Anda di halaman 1dari 10

Siling

Siling merupakan sebahagian daripada rumah yang penting, pada zaman sekarang
fesyen dan reka bentuk siling telah banyak berkembang sehingga fungsinya juga
menambah estetika rumah dengan motif dan juga warna. Siling beranika ragam ini
diperbuat daripada pelbagai material yang berbeza-beza yang mempunyai
kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kekemasan siling terletak di bawah
bumbung atau pun di bawah lantai tingkat atas sesuatu bangunan tersebut.

Kegunaan Siling
Kegunaan asal siling adalah untuk menutup bumbung bangunan atau lantai
bangunan tersebut. Kekemasan ini dilekatkan dengan penahan di bawah sesebuah
siling atau lantai. Kebiasaanya siling diperbuat daripada plasterboard namun
sudah digunakan pelbagai material yang berbeza pada masa sekarang. Tujuan
pembinaan siling juga adalah sebagai kemasan dalam di bawah bumbung bagi
melindungi kayu-kayu kasau, beroti, gulung-gulung bumbung dan sebagainya
daripada penglihatan. Siling juga dibuat bertujuan menghalang haba panas atau
sejuk daripada menembusi bumbung dan seterusnya masuk ke dalam bumbung.
Siling juga boleh digunakan sebagai penghalang bunyi keluar atau masuk kedalam
bangunan. Namun tidak semua material dapat menghalang bunyi tersebut, ini
menyebabkan bahan material yang khas dan tertentu sahaja dapat membantu
menghalang bunyi dari keluar atau masuk.

Jenis-jenis material siling


1. Plywood
a. Siling jenis ini mempunyai harga yang lebih murah dan banyak
digunakan dengan ketebalan berbeza-beza biasanya kira-kira 3 hingga
5 mm. kelebihan siling jenis yang diperbuat daripada plywood adalah
pemasangan siling ini tidak sukar dan tidak perlu kemahiran khas,
namun kekurangan siling jenis ini adalah ianya sedikit rapuh terutama
apabila terkena air atau dimakan anai-anai.

2. Gypsum
a. Gypsum merupakan material siling yang umumnya sangat popular
dalam kontruksi bahagian interior. Siling gypsum sering di pakai kerana
pekerjaanya yang lebih mudah serta dapat mempercepatkan proses
pengerjaan. Di samping itu siling jenis gypsum juga banyak menjadi
pilihan kerana boleh membentuk mengikut sambungan satu sama lain.
Siling gypsum juga banyak motifnya yang semestinya nilai tambah
artistic, tetapi siling ini juga rapuh terhadap air kerana akan rosak
ataupun musnah
apabila terkena
air.

3. Asbestos
a. Siling asbestos merupakan campuran dari pelbagai material berupa
silica, asbestos juga biasa digunakan sebagai bumbung rumah, selain
mudah dipasang siling asbestos mampu menghalang haba dan
menyebabkan rumah terasa sejuk. Namun kekurangan siling asbestos
ini adalah ianya sangat berbahaya sekiranya serpihan asbestos ini
tersedut ke dalam paru-paru. Disebabkan ianya bahaya siling jenis ini
dilarang digunakan di beberapa negara.

4. PVC
a. Siling berbahan PVC merupakan siling yang diperbuat dari plastic,
siling jenis ini tahan terhadap air namun berbanding dengan kualiti,
harganya juga jauh lebih mahal. Bahan PVC atau polivynil chloride
merupakan polimer yang bersifat lembut dan ringan. Siling jenis PVC
boleh dinyatakan konsep-konsep moden, aplikasinya lebih kepada
pelbagai bentuk kerana ianya mudah dibentuk. Jenis siling ini tidak
memrlukan sebarang finishing seperti cat keranya ianya sudah di cat
oleh
pengilang.

5. Bahan campuran antara gypsum dan plywood


a. Siling jenis ini kukuh terhadap air namun rapuh apabila terhantuk dan
memerlukan pemasangan yang mahir.

6. Lambersering
a. Siling kayu atau lambersering menggunakan kayu lambersering atau
kayu olahan. Finishing yang biasa digunakan adalah melamine atau
varnise dimana bahan ini mampu mengukuhkan lagi kayu jenis ini.
Namun siling jenis ini lebih mahal dan lebih sukar pengerjaanya.

Cara pemasangan siling


Bagi kerja pemasangan siling cara pemasangan siling bergantung
pada jenis jenis siling yang dipakai. Setiap jenis siling mempunyai cara pemasangan
yang berbza dimana sesetengah jenis siling memerlukan tenaga mahir bagi
pemasangan siling tersebut. Namun asas bagi pemasangan siling adalah sama di
setiap jenis siling mengikut faktor sesebuah bangunan. Dimana kerangka besi akan
dipasang terlebih dahulu, kerangka besi tersebut akan menjadi pemegang dan di
ikat atau dilekatkan siling tersebut. Cara siling dilekatkan pada kerangka besi
bergantung kepada jenis siling.
Contoh kerja-kerja pemasangan plaster siling:

Pemasangan plaster siling dimulakan dengan pemasangan besi


kerangka siling

Besi
kerangka siling dipasang dengan jarak 2 kaki

Sebelum pemasangan papan siling, penyambungan pendawaian


elektrik dilakukan

Proses pemasangan siling


Siling dilekatkan pada kerangka besi

Kerja-kerja pemasangan kemasan

Cornish dipasang pada siling

Cornish yang dipasang dibairkan kering