Anda di halaman 1dari 27

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

1.0 PENDAHULUAN
Islam amat mengambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap
sebagai satu amanah oleh Allah yang mesti diuruskan dengan baik dan sesempurna
mungkin,berdasarkan peraturan dan hukum Allah S.W.T. Pengurusan harta sebagai bekalan
kehidupan di akhirat mesti diurus dan dirancang semasa seseorang itu masih hidup lagi. Harta
dunia ini adalah milik Allah S.W.T. dan kita hanyalah pemegang amanah yang
dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan mentadbirnya sebaik mungkin mengikut syariat
Islam.
Firman Allah S.W.T. di dalam Surah an-Nisa, ayat 132

Dan bagi Allah jualah apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan memadailah Allah
sebagai pengawal
Di bawah Undang-undang Islam, pemilik harta mempunyai hak atau kuasa untuk menguruskan
atau menentukan sendiri kaedah pengurusan harta yang diingini. Pemilik mempunyai hak untuk
menguruskan hartanya dengan menggunakan apa sahaja kaedah samada ketika masih hidup
ataupun membiarkan hartanya diuruskan oleh pihak berkuasa yang berkaitan untuk dibahagikan
kepada waris-warisnya. Oleh itu Islam telah menyusun dan mengatur pelbagai sistem dan kaedah
yang terbaik bagi umatnya untuk mengurus harta melalui kaedah-kaedah seperti wakaf, sedekah,
wasiat, faraid dan juga hibah.
Wakaf merupakan harta yang diberi untuk tujuan kebajikan kerana Allah di mana pemberian
tersebut tidak boleh dibatalkan. Wakaf merupakan salah satu bentuk transaksi kehartaan yang
dapat mengatasi masalah kemiskinan ummah di samping zakat. Ia berpotensi menjana pulangan
berlipat kali ganda jika diuruskan dengan baik. Hasilnya sudah pasti dapat melegakan
tanggungan kerajaan dalam penyediaan modal pembangunan masyarakat Islam dan institusinya
yang pada asalnya tertanggung di bahu mereka selain sumber perolehan Baitulmal negerinegeri. Status wakaf sebagai sadaqah jariyah yang dapat memberikan pahala yang berkekalan
kepada seseorang .
1

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Pewakaf dan manfaat berpanjangan kepada benefisiarinya merupakan pencetus galakan


kepada masyarakat dermawan negara bagi memperuntukkan sebahagian harta kekayaan mereka
kepada tujuan suci ini. Begitu juga keanjalan perundangan Islam yang turut mengiktiraf
perwakafan harta menerusi dana yang melibatkan harta alih ini dapat memberi peluang kepada
mereka

yang

berpendapatan

rendah

untuk

terlibat

sama

secara

kolektif

bagi

membangunkan agama, bangsa dan negara. Malah, ianya boleh diperluaskan di peringkat global
supaya dapat menseimbangkan takat ekonomi masyarakat dunia khususnya yang beragama
Islam. Pendekatan mewakafkan dana harta ini telah pun diamalkan di Malaysia yang melibatkan
beberapa produk kontemporari yang diperkenalkan oleh Majlis-majlisAgama Islam negeri serta
institusi-institusi lainnya.
Tafsiran Dana Wakaf Menurut Kamus Dewan, dana ( fund ) bermaksud kumpulan wang untuk
sesuatu tujuan atau kegunaan. Dalam Kamus Kewangan pula, ianya didefinisikan sebagai wang
yang diperuntukkan bagi tujuan tertentu. Contoh bagi dana ini adalah seperti dana pencen
( pension fund ), dana mutual atau unit amanah (mutual fund ) dan lain-lain lagi.
Wakaf pula berasal daripada perkataan Arab waqf yang diambil dari kata kerja ( fiil )
waqafa yang bermaksud menahan (al-habs) dan menegah (al-man). Menurut istilah yang
digunakan dalam perundangan Islam pula, wakaf difahami sebagai suatu bentuk dedikasi harta
sama ada secara terang (sarih) atau sindiran (kinayah) di mana harta( substance) berkenaan
ditahan dan hanya manfaatnya sahaja yang diaplikasikan kepada tujuan-tujuan kebajikan sama
ada berbentuk umum mahupun khusus.

Kebanyakan negeri di Malaysia tidak mentakrifkan secara terperinci tentang wakaf kecuali
beberapa negeri sahaja, iaituWilayah Persekutuan, Melaka, Selangor, Johor dan Negeri
Sembilan. Kebanyak definisi yang diperuntukkan dalam beberapa enakmen hanyalah menyentuh
tentang harta Wakaf Am dan Khas sahaja yang melibatkan semua jenis harta wakaf termasuk
tanah yang dikategorikan sebagai harta tak alih.

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Dari sudut undang-undang di Malaysia, seksyen 2(1) Enakmen Wakaf (NegeriSelangor) 1999
(No.7 Tahun 1999) (EWS) memperuntukkan tafsiran wakaf sebagai menyerahkan apa-apa harta
yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai
wakaf am atau wakaf khas menurut hukumSyarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana
yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor (bil.4/1996), mentakrifkan wakaf sebagai pemberian
yang berkekalan di atas harta atau sebahagian daripadanya oleh tuan punya harta itu kerana
maksud agama mengikut hukum syarak.[3]
Enakmen Wakaf Negeri Sembilan (bil.16/2005),[4] agak terperinci dalam mendefinisikan wakaf
berbanding enakmen wakaf yang digubal sebelum ini. Wakaf ertinya:
(a)

Menyerahkan hakmilik apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya

(b)

Menyerahkan manfaat, faedah atau keuntungan yang boleh dinikmati daripada apa-apa harta;
atau

(c)

Menyediakan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat, faedah atau
keuntungannya.

Sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas, menurut prinsip syariah, tetapi tidak termasuk
amanah yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949.

2.0 DALIL TENTANG WAKAF


3

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

2.1 Menurut Al-Quran


Secara umum tidak terdapat ayat al-Quran yang menerangkan konsep wakaf secara jelas. Oleh
karena wakaf termasuk infaq fi sabilillah, maka dasar yang digunakan para ulama dalam
menerangkan konsep wakaf ini didasarkan pada keumuman ayat-ayat al-Quran yang
menjelaskan tentang infaq fi sabilillah. Di antara ayat-ayat tersebut antara lain:

Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usaha kamu
yang baik-baik, dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. (Q.S. alBaqarah (2): 267)

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu menafkahkan
sebagian dari apa yang kamu cintai. (Q.S. Ali Imran (3): 92)

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di


jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir. Pada tiap-tiap
bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan
Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui. (Q.S. al-Baqarah (2): 261)

Ayat-ayat tersebut di atas menjelaskan tentang anjuran untuk menginfakkan harta yang diperoleh
untuk mendapatkan pahala dan kebaikan. Di samping itu, ayat 261 surat al-Baqarah telah
menyebutkan pahala yang berlipat ganda yang akan diperoleh orang yang menginfakkan
hartanya di jalan Allah.

3.0 HADIS BERKAITAN WAKAF


5

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Wakaf merupakan salah satu amalan sedekah yang dikategorikan sebagai amalan soleh yang
beroleh pahala bagi orang yang melaksanakannya dan ia berkembang seiring dengan
perkembangan islam di sesebuah negara. Bagi seseorang yang mengerjakan wakaf akan
mendapat ganjaran yang berlipat ganda di sisi Allah berdasarkan sabda Nabi s.a.w :-




Apabila seorang manusia itu meninggal dunia, maka terputuslah amal perbuatannya kecuali
dari tiga sumber, yaitu sedekah jariah (wakaf), ilmu pengetahuan yang boleh diambil
manfaatnya, dan anak soleh yang mendoakannya.
Hadis diatas menunjukkan betapa pentingnya wakaf bagi seseorang manusia untuk mendapat
pahala berterusan walaupun telah meninggal dunia. Walaupun seseorang itu meninggal dunia
pahala wakaf akan tetap mengalir bagi pewakaf tetapi ia mestilah dilakukan dengan ikhlas
bukannya dengan niat menunjuk-nunjuk ataupun riak.
Yang kedua , dalil hadis dari Anas R.A. Dia berkata: Adalah Abu Thalhah seorang Ansar yang
paling banyak hartanya di Madinah dan harta yang paling disayanginya ialah kebun Bayruha,
Bayhura ini berhadapan masjid. Rasulullah S.A.W sering memasukinya dan meminum air yang
segar di dalamnya. Maka ketika diturunkan ayat ini yang maksudnya: kamu sekali-kali tidak
akan sampai kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta
yang kamu sayangi, maka pergilah Abu Thalhah kepada Rasulullah S.AW kata dia:
Sesungguhnya Allah S.W.T. berfirman di dalam kitabNya: Kamu sekali-kali tidak akan sampai
kepada kebajikan yang sempurna sebelum kamu membelanjakan sebahagian harta yang kamu
sayangi, Sesungguhnya harta yang paling aku sayangi adalah Bayruha, dan Bayruha itu aku
sedekahkan kepada Allah S.W.T. yang aku harapkan kebaikannya dan simpanannya di sisi Allah
S.W.T. Maka tentukanlah sedekah itu sebagaimana engkau sukai wahai Rasulullah.
6

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Rasulullah S.A.W. bersabda. Sungguh elok, itulah harta yang menguntungkan. Aku telah
mendengar apa yang engkau katakan mengenai Bayhura itu. Sesungguhnya aku berpendapat agar
engkau menjadikannya sebagai sedekah bagi kaum kerabat, Lalu Abu Thalhah menjadikannya
sebagai waqaf antara lain bagi kaum kerabatnya dan anak-anak saudaranya.
Hadis ini menggambarkan betapa besarnya ganjaran yang diperoleh jika dibandingkan dengan
harta yang disayangi oleh sahabat. Sahabat baginda sanggup mewakafkan dan melepaskan harta
kesayangannya untuk beroleh ganjaran yang besar disisi Allah. Ia juga menggambarkan betapa
besarnya kasih sahabat kepada penciptanya berbanding harta-harta yang diperolehinya didunia.
Walaupun Abu Thalhah telah membenarkan orang ramai sebelum itu menggunakan kebunnya,
namun bagi beliau merasakan tidak mencukupi kerana pahala kebajikan sedekah tidak sama
besar dengan pahala orang yang mewakafkan harta.

Antara hadis lain yang boleh diambil yang berkaitan wakaf adalah hadis daripada Umar yang
telah diriwayatkan oleh Imam al-Syafie sebagaimana mafhumnya Tahanlah (wakafkanlah)
pokoknya dan berilah jalan Allah akan buahnya (hasilnya). Maksud hadis adalah harta wakaf
jenis ini boleh berkembang dan sebagai contoh sekiranya mewakafkan sebidang tanah dan tanah
tersebut sesuai untuk pertanian. Maka diusahakan tanah tersebut untuk pertanian dan hasilnya di
beri kepada orang yang berhak mendapat wakaf tersebut. Perkara ini menggambarkan bahawa
sesuatu harta wakaf adalah harta yang boleh berkembang dan memberi faedah kepada orang
ramai atau individu.

4.0 PERUNDANGAN HARTA WAKAF

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Pengurusan dan pentadbiran wakaf diletakkan di bawah Majlis Agama Islam setiap negeri dan
Majlis Agama Islam negeri merupakan pemegang tunggal kepada semua harta wakaf di
Malaysia. Perkara ini ditetapkan melalui perundangan bagi setiap negeri. Setiap negeri
mempunyai unit yang khusus menguruskan harta wakaf, membangun, menyelenggarakan serta
melabur harta wakaf supaya berkembang dan dapat dimanfaatkan oleh semua umat Islam. Pihak
Majlis Agama Islam Negeri-negeri akan merangka projek-projek pembangunan harta wakaf
untuk masyarakat dan dalam masa yang sama perlu memastikan peraturan dan syarat-syarat
pewakaf dipatuhi. Oleh itu untuk memastikan harta wakaf dibangunkan mengikut projek yang
boleh

memberipulangan

ekonomi

kepada

masyarakat,

Majlis Agama

Islam

Negeri

akanmengambil kira pandangan dari Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunanserta


Jawatankuasa Syariah. Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan berfungsi membuat keputusan
dan menentukan bentuk pembangunan tanahtanah wakaf yang dirasakan sesuai dan berdaya
maju. Manakala Jawatankuasa Syariah pula berfungsi menentukan jenis-jenis wakaf dan
memutuskan sama ada wakaf-wakaf tersebut boleh dimajukan atau tidak boleh dimajukan
mengikut hukum syarak. Ahli-ahli jawatankuasa dilantik dari kalangan yang pakar dalam bidang
berkaitan seperti arkitek, peguam, perancang bandar dan pakar-pakar yang dapat memberi
pandangan bagi sesuatu projek yang akan dilaksanakan. Terdapat beberapa negeri yang amat
memfokuskan dalam membangunka harta wakaf mengikut perundangan harta wakaf di negeri
masing-masing.

4.1 HARTA WAKAF DI JOHOR

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Bahagian wakaf di negeri Johor ditubuhkan pada tahun 1313 Hijrah bersamaan dengan 1895
Masihi. Pada peringkat awal penubuhan wakaf Johor, ianya di tadbir oleh Duli Yang Maha Mulia
Tuanku Sultan Johor. Ketika itu segala pengurusan wakaf Johor di amanahkan kepada Setiausaha
Kerajaan Johor. Setelah menyusun kembali pengurusan wakaf, amanah ini diserahkan kepada
Jabatan Agama di bawah pengurusan Yang Di-Pertua Jabatan Agama Islam Johor. Urusan wakaf
diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dengan kuatkuasa Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Johor 1978/2003. MAIJ mempunyai bidangkuasa untuk mentadbir
harta wakaf, mendaftar harta wakaf seterusnya menguruskan harta Wakaf tersebut mengikut
tujuan yang telah ditentukan oleh pemberi wakaf. Melalui Fasal 89 Enakmen 16 Tahun 2003,
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003, MAIJ menjadi pemegang amanah
tunggal untuk semua wakaf di negeri Johor. Ini bermakna segala urusan yang melibatkan Wakaf
tertakluk di bawah bidangkuasa MAIJ. Dalam erti kata lain, MAIJ bertanggungjawab dalam
mengurus, mentadbir dan menjaga Kumpulan Wang Wakaf sebagai pemegang amanah wakaf
yang akan digunakan untuk tujuan-tujuan tertentu berlandaskan syariat Islam.
Terdapat empat objektif utama penubuhan pengurusan wakaf Johor. Pertama, menjelaskan
kepentingan wakaf dalam merealisasikan pembangunan sosio-ekonomi ummah. Kedua, memberi
kesedaran kepada umat Islam bagi merebut peluang pembangunan untuk memajukan ekonomi
Islam. Ketiga, memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan
wakaf yang sebenar. Keempat memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat tentang
pembangunan hartanah wakaf. Kesemua objektif ini secara kesimpulannya adalah untuk
mendidik dengan memberi kefahaman yang jelas tentang segala urusan berkaitan wakaf agar di
praktikan oleh masyarakat.
Antaranya harta wakaf yang bersumberkan individu dan rizab kerajaan atau pertubuhan (Irshod).
Selain itu, terdapat juga Wakaf Am dan Khas dalam bentuk dan tujuan seperti tanah, bangunan
dan kediaman serta tapak masjid, surau, sekolah agama, kubur dan pertubuhan anak yatim.
Selain itu, wakaf di Johor juga menubuhkan Saham Wakaf. Ia merupakan satu skim yang
ditawarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan nilai RM 10 seunit untuk dimiliki
oleh umat islam dan mewakafkan saham tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor
dengan tujuan manfaatnya diberikan kepada umat islam.

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

4.2 HARTA WAKAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN


Di Wilayah Persekutuan, seperti yang terkandung dalam Akta Pentadbiran Undang-undang
Islam Wilayah-wilayah Persekutuan 1993, Seksyen 61 dan 62 (1),(2) telah memperuntukkan
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah tunggal bagi
harta-harta wakaf. Antara bidang tugas seperti yang terkandung dalam Enakmen undang-undang
Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
[Akta 505] menjelaskan:
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana
surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis
hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau
wakaf khas, semua nazr am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan
apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orangorang Islam mengikut Hukum Syarak.
Untuk membantu urusan pentadbiran dan pengurusan wakaf, kerajaan Malaysia telah
mengisytiharkan penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) pada 27 Mac 2004
bersamaan 6 Safar 1425H oleh YAB DatoSeri Abdullah bin Ahmad Badawi. Manakala,
pelancaran rasmi JAWHAR pula telah disempurnakan pada 8 Oktober 2004 bersamaan 23
Syaaban 1425H oleh YB Dato Dr. Abdullah bin Md Zin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Penubuhan JAWHAR ini adalah bertujuan untuk memastikan pentadbiran harta wakaf, zakat,
mal dan haji di seluruh negara lebih sistematik, tersusun dan berkesan. Antara jenis wakaf yang
diuruskan oleh MAIWP ialah Wakaf Khas dan Am.

Pengurusan harta wakaf di Wilayah Persekutuan mempunyai panduan tetap dalam proses
pengagihan harta wakaf. Ianya adalah berdasarkan :

10

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

i.

Wakaf Keagamaan
Merangkumi aktiviti atau program berunsur keagamaan serta memberi kesan positif di
dalam penyebaran Syiar Islam. Di antaranya membina dan membaik pulih masjid, surau

ii.

dan lain-lain keperluan umat Islam.


Wakaf Pendidikan
Merangkumi penyediaan infrastruktur dan fasiliti pendidiakn untuk meningkatkan kualiti
pendidikan.Di antaranya kompleks pendidikan, pusat tuisyen wakaf, tadika Islam dan

iii.

sebagainya.
Wakaf Kesihatan
Merangkumi pembangunan projek-projek berbentuk penyediaan infrastruktur dan fasiliti

iv.

kesihatan. Di antaranya pembinaak klinik wakaf, pusat dialisis dan sebagainya.


Wakaf Perlindungan
Merangkumi pembangunan projek-projek perumahan mampu milik atau perlindungan
kepada masyarakat. Di antaranya asrama anak yatim, pusat perlindungan dan rumah

v.

mampu milik.
Wakaf Penjagaan Makanan
Membangunkan industry makanan Halal. Di antaranya pusat penyembelihan,
perladangan, penternakan dan pemprosesan makanan.

Di Wilayah Persekutuan juga mempunyai lima prosedur yang harus dipatuhi dalam mewakafkan
harta. Pertama, pemohon perlu mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta
kepada Baitulmal MAIWP serta melampirkan salinan hak milik atau apa-apa bukti pengesahan
pemilikan harta yang hendak diwakafkan. Kedua, bagi kes yang tidak mempunyai dokumen
hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan
perkara di atas. Ketiga pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap
harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.
Keempat, pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf yang disediakan oleh
Baitulmal MAIWP. Kelima Baitulmal akan membuat pindah milik tanah di Pejabat Tanah Dan
Galian Wilayah Persekutuan dan menyelesaikan urusan proses pewakafan.

4.3 HARTA WAKAF DI SELANGOR

11

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Pengurusan harta wakaf di Selangor terletak di bawah pengurusan Perbadanan Wakaf Selangor
(PWS), Majlis Agama Islam Selangor. Dibawah seksyen 2(1) Enakmen Wakaf (NegeriSelangor)
1999 (No.7 Tahun 1999) (EWS) memperuntukkan tafsiran wakaf sebagai
menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa
tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukumSyarak tetapi
tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah AktaPemegang Amanah 1949.

Bagi pengurusan harta wakaf di Selangor terdapat keputusan dua fatwa mengenainya. Pertama,
hasil persidangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 5 September 2006 telah
mengeluarkan Fatwa Negeri Selangor iaitu hasil daripada wang Skim Saham Wakaf Selangor
hendaklah dibelanjakan bagi tujuan pembelian aset kekal. Manakala wang manfaat wakaf
Selangor boleh dibelanjakan untuk memberi bantuan dan perbelanjaan lain yang difikirkan
sesuai oleh Majlis Agama Islam Selangor. Kedua, Fatwa Kebangsaan. Hasil persidangan
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali Ke-77 yang
diadakan pada 10-12 April 2007 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu telah mengeluarkan
fatwa berwakaf dalam bentuk wang tunai adalah dibolehkan di dalam Islam.

Bagi pengurusan harta Wakaf Khas di negeri Selangor mempunyai prosedur dalam kutipan atau
pembukaan akaun. Sebarang bentuk pembangunan aset kekal di Negeri Selangor yang tidak
termasuk di dalam peruntukan RMK perlulah menggunakan prosedur kutipan wakaf khas.
Prosedur ini juga boleh digunakan bagi pembinaan surau sekolah dan pembangunan sekolahsekolah swasa . Pihak yang telah diluluskan permohonannya untuk menggunakan prosedur
wakaf khas ini akan dibekalkan dengan buku resit untuk membuat kutipan Saham Wakaf bagi
projek yang telah dinyatakan dan yang telah diluluskan. Nilai bagi satu unit Saham Wakaf cuma
RM 10 sahaja. Keistimewaan penggunaan prosedur wakaf khas ini adalah pewakaf akan
mendapat pengecualian cukai sebanyak 7% bagi individu dan 10% bagi syarikat.

Antara syarat permohonan bagi Harta Wakaf Khas adalah Seperti berikut:
12

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

1.

Pihak yang membuat permohonan hendaklah memastikan bahawa perkara-perkara yang


berkaitan dengan tapak dan tanah bagi pembangunan telah selesai

2.

Menyediakan surat permohonan menggunakan prosedur kutipan wakaf khas

3.

Menyediakan kertas kerja yang lengkap

4.

Menyertakan di dalam kertas kerja tersebut surat kebenaran dari pihak JAIS, PBT dan
surat sokongan lain yang berkaitan dan

5.

Pihak yang membuat permohonan hendaklah menamakan 5 individu sebagai ejen kutipan
wakaf khas tersebut. Borang boleh didapati dalam laman sesawang rasmi PWS iaitu
www.wakafselangor.gov.my.

Borang-borang yang terlibat adalah seperti berikut:a. Borang Permohonan Wakaf Khas dan
b. Borang Kuasa Menyedia Dan Menandatangani resit (Borang G).

Tempoh kebenaran membuat kutipan wakaf khas ialah selama enam bulan setelah permohonan
diluluskan dan tempoh kutipan boleh disambung melalui permohonan yang dikeluarkan dari
pihak yang membuat kutipan. Untuk pengeluaran dan tuntutan dana wakaf khas mestilah dari
pihak kontraktor dan tuntutan mestilah mengikut perkembangan projek. Sekiranya ingin
menutup Akaun Wakaf Khas, pihak yang membuat kutipan hendaklah membuat permohonan
penutupan akaun wakaf khas dan pengeluran bagi terakhir dana wakaf tersebut kepada PWS dan
baki dana hendaklah digunakan hanya untuk binaan aset kekal sahaja setelah mendapat khidmat
nasihat dari pihak PWS.

4.4 HARTA WAKAF DI NEGERI SEMBILAN


Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan Sendirian Berhad (700214-M) telah ditubuhkan pada 22
April 2005 dibawah Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005 dan ia meruapakan satu
13

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

perbadanan yang beroperasi sebagai koporat atau syarikat. Selain itu, PWNS merupakan anak
syarikat 100% milik penuh MAINS Holdings Sendirian Berhad. Peranan PWNS ialah
menjalankan pengurusan wakaf dan perkara-perkara yang berkaitan dengan wakaf di Negeri
Sembilan secara professional dan teratur. Tambahan lagi, ia sejajar dengan matlamat dan usaha
PWNS dalam memantapkan lagi Institusi Pengurusan Wakaf di Negeri Sembilan serta
membentuk, membina dan menjana sistem ekonomi umat Islam di Negeri Sembilan yang dapat
memberi manfaat kepada semua masyarakat.
Terdapat beberapa perkhidmatan wakaf yang disediakan oleh PWNS iaitu wakaf harta, projek
pembangunan tanah wakaf, skim wakaf tunai, klinik dan pusat dialysis wakaf An-Nur dan wakaf
mart dan bazaar wakaf. Bagi wakaf harta di PWNS melibatkan urusan pindahmilik tanah dan
bangunan dan kebanyakkannya tanah yang telah diwakafkan adalah terlibat sebagai Wakaf Am.
Wakaf boleh terbahagi kepada dua iaitu Wakaf Ahli dimana, wakaf yang dikhususkan
manfaatnya kepada ahli keluarga pewakaf. Manakala Wakaf Khairi melibatkan kebajikan
meliputi dua jenis wakaf iaitu Wakaf Am dimana tidak dikhaskan kepada pihak tertentu bagi
sesuatu harta dan Wakaf Khas ialah manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu dalam tujuan
sesuatu wakaf itu. Pemberi wakaf juga boleh membahagikan harta secara kombinasi iaitu Wakaf
Am dan Wakaf Khas. Contohnya, pemberi wakaf boleh memberi peratusan yang tetap dari hasil
tanah kepada ahli keluarganya (wakaf khas) dan selebihnya diberi kepada institusi wakaf (wakaf
am). Pewakaf boleh mewakafkan harta seperti tanah, bangunan dan rumah kediaman yang
dikenali sebagai harta tak alih iaitu harta yang tidak boleh dipindah atau diubah dari tempat
asalnya. Manakala harta alih berkenaan dengan harta yang boleh dipindah atau diubah dari
tempat asalnya sama ada bentuk dan keadaanya. Contohnya barangan peralatan masjid, Al-Quran
dan sebagainya.
Sehingga kini sebanyak 36 permohonan tanah wakaf telah dipindah milik atas nama MAINS di
seluruh Negeri Sembilan iaitu 13 di Seremban, 6 di Kuala Pilah, 5 di Rembau, 4 di Jelebu dan
Tampin serta 3 di Port Dickson dan 2 di Jempol.

4.5 HARTA WAKAF DI KEDAH

14

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Undang-undang khusus wakaf di Negeri Kedah telah ditubuhkan pada tahun 1962 adalah
serentak dengan penubuhan Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai sebuah Badan Berkanun
Kerajaan Negeri. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Enekmen Pentadbiran Agama Islam
Negeri Kedah No 9. Tahun 1962. Enakmen tersebut telah memperuntukan bahawa harta-harta
wakaf terserah milik dan terletak hak kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah sebagai
pemegang amanah tunggal wakaf di negeri Kedah. Enakmen ini ditubuhkan selaras dengan
Perlembagaan Malaysia yang ditubuhkan selepas Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 di
mana Hal Ehwal Agama Islam diserahkan kepada kuasa negeri iaitu Sultan sebagai pemerintah.
Sehinggalah tahun 2008 kerajaan Negeri Kedah telah meluluskan Enakmen Pentadbiran UndangUndang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 bagi menggantikan Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Negeri Kedah No 9. Tahun 1962 bagi tujuan penambahbaikan dan seragaman undangundang di antara negeri-negeri di Malaysia.
Pengurusan wakaf di Negeri Kedah dilaksanakan berdasarkan Enakmen Pentadbiran UndangUndang Islam (Kedah Darul Aman) 2008 Seksyen 52: walau apapun apa-apa peruntukan yang
berlawanan yang terkandung dalam mana-mana surat cara atau perisytiharan yang mewujudkan,
mengawal, atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang
tunggal:
(a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas
(b) semua nazr am dan
(c) segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khariat bagi menyokong dan
memajukan Agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut hukum syarak.
Perletakan harta wakaf, nazr dan amanah pada Majlis menurut seksyen 53 iaitu: semua harta
yang tertakluk kepada seksyen 52 hendaklah tanpa apa-apa pindah hak, serah hak, atau pindah
milik, dan dalam hal harta tak alih sebaik sahaja didaftarkan di bawah undang-undang bertulis
yang berhubungan dengan tanah, terletak hak pada Majlis, bagi maksud wakaf, nazr am atau
amanah yang menyentuh harta itu.

Melalui enakmen ini semua harta-harta wakaf tak alih seperti tanah, rumah, bangunan dan
sebagainya yang mempunyai dokumen hak milik didaftarkan di atas nama Majlis Agama Islam
15

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Negeri Kedah. Pentadbiran Majlis melalui Bahagian wakaf bertanggungjawabkan untuk


mengurus, mentadbir serta membangunkan harta-harta wakaf di negeri Kedah mengikut tujuan
wakaf yang telah ditetapkan dan selaras dengan hukum syarak.
Pembahagian wakaf di MAIK tediri daripada dua iaitu Wakaf Am dengan tujuan kebajikan
umum maslahat umat Islam dan Wakaf Khas iaitu tujuan kebajikan yang telah ditentukan oleh
pewakaf seperti wakaf anak cucu/ zuriat, masjid, tanah perkuburan, sekolah agama dan lain-lain.
Antara proses bagaimana seseorang ingin mewakafkan harta miliknya perlu menyediakan
beberapa perkara berikut:
i.

Pemohon perlu mengisi borang lafaz wakaf am/ khas di Pejabat Agama Daerah masingmasing dengan di sertakan salinan kad pengenalan, surat hakmilik tanah yang asal,resit

ii.

cukai tanah dan pelan kawasan yang akan di wakafkan.


Setelah semua maklumat telah lengkap diisi, pemohon hendaklah melafazkan ikrar wakaf

iii.

dihadapan Khadi/ Pegawai Agama Daerah masing-masing.


Pemohon juga perlu mengisi dan menandatangani borang 14A / 12B bagi permohonan

iv.

pindahmilik tanah di hadapan pentadbir tanah Daerah yang berkenaan.


Kemudian pihak Pegawai Agama Daerah akan menyerahkan permohonan tersebut kepada
Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk dibuat permohonan wakaf tanah dan

menjadi hakmilik Majlis Agama Islam Negeri Kedah.


4.6 HARTA WAKAF DI KELANTAN
Pengurusan harta wakaf di Kelantan terletak di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Kelantan
(MAIK) berdasarkan Seksyen 61 Enakmen MAIK 1994 menyatakan bahawa: walau apapun
peruntukan yang berlawanan dengan mana-mana surat cara atau perisytiharaan, Majlis hendaklah
menjadi pengawal tunggal kepada semua wakaf, sama ada wakaf am atau khas, semua nazar am
dan semua amanah khairat untuk kepentingan Agama Islam dan orang-orang Islam, setakat mana
harta itu terletak hak kepadanya atau yang terletak di dalam Negeri Kelantan.
Terdapat dua kategori wakaf yang terdapat di MAIK menurut Seksyen 2, Enakmen MAIK, Bil
4/1994 bagi Wakaf Am ialah wakaf harta modal dan pendapatan yan kekal daripada mana-mana
harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui sah oleh hukum syarak dan termasuk juga
harta-harta yang diwakafkan itu sendiri. Manakala Wakaf Khas ialah wakaf harta modal yang
kekal daripada mana-mana harta bagi maksud agama atau khairat yang diakui oleh hukum
syarak, termasuk harta-harta yang diwakafkan itu sendiri dan pendapatan daripada harta-harta itu
16

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

diberi kepada orang-orang atau untuk tujuan yang ditetapkan dalam wakaf itu. Selain itu,
terdapat satu lagi kategori dalam MAIK iaitu Wakaf Zurri yang memberi manfaat kepada
keturunan wakif (kaum keluarga sehinggalah anak cucu turun temurun.
Mesyuarat Jemaah Ulama MAIK BIL 1/2013 yang bersidang pada 9 Jun 2013 telah
membincangkan berkenaan Wakaf Tunai. Mesyuarat telah memutuskan: berwakaf dalam bentuk
wang tunai adalah di bolehkan dalam Islam. Dalam menguruskan wakaf tunai ini, pentadbiran
MAIK hendaklah memastikan bahawa wang tunai yang diwakafkan itu digunakan untuk
pembelian asset kekal. Ini disebabkan wang tunai secara fizikalnya tidak boleh dikekalkan dalam
bentuk yang asal tetapi pengekalan ini masih boleh direalisasikan dengan menukarnya kepada
harta lain yang bersifat kekal. Dengan itu, ia menepati konsep wakaf iaitu menahan sesuatu harta
yang boleh digunakan tanpa susut fizikalnya.
Selain itu, Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
(MAIK) yang bersidang pada 30 April 2008 telah membincangkan hukum berkaitan
pembangunan tanah wakaf di bawah Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK9). Mesyuarat
telah membuat keputusan bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut: pihak Majlis Agama
Islam Kelantan harus dan boleh menerima peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk
membina hotal wakaf di Lot 2136 Mukim Kemumin, Panji dengan syarat status tanah wakaf ini
kekal sebagaimana kehendak pewakaf.
Mesyuarat Jemaah Ulama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) yang
bersidang pada 31 Julai 2005 telah membincangkan hukum wakaf bagi tanah Hak Milik
Terhad. Mesyuarat telah membuat keputusan bersetuju memfatwakan sebagaimana berikut:
i. Tanah-tanah wakaf yang diletakkan di bawah keanaziran atau kawalan Majlis adalah diiktiraf
sebagai wakaf muabbad (kekal) samada tanah-tanah tersebut bertaraf Hak Milik Kekal atau
Hak Milik Terhad
ii. Tanah-tanah wakaf yang bertaraf Hak Milik Terhad adalah terkecuali dari Akta Kanun Tanah
Negara Tahun 1965 kerana ianya melibatkan Hukum Syara dan telah diberi kekecualian dalam
Seksyen 4(2) akta berkenaan: Kekecualian setakat mana yang diperuntukkan dengan nyata
sebaliknya, tiada apa juga dalam akta ini boleh menyentuh peruntukan-(e) mana-mana undangundang yang pada masa itu berkuatkuasa mengenai wakaf atau baitulmal
17

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

iii. Mesyuarat juga menasihatkan Majlis untuk membuat pindaan kepada Enakmen Majlis Bil 4,
Tahun 1994 Seksyen 61 hingga 66 berkaitan wakaf agar selaras dengan Akta Kanun Tanah
Negara yang memperuntukkan bahawa Kerajaan Negeri boleh memberi pemilikan tanah secara
kekal jika pihak berkuasa negeri berpuas hati tanah itu digunakan untuk kepentingan awam
seperti seksyen 76(a) Kanun Tanah Negara. Dengan itu semua tanah wakaf yang bertaraf Hak
Milik Terhad boleh bertukar menjadi Hak Milik Kekal kerana wakaf itu sendiri adalah
kepentingan awam.

5.0 AL-MUTAWALLI DALAM PENGURUSAN HARTA WAKAF DAN AMALAN DI


MALAYSIA MENURUT PERUNDANGAN ISLAM
Wakaf merupakan salah satu daripada perkara-perkara membabitkan dana dan harta orang Islam.
Wakaf berasal daripada bahasa arab waqf iaitu menghentikan, menegah atau menahan.
Manakala daripada sudut istilah pula adalah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas
harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping
mengekalkan sumber fizikalnya untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf
kepada Allah S .W.T.
Tanggungjawab dalam menguruskan pentadbiran harta wakaf adalah diberikan kepada Majlis
Agama Islam Negeri-negeri (MAIN). Harta wakaf perlu dipelihara, dijaga dan dimajukan supaya
manfaatnya bukan sahaja dapat dikekalkan malah dapat digunakan oleh semua orang. Setiap
sumbangan harta wakaf akan memberi impak yang besar dalam membina pembangunan ummah.
Mengikut Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)
1993 [Akta 505] menjelaskan:Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang
18

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau
menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf,
sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr am, dan semua amanah daripada segala
perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama
Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.
Mengikut hukum syarak semua harta wakaf hendaklah diuruskan dan ditadbir oleh pihak
yang benar-benar bertanggungjawab dalam untuk mengawal dan menjaga kemaslahatan harta
wakaf agar ianya dapat diagihkan kepada pihak yang layak untuk menerima. Di dalam islam,
individu yang dilantik untuk mentadbir dan menguruskan harta wakaf dikenali sebagai AlMutawalli.

Al-Mutawalli adalah terdiri daripada orang atau badan yang mempunyai kemampuan, amanah
dan berupaya melaksanakan apa yang dihajati oleh pewakaf. Seorang al-mutawalli juga
hendaklah berhati-hati dalam mentadbir dan menguruskan harta amanah ini kerana ia berdepan
dengan kepentingan dan hak masyarakat dan tidak boleh menguruskan harta pewakaf dengan
sesuka hati. Para ulama telah bersepakat menyatakan bahawa pewakaf boleh melantik sesiapa
sahaja Al-Mutawalli yang layak bagi mentadbir dan menguruskan harta wakafnya. Pewakaf juga
boleh melantik dirinya sendiri sebagai Al-Mutawalli. Jika pewakaf meletakkan syarat kepada AlMutawalli yang dilantik, maka Al-Mutawalli hendaklah melaksanakan syarat yang ditetapkan
dan mematuhi segala ketetapan yang dibuat oleh pewakaf. Menurut pandangan ulama mazhab
Maliki dan ulama mazhab SyafiI, jika pewakaf tidak memberitahu siapa pemegang amanah
maka pihak hakim akan menentukannya.
Tugas utama Al-Mutawalli adalah menjaga, memelihara serta membangunkan tanah yang
diwakafkan, mengutip hasil wakaf dan mengagihkan kepada penerima yang berhak dan
memeliharanya dengan sebaik mungkin daripada sebarang kehilangan dan kerosakan
sebagaimana yang disyaratkan oleh pewakaf. Al Mutawalli juga berhak membuat sesuatu
tindakan yang wajar untuk tujuan pembangunan sesuatu wakaf agar ia dapat dimajukan dan
dikembangkan termasuk untuk pembangunan sosio ekonomi umat islam.

19

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Al-Mutawalli juga mempunyai tanggungjawab:


i.

Menguruskan hal ehwal berkaitan wakaf termasuklah pendaftaran, pengumpulan data,


pembangunan, penyewaan, pengutipan hasil dan mengagihkan hasil kepada mereka yang
berhak, menyimpan sumber dan hasil sebagai simpanan serta tugas-tugas lain.
Menggunakan kepakaran dan kebijaksanaan untuk mengembang, menambah dan

ii.

memajukan lagi harta dan hasil-hasil wakaf. Pengurus wakaf perlu mengadakan satu
jawatankuasa yang terdiri daripada pakar-pakar dalam pelbagai bidang agar perancangan
dan tindakan yang diambil kelak benar-benar mendatangkan faedah.
iii.

Sentiasa bersifat sabar, berwaspada dan teliti ketika menjalankan tugas, lebih-lebih lagi
ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran dan masalah.

Pengurus wakaf dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang dilarang. Antaranya:
i.
ii.
iii.

Menggunakan harta wakaf untuk kepentingan peribadi.


Cuai ketika menjalankan tugas.
Tidak menyelenggara dengan betul rekod-rekod yang berkaitan wakaf.

iv. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan hukum syarak.


iv.

Memalsukan rekod untuk tujuan menggelapkan harta wakaf.

Mengenai Upah dan Ganjaran Al-Mutawalli pula, tindakan memberikan ganjaran kepada almutawalli telah dilakukan oleh Umar Ibn al-Khattab sebagaimana katanya yang bermaksud:
tidak mengapa bagi orang yang mengawasinya untuk makan hasilnya dengan kadarnya (Abu
Zahrah, 1971: 334). Secara umumnya, Islam tidak meletakkan dan menetapkan secara spesifik
amaun atau jumlah upah yang dibenarkan untuk al-mutawalli dalam mentadbir dan menguruskan
harta wakaf. Fuqaha telah bersetuju bahawa pewakaf berhak dalam menentukan beberapa jumlah
dan amaun yang akan diberikan sebagai upah kepada al-mutawalli ketika menguruskan harta
wakaf tersebut.
Maka, setiap tindakan pengurus wakaf (al-mutawalli) hendaklah menggunakan kepakaran dan
kebijaksanaan yang ada bagi memastikan hasil pulangan yang optima, ini kerana segala
pergerakan, pembangunan dan perubahan yang dibuat akan dinilai oleh pihak yang melantiknya
20

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

dan masyarakat amnya. Di Malaysia, peranan ini telah dipertanggungjawab dan dilaksanakan
oleh Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.

6.0 ISU

PERUNDANGAN

WAKAF:

KAJIAN

PENAMBAHBAIKAN

DALAM

PENGURUSAN
6.1 Pendahuluan
Semua tanah wakaf yang ada di Malaysia ditadbir dan diuruskan oleh Majlis Agama Islam
Negeri-negeri (MAIN) sama ada harta alih dan tak alih. Semua tanah wakaf yang didaftarkan
adalah terletak di bawah hak MAIN sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf. Merujuk
kepada Enakmen, MAIN adalah Pemegang Amanah Tunggal bagi kesemua harta wakaf,
termasuk Wakaf Am atau Wakaf Khas. Tujuan perlantikan MAIN sebagai pemegang amanah
tunggal harta wakaf ini adalah untuk memastikan bahawa harta wakaf diurus dan ditadbir dengan
baik, efisyen sehingga dapat menjana hasil lumayan yang dapat dimanfaatkan oleh benefisiarinya
(penerima) atau bagi tujuan-tujuan kebajikan, sama ada telah ditentukan atau tidak ditentukan
oleh pewakaf.
Dari segi perundangannya, walaupun badan ini dianggap sebagai badan yang menjadi pemegang
harta amanah wakaf, namun ia tidak bermakna semua tanah wakaf adalah menjadi milik mutlak
MAIN. Dalam proses membuat keputusan, MAIN berhak untuk membuat perjanjian, membeli,
mengambil, memegang dan memiliki harta sama ada harta alih atau tak alih untuk menukar,
memindah dan membangun segala harta yang terserah milik kepada MAIN mengikut mana-

21

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

mana peraturan yang tersedia ada menurut hukum syarak. Peraturan ini memberi kuasa kepada
MAIN untuk melaksana dan membangun harta wakaf yang ditadbir oleh MAIN.
Selain itu, MAIN juga berhak membuat aktiviti pembangunan ke arah kemajuan ekonomi yang
difikirkan perlu dan segala faedah daripada harta wakaf tersebut dapat diagihkan. Bagi
meningkatkan lagi pendapatan MAIN boleh bekerjasama dalam menjalankan aktiviti dengan
badan lain sama ada daripada perbadanan, kerajaan atau swasta.
Secara umumnya, peruntukan wakaf di dalam enakmen negeri tidak bersifat menyeluruh. Ia lebih
menekankan aspek-aspek pentadbiran dan prosedur ringkas tentang perwakafan. Aspek-aspek
substantifnya tidak ditekankan, malah terdapat yang bercanggah dengan undang-undang wakaf
Islam, misalnya dalam sekatan wakaf yang tidak boleh melebihi satu pertiga harta pewakaf.
Peruntukan-peruntukan wakaf menyentuh, antara lain tentang kuasa Majlis Agama Islam Negerinegeri (MAIN) di Malaysia sebagai pemegang amanah tunggal harta wakaf, peletakhakan harta
wakaf, sekatan dalam takat perwakafan, penggunaan wakaf am dan wakaf khas dan juga kuasa
MAIN untuk membuat rujukan kepada Mufti apabila surat cara wakaf yang dibuat tidak jelas dan
beberapa peruntukan lain berkaitan dengan akaun dan audit harta wakaf.

6.2 Isu Dan Masalah Wakaf Yang Wujud


i.

Masalah Perundangan

Peruntukan enakmen MAIN, perkara berkenaan dengan wakaf tidak diperuntukkan secara
khusus seperti yang terdapat di negeri Selangor, Terengganu, Perak dan Johor. Ekoran ketiadaan
peruntukan ini terdapat pihak yang tidak bertanggung jawab menyalah gunakan harta
wakaf dengan anggapan ia adalah milik umum yang boleh dikuasai dan dicerobohi pada bila-bila
masa dengan sewenang wenangnya. Biarpun sekarang ini perkara wakaf ditadbir di peringkat
negeri dan telah ada diperuntukkan dalam setiap Enakmen Pentadbiran Negeri masing-masing,
namun peruntukan wakaf dalam Enakmen tersebut tidak bersifat menyeluruh. Ia lebih
menekankan aspek pentadbiran dan prosedur ringkas perwakafan. Aspek-aspek substantifnya
22

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

tidak ditekankan, malah terdapat percanggahan dengan undang-undang wakaf Islam. Peruntukan
ini juga tidak memberi jaminan dan pengiktirafan kuasa yang sepenuhnya terhadap pentadbiran
dan pengurusan harta wakaf. Ini disebabkan oleh wujudnya sekatan dan halangan serta
percanggahan bidang kuasa antara Badan Perundangan Negeri dengan bidang kuasa
Persekutuan. Bagi mengatasi masalah ini agar tidak berpanjangan, tindakan awal perlu dilakukan
dengan membuat pindaan dan meluluskan beberapa peraturan baru khusus berkaitan wakaf.

ii.

Peruntukan Kanun Tanah Negara

Kanun Tanah Negara (Akta 56/1965) tidak memperuntukkan khusus berhubung dengan wakaf.
Oleh itu, semua geran hak milik tanah wakaf tidak dapat diendoskan dengan title wakaf. Ini
menyebabkan status tanah yang diwakafkan menjadi kabur dan ditakuti status tanah ini ditukar
dengan tujuan-tujuan lain.

Mana-mana pihak yang ingin mewakafkan tanah milik mereka

sebagai wakaf, bolehlah berbuat demikian di bawah peruntukan Bahagian 12 (Penyerahan


Hakmilik), Bahagian 14 (Pemindahan) dan peruntukan Bahagian 30 (Pendaftaran Letakhak
Statutori). Keperluan-keperluan yang terdapat dalam peruntukkan Bahagian 12, 14 dan 30 di atas
melibatkan prosedur yang kompleks dan memakan masa yang agak panjang. Bayaran cukai ke
atas tanah wakaf dan cukai pintu bagi bangunan yang diwakafkan tidak dikecualikan.
Pengecualian cukai hanya diberi bagi sesuatu pegangan hak milik hanya berlaku pada tempat
beribadah, pengkebumian, sekolah awam, tempat awam yang digunakan untuk tujuan kebaikan.
Manakala bagi harta wakaf yang terlibat dengan pembangunan yang berbentuk material tidak
akan mendapat keistimewaan pengecualian cukai. Pembayaran cukai ini membebankan MAIN
untuk membangunkan tanah wakaf dengan projek pembangunan komersial.
iii.

Permasalahan Hukum

Hukum dan kategori harta wakaf juga menjadi faktor penghalang kepada usaha membangun dan
memajukan harta wakaf. Penggunaan harta tanah Baitulmal berbeza dengan tanah wakaf yang
agak ketat dari sudut hukum dan ciri-ciri penggunaannya. Harta tanah Baitulmal agak terbuka
penggunaannya di mana ia boleh dijual dan dibeli dan penggunaannya tidak terikat dengan apa23

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

apa perjanjian atau Surat Cara yang diwasiatkan berbanding harta wakaf. Maka segala rancangan
pembangunan tanah wakaf adalah terikat dengan niat pewakaf. Contohnya terdapat banyak tanah
yang diwakafkan untuk tujuan ibadat seperti masjid atau surau. Namun, amanah pewakaf ini
tidak dapat direalisasikan kerana tidak sesuai untuk tujuan tersebut disebabkan oleh beberapa
kemungkinan seperti di tempat berkenaan telah ada masjid yang berdekatan dengan lokasi
tersebut.
iv.

Pencerobohan Tanah Wakaf

Terdapat harta wakaf telah diceroboh, disalahgunakan atau disewakan kepada orang bukan Islam.
Mereka bukan sahaja menduduki tanah wakaf, malah tidak memberi bekerjasama untuk
mengosongkannya apabila tanah itu perlu dibangunkan. Situasi ini menjadi halangan bagi MAIN
merancang pembangunan serta bercanggah dengan tujuan wakaf itu sendiri. Tambahan pula,
terdapat di kalangan mereka (penceroboh harta tanah wakaf) yang menjalankan aktiviti yang
bercanggah dan diharamkan oleh Islam. Sebenarnya, jika pihak penceroboh enggan mematuhi
arahan pihak berkuasa, Seksyen 425(1) dan 1(A) Kanun Tanah Negara 1965 (KTN 1965)
memperuntukkan bahawa mana-mana pihak yang melakukan pencerobohan sebagai yang
ditakrifkan oleh KTN 1965 jika disabitkan kesalahannya, boleh dikenakan denda yang tidak
melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan untuk suatu tempoh yang tidak melebihi satu tahun
atau kedua-duanya. Pemantauan secara berkala dan menyeluruh terhadap tanah-tanah wakaf di
bawah kawalan MAIN hendaklah dilakukan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku ke
atas setiap harta wakaf. Pemantauan sepatutnya tidak hanya dilakukan berdasarkan aduan orang
ramai. Selaras dengan itu, MAIN perlu menyerlahkannya menerusi mekanisme pemantauan yang
berkesan. Pasukan penguatkuasaan yang ditubuhkan oleh Majlis boleh menjamin keselamatan
harta wakaf daripada diceroboh atau disalahgunakan. Oleh itu, lokasi tanah wakaf hendaklah
dikenal pasti oleh MAIN berdasarkan tinjauan dan lawatan. MAIN boleh membuat pengesahan
di Pejabat Tanah Daerah bagi mengenal pasti lokasinya secara tepat.

24

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, perkembangan wakaf sejak zaman Rasulullah SAW juga mempengaruhi
kehidupan umat Islam di Malaysia sejak zaman pengislamannya. Perkembangan tersebut
bolehlah digambarkan melalui fakta seperti Malaysia yang memiliki tanah wakaf yang amat
besar dan jika dibangunkan boleh memberi impak kepada pembangunan ekonomi umat Islam
khasnya dan negara amnya. Keluasan tanah wakaf di Malaysia ialah sebanyak 20,735.61 ekar
dimana sebanyak 14,815.787 ekar adalah wakaf khas dan 5,919.83. Negeri Johor adalah negeri
yang paling banyak memiliki tanah wakaf diikuti oleh Perak dan Pahang.
Selain daripada wakaf tanah, terdapat banyak institusi pendidikan di Malaysia yang terus
memberi bakti di atas asas wakaf seperti Madrasah al-Attas di Pekan, Madrasah al-Attas di
Johor, Sekolah Agama Arab Al-Masriyah di Bukit Mertajam, Madrasah Khairiah Islamiah di
Kepala Batas, Madrasah Masyhor al-Islamiyyah di Pulau Pinang, Maahad al-Yahyawiah di
Padang Rengas, Perak, Maahad al-Ihya al-Syarif di Gunung Semanggol, Maahad Mahmud di
Alor Setar, Kolej Islam Sultan Alam Shah di Kelang dan lain-lain lagi.
Selain itu, institusi wakaf dan harta wakaf sebagai sumber ekonomi terpendam umat Islam
yang perlu dieksploitasi dengan sebaiknya bagi mendapatkan manfaat yang sebaiknya bagi umat
Islam. Memandangkan menyimpan modal tanpa digunakan, keep the capital idle suatu yang
dilarang oleh Islam.
Maka beberapa usaha perlu digiatkan untuk mengembalikan fungsi wakaf seperti perkemaskan
pentadbiran harta wakaf, menyelaraskan perundangan berkaitan dengan hal ehwal wakaf,
memantapkan kaedah dan prosedur mewakafkan tanah, membangunkan sistem maklumat tanah
25

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

berasaskan GIS, melibatkan pembangunan tanah wakaf dalam perancangan dan pembangunan
negeri, wilayah dan kerajaan tempatan, membangunkan harta wakaf dengan kaedah inovatif
istibdal serta menyedarkan masyarakat tentang wakaf dan potensinya.Dengan perancangan,
pengurusan dan perlaksanaan seperti saranan-saranan ini, tidak mustahil wakaf akan menjadi
sumber baru kepada kekuatan ekonomi umat Islam.

8.0 RUJUKAN
Laman Rasmi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. (2015). Wakaf. Diakses pada 22 April,
2015, daripada http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/wakaf
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (2015). Pengurusan Wakaf, Majlis
Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu. Retrieved April 28, 2015 from http://www.emaik.my/v2/index.php/perkhidmatan/baitulmal-dan-wakaf/pengurusan-wakaf.html
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (2015). Sejarah Pengurusan Wakaf Di Negeri
Kedah.
Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Retrieved April 28, 2015 from http://w
ww.maik.gov.my/index.php?q=content/sejarah-pengurusan-wakaf-di-negeri-kedah
Majlis Agama Islam Negeri Johor. (2015). Saham Wakaf Johor. Diakses pada 21 April, 2015,
darpada http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/wakaf

Mohamad Zaim Isamail, Khadher Ahmad, Mohd Farhan Md. Ariffin dan Muhammad Ikhlas
Rosele. (2013). PEMERKASAAN WAKAF DI MALAYSIA: SATU SOROTAN.
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT, 1-12.
Najion Jamil. (2012). WAKAF INSTRUMEN PENTING. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam
Negeri Sabah, 1-4.

26

Endowments and Baitul Mal Management | BPMS 2083

Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor. (2014). Keputusan Fatwa. Diakses
pada 23 April, 2015, daripada http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/2012-04-2703-02-07/keputusan-fatwa

Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, (2015). Wakaf Harta Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan.
Retrieved April 28, 2015 from http://www.wakafnegerisembilan.com/pdf/wakafharta.pdf
Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan, (2015). MASJID KARIAH RASAH JAYA, Perbadanan
Wakaf Negeri
Sembilan. Retrieved April 28, 2015 from http://www.wakafnegerisembilan.com/
Perbadanan Wakaf Selangor, Majlis Agama Islam Selangor. (2014). Prosedur Wakaf Khas.
Diakses pada 22 April, 2015, daripada http://www.wakafselangor.gov.my/index.php/201204-27-03-02-07/prosedur-wakaf-khas
Profesor Madya Che Zuina binti Ismail . (2010). AL MUTAWALLI DALAM PENGURUSAN
HARTA WAKAF DAN, 1-10.

Prof. Madya Dr. Che Zuina binti Ismail. (2009). ISU PERUNDANGAN WAKAF. KAJIAN
PENAMBAHBAIKAN DALAM PENGURUSAN, 2-12.

Siti Mashitoh Mahamood. (2009). Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan
Undang-undang serta Aplikasinya di Malaysia. Diakses pada 20 April, 2015, daripada
https://www.academia.edu/3461442/PEMBENTUKAN_DANA_WAKAF_MENURUT_
PERSPEKTIF_SYARIAH_DAN_UNDANGUNDANG_SERTA_APLIKASINYA_DI_MALAYSIA

27