Anda di halaman 1dari 3

960507-13-5368

4.0 METODOLOGI KAJIAN


4.1 PENDAHULUAN
Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif. Menurut L.
R. Gay (1996) (dalam Educational Research, 2000), metodologi merupakan kaedah dan
teknik mereka-bentuk, mengumpul dan menganalis data supaya dapat menghasilkan bukti
yang boleh menyokong sesuatu kajian (merumuskan apa yang dikaji). Metodologi
menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik
tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami dengan lebih
luas (terperinci) lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang
proses kajian.
4.2 REKA BENTUK KAJIAN
Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan merupakan satu rangka rujuk
mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan dan analisis data. Kajian
ini adalah untuk mengenal pasti amalan selepas melahirkan anak dan faktor-faktor
amalan selepas melahirkan anak dalam kalangan masyarakat Melayu di Kampung Sinar
Budi Baru, Batu Kawa, Kuching.
4.3 INSTRUMENT KAJIAN
Instrument adalah proses menyediakan alat mengumpul data menerusi konsep
yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan dan keterangan latar belakang. Dalam
kajian ini, instrument yang digunakan untuk mendapatkan data adalah dengan
menggunakan kaedah temu bual, dan borang soal selidik.
Kaedah

Instrument kajian

Kuatitatif

Borang soal selidik

Kualitatif

Borang temu bual

960507-13-5368
4.4 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN
Responden kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk di Kampung Sinar Budi
Baru, Batu Kawa, Kuching. 30 orang wanita penduduk di Kampung Sinar Budi Baru,
Batu Kawa, Kuching, telah dipilih sebagai responden. Responden telah mengisi borang
soal selidik dengan lengkap pada hari kajian dijalankan. Bagi teknik persampelan yang
digunakan dalam kajian ini pula ialah menggunakan teknik persampelan bertujuan.
Sampel kajian terdiri daripada 30 orang penduduk dan 30 set borang soal selidik akan
diberikan kepada mereka secara persampelan bertujuan bagi mengumpul maklumat dari
sekumpulan sampel khusus dan spesifik serta bertepatan dengan objektif kajian. Dalam
kualitatif pula, 2 orang informan akan dipilih untuk ditemu bual.
4.5 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT/ DATA DARIPADA RESPONDEN
Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat bagi mendapatkan dan
mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian. Borang telah
diedarkan secara tidak rawak kepada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik
terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A
adalah mengenai maklumat diri responden. Pada Bahagian B pula, soalan mengenai
amalan yang diamalkan oleh si ibu selepas melahirkan anak manakala Bahagian C adalah
soalan mengenai faktor amalan yang diamalkan selepas melahirkan anak dalam
masyarakat Melayu diamalkan. Kajian ini menggunakan skala permarkahan likert lima
mata yang menggunakan lima aras, iaitu 1 = sangat setuju, 2 = setuju, 3 = kurang setuju,
4 = tidak setuju dan 5 = sangat tidak setuju.
Jadual 4.1 : Skala likert 5 aras digunakan
Sangat Setuju

Setuju

Kurang Setuju

Tidak Setuju

Sangat Tidak Setuju

960507-13-5368
Selain itu, kaedah temu bual digunakan. Pengkaji akan menemu bual 2 orang
informan yang tinggal di Kampung Sinar Budi Baru, Batu Kawa, Kuching. Tujuan utama
temu bual ini adalah untuk mengetahui amalan yang diamalkan selepas melahirkan anak
dan faktor amalan tersebut diamalkan selepas melahirkan anak. Di samping itu, pengkaji
akan meminta pendapat responden mengenai temu bual.
4.6 MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA
Kaedah statistik deskriptif digunakan dalam penganalisisan data yang berbentuk
skala likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, skala likert dikategorikan seperti
yang ditunjuk dalam Jadual 4.2
Jadual 4.2 Pengekelasan Skala Likert
Kategori Tidak Setuju

Kategori Setuju

Sangat tidak

Tidak

Kurang

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

Sangat
Setuju

Selain itu, dalam aspek penganalisis data, pengiraan manual akan digunakan.
Oleh sebab itu, kekerapan, peratus dan min akan dijadikan data untuk dianalisis. Data
yang dikumpulkan akan disembahkan dalam bentuk grafik iaitu jadual, graf bar dan carta
pai.
Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan
kesahan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara kajian yang
ketat dengan menepati prosedur kutipan data dan instrument yang telah dikenal pasti.