Anda di halaman 1dari 21

BAB

Pengenalan Ilmu
Ketamadunan
Hasil Pembelajaran
Setelah mengikuti bab ini, pelajar dapat:
Menjelaskan konsep dan ciri-ciri sebuah tamadun.
Menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya dan bangsa.
Menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan sesebuah tamadun.

Pengenalan Ilmu
Ketamadunan

Ciri-ciri Tamadun
Konsep Tamadun

Hubungan Tamadun dengan


Agama, Budaya dan Bangsa

Faktor-faktor Kemunculan dan


Kejatuhan Tamadun Dunia

Kesan Positif dan Negatif


Pertembungan antara Tamadun

Kelahiran dan Perkembangan


Tamadun

Interaksi Tamadun

Persamaan dan Perbezaan


antara Tamadun

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 1

3/23/12 12:10:23 PM

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

1.0

Pengenalan

Bab ini membincangkan konsep dan ciri-ciri tamadun dari sudut etimologi pelbagai
bahasa. Seterusnya, bab ini menerangkan hubungan tamadun dengan agama, budaya
dan bangsa. Di samping itu, bab ini juga menganalisis faktor kekuatan dan kelemahan
sesebuah tamadun.

1.1

Sejarah Tamadun dan Pengajian Ketamadunan

1 Pengkajian sejarah sebagai ilmu ketamadunan mula diperkenalkan oleh Ibn Khaldun
(13321406 M) pada abad yang ke-14 M melalui kitabnya Mukaddimah. Ibn Khaldun
menggunakan latar belakang sejarah sebagai asas memahami realiti masyarakat,
bangsa dan umat. Beliau berjaya mengeluarkan teori, faktor, analisis kemajuan dan
kemunduran umat terdahulu untuk menjadi panduan kepada umat mendatang.
Analisis beliau menepati kehendak al-Quran supaya menjadikan peristiwa sebagai
pengajaran berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya kisah para nabi itu mengandungi pengajaran bagi orang yang
mempunyai akal fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan,
tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab yang sebelumnya dan
sebagai keterangan yang menjelaskan segala sesuatu, serta menjadi hidayah dan rahmat
bagi kaum yang (mahu) beriman.
(Surah Yusoff: 111)

2 Sungguhpun sejarah menjadi asas kepada pengajian ketamadunan, namun ada


perbezaan yang jelas antara kedua-duanya. Pengajian ketamadunan membicarakan
teori, konsep asas, ciri serta sifat tamadun secara konseptual, teoretikal dan abstrak.
Manakala sejarah tamadun pula merujuk kepada pengalaman yang dilalui oleh
sesuatu tamadun dari segi pencapaian, jatuh bangun, kemajuan dan kemunduran
atau ringkasnya kajian tentang masa lampau. Secara umum, pengajian ketamadunan
tidaklah begitu terikat kepada batasan masa atau zaman, manakala sejarah
tamadun lazimnya dibatasi oleh faktor masa. Pandangan di atas tidaklah bertujuan
mengetepikan pengajian sejarah daripada pengajian tamadun kerana kedua-duanya
saling memerlukan dan tidak boleh dipisahkan.

1.2

Konsep Tamadun

Memahami dan mengkaji asal usul istilah atau lebih dikenali dengan kajian etimologi
amat penting kerana dapat memudahkan pelajar memahami konsep dan falsafah bidang
pengajian tamadun itu. Lazimnya bahasa menggambarkan bangsa seperti pepatah Melayu
yang menegaskan Bahasa Jiwa Bangsa. Pemahaman yang baik terhadap asal usul bahasa
dapat membina takrif yang tepat terhadap sesuatu istilah dalam pengajian.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 2

3/23/12 12:10:25 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

1.2.1 Pengertian Tamadun dari Sudut Bahasa


1 Dalam bahasa Melayu, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan untuk
maksud tamadun, iaitu tamadun dan peradaban. Kedua-dua istilah itu juga
bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya ialah pinjaman daripada perkataan
Arab. Dalam Kamus Dewan, tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau
peradaban. Manakala peradaban berasal daripada perkataan adab yang merujuk
kepada tingkah laku serta tutur kata yang halus (sopan) dan istilah beradab ditakrif
juga sebagai telah maju tingkat kehidupan (jasmani dan rohani), iaitu bertamadun.
2 Namun demikian, istilah tamadun merupakan istilah yang paling popular digunakan
dalam masyarakat Melayu untuk menjelaskan tentang kebudayaan, kemajuan,
pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa.
3 Dalam bahasa Inggeris pula, istilah civilization diambil daripada perkataan Latin
civitas yang bermakna bandar.
4 Dalam bahasa Arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubungkan dengan maksud
tamadun iaitu umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniyyah.
Istilah yang mula digunakan untuk maksud tamadun ialah umran. Tokoh pertama
yang menggunakannya ialah Abdul Rahman Ibn Khaldun (13321406 M) berasal
dari Tunisia. Profesor Rosenthal menterjemahkan umran sebagai urbanization
(perbandaran) dan civilization (tamadun). Istilah umran bermaksud membangun
dan memakmurkan bandar.
Istilah hadharah (juga digunakan oleh Ibn Khaldun) bermaksud kehidupan
menetap (sedentary life). Hadharah bermaksud sebuah wilayah, daerah atau ibu
kota atau bandar atau kampung dan kawasan tanah yang ditanami.
Istilah tamaddun dan tamadyun berasal daripada perkataan madana (maddana)
yang bermaksud membina dan membangunkan bandar.
Istilah madinah berasal daripada perkataan madana, jamaknya mudun atau madain
bererti bandar-bandar atau nama kepada Yathrib yang kemudiannya diberi nama
oleh Rasulullah SAW dengan Madinah-al-Munawwarah.
Istilah madaniyyah bermaksud bandar dan kehidupan bandar (city life). Pada akhir
abad ke-19 dan permulaan abad ke-20, istilah ini dipopularkan semula oleh Syeikh
Muhammad Abduh dan Muhammad Farid Wajdi dengan maksud tamadun.
5 Daripada pelbagai istilah yang digunakan di atas, hanya dua istilah yang meluas
digunakan oleh penulis-penulis Arab, iaitu hadharah dan tamadun. Daripada dua
istilah itu pula, istilah tamadun lebih sesuai digunakan untuk menyatakan konsep
tamadun pada zaman moden.
6 Istilah tamadun dan bandar memang ternyata mempunyai kaitan yang sangat rapat.
Hal ini kerana setiap tamadun yang agung itu mempunyai bandar-bandar yang besar,
manakala bentuk-bentuk asas tamadun pula dengan mudah dapat diperhatikan di
bandar-bandar.

1.2.2 Pengertian Tamadun dari Sudut Peristilahan


1 Menurut Idris Abdul Rauf al-Marbawi, tamadun membawa maksud kehalusan adat
atau kemurnian pencapaian manusia yang hidup di kota dan memiliki peraturan

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 3

3/23/12 12:10:25 PM

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran


serta penghasilan teknologi yang membantu menyempurnakan kehidupan kota yang
bahagia.
2 Arnold Toynbee menjelaskan tamadun sebagai kebudayaan yang berkembang di
dalam kota. Beliau menambah lagi, tamadun ialah suatu kumpulan pemikiran daripada
berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
3 Syed Muhammad Naquib al-Attas mendefinisikan tamadun sebagai keadaan
kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.
4 Abu al-Ala al-Maududi pula mentakrifkan hadharah sebagai segala apa yang
dihasilkan oleh suatu bangsa yang bersumberkan ilmu pengetahuan, adab, kesenian
yang indah, pembuatan, ciptaan, perkembangan terhadap kehidupan peribadi dan
masyarakat serta cara-cara yang digunakan dalam kehidupan politik.
Sebagai kesimpulan, tamadun dapat diertikan sebagai pencapaian gemilang manusia
dalam bidang kerohanian dan kebendaan yang berpusat di bandar-bandar. Ia terhasil
dalam bentuk seni bina, ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, kepercayaan, undangundang, pentadbiran dan politik.

1.3

Ciri-ciri Sebuah Tamadun

Pandangan beberapa tokoh tentang ciri-ciri sesebuah tamadun adalah seperti berikut:
1 Lucien Goldmann berpendapat, unsur utama yang menjadi perbezaan antara
sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain ialah pandangan semesta (world
view/weltanschauung/tasawur). Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun
manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama, iaitu:
(a) Tamadun materialistik
(b) Tamadun intelektual
(c) Tamadun mistik
(d) Tamadun berasaskan wahyu
Namun demikian, dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap
peningkatannya yang dapat diukur berdasarkan dua asas utama, iaitu:
Pencapaian fizikal yang dapat dilihat dari segi penubuhan sesebuah kerajaan atau
empayar yang luas melalui penggabungan beberapa buah pusat perbandaran yang
berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.
Pencapaian intelektual yang dapat dilihat dari segi penemuan fikiran yang
baharu ataupun penemuan, penyuburan dan tafsiran kembali fikiran lama yang
membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.
2 Darcy Roberio telah memberikan sembilan ciri tamadun yang masih berada dalam
proses perkembangan, iaitu:
(a) Berakhirnya corak hidup nomad dengan penciptaan peralatan baharu dalam
bidang pertanian.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 4

3/23/12 12:10:25 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

(b) Bermulanya aktiviti penternakan dan pengkhususan kerja berasaskan kelompok


kemahiran.
(c) Pertumbuhan kota dan negara, wujud status sosial, menggunakan sistem
pengairan untuk pertanian, penggunaan peralatan tembaga dan gangsa serta
wujud sistem tulisan, angka dan kalendar.
(d) Penggunaan sistem pengairan secara meluas.
(e) Penciptaan berteknologi daripada besi, inovasi peralatan baharu, perkembangan
perkapalan dan perkembangan mata wang syiling sebagai perantaraan perdagangan.
(f) Revolusi penternakan.
(g) Revolusi perdagangan.
(h) Revolusi teknologi.
(i) Revolusi perindustrian.
3 Edward L. Farmers memberikan tujuh ciri utama tamadun, iaitu:
(a) Petempatan kekal
(b) Revolusi pertanian
(c) Stratifikasi sosial
(d) Kewujudan agama
(e) Pengkhususan kerja dan inovasi teknologi
(f) Urbanisasi
(g) Sistem tulisan
4 Maududi berpendapat sebuah tamadun mesti mampu menggambarkan lima ciri
penting, iaitu:
(a) Kehidupan duniawi
(b) Tujuan hidup
(c) Keyakinan dan pemikiran asas
(d) Pendidikan perseorangan
(e) Organisasi masyarakat
5 Ibn Khaldun pula menyenaraikan lima ciri
bagi umran, iaitu:
(a) Pegangan agama yang tinggi (kuat)
(b) Sistem kenegaraan yang tersusun rapi
(c) Kehidupan cara bandar
(d) Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi
(e) Kepakaran dalam bidang seni lukis dan
seni reka
Berdasarkan pengertian-pengertian dan ciriciri yang dikemukakan, konsep ketamadunan
sepatutnya dilihat daripada perspektif yang
meliputi pencapaian tatasusila dan moral
yang tinggi serta kemajuan petempatan dan
kemudahan yang sempurna. Walau bagaiGambar 1.1 Ibn Khaldun
manapun, konsep ketamadunan yang sering

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 5

3/23/12 12:10:25 PM

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

difahami oleh masyarakat manusia hari ini lebih menjurus kepada perkara yang
berkaitan dengan kemajuan petempatan dan kemudahan yang sempurna semata-mata.
Lebih buruk daripada itu, tasawur terhadap kemajuan petempatan dan kemudahan
disempitkan lagi kepada persoalan kebendaan yang menjadi simbol kemewahan.
Kemuncak kewujudan sesebuah tamadun bukanlah semata-mata digambarkan oleh
limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana ungkapan umran
yang digunakan oleh Ibn Khaldun. Kemakmuran yang sebenar ialah kemakmuran
masjid sebagaimana yang telah ditegaskan dalam al-Quran:
Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman
kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat
dan tidak takut (kepada siapa pun) selain Allah, maka merekalah orang-orang yang
diharapkan termasuk golongan yang mendapat petunjuk.
(Surah at-Taubah: 18)

1.4

Hubungan Tamadun dengan Agama, Budaya dan


Bangsa

1.4.1 Hubungan Tamadun dengan Agama


1 Dalam konteks Islam, tamadun dan agama mempunyai pertalian yang amat rapat.
Agama Islam telah menjadi sumber inspirasi dan kekuatan umat Islam untuk
membentuk tamadun Islam. Tamadun Islam ialah manifestasi ajaran agama yang
bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Sebaliknya, tamadun Barat tidak bersumberkan ajaran agama, tetapi bersumberkan fahaman kebendaan atau materialisme. Islam
bukanlah agama yang lahir daripada perkembangan tamadun, tetapi Islam itu sendiri
melahirkan tamadun yang berteraskan sumber ajaran Islam.
2 Dari sudut sumber rujukan, kehidupan beragama dan cara hidup atau kebudayaan
bersumberkan ketuhanan dan kepercayaan, sementara tamadun bersumberkan
pemikiran dan usaha manusia untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang
kehidupan seperti politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan.
3 Dalam konteks hubungan pula, agama mementingkan hubungan yang sejahtera
sesama manusia dan hubungan manusia dengan Tuhan. Manakala hubungan dalam
konteks tamadun hanya menekankan aspek hubungan manusia sesama manusia dan
hubungan manusia dengan benda atau alam sekitar.
4 Nilai-nilai yang terhasil daripada sebuah tamadun adalah nisbi. Misalnya, nilai
kecanggihan, keberhasilan dan ketekunan. Sementara nilai agama bersifat mutlak
seperti pahala dan dosa, wajib, haram, makruh dan sunat.
5 Pencapaian yang gemilang dalam pelbagai bidang kehidupan yang menjadi matlamat
utama tamadun adalah juga matlamat utama pencapaian sebuah kehidupan agama
yang tinggi.
6 Kemunculan tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama
yang berperanan membentuk pandangan semesta dan nilai kehidupan yang terpuji.
Perkara ini dapat dilihat berdasarkan peninggalan bangunan dan artifak tamadun silam
yang dapat menggambarkan penghayatan yang tinggi terhadap kehidupan beragama.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 6

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

7 Namun begitu, bukan semua tamadun dipengaruhi oleh agama sebagaimana tamadun
Barat kontemporari yang lebih cenderung memencilkan nilai-nilai keagamaan. Selain
itu, terdapat beberapa tamadun yang turut mengumpulkan pelbagai agama yang
berbeza sebagai pegangan. Fenomena ini dapat dilihat pada zaman tamadun Islam
yang lalu, apabila tidak semua yang bernaung di bawah tamadun itu terdiri daripada
penganut Islam.

1.4.2 Hubungan Tamadun dengan Budaya


1 Definisi budaya mengikut Kamus Dewan ialah tamadun, peradaban dan cara
berkelakuan. Manakala kebudayaan membawa maksud keseluruhan cara hidup yang
merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan segala hasil kegiatan serta penciptaan
yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat.
2 Menurut Karl Wittfogel dalam bukunya Approaches to Asian Civilization
mendefinisikan tamadun sebagai ciri kebudayaan secara keseluruhan daripada sesuatu
negara berdasarkan pemikiran dan kepercayaan.
3 Arnold Toynbee dalam bukunya A Study of History menjelaskan bahawa tamadun
sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Beliau menambah
lagi bahawa tamadun merupakan suatu kumpulan pemikiran daripada pelbagai
manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab
membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral.
4 Tamadun dan budaya mempunyai perhubungan yang rapat kerana budaya masyarakat
yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun. Budaya kehidupan
sesebuah masyarakat merujuk kepada tatacara mereka bertindak ke atas persekitaran
(termasuk persekitaran sosial) dalam mengurus kehidupan secara kolektif. Masyarakat
yang berbudaya tinggi sudah pasti mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan
moral yang juga merupakan ciri-ciri kehidupan bertamadun. Walau bagaimanapun,
tamadun berbeza daripada budaya sekiranya dilihat daripada dua keadaan berikut:
Pengaruh daripada natijah tamadun berkekalan lebih lama berbanding dengan
pengaruh daripada natijah budaya. Dengan pengertian lain, sesuatu natijah
budaya yang kekal lama dalam sesebuah masyarakat merupakan natijah tamadun.
Contohnya, kesetiaan kepada maharaja merupakan satu natijah tamadun dalam
masyarakat Jepun meskipun sistem politik mereka telah jauh berbeza daripada
keadaan silam. Manakala cara mereka berpakaian dan pemilihan jenis makanan
pula merupakan natijah budaya kerana telah mengalami banyak perubahan dalam
tempoh 100 tahun ini.
Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah sedangkan budaya
selalunya dikaitkan dengan negara atau wilayah tertentu sahaja. Tamadun Islam
misalnya mengandungi beberapa budaya mengikut negara atau wilayah yang
berbeza. Contohnya, budaya berpakaian masyarakat Islam di rantau Melayu
berbeza daripada masyarakat Islam di Semenanjung Arab sungguhpun mereka
berada di bawah naungan tamadun yang sama.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 7

3/23/12 12:10:26 PM

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

1.4.3 Hubungan Tamadun dengan Bangsa


1 Hubungan antara tamadun dengan bangsa tidaklah begitu ketara meskipun terdapat
beberapa tamadun yang sering dikaitkan dengan sesebuah bangsa seperti tamadun
China dan tamadun India. Lazimnya sesebuah bangsa mempunyai pertalian yang
rapat dengan sejarah, tradisi dan budaya kawasan geografi tertentu. Sebaliknya sifat
tamadun merentasi sempadan geografi yang secara langsung melampaui batasan
kebangsaan.
2 Terdapat beberapa tamadun yang mengandungi lebih daripada satu bangsa.
Contohnya tamadun Barat yang mengandungi pelbagai bangsa seperti Inggeris,
Jerman, Perancis, Itali dan lain-lain.
3 Tamadun Islam juga mengandungi pelbagai bangsa yang turut menyumbang
kegemilangannya seperti bangsa Arab, Barbar, Turki, Moghul, India, Melayu, China
dan lainnya.

1.5

Kelahiran dan Perkembangan Tamadun

1 Tamadun awal bermula di lembangan sungai. Manusia berhijrah dan membina


petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah
dengan membina sistem pengairan.
2 Aktiviti ini membawa kepada lebihan penghasilan makanan yang mampu menampung
keperluan penduduk yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, terdapat
kawasan petempatan yang tidak menghasilkan bahan mentah. Barangan seperti
logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk dari luar untuk ditukar dengan
hasil pertanian yang diusahakan oleh penduduk lembangan sungai.
3 Perubahan kehidupan sebuah masyarakat yang tidak bertamadun kepada kehidupan
bertamadun boleh berlaku secara beransur-ansur atau secara drastik.

1.6

Faktor-faktor Kemunculan dan Kejatuhan Tamadun


Dunia

1.6.1 Faktor-faktor Kemunculan Tamadun Dunia


Antara faktor kemunculan tamadun dunia adalah sebagaimana yang berikut:
Kedudukannya yang Strategik
1 Petempatan awal masyarakat bertujuan memperoleh sumber semula jadi demi
kelangsungan hidup.
2 Faktor lokasi yang merujuk kepada kesesuaian faktor geografi telah dilihat
menggalakkan kemunculan tamadun China di lembangan sungai Hwang-He dan
Yangtze, tamadun India di lembangan sungai Ganges dan Brahmaputra, tamadun
Mesopotamia di lembangan sungai Tigris dan Euphrates dan tamadun Mesir di
lembangan sungai Nil.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 8

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Rangsangan Keagamaan dan Kerohanian


1 Ajaran agama dan amalan rohani mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai
kehidupan yang murni serta membentuk kehidupan bertamadun.
2 Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha
membangunkan kehidupan mereka menuju kepada kesempurnaan nilai dan
ketinggian budaya. Inilah permulaan kehidupan bertamadun.
3 Contohnya kemunculan tamadun Islam banyak dipengaruhi oleh penghayatan cara
hidup Islam.
Penghayatan yang Tinggi terhadap Moral
1 Nilai-nilai murni yang wujud pada sesebuah masyarakat seperti kreativiti, ketekunan,
kerajinan dan semangat berdisiplin menggalakkan kecintaan kepada ilmu.
2 Pemimpin yang mempunyai nilai moral terpuji seperti adil dan bertanggungjawab
akan mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara.
3 Penghayatan nilai-nilai murni telah dilihat wujud pada hampir kesemua tokoh
tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung
Fu-Tze dalam tamadun China, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta alFarabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam tamadun Islam.
Kesengsaraan Hidup
1 Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat
untuk bekerjasama menggembleng tenaga bagi membebaskan diri mereka daripada
belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah masyarakat
itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan.
2 Hakikat ini bersesuaian dengan pepatah Inggeris yang menyatakan necessity is the
mother of invention (keperluan kehidupan merupakan ibu segala reka cipta).
3 Dalam konteks zaman moden, kemunculan Jepun sebagai negara maju sering kali
dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang
Dunia Kedua.
Toleransi yang Tinggi terhadap Sumbangan Tamadun Lain
1 Toleransi terhadap sumbangan tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka
untuk menerima sumber yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya
membantu kemunculan tamadun baharu.
2 Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi
dan saling interaksi antara tamadun. Contohnya sikap terbuka tamadun Islam yang
menerima sumber-sumber tamadun lain seperti Yunani, Parsi, India dan China.
Budaya Masyarakat yang Tinggi
1 Tatacara yang tersusun dalam pentadbiran dan perekonomian telah memakmurkan
kehidupan masyarakat yang mendorong ke arah kegemilangan.
2 Pada zaman kegemilangan sesebuah tamadun, dapat diperhatikan pencapaian yang
luar biasa dalam pelbagai bidang termasuklah kesenian, kesusasteraan, pemikiran dan
falsafah.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 9

3/23/12 12:10:26 PM

10

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

3 Kegemilangan sesebuah tamadun juga dapat dilihat dari segi penciptaan teknologi
yang seterusnya berkembang dalam tamadun-tamadun selepas itu.
Politik yang Kukuh
1 Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat
sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan
Kod Hammurabi (179250 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem
hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal
dengan sistem beraja dan sistem pembesarnya seperti empayar Melaka.
2 Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang di
sekitar 1400 M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan
Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang
bermula di lembangan Sungai Kuning (Hwang-He) juga ditentukan kesinambungan
hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan.
Ekonomi yang Mantap
1 Ekonomi tamadun awal banyak bergantung kepada sungai sebagai sumber air,
pertanian dan keperluan harian. Kegiatan perdagangan, perkapalan dan sistem cukai
juga berpusat di sungai.
2 Ini dapat dibuktikan kerana hampir semua tamadun awal di dunia telah bermula di
sekitar lembah atau lembangan sungai. Contohnya, Sungai Indus di India, Sungai Nil
di Mesir, Sungai Hwang-He di China, Sungai Tigris dan Euphrates di Mesopotamia
dan sungai serta pelabuhan di Selat Melaka.
Interaksi antara Tamadun
1 Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun lain merupakan
rangsangan kepada kehidupan bertamadun. Hal ini kerana, sikap toleransi kepada
sumbangan tamadun lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai
yang baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan
tamadun baharu.
2 Interaksi antara dua tamadun atau pelbagai tamadun memungkinkan berlakunya
penyebaran pengaruh positif dalam bidang agama, politik, ekonomi, sains dan
sebagainya.
3 Walau bagaimanapun, setiap tamadun (dalam sejarah) mengalami zaman kemerosotan
masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat beberapa tamadun berlangsung
untuk satu tempoh masa yang begitu panjang. Contohnya, tamadun Romawi
berlangsung dari zaman Augustas sehingga ke zaman Aurelius (30 S.M180 M).
Begitu juga dengan tamadun Islam Uthmaniyah dari tahun Masihi 1299 sehingga
1922, lebih daripada enam abad.
4 Benarkah kemerosotan sesebuah tamadun itu disebabkan hukum sejarah yang pasti
berputar setiap masa? Menurut Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun itu ialah
putaran sejarah (cyclic history). Pada peringkat permulaan ia berjaya kerana mempunyai
nilai-nilai yang baik, tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 10

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

11

kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan. Sebaliknya, para sarjana yang lain
berpendapat sesebuah tamadun itu merosot bukanlah disebabkan hukum sejarah.
Kemerosotan sesebuah tamadun itu boleh dielakkan sekiranya mereka belajar daripada
sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.
U

EROPAH

Laut Hitam
Laut
Troy
Byblos
Mediterranean Mycence

Laut Kaspia

S.

PENARA
TIBET

Lau

us
Ind

S.

Mohenjo
Daro

Ho
Anyang

Loyang

S. Brahmaputra
e
S. G
S. Yangtz Cheng-chou
ange
s
CHINA

INDIA

era

S.Nil

Harappa

Teluk
Parsi

tM

Pusat Peradaban
Tamadun Pertama

S. Eupharates

Ur

MESIR
AFRIKA

is
gr

Ti

Knossos Tyre
Memphis

an

Hu

LAUT CHINA
SELATAN
LAUTAN HINDI

Peta 1.1 Tamadun Dunia Terawal 35001500 S.M:


Mesopotamia, Mesir, Crete, Indus dan Shang

1.6.2 Faktor-faktor Kejatuhan Tamadun Dunia


Sesebuah tamadun akan mengalami zaman merosot dan diikuti dengan kejatuhan
apabila kepimpinan dan rakyatnya tidak mampu mengatasi faktor-faktor yang membawa
kejatuhan. Antara faktor berkenaan adalah:
Jurang KayaMiskin
1 Ketidakadilan berlaku dalam masyarakat apabila wujud jurang perbezaan yang ketara
antara kaya dengan miskin.
2 Situasi seperti ini dapat diperhatikan di penghujung tamadun Romawi pada abad
ke-3 dan ke-4 M. Begitu juga dapat diperhatikan di penghujung pemerintahan
kerajaan Turki Uthmaniyah.
3 Jurang antara kayamiskin akan menimbulkan konflik dan pertentangan yang
membawa kepada keruntuhan masyarakat dan negara.
Penindasan dan Kezaliman
1 Kehidupan bertamadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan
dan perundangan tidak dihormati.
2 Berdasarkan sejarah, kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan tamadun
Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai, terutama dalam
kalangan pemimpin. Seorang penyair Arab, Ahmad Shauqi Bek pernah menukilkan:
Sesungguhnya tertegaknya sesebuah umat itu disebabkan ketinggian moralnya.
Sekiranya moral mereka hilang, maka umat tersebut akan lenyap.
3 Wilayah-wilayah kolonial yang merupakan sebahagian daripada tamadun Barat telah
tumbang disebabkan penindasan dan kezaliman yang dilakukan.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 11

3/23/12 12:10:26 PM

12

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

4 Berlakunya keruntuhan moral dan nilai masyarakat, terutama dalam kalangan


pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekerti yang
murni dan mulia.
Sikap Tertutup
1 Sikap tidak menerima perubahan, terutamanya perubahan teknologi atau perubahan
dalam struktur politik, ekonomi dan sosial salah satu faktor keruntuhan sesebuah
tamadun. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi
sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan
yang beku atau jumud berpanjangan.
2 Seorang tokoh pemikir Barat semasa, Edward de Bono menyatakan bahawa sikap
tertutup merupakan halangan yang paling besar terhadap anjakan paradigma.
3 Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana tamadun Islam Uthmaniyah mengalami
keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima
perubahan teknologi dan sosial.
Malapetaka atau Bencana Alam
Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun.
Walau bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada
berlaku. Misalnya, kejadian Tsunami yang melanda Acheh dan Jepun.
Keruntuhan Akhlak/Moral
Keruntuhan akhlak umat terutama para pemimpinnya menandakan saat keruntuhan
negara dan tamadun. Apabila sesebuah umat mengabaikan penghayatan nilai-nilai murni
dalam kehidupan maka akan tersebar luas gejala keruntuhan moral. Seorang penyair
Arab, Ahmad Shawqi Bey pernah bermadah yang maksudnya, Sesungguhnya tertegak
sebuah umat itu disebabkan ketinggian akhlaknya, sekiranya akhlak mereka runtuh maka
umat tersebut akan turut lenyap.

1.7

Interaksi Tamadun

Interaksi merupakan hubungan aktif yang saling bertindak balas atau saling mempengaruhi
antara satu sama lain. Agama, pegangan nilai, bahasa, budaya, adat dan sistem sosial mempengaruhi interaksi pelbagai tamadun. Kewujudan interaksi antara tamadun lahir disebabkan
semangat toleransi yang tinggi serta sikap saling menghormati antara sesebuah tamadun
dengan sesebuah tamadun yang lain. Sikap demikian menyebabkan bercambahnya ilmu
dan budaya serta mengelak daripada berlaku kemerosotan sesebuah tamadun.

1.7.1 Faktor-faktor Interaksi antara Tamadun


Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi interaksi antara sebuah tamadun dengan
tamadun yang lain, antaranya:
(a) Kepimpinanperanan pemimpin melalui pelaksanaan visi dan misi untuk
memajukan bangsa dengan aktiviti interaksi.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 12

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

13

(b) Peranan golongan agamawanmelalui motivasi agama dan dakwah.


(c) Geografikedudukan yang strategik memungkinkan berlakunya interaksi.
(d) Perkahwinanantara pasangan yang berlainan etnik, bangsa dan budaya yang
menyebabkan berlaku asimilasi.
(e) Perdaganganmelalui proses hubungan dua hala antara negara-negara yang
berdagang.
(f) Misi politikmelalui pelbagai pendekatan sama ada penaklukan, penjajahan atau
kerjasama antara pelbagai negara.

1.7.2 Jenis-jenis Interaksi


Terdapat dua bentuk atau jenis interaksi, iaitu:
1 Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang sama adalah bercirikan:
(a) Semua sempadan adalah sama.
(b) Perbezaan kecil dari segi variasi kerana perbezaan geografi.
(c) Mudah berinteraksi dan perubahan adalah kecil, malah berlaku pemantapan
(positif) atau tertutup (negatif).
(d) Devian (penyelewengan) mudah dikenali dan ditolak kerana masih mengekalkan
sempadan yang ada, misalnya teorisme dan ajaran sesat.
(e) Pemimpin yang ingin menguasai dunia akan menimbulkan kacau-bilau dan
peperangan (seperti Hitler, Bush dan Nepoleon).
(f) Semangat nasionalisme yang sempit (ultranasionalisme) seperti usaha Jepun
meletakkan seluruh dunia di bawah satu bumbung penguasaan Jepun atau hakkoichui; membawa kepada penglibatan Jepun dalam Perang Dunia Kedua.
(g) Persaingan menguasai sumber ekonomi negara lain bagi memenuhi keperluan
ekonomi kapitalis seperti negara-negara Barat menjajah hampir seluruh dunia
dengan matlamat 3G (Gospel, Gold and Glory).
2 Interaksi dalam lingkungan budaya dan bangsa yang berbeza adalah bercirikan:
(b) Interaksi antara budaya dengan peradaban yang berbeza.
(c) Interaksi antara peradaban yang dominan dengan yang tidak dominan.
(d) Contoh interaksi antara masyarakat Islam dan Hindu Buddha di Asia Tenggara.

1.7.3 Penghalang Interaksi


Antara faktor yang boleh menghalang berlaku interaksi adalah:
(a) Daerah/geografi
(b) Semangat nasionalisme yang sempit (unilateral)
(c) Kaum migran dan bukan migran (tiada toleransi)
(d) Bahasa (kebangsaan, antarabangsa dan etnik)
(e) Kepercayaan (Islam dan bukan Islam)
(f) Budaya (kebangsaan, Melayu dan etnik)
(g) Penguasaan ekonomi (bukan bumiputera [minoriti] dan bumiputera [majoriti])
(h) Penguasaan politik (bumiputera [majoriti] dan bukan bumiputera [minoriti])
(i) Tiada kumpulan yang dominan

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 13

3/23/12 12:10:26 PM

14
(j)
(k)
(l)
(m)
(n)
(o)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

Pemikiran penjajah (pendidikan [Barat bukan Barat], status sosial, elit)


Penguasaan teknologi
Konflik dan pergaduhan antara etnik
Peperangan dan keselamatan
Tradisional dan moden
Definisi bangsa, budaya dan peradaban

Perkembangan dan kemajuan dalam bidang komunikasi kini, terutama kecanggihan


dan pencapaian maklumat tanpa sempadan mengurangkan faktor penghalang dan
meningkatnya hubungan antara tamadun.

1.7.4 Pelbagai Contoh Interaksi Negatif


(a) Perang Salib antara Kristian dengan Islam yang memakan masa lebih 200 tahun
(b) Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi oleh pemeluk agama Kristian Eropah
pada abad ke-9, ke-8 dan abad ke-20 (Nazi)
(c) Pembunuhan ke atas pemimpin-pemimpin yang sederhana dan cintakan keamanan
(misalnya keluarga Gandhi, keluarga Ismail Faruqi dan Hasan al-Banna)
(d) Pembunuhan orang Islam dan pemusnahan masjid oleh orang Hindu di Ayudhya,
India
(e) Peristiwa atau tragedi 13 Mei 1969 dan tragedi di Kampung Medan
(f) Peristiwa pembunuhan ke atas umat Islam di Tak Bai, Pattani
(g) Peristiwa serangan Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) pada 11 September
2001
(h) Ethnic cleansing di Bosnia dan lain-lain

1.7.5 Contoh Interaksi Sejarah dalam Konteks Malaysia


1 Interaksi dengan tamadun India
(a) Bahasa
Percampuran bahasa antara bahasa Sanskrit dengan bahasa Melayu, bahasa Tamil
dengan bahasa Melayu seperti perkataan amma, appa, pancaindera, maharaja,
mahaguru (IndoEropah, pura, kepala, mantra, kaca dan cinta).
(b) Kesenian
Lahirnya seni taman, seni binaan yang berunsur India seperti Masjid India, semua
binaan mempunyai kubah ke atas merujuk kepada Tuhan yang esa.
(c) Kesusasteraan
Wayang kulit, Hikayat Seri Rama, Pendawa Lima dan sebagainya.
(d) Pengaruh dalam sistem pemerintahan
Institusi beraja
Konsep dewaraja
Istana dibina atas tanah tinggi
Pembinaan candi
Upacara pertabalan
Penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 14

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

15

(e) Penggunaan gelaran seperti:


Duli Yang Maha Mulia
Seri Paduka Baginda
Seri Nara Dirajabertugas mengisytiharkan pelantikan Raja
Bendaharasebagai menteri
Laksamanasebagai ketua tentera
2 Interaksi dengan tamadun China
(a) Kebudayaan
Budaya BabaNyonya.
(b) Kesenian
Seni bina Cina dalam pembinaan masjid seperti Masjid Tanjung Kling, Masjid
Tengkera, seni kaligrafi dan lukisan cat minyak.
(c) Kesusasteraan
Pertalian bahasa Cina dengan bahasa Melayu seperti tauke, teh, bihun, tauhu,
bakmi, mi, cincau, kueh, bepang, taugeh, kanar, kuaci, kucai, angki (pisang
kaki), tauhu, kincam, lai, laici, teh, behoon, samsu, apek, loki, nyonya, taukeh,
kongsi, cincau, ampau, gua, lu, sengse, samsing, lancau, suwe, toa pekong, tokong,
tekong, banci, cuak, loting, pangkin, bangsal, tongkang, jong, sampan, beca,
langca, pongkis, sempua, sia, tanglong, tangsi, cawan, tekoh, uncoi dan dacing.
(d) China peranakan/Cina kampung seperti Cina peranakan di Kelantan
3 Interaksi dengan tamadun Arab
Dari sudut bahasa dan kebudayaan, lahirnya tulisan Jawi, buku-buku sastera Arab
seperti Kisah Seribu Satu Malam dan Pahlawan Islam. Dalam bidang pendidikan,
kurikulum pendidikan agama dan bahasa Arab di sekolah-sekolah agama; namanama Arab dan nama-nama Nabi dan sahabat digunakan dalam menamakan anakanak yang baru dilahirkan; selain itu, makanan Arab seperti nasi Bukhara, nasi Arab,
pakaian Arab seperti jubah, seni bina masjid dan rumah, filem Arab dan lain-lain.
4 Interaksi dengan tamadun peribumi
Pertalian antara bahasa orang asli dengan bahasa Melayu dari aspek perubatan
tradisional.

1.8

Kesan Positif dan Negatif Pertembungan antara


Tamadun

Pertembungan antara tamadun telah memberi impak yang mendalam ke atas bangsa
dan umat antara kedua-dua buah negara sama ada aspek positif dan negatif; antara kesan
positifnya adalah:

1.8.1 Kesan Positif Pertembungan antara Tamadun


1 Mendapat perlindungan, keamanan dan kestabilan. Contohnya tamadun Islam
dengan Yahudi Arab dalam Perlembagaan Madinah pada zaman Nabi Muhammad
SAW, Empayar Umaiyah dan Abbasiyah memberi perlindungan, keamanan dan
kemakmuran kepada semua rakyatnya tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 15

3/23/12 12:10:26 PM

16

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

2 Interaksi antara tamadun India dengan China telah memungkinkan penyebaran


agama Buddha, seni mempertahankan diri, teknologi pengeluaran gula daripada
tebu, astronomi dan kesusasteraan India dikembangkan di negara China. Sebaliknya,
pengetahuan membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas daripada
tamadun China dapat dipelajari oleh tamadun India.
3 Sementara itu, interaksi antara pedagang ArabParsi dengan negara China telah
mengembangkan perdagangan dan ekonomi. Lebih daripada itu, ramai pedagang
Arab telah menetap di negara China dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, Sung, Yuan dan Ming, telah muncul
beberapa orang tokoh pemimpin Islam dalam pemerintahan negara China. Ini telah
memungkinkan penyebaran Islam dengan lebih meluas dan kewujudan komuniti
Islam di negara China.
4 Interaksi antara tamadun China dengan tamadun Melayu telah melibatkan kemajuan
dalam teknologi dan kebendaan, tetapi tidak mengubah pemikiran beragama.
Barangan dan perdagangan seperti gula, sutera, tembikar dan logam datangnya dari
tamadun China. Hubungan diplomatik negara China dengan Melayu juga semakin
berkembang, khususnya pada zaman Dinasti Yuan dan Ming serta Kesultanan Melayu
Melaka.
5 Hubungan tamadun China dengan tamadun Jepun juga telah membawa kesan yang
amat positif di mana negara China telah membantu masyarakat Jepun dalam aspek
falsafah, agama, kesusasteraan, pertanian dan penggunaan logam.

1.8.2 Kesan Negatif Pertembungan antara Tamadun


1 Penduduk Kristian Eropah telah membunuh orang Yahudi secara beramai-ramai
pada abad ke-9, ke-18 dan Perang Dunia Kedua. Ini disebabkan oleh faktor agama,
falsafah, ketidakseimbangan ekonomi dan sosial.
2 Pada Zaman Pertengahan di Eropah, telah berlaku Perang Salib antara orang Islam
dengan penganut agama Kristian kerana tindakan agresif pemimpin Kristian dan
faktor lain termasuk politik, ekonomi dan sosial.
3 Begitu juga dengan kes di India, yang mana penganut Islam dan Hindu sering
berperang, tegang serta saling berbunuhan.
4 Hubungan antara tamadun India dengan tamadun China juga bermasalah, yang mana
pada peringkat awal perkembangan agama Buddha di negara China, ia mendapat
tentangan hebat daripada penganut Confucius. Para sami Buddha telah ditangkap,
dipenjarakan dan kuil-kuil Buddha telah dimusnahkan.
5 Hubungan antara tamadun Islam dengan tamadun China juga bermasalah. Contohnya
pada tahun 751 M, Panglima Ziyad bin Saleh telah menyerang negara China
sedangkan pada masa itu hubungan baik wujud antara Empayar Abbasiyah dengan
Dinasti Tang. Masalah cemburu dengan kemakmuran orang Islam di negara China
pada zaman Dinasti Han dan masalah perbezaan agama juga menyebabkan berlaku
pemberontakan serta penghijrahan orang Islam Cina ke Asia Tenggara.
6 Setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masingmasing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun disebabkan

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 16

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

17

putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni, tetapi
selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan
dan penyelewengan.
7 Namun, ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot
bukanlah disebabkan hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka
belajar daripada sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik. Berdasarkan
sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan faktor-faktor berikut:
Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dengan yang kaya.
Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia
diketepikan.
Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat, terutama dalam kalangan
pemimpin.
Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan, terutama dari segi sains
dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Hal ini kerana sikap tertutup
ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan
masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Misalnya, tamadun Islam
Uthmaniyah runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima
perubahan teknologi dan sosial.
Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besarbesaran. Walau bagaimanapun, faktor ini di luar kemampuan manusia untuk
menghalangnya daripada terjadi.
Ketidakstabilan politik juga dianggap sebagai kelemahan yang membawa
kepada kemerosotan dan keruntuhan sesebuah tamadun. Contohnya, Tamadun
Mesopotamia yang tidak mempunyai sistem pertahanan semula jadi seperti Mesir,
begitu juga empayar Melaka yang runtuh akibat ketamakan kuasa, tidak bersatu
dan serangan Portugis pada tahun 1511 M.

1.9

Persamaan dan Perbezaan antara Tamadun

1 Disebabkan tamadun-tamadun yang pernah lahir di dunia mempunyai latar belakang


yang tersendiri, maka terdapat begitu banyak persamaan dan perbezaan antara
sesebuah tamadun.
2 Ciri-ciri perbezaan dan persamaan antara tamadun boleh dilihat, terutamanya dalam
konteks teologi dan etika. Contohnya, persoalan teologi berhubung dengan konsep
monoteisme Islam begitu berbeza daripada metafizik Buddhisme yang tidak menerima
konsep Tuhan Pencipta (Creator God). Hinduisme pula sebaliknya, menerima konsep
Tuhan walaupun manifestasi monoteismenya berbeza daripada Islam, Kristian dan
Yahudi. Islam, Kristian dan Yahudi dilihat secara umum merupakan agama-agama
monoteistik, tetapi kepercayaan monoteisme mereka berbeza antara satu sama lain.
3 Persoalan-persoalan teologi, sering dilihat menimbulkan percanggahan pendapat.
Percanggahan pendapat yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku antara satu
tamadun dengan satu tamadun yang lain, tetapi boleh juga berlaku dalam sesebuah
tamadun, malah dalam sesebuah agama itu sendiri. Sekiranya dibandingkan dengan

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 17

3/23/12 12:10:26 PM

18

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

persoalan teologi, persoalan etika sebenarnya kurang menimbulkan kontroversi.


Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog tamadun atau peradaban boleh
berlangsung dalam keharmonian sekiranya fokus lebih ditumpukan kepada persoalan
etika. Dalam konteks melihat perbezaan dan persamaan antara tamadun, tujuh
persoalan etika berikut dikemukakan:
Jadual 1.1 Persamaan dan Perbezaan Tamadun
Etika

Persamaan

Perbezaan

Alam Sekitar

Hidup secara harmoni dengan alam


sekitar merupakan satu prinsip yang
diterima oleh semua agama.
Alam sekitar ialah anugerah Tuhan;
manusia dipertanggungjawabkan
sebagai khalifah yang berperanan
sebagai pentadbir alam sekitar.

Dalam beberapa tamadun tertentu,


memelihara alam sekitar diberi
pentafsiran pasif sehingga alam
sekitar itu disembah dan dilihat
sebagai Kuasa Dewa (Divine
Power).

Keluarga

Keluarga sebagai asas pembentukan


masyarakat begitu dihayati oleh
tamadun tradisional.
Wujud hierarki kuasa yang
menentukan kedudukan kaum lelaki
dan perempuan; amalan ini menjadi
warisan turun-temurun.

Pengabaian terhadap nilai


perhubungan kekeluargaan
masyarakat Barat moden
merupakan penafian hak seseorang
dan bertentangan dengan keadilan.
Konsep kekeluargaan dalam
pengajaran Islam pula begitu
mementingkan kasih sayang dan
hormat-menghormati.

Komuniti

Komuniti sangat berpengaruh dalam


menentukan personaliti dan identiti
seseorang manusia.
Komuniti juga dapat memastikan
bahawa nilai-nilai dan norma-norma
murni dalam masyarakat sentiasa
dihormati.

Dalam sejarah ketamadunan


manusia, dapat diperhatikan
bagaimana identiti seseorang dan
kemantapan komuniti mencapai
keseimbangan dalam beberapa
tradisi tertentu seperti Islam dan
Buddhisme.

Kerajaan

Menekankan persoalan akhlak dan


moral sebagai dasar sesebuah
kerajaan.
Sifat raja adil dan saksama
merupakan tema utama tamaduntamadun.

Kesetiaan yang diberikan oleh


rakyat tetap berpandukan nilai-nilai
moral. Sekiranya seseorang raja
melanggar lunas-lunas keadilan,
maka ketika itu rakyat boleh
menyanggah dengan tujuan untuk
membetulkannya.

Kegiatan
ekonomi

Dalam tamadun tradisional, kegiatan


ekonomi berlaku dalam konteks
Moral Semesta (Moral Universe).
Oleh sebab itu, wujud

Dalam ajaran Islam, prinsip yang


berkaitan dengan halal dan haram
mempunyai hubungan yang rapat
dengan persoalan akhlak. Hakikat

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 18

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

Etika

Persamaan
konsep hak-hak kehidupan dalam
ajaran Buddhisme sebagaimana yang
termaktub dalam salah satu daripada
Jalan Lapan Lapis (eight fold path).

19

Perbezaan
ini menjelaskan bahawa wujud
kegiatan ekonomi yang boleh
mempertingkatkan tahap moral
manusia.

Pendidikan

Matlamat paling utama pendidikan


dalam tamadun tradisional ialah
pembinaan sifat-sifat seseorang
(character-building).
Manusia tidak digalakkan mengusai
persekitaran luaran tanpa perubahan
dalaman.

Dalam ajaran Islam, persoalan


Tauhid memainkan peranan penting
bagi transformasi manusia, tetapi
dalam ajaran Buddha dan beberapa
aliran ajaran Hindu, transformasi
sifat dapat dicapai melalui proses
mencari diri sendiri.

Kesihatan

Mengetahui persoalan konsep


kesihatan dalam tamadun
tradisional tidak boleh dipisahkan
daripada pandangan semesta
sesebuah agama. Faktor penting
konsep kesihatan tamadun
tradisional ialah pandangan dan
pendekatan holistiknya. Holistik di
sini bermakna suatu pandangan
yang mengakui bahawa kesihatan
seseorang dipengaruhi oleh alam
sekitarnya yang lebih luas dan lebih
menyeluruh.

Konsep holistik berdasarkan idea


bahawa segala-galanya yang wujud
saling berhubungan. Kesan besar
daripada konsep holistik bagi
rawatan penyakit begitu mendalam.
Mengubati penyakit bermakna
memulihkan keseimbangan
seseorang dan melalui proses
ini dapat dipulihkan keharmonian
dalam tubuh badan pesakit dan
seterusnya keseimbangan dalam
kehidupannya.

Rumusan
1 Berdasarkan pemerhatian terhadap kehidupan bertamadun, jelaslah bahawa
teras kepada konsep-konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup
dalam tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan.
2 Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanya yang
berkaitan dengan teologi, wujud beberapa perbezaan yang harus kita
fahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu tamadun dengan
tamadun yang lain seharusnya mendorong kita untuk lebih bersikap
toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat.
3 Kesimpulannya, mengetahui persoalan-persoalan dasar berkaitan dengan
ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk
berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih saksama.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 19

3/23/12 12:10:26 PM

20

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA 2E

Rujukan
Al-Attas, S.M. Naquib (1996), Masyarakat Madani Malaysia: Satu Gagasan, Konvensyen
Masyarakat Madani, September 1921, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Azhar Mad Aros et al. (2002), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kertas 1, Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Esposito, J.L. (1995), The Oxford Encylopaedia of the Modern Islamic World, Vol. IE, Oxford:
University Press.
Osman Bakar et al. (2009), Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Ibn Khaldun (terjemahan) (1955), Mukadimah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Said Ramadhan al-Buti (1982), Manhaj al-Hadharah al-Insaniyyah fi al-Quran, Damsyik:
Dar al-Fikr.
Tamadun Islam dan Tamadun Asia (2001), Siri Teks Pengajian Tinggi, Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya (UM).
The New Encyclopaedia Britannica (1998), Vol. XVI, Chicago.
Wing Tsit Chan et al. (1969), The Great Asian Religions, an Anthology, New York: Macmillan
New York, Amerika Syarikat.

Glosari
Budayatamadun, peradaban dan cara berkelakuan.
Hadharahsebuah wilayah, daerah atau ibu kota atau bandar atau kampung dan kawasan
tanah yang ditanami.
Interaksitindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain.
Kebudayaankeseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan
segala hasil kegiatan serta penciptaan yang berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu
masyarakat.
Nisbibergantung pada bandingan dengan yang lain, tidak mutlak atau relatif.
Peradabanberasal daripada perkataan adab yang merujuk kepada tingkah laku serta tutur
kata yang halus (sopan).
Tamadunkebudayaan, kemajuan atau peradaban.
Teologiilmu berkaitan ketuhanan.
Umranbermaksud membangun dan memakmurkan bandar.

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 20

3/23/12 12:10:26 PM

PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN

21

Soalan Perbincangan
Bincangkan soalan di bawah ini secara berkumpulan.
1 Bincangkan dua faktor kelahiran tamadun dan kepentingannya dalam
memantapkan sesebuah tamadun?
2 Huraikan dua faktor keruntuhan sesebuah tamadun dan jelaskan bagaimana
faktor tersebut boleh diatasi?
3 Bincangkan tiga faktor kejatuhan tamadun menurut perspektif Islam?

Oxford Fajar Sdn. Bhd. (008974-T) 2012

01Bab 1_1-21_F.indd 21

3/23/12 12:10:26 PM