Anda di halaman 1dari 9

FAKULTI

PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN MANUSIA (FPPM)

PEMBELAJARAN DAN KOGNISI


( KPP 6074 )

Tugasan: ulasan BUKU


DI SEDIAKAN OLEH :
NAMA

NO. MATRIKS

KALAI A/P THANGAVELU

M20131000804

DISEDIAKAN UNTUK:
PROFESOR MADYA DR. SUPPIAH NACHIAPPAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA ( FPPM )
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS, TANJUNG MALIM, PERAK
TAHUN 2014

Soalan 1
Ulaskan gabungan proses kognisi dan afeksi.
Proses kognisi adalah proses mental yang mencakupi perhatian, ingatan, penghasilan dan
pemahaman bahasa, pembelajaran, penaakulan, penyelesaian

masalah,

dan

pembuatan

keputusan. Kognisi merupakan kemudahan untuk mengolah maklumat, menggunakan maklumat


serta menukar keutamaan. Kognisi atau proses kognitif adalah semula jadi atau buatan manusia,
secara sedar atau tak sedar. Kognisi juga digunakan dalam secabang psikologi sosial yang
dipanggil kognisi sosial untuk menerangkan sikap, atribusi, dan dinamik kumpulan. Dalam
psikologi kognitif dan kejuruteraan kognitif, kognisi biasanya dianggap sebagai pemprosesan
maklumat dalam minda atau otak seseorang peserta atau pengendali.
Menurut Bloom, tahap kognisi dibahagikan kepada enam bahagian. Bahagian pertama
ialah pengetahuan. Pada tahap ini seseorang dapat mengenali pengertian, definisi, gagasan, atau
fakta- fakta dari istilah tertentu. Pada bahagian kedua iaitu bahagian kefahaman, seseorang dapat
memahami sesuatu seperti sebuah gambaran, diagram, grafik, laporan, peraturan dan lain- lain.
Pada bahagian ketiga iaitu bahagian penggunaan seseorang dapat menerapkan pengertian,
metode, rumus, ke aplikasi nyata.
Pada bahagian seterusnya iaitu bahagian analisis,

seseorang mampu menganalisis

informasi yang masuk dan membagi-bagi atau menstrukturkan informasi ke dalam bahagian
yang lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya, dan mampu mengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit. Pada bahagian sintesis
pula seseorang dapat menyepadukan struktur dan informasi yang belum terlihat sehingga
menemukan sebuah solusi dari persoalan. Pada bahagian terakhir pula iaitu penilaian seseorang
akan memiliki kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap solusi, metodologi, dan
sebagainya dengan menggunakan kriteria standard yang ada untuk memastikan nilainya.

Manakala proses afeksi berkenaan dengan rasa takut atau cinta,mempengaruhi keadaan,
perasaan dan emosi, mempunyai gaya atau makna yangmenunjukkan perasaan. Perbuatan atau
perilaku yang disertai perasaan tertentu disebut warna afektif kadang-kadang kuat, lemah atau
tidak jelas. Pengaruh dari warna afektif akan berakibat perasaan menjadi lebih mendalam.
Perasaan ini di sebut emosi. Afeksi menunjukkan penggunaan emosi. Proses efeksi melibatkan
emosi seperti cinta atau marah, status perasaan yang tidak begitu kuat seperti mengecewakan,
suasana hati yang melarut seperti kelonggaran atau kebosanan, dan penilaian meyeluruh seperti
suka atau tidak suka.
Krathwohl mengidentifikasikan lima tahap domain afeksi. Antaranya ialah penerimaan,
respons (gerak balas), menilai, organisasi dan mencirikan. Penerimaan adalah berhubung dengan
kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau
perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain
afektif.Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan,
mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.
Respons merupakan tahap kedua dalam domain afeksi dimana pelajar melibatkan diri
secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya. Pada aras ini, pelajar bersedia
dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi. Pada tahap
ketiga iaitu tahap menilai perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan. Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun
dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan. Manakala tahap seterusnya
iaitu mengorganisasi membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai. Apabila lebih daripada
satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan. Pelajar terpaksa membina
beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya. Pada tahap terakhir iaitu tahap
mencirikan pelajar mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai satu
cara hidup. Pelajar berusaha secara konsisten dengan nilai baru untuk memberikan pengitirafan.

Perkataan afeksi mempunyai beberapa aspek yang tidak bersekedudukan di bawah aspek
kognisi. Perkataan ini telah digunakan oleh ahli psikologi dalam pelbagai dimensi, tetapi para
pendidik pula menggunakannya untuk menerangkan sikap, kepercayaan rasa, apresiasi dan
keutamaan. Istilah ini digunakan dengan meluas dalam konteks seperti emosi, sikap, kepercayaan
dan mood. Secara kesimpulannya, emosi adalah keadaan afeksi. Keadaan afeksi boleh wujud
dalam keadaan rasional, iaitu respon kepada suatu situasi yang sesuai dan berpatutan. Perlu
dilihat bahawa fenomena afeksi juga mempunyai kaitan dengan komponen kognisi.
Perbezaan individu mempunyai kaitan dengan pemprosesan informasi menurut
proses kognitif. Keupayaan induvidu dilihat dalam konteks afektif kerana segala keputusan ujian
dan peperiksaan adalah hasil interaksi sasaran afektif dengan proses kognitif. Pengaruh sosio
budaya dilihat berperanan menentukan sasaran afektif yangberkesan. Secara tuntasnya sasaran
afektif memotivasikan,

mengorganisasikan

danmemandu

pelajar dalam

mempersepsi

memikir dan bertindak. Pelajar memerlukan imej kendiri yang positif dalam pembelajaran untuk
berinteraksi antara satu sama lain dalamkonteks emosional untuk melahirkan suasana
pembelajaran yang selesa dan baik.
Proses kognisi dan afeksi merupakan entity-entiti yang mempunyai hubungan yang saling
mempengaruhi tingkah laku dan tindak balas manusia kepada alam sekeliling. Kedua-dua entity
ini mampu memastikan kelangsungan hidup manusia kerana manusia mampu memberi respons
dengan tindakan yang sesuai dengan proses kognisi dan tahap emosi mereka. Walaupun kaitan
antara kognisi dengan emosi masih di peringkat permulaan, tetapi kajian lalu menunjukkan
pengaruh yang kuat dalam hubungan antara proses kognisi dan afeksi.

Soalan 2
Ulaskan bagaimana anda menilai kehadiran proses kognisi dan afeksi dalam teks.
Tiga faktor utama yang mempengaruhi penulisan, iaitu ciri-ciri pelajar, tugasan
pembelajaran dan kualiti pengajaran guru. Ciri-ciri pelajar termasuklah dari segi kesediaan
kognitif dan kesediaan afektif. Kesediaan kognitif ialah persediaan tingkah laku yang akan
menentukan sejauh mana suatu tugasan pembelajaran boleh dipelajari. Manakala kesediaan
afektif merujuk kepada sejauhmana sikap dan minat pelajar dapat mempengaruhi tugasan
pembelajaran dan mempengaruhi aras motivasi pelajar. Apabila pelajar mempunyai persediaan
afektif yang baik dan seimbang, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah
dan kecenderungan untuk memperoleh kejayaan dalam sesuatu tugasan pembelajaran adalah
lebih besar.
Kaedah Hermeneutik adalah satu daripada kaedahmenganalisis teks (hasil penulisan) yang
tertuadigunakan oleh para penyelidik untuk menginterpretasi kitab Injil dalam kajian Greek lama.
Heidegger, ahli falsafah German menggunakan kaedah ini untuk cuba memahami dan menafsir
ayat-ayat daripada kitab Injil. Menurut Loganathan (1992/1996), Hermeneutik mengutamakan
teks sebagai bahan kajian tertentudan cuba menginterpretasi dan memahami ciri-cirirasionaliti
pemikiran manusia dan maksud yang terkandung di dalamnya.
Analisis lebih berbentuk interpretif dan fokus utama adalah untuk melakukan tafsiran dan
interpretasi ke atas apa jugayang dihasilkan oleh manusia yang mempunyai implikasi makna
(meaning). Pandangan Weinsheimer (1991) dianggap lebih menyeluruh kerana beliau
menyatakan,Hermeneutik bermaksud suatu teori dan praktisbagi aspek interpretasi. Skopnya
menjangkau sehingga mana seseorang ingin mendalami untuk memahami aspek maknanya.

Ada beberapa ciri yang berkaitan dengananalisis Hermeneutik, iaitu teks sebagai bahan
yangdikajinya.

Teks

merupakan

segala

produksimanusia

yang

berkemampuan

untuk memperlihatkan serta menganalisis tingkah lakudan pemikiran manusia. Dilthey (1976)
menyatakanbahawa, sains Hermeneutik melibatkan senimembaca suatu teks untuk mengetahui
danmemahami dengan penuh keinginan makna yangtersembunyi.
Ciri berikut ialah kewujudan StrukturLuaran dan Struktur Dalaman teks secara serentak.
Kesemua teks mempunyai dua struktur, iaituStruktur Luaran dan Struktur Dalaman.
StrukturLuaran merujuk kepada perkara yang tersurat, yangdapat dikesan dengan mudah dan
secara langsungdaripada teks. Apabila teks yang dikaji sukardifahami, maka pengkaji terpaksa
bersungguh-sungguh menyelami unsur yang tersembunyi didalam Struktur Dalaman.
Penghasilan teks adalah melalui proses kognisi dan afeksi. Peranan proses afeksi dalam
penulisan teks adalah memberikan semangat, melakukan spontan, memberi warna emosi,
memberikan imaginasi, membuat ghairah, memberikan suasana unsur baru, dan memberikan
corak kegembiraan dalam tulisan. Manakala peranan proses kognisi dalam menulis adalah
membuat

perencanaan

(outline),

menggunakan

tatabahasa,

melakukan penyuntingan,

mengerjakan penulisan kembali, dan melakukan penelitian tanda baca.


Proses afeksi yang melibatkan perasaan, emosi, sikap, kepercayaan, motivasi dan
penilaian di mana pengalaman yang diterima melalui deria akan diproses untuk mewujudkan
motivasi serta melakukan penulisan esei. Perasaan yang dialami akan menolong pelajar untuk
menarik minat untuk menulis esei. Penulisan yang berkaitan dengan emosi yang positif bukan
sahaja mampu meningkatkan kualiti perhubungan cinta, malah penulisan esei mengenai emosi
juga memberi kesan kepada kecerdasan emosi dan kepuasan hidup.

Afeksi menjadi asas untuk proses pemikiran dan memori kerana ia adalah satu langkah
untuk mendapatkan pemahaman sedar. Proses afeksi menghubungkaitkan ilmu pengetahuan
apabila pelajar membinanya. Gabungan kognisi dan afeksi penting dalalm menjana ilmu
pengetahuan baru. Gabungan kognisi dan afeksi adalah berkait rapat dengan pembentukan
struktur ilmu pengetahuan. Kognisi terlibat dalam proses penaakulan yang memfokuskan pada
transformasi maklumat yang melibatkan analitikal.
Penulisan mampu menyelaraskan struktur otak yang mengawal rangsangan dan motivasi,
stuktur limbic pula menilai kepentingan sesuatu rangsangan, korteks akan mensintesis informasi,
teutamanya neokorteks akan membuat perancangan dan memahami aliran masa. Dalam bidang
neurologi, penulisan memerlukan aktiviti minda yang banyak. Memori jangka pendek atau lebih
dikenali sebagai working memory memainkan peranan yang penting dalam aktivti kognisi yang
kompleks.
Pengaruh pemikiran dan emosi dalam penulisan adalah suatu model afeksi yang
mempunyai lingkaran sebab-musabah. Kognisi tidak seharusnya dilihat membelakangi afeksi.
Justeru, untuk meneliti kandungan kognisi dan afeksi dlam kehidupan adalah penting untuk
mengkaji sejauh mana berlakunya penularan sebenar dan penggabungjalinan di antara keduaduanya. Kedua-duanya saling melengkapi untuk membantu pelajar menulis karangan yang baik,
khususnya.

Soalan 3
Sejauh manakah peranan kognisi dan afeksi membantu dalam penghasilan karangan.
Penghasilan karangan merupakan kemahiran yang penting dalam kehidupan dan
menyokong perkembangan kemahiran membaca dan berfikir. Beyer (1988) menyatakan proses
berfikir mempunyai hubungan yang rapat dengan kecenderungan dan kesanggupan seseorang
untukterlibat dalam aktiviti berfikir. Aktiviti penulisan juga merupakan satu aktiviti berfikir aras
tinggi yang kompleks yang memaparkan imaginasi perasaan, tahap minda, cita rasa dan tahap
kognitif penulisnya dan dianggap sebagai satu kemahiran berbahasa yang paling sukar dilakukan.
Justeru kelemahan dalam penulisan mungkin disebabkan pelajar-pelajar tidak mempunyai
kemahiran berfikir dan pengurusan pembelajaran yang baik
Penulisan esei yang baik bergantung kepada penggunaan proses afektif dan
kognitif. Pelajar menulis esei berdasarkan pola-pola berfikir yang sistematik, iaitu mencungkil
maklumat daripada tahap bawah sedar mereka. Pelajar menyimpan ilmu pengetahuan yang
pernah dipelajarinya sejak di sekolah rendah lagi. Apabila mula berfikir untuk menulis esei,
maka pelajar mula mengalami proses afektif secara dalaman untuk mencungkil maklumat
berkaitan esei yang akan ditulis.
Kemahiran menulis esei dapat digunakan sebagai kaedah penglahiran idea daripada
fikiran. Beberapa langkah pemikiran diambil oleh pelajar dalam proses menghasilkan
sesebuah esei. Pemikiran ilmu pengetahuan sebelum, semasa dan selepas menulis esei diberi
perhatian oleh pelajar dalam proses menyiapkan esei. Berjaya atau tidak pelajar
menghasilkan esei yang baik adalah bergantung kepada keaktifan proses afektif dan
kognitif yang dialami semasa proses menulis esei.

Pada dasarnya, proses kognisi dan afeksi bertindak secara konsisten untuk pelajar menulis
karangan secara serius. Ini kerana kesemua isi dan huraian yang dibincangkan oleh pelajar dalam
karangan adalah hasil input maklumat pembelajaran melalui aktiviti seperti penerimaan,
penyimpanan, pencungkilan dan penggunaan (aplikasi). Perasaan, mood, kegembiraan, kesedihan
dan sebagainya yang merangkum ke dalam aspek afeksi menyentuh dan mefokuskan minda
pelajar kearah penyempurnaan tugasan mengarang. Jadi, proses kognisi dan afeksi adalah dua
proses yang wujud secara dalaman dalam diri pelajar untuk menganalisi mensintesis dan menilai
sebelum menulis karangan.
Peranan kognisi dan afeksi secara khususnya amat signifikan dalam mengasah kemahiran
pelajar dalam bidang penulisan. Aspek kognisi yang mendasari ilmu pengetahuan dan aspek
afeksi yang berasaskan emosi adalah dua komponen yang wujud dalam memandu proses
penulisan. Apabila menulis dan berbincang isu berkaitan penulisan, guru dan pelajar secara tidak
langsung dipengaruhi oleh apa yang mereka rasa. Pengaruh afeksi mempunyai kesan positif dan
negative semasa menulis. Secara tidak langsung, pengaruh afeksi menghubungkan kepercayaan
dan sikap yang menjurus kepada idea pemikiran yang berkualiti dan penulisan karangan yang
sempurna.

Proses kognisi dan afeksi secara khusus dan psikologi secara umumnya amat signifikan
dalam mengasah kemahiran pelajar dalam bidang penulisan. Justeru, penggabungan unsur
kognisi dan afeksi adalah suatu metafora yang sentiasa dinilai semula dan meluaskan
pengamatan kearah menjana dan mewujudkan makna yang lebih luas melalui proses pemikiran
bagi menghasilkan karangan yang baik. Tiada jalan pintas untuk mendapatkan kemahiran
menulis yang baik kerana ia memerlukan komitmen dari semua pihak termasuklah tenaga
pengajar, kerajaan, pihak sekolah dan pelajar sendiri. Tenaga pegajar haruslah komited dalam
medidik anak bangsa. Kerajaan pula perlu menjadi tulang belakang kepada warga pendidik, iaitu
kedua-duanya bertukar-tukar pendapat untuk menghasilkan suatu modal pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada pelajar. Pelajar haruslah mempunyai kesediaan untuk
belajar. Kerjasama yng padu akan mampu merealisasikan objektif pendidikan yang diuar-uarkan
oleh KPM.

Anda mungkin juga menyukai