Anda di halaman 1dari 10

1.

0 PENYEDIAAN

PORTFOLIO

DAN

PENULISAN

ESEI

TENTANG

TAJUK

PELAKSANAAN E-DAGANG BAGI PERNIAGAAN BERSKALA KECIL

1.1 PENGENALAN
Smart Watch Store Online merupakan sebuah syarikat perniagaan "online"
berasaskan Jam Pintar. kami menawarkan pengalaman membeli-belah dalam talian
yang cepat, mudah dan selamat. Smart Watch Store Online sentiasa berusaha untuk
menawarkan tawaran yang sebaik mungkin untuk pelanggan kami. selain itu, Kami
menawarkan pilihan produk yang berkualiti tinggi yang mana anda boleh dapati melalui
hujung jari. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 2014. Perniagaaan ini dimilik oleh
dua orang pemilik iaitu Ben Antonius Binios dan Jacqueline Jasmine Lang.

1.2 PRODUK DAN PERKHIDMATAN


Smart Watch Store Online menawarkan pelbagai model Jam pintar. Semua jenis
Jam Pintar adalah diperolehi daripada kilang atau pembekal seperti Sony, Apple dan
sebagainya. Setiap jenis dan model jam pintar yang diberikan menepati dan memenuhi
kehendak dan kualti yang diinginkan oleh pengguna zaman ini.

1.3 SEBAB JAM PINTAR(SMART WATCH) DIJADIKAN PRODUK PERNIAGAAN


Trend dan gaya hidup rakyat Malaysia sekarang adalah menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi atau sosial dan juga hiburan. Penggunaan Jam Pintar (smart
Watch) sangat terkenal pada zaman yang serba moden ini. Hal ini kerana dengan
adanya smart watch pengguna dapat mangakses maklumat dan juga dapat bersosial
melalui pelbagai aplikasi yang terdapat pada jam pintar seperti whatapp, wechat
facebook dan sebagainya. Selain itu, smart watch juga mempunyi pelbagai aplikasi
sebagai hiburan seperi video, Mp3, mp4 dan sebagainya. Kelebihan yang banyak
terdapat pada smart watch menyebabkan permintaan yang tinggi oleh pelanggan
terhadap produk ini. hal ini menjadi antara faktor utama untuk pihak kami memilih smart
watch sebagai produk perniagaan. Produk ini sesuai digunakan oleh semua lapisan
masyarakat, jantina dan sosioekonomi penduduk malaysia. Oleh itu, pihak Smart Watch
Store Online mengambil keputusan untuk memasarkan produk ini.
Kadar kos yang tidak terlalu tinggi adalah satu faktor yang kuat untuk terus
memasarkan produk ini melalui pasaran atas talian. Variasi bentuk, warna dan model
Smart watch mampu menarik perhatian pengguna dan pelanggan. Sumber untuk
mendapatkan stok juga adalah mudah untuk didapati dengan kos yang berpatutan. Stok
untuk produk ini boleh didapati di melalui pembekal atau syarikat seperti SONY, Apple
dan sebagainya di seluruh Malaysia dan pembelian secara pukal akan membolehkan
kos belian inventori adalah rendah.

1.4 PASARAN SASARAN


Smart Watch Store Online merancang untuk memasarkan perniagaan kepada
semua kumpulan pelajar-pelajar dari institusi pengajian tinggi kerana kumpulan ini
adalah kumpulan yang mempunyai celik IT yang tinggi dan mementingkan teknologi
untuk pencarian maklumat dan komunikasi. Produk yang dipasarkan ini adalah sangat
memenuhi kehendak mereka. Selain itu, kumpulan pekerja-pekerja dari sektor awam
dan swasta juga adalah sasaran yang dikenalpasti. Disamping itu, kami juga
mensasarkan kepada pengguna internet untuk membeli produk kami. Kawasan pasaran
sasaran kami ialah seluruh Malaysia.

1.5 TREND DAN SAIZ PASARAN


Trend pasaran yang disasarkan oleh Smart Watch Store Online ialah
penggunaan Jam Pintar sebagai satu jenis perhubungan atau alat komunikasi yang
menggantikan Smartphone. Kebiasaannya Smart Watch dipilih untuk kegunaan
komunikasi harian kerana penggunaannya lebih mudah dan canggih. Seterusnya, ialah
penggunaan Smart Watch dalam gaya dalam penampilan diri. Ada kalanya pengguna
menggunakan jam pintar sebagai aksesori tambahan untuk menampilkan diri supaya
kelihatan lebih menarik dan bergay bagi menggantikan barang kemas seperti gelangn
dan jam tangan biasa.
Saiz pasaran Smart Watch Store Online bergantung kepada jumlah pengguna
dan pelanggan yang mendapatkan smart watch kami. Pemilihan model dan reka bentuk
adalah satu tarikan kepada pengguna. Di samping itu, penggunaan laman blog sebagai
medium jualan smart watch adalah amat strategik dan sesuai dengan keadaan semasa
yang menggunakan talian internet sepanjang masa. Kami mengandaikan bahawa
terdapat 40% pengguna internet akan membeli Jam Pintar secara atas talian. Ini akan
membantu memperbesar lagi saiz pasaran kami pada masa akan datang.

1.6 PERSAINGAN
Terdapat banyak persaingan dalam perniagaan Smart Watch secara atas talian.
Kami terpaksa bersaing dengan pelbagai syarikat seperti Lazada, Lelong.com dan
sebagainya. Antara kekuatan yang ada pada pesaing utama kami ialah mereka
merupakan syarikat yang telah lama memasarkan barangan IT dan mempunyai
pelanggan yang cukup ramai dan setia dengan produk mereka. Hal ini membolehkan
mereka mempunyai stok inventori yang sangat banyak dan mencukupi untuk memenuhi
permintaan pelanggan. Selain itu, pesaing kami mempunyai sumber kewangan yang
sangat kukuh untuk terus memasarkan produk mereka. Mereka tidak akan mempunyai
masalah untuk menggunakan wang yang banyak bagi mempromosikan produk mereka
secara atas talian.
Kelemahan yang boleh kami analisiskan terhadap pesaing kami ialah mereka
akan sentiasa tidak memenuhi kehendak permintaan pelanggan yang cukup tinggi. Hal
ini kerana walau pun mempunyai stok inventori yang banyak tetapi stok perniagaan
mereka tidak tertumpu pada Smart Watch sahaja tetapi juga memasarkan barangan
lain. Oleh itu mereka tidak dapat memokuskan penjualan terhadap Smart Watch sahaja.
Kebanyakan produk mereka akan habis dalam tempoh masa yang sangat sedikit
sehingga ada aduan daripada pelanggan bahawa mereka tidak dapat membeli produk
yang baru sahaja keluar. Ini akan menyebabkan pelanggan mudah beralih arah kepada
peniaga smart watch yang lain.

1.7 STRATEGI PEMASARAN


Smart Watch Store Online mengharapkan agar perniagaan Jam Pintar kami
mampu mengatasi pesaing-pesaing dan sentiasa membekalkan pelbagai jenis Jam
Pintar dengan corak rekabentuk yang menarik serta mampu menarik perhatian
pelanggan.kami membahagikan strategi pemasaran kami kepada lima strategi iaitu
strategi perkhidmatan, strategi promosi, strategi harga, dan strategi medium jual beli.

1.7.1 Strategi Perkhidmatan :


i)
Smart Watch Store Online akan menyediakan perkhidmatan yang sangat
berkualiti dan memenuhi apa jua kehendak pelanggan namun masih
ii)

dalam kadar harga yang berkualiti.


Smart Watch Store Online akan menerima semua jenis cadangan dan

iii)

kritikan yang diberikan oleh pelanggan.


Smart Watch Store Online akan memastikan bahawa setiap produk yang
dijual tidak mempunyai kerosakan dan sebarang masalah.

1.7.2 Strategi Promosi : .


i)
Mengedarkan pamplet dan brosur secara berkala pada kawasan-kawasan
strategik yang menjadi laluan sibuk orang ramai seperti stesen LRT, bas
ii)

dan sebagainya.
Memasang banner dan bunting sebagai salah satu langkah mempromosi

iii)

pelancaran.
Iklan melalui internet seperti Youtube, Facebook, dan sebagainya

1.7.3 Strategi Harga :


Penetapan harga yang diletakkan ke atas produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan adalah berpatutan, harga pasaran mengikut kadar pasaran seperti
yang ditetapkan pesaing-pesaing lain. Kami akan menguragkan harga mengikut
kadar yang telah ditetapkan dan mengikut tempoh promosi yang berlangsung
ketika itu.

1.7.4 Strategi Medium Jual Beli :


5

Perniagaan secara e dagang atau atas talian ini ialah satu medium yang
sistematik dan memudahkan pengguna. Pengguna boleh membeli produk kami
hanya melalui hujung jari dengan cara yang mudah dan pantas. Pelanggan boleh
membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit dan juga PayPal
kepada akaun perniagaan kami.

1.8

MASALAH PERDAGANGAN (E DAGANG)


Antara masalah yang kami hadapi ialah persaingan yang begitu kuat daripada
pesaing pesaing kami. Kami terpaksa bersaing dan menyediakan pelbagai
jenis dan rekabentuk Jam Pintar yang lebih menarik berbanding pesaing
pesaing bagi memastikan kami masih menjadi pilihan pelanggan dan pengguna
tudung bawal. Kami juga akan cuba menonjolkan keistimewaan dan kualiti yang
terbaik dalam setiap produk yang kami keluarkan bagi menarik perhati lebih
banyak pelanggan.
Masalah lain yang kami hadapi ialah masalah kewangan. Memandangkan kami
merupakan usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan, kami tidak
mempunyai jumlah wang dan aset yang mencukupi untuk berbelanja besar
dalam menyediakan tapak blog kami atau mengeluarkan produk yang banyak.
Kami berusaha sebaik mungkin untuk mengeluarkan produk dan menyediakan
perniagaan atas talian kami dengan menggunakan kos yang sangat optimum.

2.0 MEMBUAT SATU BLOG PERNIAGAAN

Link Blog: http://swso2u.blogspot.com

Pengenalan kepada blog

http://swso2u.blogspot.com/p/pengenalan.html

Contoh Produk yang dijual

http://swso2u.blogspot.com/p/blog-page.html

Pembayaran melalui Paypal

Cara Tempahan

Hubungi Kami

10

Anda mungkin juga menyukai