Anda di halaman 1dari 26

Bab 7:

ASPEK PERUNDANGAN
PERNIAGAAN

Suatu undang-undang yang


mengandungi elemenelemen asas yang perlu
dipatuhi oleh pihak yang
terlibat dalam sesuatu
kontrak.

Mengandungi peruntukan
berkenaan dengan
pembentukan kontrak,
perlaksanaannya &
peruntukan yang berkaitan
dengan agensi.

AKTA KONTRAK
1950
Mengandungi peruntukan
berkenaan dengan
pembentukan kontrak,
perlaksanaannya &
peruntukan yang berkaitan
dengan agensi.

q Sekiranya timbul perkara baru yang tidak disentuh


oleh Akta Kontrak 1950, Undang-undang Inggeris
(Common Law) akan dirujuk seperti yang dinyatakan
oleh seksyen 3 & 5 dalam Akta Undang-undang Sivil
1956.
q Jika ada percanggahan antara peruntukan yang
wujud dalam Akta Kontrak 1950 dengan Undangundang Inggeris (Common Law), maka Akta Kontrak
1950 akan digunakan.

KONTRAK didefinisikan di bawah seksyen 2(h) dalam Akta


Kontrak 1950 sebagai;
sesuatu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan oleh undangundang.

Bermaksud semua perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan


oleh undang-undang bukanlah kontrak.
Contohnya, perjanjian sosial dan kekeluargaan (domestik)

qSemua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan


bebas bagi pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu
balasan yang sah & dengan sesuatu tujuan yang adil.

Ini bermaksud
Perjanjian adalah kontrak jika ;

Dibuat oleh pihak yang layak untuk berkontrak

Dengan kerelaan yang diberikan secara bebas dan


balasan

Tujuan perjanjian mestilah sah di sisi


undang-undang

AKTA-AKTA LAIN YANG BERKAITAN DENGAN


Akta Kontrak
Kerajaan
1949

KONTRAK

Akta Relif
Spesi4ik
1950
Akta Sewa
Beli
1967

Akta
Undang-
Undang Sivil
1956

ELEMENELEMEN KONTRAK

Diperuntukan di
bawah Seksyen
2(a), Akta
Kontrak 1950

Merupakan tanda
kesediaan
pembuat tawaran
untuk menjalin
satu kontrak yang
sah & mengikat di
sisi-sisi undangundang

Dalam Seksyen 2, Akta Kontrak 1950, tawaran


ditakrifkan sebagai :

Tawaran
mestilah
lengkap, jelas
dan
muktamad.

Penerima
tawaran harus
ditentukan.

ELEMEN
PENTING
TAWARAN

Sesuatu tawaran
itu hendaklah
dikomunikasikan

Tawaran
adalah
berbeza
dengan
pelawaan
tawaran.

Suzy telah pergi ke sebuah pasar raya untuk membeli pakaian


sukan. Suzy tertarik pada satu set pakaian sukan yang
diperagakan pada sebuah patung yang diletakkan tanda
harga RM 99.00. Dia telah meminta pembantu jualan untuk
mengambil pakaian pada patung tersebut untuk dibeli. Tetapi,
pembantu jualan itu menyatakan bahawa pakaian itu hanya
untuk pameran sahaja dan bukan untuk dijual. Suzy berasa
tidak berpuas hati dengan tindakan pembantu jualan lalu
mendakwa perbuatan memperagakan set pakaian sukan itu
merupakan satu bentuk tawaran oleh pihak pasar raya dan
berhak untuk membelinya. Adakah Mira berhak untuk
membuat penerimaan terhadap set pakaian tersebut?

Suzy tidak berhak mendakwa bahawa perbuatan memperagakan set


pakaian sukan tersebut adalah satu bentuk tawaran kerana :
a) Semua barang yang dipamerkan di kedai layan diri, iaitu pasar
raya yang Suzy pergi hanya merupakan pelawaan tawaran.
b) Sesiapa yang mengambil mana-mana barangan atau meminta
untuk membeli, akan dianggap membuat tawaran untuk membeli.
c) Namun, pihak pasar raya termasuk pembantu jualan berhak
memaklumkan pelanggan bahawa barang yang dipamerkan bukan
untuk dijual dan menolak sebarang tawaran membeli.
d) Dalam situasi ini, tiada wujudnya sebarang kontrak antara Suzy
dan pihak pasar raya kerana perbuatan memperagaan pakaian
itu hanyalah pelawaan tawaran serta penolakan tawaran
dilakukan oleh penerima tawaran iaitu pihak pasar raya.

Seksyen 5(1) Akta Kontrak 1950


memperuntukan sebab-sebab sesuatu
tawaran ditamatkan seperti berikut :

Pembuat
tawaran
membatalka
n tawaran.

Tempoh
tawaran
luput.
TAWARAN
TAMAT
APABILA

Penerima
tawaran
menolak
tawaran.

Pembuat
tawaran
meninggal
dunia @
menjadi tidak
siuman.

Contoh situasi berkaitan dengan penamatan


tawaran :
Aidil telah membuat tawaran kepada rakannya Lim untuk
menjual sebuah motosikal antik miliknya dengan harga
RM 20 000. Tawaran itu terbuka selama satu bulan
bermula dari tarikh tawaran dibuat. Selepas 2 bulan
berlalu, Lim menyatakan persetujuan untuk membeli
motosikal Aidil. Tetapi, Aidil telah menjualnya kepada
orang lain kerana beranggapan bahawa Lim tidak
berminat terhadap tawaran tersebut. Lim berasa tidak
puas hati lalu mendakwa Aidil sepatutnya menjual
motosikal tersebut kepadanya. Namun, adakah tawaran
Aidil masih terbuka?

a) Tawaran yang dibuat oleh Aidil telah ditutup


kerana dia hanya memberikan masa satu bulan
untuk Lim menerima tawaran tersebut.
b) Tawaran Aidil telahpun luput tarikhnya kerana Lim
tidak dapat membuat penerimaan tawaran dalam
masa yang ditetapkan.
c) Tawaran ditamatkan antara Aidil dan Lim.

Anda mungkin juga menyukai