Anda di halaman 1dari 2

https://www.facebook.

com/normalabiz

CARA BELAJAR COPYWRITING DENGAN


LEBIH BERKESAN
1. Tidak cukup hanya belajar dan faham. Teori dan realiti tidak sama.
2. Tidak cukup hanya sekadar membaca banyak buku copywriting dan menulis ayatayat yang dikatakan terbaik di kalangan terbaik.
3. Jangan tanya sesiapa Dah ok ke ayat jualan aku ni? Dah boleh convert ke? Tiada
sesiapa mampu menjawab soalan ini walaupun para pakar.
4. Menggunakan ayat jualan / iklan hanya satu pusingan sahaja adalah bukan cara
tepat untuk mempelajari dan mengetahui kekuatannya. Untuk mendapatkan satu ayat
jualan yang berkuasa tinggi, ia memerlukan satu tempoh dan kesabaran.

5. Cara belajar yang terbaik adalah kita belajar apa saja teori dan kemudian tulis ayat
jualan. Kemudian uji ia secara live. Jika FB Ads, buat FB Ads untuk satu tempoh
tertentu dan lihat sejauh mana keberkesanannya. Kalau website jualan, biar prospek
yang masuk sekurang-kurangnya 1000 orang. Lihat hasilnya. Jika hasilnya tidak bagus,
ubah apa yang perlu.

https://www.facebook.com/normalabiz

6. Lakukan proses uji dan ubah sehingga hasil yang memuaskan diperolehi. Sampai
satu peringkat, barulah mungkin wujudnya istilah duduk diam dapat duit. Website
jualan akan lakukan kerja yang terbaik untuk kita dalam menghasilkan jualan.
7. Tetapi usaha sebegini sudah pasti hanya berpihak kepada mereka yang mampu
bersabar sahaja.
8. Jangan bergantung kepada copywriting semata-mata kerana jualan yang terhasil
bergantung kepada banyak faktor (pemboleh ubah). Jadi perlu pastikan ujian terhadap
ayat jualan yang dihasilkan itu dilaksanakan dengan waktu dan perancangan yang
terbaik.
9. Trik-trik psikologi dan sebagainya adalah sebagai booster untuk menggandakan
jualan, tetapi dalam menghasilkan satu mesin jualan online, ia adalah satu proses
berpanjangan.
10. Apabila kita telah melalui proses di atas terutama uji dan ubah sehingga mendapat
hasil yang optimum, itulah cara kita belajar untuk lebih mahir dan bukan sekadar tahu.

CONTOH
Tulis ayat yang pelanggan suka baca.
Apabila kita tulis ayat yang pelanggan suka baca, mereka akan berada dalam mindset positif
terhadap produk atau servis yang kita jual.
Antara ayat yang pelanggan suka baca adalah,
"Cara cepat"
Sebagai contoh:
1) Cara cepat (hilangkan jerawat di muka).
2) Cara cepat (buat bisnes dan untung bersih RM1,000 bulan pertama).
3) Cara cepat (belajar copywriting).
Psikologi mindset disebalik ayat "Cara cepat" ini terletak pada tekanan masa.
Manusia suka perkara-perkara positif yang boleh diperoleh dengan cepat.
Perkara positif bermaksud perbuatan yang boleh selesaikan masalah mereka.