Anda di halaman 1dari 6

Budaya tradisi Etnik Bajau

Etnik kedua terbesar di negeri Sabah ini kebanyakannya menduduki kawasan


Pantai Barat Sabah, khususnya di Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu dan Papar. Di
segi budaya tradisi etnik Bajau Sama popular dengan tarian kuda pasu dan
limbai terutama di daerah Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan
kehebatan kaum itu dalam aktiviti menunggang kuda.

Tarian limbai pula adalah tarian yang diadakan sebagai menyambut ketibaan
pengantin. Gerak-geri tarian ini seperti orang yang melambai-lambaikan tangan
menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Kebiasaannya tarian ini
dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan
sebagainya.

Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian tradisional
khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis keramaian tertentu. Pada
zaman dahulu mereka dikenali sebagai petani yang rajin dan penunggang kuda
yang cekap. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak
membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah.
Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari warna hitam, etnik Bajau
pula mengemari warna garang, seperti warna merah dan juga jenis yang terang
seperti hijau dan kuning.

Namun pada masa tertentu warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan.
Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa majlis perkahwinan,
meraikan lawatan para pemimpin, acara-acara adat dan lain-lain. Tarian etnik ini
yang lainnya dikenali sebagai berunsai.

Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu.
Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan
butang betawi dibelahan hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya
digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku
memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini
seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga
mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan
atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna
kontra akan digunakan.

Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala.
Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai
semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda tanjak ini yang mereka pakai
biasanya dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga

memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga memakai kain
selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu mereka juga memakai puyut
yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang).

Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu
ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun.
Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah
pahlawan-pahlawan yang gagah, maka mereka juga menggunakan perhiasan
berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai
lambang kepahlawanan etnik berkenaan.

Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang
dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang,
selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan
baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di
bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal
daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi
digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga
akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis
perkahwinan.

Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya mengenakan
baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain
jenis satin yang berwarna terang. Mereka juga akan memakai skirt panjang yang
dipanggil olos berangkit. Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan.
Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan bunga kapas
atau pucuk rebung. Kaum wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang
berwarna putih yang digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka
juga memakai selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa sapu tangan
atau puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai.
Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan pemakaian
barang perhiasan atau aksesori.

Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang dipanggil


mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain baldu yang
dihiasi dengan perak atau emas. Kebiasaannya ia dikalungkan di leher.

Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil serempak.
Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah mahkota dan diperbuat daripada
logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk.
Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang telah dibentuk menjadi
sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkan.

Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang yang
diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang
diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka juga memakai
tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman
dahulu ia diperbuat daripada logam perak.

ASAL USUL
Kaum Bajau merupakan kaum bumiputra kedua terbesar di negeri Sabah. Kaum Bajau
kebanyakkannya beragama Islam dan berasal dari dua kumpulan etnik yang tidak jauh bezanya iaitu
Bajau di pantai Timur dan juga Bajau di pantai Barat. Mereka ini merupakan antara pelaut terkenal
pada zaman dahulu sebelum kedatangan penjajah di Sabah. Kaum Bajau didapati mempunyai
kemahiran membina sampan atau kapal yang sederhana saiznya dalam beberapa catatan sejarah.
Kaum Bajau dahulunya juga adalah pelaut yang mahir di mana kegiatan utamanya ialah
pelanunan serta penangkapan ikan. Orang-orang Bajau juga mempunyai kemahiran menunggang
kuda dan ini menjadikan mereka antara kaum yang paling berjaya di Sabah. Kemahiran mereka ini
menjadikan mereka terkenal di negeri Sabah dan diberi gelaran Koboi Timur atau Koboi Sabah.
Semasa dalam majlis tertentu seperti pesta dan hari perayaan, penunggang kuda kaum Bajau ini
sering kelihatan dalam pakaian berwarna-warni malah kuda mereka juga dipakaikan kain seperti
penunggang juga
Orang Bajau yang berada di sebelah pantai Barat Sabah
kebanyakkannya menetap dari bahagian Kota Kinabalu sehingga ke Kota
Belud. Bagi kaum Bajau yang berada di bahagian pantai Timur Sabah ,
mereka masih mengamalkan kehidupan tradisional seperti kegiatan
menangkap ikan dan kaum Bajau di sini digelar Bajau Laut.
Walaubagaimanapun orang-orang Bajau di bahagian Timur Sabah ini
kebanyakkannya telah menetap di darat atau di perkampungan tepian
pantai. Segelintir daripada mereka masih lagi tinggal dalam perahu yang
merantau ke sana-sini iaitu Lepa. Kaum wanita Bajau juga terkenal
dengan tenunan kain mereka iaitu Dastar yang disulam dengan kain
berwarna merah, kuning, hijau, oren, emas dan putih.
Kaum Bajau bahagian ini telah bekerjasama dengan kaum Kadazandusun
dari segi akitviti ekonomi, perdagangan, perhubungan sosial serta
kebudayaan. Orang Bajau dikatakan telah menggunakan sistem Barter dalam
aktiviti ekonomi mereka iaitu menukar ganti hasil tangkapan ikan mereka
dengan beras orang Kadazan. Bukan itu sahaja, pengaruh kebudayaan
daripada kedua-dua kaum ini juga dapat dilhat dari segi kesenian material,
muzik dan juga rekabentuk bangunan.
rujukan : http://www.sabah.edu.my/kds/bajau.htm

PERBANDINGAN BAJAU PANTAI TIMUR DAN PANTAI BARAT


BAJAU terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak
beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar

di negeri abah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau
Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang
kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi
pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya
dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti sea gypsies,Panglima
Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di
sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai imur
pula menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau.
Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh
dunia sebagai cowboy of the east kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda
yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai
di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di
Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi
sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar
negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Orang Bajau Samah Pantai arat adalah berbeza dengan Orang Bajau antai Timur khususnya daerah
Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya
hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat
dengan pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan
penangkapan hasil laut.

Penunggang Kuda Bajau

BAHASA
Di Sabah, 6 bahasa Bajau di gunakan dan semuanya berasal daripada keluarga Sama-Bajau yang
merupakan variasi daripadadialek bajau itu sendiri. Pengguna bahasa ini termasuklah pendatangpendatang daripada negara jiran. Bagi kaum Bajau daripada bahagian pantai Timur Sabah, bahasa
mereka dipinjam daripada Suluk iaitu bahasa perdagangan di Laut Sulu. Kaum Bajau pantai Barat
Sabah pula mengadaptasikan bahasa mereka daripada bahasa Melayu.
Terdapat banyak perbezaan dari segi sebutan,pembentukan kata dan makna dalam setiap dialek bajau
ini.Namun perbezaan yang sangat ketara dapat diilhat dari pembahagian dua kawasan iaiitu penutur

dialek bajau di pantai timur (udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau) dan pantai
barat (Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar).

Sumandak Bajau

Dalam kajian ini,akan diperincikan pembentukan kata Dialek Bajau Pantai Barat di Kota Belud
khasnya dan seterusnya membuat perbandingan dengan Bahasa Melayu Standard.