Anda di halaman 1dari 58

BAB 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan prasekolah merupakan satu program yang tidak formal, iaitu boleh
dijalankan dalam jangka masa satu tahun atau lebih. Di sinilah mereka akan diberi
pendidikan asas sebelum melangkah ke alam persekolahan sebenar. Menurut
Sharifah Nor Puteh (2012), pendidikan prasekolah berfokus kepada kurikulum
berpusatkan murid melalui pelbagai aktiviti melibatkan murid secara aktif seperti
belajar melalui bermain, meneroka alam sekitar, membuat eksperimen dan cuba jaya.
Dalam pendidikan prasekolah telah menekankan kepada aktiviti yang boleh
merangsang naluri ingin tahu, pengukuhan koordinasi mata tangan, mengukuhkan
motor halus dan motor kasar dan lain-lain.
Dalam pelbagai jenis aktiviti, kemahiran motor halus memainkan peranan
penting dalam mempengaruhi kehidupan seharian kanak-kanak. Hal ini demikian
kerana jika kemahiran motor halus seseorang kanak-kanak itu baik maka aktiviti
seharian juga mampu dilakukan tanpa bantuan orang lain. Kemahiran motor halus
memerlukan pergerakan otot-otot kecil, biasanya koordinasi dengan mata, tetapi juga
termasuk pergerakan pergelangan tangan dan sebagainya. Kemahiran motor halus

biasanya juga digunakan untuk tujuan berkomunikasi, menulis atau memanipulasi


peralatan dan membuat kerja-kerja seni.
Kemahiran menulis merupakan kemahiran asas bahasa untuk murid-murid
prasekolah agar dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan.
Hal ini dapat dilihat dalam Tunjang Komunikasi yang disenaraikan dalam Kurikulum
Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Melalui tunjang ini, murid didedahkan
dengan kemahiran berbahasa seperti membaca, mendengar, bertutur dan menulis. Hal
ini dapat mengesan bahawa setiap murid perlu menguasai kemahiran menulis supaya
dapat mengetahui pembelajaran yang telah dipelajari. Oleh itu, sebagai seorang
pendidik berperanan penting dalam mendidik murid supaya dapat menguasai
kemahiran menulis semasa berada di sekolah. Malahan, terdapat juga murid yang
menghadapi masalah dalam menulis. Masalah menulis merupakan masalah yang
umum bagi murid-murid.
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menetapkan pencapaian
kemahiran bahasa dan komunikasi iaitu murid boleh menguasai kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menurut Piaget (1970) kecerdasan
kanak-kanak pada peringkat umur 5 dan 6 tahun menunjukkan aktiviti psikomotor
yang lebih tersusun dan menunjukkan minat terhadap aktiviti

yang melibatkan

penerokaan sesuatu idea dan konsep yang baru. Pada tahap ini murid-murid
prasekolah menunjukkan kematangan kemahiran dalam bidang dan mempamerkan
kematangan pemikiran logik dalam memberikan pendapat.
Menurut Gardner (1998) pula, setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak
saling bergantung. Seseorang yang lemah dalam sesuatu bidang kemahiran boleh
cemerlang dalam domain yang lain. Setiap individu mempunyai semua jenis
2

kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan
kelemahan serta mampu membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya
pengayaan, bimbingan dan pengajaran yang sesuai. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa bukan semua kanak-kanak dapat menguasai setiap bidang jika tidak diberi
tunjuk ajar yang sesuai kepada mereka sejak kecil dahulu. Kajian ini memfokuskan
penggunaan kaedah Buku Latih Tubi (LT5B) dengan mengaplikasikan teknik latih
tubi untuk memperbaiki kekemasan tulisan murid. Menurut Mok Soon Sang (2002),
latih tubi merupakan sejenis latihan yang memerlukan murid melakukan secara
berulang-ulang sesuatu aktiviti yang baru dipelajarinya dalam proses mengingati dan
seterusnya memahami sesuatu dengan jelas dan tepat.
Merujuk kepada Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KPM) 2003, setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada sari segi
pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Oleh itu, sebagai seorang
guru prasekolah perlu memahami permasalahan murid dalam menguasai kemahiran
menulis dalam kalangan murid.

1.2 Latar Belakang Kajian

Berdasarkan kepada masalah tulisan kemas, pengkaji telah menjalankan


kajian terhadap murid-murid Prasekolah Cemerlang, SK Gong Bayor, Besut
Terengganu. Dari pemerhatian setelah 3 minggu mengajar kelas tersebut dan melalui
aktiviti yang dijalankan seperti menulis huruf atau nombor, pengkaji telah mengenal
pasti bahawa terdapat beberapa orang murid yang masih gagal dalam menulis
mengikut garisan yang disediakan, menulis keluar dari garisan atau menulis tidak

mengikut barisan. Hal ini demikian kerana mereka masih belum menguasai
sepenuhnya kemahiran pra tulis dan hal ini menyebabkan mereka tidak dapat menulis
dengan betul.

BAB 2

2.0 FOKUS KAJIAN

Dalam pemilihan fokus kajian tindakan ini, pengkaji telah merujuk kepada
maklumat-maklumat tertentu untuk membantu pengkaji mengenal pasti fokus kajian
yang berkaitan dengan pengalaman lalu serta kerelevennya kepada keperluan muridmurid

prasekolah.

Berdasarkan

kepada

analisis

masalah

pengajaran

dan

pembelajaran terdahulu, terdapat murid mempunyai tulisan tidak kemas. Masalah ini
berlaku dalam kalangan murid-murid kerana belum menguasai kemahiran motor
halus dengan baik dan lancar. Hal ini demikian kerana murid tidak didedahkan
dengan cara menulis yang betul pada peringkat awal lagi. Tambahan pula, masalah
ini berlaku disebabkan oleh sikap murid yang hendak cepat siap dan tidak memahami
apa yang mereka tulis. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru untuk membaca
dan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid berkenaan.
Pengkaji meletakkan dua fokus masalah yang dihadapi oleh murid tertentu iaitu:
i.
ii.

Masalah murid tidak menulis mengikut garisan atau ruang yang disediakan.
Masalah koordinasi mata tangan murid semasa proses menulis.

Kajian ini dilakukan ke atas murid Prasekolah Cemerlang, Sekolah Kebangsaan


Gong Bayor, Besut, Terengganu. Kajian yang dijalankan ke atas dua orang murid
sahaja. Malahan, hubungan yang erat antara satu sama lain memudahkan pengkaji

menjalankan kajian tindakan ini kerana murid yang terlibat adalah anak didik
pengkaji sepanjang praktikum fasa ketiga yang lalu.
Kajian ini memberikan asas kepada murid supaya dapat melatih mereka
menulis dalam garisan atau ruang yang disediakan. Selain itu, Buku LT5B ini dapat
dijadikan sebagai latih tubi kepada murid-murid supaya dapat menulis huruf kecil
secara berulang-ulang dan dapat melatih pergerakan tangan motor halus mereka
semasa menulis. Melalui kaedah ini dapat membantu murid meningkatkan
kekemasan tulisan murid prasekolah dengan cepat dan berkesan.
Pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak sekolah dan membuat
kolaborasi awal terlebih dahulu melalui perbincangan bersama dengan guru
pembimbing prasekolah sewaktu menjalani praktikum fasa ketiga yang lalu untuk
memberikan pandangan tentang masalah murid Prasekolah Cemerlang. Pengkaji juga
berkolaborasi bersama pensyarah penyelia dan guru pelatih yang lain untuk
memastikan pengkaji mengikuti kaedah dan proses yang betul, seterusnya dapat
memantapkan lagi kajian ini.

2.1 Pernyataan Masalah

Pengkaji menghadapi banyak masalah setiap kali pengajaran aktiviti menulis pada
Praktikum Fasa 3 dijalankan. Murid-murid sering menghadapi masalah apabila
diminta untuk mengingati cara menulis pada tempat yang disediakan. Keadaan
demikian juga berlaku pada praktikum sebelumnya ketika berada di prasekolah lain.

Walaupun guru prasekolah telah mendedahkan teknik menulis yang betul kepada
murid, namun masalah menulis masih lagi terjadi.
Dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran yang telah pengkaji
jalankan, pengkaji menyediakan satu latihan bertulis dalam lembaran kerja. Pengkaji
mendapati beberapa murid tidak dapat menulis dengan baik dan kemas. Tambahan
pula perkembangan motor halus tangan dan jari agak lemah dan hal ini menyukarkan
mereka untuk menulis dengan kemas. Walaupun pengkaji telah membuat teguran
terhadap beberapa orang murid agar menulis dengan betul dan kemas, tetapi masih
menemui masalah yang sama. Kejadian ini menyukarkan guru untuk menyemak dan
memberi penilaian terhadap lembaran kerja mereka. Perkara ini juga menjadikan
mereka menghadapi masalah hilang keyakinan dalam membuat lembaran kerja yang
diberi. Selain itu, murid juga tidak dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi
seperti tidak mengenal huruf yang ditulis dan kesukaran membaca huruf yang ditulis.
Hal ini menyebabkan pengkaji perlu memikirkan pelbagai idea atau cara
bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut. Hal ini penting kerana menulis dengan
kemas adalah salah satu perkara penting dan perlu dipupuk oleh murid sejak kecil
lagi. Jika tidak berbuat demikian akan menjejaskan pembelajaran mereka apabila
mereka dewasa. Oleh itu, pengkaji merasakan pengkaji perlu menggunakan kaedah
yang boleh membantu dalam memperbaiki cara menulis dengan bimbingan latihan
kemahiran menulis. Dengan cara ini, murid dapat menguasai cara menulis huruf kecil
dengan betul dan dapat menulis dengan cantik dan kemas. Segala masalah ini sebagai
satu cabaran di mana pengkaji perlu bertindak untuk mengurangkan masalah yang
berkaitan serta berusaha untuk membantu murid pengkaji supaya dapat menulis
dengan cantik dan kemas.

2.2 Tinjauan Masalah

Dengan itu, pengkaji merancang beberapa tindakan bagi membantu muridmurid prasekolah untuk memperbaiki tulisan huruf kecil mereka. Pengkaji merangka
beberapa tindakan untuk murid-murid berkenaan berdasarkan pembacaan pengkaji
mengenai cara memperbaiki tulisan melalui kajian-kajian terdahulu. Objektif kajian
pengkaji adalah untuk memperbaiki tulisan murid-murid prasekolah supaya menjadi
lebih kemas dan boleh dibaca. Menurut Maier (1980) dalam Arasoo (1989),
kemahiran motor ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak unsur perlakuan yang
berhubung dengan persekitaran tertentu. Dalam Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK), kerajaan telah mengaplikasikan konsep kemahiran motor untuk
membahagikan Tunjang Komunikasi; Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dari segi membuat latihan lembaran kerja atau
tugasan. Setiap slot pengajaran dan pembelajaran, murid-murid prasekolah akan
diberikan tugasan sebagai latih tubi terutamanya latihan menulis.
Selama tiga minggu pengkaji mengajar di Prasekolah Cemerlang, pengkaji
mendapati kebanyakan murid pengkaji mengalami masalah menulis dengan kemas
dan teratur. Perkara ini berdasarkan semakan hasil kerja dalam lembaran kerja
selepas proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji. Selain itu, pengkaji juga
mendapati murid pengkaji mengalami masalah fleksibiliti pergerakan tangan semasa
proses menulis. Masalah ini berlaku dalam kalangan murid-murid kerana belum
menguasai kemahiran motor halus dengan baik dan lancar. Hal ini demikian kerana.
Hal ini demikian kerana murid tidak didedahkan dengan cara menulis yang betul
8

pada peringkat awal lagi. Tambahan pula, masalah ini berlaku disebabkan oleh sikap
murid yang hendak cepat siap dan tidak memahami apa yang mereka tulis. Tulisan
yang tidak kemas menyukarkan guru untuk membaca dan membuat penilaian
terhadap hasil kerja murid berkenaan.
Setelah memerhati hasil tulisan dalam buku latihan yang dihantar, pengkaji
mendapati bahawa peserta kajian pengkaji iaitu Responden 1 dan Responden 2
mempunyai tulisan yang agak besar daripada rakan-rakan lain. Tulisan huruf yang
besar menyebabkan tulisan Responden 1 dan Responden 2 menjadi tidak kemas
kerana huruf kecil yang ditulis oleh mereka keluar daripada garisan yang ditetapkan.
Penguasaan motor halus yang belum matang juga menyebabkan mereka tidak dapat
mengawal tulisannya kerana mereka kurang didedahkan teknik menguasai kemahiran
motor halus pada tahap perkembangan yang sepatutnya.
Data awal telah dikumpulkan pada 16 Februari 2014 untuk mengenalpasti
masalah kekemasan tulisan melalui hasil kerja Responden 1 dan Responden 2. Rajah
1 menunjukkan latihan menulis huruf kecil yang telah diberikan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang merangkumi Tunjang Komunikasi
Bahasa Malaysia.

2.4 Analisis Tinjauan Masalah

Menurut Howard Gardner (1983), ketidakserasian antara kaedah mengajar dengan


profil kecerdasan murid boleh menyebabkan seseorang murid itu gagal atau hilang
minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Setelah memerhati masalah mereka, pengkaji
9

dapat mengenal pasti bahawa terdapat dua orang murid prasekolah menghadapi
masalah kekemasan tulisan huruf kecil dalam lembaran kerja tersebut. Pengkaji juga
mendapati bahawa mereka menunjukkan tingkah laku yang positif di dalam kelas
semasa sesi PdP berlangsung. Malahan, apabila murid disuruh membuat lembaran
kerja bertulis, murid mula mnunjukkan kebosanan apabila mereka menulis. Mereka
tidak memberi keyakinan terutamanya semasa menulis huruf kecil.
Berdasarkan pemerhatian tersebut, pengkaji mengesan bahawa mereka tidak
dapat menguasai kemahiran menulis dengan kemas mengikut garisan seperti murid
yang lain. Untuk kajian ini, pengkaji mengambil tindakan dengan menggunakan
kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk membantu mereka. Kaedah ini
merujuk kepada kaedah latih tubi dan ia dijadikan sebagai pilihan pengkaji kerana
pengkaji ingin melatih penguasaan motor halus mereka dan menegaskan penulisan
dalam keadaan yang kemas dan teratur. Bagi mengesankan kekemasan tulisan
mereka, pengkaji menggunakan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk melatih
mereka menulis mengikut garisan dan seterusnya meniru huruf yang telah ditulis
oleh mereka.

2.5 Tinjauan Literatur (Literature Review)

Bagi kemahiran menulis, beberapa penyelidikan dan kajian telah dijalankan oleh para
pengkaji untuk mengatasi masalah-masalah yang berkaitan dengan kekemasan
tulisan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) yang telah dinyatakan
dalam kajian Mary Anak Langat yang bertajuk Kesan Penggunaan Lembaran TGB
Dalam Membetulkan Teknik Menulis Huruf Kecil Murid Tahun Tiga, kemahiran
10

menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dengan betul.
Hal ini bermakna tulisan yang kemas dan cantik bermula semenjak pertama kali
menjejak kaki ke alam persekolahan. Kegagalan seseorang menguasai peringkat
pratulisan merupakan punca seseorang mempunyai masalah dalam penulisan.
Peringkat pratulisan merupakan kemahiran asas kepada kemahiran tulisan mekanis.
Hal ini menjelaskan bahawa matlamat peringkat pratulisan adalah untuk
membolehkan murid bersedia untuk belajar menulis di samping dapat membantu
mereka menguasai motor halus mereka, menulis huruf dengan betul, cekap dan
pantas.
Kebanyakan murid tidak dapat mengawal tekanan mereka semasa menulis
dan lemah dalam penguasaan motor halus mereka. Levin (1987) dalam sebuah artikel
yang bertajuk Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2 Dalam Kelas
Pemulihan Khas Bahasa Melayu oleh Noraini Binti Ombi (2009) menyatakan
bahawa cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan
oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi
kesukaran memegang pensel dan fleksibiliti pergerakan tangan juga akan menjadi
kesan bentuk tulisan yang tidak kemas. Menurut Abdul Rasid dan Zulkafi (2008)
dalam jurnal Abdul Rasid Jamian yang bertajuk Permasalahan Kemahiran Membaca
dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar,
masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan
tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah punca daripada
ketidakcekapan menguasai motor halus mereka. Tulisan selalu mempunyai saiz yang
tidak sama mungkin disebabkan kelemahan motor halus dalam memegang pensel
selain postur badan yang kurang betul.

11

Oleh itu, murid haruslah dididik melatih motor halus mereka supaya
fleksibiliti pergerakan mereka dapat dikawal dengan baik dan lancar dengan
menjalankan aktiviti latih tubi. Kamarudin Husin (1988) dalam kajian Kesan
Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf Kecil
k dan p Dalam Bahasa Melayu Murid Tahun Empat oleh Shella anak Jamat
(2012) menyatakan bahawa tujuan latih tubi ialah untuk mencapai taraf penguasaan
kemahiran tersebut dan di samping itu menjamin ketekalannya. Dalam kajian yang
sama juga menyatakan bahawa Lina Ping Madang (2010) turut menggunakan kaedah
latih tubi dalam membantu peserta kajian memantapkan kemahiran menulis.
Watson (1930) juga berpendapat bahawa untuk mengukuhkan perkara yang
dipelajari dalam ingatan, latihan hendaklah dijalankan berulang kali. Dengan ini,
pengkaji menerapkan salah satu prinsip pembelajaran yang telah diperkenalkan oleh
Teori Thorndike (1911) iaitu Hukum Latihan. Hukum Latihan menegaskan bahawa
hubungan rangsangan dan gerak balak akan menjadi kukuh dengan adanya
pengulangan dan latihan yang banyak serta pelbagai. Teori pedagogi ini adalah
selaras dengan prinsip kaedah Penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) yang
pengkaji terapkan terhadap Responden 1 dan Responden 2. Tambahan pula, Velillie
Entalai Juan (2010) yang dinyatakan dalam Kajian Tindakan Shella anak Jamat
(2012) juga turut menggunakan teknik garis tiga dalam membantu pesertanya
mengurangkan kesilapan menulis huruf besar di tengah perkataan Bahasa Melayu.
Dengan adanya rujukan, pengkaji berpendapat bahawa garis tiga dapat membantu
murid pengkaji meningkatkan kekemasan tulisan dan mengurangkan kesilapan
menulis huruf.
Dapatan kajian Zainora Mohd (2005) (dalam kajian Michael Saten 2010)
yang menggunakan kad suku kata dan latih tubi dalam membantu muridnya menulis
12

dengan baik. Tambahan pula, Melmon Sanai (2009) dalam kajiannya yang bertajuk
Celik Huruf: Lancar Baca pun mengaplikasikan penggunaan latihan menulis di
atas garisan yang berkembar iaitu garisan kembar tiga. Beliau menuliskan perkataanperkataan yang mudah di atas garisan berkembar tiga dan murid beliau diminta
menyalin semula perkataan mengikut contoh yang telah ditulis oleh beliau. Pengkaji
akan melaksanakan bimbingan ini terhadap Syahmi dan Lia dalam proses pengajaran
dan pembelajaran pengkaji di dalam kelas secara individu. Bimbingan ini hampir
sama dilakukan oleh Dayang Nurnalisa (2010) dalam kajiannya yang bertajuk
Kesan Pendekatan Bimbingan Secara Individu Dalam Membantu Murid Tahun Tiga
Memperbaiki Tulisan Bahasa Melayu.
Di samping itu, menerusi pembacaan pengkaji terhadap artikel Ahamd Durani
Bin Suip (2010) dalam artikei yang bertajuk Mmeperbaiki Kekemasan Tulisan
Murid Tahun 3 Melalui Kaedah Penulisan Berperingkat, beliau juga menghadapi
masalah iaitu muridnya mempunyai tulisan yang kurang kemas dan kedudukan
postur yang salah semasa menulis. Pada akhirnya hasil daripada tindakan yang
dilakukan oleh muridnya berjaya menghasilkan tulisan yang cantik selepas
pelaksanaan kaedah penulisan berperingkat dan menunjukkan peningkatan yang baik
dari segi kekemasan tulisan. Hal ini menunjukkan bahawa kekemasan tulisan dapat
dilatih jika diberi tunjuk ajar.

13

2.6 DEFINISI ISTILAH

Definisi bagi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini ialah:

2.6.1

Pendidikan Prasekolah

Pendidikan Prasekolah merupakan satu program yang menyediakan pengalaman


pembelajaran kanak-kanak yang berumur empar hingga enam tahun dalam jangka
masa satu tahun atau lebih sebelum menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Dalam Akta
Pendidikan 1996 telah memperuntukkan bahawa Sistem Pendidikan Kebangsaan
merangkumi Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengahm
Pendidikan Lepas Menengah dan Pendidikan Tinggi. Hal ini telah menjadi
tangungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberi perhatian
yang serius kepada pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini. Ianya
bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam seua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah.

2.6.2

Teknik Latih Tubi

Teknik bermaksud kaedah mencipta sesuatu hasil seni. Menurut Edward M. Anthony
mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan
14

oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul
Aziz dalam bukunya pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh
didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di
dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik
yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan
pendekatan yang diaplikasikan. Teknik yang digunakan dalam kajian ini adalah
penggunaan Buku Latih 5 Baris dalam penyelesaian masalah tulisan murid-murid
prasekolah.

2.6.3

Memperbaiki

Sesuatu situasi dan keadaan atau masalah dari yang tidak baik kepada yang lebih
baik.

2.6.4

Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis bergantung kepada perkembangan motor halus tangan dan jari
agak lemah dan hal ini akan menyukarkan murid-murid untuk menulis dengan
kemas.

15

2.7 Kepentingan Kajian

Menurut Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), pendidikan


prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat,
menyuburkan serta aktiviti menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Hal ini adalah
untuk meningkatkan kemahiran, membina keyakinan dan membentuk konsep kendiri
yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada
dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah. Oleh
yang demikian, dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan garis panduan oleh
guru prasekolah dalam mengenal pasti kaedah-kaedah yang dapat digunakan di
dalam kelas untuk meningkatkan prestasi murid.
Hasil kajian juga sedikit sebanyak boleh menjadi pendorong kepada guru untuk
beralih kepada kaedah yang berpusatkan murid secara lebih berstruktur. Kaedah
Buku Latih Tubi Lima Baris yang digunakan dalam kajian ini dapat dijadikan
rujukan kepada guru untuk diaplikasikan di dalam kelas.
Dapatan kajian diharapkan dapat mengubah tulisan murid supaya tulisan mereka
berada dalam keadaan kemas dan dapat mengikut garisan yang diberikan. Melalui
kaedah ini juga adalah diharapkan dapat membantu murid menguasai pergerakan
tangan dalam motor halus mereka semasa menulis. Tambahan pula, melalui kaedah
ini pula diharapkan dapat membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik
dan teratur.
16

Berdasarkan kajian yang dijalankan, adalah diharapkan pihak-pihak tertentu seperti


Kementerian Pendidikan Malaysia, Institusi Pendidikan Guru dan pihak sekolah
mengambil kira pembelajaran menggunakan kaedah Buku Latih Tubi Lima Baris
(LT5B) untuk melahirkan indivdu yang berjaya.

2.8

Rumusan

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sejauh mana keberkesanan penggunaan


Buku Latih Tubi 5 Baris dalam penyelesaian masalah kurang kekemasan dalam
penulisan pada murid-murid prasekolah.

17

BAB 3

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut:

3.1 Objektif Umum

Objektif umum bagi kajian ini adalah untuk memperbaiki tulisan supaya menjadi
lebih kemas dan boleh dibaca melalui kaedah buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B).

3.2 Objektif Khusus

Antara objektif khusus yang menjadi fokus dalam kajian ini ialah seperti berikut:
i.

Membantu murid dapat menguasai koordinasi mata dan tangan dalam

ii.

motor halus mereka semasa menulis.


Membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik dan teratur
melalui penggunaan kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B).

18

3.3 Persoalan Kajian


Dalam kajian ini, pengkaji telah menggariskan persoalan-persoalan kajian seperti
berikut:
i.

Adakah penguasaan koordinasi mata dan tangan dalam motor halus dapat

ii.

mempengaruhi kekemasan tulisan?


Sejauhmanakah penggunaan kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B)
dapat membantu murid menghasilkan tulisan yang kemas, cantik dan
teratur?

19

BAB 4

4.0 KUMPULAN SASARAN

Seramai dua orang murid prasekolah menjadi peserta kajian pengkaji. Peserta kajian
terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan yang kedua-duanya berusia 6
tahun. Mereka merupakan murid Prasekolah Cemerlang di SK Gong Bayor, Besut
Terengganu. Walaupun mereka sudah pandai membaca, tetapi mempunyai masalah
dalam menulis mengikut garisan dan tulisan mereka tidak kemas dan teratur. Jadual 1
menunjukkan butiran berkaitan dengan kumpulan sasaran dalam kajian penyelidikan
ini.

Peserta Kajian
Jantina
Umur

Prestasi Akademik

Responden 1

Responden 2

Lelaki

Perempuan

6 Tahun

6 Tahun

Baik
Pandai Membaca
Pasif dalam PdP
Kelemahan dalam

Sederhana
Pandai bertutur
Aktif dalam PdP
Kelemahan dalam

menulis mengikut

menulis mengikut

garisan

garisan

Jadual 1: Kumpulan Sasaran Penyelidikan Tindakan

20

BAB 5

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN


21

5.1

Model Kajian Tindakan

Pengkaji telah menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)
dalam menjalankan kajian tindakan ini.

em eM rh
M
am
e tirh
a ti

er eflr lek
M
ert rtind d
B
ak

M er an
c ang g

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Kemmis & McTaggart (1988)

5.1.1

Mereflek

Proses kajian ini bermula dengan menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditandatangani. Proses pengenalpastian
kelemahan yang dihadapi oleh murid dalam aktiviti menulis telah dilakukan.
Pengkaji mula mengesan masalah murid-murid semasa menyemak latihan menulis
dalam buku latihan mereka. Selepas itu, pengkaji memberikan latihan menulis lain

22

untuk memastikan sama ada mereka betul-betul mempunyai masalah dalam menulis
huruf kecil.

5.1.2

Merancang

Pengkaji telah merancang pelan yang sesuai untuk memperbaiki masalah kekemasan
tulisan huruf kecil dalam kalangan murid yang menjadi fokus utama. Perancangan
ini dengan menyediakan kerangka kajian iaitu objektif kajian, soalan kajian, tinjauan
literatur, kumpulan sasaran, alat kajian dan merancang tindakan fokus kajian ini
adalah bagi memperbaiki tulisan supaya menjadi lebih kemas dan boleh dibaca
dalam kalangan murid prasekolah.

5.1.3

Bertindak

Kaedah Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) dijadikan sebagai kaedah rawatan bagi
memperbaiki kekemasan tulisan murid-murid dan juga dapat mengembangkan
penguasaan motor halus mereka. LT5B mengandungi garis tiga untuk menulis huruf
kecil. Masa pelaksanaan tindakan ini berlaku pada masa luar pengajaran dan

23

pembelajaran. Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji memberikan penerangan


tentang cara membuat lembaran kerja dalam Buku LT5B. Setiap minggu responden
perlu menjalankan aktiviti-aktiviti yang ditentukan. Jadual 2 menunjukkan prosedur
tindakan yang dijalankan dengan menggunakan Buku LT5B.

BIL
1

LANGKAH
Langkah 1:
Latihan menconteng dan mewarn

Langkah 2:

Latihan menyambung garisan putus-putus


Langkah 3:
Latihan menulis perkataan mengikut

5.1.4

MASA BERTINDAK

5 9 Mac 2014

10 12 Mac 2014

13 18 Mac 2014

garisan putus-putus
Langkah 4:

19 20 Mac 2014
Latihan menyalin semula huruf
Jadual 2: Perancangan Jadual Pelaksanaan Tindakan

Memerhati

Pengkaji telah memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan. Pengkaji menjalankan


pemerhatian yang lebih terperinci untuk menilai keberkesanan tindakan. Pengkaji
menggunakan tiga kaedah iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen
lembaran kerja. Nota lapangan digunakan untuk melihat adakah penggunaan kaedah
LT5B dapat meningkatkan tahap kekemasan tulisan murid. Selain itu, pengkaji turut
menggunakan kaedah temu bual untuk mendapatkan maklumat daripada Responden
1 dan Responden 2. Temu bual dijalankan sebelum dan selepas rawatan dijalankan.
24

Tambahan pula, pengkaji juga mendapatkan data melalui dokumentasi bergambar


sebelum dan selepas rawatan dijalankan bagi menyokong kajian yang dijalankan.

5.2

Prosedur Tindakan

Pelaksanaan tindakan bagi mengatasi masalah kekemasan tulisan murid dengan


menggunakan kaedah Buku LT5B. Masa pelaksanaan tindakan ini berlaku pada masa
luar pengajaran dan pembelajaran. Sebelum melaksanakan tindakan, pengkaji
memberikan penerangan tentang cara membuat lembaran kerja dalam Buku LT5B.
Selepas intervensi dijalankan dapat berkesan bahawa penggunaan Buku LT5B dapat
memperbaiki tulisan supaya menjadi lebih kemas dan boleh dibaca.

5.2.1

5.2.2

Langkah 1: Latihan Menconteng dan Mewarna

i.

Murid-murid diberi aktiviti menconteng mengikut lakaran garisan yang

ii.

berterusan.
Kemudian, mereka mewarnakan gambar lakaran sama ada secara

iii.
iv.

mengikut gaarisan untuk menwarna, melintang atau menegak.


Tahap contengan bermula dari mudah ke susah.
Langkah ini dijalankan selama seminggu.

Langkah 2: Latihan Menyambung Garisan Putus-Putus


25

i.

Murid diminta melukis garisan mengikut tanda putus-putus yang

ii.

disediakan dalam Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B).


Antara aktiviti yang dicadangkan ialah latihan mengikut garisan-garisan
rajah atau gambar dari kiri ke kanan, latihan membentuk garisan lurus
dan latihan membentuk corak-corak gabungan.

5.2.3

5.2.4

Langkah 3: Latihan Menulis Perkataan Mengikut Garisan Putus-Putus

i.

Murid diminta menulis dengan berpandukan sampel huruf yang ada

ii.

dalam Buku LT5B.


Murid menulis huruf dengan panduan garisan putus-putus.

Latihan Menyalin Semula Huruf

i.

Murid diminta menyalin semula huruf tanpa panduan garisan putusputus.

5.3

Kaedah Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data dalam kajian tindakan memberi peluang kepada pengkaji
mendapat data yang menyokong kepada kajian tindakan. Pengumpulan data memberi
makna dan penting kepada peserta kajian. Tambahan pula, dengan adanya
pengumpulan data dapat memperoleh data yang tidak dijangka atau diandai oleh

26

penyelidik. . Tiga jenis instrumen digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan data
kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

5.3.1

Pemerhatian

Menurut Sidek Mohd Noah (2002), pemerhatian merupakan satu kaedah


penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pembolehubahan penyelidikan.
Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau
pengumpulan data. Melalui pemerhatian, penyelidik dapat mengamati sesuatu
tingkah laku subjek berpandukan pembolehubah-pembolehubah yang telah
dikenalpasti. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahanperubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari
jauh atau dari dekat. Dalam penggunaan kaedah ini, pengkaji telah menggunakan
nota lapangan sebagai instrumen kajian untuk mencatat segala peristiwa berlaku
sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Tambahan pula, pengkaji juga
menggnakan rakaman video merakam Responden-Responden semasa menjalankan
intervensi sebagai bahan bukti kajian tindakan ini.

5.3.2

Temu Bual

Temu bual adalah satu cara pengumpulan data yang digunakan dalam kajian
tindakan. Temu bual melibatkan perbualan antara pengkaji dengan responden bagi

27

tujuan mendapatkan data atau maklumat yang relevan dengan kajian. Menurut Patton
(1980), temu bual ialah cara dapat mendekati dunia murid dan memahami apa yang
sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Seperti yang dinyatakan oleh Mohd
Majid Bin Samad (2000), kaedah temu bual boleh digunakan untuk memperoleh
maklumat berkenaan fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak mengikut keperluan
persoalan kajian. Hal ini adalah penting kerana ingin mengetahui perasaan dan
pendapat mereka tentang pengajaran yang diperkenalkan. Selepas melaksanakan

5.3.3

Analisis Dokumen

Analisis dokumen juga merupakan salah satu cara pengumpulan data. Analisis
dokumen ini dijalankan terhadap hasil kerja kedua-dua responden sebelum rawatan
dan selepas rawatan dijalankan. Analisis dokumen yang dijalankan akan mengikut
peringkat kajian yang dijalankan oleh pengkaji sendiri tanpa bantuan mana-mana
pihak. Dokumen yang dikumpul akan mendapat kepastian daripada guru prasekolah
itu sendiri demi kesahihannya. Dalam menentukan masalah kekemasan tulisan
murid, pengkaji telah menggunakan instrumen kajian iaitu gambar sebagai bahan
bukti untuk memerhati perubahan tulisan mereka sebelum dan selepas intervensi
dijalankan.

28

BAB 6

6.0

ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang telah dicadangkan, pengkaji


meninjau masalah yang dikenalpasti bagi tujuan mengesan kekemasan tulisan muridmurid prasekolah.
Analisis data ini dilakukan secara kualitatif. Analisis data dilakukan dengan
cara mencatat segala peristiwa berlaku, mengatur secara sistematik transkrip wacana
29

dan bahan-bahan lain. Tiga jenis instrumen digunakan oleh pengkaji bagi
mendapatkan data kajian iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen.

6.1

Pemerhatian

Pada masa yang sama, pemerhatian dijalankan dengan menggunakan nota lapangan.
Nota lapangan merupakan maklumat yang didengar, dilihat, pengalaman yang
dilalui dan apa yang difikirkan sertamenjadi imbasan ke atas data yang ada.
Maklumat yang diperolehi adalah seperti idea, strategi dan refleksi yang
mempelbagaikan corak maklumat berkenaan. Membuat nota lapangan adalah salah
satu cara melaporkan pemerhatian, refleksi dan tindak balas kepada masalah dalam
bilik darjah. Nota lapangan ditulis sebaik sahaja masa pengajaran habis kerana apa
yang berlaku dalam bilik darjah masih segar dalam ingatan guru. Nota lapangan
terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang berpusatkan isu yang bermaksud
pemerhatian adalah fokuskepada isu-isu tertentu seperti mutu pengajaran,
tingkahlaku pelajar dan perkara yang sedang berlaku.
Pada minggu pertama, pengkaji telah membuat pemerhatian awal dengan
menggunakan nota lapangan untuk mengenalpasti tahap kebolehan murid menulis
huruf kecil dengan kemas. Setelah selesai membuat pemerhatian awal, pengkaji telah
memilih dua orang murid sebagai responden kajian ini. Seterusnya, pengkaji
membuat pemerhatian menggunakan borang penilaian hasil kerja murid untuk
menilai tahap kekemasan tulisan huruf kecil murid-murid prasekolah. Pemerhatian
dijalankan beberapa kali untuk mendapatkan data yang lengkap dan kukuh. Hasil
dari dapatan kajian ini dianalisis bagi melihat perubahan tulisan responden tersebut.
30

6.1.1

Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 1


Sebelum Intervensi

RESPONDEN 1
Tarikh
: 17 Februari 2014
Masa
: 9.10 pagi
Tempat: Bilik Darjah
Tunjang
: Komunikasi Bahasa Malaysia
Aktiviti
: Menulis huruf
Catatan:
Meletakkan kepala di atas meja semasa menulis
Berbual dengan rakan.
Sentiasa menulis sambil memadam kerana tidak tahu cara menulis dengan
kemas mengikut garis tiga yang diberikan.
Cadangan Penambahbaikan:
Beri tunjuk ajar.
Rancangkan aktiviti latih tubi.
Rajah 2 : Nota Lapangan Responden 1
31

Rajah 2 menunjukkan situasi yang berlaku semasa proses pengajaran dan


pembelajaran dijalankan. Pada masa itu, proses rawatan belum dijalankan lagi.
Responden-responden pula menunjukkan tingkah laku yang kurang memuaskan
ketika membuat lembaran kerja iaitu menulis huruf kecil. Walaupun mereka dapat
menulis huruf dengan cara yang betul, tetapi mereka kurang dapat menulis mengikut
garis tiga yang disediakan. Hal ini menyebabkan mereka berasa kurang yakin
terhadap hasil kerja mereka jika melihat kerja rakan lain. Berdasarkan lembaran kerja
yang dibuat oleh Responden 1, pengkaji mendapati bahawa dia menulis perkataan
dengan saiz tulisan yang terlalu kecil dan tidak mengikut garisan yang diberikan.
Tambahan pula, Responden 1 selalu tidak memberi tumpuan apabila disuruh
membuat lembaran kerja. Responden 1 asyik berbual dengan rakannya dan selalu
tidak dapat menyempurnakan kerjanya. Semasa membuat kerja, Responden 1
membuat kerja lalu meletakkan kepala di atas meja. Hal ini menyebabkan dia kurang
dapat menguasai koordinasi mata tangan dengan baik semasa membuat lembaran
kerja.
Bagi membantu murid menulis dengan kemas, sebagai seorang guru perlulah
merancang bagi murid menguasai koordinasi mata tangan dalam motor halus mereka
dengan menyediakan pelbagai jenis latihan sebagai latih tubi. Guru juga perlu
sentiasa memberi tunjuk ajar supaya mereka dapat memberi tumpuan terhadap hasil
kerja mereka dan juga dapat mendengar arahan guru menulis mengikut garisan.

6.1.2

Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 2


Sebelum Intervensi
32

RESPONDEN 2
Tarikh
: 17 Februari 2014
Masa
: 9.10 pagi
Tempat: Bilik Darjah
Tunjang
: Komunikasi Bahasa Malaysia
Aktiviti
: Menulis
Catatan:
Tidak memberi tumpuan.
Mula menulis apabila ditegur oleh guru.
Tidak mengikut garisan yang diberikan semasa menulis.
Sentiasa menukarkan arah buku supaya selesa untuk menulis.
Cadangan Penambahbaikan:
Beri bimbingan
Membuat demonstrasi cara menulis mengikut garisan.

Rajah 3: Nota Lapangan Responden 2


Merujuk kepada nota lapangan di atas, semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan, pengkaji mendapati bahawa murid berkenaan selalu memandang rakan
membuat kerja lalu tidak membuat kerja dengan memberi penuh tumpuan. Tambahan
pula, Responden 2 juga kurang mahir dalam menggerakkan pergerakan tangannya
semasa menulis. Responden 2 tidak dapat mengikuti garisan menulis dengan betul
dan selalu menukarkan arah buku supaya dia senang untuk menulis. Hal ini
menyebabkan Responden 2 selalu mengalami masalah menulis dalam keadaan yang
kemas dan teratur.
Cadangan penambahbaikan adalah sebagai seorang guru perlu memberi
penerangan dan bimbingan. Guru perlu memberikan tunjuk ajar kepada murid cara
menulis mengikut garisan dengan betul. Pada masa yang sama, guru perlu
memgaplikasi latih tubi kepada murid supaya mereka selalu mengetahui tempat atau
garisan yang perlu ditulis.

33

Berdasarkan kedua-dua nota lapangan di atas, pengkaji telah mengambil


kesempatan untuk membaiki masalah kekemasan tulisan murid dengan memikitkan
pelbagai cara. Dengan adanya panduan kajian tindakan yang lepas, akhirnya pengkaji
menggunakan kaedah Penggunaan Buku LT5B dengan mengaplikasikan teknik latih
tubi. Hal ini membolehkan murid membiasakan diri dengan cara menulis mengikut
garisan dengan betul supaya dapat memperbaiki kekemasan tulisan mereka dalam
masa yang ditentukan.

6.1.3

Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 1


Selepas Intervensi

RESPONDEN 1
Tarikh
: 23 April 2014
Masa
: 9.10 pagi
Tempat: Bilik Darjah
Tunjang
: Komunikasi Bahasa Malaysia
Aktiviti
: Menulis huruf
Catatan:
Menumpukan perhatian semasa aktiviti menulis.
Ingin menulis dengan cantik dan kemas kerana ingin mendapat hadiah.
Dapat menulis mengikut garisan.
Cadangan Penambahbaikan:
Banyakkan aktiviti latih tubi untuk melatih koordinasi mata dan tangan

Rajah 4 : Nota Lapangan Responden 1

34

Rajah 4 menunjukkan nota lapangan yang dicatat selepas intervensi yang


diperhatikan terhadap Responden 1. Selepas penggunaan Buku LT5B Responden 1
didapati telah menguasai cara menulis mengikut garisan dan juga dapat menulis
dalam keadaan yang kemas dan teratur. Tambahan pula, Responden 1 juga dapat
memberi tumpuan semasa menulis kerana jika dia dapat menulis dengan kemas, dia
akan dapat ganjaran yang sedia ada. Hal ini dilatih secara berulangan dapat
memperbaiki kekemasan tulisannya dengan lebih berkesan. Dari segi cadangan
penambahbaikan, guru boleh memperbanyakkan aktiviti latih tubi menulis untuk
melatih koordinasi mata dan tangan.

6.1.4

Analisis dan Interpretasi Data Pemerhatian Terhadap Responden 2


Selepas Intervensi

RESPONDEN 1
Tarikh
: 23 April 2014
Masa
: 9.10 pagi
Tempat: Bilik Darjah
Tunjang
: Komunikasi Bahasa Malaysia
Aktiviti
: Menulis huruf
Catatan:
Kadang kala kurang menumpukan perhatian semasa aktiviti menulis.
Ingin menulis dengan cantik dan kemas kerana ingin mendapat hadiah.
Dapat menulis mengikut garisan.
Cadangan Penambahbaikan:
Banyakkan aktiviti latih tubi untuk melatih koordinasi mata dan tangan

Rajah 5 : Nota Lapangan Responden 2

35

Rajah 5 menunjukkan nota lapangan yang dicatat selepas intervensi yang


diperhatikan terhadap Responden 2. Selepas penggunaan Buku LT5B Responden 2
juga didapati ada peningkatan dari segi cara menulis mengikut garisan dan juga dapat
menulis dalam keadaan yang kemas dan teratur. Walaupun Responden 2 kadang kala
kurang memberi tumpuan semasa menulis, tetapi secara keseluruhanya. Responden 2
dapat menulis mengikut garisan dengan kemas. Hal ini dilatih secara berulangan
dapat memperbaiki kekemasan tulisannya dengan lebih berkesan. Bagi cadangan
penambahbaikan, sama seperti Responden 1, mereka seharusnya diberikan pelbagai
aktiviti latih tubi untuk melatih koordinasi mata dan tangan mereka pada masa yang
akan datang.

6.2

Temu Bual

Bagi mendapatkan data dari temu bual, pengkaji menjalankan sesi temubual sebelum
dan selepas rawatan dijalankan. Sesi temu bual dijalankan ke atas responden untuk
memperoleh maklum balas terhadap perubahan tulisan mereka selepas intervensi
dijalankan, perasaan dan kefahaman responden tentang tulisan mereka.

6.2.1 Temu Bual Responden 1 Selepas Intervensi


Saya
: Boleh bagitahu cikgu yang mana satu lebih cantik? (Menunjukkan
dapatan awal tulisan dan dapatan akhir tulisan responden)
Responden : Ni. (Tunjuk hasil kerja dapatan akhir)
Saya

: Huruf mana yang paling comel?

Responden : m dan l.
Saya

: Lain kali nak tulis lagi supaya jadi lebih cantik?

Responden : Nak~

36

Rajah 6: Transkrip Temu Bual Responden 1

Rajah 6 menunjukkan transkrip temu bual Responden 1 selepas intervensi dijalankan.


Sebelum penggunaan Buku LT5B, tulisan Responden 1 tidak mengikut garisan yang
disediakan dan kelihatan kurang kemas dan teratur. Hal ini menyebabkan Responden
1 kurang yakin dan kurang berminat aktiviti menulis. Oleh itu, pengkaji telah
menggunakan Buku LT5B ini untuk memberikan peluang bagi dia melatih menulis
mengikut garisan. Tambahan pula, pengkaji juga menambahkan bahagian
menconteng dan mewarna dalam buku tersebut sebagai aktiviti menyeronokkan bagi
murid-murid mewarna dan melatih cara mewarna dalam ruang yang disediakan.
Selepas intervensi dijalankan, Responden 1 didapati ada peningkatan dari segi
menulis. Dalam transkrip yang ditunjukkan di atas, Responden 1 memilih hasil kerja
dapatan akhir sebagai hasil kerja yang kemas dan cantik berbanding kepada dapatan
awal hasil kerjanya. Responden 1 juga amat gembira terhadap hasil kerjanya dan
ingin membuat latihan lebih banyak lagi supaya dapat menulis dengan kemas.
Saya

: Boleh bagitahu cikgu yang mana satu lebih cantik? (Menunjukkan


dapatan awal tulisan dan dapatan akhir tulisan responden)

6.2.2 Temu Bual Responden 2 Selepas Intervensi


Responden : Yang ni. (Tunjuk hasil kerja dapatan akhir dengan penuh
keyakinan)
Saya

: Huruf mana yang paling comel?

Responden : Huruf y.
Saya

: Lain kali nak tulis lagi supaya jadi lebih cantik?

Responden : Nak lagi, nak tulisan comel lagi.

37

Rajah 7: Transkrip Temu Bual Responden 2

Rajah 7 menunjukkan transkrip temu bual Responden 2 selepas intervensi dijalankan.


Sebelum penggunaan Buku LT5B, tulisan Responden tidak mengikut garisan yang
disediakan dan kelihatan kurang kemas dan teratur. Tambahan pula, tulisan saiz huruf
Responden juga terlalu kecil dan tidak sesuai dalam garis tiga yang disediakan. Hal
ini menyebabkan Responden 2 kurang berminat semasa aktiviti menulis. Tambahan
pula, Responden 2 juga selalu tidak menyiapkan kerjanya kerana tidak tahu cara
menulis mengikut garisan dengan betul. Oleh itu, pengkaji telah mengambil
kesempatan untuk memperbaiki tulisannya dengan penggunaan Buku LT5B supaya
dia dapat memahami dan mengetahui cara menulis dengan betul dan sentiasa
mengikuti garisan. Dengan latihan berulangan, Selepas intervensi Responden 2 juga
didapati ada peningkatan dari segi menulis. Sama seperti Responden 1, dalam
transkrip yang ditunjukkan di atas, Responden 2 memilih hasil kerja dapatan akhir
sebagai hasil kerja yang kemas dan cantik berbanding kepada dapatan awal hasil
kerjanya. Responden 2 juga amat gembira terhadap hasil kerjanya dan ingin
membuat latihan lebih banyak lagi supaya dapat menulis dengan kemas. Responden
2 juga meminta banyak latihan kerana dia ingin tulisannya kemas dan cantik lagi.
38

Dari transkrip temu bual yang telah direkod, Responden 1 dan Responden 2
amat berpuas hati dengan hasil mereka selepas menggunakan Buku Latih Tubi 5
Baris. Mereka dapat membanding beza tulisan mereka sebelum dan selepas
intervensi dijalankan. Mereka mahu menulis dengan lebih kemas lagi pada masa
yang akan datang. Hal ini dapat menunjukkan bahawa penggunaan Buku Latih Tubi
5 Baris (LT5B) memberi kesan terhadap mereka dalam menulis dengan lebih kemas
dan teratur.

6.3

Analisis Dokumen

Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji memberikan latihan kepada Responden 1


dan Responden 2. Dalam kajian tindakan, dokumen adalah smber data yang paling
mudah, murah dan cepat untuk diperolehi kerana ia sebagai bahan yang ada dan
dapat dilihat dengan jelas. Contohnya adalah gambar, buku rancangan, diari, jurnal,
hasil kerja murid dan sebagainya. Dalam kajian ini, pengkaji akan membandingkan
hasil kerja sebelum dan selepas intervensi. Tambahan pula, pengkaji juga menilai
hasil kerja dari aspek tulisan kemas dan tersusun, menulis mengikut, jarak antara
perkataan adalah konsisten dan saiz huruf adalah konsisten. Hal ini dapat
memudahkan pengkaji memerhati perubahan tulisan Responden sebelum dan selepas
intervensi dijalankan.
Dalam menilai hasil kerja Responden 1 dan Responden 2, pengkaji telah
menyemak kesalahan mereka dengan menggunakan instrumen gambar sebagai bahan
bukti untuk melihat perubahan tulisan mereka sebelum dan selepas intervensi
dijalankan. Pengkaji telah menguji responden menulis perkataan-perkataan dalam
39

bentuk huruf kecil yang diberikan dan diminta menulis lembaran kerja yang
disediakan sebagai dapatan awal kajian. Selepas penggunaan Buku LT5B, pengkaji
pula meminta responden menulis semula perkataan-perkataan yang sama dalam
lembaran kerja yang sama sebagai dapatan akhir kajian. Hal ini membolehkan
pengkaji membuat perbandingan antara hasil dapatan awal dan hasil dapatan akhir
murid-murid berkenaan.

6.3.1

Analisis Hasil Kerja Responden 1 Sebelum Intervensi Dijalankan dan


Selepas Intervensi Dijalankan

Keluar daripada ruang yang


disediakan

Saiz huruf tidak konsisten

Rajah 8: Hasil Kerja Responden 1 Sebelum Intervensi

Rajah 8 menunjukkan hasil kerja Responden 1 sebelum intervensi dijalankan.


Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah menguji responden menulis perkataanperkataan yang diberikan dan diminta menulis lembaran kerja yang disediakan
sebagai dapatan awal kajian. Jika dilihat dari segi kekemasan, tulisan Responden 1
kebanyakan tidak mengikuti garisan yang disediakan dan adanya menulis di atas
garisan putus-putus.
40

Walaupun dari segi jarak antara perkataan adalah konsisten, tetapi saiz tulisan
huruf tidak sesuai dengan ruang yang disediakan. Perkataan dalam bentuk huruf kecil
ditulis tidak mempunyai saiz yang sesuai dan juga keluar dari tempat dan ruang yang
disediakan. Hal ini menyebabkan hasil kerjanya kelihatan tidak kemas dan tidak
teratur.

Tidak keluar daripada ruang yang disediakan

Saiz huruf konsisten dan sesuai dengan ruang yang disediakan

Rajah 9: Hasil Kerja Responden 1 Selepas Intervensi

Rajah 9 menunjukkan hasil kerja Responden 1 selepas intervensi dijalankan. Selepas


penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B), pengkaji memberi semula lembaran
kerja yang sama dengan dahulu dan meminta Responden 1 menulis semula perkataan
yang disediakan sebagai dapatan akhir kajian. Berdasarkan rajah 9 didapati ada
peningkatan dari segi kekemasan tulisan Responden 1 selepas penggunaan Buku
LT5B ini. Responden 1 tidak lagi menulis keluar daripada garisan dan ruang yang
disediakan.
Tambahan pula, saiz huruf adalah konsisten dan sesuai dengan ruang yang
disediakan. Secara keseluruhannya, terdapat peningkatan dari segi penguasaan
koordinasi mata dan tangan Responden 1 dalam aktiviti menulis ini. Hasil analisis ini
41

dapat dilihat berdasarkan Rajah 8 (sebelum intervensi dijalankan) dan Rajah 9


(selepas intervensi dijalankan) apabila terdapat perbezaan antara kedua-dua rajah
berkenaan.

6.3.2

Analisis Hasil Kerja Responden 2 Sebelum Intervensi Dijalankan dan


Selepas Intervensi Dijalankan

Keluar daripada ruang yang disediakan (Contoh: huruf p

Saiz huruf tidak konsisten dan kurang sesuai dengan ruang yang

Rajah 10: Hasil Kerja Responden 2 Sebelum Intervensi

Rajah 10 menunjukkan hasil kerja Responden 2 sebelum intervensi dijalankan.


Sebelum intervensi dijalankan, pengkaji telah menguji responden menulis perkataanperkataan yang diberikan dan diminta menulis lembaran kerja yang disediakan
sebagai dapatan awal kajian. Jika dilihat dari segi kekemasan, tulisan Responden 2
kebanyakan tidak mengikuti garisan yang disediakan dan adanya menulis di atas

42

garisan putus-putus. Walaubagaimanapun, keseluruhannya masih kelihatan agak


kemas berbanding dengan Responden 1.
Selain itu, sama seperti Responden 1 iaitu kemahiran menulis dari segi jarak
antara perkataan adalah konsisten, tetapi saiz tulisan huruf tidak sesuai dengan ruang
yang disediakan. Perkataan dalam bentuk huruf kecil ditulis tidak mempunyai saiz
yang sesuai dan terlalu kecil sehingga guru susah untuk membacanya. Hal ini
menyebabkan hasil kerjanya kelihatan tidak kemas dan tidak teratur.

Tidak keluar daripada ruang yang disediakan

Saiz huruf konsisten dan sesuai


dengan ruang yang disediakan

Rajah 11: Hasil Kerja Responden 2 Selepas Intervensi

Rajah 11 menunjukkan hasil kerja Responden 2 selepas intervensi. Selepas


penggunaan Buku LT5B, pengkaji memberi semula lembaran kerja yang sama
dengan dahulu dan meminta Responden 2 menulis semula perkataan yang disediakan
sebagai dapatan akhir kajian. Berdasarkan rajah 11 didapati ada peningkatan dari segi
kekemasan tulisan Responden 2 selepas penggunaan Buku LT5B ini. Responden 2
tidak lagi menulis dalam saiz huruf yang terlalu kecil berbanding dengan hasil kerja
lalu yang ditunjukkan dalam Rajah 10.
43

Tambahan pula, Responden 2 juga telah menunjukkan tahap perkembangan


yang amat berkesan dari segi kekemasan tulisan. Responden 2 amat memberi
tumpuan yang lebih semasa membuat latihan menulis kerana ingin menulis dalam
keadaan yang kemas dan cantik. Hasil daripada Responden 2 dapat menunjukkan
bahawa ada peningkatan dari segi saiz tulisan dan kekemasan tulisan. Dengan
bantuan aktiviti menulis dalam Buku LT5B, Responden 2 telah dapat menulis dengan
lebih kemas dan teratur dalam lembaran kerja yang lain.

6.4

Kesimpulan

Bab 6 ini memberikan penerangan bagaimana pengkaji memperoleh data daripada


kerja lapangan yang bermula dari peringkat perancangan hingga ke peringkat
pelaksanaannya. Perbincangan antara lain menyentuh bagaimana sesi pembelajaran
dijalankan dan aktiviti yang dilakukan oleh penyelidik dengan kanak-kanak
prasekolah dalam sesi pembelajaran tersebut.

Tambahan pula, bab ini juga

menerangkan cara menganalisis data dan melihat perubahan dari segi kekemasan
tulisan Responden 1 dan Responden 2 selepas penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris
(LT5B).

44

BAB 7

7.0

DAPATAN KAJIAN

7.1

Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian yang telah diperoleh
daripada penganalisaan data menerusi pemerhatian dan temu bual yang telah
dijalankan dengan menggunakan instrumen dan soalan-soalan yang tertentu. Datadata yang dikumpul adalah untuk memastikan keberkesanan Buku Latih Tubi 5 Baris
terhadap kekemasan tulisan pada murid prasekolah di SK Gong Bayor.

45

Sebanyak dua orang murid prasekolah dari SK Gong Bayor telah dipilih
berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan selama 3 minggu. Seorang lelaki dan
seorang perempuan yang berumur 6 tahun telah dipilih sebagai responden kajian.
Mereka sudah pandai membaca tetapi menghadapi masalah penulisan yang kurang
kemas kerana tulisan mereka kebanyakannya tidak mengikut garisan yang telah
ditentukan. Melalui pemerhatian, responden lelaki itu agak pasif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Dia telah pandai membaca sukukata dan ayat-ayat
yang pendek. Melalui analisis dokumen, dia juga mempunyai pencapaian akademik
yang baik. Murid ini menghadapi masalah penulisan sepanjang 3 minggu selama
pengkaji menjalankan pratikum di sini.

Sementara itu, responden perempuan

merupakan seorang murid yang pandai bertutur tetapi menghadapi masalah dalam
bacaan dan kemahiran menulis dengan kemas.

Dia mempunyai pencapaian

akademik yang sederhana sahaja tetapi murid ini sangat aktif semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Setelah penyelidik menggunakan Buku
Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk memimpin kedua-dua murid ini menulis, didapati
mereka telah dapat menulis dengan kemas dan teratur dengan menulis mengikut
garisan.

7.2

Pemerhatian

Pemerhatian yang dijalankan pada sepanjang kemajuan pelaksanaan kajian. Catatan


dan analisis tentang kemajuan murid menulis huruf telah dicatat. Sebelum kajian
diimplementasikan, didapati kedua-dua murid tersebut mempunyai masalah
penulisan yang kurang teratur. Hal ini sudah semestinya mereka akan menghadapi
46

masalah apabila mereka melangkah ke Tahun Satu nanti.

Setelah penyelidik

menggunakan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) untuk membimbing mereka menulis
dengan betul dan teratur dan melatih mereka dalam satu jangka masa, sudah terbukti
terdapat perubahan kekemasan dalam penulisan mereka samada dalam penulisan
huruf ataupun angka. Mereka telah dapat menulis dalam garis yang telah ditentukan.
Dengan itu, tulisan yang dihasilkan nampaknya lebih kemas dan teratur.
Selama intervensi dijalankan, pengkaji mendapati bahawa ada perubahan dari segi
kekemasan penulisan murid-murid berkenaan. Dengan adanya bimbingan guru,
murid-murid mula mengetahui cara menulis mengikut garisan yang disediakan. Pada
masa yang sama, murid-murid juga dapat melatih koordinasi mata dan tangan
mereka secara berulangan semasa membuat latihan dalam buku LT5B ini. Dengan
bantuan Buku LT5B ini, murid-murid dapat menulis mengikut garisan yang
disediakan dalam lembaran kerja. Walaubagaimanapun, hasil daripada kajian telah
mencapai objektif kajian dan juga menjawab soalan kajian yang ditentukan.

7.3

Temu Bual

Melalui temu bual yang tidak berstruktur berdasarkan soalan-soalan yang telah
disediakan untuk menemu bual kedua-dua responden tersebut, didapati kedua-dua
murid tersebut juga ingin melihat tulisan sendirinya dengan kemas kerana boleh
mendapat pujian dari orang ramai. Hal ini termasuklah guru-guru dan ibu bapa
mereka. Mereka juga tidak mahu tulisan sendiri yang tidak teratur. Setelah tulisan
mereka sudah menjadi kemas dan teratur, mereka berpendapat bahawa mereka berasa
seronok untuk menulis dan mereka mempunyai keyakinan yang lebih tinggi
47

walaupun tulis apa sekalipun. Mereka yakin bahawa mereka mahu menggunakan
Buku LT5B untuk mereka menulis pada masa akan datang. Mereka menyatakan jika
sudah pandai menulis, mereka ingin membuat lebih banyak latihan menulis lagi dan
telah memupuk minat mereka dalam aktiviti menulis.

7.4

Analisis Dokumen

Analisis ini adalah berlandaskan hasil lembaran kerja yang telah dihasilkan oleh
kedua-dua murid tersebut. Melalui analisis dokumen daripada catatan jadual
penilaian murid yang telah digunakan, didapati jumlah kesalahan yang dilakukan
oleh kedua-dua murid semakin hari semakin kurang setelah menggunakan Buku
Latih Tubi 5 Baris tersebut. Mereka telah dapat menulis dengan kemas dan menulis
mengikut ruang yang telah disediakan. Saiz tulisan yang dihasilkan juga adalah
sesuai dan huruf yang menyerupai huruf lain juga tidak ada lagi. Hasil daripada
kajian telah mencapai objektif kajian dan juga telah menjawab persoalan kajian.
Buku LT5B ini dapat memperbaiki kekemasan tulisan murid-murid dengan berkesan.

7.5

Kesimpulan

48

Melalui hasil kajian menunjukkan bahawa pada keseluruhannya Buku Latih Tubi 5
Baris adalah sesuai digunakan untuk membimbing murid prasekolah menulis dengan
lebih kemas dan teratur. Di samping itu, pengunaan Buku LT5B dapat meningkatkan
keyakinan murid dalam pelajaran serta menambahkan minat dan motivasi untuk
murid belajar.

BAB 8

8.0

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian ini memberikan beberapa implikasi yang positif terhadap sistem
pendidikan di Malaysia. Berdasarkan hasil kajian yang telah dijalankan, pengkaji
berharap kajian ini dapat memberi implikasi yang positif kepada pelbagai pihak yang
berkenaan.

8.1

Murid

49

Kebanyakan murid-murid prasekolah bersetuju bahawa perlu menjalankan aktiviti


latih tubi untuk menulis supaya dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan teratur.
Hal ini dapat memberi kesan yang positif dalam meningkatkan pencapaian akademik
murid. Kajian yang dijalankan oleh Hapni Abang (2012), Mary Anak Lagat (2012)
dan Shella anak Jamat (2012) menunjukkan bahawa kaedah latih tubi garis tiga yang
ada dalam buku latihan dapat membantu membaiki kekemasan tulisan murid.
Menurut Maimon Sanai (2009), penggunaan latihan garis tiga sangat membantu
murid menulis huruf kecil dengan betul. Segelintir murid berpendapat bahawa
menulis secara latih tubi membolehkan mereka menulis dengan kemas dan teratur.
8.2

Guru Prasekolah

Menurut Jacabsen (1999), guru di sekolah masih lebih suka menguasai dan
mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru yang merancang dan menjalankan tugas
secara individu dan murid akan belajar ramai-ramai. Guru juga lebih mementingkan
pengelolaan kaedah keseluruhan kelas dan kurang memberi perhatian terhadap
kecenderungan minat dan potensi murid.
Guru biasanya menjadi tonggok utama untuk menentukan kejayaan proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Hizral Tazzif Hisham & M. Azlan Jaafar
(1997), strategi pengajaran yang paling kerap digunakan di sekolah adalah
berpusatkan guru dan hanya mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
Manakala dalam kajian ini, penkaji berharap para pendidik terutamanya kepada guru
prasekolah menyedari kepentingan aktiviti pembelajaran dengan pengaplikasian
teknik latih tubi.

50

Guru prasekolah seharusnya mempunyai pengetahuan dan pengalaman


menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi manfaat yang
maksimum kepada murid khususnya murid prasekolah yang memerlukan asas yang
paling kukuh sebelum mereka melangkah ke Tahun Satu.
Dengan menggunakan Buku Latih 5 Baris ini dan mendapatkan pendedahan
awal dalam bidang ini, bengkel dan kursus yang berkaitan dengan pembelajaran
perlu diadakan untuk mengukuhkan kemahiran dan pengalaman guru. Latihan
pengajaran mikro juga boleh diadakan untuk menambahkan keyakinan guru dalam
mengendali aktiviti prasekolah di dalam bilik darjah.
Modul latihan yang mesra pengguna perlu dibangunkan bagi meningkatkan
minat dan komitmen guru terhadap program penggunaan pembelajaran aktiviti
prasekolah di sekolah. Oleh yang demikian, pihak-pihak berkenaan khasnya Pejabat
Pelajaran dengan kerjasama pihak sekolah disarankan agar merangka dasar,
membangun dan memantau perkembangan modul dan pelaksanaan program
pembelajaran ini di dalam bilik darjah. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan ini dipercayai dapat melengkapkan generasi muda menjadi insan yang
serba boleh, mempunyai kemahiran sosial dan berinteraksi bagi menjalani hidup
yang penuh cabaran.

8.3

Sekolah

Pihak sekolah perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian


murid. Untuk itu pihak sekolah perlulah menyediakan kemudahan pembimbing
51

rakan sebaya dan budaya menggunakan Buku Latih Tubi 5 Baris untuk memantapkan
penulisan murid prasekolah. Pihak sekolah juga perlu mendedahkan penggunaannya
bagi murid-murid yang masih menghadapi masalah penulisan walaupun di tahap
mana sekalipun. Tambahan pula, pihak sekolah juga perlu menyedari bahawa
kemahiran menulis amat penting dan perlu mendidik anak muridnya cara menulis
dengan betul sejak kecil lagi.

8.4

Kementerian Pendidikan Malaysia

Sebarang program atau pendekatan baru tidak akan berjaya tanpa sokongan daripada
pihak atasan. Pihak kementerian pelajaran memainkan peranan seperti berikut:-

(i)

Menawarkan kursus yang sesuai untuk melatih guru menggunakan


pendekatan penggunaan Buku Latih 5 Baris untuk memantapkan

(ii)

penulisan murid-murid.
Melonggarkan sukatan pelajaran yang perlu diliputi supaya guru
diberi lebih kebebasan dan masa untuk menggunakan pendekatan
penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris supaya mengukuhkan asas
murid-murid sebelum melangkah ke Tahun Satu.

52

BAB 9

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid dapat


menguasai pergelangan tangan dalam motor halus mereka untuk menghasilkan
tulisan yang kemas dan teratur. Pengkaji berharap penyeldik-penyelidik akan datang
dapat menjalankan kajian seterusnya berkenaan penggunaan Buku Latih 5 Baris
dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara terperinci lagi.
Pertama, saiz sampel perlu diperbesarkan lagi supaya dapatan kajian dapat
digeneralisasikan di samping memperolehi dapatan yang lebih tepat dan
53

menambahkan kuasa ujian. Pengkaji berharap bahawa kajian-kajian yang akan


datang dijalankan dengan lebih luas dan melibatkan bilangan responden yang lebih
ramai memandangkan kajian ini hanya melibatkan sampel yang kecil sahaja.
Kedua, kajian ini hanya menumpu kepada keberkesanan satu kaedah dan juga
megaplikasikannya dalam satu tunjang sahaja iaitu Tunjang Komunikasi. Tambahan
pula, kajian ini hanya tertumpu kepada kekemasan tulisan huruf kecil sahaja. Adalah
lebih baik kajian diperluaskan kepada sekolah-sekolah lain di samping merangkumi
pelbagai kaedah dan enam tunjang agar dapatan kajian yang diperolehi lebih
bermakna dan akan memberi gambaran sebenar terhadap keberkesanan penggunaan
kaedah Buku LT5B di dalam bilik darjah.
Kajian ini hanya melibatkan tiga jenis instrumen kajian untuk mengumpul
data dan menganalisis data berkenaan. Oleh itu, pengkaji berharap agar kajian yang
akan datang menggunakan pelbagai jenis instrumen kajian seperti soal selidik,
senarai semak dan sebagainya bagi melihat keberkesanan penggunaan Buku LT5B
dalam memperbaiki kekemasan tulisan huruf kecil.
Penyelidikan lanjutan seharusnya mengambil kira aspek-aspek seperti
pembentukan sikap dan minat terhadap pembelajaran serta penerapan nilai murni
murid. Kajian seperti ini akan memberi manfaat yang besar dalam membantu pihak
yang bertanggungjawab melihat keberkesanan, masalah dan keperluan dalam usaha
meningkatkan minat belajar dan membentuk sahsiah dalam kalangan murid.

9.1

Rumusan

54

Penggunaan Buku Latih Tubi 5 Baris (LT5B) memberi kesan positif bagi
mengukuhkan cara penulisan murid-murid terutamanya murid-murid prasekolah.
Selain itu, pembelajaran jenis ini dikatakan merupakan satu daripada amalan
pengajaran dan pembelajaran yang sungguh berkesan dalam

pengukuhan dan

pemantapan cara penulisan kanak-kanak. Akan tetapi, amalan ini haruslah juga
mengambil faktor-faktor yang lain seperti tahap kognitif murid, isi kandungan yang
ingin disampaikan, strategi persembahan dan lain-lain lagi agar ia sesuai dengan
kumpulan sasaran dan seterusnya mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.
Kajian ini telah menjawab persoalan-persoalan yang dinyatakan.
Dapatan

kajian

menunjukkan

terdapat

kesan

yang

positif

dengan

menggunakan Buku LT5B dalam memperbaiki kualiti penulisan murid-murid.


Penelitian ke atas hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan Buku LT5B juga
dapat menambahkan keyakinan dan motivasi serta minat murid terhadap pelajaran.
Selain itu, Kebanyakan aktiviti dan strategi yang dipraktikkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapat membantu murid memperbaiki sesuatu situasi
pembelajaran.
Kesimpulannya, guru merupakan pengubah diri murid, dari murid yang tidak
tahu kepada murid yang serba tahu dan dari murid yang bosan kepada murid yang
ceria dan sedar selalu.

55

RUJUKAN

Arasoo, V.T. (1989). Pembelajaran Kemahiran Motor Dalam Pendidikan Jasmani


dan Sukan Malaysia. Kuala Lumpur: Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Dayang Nurmalisa binti Abang Mohd Selanie. (2010). Kesan Pendekatan Bimbingan
Secara Individu dalam membantu murd Tahun Tiga membaiki tulisan dalam
Bahasa Melayu. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar
Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL (BM Pendidikan Rendah),
Seminar Penyelidikan Tindakan Tahun 2010 IPG KBL/7 & 8 Oktober 2010/
IPG KBL ms 18-30.
Hapni Abang (2012). Kesan Penggunaan Latihan Garis Tiga Secara Latih Tubi
Terhadap Murid Tahun Empat Semasa Menulis Huruf Besar dan Huruf Kecil.

56

Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tindakan


IPG KBL Tahun 2012,ms 139-151.
Hizral Tazzif Hisham & M. Azlan Jaafar (1997). Pembangunan Perisian Bakal
Kuasai Alaf Depan Komputer. Berita Harian, 6 November 2010.
Jacabsen, D.A. Eggen, P. & Kauchak, D. (1999). Method for Teaching: Promoting
Student Learnin. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Buku Panduan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Mary Anak Langat (2012). Kesan Penggunaan Lembaran TGB Dalam
Membentukkan Teknik Menulis Huruf Kecil Murid Tahun Tiga. Buku Koleksi
Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Bahasa Melayu Ambilan Januari
2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 165-178.
Mok Soon Sang (1995). Asas Pendidikan I: Pedagogi Sebagai Satu Proses. Kuala
Lumpur: Terbitan Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Patton, M. 0. (1980). Qualitative Evaluation Methods. Beverly Hills, CA: Sage.
Sharifah Nor Puteh (2012). Persepsi Guru Terhadap Penggunaan Kurikulum
Berasaskan Bermain Bagi Aspek Perkembangan Bahasa Dan Literasi Murid
Prasekolah. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol. 2, Bill 1 (Mei 2012).
Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

57

Shella anak Jamat (2012). Kesan Kaedah Latih Tubi Garis Tiga Dalam
Mengurangkan Kesilapan Menulis Huruf Kecil k dan p Dalam Bahasa
Melayu Murid Tahun Empat. Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan
Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms 222-233.
Sidek Mohd Noah (2002). Perkembangan Kerjaya: Teori dan Praktis. Serdang;
Penerbitan Universiti Putra Malaysia.

58

Anda mungkin juga menyukai