Anda di halaman 1dari 5

PENGAJIAN PERNIAGAAN 2

UJIAN BULAN MAC 2013


NAMA______________________________________

(a)

Terangkan tiga sebab mengapa seseorang pengurus perlu membuat perancangan dalam
perniagaan.
[6]
Tiga sebab pengurus perlu merancang perniagaan
1. Menyediakan hala tuju/menentukan matlamat/fokus
organisasi perlu membuat analisis peluang, cabaran, ancaman, kekuatan, kelemahan untuk
menentukan matlamat.
2. Menyelaras sumber
mengenalpasti, mengagih dan menggunakan sumber secara cekap dan berkesan antara
jabatan/unit perniagaan kurangkan pembaziran; mengadakan sumber berganda.
3. Ukuran prestasi /pencapaian
Dalam rancangan ada matlamat dan gol yang ingin dicapai. Gol ini akan menjadi garis
penamat.
4. Tindakan pembaikan
Hasil sebenar yang dicapai akan dibanding dengan gol. Kekurangan akan ditambah baik.
5. Panduan membuat keputusan
Dalam rancangan ada garispanduan tentang apa matlamat dan bagaimana mencapainya. Dan
garispanduan ini akan menjadi panduan kepada membuat keputusan khususnya berkaitan
pengagihan sumber.
6. memahami persekitaran perniagaan
membentuk strategi perniagaan.
7. sebagai alat kawalan s
upaya penyelewengan/kesilapan dapat dielakkan

(b)

Jelaskan ciri-ciri penjabatan sesebuah organisasi perniagaan mengikut fungsi.

[4]

Ciri-ciri penjabatanan organisasi mengikut fungsi:


1. Pengumpulan aktiviti/ tugas/ pekerja mengikut kesamaan kemahiran/ kepakaran/ aktiviti
kerja dan sumber yang digunakan
2. Pengasingan jabatan dilakukan bagi mencapai ekonomi berskala berdasarkan
pengkhususan kerja .
3. Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan
aktiviti kerja.
4. Contoh: struktur mengikut Jabatan Pemasaran, Jabatan Pengeluaran dan Jabatan Kewangan
(c)

Jelaskan kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi


perniagaan.
[6]
Kepentingan faktor motivasi kepada pekerja di dalam sesebuah organisasi perniagaan ialah:
1. Menyatukan usaha ahli organisasi ke satu arah, yakni bagi mencapai matlamat
organisasi
2. Mengekal pekerja,terutama pekerja mahir dalam organissi
3. Mengurangkan kadar ponteng kerja
4. Mengurangkan kadar lantik henti pekerja dalam organisasi
5. Meningkatkan usaha dan prestasi pekerja
6. Meningkatkan moral pekerja
7. Meningkatkan kerjasama di kalangan ahli-ahli organisasi.

(d)

Jelaskan tahap stres bagi individu yang kurang kompetitif yang bekerja dengan pemimpin
jenis autokratik, demokratik dan laissez-faire.
[6]
1. Bekerja dengan pemimpin autokratik -Cepat stres/Stres tahap Tinggi
Jika individu tersebut bekerja di bawah pengurusan atasan yang menggunakan gaya
kepimpinan autokratik kerana individu jenis ini tidak suka membuat kerja dan lembab
dalam menyiapkan sesuatu tugasan.
2. Bekerja dengan pemimpin demokratik-Stres tahap sederhana
Jika individu tersebut bekerja di bawah pengurusan yang gaya pengurusannya adalah
demokratik kerana individu tersebut berasa tidak perlu menyumbang kepada keputusan
bersama atau berasa tidak ada masalah jika tiada penyertaan dalam keputusan kerja
serta berasa tidak terlalu ditekan oleh pihak atasan.
3. Bekerja dengan pemimpin laissez-faire-Sukar stres/Stres tahap rendah
Jika indivdu tersebut bekerja di bawah pengurusan yang mengamalkan gaya pengurusan
Laissez-faire/bebas kerana individu tersebut berasa kurang diberi tanggungjawab,
tidak dikawal dan tiada tekanan dari pihak atasan.

(e)

Jelaskan empat kepentingan kemahiran kemanusiaan kepada pengurus peringkat


pertengahan.

[4]

Kepentingan kemahiran kemanusiaan kepada pengurus peringkat pertengahan ialah:


1. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk bekerja dengan orang
lain [1] seperti bekerja dengan staf bawahan dan staf jabatan lain termasuk
pengguna/pelanggan.
2. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk memahami tingkahlaku
pengguna/pekerja/pihak berkaitan dengan aspek jabatan mereka. [1]
3. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk Memotivasi/Berupaya
meransang individu supaya rajin bekerja[1] seperti memotivasikan orang bawahan/
jurujual/ promoter/agen pemasaran
4. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan
berkesan [1] iaitu boleh memberi arahan jelas/maklumat produk/pengaruhi pengguna/staf
kepada pihak berkaitan
5. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus lain
di semua peringkat dalam organisasi [1] seperti pengurus/staf jabatan lain dalam organisasi
sama.
6. Pengurus pertengahan tersebut akan mempunyai kebolehan memahami sikap dan perasaan
orang lain[1] seperti staf dalaman/pihak pengguna/pelanggan-peka dan prihatin terhadap
masalah berkaitan dengan aspek pemasaan produk.

(f)

[mana-mana 4 pertama x 1m]


Pemimpin adalah juga seorang pengurus, tetapi pengurus tidak semestinya seorang
pemimpin. Bincangkan penyataan ini.
[6]
Pemimpin adalah seorang pengurus kerana pemimpin:
1. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain khususnya pekerja untuk tujuan
mempengaruhi mereka.[1]
2. Berkebolehan menangani perubahan dengan membentuk visi tertentu
3. Aktif dari aspek kemanusiaan berfungsi untuk mempengaruhi ahli atau diikuti oleh
orang lain
4. Mempunyai motivasi yang tinggi
5. Berupaya memberi arahan dan subordinat akur dengannya
6. Mempunyai ciri-ciri istimewa tertentu yang tiada pada orang lain dari segi
7. Berkeupayaan mempengaruhi orang lain
Pengurus tidak semestinya seorang pemimpin kerana:

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Jawatannya adalah secara fomal dalam organisasi.[1]


Tidak bersifat interaksi peribadi, kelayakan akademik melayakkan beliau
memegang jawatan.
Lebih mementingkan pencapaian matlamat yang ditetapkan oleh organisasi
Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi.
Memastikan organisasi berada pada landasan yang betul.

[Mana-mana 3 ciri pemimpin x 1m=3m]


[Mana-mana 3 ciri pengurus x 1m=3m]
(g)

Huraikan tiga elemen penting tawaran di dalam Akta Kontrak.

[6]

Tiga elemen penting tawaran ialah:


1. Tawaran mestilah jelas, lengkap dan muktamad [1]
Tawaran mestilah jelas tentang terma-termanya dan kepada siapa tawaran itu ditujukan.
[1]
Tawaran yang kabur dan tergantung maksudnya tidak akan menjadikan tawaran itu
mengikat di sisi undang-undang. @[1]
2. Penerima tawaran harus ditentukan
Tawaran yang dibuat kepada orang tertentu merupakan satu tawaran kepada individu
yang dipilih oleh pembuat tawaran.
Orang selain dari mereka tidak boleh menerima tawaran tersebut. Sekiranya pihak lain
menerimanya, maka penerimaan tersebut adalah tidak sah.
Sementara itu, tawaran kepada sekumpulan orang adalah satu tawaran yang berbentuk
umum. Ini bermakna penerimaan boleh dibuat oleh sesiapa sahaja yang mengetahui
tentang tawaran tersebut.
3. Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran
Pelawaan tawaran pula merupakan langkah pertama dalam rundingan yang mungkin
akan berakhir dengan tawaran sesuatu pihak.
Ia merupakan satu pernyataan bahawa seseorang itu berkehendak untuk melakukan
perundingan tetapi tidak berkehendak untuk terikat di sisi undang-undang.
[3 jawapan pertama sahaja]
[Fakta 1m, Huraian 1 x 1m]
Jumlah=6m
(h)

Terangkan dua pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah untuk memasuki
sesuatu kontrak.

[4]

Pengecualian bagi seseorang yang berumur 18 ke bawah memasuki sesuatu kontrak


ialah:

1. Kontrak untuk keperluan hidup [1]


Contoh kontrak untuk keperluan hidup seperti makanan, minuman, pelajaran dan
lain-lain yang perlu dan munasabah kepada kesenangan remaja.[1]
2. Kontrak biasiswa
Kontrak biasiswa ialah kontrak yang melibatkan kontrak biasiswa kanak-kanak
dengan badan kerajaan sahaja.
3. Kontrak insurans
Kontrak insurans dikecualikan dengan syarat mendapat kebenaran bertulis bapa
atau penjaga.
4. Kontrak perkahwinan

Kontrak perkahwinan merupakan satu pengecualian kepada kaedah umum bahawa


kanak-kanak tidak boleh membuat kontrak.
Ini bermakna kanak-kanak di bawah umur dewasa boleh membuat kontrak untuk
berkahwin, dan kontrak itu sah dan dapat dikuatkuasakan di mahkamah.

[Mana-mana 2 jawapan pertama]


[Fakta =1m, Huraian=1m]
Jumlah=4m
(i)

Jelaskan keadaan yang yang membolehkan pelawaan tawaran berlaku menurut Akta
Kontrak 1950.
[4]
Pelawaan tawaran boleh berlaku dalam keadaan berikut:
1. Pameran barang di kedai layan diri
Pekedai yang memperagakan barangan di dalam kedai hanya membuat pelawaan.
Sesiapa yang mengambil barang tersebut dan membawa ke kaunter untuk membayar adalah
pihak yang membuat tawaran untuk membeli.
2. Lelongan
Pelelong adalah pihak yang membuat pelawaan. Mana-mana orang yang hadir di majlis
lelongan, meletak harga untuk membeli barang lelongan adalah orang yang membuat tawaran.
3. Pengiklanan
Iklan juga merupakan pelawaan. Contohnya, iklan jawatan kosong dalam akhbar,
mana-mana orang yang memohon untuk mengisi jawatan tersebut ialah orang yang membuat
tawaran dan terpulanglah kepada syarikat yang ingin mengambil pekerja untuk membuat
penerimaan.

(j)

Berikan definisi barang-barang menurut Akta Jualan Barang-Barang 1957.

[4]

Barang ialah setiap jenis harta alih selain daripada tuntutan dan wang dan termasuk stok dan
saham, tanaman, rumput dan barang yang tercantum kepada tanah atau menjadi sebahagiannya
yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan di bawah kontrak jualan.

2(a) (ii) Kes En. Zari lawan En. Zaru

Dalam kes ini, En.Zari telah memohon perintah mahkamah untuk mengistiharkan perjanjian
jualan kereta beliau kepada En.Zaru sebanyak RM1000 adalah batal dengan alasan balasan
tidak mencukupi.

En.Zari tidak boleh meminta mahkamah meniistiharkan perjanjian jualan kereta tersebut batal
disebabkan balasan tidak mencukupi kerana;

Merujuk kepada elemen penting balasan, iaitu ;


1. Balasan mesti mempunyai unsur timbal balik

Sesuatu balasan mestilah ada unsur timbal balik iaitu pembuat tawaran mesti ada
balasan yang ingin diberi kepada penerima dan begitu juga sebaliknya. Pembuat
tawaran mestilah mempunyai balasan masing-masing terhadap setiap tawaran yang
diberikan olehnya kepada sesiapa.
En.Zari telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh En.Zaru untuk membeli
kereta beliau dengan balasan harga RM1000 tanpa wujud unsur paksaan

2. Sesuatu balasan itu tidak semestinya berpadanan

Berpadanan bermaksud sesuatu balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak
semestinya berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang
diberikan oleh pembuat janji.
En.Zari perlu mengetahui bahawa sesuatu balasan yang diterima akibat penjualan
kereta tersebut tidak semestinya setimpal dengan nilai sebenar kereta tersebut.

Kesimpulannya Kontrak jualan antara En.Zari dan En.Zaru terhadap jual beli kereta Volvo
tahun 1992 hak milik En.Zari dengan harga RM1000 adalah sah, dan tidak terbatal akibat
balasan yang tidak setimpal.

(b) Keputusan kes (i): Raja lawan Dahlia


Raja berhak mendapat balik wangnya daripada Dahlia walaupun dia telah menggunakan kereta itu
selama 4 bulan kerana:
Alasan:
1. Dahlia tidak mempunyai hak milik sah terhadap kereta tersebut, sedangkan syarat termaklum
dalam Seksyen 14(a) Akta Jualan Barangan 1957 menyatakan
i.
ii.

Penjual mempunyai hak milik sah terhadap barangan yang dijual. Syarat termaklum
dalam kontrak untuk menjual barangan:
Penjual akan memperolehi hak milik sah terhadap barangan pada ketika ia diserahkan
kepada pembeli.

2. Tujuan hak milik sah ialah:


i.
Memastikan penjual benar-benar mempunyai hak yang sah terhadap barangan.
ii.
Memastikan penjual benar-benar dapat memindah hak milik yang sah kepada pembeli.

Anda mungkin juga menyukai