Anda di halaman 1dari 21

Jenis-Jenis Kitab-Kitab Hadis

   Dipetik dari web: www.darulkautsar.net

Berikut adalah 29 jenis kitab hadis:

1) Jami’/ jawami’
2) Sunan/ ahkam
3) Mathani/ musnad
4) Ma’ajim/ mu’jam
5) Masyikhat
6) Ajza’/ rasail
7) Arbainat
8) Afrad dan Gharaaib

9) Mustadrak
10) Mustakhraj
11) ’ilal
12) Atraf
13) Tarajim
14) Ta’aliq
15) Taghrib wa tarhib
16) Mursalsalat
17) Tsulasiyyat
18) Al-amali
19) Zawaid
20) Al-Mukhtasarat
21) Takharij
22) Syarhul atsar
23) Asbab nuzul hadis
24) At-tartib
25) At-Ta’liq
26) Al-Mawdhu`at
27) Al-ma’thurat
28) an-Nasikh wal Mansukh
29) Mutasyabih/ Musykil hadis

1) Jami’ atau Jawami’

 Penulisan Jami` bermaksud menghimpunkan hadis-hadis berkenaan dengan bidang


aqidah, ahkam, riqaq, adab, tafsir, tarikh dan sirah, fitan dan manaqib.

Kitab hadis  Sahih Bukhari merupakan salah satu kitab yang digelar kitab Jami’ (atau
Jawami’) . Untuk dipanggil sesebuah kitab hadis  sebagai  Jami’ sebuah kitab
hendaklah mengandungi sekurang-kurangnya lapan  bidang  . Di kalangan ulama
ada yang menyusun hadis-hadis dalam bidang-bidang ini secara berasingan.
Antaranya ialah: 

1. Aqaid (akidah):  Contohnya: Kitab al-Tauhid karangan  Abu Bakar Ibn Abi
Khuzaimah, Kitab al-Asma wa al-Sifat oleh al-Baihaqi

2. Ahkam:  Kitab hadis  hukum yang disusun seperti  dalam kitab-kitab  fiqh
seperti  Bulugh maram dan  Umdatul ahkam. 

3. Riqaq ( raqaaiq) : dinamakan juga sebagai Ilmu al-Suluk wa al-Zuhd iaitu 


menyebut tentang peringatan di hari akhirat dan  azab kubur yang akan
melembutkan hati sesiapa yang mendengarnya dan menjadikannya seorang
yang zuhud.  
     Contohnya:  Kitab Zuhud oleh Abdullah Ibn Mubarak, Imam Ahmad 

4. Adab: Adab sopan, adab tidur, adab solat, adab makan dan sebagainya.
Contohnya kitab al-Adab al-Mufrad oleh al-Bukhari dan Kitab Syamail oleh
Tirmizi
 

5. Tafsir: Hadis-hadis yang mentafsirkan al-Quran.


Contohnya kitab Tafsir ibn Mardawaih, ibn Jarir at-Tabari, Tafsir al-Dailami 
dan Tafsir Jailani.

6. Tarikh: Sejarah

Terbahagi kepada dua jenis:

a- Sejarah tentang kejadian alam ( bada’ al-khalq) seperti kejadian langit dan
bumi,syurga,neraka,jin,syaitan, malaikat dan sebagainya

 b- Sejarah tentang kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat seperti
Sirah Ibn Hisyam, Sirah Mulla Umar,dan sebagainya. 

7. al-Fitan iaitu fitnah-fitnah yang muncul di akhir zaman bermula selepas


kewafatan Rasulullah s.a.w.  Contohnya, kitab Muin bin Hammad (guru al-
Bukhari) tentang Dajjal, turunnya nabi Isa as, kemunculan Imam Mahdi, dan
sebagainya. Beliau telah mencampuradukkan antara yang sahih dan tidak
sahih.

8.  Manaqib (tentang kelebihan seseorang seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,dan


Ali, tabi’in, ahlul bait, isteri-isteri Rasulullah s.a.w., Nawasib dan sebagainya)
contohnya, al-Riyadh al-Nadhirah Fi Manaqib al-`Asyarah oleh Muhib al-
Tabari, Zakhair al-`Uqba Fi Manaqib Zawi al-Qurba dan lain-lain.[1]

Antara kitab-kitab hadis yang termasuk dalam kategori ini ialah Sahih al-
Bukhari Jami’ al-Tirmizi, Sahih Muslim, Misykat al-Masabih, Jami` Suyfan al-
Thauri, Jami` Abdul Razzaq bin Hammam al-San`ani, Jami’ al-Darimi, dan
lain-lain.

Kitab Sahih Muslim pula terdapat pertikaian tentangnya. Jumhur ulama mengatakan
ianya termasuk kitab Jami’ namun sebahagian yang lain menyatakan tidak kerana
hadis-hadis tafsir di dalam kitabnya terlalu sedikit.

2) al-Sunan dan al-Ahkam

Ianya disusun mengikut tertib fiqh yang bermula dengan bab Taharah, sembahyang
dan  seterusnya. Walaubagaimanapun di dalam sunan sendiri ianya tidak hanya
memuatkan tentang hukum-hakam tetapi ada juga perkara-perkara lain yang
dibincangkan.

Contoh kitab-kitab yang termasuk dalam kategori ini ialah: Sunan al-Nasai’e, Jami`
al-Tarmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Daruqutni, Sunan Abi Ali
bin al-Sakan dan lain-lain.

3- Masanid dan Musnad

Penulisan Musnad bermaksud menyusun hadis-hadis mengikut nama-nama sahabat.


Sama ada mengikut susunan abjad atau terdahulu memeluk Islam.  
Imam Ahmad yang menulis musnad telah mendahulukan hadis-hadis Abu Bakar
daripada hadis-hadis sahabat yang lain.

Antara cara penyusunan musnad:

1. memuatkan hadis-hadis tentang 10 orang sahabat yang dijamin masuk


syurga, atau tentang khalifah yang empat.

2. mengikut siapa yang lebih dahulu yang memeluk Islam.


3. dengan melihat siapakah ahli Badar/ Hudaibiah dahulu.
4. dengan melihat siapakah yang memeluk Islam terlebih dahulu ketika
Pembukaan Mekah.

5. dengan melihat lelaki dahulu perlu diutamakan. Tetapi dari kalangan wanita
pula isteri-isteri nabi diutamakan terlebih dahulu.
6. atau dengan melihat jenis qabilah (qabilah bani Hasyim didahulukan).

Di dalam musnad juga taraf hadis tidak diambil kira. Ia cuma mengumpulkan
sebanyak mungkin hadis-hadis yang menerangkan tentang sesuatu perkara.
Namun begitu musnad yang paling sahih adalah Musnad Ahmad kerana beliau
telah menyaring hadis-hadisnya. Kebanyakan ulama salaf menulis hadis-hadis
dalam bentuk musnad.[2]

4- Ma’ajim dan mu’jam

 Mu’jam pula disusun mengikut tertib huruf ejaan, atau mengikut susunan nama
guru-guru mereka. Nama guru-guru mereka pula disusun mengikut ejaan nama atau
kelebihan mereka.
Mu’jam juga hanya mengumpulkan hadis-hadis nabi saw tanpa melihat taraf hadis-
hadisnya.

Contoh kitab-kitab mu’jam ialah Mu’jam Tabrani, Mu’jam kabir, Mu’jam as-Sayuti,
dan Mu’jam as-Saghrir, Mu’jam Abi Bakr, ibn Mubarak, dan sebagainya.

Kitab rijal yang mengumpulkan orang-orang yang tersebut dalam meriwayatkan


hadis-hadis nabi s.a.w. mengikiut ejaan bersama dengan kuniyyahnya. Ini semua
adalah untuk memastikan kesahihan sesebuah hadis. Golongan. Orientalis sendiri
mengakui kehebatan ilmu hadis. [3]

5- Masyikhat

Di dalam penulisan masyikhat, hadis-hadis dikumpul dari seorang syeikh sama ada
dia mengumpulkan sendiri hadis tersebut atau orang lain yang mengumpulkannya.
Contohnya, Masyikhat Ibn al-Bukhari, yang dibuat tambahan oleh Hafiz al-Mizzi,
Masyikhah Ibn Syadam al-Kubra dan al-Sughra, dan dibuat tambahan oleh al-`Iraqi.

Ali bin Anjab al-Baghdadi mempunyai 20 jilid kitab masyikhat.

Antara kitab Masyikhat yang disebutkan juga ma’ajim seperti Mu’jam al-Sayuti, Abu
Bakar Ibn Mubarak. Kitab yang ada sanad pula seperti Musnad al-Firdaus oleh al-
Dailami,

Istilah lain bagi mu’jam dengan makna kamus dan bukannya bermaksud penulisan
hadis. Ada juga yang menyebut mu’jam itu sebagai kamus geografi yang menyebut
tentang geografi sesuatu tempat seperti Mu`jam al-Buldan oleh Yaqut al-Hamawi.
Ada juga yang mengumpulkan tentang biografi seseorang tokoh di dalam kitab
mu’jamnya seperti al-Mu`jam fi  Athar Muluk al-`Ajam.
6- Ajza’/ Rasail

Hadis-hadis yang dikumpulkan berhubung dengan sesuatu perkara atau tajuk seperti
Raf` al-Yadaian oleh al-Bukhari. Dalam kitab ini beliau mengemukakan hadis-hadis
tentang mengangkat tangan tanpa membahaskan kedudukan hadis-hadis tersebut
samada mansukh, syaz, atau mujmal dan sebagainya.

Contoh-contoh lain seperti Juz al-Niyyah oleh Ibn Abi al-Dunya, Juz al-Qira’ah Khalf
al-Imam oleh al-Baihaqi[4],  Juz Fadhail Ahl al-Bait oleh Abu al-Husin al-Bazzar, Juz
al-Munziri Fi Man Ghufira Lah Ma Taqaddama Min Zanbih, Juz Asma al-Mudallisin[5]
dan Juz `Amal al-Yaum wa al-Lail.

Tujuan kitab Rasail ini ditulis adalah:

1- Untuk membuktikan sesuatu perkara itu sabit daripada Rasulullah s.a.w dengan
mengumpulkan pelbagai riwayat tanpa mengira kedudukan hadis-hadis tersebut.

2- Supaya lebih mudah untuk membuat kajian terhadap sesuatu perkara.

7- Arbainat

Kitab-kitab hadis yang mengumpulkan hadis sebanyak 40 buah hadis. Usaha ini
dilakukan berpandukan hadis riwayat dari Abu al-Darda’ yang disebut oleh al-
Baihaqi: “Sesiapa yang hafal untuk ummatku 40 hadis berhubung urusan agamanya,
Allah akan bangkitkannya nanti sebagai seorang faqih dan aku (Muhammad) pada
hari kiamat nanti akan menjadi syafaat kepadanya”. Imam Ahmad berkata, hadis ni
masyhur tetapi tidak sabit.
Hadis-hadis dikumpul dalam bentuk ini juga disebabkan ianya termasuk dalam bab
fadhail seperti pendapat al-Nawawi.

Abdullah bin Mubarak adalah orang pertama yang menulis kitab arbainat ini.
Ibn Hajar pula telah menulis 2 kitab Arbain.   Kitab Arba`inat yang paling mashyur
ialah karangan al-Nawawi. Antara syarahnya pula ialah Syarah Ibn Rajab, Syarah
Mulla Ali al-Qari dan lain-lain.

Ada juga ulama yang mengumpul Hadis 40 berkenaan tauhid, mensabitkan sifat-sifat
Allah, hadis hukum, hadis-hadis yang sanadnya semua sahih, mengumpulkan hadis-
hadis yang mempunya lafaz panjang, mengumpul hadis-hadis yang mengambil
hadis-hadis tersebut dari 40 tokoh ulama atau 40 orang sahabat. Ada juga hadis-
hadis dikumpulkan mengikut keturunan yang sama, dan ada juga kumpul hadis yang
sanadnya hanya ‘daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar’ sahaja.

Selain itu ada hadis-hadis dikumpul tentang jihad  dan hadis-hadis yang mengatakan
ketika berdoa tangannya diangkat. Ibn Hajar pula mengumpulkan hadis-hadis yang
diambil dari Sahih Muslim yang mana hadis-hadisnya lebih tinggi sanadnya dari
Bukhari.

8- Afrad dan Gharaaib

Penulisan tentang hadis-hadis yang hanya terdapat pada seorang syaikh tetapi tidak
ada pada syaikh yang lain. Tegasnya hadis-hadis yang mempunyai seorang perawi
sahaja pada setiap generasi sama ada:

Fard nisbi atau fard mutlak (seorang sahaja yang meriwayatkannya dari sahabat).

9- Mustadrak
Iaitu kitab hadis yang mengumpulkan hadis-hadis yang tidak disebutkan oleh
seseorang pengarang sebelumnya secara sengaja atau tidak. Contohnya kitab
Mustadarak al-Hakim setebal 4 jilid di mana hadis-hadis tersebut dikumpul menepati
syarat-syarat yang digunakan oleh Bukhari dan Muslim.

Kitab ini tidak boleh dibaca begitu sahaja, tetapi mesti bersama dengan takhrijnya
oleh al-Zahabi.

Antara contoh kitab-kitab mustadrak yang lain adalah seperti Mustadrak Hafiz
Ahmad al-Maliki.

Di dalam kitab masyikhat ianya dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian ketiga
tersebut adalah tentang Mustadrak. Oleh itu kitab Mustadrak boleh dikatakan kitab
Masyikhat.

Tujuan penyusunan kitab Mustadarak ialah:

Supaya kita tidak menganggap hadis sahih hanyalah apa yang terkandung di dalam
Sahih al-Bukhari dan Muslim sahaja.

10- Mustakhraj

Mengumpulkan hadis-hadis yang sama dalam satu kitab tetapi sanadnya berlainan di
mana sanadnya bertemu dengan syeikh kitab asalnya (gurunya) seperti hadis
tentang niat.
Contoh kitab Mustakhraj ialah Mustakhraj Abu ‘Awanah `Ala Sahih Muslim.

Ada juga yang hanya membawa hadis-hadis tersebut tetapi tidak membawa
sanadnya. Beliau cuma menyebut kitab-kitab yang menyebut tentang perawinya.

Tujuannya adalah: Supaya hadis-hadis tersebut akan lebih meyakinkan tambahan


pula jika lafaznya hampir sama antara satu sama lain.

Contoh lain pula ialah Mustakhraj ala Sahihain:

1) Mustakhraj atas kitab Sahih Muslim oleh Abu Ja`far bin Hamdan, Abu Bakar al-
Jauzaqi, Abi Imran Musa bin Abbas, Abi Said bin Utsman dan sebagainya.

2) Mustkhraj ke atas Bukhari sahaja seperti karangan al-Ismaili, Abu Abdillah dan
lain-lain.

3) Mustakhraj ke atas Bukhari dan Muslim pula seperti Mustakhraj oleh Abi Abdillah,
Abi Muhammad al-Khallan, Abi Bakar al-Siraji, dan sebagainya.

Ada juga Mustakhraj atas al-Tirmizi oleh Abi Ali al-Tusi, Mustakhraj atas Abu Daud,
Kitab al-Tauhid karangan Ibn Khuzaimah. Bagaimanapun mereka tidak beriltizam
tentang kesahihannya.

Ada juga yang mentakrifkan Mustakhraj yang mana sanadnya bertemu dengan
tabi`in tetapi ada iktilaf mengenainya.
Faedah penyusunan kitab Mustakhraj:

1-Ketinggian sanad- ia ditulis untuk menunjukkan sanadnya lebih tinggi dari kitab
asal seperti Muslim. Contoh Abu `Awanah dalam kitabnya Mustakhraj Abu ‘Awanah
yang mengambil sanad hadis tersebut atas lagi daripada guru Muslim.

2-Menunjukkan kekuatan hadis itu. Contohnya jika hadis itu hanya disebutkan di
dalam Sunan Abu Daud sahaja, tetapi tidak diriwayatkan oleh orang lain. Sekiranya
hadis tersebut terdapat dalam Sunan Abu Daud itu pula bertentangan dengan hadis
yang lain, maka ia perlukan penguat. Dengan adanya kitab Mustakhraj, kita dapat
mencari penguat-penguatnya yang lain supaya proses pentarjihan dapat dilakukan
dengan baik. Oleh itu, kitab Mustakhraj penting sebagai penguat apabila riwayatnya
bertentangan dengan riwayat yang lebih kuat.

3-Menerangkan sanad yang tidak jelas. Contohnya pada peringkat permulaan


seseorang perawi itu masih kuat ingatannya tetapi semasa menghampiri akhir
hayatnya ia menjadi seorang yang mukhtalit (nyanyuk). Dengan itu dapat dipastikan
bilakah sesebuah hadis itu diambil samada ketika ingatannya masih kuat atau
selepas menjadi nyanyuk. Contohnya perawi Bukhari dan Muslim, Hisyam bin Urwah
bin Zubair yang nyanyuk selepas berhijrah ke Iraq.

4-Kitab asal riwayat dari mudallis yang dikira daif sekiranya menggunakan lafaz  ‘an.
tetapi dengan adanya Mustakhraj, adanya sanad lain yang mengunakan lafaz yang
menunjukkan dengan jelas yang dia mendengar hadis.

5-Riwayat secara mubham- iaitu perawi yang tidak dijelaskan namanya seperti
‘haddatsana rajulun min ahli bait’. Tidak diketahui siapa ‘rajulun’ itu? Nama perawi
mubham akan diketahui apabila memeriksa kitab Mustakhraj.
6-Mengetahui siapakah orang yang disebut namanya secara muhmal tanpa
kunyahnya-contoh Muhammad. Muhammad yang mana?

7-Isnad asal ada `illah yang sukar untuk diselesaikan tanpa berpandukan kepada
riwayat yang bebas `illah. Contohnya perawi tersebut dituduh sebagai Syiah,
Irja’[6]dan sebagainya.

11-`Ilal

Sesebuah kitab yang menyebut tentang  penyakit pada riwayat trsebut pada
matannya atau sanadnya. Contohnya kitab al`Ilal karangan Ibn al-Jawzi dan
Muhammad Abu Hatim al-Razi yang mengikut susunan bab-bab fiqh.

12-Atraf

Kitab yang mana menyebut sebahagian dari hadis sama ada menyebut
permulaannya sahaja, di tengah-tengahnya, atau diakhir sahaja. Hal ini banyak
dilakukan terutama oleh Bukhari untuk mengeluarkan sesuatu hukum dari sesebuah
hadis.

Ada juga Atraf Sunan Abi Daud, Jami’ al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’i dan sebagainya.

Ibn Hajar al-Asqalani pula ada mengarang kitab yang berjudul Ithaf al-Mahara Bi
Atraf al-`Asyarah yang mengumpulkan 10 buah kitab hadis di dalamnya berserta
sanadnya iaitu:
1-al-Muwatta’
2-Musnad Ahmad
3-Musnad al-Syafi`e
4-Sahih Ibn Khuzaimah
5-Mustadrak al-Hakim
6-Sunan al-Daruqutni
7-Jami’ al-Darimi
8- Muntaqa Ibn al-Jarud
9-Sahih Ibn Hibban
10-Mustakhraj Abi Awanah

13-Tarajim

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sanad-sanad yang tertentu seperti


“Malik daripada Nafi` daripada Ibn Umar.”

14- Ta’aliq

Penulisan yang mengumpulkan hadis-hadis dari sesebuah kitab tanpa menyebutkan


sanad seperti yang disebut oleh Bukhari secara ta’liq.[7]

15- Taghrib Wa Tarhib

Hadis-hadis tentang galakan dan ancaman terhadap sesuatu perkara. Contohnya,


Targhib al-Solat karangan al-Baihaqi, al-Targhib wa al-Rahib oleh Ibn al-Munzir.
Termasuk dalam kategori ini ialah kelebihan amalan khusus seperti Fadhail al-Jihad
Ibn Syaddad al-Musuli dan Fadhail al-A`mal oleh Ibn Zanjuwaih

16-Musalsalat

Hadis yang mengumpulkan isnad yang disebut secara berturut-turut seperti


semuanya dengan lafaz sami’tu, sami’tu hinggalah akhir sanad. Ada juga riwayat
yang mana perawi meriwayatkan hadis-hadis dengan memegang janggut kerana
semasa Nabi s.a.w. meriwayatkannya, baginda memegang janggutnya.

Musalsalat ini termasuk dari sudut Qauli (ucapan) atau Fi’li (perbuatan) Nabi s.a.w.

 
Contohnya seseorang perawi itu akan memberi buah tamar dahulu kepada
seseorang itu sebelum dia meriwayatkannya kepada orang tersebut sepertimana
Nabi s.a.w. meriwayatkan hadis tersebut pada asalnya.

17-Thulathiyyat
 

Hadis yang mempunyai jumlah perawinya hanya 3 orang sahaja  antaranya dan Nabi
s.a.w. (sanadnya pendek). Contohnya seperti thulathiyyat Bukhari, Muslim, dan
sebagainya. Ada juga hadis berbentuk ruba’iyat (empat orang perawi) dan thunaiiyat
(dua orang perawi)

18-al-Amali
Kitab yang ditulis oleh seseorang anak murid daripada syaikh yang mendiktekkan
hadis. Contohnya dia mengatakan kitab ini adalah yang dibaca oleh syaikh dan
dicatat oleh muridnya. Imlak ini berdasarkan kepada tulisan, kitab atau ingatan.

19-Zawaid

Hadis yang dikumpul sebagai tambahan dari kitab asal tetapi syarat-syarat
pengumpulannya sama dengan kitab asal. Contohnya kitab Zawa’id Ibn Hibban Ala
al-Sahihain oleh Ibn al-Mughalta’i, Zawa’id Sunan al-Baihaqi al-Kubra, Zawa’id Imam
Ahmad dan Zawa’id Abi Ya`la. Walaubagaimanapun, kitab Zawaid tidak setaraf
dengan kitab asalnya.

20-al-Mukhtasarat

Penulisan yang berbenutuk saringan dan ringkasan kepada sesebuah kitab.

21-Takhrij

Kitab yang membahaskan hadis-hadis yang hanya disebutkan dalam sesebuah kitab
di mana hadis-hadis tersebut tidak dihukum oleh pengarang asalnya seperti yang
dibuat oleh al-`Iraqi terhadap kitab Ihya al-Ghazzali. Begitu juga dengan takhrij
terhadap kitab Tafsir Kasyaf.Contoh lain ialah takhrij hadis Tirmizi.
Salah satu keistimewaan Jami` al-Tirmizi ialah apabila Imam al-Tirmizi selesai
mengemukakan sesebuah hadis seperti hadis daripada Abu Hurairah, diakhirnya
beliau akan mengatakan seperti “dalam bab ini, ia juga diriwayatkan oleh Ali, Ibn
Abbas, Ibn Mas`ud, al-Zubair dan lain-lain tanpa mengemukakan sanadnya secara
lengkap. Oleh itu ulama mengarang kitab-kitab lain secara khusus untuk
menyebutkan kembali sanad yang tidak disebutkan oleh Imam al-Tirmizi.

22-Syarh al-Atsar

Kitab-kitab yang mengumpulkan atsar-atsar sahabat. Di dalam bab hukum-hakam


pula kitab  yang masyhur ialah Syarhu Ma’ani Athar oleh Imam al-Tahawi. Kitab ini
telah disyarah oleh Amir Jamaah Tabligh, Maulana Muhammad Yusuf yang
mengarang kitab Hayat al-Sahabat. Bagaimanapun, kitab syarah tersebut tidak
dapat disiapkan kerana ajal lebih dahulu menjemputnya. Di antara kitab-kitab yang
lebih lama pula ialah Musannaf Ibn Abi Syaibah yang mengandungi banyak atsar-
atsar sahabat.

Faedah penyusunan kitab syarah atsar ialah:

Memudahkan proses pentarjihan hadis. Contohnya tentang hadis jilatan anjing. Ada
yang berpendapat wajib membasuh sebanyak 7 kali, salah satu dengan tanah. Ada
yang mengatakan tiga kali dan ada yang berpendapat sekali basuh sahaja.

Bagaimana mentarjihkan jika terdapat begitu banyak pandapat?

Antara caranya ialah dengan melihat pada atsar sahabat iaitu bagaimana
kebanyakan sahabat mengamalkannya.
23- Asbab Wurud al-Hadith

Penulisan kitab hadis tentang sebab-sebab hadis disabdakan. Antara ulama yang
menulis kitab seperti ini ialah Taqiyudiin Ibn Daqiq al-‘Iid, Abi Ya`ala, Ibn Hamzah
al-Husaini, dan sebagainya. Amatlah penting bagi kita untuk mengetahui latar
belakang kenapa sesebuah hadis itu datang supaya tidak berlaku salah faham dan
tafsiran.
 

Contohnya:

1- Tentang hadis Nabi s.a.w. melarang makan di atas meja. Sekiranya kita tidak
mengetahui sebab-sebabnya, pastinya kita juga di zaman sekarang ini tidak akan
makan di atas meja. Tetapi baginda melarangnya pada masa itu ialah untuk
menghapuskan budaya orang-orang bangsawan yang sombong kerana mereka
menganggap meletak dan makan makanan di atas lantai itu adalah taraf orang
miskin dan tidak layak bagi mereka.

2- Nabi s.a.w. mengatakan bahawa sesiapa yang melabuhkan kain melebihi buku lali
akan masuk neraka atau Allah s.w.t. tidak memandang kepada mereka di akhirat
nanti.

3-Sesiapa yang berbekam maka batal puasanya. Bagi Imam Ahmad, beliau hanya
berpegang dengan zahir hadis tersebut sahaja iaitu memang batal puasanya, tetapi
Imam al-Syafi`e mengatakan tidak kerana hadis tersebut ada latar belakangnya.
Sebenarnya terbatalnya puasa tersebut merujuk kepada terhapusnya atau batalnya
pahala orang yang berbekam tersebut kerana pada masa itu mereka yang
membekam dan dibekam itu sedang mengumpat.
24- al-Tartib

Oleh kerana ada sesetengah kitab hadis yang ditulis tidak mengikut susunan atau
bab yang tertentu, maka ada ulama lain yang menyusun kembali hadis-hadis
tersebut mengikut bab-bab yang tertentu.

Tujuannya ialah supaya senang untuk membuat rujukan serta mencari hadis yang
terdapat di dalamnya. Contohnya, seperti Musnad Imam Ahmad yang tidak tersusun
mengikut bab-bab tertentu. Ini kerana kaedah penyusunan musnad adalah dibuat
mengikut susunan nama sahabat yang meriwayatkan sesebuah hadis. Antara ulama
yang menyusun kitab tartib ialah bapa kepada Hasan al-Banna, Abdul Rahman al-
Banna yang menyusun Tartib Musnad Imam Ahmad mengikut tartib fiqh. Nama kitab
tersebut ialah al-Fath al-Rabbani Fi Tartib Musnad Ahmad al-Syaibani. Tetapi kitab
tersebut juga tidak siap kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu.

Contoh-contoh lainya seperti Tartib kitab al-Umm, Tartib Musnad Ahmad oleh Ibn
Kathir dan lain-lain.

25- At-Ta’lif `ala Huruf fil mu’jam

Penulisan hadis berdasarkan kepada huruf yang pertama iaitu bermula dengan huruf
alif, ba’ dan seterusnya. Contohnya, al-Jami` al-Saghir karangan al-Suyuti,al-
Maqasid al-Hasanah oleh al-Sakhawi, al-Maudhu`at al-Kubra dan al-Maudhu`at al-
Sughra oleh Mulla Ali al-Qari.
26- Al-Muadu’at

Kumpulan hadis-hadis maudu’ iaitu menghimpunkan hadis-hadis palsu. Antara ulama


yang menyusun hadis-hadis palsu dan mendedahkan kedudukannya termasuklah Ibn
al-Jauzi, al-Suyuti, al-Syaukani, Muhammad bin Tahir al-Fattani dan lain-lain.
Sementera kitab yang menyebutkan perawi-perawi yang melakukan pendustaan dan
perawi yang dhaif ialah al-Kamil oleh Ibn Adi, al-Dhu`afa wa al-Matrukin, Mizan al-
I`tidal oleh al-Zahabi, Lisan al-Mizan oleh Ibn Hajar dan lain-lain lagi.

27- Al-Ma’thurat

Kitab tentang doa-doa yang mathur iaitu doa yang terdapat di dalam hadis-hadis
Rasulullah s.aw.seperti al-Azkar karangan Imam al-Nawawi, Amal al-Yaum wa al-
Lailah oleh al-Munziri dan sebagainya.

28- al-Nasikh wa al-Mansukh

Mengumpulkan hadis yang nasikh dan mansukh. Contoh tentang solat dengan
memakai selipar yang sudah mansukh, Rasulullah s.a.w. sembahyang lepas asar dan
subuh (mansukh), mut’ah (mansukh), angkat tangan lepas bangun dari sujud yang
pertama (sudah mansukh) tetapi tetap dilakukan oleh Syi`ah. Antara ulama yang
menulis tentangnya seperti Qasim bin Asbagh, al-Nuhhas, Abu `Ubaid, Ibn al-Anbari,
al-Hazimi, Ibn al-Jauzi dan Ibn Shahin. Orang pertama yang menulis kitab tentang
hadis-hadis mansukh ialah Muhammad bin Syihab al-Zuhri.
29- Mutasyabih/ Musykil hadis

Penulisan ini mengumpulkan hadis-hadis yang sukar untuk difahami sebagai terdapat
di dalam al-Quran beberapa ayat yang samar-samar. Contohnya, hadis neraka tidak
akan penuh selagi Allah tidak letakkan tapak kaki-Nya sehinggalah neraka berkata,
cukuplah, cukuplah. Antara kitab yang baik iaitu Musykil al-Hadith wa Bayanuhu
hadis karangan Ibn Furak  dan Takwil Muktalif al-Hadith karangan Ibn Qutaibah.

Jawapan bagi kemusykilan di atas ialah perkataan “qadam” dalam hadis tersebut
adalah mutasyabih. “Qadam” itu tak semestinya bermakna tapak kaki akan tetapi ia
bermakna keputusan atau taqdir Allah s.w.t. kepada hamba-hamba-Nya.

 
(Saringan dan adaptasi dari “Muqaddimah Lami` al-Darari Ala Jami` al-Bukhari”
karangan  Maulana Muhammad Zakaria al-Kandahlawi oleh Ust Muhammad Hanief Awang
Yahya dan Hakim-eze)

[1] Nawasib atau nasibi (golongan Syiah memanggil Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan nama nasibi di
dalam kitab-kitab muktabar mereka). Nasibi sebenarnya golongan-golongan yang berlebih-lebihan
terhadap Muawiyah. Imam al-Nasai’e dibunuh kerana menulis kitab berkenaan manaqib ahlul bait kerana
pada masa tersebut terlalu kuat pengaruh Nawasib.  

2.  Kata Imam Ahmad “al-hadisu daif aqwal min ra’yu” Maksudnya hadis daif itu lebih baik dari pendapat
akal. Kenapa hadis itu daif lebih baik dari ra’yu?

Jawab: Ini kerana, hadis daif itu walaupun ianya daif tetapi ianya adalah kata-kata yang berkemungkinan
datangnya dari nabi s.a.w. yang ma’sum. Sebenarnya hadis itu daif disebabkan kecacatan pada sanadnya
atau perawinya. Akan tetapi ra’yu pula berada dalam keterbukaan yang luas untuk berlakunya kesalahan,
kerana akal manusia itu amatlah terbatas.

3.   Ingatlah Imam al-Bukhari sendiri kencing berdarah dalam mengkaji hadis . Imam Muslim pula
meninggal dunia disebabkan tidak cukup makan, mati dalam lautan ilmu. 

4.  Di dalam masalah bacaan makmun di belakang imam,  Abu Hanifah dan pengikut-pengikutnya
berpendapat bacaan imam itu sudah menjadi bacaan mereka.  

5.  Perawi-perawi yang melakukan Tadlis iaitu mereka yang menyembunyi nama-nama guru mereka di
dalam periwayatan hadis.

[6] Irja’, fahaman yang mengatakan keimanan tidak akan terjejas kerana maksiat dilakukan.

[7] Membuang sanad daripada matan dengan mengekalkan perawi teratas atau tidak.

Anda mungkin juga menyukai