Anda di halaman 1dari 6

Teori Behaviorisme (perlakuan) dalam Teori Pemerolehan Bahasa

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses


pengulangan bahasa. Ia dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan
dalam teori ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat
ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa,
teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola ( bermula daripada senang kepada
yang lebih susah ) . Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.
Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan
dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistik aliran Behaviorisme. Golongan ini
beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan
manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme
menegaskan bahawa pengajaran bahasa mestilah didahulukan bahasa lisan.
Kemudiannya pembelajaran bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang
kedua dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna guru-guru
mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu
dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis setelah
murid-murid dapat menguasai sistem bahasa dan struktur bahasa.
Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses
pembelajaran kedua. Latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa turut
diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran
dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.
Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran yang
merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang
dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa, pujian, keistemewaan,
pengiktirafan, maklum balas, galakan dan lain-lain bertindak sebagai pengukuh.
Mengikut prinsip ini, sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguhkan oleh guru
dengan cara memberi pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.
Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Hal ini merupakan
latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan
latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk
mengelakkan pelajaran tersebut menjadi bosan.Peneguhan boleh dilanjutkan oleh
guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa. Dalam hal ini, satu model
pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan -> pembelajaran -> perubahan tingkah laku
Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks
pembelajaran bahasa di sekolah-sekolah. Bahasa guru menjadi model yang diikuti
oleh murid-murid. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau
mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajarpelajar itu.
Keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses
pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas.
Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsur ini dapat
diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang

berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat
serta motivasi.
Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi
rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua
adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara
mempelbagaikan pola interaksi guru dan murid dan keempat dengan cara
mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu
mengajar.
Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan
induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contohcontoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan.
Cara Mempelbagaikan Situasi Pembelajaran:
1. Pelbagaikan tingkah laku.
2. Pelbagaikan pengalihan saluran deria.
3. Pelbagaikan pola interaksi guru dan murid.
4. Pelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan, strategi dan alat-alat bantu mengajar.
5. Menggunakan pendekatan induktif (contoh diberi terlebih dahulu sebelum
dijelaskan)

STRENGTH (Kekuatan Teori Behaviorisme) Kelebihan yang pertama yang kami


perolehi melalui teori ini adalah teori ini sangat sesuai untuk melatih atau mendidik
kanak-kanak yang masih memerlukan bantuan daripada orang dewasa di sekeliling
mereka. Sebagai contoh kanak-kanak tadika memerlukan bimbingan dan perhatian
yang khusus daripada orang di persekitarannya terutamanya guru-guru mereka
kerana mereka mudah mengikuti apa yang diajar dan disuruh selain suka meniru
perlakuan orang di sekelilingnya. Selain itu, mereka juga suka dengan bentukbentuk penghargaan yang diberi kepadanya seperti pujian dan melalui bentuk
penghargaan tersebut ianya dapat membangkitkan semangat ingin belajar dalam
diri mereka. Kelebihan yang kedua adalah guru tidak perlu mengambil masa yang
lama untuk memberi penerangan yang panjang tentang pembelajaran kepada
murid-murid. Hal ini kerana murid-murid akan dibiasakan belajar dengan sendiri
kecuali sekiranya murid menghadapi sesuatu masalah dan memerlukan penjelasan
yang lebih daripada guru. Dalam hal ini guru perlu memberikan penerangan dengan
jelas. Selain daripada itu, teori ini juga menekankan kemahiran lisan berbanding
kemahiran membaca dan menulis. Melalui aspek kemahiran lisan yang ditekankan
dapat memberikan kelebihan kepada murid kerana aspek lisan iaitu mendengar dan
bertutur penting dalam situasi harian murid. Boleh dikatakan bahawa kemahiran ini
adalah kemahiran terkerap yang digunakan manusia untuk berkomunikasi antara
satu sama lain. WEAKNESS (Kelemahan Teori Behaviorisme) Dari segi kelemahan
pula, penerapan teori behavioris yang kurang tepat dalam sesuatu situasi
pembelajaran boleh mangakibatkan berlakunya proses pembelajaran yang tidak
kondusif bagi murid-murid kerana pembelajaran berlaku dalam keadaan sehala
dimana ianya berpusatkan kepada guru sahaja. Guru hanya mengajar dan melatih
murid manakala murid hanya menerima apa yang diajar oleh guru mereka tanpa
memberi sebarang maklum balas. Malah dalam teori pembelajaran ini murid
berperanan sebagai pendengar dan mereka menghafal apa yang didengar dan
dipandang sebagai cara belajar yang efektif. Penggunaan hukuman merupakan
salah satu cara untuk guru mendisiplinkan murid dan hal ini akan mendatangkan
akibat buruk kepada murid. Kelemahan yang kedua ialah proses pembelajaran
dikatakan kurang memberikan gerak balas yang bebas bagi pelajar untuk
berinteraksi serta untuk mengembangkan idea. Hal ini kerana sistem pembelajaran
tersebut lebih tertumpu kepada rangsangan dan gerak balas yang ditunjukkan.
Sekiranya tiada rangsangan maka tindak balas tidak akan berlaku. Sebagai contoh,
guru akan memberi rangsangan yang berupa hadiah dan dari situ barulah murid
akan memberikan jawapan yang dikehendaki oleh guru. Sekiranya perkara ini
berlaku secara berterusan dikhuatiri murid akan terlalu bergantung terhadap
rangsangan dari luar sedangkan murid harus memiliki rangsangan dari dalam diri
mereka sendiri sebagai satu cara pembelajaran. Kelemahan yang ketiga menurut
teori ini adalah penambahan ilmu pengetahuan lebih tertumpu kepada buku teks.
Hal ini kerana mereka belajar mengikut urutan kurikulum yang sangat ketat
sehinggakan buku teks merupakan buku wajib dalam pembelajaran mereka malah
mereka juga perlu dikehendaki memahami dan mempersembahkan kembali isi

pembelajaran di dalam buku teks tersebut dengan baik. Hal ini boleh
mendatangkan kesan buruk kepada pelajar kerana ilmu pengetahuan yang mereka
peroleh tidak begitu berkembangan dengan hanya tertumpu kepada satu buah buku
sahaja. OPPORTUNITY( Peluang Teori Behaviorisme ) Berdasarkan teori ini, guru
adalah model bagi murid dalam berbahasa. Guru perlulah menggunakan bahasa
yang betul daripada segenap aspek seperti aspek sebutan, nada, jeda dan intonasi
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi memudahkan murid mempelajari
bahasa dengan betul dan berkesan. Sekiranya guru dapat mengambil peluang ini
iaitu peluang menggunakan bahasa dengan baik semasa pengajaran dan
pembelajaran,murid secara sendirinya akan terbiasa dengan cara berbahasa yang
betul. Selain itu, guru perlulah mengamalkan pengajaran yang seimbang iaitu
dengan mengurangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
tetapi sebaliknya lebih banyak mempraktikkan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid dan aktiviti. Melalui teknik ini, murid akan
dapat mengembangkan idea dan pendapat mereka. Murid juga akan mempunyai
tahap keyakinan yang lebih tinggi. Teori ini juga sangat mementingkan latih tubi
yang intensif. Melalui latih tubi yang kerap dan intensif yang dijalankan oleh murid
terhadap murid, kebiasaan dan kecekapan murid dalam berbahasa dapat
dipertingkatkan. Selain itu juga, berdasarkan teori ini murid akan berasa termotivasi
melalui ransangan yang diberikan guru semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Apabila murid melakukan perkara yang betul dan baik, guru
digalakkan untuk memberikan ganjaran dan pujian atas pencapaian atau
tingkahlaku murid. Perkara-perkara ini secara tidak langsung dapat menaikkan
semangat dan motivasi murid untuk terus belajar. THREAT(Ancaman Teori
Behaviorisme) Di dalam teori ini terdapat beberapa ancaman yang dapat
dikenalpasti. Antaranya ialah pembelajaran individu dipengaruhi oleh sejauh mana
baiknya sistem saraf seseorang. Sekiranya seseorang individu baik sistem sarafnya
maka mudah untuk mereka menguasai gerak balas tertentu melalui rangsangan
terlazim dan rangsangan tidak terlazim. Namun sekiranya seseorang itu
mempunyai masalah dalam sistem sarafnya maka individu tersebut akan
memperoleh kesukaran di dalam pembelajarannya. Ancaman yang seterusnya
adalah merujuk kepada pembelajaran yang berpusatkan guru boleh mendatangkan
kesan negatif kepada murid. Hal ini kerana murid akan berasa diri mereka tidak
begitu penting sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan kerana
mereka tidak dapat berkongsi idea dan pendapat bersama rakan-rakan dan juga
guru. Sebagai contoh guru hanya akan mengajar dan murid hanya perlu menerima
apa yang diajar oleh guru sebagai tindak balas hasil daripada rangsangan yang
guru tunjukkan. Dan hasilnya murid tidak dapat mengembangkan idea dari dalam
fikiran mereka sendiri dan hanya bergantung kepada guru semata-mata. Selain itu,
ancaman bagi teori ini ialah ganjaran. Teori ini terlalu menekankan aspek ganjaran
yang perlu diberikan guru kepada murid sekiranya murid dapat melakukan sesuatu
perkara dengan baik. Hal ini dapat menjadikan murid melakukan sesuatu bukan
atas dasar ingin memperbaiki pencapaian dan menambah pengetahuan, sebaliknya
disebabkan oleh ganjaran semata-mata. Posted by IPG Kampus Bahasa Melayu at
8:00 AM No comments:
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Implikasi Teori atau Model Pengajaran Behavioris Terhadap Proses Pengajaran dan
Pembelajaran Menurut Choong Lean Keow 2009, beliau menyatakan implikasi teori
Behaviorisme terhadap proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang
berikut. Yang pertama ialah guru perlu sedar bahawa kaitan antara rangsangan dan
gerak balas boleh dilazimkan iaitu dipelajari. Sebagai contoh apabila guru ingin
menyuruh murid-murid beratur ketika waktu rehat di kantin sekolah guru boleh
mengaitkannya dengan cara untuk berjaya dalam kehidupan. Implikasi yang
seterusnya ialah kaitan antara rangsangan dan gerak balasdapat dikukuhkan
melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerak
balas, semakin kukuh gerak balas terlazim itu. Sebagai contoh guru ingin muridmurid supaya tidak mengaitkan mata pelajaran matematik dengan kesukaran,
dengan memberi mereka latihan- latihan yang mudah dan apabila mereka beransur
mahir menyelesaikan masalah yang sukar maka guru bolehlah menukar aras
pembelajaran kepada tahap yang sederhana sukar dan seterusnya ke aras
pembelajaran yang sukar. Di samping itu, dalam proses pembelajaran, generalisasi
boleh berlaku. Ini bermakna perkara yang dipelajari dalam situasi A boleh
dipindahkan ke situasi B. Sebagai contoh guru mata pelajaran sains mengaitkan
kejadian pencemaran alam sekitar yang mengakibatkan kemusnahan alam semula
jadi dengan kemusnahan alam yang berlaku seperti tsunami yang melanda Bandar
Acheh. Seterusnya menurut Kamarudin Hj. Husin 1997 menyatakan bahawa faktor
motivasi memainkan peranan yang penting bagi menghasilkan gerak balas yang
diinginkan. Dalam hal ini pemberian ganjaran perlu diberi perhatian. Sebagai contoh
ketika murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru dengan betul maka guru
boleh memberikan pujian kepadanya atau dengan memberikannya hadiah supaya
pada waktu pembelajaran yang seterusnya pelajar tersebut akan lebih
menumpukan perhatian di dalam kelas untuk memperoleh pujian yang diingini.
Namun sekiranya pelajar tersebut tidak dapat menjawab soalan yang diberi maka
guru perlulah membimbing pelajar tersebut supaya mereka tidak berasa terpinggir

dan seterusnya dapat bersama-sama memahami tajuk pembelajaran pada ketika


itu. Selain itu juga, beliau berkata di dalam proses pembelajaran tingkah laku yang
dapat dilihat, diamati, diukur dan dikawal hendaklah diberi perhatian. Hal ini kerana
melalui perubahan tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid guru boleh mengambil
sebarang tindakan sekiranya ianya di kesan lebih awal. Sebagai contoh sekiranya
seseorang murid menunjukkan tingkah laku yang negatif seperti tidak faham
tentang apa yang diajar oleh guru maka guru boleh membuat pemulihan terhadap
dirinya. Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak
diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui
ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan
serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan
pembelajaran
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin