Anda di halaman 1dari 7

Minit Mesyuarat Panitia Matematik Kali Ke 2/2014

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK


SK LUBOK PUNGGOR, SIMUNJAN
KALI KEDUA 2014
Tarikh
Hari
Masa
Tempat

: 15 Julai 2014
: Selasa
: 1.20 tengahari
: Bilik Guru SK LUBOK PUNGGOR, SIMUNJAN

Kehadiran:
1. EN MOHAMMAD DAUD BIN HARBI
GURU BESAR
2. EN. MENJIDI BIN HJ LASIT
PENOLONG KANAN 1
3. EN. AZMAN BIN SARKAWI
KETUA PANITIA
4. EN AHMAD FAIZ BIN MOHAIYAT
SETIAUSAHA
5. EN. MUZAMIL BIN KABOL
6. EN. MUHAMAD FADZIL BIN SARBINI
7. EN. SHARATA BIN MORSIDI
8. EN. FAIRUS BIN JOHAN
Guru Pemulihan Khas
9. EN. MOHAMMAD NIZAM BIN SEDEK
10. PN. SITI BINTI SIRAT
11. PN DARA DAMIN
12. PN ROGAYAH BT LUMBET
GURU PRA SEKOLAH
13, EN. AHMAD JUNAIDI BIN MOHAMMAD JALIL
14. EN. MOHAMMAD AMAR YASIR

Pengerusi Mesyuarat
: En. Mohammad Daud Bin Harbi
(Guru Besar Sk Lubok Punggor, Simunjan)
Agenda Mesyuarat :
Agenda 1 : PERUTUSAN PENGERUSI
1.1

1.2

1.3

Memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab. Mengucapkan selamat datang


dan berterima kasih atas kehadiran guru-guru yang terlibat dan guru-guru yang turut
menghadiri Mesyuarat Panitia Matematik Kali Kedua bagi tahun 2014.
Harap semua guru telah habiskan 50 % daripada perancangan RPH setakat ini,
terutamanya kelas peperiksaan. Sekiranya tidak mencapai tahap, diminta
menyegerakan proses PdP.
Mengingatkan semua guru yang mengajar kelas peperiksaan memastikan format
soalan peperiksaan adalah mengikut format peperiksaan awam.

1.4

1.5

1.6

Semua guru diingatkan supaya menyemak buku latihan murid. Ia penting disebabkan
guru dapat mengukur tahap pencapaian murid-murid serta guru dapat melakukan
aktiviti pengukuhan dan pemulihan terhadap murid yang dikenal pasti.
Guru yang masuk mengajar perlu tegaskan kawalan kelas serta menepati masa
semasa PdP. Pastikan keadaan adalah kondusif untuk PdP.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menjalankan


tanggungjawab dengan baik sepanjang tahun 2014. Beliau juga berharap prestasi ini
dapat di teruskan dengan lebih cemerlang pada tahun hadapan. Beliau berdoa
semoga keputusan UPSR juga terutamanya matapelajaran Matematik akan
meningkat pada tahun ini . Ucapan terimakasih juga di tujukan untuk guru tahun
enam memandangkan segala usaha yang telah di curahkan untuk meningkatkan
prestasi UPSR pada tahun ini.
Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 2 : PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU


2.1
2.2
2.3

Dicadang oleh En. Muzamil bin kabol


Disokong oleh Encik Ahmad Faiz bin Mohaiyat
Minit mesyuarat yang lalu disahkan dengan sebulat suara tanpa pindaan.

Agenda 3 : BANGKITAN MINIT


3.1
3.2

PKSR II telah ditetapkan pada 3 hingga 6 November 2014.


Mengikut takwim peperiksaan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, tarikh UPSR
adalah pada 9 hingga 11 September 2014.

Tindakan : Makluman
Agenda 4 : SURAT PEKELILING IKHTISAS
4.1
4.2
4.3
4.4

Semua guru diminta merujuk Pekeliling Ikhtisas SPI Bil 4/1986.


Tujuan Panitia : Memperbaiki dan meningkatkan mutu keberkesanan PdP.
SPI Bil 2/2004 Abakus/Aritmetik Mental. Pekeliling ini masih kekal, guru mesti
mengajar abakus 4:1, manik berwarna putih sahaja.
Dicadangkan agar LDP untuk guru Matematik untuk Penggunaan Abakus dibuat
dijalankan semula.
Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 5 : PERANCANGAN STRATEGIK PANITIA MATEMATIK (2014-2018)


5.1
5.2
5.3

Panitia Matematik akan mengkaji semula perancangan strategik yang dibuat dan akan
membina semula pelan mengikut tahun 2014-2018.
Guru-guru Matematik diminta memberi kerjasama untuk merancang program dan
aktiviti untuk Panitia Matematik.
Perkongsian analisis kelemahan dan kekuatan murid tahun 6 2014:
5.3.1 Murid-murid tidak memahami kehendak soalan. Sebagai contoh soalan
berkaitan penggunaan peratus dalam pengiraan diskaun harga barang.
5.3.2 Murid-murid juga lemah dalam soalan berdasarkan rajah.
5.3.3 Markah Kertas 1 cukup makan sahaja.
5.3.4 Murid boleh menjawab tajuk yang baru diajar tetapi tidak dapat menguasai
tajuk lama.
5.3.5
Cikgu Azman menyarankan agar murid-murid menghafal terus nilai
pecahan dalam topik-topik seperti Jisim, Isipadu, Jarak dan sebagainya.
Contohnya = 25%, kg = 250 gram, km = 500 meter.
5.3.6 Cikgu Muzamil memberi maklum balas agar pelbagai Modul Latihan diberikan
kepada murid-murid UPSR. Modul Latihan adalah penting bagi
meningkatkan pengukuhan dan kuantiti murid-murid UPSR tahun 2014
5.3.7
Teknik menjawab perlu dibuat dengan menggabungkan waktu PdP dan ia
mesti berbentuk bengkel hands-on. Lebihkan topik 2 matra dan 3 matra.
Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 6 : PENGURUSAN HEADCOUNT


6.1

Semua guru diminta bekerjasama dengan S/U Peperiksaan Awam dan Dalaman
dalam menguruskan TOV dan Headcount.
6.2 Headcount individu perlu disediakan disamping Headcount Mata Pelajaran.
6.3 Headcount murid Tahun 5 dan 6 boleh dibuat melalui aplikasi Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah (SAPS).
Tindakan: Semua guru Matematik
Agenda 7: PENETAPAN DASAR PANITIA MATEMATIK
7.1

Latihan dan Kerja Rumah:


7.1.1

Latihan dan kerja rumah murid adalah mengikut ketetapan berikut. Walau
bagaimanapun, bilangan
soalan bergantung kepada prestasi serta
kemampuan dan kebolehan murid.
7.1.1.1 Buku Tulis
Tahap 1
Tahap 2

:
:

2 buah buku latihan


2 atau 3 buah buku latihan

7.1.1.2 Kerja rumah


Tahap 1
Tahun 1
Tahun 2 :
Tahun 3

: Minimum 10 soalan
: Minimum 15 soalan
: Minimum 20 soalan
Tahap 2

:
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6

: Minimum 25 soalan
: Minimum 30 Soalan
: Minimum 40 Soalan
Ruangan Pembetulan dibuat di sebelah tepi satu mukasurat yang sama (dilipat
dua, dikosongkan sebelah kanan) serta menggunakan Sistem Pujian
Bintang; Bintang 5 untuk A, Bintang 3 untuk B dan sebagainya.

Tindakan: Semua guru Matematik


7.2

Sukatan dan Rancangan Mata Pelajaran:


7.2.1

Guru-guru hendaklah menjalankan PdP berpandukan kepada rancangan


pengajaran tahunan. Rancangan pengajaran tahunan perlu disamakan
format dan mesti ditaip.
7.2.2 Penulisan refleksi dibuat berdasarkan objektif. Ayat objektif PdP perlu ditulis
semula dalam refleksi.
Tindakan: Semua guru Matematik
7.3
Pengurusan Penilaian, Pentaksiran dan Peperiksaan:
7.3.1 Panitia Matematik setuju sebulat suara untuk menggunakan Soalan dan Modul
Latih Tubi yang dibeli soalan percubaan dari Negeri Terengganu dan
Kelantan
7.3.2 Namun, sekiranya pihak MGB Daerah membekalkan sebarang Soalan dan
Modul Latih Tubi ya akan digunakan sebagai penilaian terhadap murid -murid
di Tahun Enam terutamanya.

Agenda 8: PERKARA BERBANGKIT

8. KSSR dan SPPBS


8.1 Semua guru KSSR perlu memasukkan data prestasi SPPBS ke dalam data

offline.Pengerusi mengingatkan semua murid perlu melepasi Band 4 kecuali


murid yang berada di kelas Linus ataupun murid yang mengalami masalah
kehadiran sahaja.

8.2

Kursus Dalaman KSSR Tahun 5


8.2.1 En Azman membentangkan bahan-bahan yang diperolehi dari kursus
dalaman yang telah di hadiri untuk pengajaran P.Matematik untuk
tahun 5

8.2.2 Tuan Pengerusi meminta semua guru Matematik faham di dalam


melaksanakan KSSR walaupun belum mengajar di kelas KSSR
kerana ianya adalah dasar kerajaan.
Tindakan: Semua guru Matematik
8.3

Penaksiran perlu dibuat mengikut masa dan kesesuaian iaitu sebanyak 2 kali
taksiran iaitu bulan Mei, dan Oktober. Kaedah taksiran ini akan berterusan
untuk tahun hadapan. Oleh itu semua guru perlu memasukkan data prestasi
murid secara offline pada masa yang disebutkan diatas.

Tindakan : Guru KSSR

Agenda 9: PERBINCANGAN PROFESIONALISME


9. Perbincangan aktiviti tahunan untuk Panitia Matematik Tahun 2014

9.1

Semua guru di minta memberi cadangan aktiviti panitia untuk tahun hadapan.
Semua cadangan perlu di sampai ke tangan setiausaha panitia selewatlewatnya 18 hb Oktober 2014.

9.2

Ketua Panitia perlu menghantar Perancangan Strategik 2015 pada bulan


Januari 2015

Tindakan : Semua guru

Agenda 10: Analisa/ PostMortem Peperiksaaan Akhir Tahun


10.1

10.2

Guru perlu memasukkan markah secara offline sebelum atau pada 15 hb


November 2014 Sebelum itu guru perlu memeriksa kertas jawapan murid
dengan teliti supaya murid berada di kelas mengikut prestasi mereka.
Analisa Post Mortem juga perlu dibuat dan dihantar pada 17 hb November
2014 dan di serahkan kepada Setiausaha iaitu En. Ahmad Faiz untuk di
failkan.
Tindakan: Semua guru

Agenda 11: LINUS


11.1

11.2

En. Ahmad Faiz memaklumkan bahawa sehingga kini terdapat seramai 13


orang untuk Linus Biasa dan 5 orang Linus Tegar di Tahun 1. Manakala untuk
Tahun 2, terdapat 7 orang Linus Biasa dan 2 orang Linus Tegar. Tiada murid
Linus untuk tahun 3.
En. Ahmad Faiz juga memaklumkan mulai Oktober 2014, satu Saringan 2
(Tahun 1) dan Saringan 2 (Tahun 2) serta saringan 2 (Tahun 3) akan di
jalankan. Guru yang terlibat perlu menghantar data pada penghujung oktober
2014
Tindakan : Guru Kelas Linus

Agenda 12: HAL HAL LAIN.

12.1

12.2

Pengerusi mengingatkan supaya guru-guru dapat mempertingkatkan prestasi


pengajaran dan pembelajaran untuk tahun hadapan dengan membuat ABM
yang sesuai dan menarik minat murid terutamanya untuk murid yang lemah.
Beliau juga meminta Panitia Matematik untuk mengemaskini fail yang
berkaitan sebelum sesi persekolahan berakhir.
Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 13:PENUTUP

13.1

13.2

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua AJK dan Semua


Penolong Kanan di atas segala kerjasama dalam menjayakan mesyuarat
pada kali ini. Beliau berharap semua guru dapat menjalankan tindakan
susulan agar semua perancangan berjalan lancar

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.05 petang.

Minit dicatat oleh:

...................................................
(EN. AHMAD FAIZ BIN MOHAIYAT)
Setiausaha Panitia Matematik
SK Lubok Punggor, Simunjan
Tarikh: 15 Julai 2014

Di sahkan oleh:

..........................................................
(EN. MOHAMMAD DAUD BIN HARBI)
Guru Besar
SK Lubok Punggor, Simunjan

Di semak oleh:

.........................................
(EN AZMAN BIN SARKAWI)
Ketua Panitia Matematik
(SK Lubok Punggor, Simunjan)