Anda di halaman 1dari 12

Pendahuluan

Penyeliaan adalah fungsi pengurusan yang penting ke arah penambahbaikan


pendidikan pada peringkat instruksional di sekolah dan juga di peringkat pentadbiran di
Jabatan Pendidikan.Penyeliaan adalah satu aspek yang mustahak dalam sesuatu aktiviti
perancangan dan pelaksanaan. Dalam konteks sekolah, penyeliaan boleh dijalankan di
beberapa peringkat, misalnya: penyeliaan disiplin murid, tenaga pengajar, penyeliaan
bilik darjah, penyeliaan staf, penyeliaan kurikulum dan lain lain. Penyeliaan dalam
pengajaran

dan

pembelajaran

hendaklah

dibezakan

dari

memeriksa

dan

penilaian.Maksud penyeliaan bukanlah hendak menilai dengan erti kata membuat


"rating"

atau

memberi

markah

dengan

menggunakan

instrumen-instrumen

tertentu.Penyeliaan juga bukan sekadar memeriksa supaya segala aktiviti berjalan atau
tidak.Konsepnya adalah lebih daripada itu.
Tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran adalah ke arah peningkatan
kualiti pengajaran dan pembelajaran. Semasa melaksanakan penyeliaan sudah tentu
instrumen-instrumen tertentu diperlukan untuk memastikan proses pengajaran dan
pengajaran mengikut prosedur.
Definisi penyeliaan
Rahimah Hj. Ahmad mendefinisikan 'penyeliaan' sebagai " segala kegiatan yang
berkaitan dengan usaha unluk memastikan segala tugas dalam satu satu organisasi
berjalan lancar dan menepali objektifnya". Glatthorn (1984), 'supervision' ialah "a
process designed to improve instruction by conforming with the teacher or lesson
planning, observing the lesson, analyzing the observation, elate and giving the teacher
feedback, about the observation". Beliau juga menyatakan bahawa penyeliaan
pengajaran adalah: "a process of facilitating the professional growth of a teacher,
primarily by giving the teacher feedback about classroom instructions and helping the
teachers make use of that feedback in order to make teaching more effective..... Smyth
(1991) menyatakan penyeliaan sebagal "a process of persuing or scanning a text for
errors or deviations from the original text.Penyeliaan telah diberi beberapa fungsi oleh
para pendidik dan antara lain ialah memerhati, mengendali, membimbing, memuji,
menegur, menyelenggara, membaiki, menilai, dan merunding

Tujuan Penyeliaan
Penyeliaan haruslah membawa perubahan positif atau pembangunan diri dan
profesional dan pembaharuan diri pada guru untuk meningkatkan mutu pengajarannya,
dan seterusnya pembelajaran murid murid.Ia tidak seharusnya merupakan satu kerja
untuk

memenuhi

kehendak

pihak

atasan

atau

kehendak/arahan

luar. Aspek

pembangunan diri dan professional meliputi:

sense of purpose (komitmen. motivasi dan hala tuju)


persepsi guru mengenai murid
pengetahuan mengenai kandungan mata pelajaran
penguasaan teknik dan kemahiran mengajar

Dengan erti kata yang luas, penyeliaan bererti segala kegiatan yang dengan usaha
untuk memastikan segala tugas dalam satu satu organisasi berjalan dengan lancar dan
menepati objektifnya. Dalam pengertian yang tradisional ia mengandungi unsur
'kawalan' ke atas staf atau guru. Penyeliaan pengajaran pembelajaran juga bertujuan
mencari pemahaman dan jawapan kepada:
a.
b.
c.
d.

apa sebenarnya berlaku dalam bilik darjah?


apa guru dan murid sebenarnya lakukan?
apa sebenarnya hasil pembelajaran?
apa sepatutnya berlaku dalam situasi bilik darjah apabila diambil kira
matlamat agenda pendidikan dan pengetahuan mengenai cara murid belajar

dan memahami
e. struktur kandungan yang hendak diajar?
f. apa makna, sebenar proses (kejadian) dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran bagi guru dan pelajar?
Proses penyeliaan akan dapat;
a. Membantu guru meningkatkan mutu pelajaran supaya pengajaran bertambah
berkesan dan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.
b. Mempastikan kurikulum rasmi dilaksankan di bilik darjah seperti yang
dikehendaki.
c. Melihat dengan lebih dekat lagi dengan sebenar apa yang berlaku didalam bilik
darjah agar kelemahan kelemahan dapat diperbaiki dan amalan amalan yang
baik dapat dikukuhkan.
d. Memberi motivasi kepada guru apabila pengurusnya mengambil tahu tentang
pengajaranya.
e. Memberi maklumbalas kepada guru tentang status quo pengajarnya.
f. Menilai prestasi/kemahiran mengajar guru.

Bentuk-Bentuk Penyeliaan
Terdapat beberapa bentuk penyeliaaan yang sentiasa diamalkan oleh seseorang pengurus
a.
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.

Penyeliaan umum/Pentadbiran/maintenance
Penyeliaan klinikal
Person-to-person relationship
Teacher pre-conference
Classroom observation of teacher
Analysis and interpretation of what is observed
Teacher post-conference
A critique of the four steps (i- iv)(Morris Cogen, p. 201)
Penyeliaan berbeza (Differentiated)
Penyeliaan rakan sejawat
Penyeliaan informal (secara tidak berstruktur, kerap, ringkas, dan permerhatian

informal)
k. Penyeliaan pandu kendiri
l. Penyeliaan berasaskan inkuiri
Proses Penyeliaan
Penyelian merupakan suatu proses pengurusan. Jika seseorang Guru Besar
memahamiproses tersebut maka beliau perlulah;
a) Merancang dan melaksanakan
(i) Merancang untuk meningkatkan prestasi guru
(ii) Faedah kepada guru dan murid
(iii) Perancangan diikuti pelaksanaan dan tindakan susulan
b) Memimpin dan mengawal
(i) Sebagai penasihat, pembimbing dan penggalak
(ii) Mengawal supaya tidak keluar daripada sasaran
(iii) Mengenakan peraturan tertentu
c) Menganalisa dan menilai
(i) Memisahkan bahagian yang terlibat dalam proses pengajaran
(ii) Berbicang untuk mencapai persetujuan bersama

(iii)

Maklumat

dikumpul

dan

sejauh

mana

ia

menepati

norma-norma

yang

ditetapkan.

Penyeliaan Klinikal
Penyeliaan pengajaran telah wujud sejak lahirnya system pelajaran yang
meluas.Berbagai bentuk penyeliaan telah diamalkan, berasaskan andaian-andaian
tertentu. Penyeliaan klinikal yang diutarakan oleh Garman, memusatkan kepada cara
penyeliaan berasaskan satu rangka rujukan untuk menjalankan penyeliaan dan
pendekatan yang berpusat kepada rawatan sesuatu yang yang perlu diperbaiki
ataupun mempertingkan sesuatu yang sudah baik.
Perkembangan penyeliaan klinikal bermula dalam tahun 1970an, dengan penulisan
dan amalan Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) Mereka mula-mula mengutarakan
idea bahawa pengajaran guru boleh dipertingkatkan dengan bantuan penyeliaan melalui
kegiatan-kegiatan terancang, iaitu dirancang khusus untuk merawat kelemahankelemahan dalam pengajaran guru yang telah dikenalpasti setelah mereka diperhatikan
semasa menjalankan pengajaran mereka.Ianya boleh dikatakan sebagai proses
pembetulan. Fokus penyelian klinikal ialah kepada teknik pengajaran dan tidak secara
langsung kepada pengurusan sekolah. Titik permulaan proses ialah data yang konkrit
yang didapati melalui pemerhatian semasa guru benar-benar menjalankan pengajaran
danbukannya teori tentang apa yang sepatutnya dijalankan.
Dapat disimpulkan bahawa penyeliaan klinikal adalah satu program khusus yang
dirancang dan berkisar di sekitar perbincangan antara Guru Besar dan guru berkenaan
berasaskan kepada pemerhatian yang dijalankan dan maklumbalas disampaikan kepada
guru

mengenai

kekuatan

dan

kelemahan

pengajaran

yang

telah

mereka

dijalankan.Diharapkan jika ianya kekuatan ianya dapat diteruskan dan jika ianya
kelemahan ianya harus segera diperbaiki atau dipertingkatkan. Program penyeliaan
klinikal mengambil rupabentuk satu putaran kegiatan seperti mana yang diperkenalkan
oleh Cogan (1973) dan Goldhammer (1969) dalam kertas kerja Dr. Rahimah Haji Ahmad
(1986) mengatakan ianya terdiri dari lapan langkah.
Langkah 1 Perkenalan.
Langkah ini memulakan hubungan antara penyelia dan guru berkenaan. Pertemuan ini
dirancang untuk mengurangkan keraguan di antara penyelia dan guru, dan menjelaskan

rol serta fungsi hubungan yang diperlukan dengan cara memahami tujuan-tujuan dan erti
penyeliaan klinikal itu.
Langkah 2: Perancangan Pelajaran.
Penyelia bersama guru merancang pelajaran yang akan diperhatikan, iaitu menetapkan
objektif, menyenaraikan langkah-langkah pengajaran serta hasil yang diharapkan, baik
dari segi pembelajaran murid mahupun kemahiran guru. Perancangan ini meliputi juga
strategi pengajaran yang akan dijalankan oleh guru.
Langkah 3. Perancangan Pemerhatian.
Guru dan penyelia merancang strategi pemerhatian yang hendak dijalankan. Ini meliputi
kegiatan-kegiatan yang akan difokuskan, teknik pengajaran dan sebagainya, juga
bagaimana pemerhatian itu akan direkod ataupun bagaimana data akan dikutip.
Langkah 4.Pemerhatian.
Langkah ini amat penting.Penyelia menjalankan pemerhatian terhadap guru yang
menjalankan pengajarannya dengan menggunakan segala yang dipersetujui dalam
langkah 2 dan 3 tadi sebagai kayu pengukur.
Langkah 5.Analisis.
Penyelia dan guru samaada secara bersama atau bersendirian, menganalisa semua
events dalam pengajaran yang terlibat.Tujuan langkah ini ialah menetapkan pola-pola
tingkahlakun guru semasa menjalankan pengajaran serta juga melihat events yang
bermakna dalam pengajaran.
Langkah 6. Perancangan Strategi Perbincangan. Langkah ini biasanya melibatkan
penyelia merancang tarikh perbincangan dan apakah hendak dibincangkan mengenai
pengajaran yang diperhatikan, seperti objektif dan proses perbincangan itu. Langkah ini
akan menetapkan persetujuan mengenai strategi perbincangan dan mempengaruhi
corak hubungan. Langkah ini juga menentukan tahap persefahaman yang dapat
dihasilkan semasa perbincangan nanti.
Langkah 7.Perbincangan dan Maklum balas.
Kebiasaannya penyelia dan guru bersama menganggap diri masing-masing sebagai
peserta menganalisa proses pengajaran-pembelajaran yang telah diperhatikan dalam
Langkah 4. Di sini apa yang berlaku ialah penentuan kelemehan dan kekuatan dan

kedua-dua pihak mendapat maklumbalas dan diharapkan memahami di antara satu


sama lain.
Langkah 8.Penilaian dan Perancangan Semula.
Setelah penyelia dan guru menetapkan apakah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian dan perubahan yang perlu dibuat.Memulakan putaran baru dengan objektif
baru dan pengubahsuaian yang diperlukan.Secara kasar dapat dikatakan putaran
penyeliaan klinikal ini mempunyai tiga fasa yang utama, berfokuskan pemerhatian yang
menjadi bahan perbincangan iaitu fasa yang terpenting, fasa sebelum pemerhatian, fasa
semasa pemerhatian dan fasa selepas pemerhatian.Hubungan Penyeliaan dengan
Penilaian

Guru

Kebanyakan Guru Besar kurang membuat penyeliaan kerana sebab-sebab tertentu.Ada


kalanya kakitangan tidak pernah diselia oleh pihak Guru Besar secara formal (Mohd
Salleh Lebar, 2000). Oleh itu bagi melaksanakan penyeliaan berkesan, Guru Besar
perlulah memikirkan perkara-perkara berikut;
(i) Penyeliaan sepatutnya menguntungkan kepada pelajar
(ii) Penyeliaan adalah sebahagian daripada proses penilaian guru dan perlu diadakan
secara berterusan
(iii) Penilaian guru boleh dilakukan berdasarkan beberapa aspek tetapi bukan
berdasarkan kepada penyeliaan sahaja
(iv) Penyeliaan tidak ada skema penilaian yang formal seperti latihan mengajar tetapi
bergantung kepada kebijaksanaan Guru Besar. Penyeliaan boleh menggunakan
standard dan penilaian yang berkala atau bersistematik
(v) Penilaian yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berdasarkan
Laporan Prestasi Tahunan adalah terlampau umum dan sukar mengukur kebolehan
sebenar
(vi) Dalam sistem pentadbiran pendidikan, penilaian pengajaran tidak dijalankan dengan
bersungguh-sungguh walau pun pada dasarnya ia adalah sebahagian daripada
tanggung jawab Guru Besar
Kepimpinan
Guru Besar menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi
dan misi dengan cara mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi,)
membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara berpasukan, mengenal

pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik dan menggalakkan pembangunan


budaya ilmu dan berfikir di kalangan warga sekolah. Guru Besar harus mengamalkan sistem
komunikasi yang berkesan dengan mewujudkan suasana interaksi yang mesra, memberi
peluang kepada warga sekolah untuk mengemukakan pendapat, meransang percambahan
fikiran di kalangan warga sekolah dan membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan
kolaboratif.Guru Besar memberi motivasi dan dorongan bagi membina dan membangunkan
keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara memberi
sokongan moral dan material, menghargai setiap sumbangan dan kejayaan, membuat
penilaian secara adi, menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga
sekolah dan memberi teguran dan nasihat membina. Guru Besar berupaya membimbing
semua guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan memberi
panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas, melatih dan memimpin, menurunkan
kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa
masing, memantau dan menilai pelaksanaan tugas dan membimbing dan menasihat untuk
meningkatkan keupayaan kepimpinan.
Instrumen Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran
Kebanyakan instrumen penyeliaan dilihat lebih berfokus kepada alat instrumen yang
digunakan semasa penyeliaan seperti borang, skala, item-item, prosedur-prosedur serta
elemen-elemen untuk membuat penyeliaan.Kita terlupa bahawa instrumen penyeliaan juga
melibatkan satu pertalian yang kuat di antara penyelia, orang yang diselia dan, instrumen itu
sendiri. Ketiga-tiga unsur di atas saling bergantungan dan akan mempengaruhi di atas satu
sama lain dalam menentukan kualiti pengajaran. Kelemahan salah satu dari unsur tersebut
akan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran.
a. Penyelia sebagai instrumen penyeliaan
Penyelia dimasukkan sebagai salah satu daripada instrumen penyeliaan kerana setiap
proses penyeliaan, seorang penyelia hendaklah mengetahui prinsip-prinsip penyeliaan
secara mendalam. Ini bertujuan untuk memastikan penyeliaan yang di lakukan mengikuti
prinsip-prinsip penyeliaan yang sebenar serta garis panduan yang telah ditetapkan.Apa
yang dimaksudkan penyelia di sini, tentulah orang yang mempunyai kuasa untuk menyelia.
Pada peringkat sekolah tentulah Guru Besar yang memainkan peranan utama dalam
melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru. Kementerian
Pendidikan, menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3 Tahun 1987 dan Suratnya bil.
KP(BS)8591/Jld.11 (77) yang bertarikh 11 November 1987 telah menekankan supaya Guru

Besar melaksanakan penyeliaan di dalam bilik darjah secara rapi dan bersistem untuk
memastikan kejayaan pelaksanaan kurikulum di sekolah.
Tanggungjawab utama Guru Besar adalah untuk memastikan kejayaan pelaksanaan
kurikulum di sekolah. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses penyeliaan dan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh Guru Besar adalah untuk memastikan bahawa
guru benar-benar dapat menjalankan tugas pengajaran secara lebih berkesan. Suatu
bentuk penyeliaan yang lebih bersifat bimbingan harus sentiasa dilakukan. Penyelia
yang baik akan berperanan sebagai kaunselor/enabler, fasilitator, pengurus, pemerhati,
pengajar/jurulatih, penilai dan pemberi maklum balas. Guru Besar seharusnya tahu
bahawa beliau juga perlu merancang, memerhati, merekod/mencatat, menganalisis,
berunding, dan menjalankan aktiviti susulan.
Guru perlulah cekap dalam bidang yang diajar. Semasa pengajaran beliau
seharusnya mempelbagaikan kaedah pengajaran agar dapat menarik perhatian pelajar,
melibatkan pelajar dalam pengajarannya serta isi pelajaran yang akan diajar hendaklah
tersusun. Seseorang guru yang diselia seharusnya memahami apa yang terkandung
dalam instrumen penyeliaan. Mungkin ini bukan merupakan tugasnya untuk mengetahui
instrumen penyeliaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya guru tersebut dapat
mengetahui item-item yang terdapat di dalam borang. Beliau juga boleh bersedia terlebih
dahulu dan meningkatkan aspek-aspek yang difikirkan lemah.Guru yang diselia
seharusnya menguasai kemahiran-kemahiran yang terdapat di dalam kurikulum sesuatu
matapelajaran. Guru juga seharusnya sedar bahawa proses penyeliaan memerlukannya
sentiasa peka terhadap perkembangan dan perubahan. Guru tersebut harus tahu
bahawa beliau juga adalah sebahagian dari instrumen penyeliaan yang penting. Oleh
sebab itu perbincangan dan kerjasama di antara guru dengan penyelia perlu
ditingkatkan agar proses penyeliaan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
c. Instrumen atau alat
Terdapat dua panduan bagi instrumen penyeliaan pengajaran dan pembelajaran yang
boleh diguna pakai iaitu panduan praktikum dari Bahagian Pendidikan Guru (2002) dan
Buku panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) , Pusat Perkembangan
Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Instrumen yang disediakan oleh PPK adalah
bertujuan untuk menilai sekolah mengikut standad yang ditetapkan.Instrumen ini boleh di
anggap instrumen yang paling tepat. Dalam kes ini kita akan memberikan tumpuan
kepada SKPM. PPK telah menggariskan 13 elemen instrumen dalam penyeliaan
pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang disediakan ini boleh menjadi panduan

yang paling berkesan kepada Guru Besar untuk menjalankan proses penyeliaan.
Panduan ini mudah dan lengkap kerana ia merangkumi semua aspek serta mempunyai
item-item yang terperinci. Elemen tersebut ialah :
1. Rancangan Pelajaran Tahunan; Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan
berdasarkan sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini dan merangkumi
sepanjang tahun persekolahan semasa
2. Rancangan Pelajaran Harian; Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian
dengan mengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid. Guru menyediakan
Rancangan Pelajaran Harian yang mengandungi sekurang-kurangnya objektif atau hasil
pembelajaran (dinyatakan dalam bentuk perlakuan, boleh diukur serta merangkumi
pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai), aktiviti (cara bagaimana hendak
mencapai objektif, bersesuaian dengan keupayaan murid dan peruntukan masa),
penilaian kendiri secara bertulis (terhadap pencapaian objektif pengajaran dan
pembelajaran untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid serta merancang
dan

melakukan

penambahbaikan)

3. Set Induksi; Guru melaksanakan set induksi yang menarik perhatian dan merangsang
minat murid dan menjurus ke arah kesediaan minda murid (seperti dikaitkan dengan
pelajaran lepas, isu semasa dan persekitaran)
4. Penyampaian/Perkembangan Pelajaran; Guru menyampaikan pengajaran dengan
mengamalkan pendekatan berasaskan prinsip pengajaran asas (daripada mudah
kepada kompleks,daripada konkrit kepada abstrak), menghubungkaitkan pengajaran
dengan kehidupan harian murid, menggunakan bahasa (laras dan istilah) yang tepat,
menjalankan

aktiviti

yang

memperlihatkan

pemeringkatan

dan

perkembangan

pengajaran, menggunakan masa dengan optimum bersesuaian serta bahan pengajaran


dan pembelajaran yang relevan dan sesuai dan berkesan, menggunakan pendekatan
dan kaedah berpusatkan murid, melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid,
melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdasan (verbal-linguistik,
muzik, logik-matematik, interpersonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestetik, naturalis),
aktiviti yang melibatkan pelbagai deria, menggalakkan murid memperoleh pengetahuan
dan kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru, menerapkan
kemahiran berfikir, melaksanakan pendekatan integrasi merentas kurikulum (bahasa,
alam sekitar, sains dan teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan,
kekeluargaan), fleksibel mengikut situasi dan penilaian berterusan dalam pengajaran
dan pembelajaran (lisan/penulisan/pemerhatian).

5. Teknik Penyoalan Guru; Guru menyoal murid dengan mengemukakan soalan


mengikut pelbagai aras kognitif (contohnya berdasarkan Taksonomi Bloom) iaitu
menyusun aras soalan dari mudah ke sukar, mengemukakan soalan bertumpu dan
bercapah, mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami,
menyebarkan soalan ke seluruh kelas, memberi masa untuk murid berfikir, mencungkil
jawapan daripada murid, mengalih arah soalan kepada murid-murid lain dan memberi
respons yang sesuai terhadap jawapan murid
6. Penglibatan Murid; Murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan membawa
peralatan atau bahan yang diperlukan (jika berkenaan), membuat persediaan awal,
membuat catatan daripada pengajaran guru (jika berkenaan), mengemukakan soalan
atau pendapat secara spontan, membuat rujukan spontan (jika berkenaan), menjalankan
aktiviti yang dirancang oleh guru, berinteraksi secara aktif dengan guru, murid lain, dan
bahan, memberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan dan menunjukkan
kemahiran melaksanakan gerak kerja kumpulan (jika berkenaan).
7. Peneguhan; Guru memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid dengan
memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan kepada perlakuan yang baik,
mempelbagaikan perkataan, ungkapan atau isyarat peneguhan bersesuaian dengan
murid dan memberi teguran yang bersesuaian terhadap perlakuan negatif murid
8. Latihan dan Tugasan; Guru memberikan latihan atau tugasan (termasuk projek, kerja
rumah)

kepada

mempelbagaikan

murid

dengan

jenisnya,

mengikut

tugasan

keupayaan

berkait dengan

dan

kebolehan

tajuk yang

murid,

dipelajari

dan

menekankan prosedur dan arahan dalam membuat tugasan


9. Pemeriksaan Latihan dan Tugasan Murid; Guru memeriksa latihan dan tugasan
dengan menunjukkan kesilapan murid, memeriksa dalam tempoh dan kekerapan yang
munasabah, memberi ulasan yang membina, memberi penghargaan kepada hasil kerja
yang baik dan memastikan murid membuat pembetulan
10. Penutupan; Guru mengakhiri pengajaran dengan membuat penutupan kognitif
(rumusan dijalankan sama ada oleh guru/murid atau membuat penilaian secara
lisan/tulisan) dan membuat penutupan sosial (kenyataan yang mententeramkan emosi
murid dan persediaan untuk pelajaran akan datang)
11. Hasil Kerja Murid; Murid melaksanakan latihan atau tugasan dengan lengkap, kemas
dan bersih, menepati masa, menepati format dan prosedur latihan dan tugasan,
membuat latihan dengan betul dan membuat pembetulan bagi latihan yang salah

12. Pengurusan Kelas; Guru menguruskan kelas dengan memastikan wujud suasana
yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran (contohnya bilik darjah selamat,
bersih, ceria, kemas dan susunan perabot sesuai dengan aktiviti), memastikan
kehadiran murid untuk belajar, memastikan kesediaan murid untuk belajar, mewujud dan
memanfaatkan sudut mata pelajaran dan memastikan peraturan kelas dipatuhi
13. Perwatakan Guru; Guru menyumbang kepada suasana pembelajaran yang kondusif
dengan berpakaian sesuai, kemas dan bersih mematuhi arahan dan surat pekeliling,
bersifat mesra, mudah didekati dan sedia membantu, mengenali semua murid dan
prihatin terhadap keperluan mereka, berinteraksi secara sopan, menggunakan nada
suara yang sesuai, mewujudkan suasana riang yang merangsang pembelajaran dan
menepati

masa.

Rumusan
Sepanjang pembelajaran kursus ini, saya telah didedahkan dengan proses penyeliaan
yang terancang dan menggunakan instrumen penyeliaan yang ditetapkan seperti
penyeliaan kembang tumbuh yang dicadangkan oleh pensyarah akan melengkapkan
urusan kurikulum. Guru Besar tidak boleh lari dari urusan penyeliaan. Semasa proses
penyeliaan dijalankan terhadap guru, instrumen-instrumen yang digunakan akan
membantu guru besar untuk menilai kembali sejauh manakah proses pengajaran
pembelajaran berjaya. Kejayaan membuat penyeliaan juga akan menggambarkan tahap
pencapaian akademik sekolah. Apa yang dinyatakan di atas ialah dari aspek instrumen
itu sendiri. Kita tidak boleh menafikan bahawa aspek penyelia dan orang yang diselia
juga merupakan satu instrumen yang penting. Seorang penyelia mesti tahu apa yang
hendak dinilai, apakah item-item yang perlu digunakan semasa dinilai, apakah matlamat
atau

objektif

Misalnya

proses

pemerhatian

dan

yang
pencerapan
poskonferen

hendak
kembang
banyak

dicapai
tumbuh

yang

membantu

semasa

menilai.

melibatkan

prakonferen,

guru-guru

mempertingkatkan

kemahiran profesional keguruan. Mereka percaya guru-guru dapat menerima teguran


dan lebih bersifat keterbukaan seperti mana yang dibincangkan oleh Covey (1991)
dalam penulisan yang bertajuk Principle Centered Leadership..Penyeliaan atau
pencerapan dalam konteks pendidikan bertujuan untuk membangunkan perkembangan
psikologi manusia ke arah meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Akhirkata, terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan oleh puan sepanjang
sesi kuliah. Saya amat yakin dan akan berusaha mempraktikkan segala ilmu penyeliaan

yang dipelajari apabila menguruskan penyeliaan guru - guru di sekolah kelak.


InsyaAllah.