Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN IKS

Mutakhir ini, arus globalisasi yang menerjah dunia telah memberi impak dan
perubahan yang besar kepada negara sama ada dari segi politik, ekonomi dan
sosial. Dalam menongkah dan mengejar arus modenisasi ini, kerajaan kita telah
menggagaskan konsep 1 Malaysia yang berpaksikan slogan Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan. Hal ini juga merupakan rentetan kepada Dasar Ekonomi
Baru supaya semua lapisan masyarakat dapat menikmati kemakmuran negara
secara adil dan saksama. Menyedari hakikat inilah kerajaan telah memperuntukkan
sejumlah dana yang besar bagi memajukan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Hal
ini bertepatan dengan peribahasa Melayu hati kuman sama di cecah, hati gajah
sama dilapah. IKS telah dibangunkan dengan pesatnya umpama cendawan tumbuh
selepas hujan. Contoh Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ialah kilang kraf tangan,
kilang keropok, perusahaan batik, kilang mi dan lain-lain lagi. Terdapat banyak
kepentingan IKS kepada masyarakat dan negara.

DEFINISI IKS
Industri Kecil

dan Sederhana

(IKS) ditakrifkan

sebagai

perusahaan

perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perkilangan


dengan pusing ganti tahunan tidak melebihi RM25 juta dan menggaji kakitangan
sepenuh

masa

tidak

melebihi

150

orang.

Ia

melibatkan

proses

pembuatan,pemprosesan dan penghasilan bahan-bahan mentah.Ia diseliakan


oleh Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) yang
ditubuhkan pada tahun 1998 dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri (MITI).

KEPENTINGAN IKS
Salah satu kepentingan IKS ialah dapat meningkatkan ekonomi masyarakat
terutamanya penduduk di luar bandar. Kita sedia maklum bahawa industri ini
banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung

Satu Produk. Sebagai contoh kilang membuat kerepek, kilang membuat sos
tomato, kilang kraf tangan dan lain-lain lagi. Pengusaha kilang dapat menjual hasil
keluaran

mereka

kepada

penduduk-penduduk

kampung

serta

pengunjung-

pengunjung yang lain. Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil IKS ini di
pasar malam, pasar tani serta di karnival-karnival jualan. Meskipun keuntungan
penjualannya tidaklah seberapa, namun sikap gigih dan istiqamah pengusaha IKS
menyebabkan produk mereka akhirnya mendapat perhatian para pengguna. Dalam
usaha untuk mempromosi produk IKS ini, peribahasa yang pipih tidak datang
melayang, yang bulat tidak datang bergolek haruslah dijadikan pegangan. Prinsip
membujur lalu, melintang patah iaitu berani menghadapi cabaran dan dugaan dalam
perniagaan merupakan resipi kejayaan ramai pengusaha IKS pada hari ini. Oleh hal
yang demikian, jelaslah bahawa IKS ini sangat penting untuk meningkatkan
pendapatan penduduk di luar bandar dan seterusnya meningkatkan ekonomi
negara.
Selain itu, IKS juga dapat membuka dan memberi peluang pekerjaan kepada
masyarakat terutamanya penduduk kampung. Kita sedia maklum bahawa untuk
menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha IKS ini memerlukan
pekerja yang ramai. Sebagai contoh, kilang membuat kerepek memerlukan pekerja
untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus serta memasarkan produk
mereka. Sekurang-kurangnya kilang IKS tersebut memerlukan antara 15 hingga 20
orang pekerja untuk menjalankan operasinya. Dalam usaha untuk meminimumkan
kos serta meningkatkan produktiviti, sudah tentu pengusaha IKS akan memilih para
pekerja dalam kalangan masyarakat setempat . Hal ini telah akan membuka peluang
kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk bekerja di
situ. Sikap pengusaha IKS yang prihatin serta mengutamakan khidmat sosial kepada
masyarakat setempat, akan mewujudkan perasaan kekitaan terhadap IKS yang
diwujudkan di sesuatu kawasan itu. Peribahasa Melayu ada mengatakan orang
berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa, ironinya, para pekerja tersebut
akan berusaha dengan gigih untuk meningkatkan mutu serta kualiti produk kilang
tersebut. Jelaslah bahawa IKS ini bukan sahaja dapat membuka peluang pekerjaan
kepada penduduk kampung malah dapat membantu negara mengurangkan masalah
pengangguran.

Di samping itu, pembinaan IKS di kawasan-kawasan luar bandar juga dapat


membantu meningkatkan sektor pertanian dan perikanan. Kita sedia maklum
bahawa IKS memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang
mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil

pertanian,

perikanan atau perhutanan. Tamsilnya kilang membuat keropok memerlukan hasil


tangkapan laut, manakala kilang kerepek pula memerlukan hasil pertanian seperti
ubi, keladi, pisang, jagung dan lain-lain. Secara tidak langsung aktiviti pertanian dan
perikanan turut meningkat di kawasan tersebut. Hasil pertanian sara diri penduduk
kampung yang selama ini sukar untuk dipasarkan, kini telah menjadi rebutan para
pengusaha

IKS.

Hukum

ekonomi

menjelaskan

bahawa

kadar

permintaan

mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Implikasinya harga barang mentah


pertanian seperti ubi, pisang, keledek, keladi akan meningkat. Secara

tidak

langsung sektor pertanian akan meningkat. Hal ini, diperkukuhkan lagi dengan dasar
kerajaan

yang

memberi

perhatian

serius

untuk

membantu

meningkatkan

pendapatan petani dan nelayan. Oleh hal yang demikian, dalam usaha memenuhi
permintaan IKS terhadap bahan mentah yang semakin meningkat kerajaan melalui
agensi-agensi pertanian seperti FAMA, MARDI, PELADANG dan sebagainya telah
memberi khidmat kepakaran dan subsidi kewangan kepada para petani dan
nelayan. Tuntasnya, IKS ini merupakan serampang dua mata kerana kewujudannya
bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi malahan dapat membasmi kadar
kemiskinan rakyat di negara kita yang tercinta ini.
Ada pendapat yang mengatakan bahawa melancong ke Malaysia umpama
telah melancong ke separuh dunia. Hal ini kerana, di Malaysia terdapat pelbagai
kesenian dan budaya daripada penduduk pelbagai bangsa dan agama. Apakah
kaitan penyataan ini dengan IKS? Kolerasinya ialah kewujudan IKS dapat
meningkatkan sektor pelancongan di negara kita. Kita sedia maklum bahawa para
pelancong suka membeli kraftangan untuk dibawa pulang. Sebenarnya di Malaysia
terdapat banyak barangan kraftangan daripada pelbagai etnik dan kaum yang
menjadi warganegara Malaysia. Sebagai contoh perusahaan membuat tembikar,
pasu bunga, ukiran, labu sayong, batik, songket, tikar, bakul barangan hutan dan
lain-lain lagi. Hasil kraf tangan melambangkan identiti serta jati diri negara. Para
pelancong membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membeli kraftangan ini sebagai
cenderamata kenang-kenangan atau hadiah kepada rakan-rakan apabila pulang

kelak. Dalam hal ini peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tak tumbuh, tak
melata, tak sungguh orang tak kata. Hal ini menjelaskan bahawa kualiti serta
keunikan kraftangan Malaysia akan menarik lebih ramai pelancong ke negara kita.
Ironinya perkara ini bukan sahaja akan meningkatkan imej Malaysia sebagai negara
berbilang bangsa malahan dapat meningkatkan ekonomi negara menerusi sektor
pelancongan.
Konklusinya, terdapat banyak kemaslahatan Indutri Kecil dan Sederhana (IKS)
kepada masyarakat dan negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita tidak seharusnya
membiarkan peluang ini berlalu begitu sahaja. Kita perlu gigih meningkatkan kualiti
IKS kerana industri ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada barangan
keluaran tempatan yang berperanan meningkatkan imej negara di mata dunia.
Apabila masyarakat sama ada di dalam atau di luar negara menggunakan sahaja
barangan IKS, maka secara tidak langsung jati diri negara telah terserlah. Oleh hal
yang demikian, semua pihak iaitu pihak kerajaan, swasta, masyarakat serta individu
perlulah bekerjasama untuk meningkatkan industri ini. Dana yang besar telah
diperuntukkan oleh kerajaan perlu digunakan sebaik-baiknya bagi tujuan memajukan
IKS. Diharapkan barangan keluaran IKS mampu bersaing dalam pasaran

di

peringkat tempatan dan juga persada antarabangsa. Hal ini juga selaras dengan
gagasan 1 Malaysia iaitu, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana:

Jenis keluaran

Organisasi

Modal

Lokasi

Pekerja

Teknologi pengeluaran

Kegiatan Industri Kecil Dan Sederhana-Antara bidang yang diceburi ialah:

Industri berasaskan sumber

Industri berasaskan logam

Industri berasaskan plastik

Industri komponen automotif

Industri komponen elektrik dan elektronik

Industri pemprosesan makanan

Industri kimia dan farmaseutikal

Kepentingan Industri Kecil dan Sederhana

Sumbangan kepada penduduk dan masyarakat


o Peluang menceburi bidang perusahaan
o Peluang menggunakan kebolehan daya cipta dan kreativiti individu
o mewujudkan peluang pekerjaan
o memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

Sumbangan kepada negara


o Mengurangkan pengangguran
o Tabungan dalam ekonomi
o Pengagihan pendapatan negara
o Latihan kepada pekerja dan pengusaha

o mengukuhkan struktur asas industri negara


o mengurangkan import barangan pengguna
Masalah yang dihadapi oleh Industri Kecil dan Sederhana adalah:

Masalah modal dan pembiayaan

produktiviti dan teknologi yang rendah

kekurangan bahan mentah

masalah pemasaran

masalah pengurusan

masalah lokasi

hubung jalin dengan industri berat

Cara mengatasi masalah Industri Kecil dan Sederhana meliputi:

Program Rantaian Industri (ILP)

Program penyelidikan dan pembangunan

Program pembangunan infrastruktur

Program pembangunan dan peningkatan kemahiran

Program pembangunan pemasaran

Program bantuan kewangan

Lesen dan Permit


Untuk menjalankan aktiviti perniagaan IKS, anda perlu mendapatkan lesen premis
dan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan. Selain itu, perniagaanperniagaan tertentu juga memerlukan lesen khas mengikut jenis perniagaan.

Permohonan Lesen Pengilang di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian


1975

Panduan Permohonan Lesen Import Bagi Barang Dagangan Yang Dikawal Di


Bawah Perintah Kastam

Lesen-lesen yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Malaysia


(MIDA)

Gudang Pengilangan Berlesen

Lesen Pengilang dan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam


Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Bagi yang mengusahakan perniagaan IKS berasaskan pertanian, perikanan,


ternakan atau pemprosesan makanan, rujuk topik Industri > Pertanian dan
Industri Asas Tani untuk maklumat lanjut berkaitan lesen dan permit.

Pembiayaan dan Geran


Kerajaan menawarkan pelbagai bentuk bantuan pembiayaan kepada pengusaha
IKS. Bantuan ini disalurkan melalui agensi-agensi bertanggungjawab dan juga
melalui institusi-institusi kewangan.
Geran dan Insentif

Berikut adalah geran dan insentif yang disediakan kepada pengusaha IKS:

Skim kewangan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan


Industri (MITI)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE)

Perbadanan Produktiviti Negara (NPC)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

Kementerian Kemajuan Bandar dan Wilayah (KPLB)

Skim geran penyelidikan dan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC)

Pinjaman
Berikut adalah kemudahan pinjaman yang disediakan kepada pengusaha IKS:

Institusi kewangan kerajaan

Bank komersial

Syarikat kewangan

Skim Khas Bank Negara


Bank Negara telah menubuhkan Unit Khas Enterpris Kecil dan Sederhana yang
bertujuan membantu perusahaan IKS yang berdaya maju untuk memperolehi
pembiayaan.

Khidmat Nasihat dan Perundingan


Usahawan dan pelabur yang inginkan pendedahan lanjut mengenai IKS boleh
mendapatkan khidmat nasihat yang disediakan oleh agensi Kerajaan dan beberapa
badan yang lain.
Khidmat nasihat dan sokongan teknikal

Panel penasihat pakar EKS (SEAP)

Infrastruktur

Skim khidmat pakar perunding MARA

Bahagian pembangunan infrastruktur perniagaan (BPI)

Seksyen pembangunan industri kecil dan sederhana

UKM Pakar Runding Sdn Bhd

Persatuan IKS Malaysia

Program Latihan dan Pembangunan

Kerajaan menyediakan pelbagai program latihan dan pembangunan kepada


usahawan dan pelabur yang berminat mengusahakan aktiviti IKS. Klik pada pautanpautan di bawah untuk maklumat lanjut:

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC)

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)

Perbadanan Pembangunan Industri Kecil & Sederhana (SMIDEC)


Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) adalah agensi
Kerajaan utama yang bertanggungjawab menyelaras pembangunan IKS. Selain
menawarkan khidmat nasihat berkaitan pembangunan industri, agensi ini
menyediakan program latihan dan pembangunan untuk orang ramai dan pengusaha
IKS.

Program rantaian industri

Program pembekal global

Program peningkatan kemahiran

Headstart 500

Enterpris 50

Majlis Amanah Rakyat (MARA)


Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah agensi Kerajaan yang ditubuhkan untuk

menggalak, membimbing dan melatih penduduk Bumiputera, khususnya di luar


bandar, supaya menyertai kegiatan perdagangan dan perusahaan. Berikut adalah
program latihan dan pembangunan usahawan yang disediakan oleh MARA:

Latihan Keusahawanan

Skim Latihan perintisan

Program promosi pemasaran

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD)


Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) merupakan agensi
utama yang bertanggungjawab menyelaraskan pembangunan usahawan
Bumiputera. Berikut adalah program latihan dan pembangunan usahawan yang
disediakan oleh MECD:

Latihan asas perniagaan (LAP)

Latihan Asas Keusahawanan Siswazah

Program pemasaran bersepadu perabot

Kursus/Bengkel Keusahawanan Anjuran Bahagian Latihan Keusahawanan

Kursus Keusahawanan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN)

Program Latihan Anjuran Bahagian Francais dan Vendor

Peluang Perniagaan
Terdapat banyak peluang perniagaan dalam pelbagai sektor yang boleh diteroka
dalam IKS.

Peluang perniagaan

Portal e-niaga

Premis perniagaan
Laman ini menyediakan kemudahan kepada para pengusaha IKS yang ingin
mencari premis perniagaan, sama ada untuk disewa atau dibeli, secara dalam talian.

Carian premis secara dalam talian

Premis perniagaan dan perusahaan MARA

Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

Pengenalan
Negara kita, Malaysia, merupakan sebuah Negara yang amat bertuah kerana kaya
dengan sumber bahan mentah. Penerokaan terhadap sumber bahan mentah telah
banyak membantu pembangunan Malaysia, baik dari segi infrastruktur, tahap
ekonomi ataupun kualiti hidup rakyat Malaysia.

Proses transformasi sumber bahan mentah ternyata melibatkan peningkatan


mendadak sektor ekonomi Malaysia, khususnya pada bidang pembuatan dan
pengeluaran barangan. Pertumbuhan dan perkembangan ekonomi Malaysia yang
pesat telah memberi peluang yang lebih meluas kepada pembangunan industri kecil
dan sederhana (IKS). Penglibatan industri kecil dan sederhana yang meluas yakin
dapat memperkukuhkan struktur asas pembangunan bidang perindustrian negara.
Pada masa yang sama, keseimbangan antara penglibatan syarikat-syarikat asing
dengan usahawan tempatan tercapai.
Definisi Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Banyak definisi tentang industri kecil dan sederhana telah dikemukakan oleh
individu, penyelidik, ahli akademik, penggubal dasar, agensi dan institusi. Walau
bagaimanapun, di Malaysia, tidak ada satu definisi yang khusus, rasmi, sah dan
diterima secara umum. Menurut Moha Asri Abdullah (1997), kelemahan ini tidak
harus dijadikan halangan kepada usaha untuk memperakukan definisi industri kecil
dan sederhana.
Maka, industri kecil dan sederhana dirujuk sebagai industri yang beroperasi dengan
saiz pekerja yang kurang daripada 200 orang secara penuh masa (Moha Asri
Abdullah, 1997, m.s. 9)

Kepentingan Perniagaan Kecil dan Sederhana Kepada Negara


Data daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan bahawa peratusan
daripada jumlah pertumbuhan kilang dalam sektor perkilangan telah merosot pada
pertengahan 90-an. (Misalnya, kadar pertumbuhan sektor perkilangan pada 1975
ialah 92.4 %, manakala pada 1995, sektor ini hanya menujukkan pertumbuhan
sebanyak 88.9% ).
Namun, penurunan peratusan ini tidak bermaksud bahawa sumbangan dan peranan
industri kecil dan sederhana kepada pembangunan ekonomi Malaysia telah kurang
penting. Penurunan peratusan ini, sebenarnya, disebabkan oleh sebahagian besar
daripada industri kecil dan sederhana telah berkembang besar dan tidak layak lagi

dikategorikan sebagai industri kecil dan sederhana. Di samping itu, terdapat juga
industri kecil dan sederhana yang terletak di kawasan terpencil dan pedalaman tidak
diambil kira dalam system pembancian.
Sumbangan dan kepentingan industri kecil dan sederhana di Malaysia secara
keseluruhannya dapat dibincangkan dalam beberapa aspek. Antaranya ialah:
i.

Membuka Peluang Pekerjaan

Penggunaan tenaga buruh secara intensif dalam teknik pengeluaran industri kecil
dan sederhana terus dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dalam
beberapa fungsi pengeluaran dan operasinya. Industri kecil dan sederhana lebih
cenderung untuk menggunakan tenaga buruh secara intensif untuk menandingi kos
pengeluaran. Masalah modal, teknik dan teknologi yang canggih untuk barangan
tertentu secara kecilan tidak mudah diperolehi serta kuasa beli yang kecil industri
kecil dan sederhana tidak menggalakkannya mengamalkan modal / kapital secara
intensif.
ii.

Tabungan Dalam Ekonomi

Penglibatan industri kecil dan sederhana dalam ekonomi banyak membantu dalam
meningkat tabungan modal negara. Dapatan kajian tentang operasi industri kecil dan
sederhana menunjukkan bahawa sebahagian besar sumber modal datangnya
daripada usahawan sendiri, keluarga atau rakan. Oleh itu, industri kecil dan
sederhana menjadi sumber penting kepada jumlah tabungan dan simpanan negara.
Pada masa yang sama, industri kecil dan sederhana turut membantu dalam
mengurangkan kadar perbelanjaan penduduk dan seterusnya kadar inflasi.
Seterusnya, industri kecil dan sederhana juga membeli dan menggunakan mesin
peralatan yang mudah atau yang terpakai dalam usaha menjimatkan aset tetap
mereka. Dari segi ekonomi, penggunaan mesin dan peralatan seperti ini oleh industri
kecil dan sederhana dapat membantu mengurangkan modal dan kos mereka.
Di samping itu, industri kecil dan sederhana jarang melibatkan penggunaan bahanbahan mentah impot berbanding dengan firma-firma besar. Hal ini pula membantu

Negara menjimatkan pertukaran wang asing dan seterusnya dapat menggalakkan


pertumbuhan sektor-sektor ekonomi yang lain.
iii.

Pengagihan Pendapatan

Kepentingan industri kecil dan sederhana yang seterusnya dapat dilihat dari aspek
pengagihan semula pendapatan di kalangan penduduk. Industri kecil dan sederhana
lebih cenderung membayar gaji, faedah dan menawarkan pekerjaan kepada
pekerja-pekerja yang bukan daripada kalangan yang mahir dan profesional.
Penglibatan pengusaha, pemilik dan pekerja dalam industri kecil dan sederhana
boleh membantu merapatkan jurang pendapatan di kalangan penduduk. Dengan
perkataan lain, penglibatan mereka meningkatkan pendapatan yang lebih ketara di
kalangan penduduk.
iv.

Latihan Kepada Pekerja dan Pengusaha

Industri kecil dan sederhana juga memainkan peranan yang penting dalam melatih
pekerja, pengusaha dan bakal pengusaha. Peningkatan mereka dalam kemahiran
dan pengetahuan secara langsung membantu mengendalikan selok-belok operasi
perniagaan dengan lebih berkesan dan terus bergantung hidup kepada perniagaan
yang berkenaan.
v.

Memperkukuhkan Struktur Asas Industri Negara

Di samping itu, industri kecil dan sederhana banyak membantu dalam mengembang
dan memperkukuhkan struktur asas ekonomi dan industri negara yang sedia ada.
Industri kecil dan sederhana, sebenarnya, merupakan industri pelengkap kepada
keperluan dan pembangunan kebanyakan syarikat gergasi antarabangsa (MNCs).
Penglibatan industri kecil dan sederhana yang giat dan dalam pelbagai sector
membolehkan asas industri yang mantap dan kukuh dan tidak akan tergugat dan
terjejas apabila syarikat gergasi antarabangsa yang beroperasi di sesuatu negara itu
menarik diri daripada operasi dan pelaburan mereka.
vi.

Memenuhi Citarasa dan Keperluan Penduduk Tempatan

Industri kecil dan sederhana amat penting dari segi memenuhi citarasa dan
keperluan barangan sebahagian besar penduduk tempatan yang berpendapatan
rendah. Industri kecil dan sederhana dengan penyesuaian mereka kepada intensif
tenaga buruh, banyak mengeluar dan menghasilkan barangan dan perkhidmatan
yang tidak dapat dihasilkan oleh syarikat bersaiz besar termasuk syarikat gergasi
antarabangsa. Contohnya pengeluaran dan pembuatan barangan makanan,
pakaian, perabot, logam, peralatan getah dan plastik.
(d)

Galakan Kerajaan Untuk Industri Kecil dan Sederhana

Sejak kebelakangan ini, industri kecil dan sederhana seringkali mendapat perhatian
dan galakan yang meluas daripada banyak pihak terutamanya kerajaan.
Dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai penduduk terutamanya usahawan
Bumiputera berkecimpung dalam industri kecil dan sederhana, kerajaan Malaysia
menerusi agensi-agensinya telah menyediakan pelbagai galakan dan program
sokongan kepada mereka yang berpotensi dan berminat dalam bidang industri kecil
dan sederhana. Antara galakan dan sokongan yang disediakan oleh kerajaan dapat
dibahagikan kepada lima kategori yang utama, iaitu
i.

bantuan kewangan dan kemudahan kredit

Misalnya, pinjaman daripada Syarikat Jaminan Kredit (CGC), pinjaman dan


kemudahan kredit MARA, pinjaman daripada Tabung Usahawan Baru, pinjaman
daripada Tabung Pemulihan Usahawan, pinjaman dan kemudahan kredit daripada
bank, bank perdagangan, bank saudagar, syarikat kewangan berlesen dan institusi
pembangunan, kemudahan kredit Skim Pembayaran Kredit Eksport.
ii.

bantuan latihan teknik dan pelajaran vokasional

Perbadanan Daya Produktiviti Negara (NPC) dan Pusat Pembangunan Usahawan


Malaysia

(MEDEC)

menyediakan

program

pembangunan

usahawan

dan

pengurusan perniagaan.
SMIDEC, Institut Piawai dan Penyelidikan Industri Malaysia (SIRIM), Institut
Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Pusat Instruktor dan Latihan Kemahiran

Lanjutan (CIAST), Institut-institut Latihan perindustrian (ILP), Institut kemahiran


MARA (IKM), GIAT MARA menawarkan kursus-kursus teknikal dan kemahiran
pekerja jangka pendek.
iii.

bantuan khidmat nasihat dan konsultasi lanjutan

NPC, SMIDEC, institusi kewangan, SIRIM, MARDI, MEDEC menawarkan bantuan


khidmat nasihat pengurusan dan peningkatan kawalan kualiti dan perkembangan
reka bentuk kepada industri kecil dan sederhana di Malaysia.
iv.

bantuan pemasaran dan penyelidikan pasaran

MEDEC, NPC, Bank Pembangunan, SMIDEC, MARA, FAMA menyediakan bantuan


pengurusan asas pemasaran yang bertujuan untuk meningkatkan pasaran barangan
keluaran industri kecil dan sederhana.
v.

penyediaan kemudahan infrastruktur

UDA membantu industri kecil dan sederhana untuk mendapatkan tapak, bangunan
dan ruang pejabat yang sesuai di kawasan Bandar, MARA menyediakan tapak-tapak
kilang dan perniagaan kepada usahawan dan peniaga Bumiputera di Malaysia, MIEL
bertanggungjawab untuk membangunkan estet perindustrian di Malaysia, Taman
Teknologi Malaysia, Zon Perdagangan Bebas (FTZ).
Sehingga ke hari ini hamper 13 kementerian dan hamper 30 agensi kerajaan yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menawarkan pelbagai jenis
program bantuan dan galakan kerajaan dalam pembangunan industri kecil dan
sederhana di Malaysia.
(e)

Perniagaan Huluan dan Hiliran

Entiti perniagaan adalah sesuatu organisasi yang amat dinamik. Ia sentiasa


mengalami perkembangan dan pertumbuhan. Pertumbuhan entiti perniagaan boleh
diukur mengikut peringkat penggunaan input. Antaranya ialah:
i.

Perniagaan Huluan (Up-stream Business)

Perniagaan pada peringkat huluan bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan


aktiviti yang berasaskan sumber-sumber asli / semula jadi seperti bahan galian,
tanaman, ternakan dan sebagainya. Contoh: Syarikat Ayamas yang membekalkan
ayam sebagai input untuk ayam goreng restoran KFC dikatakan menjalankan
perniagaan pada peringkat huluan.
ii.

Perniagaan Hiliran (Down-stream Business)

Perniagaan pada peringkat hiliran bererti bahawa perniagaan berkenaan melibatkan


aktiviti-aktiviti perniagaan yang dikembangkan daripada perniagaan lain seperti
pemprosesan, pembuatan, pengilangan, perkhidmatan dan sebagainya. Contoh:
Restoran KFC, ayam goreng KFC yang dijual adalah hasil pemprosesan ayam segar
yang dibekalkan oleh Syarikat Ayamas.
Entiti perniagaan juga boleh dikenalpasti melalui fokus pasaran dan aktiviti
pembuatannya iaitu sama ada domestik (tempatan) ataupun antarabangsa.
iii.

Perniagaan Domestik (Tempatan)

Perniagaan ini hanya beroperasi di dalam sesebuah negara, bermula dengan


pengeluaran dan diikuti dengan pemasaran dan jualan. Keluaran perniagaan
domestik bertujuan untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan. Perniagaan
domestik pula banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara dan
memperkukuhkan lagi struktur asas industri negara.
iv.

Perniagaan Antarabangsa

Perniagaan antarabangsa merupakan perniagaan yang menjalankan operasi


perniagaannya di dua atau lebih negara asing. Operasi perniagaan itu berbentuk
sama ada satu hala, dua hala ataupun pelbagai hala. Perniagaan antarabangsa
lazimnya berkembang daripada perniagaan domestik yang menjalankan aktiviti
eksport sama ada di peringkat serantau atau di peringkat global.

Anda mungkin juga menyukai