Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI AKHIR DAN KESIMPULAN

Kandungan Kursus PDEP 4103 ( Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran ) yang


disampaikan oleh Dr. Zuraidah Binti Abdullah telah membuka minda saya tentang konsep
penyeliaan pengajaran. Sebelum ini, saya hanya beranggapan bahawa pencerapan dan
pemantauan yang dilakukan di sekolah merupakan penyeliaan pengajaran. Proses penyeliaan
hanya setakat pengisian borang standard 4 SKPM yang telah ditetapkan oleh pihak nazir
sekolah. Tanggapan yang salah sebelum ini di kalangan pentadbir dan guru-guru sendiri telah
mengakibatkan perasaan fobia di kalangan guru-guru dan seterusnya tidak menggalakkan
malah membantutkan perkembangan profesionalisme diri guru-guru serta gagal mencapai
matlamat sekolah. Mujur dengan adanya Kursus PDEP 4103, ia benar-benar mencetus minda
saya dalam konteks kepemimpinan pengajaran di sekolah. Konsep penyeliaan pengajaran
yang telah didedahkan kepada saya menerusi kursus ini semakin mengukuhkan keyakinan
terhadap kemampuan saya memastikan proses instruksional yang berkualiti dapat dilakukan.
Kini saya berasa berada di landasan yang betul dan ilmu ini perlu dikongsi bersama
dengan staf-staf lain dan juga rakan-rakan guru besar yang tidak berpeluang untuk
menghadiri kursus ini.
Sebenarnya penyeliaan pengajaran merupakan satu cabang ilmu yang mendalam dan sentiasa
berkembang tumbuh. Kursus ini menyedarkan saya bahawa penyeliaan pengajaran
mempunyai banyak ilmu dan teori di sebaliknya yang mendokong kepada amalan penyeliaan
tersebut dan kuasa yang dimiliki oleh penyelia. Ilmu penyeliaan ini perlu dikuasai sebelum
kita benar-benar layak menjadi seorang penyelia pengajaran yang berkebolehan, berkesan dan
berkaliber bagi diri sendiri atau membantu orang lain untuk memajukan diri. Ini adalah
kerana penyeliaaan amat penting untuk pembangunan guru dan pembangunan sekolah.
Penyeliaan dilihat dari perspektifnya sebagai khidmat bantuan untuk mengembang
tumbuhkan diri dan kerjaya guru. Penyeliaan adalah satu proses ke arah penambahbaikan
pengajaran guru yang dijalankan melalui pemantauan, pemerhatian dan perbincangan
bertujuan memberi bimbingan kepada guru-guru yang diselia. Penyeliaan juga berperanan
sebagai satu sistem untuk menyalurkan nasihat kepada guru untuk meningkatkan kualiti
pengajaran.
Penyeliaan pengajaran yang berkesan memerlukan aplikasi sesuatu pengetahuan, kemahiran
interpersonal dan kemahiran teknikal kepada tugasan bantuan secara langsung (direct

assistance), perkembangan kurikulum (curriculum development), perkembangan staf (staff


development), perkembangan secara kumpulan (group development) dan kajian tindakan
(action research) oleh seseorang penyelia supaya guru berupaya untuk mengajar secara
kolaboratif demi pencapaian matlamat yang dikongsikan bersama iaitu peningkatan
pembelajaran pelajar. Penyeliaan pengajaran harus dikaitkan dengan organisasi sekolah dan
juga model-model pengajaran dan pembelajaran kerana proses penambahbaikan harus belaku
secara berterusan yang tidak ada titik akhir.
Penyeliaan pengajaran merupakan manifestasi kepemimpinan pengajaran di sekolah.
Penyeliaan adalah amalan kepemimpinan. Penyeliaan pengajaran adalah fungsi umum
kepemimpinan kurikulum yang amat penting kepada pengoperasian sekolah secara berkesan.
Menurut Glickman (2001), penyeliaan adalah bantuan secara langsung
Tujuan penyeliaan pengajaran adalah untuk menyokong dan membantu guru-guru
mengekalkan matlamat mereka untuk membangunkan diri sepanjang perkhidmatan mereka
(career long- growth) yang dapat menghasilkan pengajaran yang berkualiti. Pembangunan
seumpama ini bergantung kepada satu system yang terbina atas dasar kepercayaan dan
menyokong segala usaha guru untuk berfungsi dengan lebih efektif dalam kelas. Pemimpin
sekolah yang juga boleh berfungsi sebagai penyelia pengajaran memainkan peranan penting
dalam merealisasikan keadaan ini.
Beberapa prinsip penyeliaan secara umum :
i. Penyeliaan pengajaran adalah satu proses berterusan yang bertujuan untuk membimbing,
menambahbaik dan membangunkan guru.
ii. Sesiapa sahaja boleh jadi penyelia pengajaran asalkan tujuan utamanya adalah bekerjasama
untuk penambahbaikan pengajaran serta pembangunan diri guru yang diselia itu.
iii. Penyeliaan pengajaran juga adalah satu tugas yang berterusan.
iv. Penyeliaan pengajaran bukan sahaja bertujuan untuk menambahbaikkan dan
mengembangkan potensi guru-guru malah ia juga mengembangkan proses penyeliaan itu
sendiri.

v. Penyeliaan pengajaran adalah contextual interaksi dengan guru bergantung kepada


pengalaman

kedua-dua guru dan penyelia. Penyeliaan ialah fenomena yang menyokong

dan mengekalkan usaha, yang membawa kepada pencapaian objektif persendirian ( untuk
menambah baik / peningkatan diri).
vi.Penyeliaan bukan berkaitan dengan kekurangan guruperubahan (penambahbaikan)
bergantung kepada diri guru sendiri dan penyelia menggalakkan, menstimulasikan dan
dalam proses tersebut, kedua-duanya berkembang. Penyelia ialah pendidik dan sumber
rujukan

Penyeliaan pengajaran yang berkesan memerlukan unsur-unsur berikut sebagai prasyarat


yang harus dimiliki oleh penyelia iaitu pengetahuan, kemahiran interpersonal dan kemahiran
teknikal. Unsur-unsur ini diaplikasikan dalam sekolah menerusi lima tugas-tugas penyeliaan
(supervisory tasks) iaitu bantuan langsung, pembangunan staf, pembangunan kurikulum,
pembangunan kumpulan dan kajian tindakan. Penyatuan semua tugas-tugas penyeliaan ini
membantu dalam pencapaian matlamat sekolah (organizational goals) dan keperluan guru
(teacher needs). Matlamatnya adalah penambahbaikan pembelajaran pelajar.
Kepemimpinan pendidikan berlaku dalam keseluruhan komuniti pendidikan dan ia
merupakan perkara asas untuk mengoperasikan sekolah dan bermatlamat untuk menghasilkan
pembelajaran dalam diri pelajar. Kepemimipinan pengajaran berfokus kepada tingkahlaku
guru-guru dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan kesan terhadap
tumbesaran (growth) pelajar-pelajar. Penyeliaan pula adalah fungsi untuk merealisasikan rol
kepemimpinann. Penyeliaan pengajaran merupakan pelekat untuk semua elemen pengajaran
yang digembelengkan dalam tindakan sekolah bagi mencapai matlamat successful school.
Penyeliaan perlu dijadikan sebagai fungsi kepemimpinan dalam proses penambahbaikan
sekolah yang berterusan.
Perkembangan pengertian penyeliaan berlaku seiring dengan perkembangan teori-teori
kepemimpinan. Definisi penyeliaan pengajaran berubah mengikut masa, penekanan dan teori
pengurusan dan ia merupakan respons kepada prioriti-prioriti semasa sekolah.
Penyeliaan pengajaran pada masa ini dilihat dari segi tiga perspektif iaitu perspektifperspekstif pengajaran, organisasi dan manusia. Pendekatan penyeliaan pengajaran ini
berbentuk contextual iaitu pengalaman penyelia dan guru menentukan corak interaksi yang
terbina di antara mereka. Penyeliaan bukan berkaitan dengan kekurangan guru tetapi ianya
berfokus kepada usaha membuat guru itu mahu berkembang tumbuh (develop).
Konsep penyeliaan Glickman dari segi gaya pelaksanaan amat menekankan kepada
tahap kesediaan dan perkembangan staf manakala teori penyeliaan Sergiovanni pula
meninjau pengurusan dari pensejarahannya sebagai pengukuhan kepada konsep
penyeliaan ditekankan. Cadangan Glickman atau Sergiovanni itu masih merujuk kepada
motivasi Maslow, Herzberg de Charms dan Deci kerana asas tindakan penyeliaan berpaksi
kepada perkembangan sumber manusia kerana matlamatnya adalah memupuk tumbesaran

guru ke arah peningkatan kemahiran, kepakaran, dan komitmen. Dalam proses


mengembangkan kemahiran guru melalui penyeliaan, penyelia harus sedar bahawa guru
sebagai pembelajar dewasa harus difahami kerana cara mereka memperoleh ilmu sudah jauh
berbeza daripada zaman remajanya. Jadi dengan mengenali tabiat pembelajar dewasa
berdasarkan teori-teori akan dapat membantu kita menentukan jenis bantuan langsung yang
boleh diberikan kepada guru. Gabungan daripada teori dan amalan penyeliaan dalam situasi
tertentu akan menghasilkan satu proses penyeliaan yang berkesan. Perhubungan antara
penyelia dengan orang yang diselia serta kuasa penyelia haruslah dalam keadaan win-win
jika boleh.
Pendapat Glickman tentang bantuan secara langsung kepada guru dalam proses
penyeliaan pengajaran menjadi titik tolak untuk meneroka dan memantapkan pemahaman
tentang pengertian penyeliaan pengajaran, pemerhatian, perncerapan dan penilaian.
Dalam penyeliaan masa kini, kita harus memikirkan dan mempraktikkannya dalam
konteks pembangunan sumber manusia dan berterusan. Untuk mencapai tahap kembang
tumbuh penyeliaan, kita perlu mengenepikan kepentingan diri dan bergerak ke arah
matlamat organisasi secara kolektif.
Sekolah sebagai satu organisasi sosial menuntut semua anggotanya memberi sumbangan ke
arah kejayaannya. Keakraban antara staf harus diwujudkan di sekolah kerana
sekolah merupakan sebahagian daripada komuniti. Oleh itu, setiap individu perlu berkongsi
share-view yang sama untuk mencapai matlamat sekolah selain mewujudkan perkembangan
dan kepuasan dalam diri sendiri.
Buat masa ini, penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah kurang berkesan.
Berdasarkan pengetahuan yang diperolehi daripada kursus ini, saya akan cuba merangka
strategi untuk meningkatkan keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah. Strategistrategi ini mengambil kira aspek-aspek gaya kepemimipinan dan falsafah penyeliaan yang
digunakan atau diamalkan oleh guru besar. Ini adalah kerana teori kepemimpinan dan
falsafah penyeliaan akan menjadi platform penyeliaan guru besar. Dalam erti kata lain,
pegangan dan falsafah ini akan menentukan sikap guru besar berkaitan dengan penyeliaan.
Peranan guru besar dalam penyeliaan adalah untuk membina motivasi di kalangan guru-guru
dengan harapan guru-guru dapat menjalankan tugas pengajaran dengan lebih baik dan
mencapai prestasi yang tinggi. Penyeliaan yang dilakukan oleh guru besar harus berbentuk
profesional dan bertujuan untuk memajukan diri dan kerjaya guru demi kecemerlangan
organisasi.
Oleh yang demikian, guru besar perlu bersikap positif dan mengamalkan konsep bahawa
guru adalah manusia yang boleh dan mahu berubah dan memahami guru dengan Teori Y
McGregor, iaitu guru adalah manusia rajin, berminat untuk bekerja dan menghasilkan
sesuatu yang berkualiti . Di samping itu juga guru besar perlu menggunakan pelbagai
teori kepemimpinan yang disesuaikan dengan keperluan atau situasi sekolah dalam
penyeliaan seperti teori kepemimpinan instruksional, transformational, moral,
participative, managerial dan contingent untuk mewujudkan suasana penyeliaan yang
berkesan.
Untuk memastikan penyeliaan pengajaran dilakukan dengan berkesan, satu sistem yang jelas
harus dibentuk dalam organisasi sekolah seperti yang dicadangkan oleh Argris dan Schor
(1974), iaitu Organization Learning System. Ini bermaksud sekolah akan berfungsi sebagai
organisasi pembelajaran yang sistematik dan penyeliaan pengajaran dijalankan sebagai satu

sistem pembelajaran sama ada bagi penyelia atau orang yang diselia. Proses penyeliaan
mestilah menghasilkan pembelajaran atau terdapat sesuatu yang boleh di pelajari dari proses
penyeliaan yang dijalankan oleh penyelia atau orang yang diselia. Dapatan hasil daripada
pemerhatian seperti tingkah laku yang diingini (kekuatan) dan yang tidak diingini
(kelemahan) pengajaran guru boleh dijadikan pengajaran kepada penyelia dan yang
diselia. Hasil daripada proses ini, konsep kembang tumbuh diwujudkan secara berterusan di
kalangan guru-guru. Dengan keadaan seperti ini, sudah tentu penyeliaan akan menjadi lebih
berkesan untuk menambah baik dan meningkatkan kualiti pengajaran guru disamping
peningkatkan pembelajaran pelajar.
Selain itu, untuk meningkatkan keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah adalah
dengan penggunaan teori-teori penyeliaan yang lebih positif seperti Human Relationship ,
Human Resource atau pendekatan neosaintifik. Penyeliaan yang berasaskan teori penyeliaan
tradisional harus diketepikan. Dalam erti kata lain, semua proses penyeliaan perlu
mengutamakan konsep kemanusiaan dengan melihat guru (orang yang diselia) sebagai
individu yang perlu difahami, dihormati, diberi penghargaan atau pengiktirafan, dorongan
dan motivasi untuk mereka berkembang tumbuh dari segi profesional dan personal. Dalam
hal ini, penyelia harus menggunakan teori-teori pembelajaran dewasa (andragogi) dengan
menganggap guru sebagai pembelajar dewasa. Pada masa yang sama, penyelia harus
memahami dan mengaplikasikan Teori Dua Faktor Herzberg untuk membantu guru sebagai
adult learner. Dengan wujudnya suasana seperti ini, penyeliaan akan dapat dijalankan secara
lebih berkesan dan hubungan di anatara guru dan guru besar akan menjadi lebih positif dan
mesra.
Amalan komunikasi yang baik dan efektif juga diperlukan untuk menjadikan penyeliaan
pengajaran lebih berkesan di sekolah. Di antara cara penyelia boleh berkomunikasi dengan
efektif dalam sesebuah organisasi adalah dengan mengadakan perbincangan bersemuka dan
melaui media massa dalaman di sekolah. Komunikasi efektif penting kerana ia dapat
mengelakkan berlakunya kekeliruan dan prasangka di kalangan guru-guru atau subordinat
lain. Dalam mewujudkan penyeliaan yang berkesan, guru besar perlu menerangkan dengan
jelas objektif, kepentingan dan dasar-dasar yang berkaitan dengan penyeliaan supaya guru
memahami proses penyeliaan yang dilakukan. Selain itu, komunikasi efektif dan pelbagai
hala diwujudkan supaya guru-guru mempunyai peluang untuk memberikan pendapat atau
pandangan berkaitan dengan proses pelaksanaan penyeliaan pengajaran di sekolah. Keadaan
seperti ini dapat mengelak daripada timbulnya keraguan dan anxiety guru-guru tentang fungsi
penyeliaan yang sebenarnya.
Satu lagi strategi untuk meningkatkan keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah ialah
melalui pembentukan suatu iklim perhubungan yang collegial. Semangat kolegialiti yang
tinggi boleh melahirkan suasana penyeliaan yang lebih berkesan kerana proses penyeliaan
bukan dilakukan pengetua atau pasukan pengurusan sahaja tetapi juga oleh rakan sejawat.
Hasilnya adalah penyeliaan akan lebih bersifat dua hala dan penyeliaan merupakan satu
proses perkongsian fikiran dan kepakaran. Penyeliaan secara kolaboratif juga dapat
direalisasikan di kalangan guru besar, pasukan pengurusan dan guru-guru demi menangani
masalah yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanya iklim tersebut,
kerja berpasukan akan dapat diwujudkan dan ini akan menjadi proses penyeliaan lebih
berkesan.
Penyeliaan yang berkesan juga dapat diwujudkan dengan penyeliaan yang terancang dan
berterusan. Penyeliaan yang terancang (mengikut Sergivanni dan Starrat, 2002, melibatkan

beberapa peringkat penyeliaan iaitu (i) memahami guru; (ii) memotivasi guru; (iii)
Penyeliaan 1- menggunakan pendekatan Human Relation; dan (iv) Penyeliaan 2
menggunakan pendekatan Human Resource. Di samping itu, penyelia perlulah memiliki
pengetahuan serta kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal berkenaan dengan
kepemimpinan secara umum dan penyeliaan secara khusus. Ini akan meningkatkan keyakinan
yang diselia terhadap penyelia berdasarkan kualiti kepemimpinan dan pengetahuan serta
kebolehannya bukan hanya kerana kedudukan formalnya. Kuasa rujukan dan kuasa
kepakaran yang dimiliki penyelia dapat meningkatkan lagi keberkesanan penyeliaan
pengajaran di sekolah.
Penyeliaan yang lebih berkesan harus menggunakan pendekatan penyeliaan yang pelbagai
memandangkan setiap orang guru itu adalah individu yang unik. Penyelia harus sedar bahawa
tidak ada satu pendekatan penyeliaan yang paling sesuai. Berdasarkan andaian bahawa guruguru mempunyai kekuatan dan kelemahan yang berlainan maka penyeliaan bersama
(collaborative supervision), penyeliaan berbeza (differentiated supervision), penyeliaan
kembang tumbuh (developmental supervision) seperti yang diutamakan oleh Glickman, et al.,
dan penyeliaan klinikal (penyeliaan klinikal).
Rumusannya, pelbagai strategi boleh dilakukan untuk meningkatkan keberkesanan
penyeliaan pengajaran di sekolah. Guru besar perlu memahami keadaan organisasi dan gurugurunya dalam menentukan pendekatan penyeliaan pengajaran yang sesuai. Sifat inovatif dan
kreatif guru besar dan pengamalan prinsip-prinsip etika human relations diperlukan dalam
memimpin dan melaksanakan proses penyeliaan yang berkesan di sekolah.
Sebenarnya guru besar di sekolah harus memainkan peranan utama dalam hal ini dan
penyeliaan pengajaran boleh berlaku melalui kepeimpinan transformasional jika mahukan
etos ini berlaku di sekolah. Yang penting para guru besar perlu menguasai teori-teori
kepemimpinan dari dulu sehingga kini terutamanya dari segi model penyeliaan : pengurusan
saintifik, perhubungan human, neo-saintifik, human resource dan beyond human resource.
Penyeliaan pengajaran merupakan satu proses untuk mengurus guru sebagai sumber tenaga
dan angkubah bagi mencapai matlamat sekolah berkesan. Jadi penyelia pengajaran harus
menguasai ilmu tingkah laku manusia untuk membolehkannya mengaplikasikan teori yang
bersesuaian untuk mencapai matlamat pembangunan sumber manusia dan sekolah. Penyelia
boleh menggunakan kuasa yang ada mengikut situasi dan kesediaan guru yang diselia.
Daripada directive control, ke directive informational, kepada collaborative dan
nondirective. Ini kerana proses penyeliaan menuntut penyelia bertindak secara beransuransur untuk menggalakkan perkembangan guru bagi menguasai satu tahap refleksi tinggi dan
berkebolehan dalam menyelesaikan masalah. Senario selama ini di sekolah perlu diubah
untuk membina sekolah berkesan kerana amalan penyeliaan pengajaran merupakan satu
proses kembang tumbuh.

Dengan adanya pengetahuan dan idea-idea yang disalurkan oleh Dr. Zuraidah, saya akan
berkongsi pengalaman dan pengetahuan baru ini dengan guru-guru sekolah saya di sekolah
nanti. Mula-mula, saya akan membuat analisis SWOT untuk meninjau tahap kesediaan dan
komitmen yang ditunjukkan oleh guru-guru sekolah saya termasuk guru novis dan keadaan
semasa bagi menentukan jenis penyeliaan yang sesuai dan tahap campur tangan penyeliaan
yang harus diberikan untuk dikembangtumbuhkan di peringkat awal supaya guru-guru
sekolah saya dapat menerima, menghayati dan seterusnya mengamalkannya. Saya amat
percayai pandangan Sergiovanni yang melihat penyeliaan dari dimensi pengurusan iaitu
traditional scientific management kepada pengurusan human relations, dan beralih kepada
human resources serta normative supervision dapat dijadikan sebagai pegangan untuk
mengembangkan konsep penyeliaan ini di sekolah. Ini adalah kerana guru merupakan sumber
utama di sekolah. Jadi dengan memahami guru sebagai pembelajar dewasa, kita dapat
mengembangkan potensi individu tersebut secara individu sehingga mereka bersedia untuk
membangunkan diri sendiri dan berasa sangat puas hati terhadap apa yang dilakukannya.
Selain itu, saya berharap penguasaan terhadap teori kepemimpinan, teori tingkahlaku dan
teori gelagat organisasi dapat membantu saya mengimplimentasi tindakan saya secara
berperingkat bagi menggelakkan ketegangan yang mungkin berlaku. Ini kerana proses
mengubah atau mengembangkan kemahiran yang dikuasai oleh guru-guru sekolah saya
memerlukan masa dan ruang untuk anjakan berlaku ke tahap yang lebih diingini atau dengan
cemerlang.
Bagi membentuk satu landasan yang kukuh dan mantap untuk menjayakan konsep penyeliaan
ini berkembangtumbuh di sekolah, saya akan menggalakkan guru-guru sekolah saya
membaca bahan-bahan bacaan ilmiah bagi meningkatkan kemahiran dan ilmu pedagogi
mereka. Melalui langkah utama ini, diharapkan pengembangan profesional guru iaitu
menyediakan peluang pembelajaran bermutu dan semasa akan dapat menambahbaikan ilmu
para guru atau menggalakkan mereka sebagai pembelajar sepanjang hayat. Dengan sikap
positif itu, mungkin mereka akan mengubah teknik pengajaran, cuba membuat inovasi atau
cuba jaya dalam pengajaran dan pembelajaran demi meningkatkan prestasi pelajar mahupun
kemahiran diri dalam profesionalisme keguruan sebagai kerjayanya.
Selain itu, saya akan cuba mengkikis pandangan negatif dan perasaan fobia guru terhadap
penyeliaan. Saya akan menjalankan penyeliaan secara sumatif dan bukan formatif. Saya juga
akan membimbing guru-guru penolong kanan saya tentang konsep penyeliaan yang

sepatutnya melalui kursus dalaman secara hand-on berdasarkan kes-kes sebenar yang berlaku
di sekolah. Mereka digalak dan diminta membuat pra-perbincangan dengan guru tentang skop
penyeliaan yang patut berlaku. Mereka hanya perlu buat anekdot tentang apa yang berlaku di
dalam kelas semasa pemerhatian berlaku. Seterusnya mereka membuat analisis dan
interpretasi terhadap pemerhatian dan menentukan pendekatan perbincangan. Semasa sesi
perbincangan pasca pemerhatian dengan guru, penyelia tidak perlu bertindak agresif
sebaliknya menjelaskan apa yang dilihatnya dan cadangan untuk penambahbaikan. Akhirnya
mengulangi langkah-langkah tersebut bagi sesi akan datang. Kesabaran dan bimbingan
barisan pentadbir ini akan menghapuskan perasaan fobia guru tentang penyeliaan pengajaran
yang akan berlaku kemudian.
Secara keseluruhan, saya amat bersyukur kerana dapat menimba ilmu pengetahuan dan ideaidea baru tentang Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran yang bermanfaat daripada Dr
Zuraidah. Saya akan mengaplikasikan segala ilmu ini di sekolah agar mencapai
kecemerlangan organisasi secara berterusan, mudah-mudahan.