Anda di halaman 1dari 11

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: Juraimi b Zamri

PROGRAM

: PPG semester 8

NAMA SEKOLAH

: SK Seri Gemilang

NAMA AKTIVITI (INDIVIDU)

: Projek Inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran

TEMPOH PELAKSANAAN

: 16/4/2015

OBJEKTIF:
1. Membantu murid menepuk detik lagu.
2. Membentuk minat belajar muzik dengan menggunakan BBB
3. Meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam tempo.
4. Membina

suasana

pembelajaran

yang

lebih

menyeronokkan

dan

menggunakan kaedah pembelajaran di luar kebiasaan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Saya berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing.
2. Beliau mencadangkan mencari satu bahan untuk dijadikan bahan bantu belajatr
bagi meningkatkan penguasaan murid terhadap detik..
3. Sepanjang empat minggu ini, saya memikirkan pelbagai kaedah atau bahan
untuk dijadikan bahan bantu belajar.
4. Saya menghasilkan satu bahan yang dikenali Adjustment Beat Board dengan
menggunakan kotak terbuang.

REFLEKSI:
1

KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI


1. Melalui kerja ini, saya dapat mengetahui dan mempelajari tugas seorang guru
mencari pelbagai cara bagi mengatasi masalah pembelajaran murid.
2. Saya dapat lebih memahami tahap dan latar belakang murid-murid kelas 3
Nilam. Secara langsungnya hubungan kami dapat dieratkan. Bahan ini dapat
membantu murid meningkatkan kefahaman mengenai detik lagu.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Bahan bantu belajar ini mudah dirosakkan kerana bahan ini di cipta dengan
menggunakan

kotak

sahaja.

Perlu

dipertingkatkan

lagi

bahan

untuk

menghasilkan bahan bantu belajar ini.


2. Masa untuk mata pelajaran muzik sangat singkat iaitu hanya 30 minit. Jadi tidak
semua murid dapat menggunakannya.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Masa mata pelajaran muzik sepatutnya diberi masa yang lebih bagi
membolehkan sesi pdp dapat mencapai objektifnya.

KESIMPULAN
Melalui projek inovasi dalam pdp ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari
cara bagaiman cara untuk meningkatkan kefahaman murid mengenai detik atau tempo
lagu. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling tolongmenolong dan bekerjasama dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek.
Dengan selesainya projek ini, pdp menjadi lebih ceria, selesa dan lebih menarik minat
murid-murid untuk belajar. Di samping itu, bahan bantu belajar ini juga dapat memberi
2

satu kesedaran kepada murid-murid tentang kepentingan detik atau tempo lagu bagi
murid mengusai lebih jauh dalam mata pelajaran muzik.
Walaupun masa yang ditetapkan hanya 30 minit namun saya berjaya
menyiapkan projek ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Seri Gemilang dan rakan-rakan saya.
Dengan

itu,

saya

akan

mengguna

dan

mengaplikasikan

pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

pengalaman

serta

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


NAMA PELAJAR

: SRITHARR A/L JAHANADAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Projek Keceriaan Perpustakaan


(Mural Jalan-raya 3D)
TEMPOH PELAKSANAAN
OBJEKTIF

: 01.08.2011 hingga 26.08.2011

1. Memberi peluang kepada para guru pelatih untuk belajar cara-cara untuk
mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria.
2. Menjadikan perpustakaan lebih ceria dan lebih menarik.
3. Menjadikan perpustakaan sebagai suatu tempat pembelajaran yang selesa dan
kondusif.
4. Meningkatkan kesedaran penggunaan jalan raya di kalangan murid.
5. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing.
Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan
cadangan dan idea. Beliau mengemukakan cadangan menceriakan kawasan
sekolah.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar.
Selepas kertas kerja disahkan, kami membeli bahan-bahan hiasan yang
diperlukan.
3. Menceriakan perpustakaan.
Hasil kerja dipamerkan di dinding perpustakaan.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari cara
menulis kertas kerja dan melaksanakan sesuatu projek dengan rakan-rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan .
2. Menyediakan satu tempat belajar yang ceria, selesa, dan kondusif untuk muridmurid supaya dapat membangkitkan minat mereka untuk belajar dalam keadaan
yang baik. Secara tidak langsung, mural jalan raya 3D dapat meningkatkan
kesedaran murid-murid tentang kepentingan mematuhi peraturan-peraturan dan
isyarat semasa menggunakan jalan raya.
5

3. Atas bantuan yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan muridmurid sekolah ini. Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerjapekerja turut membantu dalam proses lengkapkan projek kami ini.

4. Encik Badrul juga telah banyak membantu kami semasa melaksanakan tugas
kami. Kami sentiasa merujuk beliau jika menghadapi masalah. Beliau telah
memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu menyenangkan tugas
kami.

KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI


1. Kerja kami selalu di ganggu kerana projek ini dilaksanakan di perpustakaan.
Selalu ada murid dan cikgu membawa murid ke perpustakaan untuk
mengadakan kelas. Jadi kami terpaksa mencari masa untuk menyiapkan kerja
kami. Keadaan ini telah melambatkan kami untuk menyelasikan tugas.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Kami harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih sistematik
supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada masa yang
ditetapkan. Kami juga boleh mengabiskan kerja pada waktu petang iaitu selepas habis
sekolah untuk menghabiskan projek dengan cepat.

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA PELAJAR

: SRITHARR A/L JAHANADAN

PROGRAM

: PISMP SEM 8

NAMA SEKOLAH

: SK TAMAN TUANKU JAAFAR

NAMA AKTIVITI (KUMPULAN) : Amali Pertolongan Cemas Badan Uniform


TEMPOH PELAKSANAAN
OBJEKTIF

: 24.08.2011

1. Mengggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan,


amalan dan aktiviti.
2. Berupaya mendapat pengalaman untuk menguruskan sesuatu program.
7

3. Berupaya untuk menjalankan tanggungjawab sebagai guru di sekolah.


4. Memupuk sifat semangat kekitaan sebagai bakal guru untuk berkhidmat di
sekolah pada masa akan datang.
5. Membolehkan

guru

pelatih

untuk

menunaikan

amanah

yang

dipertanggungjawabkan oleh pihak institut dan sekolah.


6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani, dan sosial
dalam kalangan guru pelatih dan pihak sekolah.
7. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat
untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

STRATEGI PELAKSANAAN:
1. Perbincangan dengan guru pembimbing.
Berjumpa dan berbincang dengan guru pembimbing kami untuk menentukan
tarikh menjalankan amali dan aktiviti yang akan dilaksanakan di setiap station.
Tarikh yang dirancangkan ialah 24 Ogos 2011 ketika waktu Kokurikulum badan
beruniform dan hanya murid Tahun 5 dilibatkan.
2. Membuat perancangan dan persediaan.
Saya dan rakan-rakan membuat kertas kerja untuk mendapatkan persetujuan
daripada guru pembimbing dan Guru Besar Sk Taman Tuanku Jaafar. Selepas
kertas kerja disahkan, kami membuat perbincangan dan mengagihkan tugasan
setiap guru pelatih.
3. Menjalankan amali di Ruang Legar SKTTJ.
8

Setiap stesen dijaga oleh dua orang guru pelatih dan menjalankan amali tentang
pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka, mengangkat mangsa
(mobiliti) dan juga khidmat bantu mula.

REFLEKSI:
KEKUATAN PROJEK / AKTIVITI

1. Memberi satu peluang yang baik kepada guru pelatih untuk mempelajari
prosedur-prosedur mengendalikan sesuatu amali yang melibatkan banyak murid.
2. Menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti
dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan
lain.
3. Menyediakan satu peluang yang sangat baik kepada murid-murid untuk
mempelajari amali pertolongan cemas iaitu membuat anduh, balutan luka,
mengangkat mangsa (mobiliti) dan juga khidmat bantu mula supaya mereka
dapat mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari ini pada masa yang
memerlukan.
4. Melalui amali ini, hubungan antara para guru pelatih dengan murid-murid dapat
dieratkan lagi.
5. Semua murid melibatkan diri dengan aktif dan memberi komitmen yang
secukupnya kepada guru pelatih.
KELEMAHAN PROJEK / AKTIVITI
1. Kesuntukan masa semasa menjalankan amali dari station ke station lain kerana
bilangan guru pelatih di stesen tidak mencukupi untuk mengawal bilangan murid
yang ramai.
2. Sesi refleksi tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukan masa. Ini telah
menyebabkan guru pelatih tidak dapat memastikan bahawa setiap anak murid
dapat mempelajari apa yang diajarkan dalam amali.
3. Penilaian tidak dijalankan untuk menguji sama ada setiap murid dapat
mempelajari amali yang diajar.
9

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
Aktiviti ini memerlukan lebih banyak guru yang terlibat untuk memastikan setiap
pelajar dapat mempelajari apa yang telah disampaikan. Selain itu, sesi penilaian boleh
dijalankan jika mempunyai masa yang secukupnya.

KESIMPULAN
Melalui amali pertolongan cemas ini, saya rasa bersyukur kerana telah
memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang baru dalam mengandalikan
sesuatu aktiviti yang melibatkan banyak murid. Yang pentingnya, saya dapat
memahami betapa pentingnya semangat saling tolong-menolong dan bekerjasama
dengan rakan-rakan lain untuk menyiapkan sesuatu projek. Tanpa semangat ini,
mastilah tidak berjaya aktiviti dijalankan dengan begitu lancar. Dengan selesainya
aktiviti ini, murid-murid mendapat ilmu pengetahuan dan pemahaman tentang
pertolongan cemas yang dapat mereka guna dan aplikasikan pada kehidupan seharian.
Di samping itu, amali ini juga mempertingkatkan kesedaran murid kepentingan menjaga
keselamatan diri dan orang di sekeliling secara tidak langsung.
Walaupun masa yang dirancangkan agak kesuntukan namun kami telah berjaya
menyiapkan amali ini dengan berjaya dan lancar atas kerjasama serta semangat
berpasukan yang diberi oleh semua warga SK Taman Tuanku Jaafar, dan rakan-rakan
saya. Dengan itu, saya akan mengguna dan mengaplikasikan pengalaman serta
pengetahuan yang dipelajari pada masa yang akan datang.

Disediakan oleh,

SRITHARR A/L JAHANADAN


10

(GURU PELATIH IPG KAMPUS RAJA MELEWAR)

Disemak Oleh,

PN. SUHAILA BINTI MUSTAFFA


(GURU PEMIMBING)

11

Anda mungkin juga menyukai