Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Semester ini merupakan semester ketiga saya sejak saya memasuki program
PISMP. Dalam semester ini, saya diwajibkan memilih salah satu alat muzik sebagai
alat muzik utama saya, saya telah memilih vokal. Dengan memilih vokal sebagai alat
muzik utama, saya akan mendapat mempelajari cara nyanyian dari pensyarah muzik
yang profesional, iaitu Encik Syahariman bin Hamid.
Proforma semester ini dititik beratkan pada intonasi. Intonasi merupakan
bahagian saya saya berasa paling susah. Oleh sebab saya tidak dilatih secara
profesional sejak kecil lagi, kualiti nada saya tidak begitu bagus berbanding dengan
orang lain. Dalam setiap latihan semester ini, Encik Syahariman sentiasa
membetulkan pelontaran suara saya yang macam menyanyi dalam konsert itu.
Selain daripada masalah postur, saya juga mengalami masalah pernafasan.
Saya tidak dapat menahan nafas saya hingga akhir lirik sesebuah lagu. Semasa
saya menyanyi, saya akan mengeluarkan udara yang disedut tadi dengan kelajuan
yang sangat cepat. Oleh sebab masalah yang serius ini tidak dapat saya
membendungkan, telah mengakibatkan saya akan bernafas ditenggah lagu. Encik
Syahariman yang mengajar pasti telah mula pengsan kerana saya asyik tidak dapat
mempelajari teknik ini. Dan akhirnya saya telah berjaya merintangi masalah yang
begitu kritikal ini dengan melatih cara pernafasan mengikut video yang diberi oleh
Encik Syahariman.
Tidak dinafikan bahawa kita akan mempunyai satu ujian amali pada akhir
semester ini untuk menguji teknik yang dipelajari oleh kita. Ujian amali kita
dibahagikan kepada beberapa bahagian, 2 latihan intonasi, nyanyian 2 lagu dipilih
dalam 4 lagu, nyanyian 1 lagu rakyat tanpa iringan. Pada pendapat saya, saya
berasa latihan pernafasan itu merupakan bahagian yang paling susah kerana saya
perlu menyanyi 4 bar melodi dan melodi tersebut sangat tinggi. Dalam latihan ujian
amali kali ini, saya telah menghabiskan banyak masa dalam melatih latihan intonasi
ini. Sehubungan dengan itu, kedua-dua tempo latihan intonasi ini hanya 90 sahaja.
Ini telah menyebabkan saya perlu memanjangkan lagi pernafasan saya bagi
menyempurnakan ujian kali ini. Bahagian kedua ialah menyanyi salah satu lagu
rakyat tanpa iringan. Saya telah memilih lagu Rasa Sayang kerana saya sangat suka
akan lagu tersebut dan saya sangat ingin .
Bahagian terakhir merupakan nyanyian 2 lagu terpilih dari 4 lagu. Kami
dikehendaki memilih 2 lagu, 1 lagu Melayu dan satu lagu Inggeris. Lagu Melayu yang
saya memilih adalah Tunggu Sekejap kerana saya berasa lagu ini sangat mencabar.

Lagu ini memerlukan perasaan yang banyak untuk menyentuh hati orang lain. Selain
itu, lagu ini mempunyai banyak dinamik yang kena kita memberi perhatian. Dalam
skor itu, kita akan lihat banyak simbol FORTE dan juga PIANO. Untuk menyanyi lagu
ini dengan penuh perasaan, kita perlu mengikut simbol dinamik lagu tersebut.
Lagu Inggeris yang saya pilih ialah Nina. Alasan saya memilih lagu sangat
mudah, iaitu lagu ini sangat sedap. Sikap saya adalah jika saya mendengar
sesebuah yang sangat sedap, saya akan belajar lagu itu bersungguh-sungguh untuk
dapat menyanyi seperti penyanyi asal. Lagu ini picnya sangat sesuai dengan suara
saya. Saya merupakan tenor dan lagu Inggeris ini juga merupakan lagu untuk
penyanyi Tenor. Lagu ini lebih mudah jika berbandingkan dengan The Ash Grove
yang semester lepas. Lagu ini merupakan lagu yang perlahan dan suara saya juga
sesuai untuk menyanyi lagu perlahan.
Akhir kata, saya berasa sanagt bersyukur kerana dapat memasuki kelas
vokal kerana dapat meningkatkan tahap nyanyian saya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan, pensyarah
yang sentiasa membantu saya semasa saya menghadapi masalah nyanyian. Saya
berharap saya dapat belajar lebih banyak pengetahuan tentang nyanyian pada
semester akan akan datang nanti.