dan sebagainya.

 Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya , memduduki satu-satu
kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu entiti yang bersatu padu.

1.2.1.1 Ciri-Ciri Masyarakat

 Berkelompok
-Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah mustahil
seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa bergantung pada individu
lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan satu anggota masyarakat berinteraksi
dengan anggota yang lain dan bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

 Berbudaya

-Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya budaya makan
dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan diperturunkan dari satu generasi kepada
satu generasi.

 Berinteraksi

-Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya perhubungan, interaksi dan
bekerjasama di antara anggota masyarakati. Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh
berlaku secara lisan atau tidak lisan.  

 Mengalami perubahan

- Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan. Perubahan tersebut
belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh
penemuan ubat-ubatan moden kini telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu
dari perubatan tradisional kepada perubatan moden.

 Mempunyai kepimpinan

-Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di pelbagai peringkat
sama ada kepimpinan peringkat rendah,sederhana mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah
pemimpin keluarga, penghulu adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin
negara.

 Mempunyai aturan sosial

- Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan undang-undang.
Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan anggota masyarakat .

1.2.2 Budaya

 Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak
bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan
hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala
sesuatu yang dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"'
yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

 Kamus Dewan (2005) “Budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan
dan sebagainya”.
 Menurut Edward B. Taylor, budaya adalahi satu konsep menyeluruh yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain
kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

 Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-satu kumpulan insan.
Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial, kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya.

1.2.2.1 Ciri-ciri budaya:

 Boleh dipelajari
-Ia tidak dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar anaknya bagaimana cara
makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang lebih tua dan sebagainya.
 Boleh diwarisi
-Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya rakyat Malaysia
(Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari nenek moyang mereka dahulu.

 Boleh dikongsi
-Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga oleh etnik lain.
Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang sudah menjadi budaya rakyat
Malaysia.

 Boleh berubah-ubah
-Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman, masa dan tempat.
Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah beratap nipah, dan berubah kepada atap
genting dewasa ini. Dulu ekonomi masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara
diri dan telah berubah kepada ekonomi kapitalis.
 Bersifat sejagat
-Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati alam sekitar.
Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik dengan etnik lain disebabkan oleh
nilai setempat, pengaruh luar, agama dan sebagainya
 Mempunyai unsur simbolik
-Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dansebagainya), bunyi (siulan,
bunyian alat muzik ), isyarat,( isyarat tangan, muka dan sebagainya) mempunyai makna tertentu
kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3 Etnik
 Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam. Ini termasuk adat
resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.

 Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri persaaan dari segi
fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi.

Pengkaji barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada:


i.Caucasoid (putih)

ii. Negroid (hitam)

iii. American (merah)

iv. Mongoloid (kuning)

1.2.4 Bangsa

 Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau keturunan yang
sama,.

 Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota etnik yang besar
dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, Melayu, India dn lain-lain.

 Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan anggota etnik yang
lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok etnik. i.e Melayu, Cina, Indi dsb.

Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik

 Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama
yang menyatukan mereka.
 Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaaan yang wujud di kalangan anggota sesebuah
kelompok bahawa kehebatan cara hidup, budaya warisan serta mereka etisiti mereka adalah
jauh lebih baik dari kelompok lain.
 Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi:
i. Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain
ii. Mencetuskan persengketaan senyap kerana bidaya etnik lain dianggap
mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia
iii. Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikapego dan
kebanggaan yang melulu
iv. Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk mengukur
cara hidup dan budaya etnik lain
v. Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga menjadikan
mereka seperti “katak di bawah tempurung”.

 Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok terhadap kelompok
lain berdasarkan fizikal atau biologi.
 Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok berasaskan ciri-ciri
etnik.
 Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat berdasarkan generalisasi dan
prasangka sahaja.
 Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang rendah terhadap
etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik berlumba untuk mendapat sesuatu
yang terhad baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya.
 Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain. Walau pun sesuatu
perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik , tetapi kerana sikap prejudisnya maka ia
dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai perlakuan yang sama.
 Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan
samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu kumpulan.
 Contohnya penulis barat mengatakan: “kekayaan yang dimiliki oleh orang Cina kerana kerjas
keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah kerana sikap malas dan boros
mereka”. Pandangan streotaip orang Melayu terhadap orang Cina: “Orang Cina adalah
pengotor”,

1.3 KONSEP INTEGRASI


 Integrasi (integration) wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahlinya menerima ciri ahli
yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka. Ianya akan melenyapkan sikap
prasangka, diskriminasi terhadap satu sama lain.
 Difinisi integrasi sosial : Proses menyatupadukan berbagai kelompok dalam masyarakat melalui
satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan identiti masing-masing (Ting, 1977).
 Integrasi sosial adalah cetusan seorang ahli sosiologi British David Lockwood di tahun 1950an.
Ianya bertujuan untuk mencapai keamanan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat yang
berbilang etnik.

Jenis-jenis integrasi:
 Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah dalam konteks ekonomi,
politik, sosial dsb.
 Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
 Integrasi kebudayaan : Usha menyatukan budaya pelbagai etnik sehingga menjadi budaya
kebangsaan.
 Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program sosial.
 Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-program pendidikan.
 Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik dan melalui konsep
pembahagian kuasa

1.4 TEORI INTEGRASI ETNIK


Menurut ahli soiologi, integrasi etnik berlaku dalam beberapa peringkat, antaranya:
i. SEGREGASI (Segregation)
 Hubungan yg bersifat pemisahan antara etnik di dalam kawasan tempat tinggal,
persekolahan, pengangkutan kemudahan awam dsb sesebuah negara. Hubungan bentu
ini sepertimana dasar apartheid yg di amalkan oleh negara Afrika Selatan.
ii. AKOMODASI (Acomodation)
 Proses etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain namun mereka
tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Walau bagaimana pun mereka
hidup dalam harmoni. i.e Swiss.
iii. AKULTURASI
 Proses penerimaan budaya dari kelompok lain sehingga kebudayaan kelompok tersebut
diterimapakai sebagai kebudayaan sendiri.
Proses penerimaan tersebut sesekali tidak akan menyebabkan hilang identiti asal
mereka. i.e pemberian ‘ang pow’ pemakaian tali leher dsb. oleh masyarakat Malaysia.

iv. ASIMILASI
 Proses pencantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga terbentuk
satu kelompok manusia yg mempunyai identiti yang sama. Di Malaysia ia berlaku pada
masyarakat Baba Nyonya Melaka, masyarakat Cina Kelantan.
 Teori asimilasi ini menggunakan formula A+B+C = A
 A mewakili etnik dominant, manakala B dan C mewakili etnik minoriti. Ideanya ialah
lama kelamaan semua kumpulan akan mematuhi pola-pola golongan diminan dan
meluapakan kebudayaan dan identiti masing-masing.
v. AMALGAMASI
 Proses percampuran budaya dan ras sehingga membentuk budaya dan ras yang baru.
Cara utamanya ialah melalui perkahwinan campur.
 Teori ini menggunakan formula A+B+C = D
 A,B dan C mewakili etnik yang berlainan, manakala D adalah etnik yang terhasil dari
penyatuan A, B dan C.