Anda di halaman 1dari 1

RINGKASAN KANDUNGAN KITAB TOK KENALI..... RINGKASAN KITAB TOK KENALI..

Kasyaf Al
- Haq. Kitab ini adalah peninggalan Arwah Tok Kenali dan peninggalan Arwah Tok S
elehong Kelantan yang dipelajari dari Syeikh Daud Al-Fatani yang ditinggalkan pu
la kepada satu-satunya murid beliau iaitu Tuan Guru Haji Mohd Yusof Cik Wook Ban
ggol Chica , Pasir Mas, Kelantan. Kemudian diturunkan kepada anakndanya Haji Sha
ari Haji Mohd Yusof. Kitab Tok Kenali ini , mengajak kita menyeberangi semapadan
lautan hairan dan melewati batasan akal. Membicara rahsia ilmu yang tersembunyi
disebalik huruf dan ilmu yang terselindung disebalik penghujung rasa. Menyingka
p tabir Rahsia Allah yang tenggelam dilautan ghaib. Kitab Makrifat adalah pengem
baraan Ilmu Kalam, menuju binasa, fana , zuk dan pengembaraan kalam menuju ILMU RA
SA. Ilmu Rasa adalah ilmu penamat segala pencarian. Ilmu Rasa adalah ilmu penyul
uh kalbu, yang membawa Makrifat kepada Allah SWT. Makrifat adalah penyuluh ilmu
didalam terang, seumpama mata mencari kening, api mencari cahaya, masin mencari
garam dan ilmu pencarian barang yang tidak hilang. Sungguhpun tidak hilang, dike
jar semakin jauh, dipanggil semakin sayup, digali semakin dalam, dilihat semakin
ghaib , yang akhirnya lemah akal dari berkata-kata. Peninggalan Tok Kenali ini,
adalah ilmu yang mudah difaham oleh semua. Ilmu Makrifat Tok Kenali yang tidak
perlu kepada guru, segala kandungan jawapannya telah jelas dan putus dengan mukt
amad. Disalin dari catatan dibelakang kulit buku Ilmu Makrifat Tok Kenali Kelant
an. Selamat membaca & selamat mencari Ilmu. Fakirabdillah. Copy and WIN : http:/
/ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ