Anda di halaman 1dari 17

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

1.0.

Pendahuluan

Menurut Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), Hargreaves (2004), Aspin et al. (2001), Gelpi
(1995), pembelajaran sepanjang hayat (PSH) boleh di definisikan sebagai pencarian ilmu
pengetahuan untuk peribadi atau professional yang dilakukan sepanjang masa, secara
sukarela dan atas motivasi kendiri. Sehubungan dengan itu ia juga merupakan
pembangunan potensi manusia melalui proses pembelajaran berterusan yang memotivasi
dan mengupayakan individu menguasai ilmu pengetahuan, menghayati nilai murni yang
diperlukan sepangjang hayat dan meluaskan pengalaman hidup supaya individu mengambil
tanggungjawab dalam pelbagai peranan dan keadaan dengan yakin dan kreatif bagi
menghadapi segala cabaran hidup. Menurut Zulkefli (2005) pula, beliau mentakrifkan PSH
sebagai proses sepanjang hayat yang terdiri daripada latihan, pembangunan diri dan
pembelajaran.

Pembelajaran

sepanjang

hayat

(PSH)

merupakan

satu

proses

pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program pemerolehan pengetahuan,


kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan
pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan
telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran
mereka. Justeru mereka dituntut oleh majikan dalam industri bagi meningkatkan produktiviti
yang sejajar dengan pembangunan sosioekonomi negara. Pembelajaran sepanjang hayat
(PSH) membolehkan semua orang mendapatkan pengetahuan yang sepatutnya untuk
membolehkan mereka mengambil bahagian secara cergas dalam memperolehi ilmu baru.
Kini, kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran baru merupakan
kunci utama untuk meningkatkan produktiviti dalam arus globalisasi. Pembelajaran
sepanjang hayat menekankan elemen-elemen tersendiri bagi memperkuatkan lagi tahap
capaiannya. Antara elemen tersebut ialah budaya membaca dan menyelidik, amalan reflektif,
kolaborasi, komuniti pembelajaran profesional (PLC), akses maklumat pelbagai sumber dan
sebagainya.

2.0.

Konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH)

Menurut laporan Paul Lengrand iaitu pegawai yang bertanggungjawab ke atas Biro
Pendidikan Dewasa (Adult Education Bureau), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan
Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), menyatakan bahawa
pendidikan tidak sepatutnya terhenti pada usia kanak-kanak atau remaja sahaja malah ia
1

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

berterusan sepanjang hayatnya. Di negara Jepun khususnya yang terkenal dengan


masyarakatnya yang workaholic, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang
hayat ini mencetuskan satu fenomena yang dikenali sebagai "employability fever" di mana
ahli masyarakatnya bersikap tekad untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi
menjamin mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang mereka minati.
Seterusnya laporan yang dikeluarkan oleh UNESCO yang bertajuk "Learning To
Be" menerangkan bahawa pencapaian kepada pendidikan tidak sepatutnya dihadkan
kepada golongan elit atau untuk mereka yang berada dalam lingkungan umur yang tertentu
sahaja sebaliknya perlu diamalkan setiap ahli anggota masyarakat dan kehidupan mereka.
PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang
dalam professionnya, membaiki sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan
disamping meliputi pelbagai pendekatan untuk belajar. Ini termasuklah seperti amalan
membaca, penyertaan kursus jangka pendek serta penyertaan ceramah. Guru sebagaimana
yang ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang
baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira
peringkat umur walau terpaksa melalui pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990, hlm. 67). Menurut Kamus
Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih
mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah
seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh bermaksud orang
yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan pula sesuatu yang
mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti
sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang
mempunyai perkaitan dengan guru.
Guru merupakan pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis
dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu
sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas
mereka.

Justeru,

guru

harus

meningkatkan

profesionalisme

diri

masing-masing.

Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan
tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ini merupakan suatu proses di mana guru
menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

perubahan terhadap tujuan pengajaran. Mereka perlu menguasai dan memperkembangkan


secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta pelbagai kecerdasan yang diperlukan dalam
pengajaran (Day,1999). Salah satu dimensi profesionalisme ialah kerelaan untuk
melanjutkan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan menghalusi kesenian mereka.
Oleh yang demikian, seorang guru yang cemerlang harus meneruskan
pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai
perubahan. Istilah-istilah baru, kaedah-kaedah pembelajaran yang terkini, teknik-teknik
pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh
perubahan yang signifikan dalam pendidikan. Maka tidak hairanlah pada masa sekarang
ramai anggota masyarakat berkejar mencari ilmu baru disebabkan arus pemodenan yang
kian mencabar ini.

3.0.

Definisi Pembelajaran Secara Reflektif

Pembelajaran secara reflektif merupakan satu proses pengubahsuaian dan integrasi antara
pengalaman dan pemahaman terdahulu atau yang sedia ada. Ia juga memerlukan
seseorang memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum melakukan refleksi.
Pembelajaran ini juga lebih berpusatkan pelajar iaitu pelajar akan membina pengetahuan
yang bermakna secara aktif melalui diri sendiri berdasarkan pengalaman yang sedia ada.
Mengaitkan apa yang terjadi di sekeliling dengan apa yang dipelajarinya membantu pelajar
melalui pembelajaran secara reflektif , disamping itu pembelajaran sebegini menekankan
kepada penerokaan dan penemuan kendiri melalui aktiviti penyelesaian masalah.
Antara persoalan yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaran secara relektif ialah
apa yang saya perolehi daripada pembelajaran ini?. Proses pembelajaran ini sentiasa
dikaitkan dengan perbuatan iaitu melalui teori kepada praktikal atau aplikasi. Pembelajaran
secara reflektif atau reflective learning memberikan kesempatan kepada pelajar untuk
melakukan analisis terhadap pengalaman yang dialami dan mengadaptasikannya.
Pembelajaran reflektif juga mendorong dan mendidik pelajar untuk berfikir secara kreatif,
mempersoalkankan sikap dan mendorong kemandirian pembelajaran. Kajian-kajian
berkaitan dengan pendidikan perguruan bersependapat amalan reflektif berkesan dalam
membantu guru permulaan menstruktur pemikiran mereka kearah penguasaan isi
kandungan pedagogi dan pengetahuan am pedagogi.
3

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Pembelajaran reflektif juga melihat kepada sebuah proses iaitu produk daripada cara berfikir
dan berfikir adalah produk daripada sebuah proses. Jadi melalui pembelajaran ini, pelajar
dapat mencipta sesuatu daripada pelbagai konsep, peristiwa atau interaksi dalam satu
tempoh masa. Disamping itu juga, penekanan terhadap kecerdasan emosi amat penting
dalam mencari ilmu khasnya terhadap pencapaian akademik. Umumnya pencapaian
akademik yang cemerlang sering dikaikan dengan kecerdasan. Dalam pembelajaran secara
reflektif kecerdasan merupakan salah satu item untuk seseorang mendapatkan ilmu
pengetahuan.

Seperti

kecerdasan

interpersonal

yang

mana

kebolehan

seseorang

memahami diri sendiri dari segi kekuatan,kelemahan,hasrat dan keinginan membandingkan


diri sendiri dengan orang lain. Ini sejajar dengan pembelajaran reflektif yang menuntut
sesiapa sahaja mencari ilmu perlu mempunyai kecerdasan darisegi emosi mahupun rohani.
4.0.

Pengamal Reflektif
Menurut Schon (1987), Sparks-Langer (1992) dan Zeichner & Liston (1996) guru
mampu melibatkan diri dalam proses inkuiri terhadap amalan diri dari segi sosial,
emosi dan akademik. Sistem pendidikan kini memberi penekanan kepada
penghasilan guru yang reflektif. Refleksi membolehkan pengamalnya menilai,
memahami dan belajar daripada pengalaman. Setiap guru di sekolah boleh dikatakan
membuat refleksi dalam aktiviti pengajarannya. Contohnya refleksi ketidakhadiran
murid, pencapaian murid terhadap ujian atau kesesuaian kandungan terhadap
sesuatu matapelajaran dengan minat murid. Guru yang mengamal reflektif sentiasa
mempersoalkan amalan dirinya dan tidak hanya bertindak atas tabiat atau arahan
semata-mata.
Teori dan prinsip P&P menjadi tunggak asas bagi guru yang reflektif dalam bertindak
dan merancang dalam profesion mereka. Dalam mempertingkatkan kemahirankemahiran dalam profesion keguruan, mereka akan mempersoalkan persoalan yang
berkaitan dengan perkara-perkara yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas
mengajar.

Menurut Schon lagi, apabila peristiwa atau pengalaman diluar jangkaan

berlaku, individu yang berfikir secara sedar semasa menghadapi permasalah


tersebut telah melakukan refleksi semasa tindakan (reflection-in-action). Seseorang
itu dikatakan pengamal refleksi atau reflection in action ialah apabila dia merenung
kembali tindakannya, membuat analisa tentang peristiwa lepas dan merancang
tindakan susulan. Dengan membuat penelitian tentang langkah-langkah dalam

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

proses refleksi dapat membantu guru memahami dengan lebih dekat lagi tentang
pengamal reflektif yang berkesan.
Carta dibawah menunjukkan proses reflektif. Refleksi bermula dengan usaha guru
untuk menerangkan situasi atau mengenalpasti permasalahan yang timbul.
Kemudian, mereka cuba menjelaskan perasaannya terhadap situasi itu berdasarkan
tanggapan dan nilai kendiri. Pada peringkat penilaian, guru akan mencari punca
permasalahan,kekuatan dan kelemahan situasi tersebut. Kesan daripada itu, guru
akan berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi kelemahan yang tersedia ada.
Proses menganalisis situasi merupakan usaha guru untuk melihat situasi tersebut
dari sudut yang berbeza dan menimbangkan kemungkinan tindakan altenatif. Bagi
proses membuat kesimpulan pula, guru menetapkan keputusan tindakan yang
terbaik. Lingkaran terakhir dalam proses reflektif merupakan pemikiran tentang
rancangan tindakan masa depan (pelan tindakan) jika situasi yang sama berulang
lagi. Justeru guru yang berjaya tidak hanya meniru tindak tanduk pengajaran guru
lain atau guru pakar ataupun melaksanakan tugas pengurusan bilik darjah secara
efisien seperti ketetapan dalam prosuder.

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

DISKRIPSI
Apakah yang telah berlaku

PELAN TINDAKAN

PERASAAN

Jika peristiwa yang sama


berlaku apakah tindakan
yang akan saya ambil?

Apakah yang saya fikirkan


dan rasa pada masa itu?

KESIMPULAN

PENILAIAN

Apakah tindakan lain yang


mungkin saya ambil?

Apakah yang baik dan


buruk mengenai
pengalaman itu?

ANALISIS
Apakah pengertian situasi
itu kepada saya?

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Rajah 4.1 proses refleksi

5.0.

Peranan refleksi dalam pembelajaran

Pertamanya dengan melakukan refleksi ianya membolehkan guru membuat penilaian


kendiri. Oleh itu secara tidak langsung guru dapat berfikir secara analitik, kritis dan kreatif
semasa menilai semula pengajarannya. Ini adalah bertujuan untuk mengatasi masalah atau
mengubah amalan pengajaran seorang

guru malah

guru dapat melihat, mengkaji dan

menentukan alternative-alternatif dalam membuat sebarang keputusan dan tindakan. Antara


peranan utama refleksi dalam amalan seorang guru ialah dapat menentukan justifikasi untuk
mengubah tingkalaku atau amalannya. Kini kita dapat melihat, sama ada di dalam atau pun
di luar negara, telah berkembang suatu budaya yang mana bakal guru digalakkan untuk
mempraktikkan amalan refleksi sebagai satu cara membuat penilaian kendiri. Calderhead
(1989) yang mengkaji hasil kerja Handal dan Lauvas merumuskan bahawa amalan refleksi
dalam pengajaran membolehkan seseorang menilai keberkesanan dirinya sebagai guru dan
menyoal tujuannya. Seseorang yang reflektif adalah lebih berhati-hati dan ini membolehkan
guru membuat keputusan dalam proses pendidikan.
Kepentingan amalan reflektif ini juga ditegaskan oleh Steffy B.E, et al (2000 ) yang
menyatakan bahawa adalah sukar untuk mencapai pertumbuhan profesional tanpa amalan
reflektif dalam karier seorang guru. Sehubungan dengan itu, amalan reflektif juga
membolehkan guru menjadi self-directed, iaitu mempunyai tanggungjawab terhadap
perkembangan kendiri. Menurut pandanagn lain pula, amalan reflektif menghasilkan
kemajuan

kepada

bakal

guru

melalui

peringkat-peringkat

perkembangan

kognitif,

perkembangan dari guru pelatih kepada guru terlatih dan membolehkan mereka
menganggap pengajaran dari perspektif yang lebih interpretif dan kritikal . Ringkasnya,
dalam belajar mengajar, refleksi membolehkan seseorang guru membuat penilaian kendiri,
berfikir secara analitik, kritis dan kreatif, seterusnya menganalisis perkara-perkara penting
yang mana ia dinamakan proses

dan hasil kerja, disamping melihat alternatif-alternatif

dalam membuat keputusan dan mencari jalan penyelesaian berasaskan ciri-ciri spiritual,
moral, nilai dan estetika serta mengubah tingkahlaku. Oleh yang demikian, peranan refleksi
bukan sahaja tertumpu pada satu aspek sahaja malah merangkumi pelbagai proses yang
menjadikan seseorang guru itu sentiasa peka pada tindakan dan perbuatan mereka. Hal ini
kerana proses pembelajaran mereka dipengaruhi oleh keadaan persekitaran.
7

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

6.0.

Strategi-strategi peningkatan profesionalisme dan amalan reflektif.

Globalisasi kini dan perubahan dalam dasar pendidikan Malaysia yang menuju ke arah
kemajuan sosio ekonomi membuktikan, guru perlu meningkatkan profesionalisme diri untuk
seiring dengan ledakan arus pemodenan terkini. Umum sedia maklum, dunia kini
berhadapan dengan pelbagai kejutan dan ledakkan arus pembangunan yang sangat hebat.
Kecanggihan teknologi yang berdaya saing dengan negara luar mendorong masyarakat kita
menuntut lebih ilmu bagi mengelakkan kita ketinggalan zaman. Meskipun pelbagai cara
mahupun kaedah dipraktikkan dalam memperolehi sesuatu maklumat mahupun informasi
namun tanpa ilmu seseorang itu tidak akan berjaya dalam mencapai sesuatu keinginan
dalam hidupnya.
Kita digalakkan menuntut ilmu agar tidak menjadi masyarakat yang mundur, lemah dan hina
di mata dunia. Dalam bidang profesionalsme, untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan
individu disarankan agar menimba lebih lagi ilmu agar kualiti perkhidmatan dapat
dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Dalam konteks profesionalisme perguruan
khususnya, guru haruslah meluaskan ilmu dengan pelbagai cara seperti membaca pelbagai
buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya
isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti
kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah.
Proses sebegini lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran
sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah
mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. Hal ini
mendorong guru untuk menambahkan lagi pengetahuan mereka.
Sehubungan dengan itu, akauntabiliti juga merupakan salah satu elemen yang perlu ada
dalam profesionalisme perguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang
harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga
membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme
mereka. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas
merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan
negara serta profesion keguruan itu sendiri. Oleh yang demikian terdapat beberapa strategi
8

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

yang membolehkan peningkatan profesionalisme diri seorang

guru, ini termasuklah

melibatkan diri dalam latihan dalaman, kursus pendek kelolaan maktab atau institusi

pengajian tinggi, sistem pementoran, amalan refleksi melalui penulisan reflektif atau jurnal,
portfolio pengajaran, penyelidikan tindakan, latihan profesionalisme yang

berterusan,

perkembangan professional on-line dan aktiviti di Pusat Kegiatan Guru.

6.1.

Memartabatkan

Profesionalisme

Melalui

Latihan

Dalam

Perkhidmatan
Latihan dalam perkhidmatan merupakan salah satu cara meningkatkan profesionalisme diri
dalam pembelajaran sepanjang hayat. Dalam arus teknologi moden hari ini, perkembangan
ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam mata pelajaran pengkhususan serta inovasi dalam
pedagogi menuntut agar pendidik dilatih semula semasa dalam perkhidmatan. Hal ini,
sememangnya bertujuan mempertingkatkan dan memperkukuhkan lagi profesionalisme diri
disamping mengembangkan potensi insan ke tahap yang diingini. Sebagai pendidik, kita
mampu memperkukuhkan kapasiti untuk memperbaiki pembelajaran pelajar dengan
melanjutkan pengetahuan profesional perguruan dalam menguasai dan mengembangkan
kemahiran-kemahiran

serta memperjelaskan nilai-nilai profesional kita.

Guru yang

berpandangan progresif mampu memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan, kemahiran


dan trenda-trenda pengajaran baru melalui kursus pendek kelolaan maktab (KPKM)
contohnya. Sehubungan dengan itu, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya
menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat
memperoleh pengetahuan serta kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran inputinput yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi
Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan pelbagai lagi perlu diberi kepada
guru-guru. Hal ini akan meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam
pengajaran.

6.2.

Penyelidikan Tindakan Amalan Profesionalisme Yang Efektif

Satu lagi strategi guru yang

mampu meningkatkan profesionalisme diri adalah dengan

menjalankan penyelidikan tindakan tentang semua aspek yang berkaitan dengan


pengajaran. Idea-idea baru tentang kaedah-kaedah mengajar dalam pengajaran perlu
9

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

diterokai agar guru tidak ketinggalan dengan kaedah terkini dan terbaru. Untuk
meningkatkan perkembangan profesionalisme diri serta bertindak secara professional,
budaya penyelidikan, penulisan dan pembacaan wajib dipupuk dalam kalangan guru.
Peningkatan profesionalisme diri merupakan proses perkembangan peribadi yang
memerlukan suatu kesedaran yang tinggi tentang apa yang terjadi, kenapa ianya berlaku
dan bagaimana untuk menyelesaikannya. Secara tidak langsung dapat membentuk guru
kearah mendapatkan lebih banyak lagi ilmu dalam pembelajaran mereka sendiri. Kesedaran
tentang keputusan pedagogi dan tindakan hanya boleh dibentuk dengan penilaian kritikal
melalui dialog reflektif, dokumentasi dan tindakan. Penyelidikan tidak tertumpu hanya pada
satu arah sahaja. Penyelidikan tindakan menyediakan cara untuk membolehkan proses
tersebut berlaku. Untuk meningkatkan profesionalisme diri, guru wajar menjadikan profesion
keguruan sebagai research-based profesion iaitu profesion yang berasaskan kajian dan
amalan pengajaran perlu berasaskan kajian saintifik dan bukannya pendapat.

6.3.

Amalan Refleksi Dan Penulisan Reflektif Ke Arah Peningkatan


Profesionalisme Guru

Seterusnya, amalan refleksi juga dapat memperkayakan diri dan merangsang amalan
professional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan
tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933)
menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang
pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap
dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab bagi membuat
keputusan dan bersedia mengambil sebarang tindakan. Refleksi memberi peluang kepada
guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan yang ada
pada diri. Dengan ini, guru dapat membuat perubahan serta membaiki proses pembelajaran
mereka dengan lebih efektif lagi.
Antara strategi yang boleh dilakukan oleh guru untuk meningkatkan profesionalisme mereka
ialah dengan penulisan jurnal atau reflektif. Ini merupakan salah satu alat untuk mereflek
secara sistematik dan merangsangkan pemikiran reflektif. Menurut Bolin (1988), Richert
(1990), Zeichner & Liston, (1987) dalam kajian mereka, aktiviti seumpama ini merupakan
salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reflektif dan
penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran. Pendapat lain pula,
10

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

membezakan proses pemikiran kepada refleksi semasa tindakan, iaitu di mana seseorang
melihat semula dan memikirkan permasalahan yang wujud untuk memahami situasi. Bagi

refleksi ke atas tindakan pula, guru merenung kembali proses pemikirannya dan
menganalisis situasi sebelum merancang tindakan susulan.
Refleksi semasa tindakan dan refleksi ke atas tindakan ini dapat membantu guru
meningkatkan perkembangan diri dalam bidang profesionalnya. Penulisan reflektif pula
menggambarkan secara keseluruhan satu pola pemikiran yang beralih dari refleksi teknikal
ke refleksi kritikal. Penulisan reflektif merupakan satu cara meninjau teori-teori pengajaran
dan perkembangan professional. Pemikiran baru akan dirangsang melalui perbincangan
dengan rakan sekerja, teori-teori dan persoalan-persoalan dipertikai dan diperkembangkan.
Refleksi menyediakan satu asas yang kaya dan komprehensif mengenai pengajaran dan
pembelajaran. Ia bukan sahaja membolehkan seseorang guru

mengetahui mengenai

tugasanya tetapi ia memberi pelbagai perspektif terhadap pengajaran yang boleh dicontohi
atau dipelajari oleh guru-guru lain. Pada masa yang sama, refleksi mempunyai nilai-nilai
peribadi yang membawa kepada kekuatan pemikiran apabila guru dapat menganalisis
sesuatu situasi atau pengalaman dengan sebaik mungkin dan membentuk satu
pandangan secara logik.

6.4.

Sistem Pementoran

Startegi lain ialah sistem pementoran iaitu salah satu pendekatan untuk mempertingkatkan
tahap professional diri guru di sekolah-sekolah. Guru boleh mengadakan perbincangan
intelektual dengan guru yang lebih berpengalaman mengenai pengetahuan baru, teknikteknik baru dan bimbingan dalam penilaian seperti menggubal soalan. Melalui sistem
pementoran ini, setiap guru akan mempunyai seorang atau beberapa orang mentor di
tempat bertugas bagi memberi nasihat dan bimbingan berterusan agar dapat meningkatkan
tahap profesionalisme mereka. Contohnya berlaku proses perkembangan di mana orang
yang mengasuh mampu untuk mengenal pasti kebolehan, pengalaman dan kematangan
psikologikal seseorang yang sedang diasuh dan boleh memberi aktiviti-aktiviti yang akan
membawa kepada peningkatan profesionalismenya. Sehubungan dengan itu, guru dapat
meningkatkan tahap pengetahuan mereka adalah berdasarkan kepada pengalaman dan
aktiviti yang sering mereka lakukan serta apa yang mereka hadapi. Oleh itu, dengan cara
11

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

demikian para pendidik memperoleh ilmu bukan semata-mata pada pengajaran yang
berkonsepkan teori sahaja malah amalan praktikalnya juga mendorong guru mengaut lebih
ilmu berdasarkan apa yang mereka depani. Ilmu daripada pengalaman adalah sangat
bernilai jika dibandingkan ilmu dari pengajaran semata-mata. Ini kerana daripada
pengalamanlah seseorang pendidik itu mencapai kecemerlangan dalam hidup mahupun
kerjaya.

6.5.

Portfolio Pengajaran Trenda Mengenai Pengajaran Dan Refleksi

Berkait rapat dengan penulisan reflektif ialah pembentukan portfolio pengajaran iaitu salah
satu cara guru meningkatkan profesionalisme diri. Antara bahan atau item yang terkandung
dalam portfolio pengajaran ialah koleksi bahan-bahan seperti artifek dan penulisan reflektif
yang dapat memperkukuhkan lagi perkembangan diri guru. Ia menggambarkan pelbagai
kemahiran, pengetahuan dan falsafah pengajaran peribadi seseorang itu. Portfolio sebegini
dapat mencerminkan profesion sebenar keguruan itu dalam mendidik. Hal ini secara tidak
langsung memberi impak yang besar dan membawa manfaat serta meningkatkan kualiti
pengajaran guru dalam profesionnya.Proses perkembangan portfolio secara berterusan
memberi peluang kepada guru membuat refleksi tentang perkembangan dan perubahan
pelajarnya sepanjang masa disamping guru itu sendiri dapat mengenalpasti kekurangan dan
kelemahan yang ada semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Apabila seseorang
guru meneliti amalan pengajaran sendiri, ia dapat mengetahui tahap profesionnya dan
secara tidak langsung ia melahirkan penilaian kendiri terhadap tanggungjawabnya. Contohcontoh amalan baik dalam portfolio boleh dikaji dan diguna atau diadaptasikan dalam bilik
darjah.
Menurut Shulman (1987), melalui portfolio pengajaran, guru akan menjadi lebih reflektif
tentang apa yang mereka lakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia membantu guru
mendokumentasi dan menerangkan tindakan mereka, secara tidak lansung kaedah ini dapat
membuktikan pengetahuan professional mereka dan membuat refleksi tentang apa,
bagaimana dan mengapa mereka melakukan sesuatu tindakan seperti kata Loughran &
Corrigan (1995) dan Seldin (1997), mengimbas semula pengalaman-pengalaman lepas
dalam portfolio, ia menggalakkan mereka mengenal pasti halangan-halangan dalam proses
pengajaran

dan

pembelajaran

serta

memikirkan

penyelesaiannya.

Guru

mengubahsuai atau mengubah teknik pengajaran mereka untuk mencapai matlamat.

12

boleh

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Portfolio pengajaran dan refleksi membantu perkembangan pemahaman masalah yang


dihadapi kerana proses refleksi memandu arah untuk meneroka idea-idea dari sumbersumber lain.

Menurut Seldin lagi, pada hakikatnya, portfolio pengajaran digunakan sebagai satu cara
dokumentasi professional dan refleksi peribadi. Proses membina portfolio secara tidak
lansung

merangsang

guru

untuk

memikirkan

semula

aktiviti-aktiviti

pengajaran,

keberkesanan strategi-strategi pengajaran dan merancang pendekatan baru atau teknikteknik baru untuk masa-masa akan datang. Justeru, portfolio pengajaran dapat
membekalkan satu pangkalan data pengetahuan dan perkembangan diri yang bermakna
dan komprehensif di kalangan warga guru.
Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi
pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod dan mengumpul maklumat baru,
memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambil kira sama ada idea
baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus
dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap
berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya. Malah guru sentiasa menjadi seorang
yang peka terhadap sebarang pembaharuan. Guru atau pendidik akan senentiasa
memperbaiki segala kelemahan yang ada dengan berpandukan portfolio yang mereka
wujudkan. Altenatif sebegini dapat meningkatkan lagi segala ilmu pengetahuan para pendidik
kerana mereka akan menjadi seorang yang lebih berhati-hati pada keadaan sekeliling.
Dengan wujudnya portfolio sebegini ia dapat memberi impak dan implikasi yang jauh lebih
baik dalam profesion perguruan tambahan pula setiap data dan maklumat sudah sedia ada
dan menjadi panduan kepada guru untuk meningkatkan tahap profesional mereka.

6.6.

Konsep Belajar Seumur Hidup

Bagi meningkatkan produktiviti , guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup.
Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan lagi
pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap apa jua bidang. Hal ini dapat
menajamkan lagi kecekapan dan keyakinan guru serta menjadikan guru seorang yang
kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran. Guru mampu memperbaiki diri
sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Konsep belajar seumur hidup
13

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

seharusnya sedia ada dalam diri setiap individu bukan hanya tertumpu golongan tertentu
sahaja bahkan setiap ahli masyarakat khususnya. Sesungguhnya menunutut ilmu itu
digalakkan kepada sesiapa sahaja di atas muka bumi ini. Seperti kata pepatah Melayu
belajarlah sampai ke negara Cina, ungkapan sebegini menunjukkan bahawa kita dituntut
untuk mencari ilmu biarpun sampai ke negara luar. Warga pendidik perlu meningkatkan
pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat
(ICT) kini. Guru, seharusnya mempertajamkan lagi kemahiran mengajar yang sedia ada
melalui kaedah ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih
berpengalaman serta perkongsian maklumat yang terkini dan pelbagai. Ini merupakan satu
langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri disamping itu, membuat jaringan
atau

networking

dengan

guru-guru

di

negara

lain

sebagai

mencerminkan

imej

pengantarabangsaan disamping berpeluang untuk berkongsi ilmu dan kemahiran dengan


mereka. Program secara on-line juga merupakan perkembangan baru dalam ICT dan guru
boleh mendapatkan segala maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran secara on-line
atau dikenali juga sebagai talian terus. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru Bahasa
Inggeris memperkembangkan profesionalisme diri melalui internet adalah menggalakkan.
Contohnya

VirTEC (Virtual Teacher Education Center) yang dibina dan menjadi satu

landasan untuk merangsang guru dalam perkembangan professional guru Bahasa Inggeris.

6.7.

Diskusi di Pusat Kegiatan Guru

Akhir sekali, guru boleh meningkatkan profesionalisme diri dengan mengadakan perjumpaan
dengan guru-guru lain di Pusat Kegiatan Guru (PKG) untuk membincangkan dan membuat
refleksi sesama mereka berkaitan pengalaman mengajar atau berdiskusi topik-topik yang
berkaitan di samping mendapat input-input baru daripada fasilitator yang pakar dalam
bidang-bidang tertentu. Diskusi ilmiah guru seharusnya sudah mulai digalakkan di sekolahsekolah. Pentadbir

sekolah harus berperanan aktif agar diskusi ilmiah berjalan minimal

sekali dalam satu semester. Di dalam diskusi tersebut, para guru yang telah mendapat
sebarang input yang berkatan hasil daripada penelitiannya, melaporkan dan mereka
berkongsi maklumat dengan teman-teman guru di sekolah. Dari sinilah mereka akan
mendapatkan informasi hasil daripada laporan mereka. Dengan ini, maka akan timbullah
partisipasi dan kolaborasi tinggi di antara sesama guru untuk saling melengkapi.

14

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Guru-guru dapat menilai diri sendiri tentang pengajaran, memperoleh maklumbalas daripada
rakan-rakan, membaca penulisan reflektif rakan-rakan dan berkongsi maklumat tentang
strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran. Apabila mereka merefleksi dan mengadakan
perbincangan sesama rakan tentang pengalaman pengajaran, mereka akan menjadi guru
yang kental. Dengan cara ini, guru akan dapat menambahkan ilmu malah, guru juga lebih
berketrampilan dan dapat berkongsi pengalaman bagaimana hendak memilih strategi terbaik
untuk menyelesai masalah pengajaran dan pembelajaran. Menurut Fullan dan Hargreaves
(1993) bahawa guru perlukan interactive professionalism. Diskusi ilmiah ini tidak hanya
tertumpu di pusat kegiatan guru semata-mata malah di sekolah harus terus ditingkatkan
juga seiring dengan pesatnya teknologi informasi dan komunikasi. Para guru harus lebih
saling berkomunikasi dan bertukar informasi tentang hal-hal yang terjadi di sekolah serta
dalam bidang yang berkaitan. Di negara luar contohnya Indonesia, program 100 hari
berdiskusi telah dijayakan, yang salah satunya untuk melengkapi semua kemudahan internet
yang ada di seluruh sekolah yang mana membuatkan guru di seluruh Indonesia menjadi
connecting and sharing. Para guru seharusnya saling bertukar pengalaman dan
pengetahuan demi meningkatkan pengetahuan diri.

7.0.

Penutup

Kesimpulannya, guru adalah pemangkin untuk pelajar membina daya pemikiran yang
analitikal, kritis dan kreatif bagi menghadapi perubahan-perubahan semasa. Justeru itu, guru
perlu meningkatkan profesionalisme diri melalui pelbagai strategi amalan reflektif agar dapat
memikul tanggungjawab tersebut. Menurut pendapat Dato Dr. Abdul Shukor Abdullah
(1998), Guru sebenarnya adalah aktor utama dalam sistem pendidikan. Pembangunan
sistem keguruan yang profesional adalah penting untuk mencapai hasrat pembangunan
pendidikan. Latihan dan kursus pra-perkhidmatan di maktab perguruan dan universiti perlu
ditumpukan kepada ilmu teras (content knowledge) dan ilmu pedagogi (pedagogical
knowledge). Dengan dua keperluan asas ini, pembangunan etika keguruan dan
profesionalisme akan diperkukuhkan melalui latihan dalam perkhidmatan. Menuntut ilmu
merupakan suatu keperluan asas yang wajib bagi setiap individu tanpa mengira kaum dan
agama. Konsep pendidikan sepanjang hayat bukanlah suatu perkara baharu, sebaliknya
konsep ini telah lama diamalkan oleh kebanyakan masyarakat dunia. Kemajuan sesuatu
bangsa terletak kepada unsur-unsur kecemerlangan yang ada di dalam diri individu atau
modal insannya. Dalam pembangunan modal insan, perkara-perkara yang berkaitan dengan
15

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

pendidikan dan pembelajaran, baik yang bersifat ilmiah, profesional mahupun vokasional
diberi perhatian yang serius. Pembelajaran sepanjang hayat berperanan besar dalam
memastikan kemampuan yang ada dalam modal insan digilap agar dapat menghasilkan satu
tahap kecemerlangan yang diinginkan oleh seseorang individu, masyarakat dan juga
Negara.
Kesimpulannya, pembelajaran sepanjang hayat (PSH) ini merupakan usaha segenap lapisan
masyarakat. Peluang yang sedia terbentang perlu direbut dalam usaha untuk meningkatkan
potensi diri. Pembelajaran sepanjang hayat perlu menjadi amalan hidup setiap rakyat
Malaysia yang dahagakan ilmu dan berusaha meningkatkan kemahiran dan kemajuan diri
bagi mencapai apa jua matlamat dan objektif mereka. Pembelajaran Sepanjang Hayat boleh
dilaksanakan oleh masyarakat melalui kursus-kursus yang relevan, inovatif dan memberi
nilai yang tinggi kepada setiap individu. Setiap anggota masyarakat boleh menimba ilmu
pengetahuan dan kemahiran melalui pelbagai program yang ditawarkan mengikut keperluan
dan minat setiap individu. Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan
pembelajaran dan dilengkapi dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran bermula
dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negara. Dunia kini lebih mencabar
dalam arus pemodenan yang rancak berkembang sejajar dengan matlamat pendidikan
negara yang mahu melahirkan lebih banyak modal insan menjelang wawasan 2020 nanti
seiring dengan kemajuan negara Malaysia khususnya. Justeru pembelajaran sepanjang
hayat adalah salah satu medium yang wajib dan harus di teruskan demi kepentingan semua.
PSH adalah wajar diteruskan oleh sesiapa sahaja yang menginginkan profesionalisme
mereka menjadi hebat dan terus berkualiti mengikut peredaran zaman. Sebagai kesimpulan,
dalam usaha menyemarakkan pertumbuhan PSH melalui peningkatan kualiti pengajaran dan
pembelajaran,

penyediaan

penarafan,

peningkatan

akses

pendidikan

tertiari

serta

peningkatan pelbagai mod dan laluan kepada setiap individu adalah digalakkan. Dengan ini,
guru dapat bergerak seiring dengan arus perubahan dalam era teknologi dan globalisasi.

16

Asas Kepemimpinan dan Perkembangan Profesional Guru

Rujukan
Bahagian Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pelajaran Malaysia, (2011),
Jurnal Psikologi dan Kaunseling. Putrajaya : Kementerian Pelajaran Malaysia
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Wong Kiet Wah, (2010), Asas Kepimpinan Dan
Perkembangan Profesional Guru. Selangor : UG Press Sdn. Bhd.
Menurut Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), Hargreaves (2004), Aspin et al. (2001), Gelpi
(1995). pembelajaran sepanjang hayat. Diperoleh pada 12 Ogos 2014, daripada
http://www.mohe.gov.my/psptn/index.php?
option=com_content&view=article&id=81&Itemid=60 pada 12/08/2014.
Menurut Schon (1987), Sparks-Langer (1992) dan Zeichner & Liston (1996), Pengamal
Reflektif. Diperoleh pada 12 Ogos 2014, daripada
http://portalintelektualjpans.blogspot.com/2012/06/pembelajaran-sepanjang-hayatoleh-mohd.html pada 12/08/2014.
Pembangunan Modal Insan. Diperoleh pada 12 Ogos 2014, daripada
http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusan-malaysia/7676-pembelajaran-sepanjanghayat-teras-pembangunan-modal-insan pada 12/08/2014.
Perkembangan Profesionalisme Keguruan. Diperoleh pada 12 Ogos 2014,
daripadahttp://aishahnetty.blogspot.com/2012/08/perkembangan-profesionalismekeguruan.html. pada 12/08/2014.

17