Anda di halaman 1dari 10

MENINGKATKAN KEMAHIRAN NYANYIAN PIC SOLFA DENGAN

KAEDAH ZOLTAN KODALY


Justina Anak Daniel Sajat

Chang Yun Ping


Abstrak

Kajian tindakan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kemahiran nyanyian pic
solfa, La, So, Fa, Mi, Re da Do. Kajian ini melibatkan lima orang murid tahun
empat Sekolah Kebangsaan Meranek Kota Samarahan sebagai subjek dan
pemilihan adalah berdasarkan kepada ujian amali, kaedah temubual tidak
berstruktur dan juga nota lapangan yang telah dijalankan. Tinjauan awal dilakukan
membuktikan murid-murid tersebut mempunyai masalah dalam nyanyian pic lagu
solfa. Kaedah Zoltan Kodaly digunakan untuk menyelesaikan masalah ini. Kaedah
Zoltan Kodaly melibatkan dua langkah iaitu nyanyian solfa berjeda dan "Yakinkan
Do saya". Data kajian dikumpulkan melalui tiga kaedah iaitu ujian amali pra dan
pos, pemerhatian rakan kritikal dan amali nyanyian. Melalui pelaksanaan kaedah
Zoltan Kodaly, dapatan kajian menunjukkan peningkatan pencapaian pada nyanyian
pic solfa kelima-lima subjek tersebut. Analisis data menunjukkan peningkatan yang
amat memberangsangkan dan melalui data latihan nyanyian subjek telah
menunjukkan pencapaian 100%. Keputusan keseluruhan membuktikan bahawa
kaedah Zoltan Kodaly adalah salah satu cara yang dapat membantu dan
meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa.

Pengenalan
Saya Justina anak Daniel Sajat merupakan pelajar tahun terakhir dalam Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan Ambilan Januari 2008, opsyen major Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.
Saya berasal dari Kampung Jenan Serian. Pendidikan Muzik dilaksanakan pada julung kali di
seluruh Malaysia melalui Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983.
Pendidikan Muzik KBSR merupakan program pembelajaran bagi persekolahan sekolah rendah
yang memberi tumpuan eleman pengetahuan, kemahiran dan penerapan nilai murni dengan
meliha perkembangan diri dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan
status dalam struktur KBSR, mata pelajaran muzik ini memberi tumpuan kepada peranannya
memperkembangkan domain afektif murid khususnya dalam bidang seni.
Menurut (Nye,&Nye 1985) Muzik juga mempunyai nilai-nilai murni dalam membina akhlak,
keyakinan dan perasaan positif serta menjadi medium dalam kesihatan dari segi fizikal dan
mental. Fokus utama bagi masalah kajian ini adalah murid-murid tidak dapat menyanyikan pic
solfa la, so, fa, mi, re dan do dengan betul dan tepat. Selama tiga semester praktikum yang saya
lalui, topik dan item pembelajaran adalah sama dan setiap aktiviti dan langkah pengajaran dan
pembelajaran adalah berbeza. Namun begitu, sepanjang ketiga-tiga praktikum yang telah saya
laksanakan saya mendapati bahawa setiap sekolah mempunyai masalah yang berbeza tetapi
masalah utama ialah masalah nyanyian pic solfa. Secara jujurnya, saya mengakui bahawa saya
rasa sangat bimbang dan risau akan prestasi murid-murid. Saya tidak pasti, samada masalah
murid dalam pengajaran dan pembelajaran muzik wujud disebabkan saya atau disebaliknya?
Adakah selama ini proses pengajaran dan pembelajaran saya silap atau salah? Praktikum terakhir
saya di Sekolah Kebangsaan Meranek dan saya diberi peluang untuk melaksanakan tindakan
kajian berdasarkan masalah yang saya hadapi. Dengan adanya peluang dan masa yang diberi,
saya perlu menggunakannya dengan sepenuhnya dan mencari data-data bagi menyelesaikan
masalah tersebut dan akan menjadi garis panduan bagi saya di masa akan datang dalam
persediaan menjadi bakal pendidik pada masa akan datang.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

146

Fokus Kajian
Tanggungjawab saya sebagai guru pelatih major muzik adalah untuk mendidik dan mengajar
murid-murid untuk menghayati, mengalami, mengetahui asas pendidikan muzik. Menurut
(Johami Abdullah,1993) beliau telah berhujah bahawa muzik boleh membawa banyak kebaikan
kepada individu. Muzik mempunyai potensi untuk membantu seseorang individu menyedari
keesaan Tuhan dengan lebih mudah, mendapat dan merasai ketenangan jiwa di paras yang lebih
tinggi dan menjadi warganegara yang lebih gembira dan harmoni. Kenyataan ini membuktikan
bahawa semua pelajar berhak mempelajari muzik malah beliau menegaskan bahawa muzik
membawa banyak kebaikan kepada individu. Selain daripada itu muzik juga mempunyai potensi
membantu perkembangan seseorang individu. Pendidikan Muzik diajar di sekolah bukan
bertujuan untuk melahirkan pemuzik tetapi bagi mengeimbangi perkembangan individu. Muzik
memainkan peranan penting dalam kehidupan.
The goal of the music education should not be to train performes technically but to
develop their musical faculties (Zimmermam 1981)
Singing, as a vocal as, is the expression of musical value in vocal tune, it is not
atempt to do something with vokal tune (Louis Bachner,1944;pg23)
Singing has played a most importand part in he history of music.(Reginard Barret
1959;pg14)
Berdasarkan penyataan tersebut jelas menegaskan bahawa eleman dan kemahiran nyanyian
merupakan perkara yang perlu dititik beratkan dalam pengajaran dan pembelajaran muzik.
Selaras dengan objektif sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR iaitu objektif kelima,
Memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul.Asas
pembentukkan nyanyian adalah bermula daripada pic. Pic bermaksud tinggi rendah sesuatu
bunyi dan apabila pic disusun ia akan membentuk sebuah melodi. Melodi yang disusun dalam
sesebuah skor akan membentuk sebuah lagu bagi suatu nyanyian. Seperti yang termaktub dalam
Huraian Sukatan Pendidikan Muzik 2002 iaitu penekanan pada elemen 1.2 Melodi di mana
penekanan kepada tajuk pic. Pic dan melodi saling berkaitan antara satu sama lain dalam satu
keluarga. Menurut Joseph Machlis (1995) A melody is a succession of single pitches or tones
perceived by the mind as a unity. Just as we hear the words of a sentences not singly but in
relation to the entire through, so do we perceive the pitches of a melody in relation to each
other.
Melody cannot separated from pitch and rhythm. Each musical sound in a melody
has two fundamental qualities, pitch and duration. when used secession, pitch plus
duration values from melodie. When pitched changed in melody, the give the
melody direction, sometimes moving upward, downward and staying the same.
(Michon Rozmajzl ,pg 46:2006)
Semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan item 2.2 Pengalaman Muzik
(2.1.2 Menyanyi secara muzikal) di kelas Tahun Empat, saya mendapati bahawa sebilangan
murid saya tidak dapat menyanyikan pic lagu dengan betul.
Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran, saya mendapai bahawa murid saya
sukar menyanyikan lagu mengikut pic yang betul.
(REFPP 070211)
Namun begitu, saya masih ragu-ragu dengan isu tersebut dan pada minggu itu juga tetapi hari
yang berbeza saya telah melaksanakan pengajaran muzik aspek dan item yang sama tetapi aras

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

147

yang berbeza. Langkah pengajaran saya berlainan iaitu menggunakan strategi berkumpulan dan
secara individu, malah masalah nyanyian pic yang tidak tepat juga berlaku.
Pengajaran hari ini dapat dilaksanakan dengan lancar, murid-murid dapat
mempraktikkan postur nyanyian iaitu secara duduk dan berdiri dengan betul, tetapi
sebilangan murid tidak dapat menyanyikan pic dengan betul.
(REFPP 160211)
Menurut Michon Rozmajzl (2006) singing is one of the most important of all musical experinces
and the correctly sing on pitch. Beliau menegaskan bahawa menyanyi merupakan salah satu
pengalaman muzikal yang sangat penting dan perlu dinyanyikan dengan pic yang betul.
Untuk menjiwai muzik, pembelajaran muzik harus dimulakan dengan alat muzik
semula jadi kanak-kanak iaitu suara mereka sendiri. Pendidikan muzik harus
dimulakan dari peringkat awal kanak-kanak lagi. (Zoltan Kodaly, 18821967,dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993)
Kenyataan tersebut jelas menyatakan prinsip-prinsip utama dalam falsafah Kodaly. Beliau juga
telah beberapa kali mengatakan bahawa semua orang harus berliterasi muzikal dan lebih
menekankan kaedah vokal kerana beliau berpendapat bahawa kemahiran vokal harus
mendahului segala jenis kemahiran muzik yang lain dengan alat-alat muzik. Jelaslah bahawa
vokal kanak-kanak sangat penting dalam permulaan dan nyanyian merupakan instrumen penting
dalam penerokaan muzik pada peringkat permulaan. Menurut (Zoltan Kodaly, 1882-1967,
dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993) penekanan yang jelas kepada aktiviti nyanyian,
merencanakan melodi dengan notasi, nyanyian solfa,..merupakan ciri utama dalam pendekatan
muzik.
Berdasarkan kenyataan tersebut, saya menegaskan bahawa nyanyian pic solfa sangat penting
untuk permulaan dalam pengajaran dan pengetahuan pendidikan muzik. Menurut Shahidan
(2009) asas muzik ialah irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan
harian. Walaupun nampak mudah, tetapi nyanyian solfa adalah asas sebelum ke peringkat
nyanyian dan jika nyanyian solfa tidak ditekankan maka peringkat nyanyian seterusnya akan
mengalami masalah.
Saya berasa bimbang dengan sebilangan murid-murid saya yang tidak dapat dan belum
menguasai kemahiran nyanyian pic dengan betul. Minggu ketiga, aspek pengajaran saya hari
tersebut ialah aspek pengalaman muzikal iaitu item 2.1.3 menyanyi solfa la, so, fa, mi, re, dan
do. Berdasarkan refleksi rancangan pengajaran saya mendapati bahawa memang wujud masalah
nyanyian pic solfa di kalangan segelintir murid-murid Tahun 4 saya. Sangat merisaukan, dan
saya tidak dapat mengetahui apakah yang berlaku, dimanakah kesilapan dan masalah utama di
kalangan murid-murid saya. Adakah selama ini pengajaran dan pembelajaran saya silap, atau
sukar difahami. Bagi mengesahkan kewujudan masalah ini, saya telah melakukan beberapa
teknik pengumpulan data dan analisis tinjauan awal. Tinjauan dan data awal yang telah saya
jalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti apakah dan di manakah masalah utama yang
berlaku. Antaranya ialah melalui kaedah pemerhatian, ujian amali dan temubual tidak
berstruktur. Berdasarkan nota lapangan semasa saya melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran, saya mendapati bahawa:
Guru memainkan kibod untuk membimbing murid dalam nyanyian pic solfa. Semasa
nyanyian pic solfa la, so, fa, mi, re dan do menaik dan menurun ada sebilangan murid
yang tidak dapat membunyikan pic dengan betul.
(NL240211)

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

148

Namun begitu saya masih belum berpuas hati, maka dengan itu saya telah melaksanakan satu
ujian amali bagi mengukuhkan masalah yang di hadapi oleh murid-murid saya. Ujian amali ini
dilaksanakan secara individu untuk semua murid tahun empat iaitu dengan menguji setiap murid
dengan menyanyikan pic solfa secara individu dengan menyanyikan pic solfa do, re, mi, fa, so,
la, ti, dan do secara menaik dan menurun. Selepas menganalisis keputusan ujian, saya dapat
rumuskan bahawa terdapat lima orang murid mempunyai masalah dalam nyanyian pic solfa di
mana nyanyian solfa mereka tidak tepat pada pic. Bagi memastikan dan mengesahkan bahawa
kelima-lima orang murid tersebut betul-betul mengalami masalah dalam nyanyian pic solfa, saya
telah menjalankan sekali lagi ujian amali tetapi kali ini ujian amali pic solfa hanya melibatkan
enam pic sahaja kerana selaras dengan Huraian Sukatan Pelajaran tahun empat, peringkat
pengajaran pic solfa terdapat enam pic sahaja iaitu la, so, fa, mi, re dan do.
Jadual 1: Ujian amali Pic Solf
MURID

PIC SOLFA

La
x

So
x

Fa
x

Mi
x

Re
x

Do
x

Petunjuk:
/ : Dapat menyanyi pic dengan betul
X : Tidak dapat menyanyikan pic dengan betul
Ujian amali yang telah dilaksanakan adalah dengan menguji kelima-lima murid dengan
menyanyikan pic solfa secara individu. Setiap murid hanya menyanyikan pic solfa secara
menaik dan menurun sahaja. Dapat dirumuskan bahawa kelima-lima orang murid tersebut
memang mempunyai masalah dalam nyanyian pic solfa.
Menerusi dapatan yang diperolehi daripada ujian amali, saya telah menjalankan satu temubual
tidak berstruktur dengan kelima-lima orang murid tersebut. Melalui temu bual dengan lima
orang murid yang bermasalah dalam nyanyian pic solfa tersebut, saya mendapati mereka
memberi respon dan menyatakan mereka suka aktiviti nyanyian tetapi tidak dapat menyanyi
dengan suara yang betul. Ini bermaksud mereka mempunyai masalah dalam menyanyikan pic
solfa yang betul.
Nurul
Haziq
Fatihah

: ..cikgu..saya tak dapat menyanyilah..suara sik sampe


:..kena saya tak dapat nyanyi cikgu..saya mau nyanyi cikgu
: saya tak dapatlah cikgu,..susah..
(TB 240211)

Maka, objektif kajian tindakan ini, objektif utama yang ingin saya capai ialah untuk
meningkatkan kemahiran nyanyian pic solfa iaitu la, so, fa, mi, re, dan do dengan menggunakan
kaedah Zotlan Kodaly.
Kumpulan Sasaran
Kajian tindakan ini melibatkan seramai lima orang murid, iaitu terdiri daripada tiga orang murid
perempuan dan dua orang murid lelaki.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

149

Jadual 2: Kumpulan Sasaran


Nama murid
Kategori Subjek

Jantina

Tahap pencapaian

Nurul Atikah

Perempuan

Sederhana

Haziq

Lelaki

Sederhana

Saifullah

Lelaki

Lemah

Rohadatul
Fatihah

D
E

Perempuan
Perempuan

Sangat Lemah
Baik

Strategi
Setelah mengenalpasti masalah, saya telah menggunakan kaedah Zoltan Kodaly dalam
pelaksanaan kajian saya. Menurut Choksy(1981);There are very real values from using Kodaly
tecniques of solfa, hand singing and rythm duration yo student in classroom. Solfa is valuable
because is provides pure vowel sound and clean in singing.
Nyanyian solfa berjeda
Menurut (Zoltan Kodaly, 1882-1967,dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993) kanak-kanak
tidak dapat menyanyikan not-not yang berjeda separuh ton atau semiton dengan tepat dan
memuaskan...nyanyian pentatonik do re mi so la tidak terdapat sebarang jeda semiton. Kanakkanak perlu belajar perkara yang mudah dahulu sebelum pergi ke peringkat seterusnya. Terdapat
tujuh urutan dan setiap langkah diulang berkali-kali agar subjek dapat menguasai setiap pic dan
jeda yang dipelajari. Berdasarkan jadual solfa berjeda tersebut, subjek-subjek dibimbing untuk
latihan nyanyian solfa bedasarkan urutan, di mana urutan pertama adalah pada tangga teratas dan
seterusnya. Langkah pertama adalah, guru iaitu saya akan memainkan pic pada urutan pertama
iaitu pic so mi dan diulang secara dua kali, kemudian subjek-subjek saya akan mengajuk pic
tersebut dengan menyanyikannya semula. Langkah dan urutan ini dijalankan berulang-ulang
sehingga subjek-subjek tersebut dapat menyanyikan pic dengan tepat pada setiap urutan
kemudian barulah beralih ke urutan seterusnya
Subjek akan dilatih dan dibimbing untuk menyanyikan not berjeda berulang-ulang dan kerap
kali. Latihan nyanyian dilaksanakan mengikut jadual solfa berjeda.
Jadual Solfa berjeda

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

150

Aktiviti seperti ini mampu mempertingkatkan kemampuan seseorang menyanyi dalam pic yang
sangat baik melalui pendengaran yang aktif dan pendengaran yang aktif dapat memberi
kefahaman tentang perbezaan ton dan kualiti ton.
Yakinkan Do Saya
Dalam langkah ini ia menggunakan konsep moveable Do System dimana not Do berubah
untuk nada yang berlainan dan sebagai contoh, C natural adalah Do dalam nada C major, D
adalah Do dalam nada D major dan sebagainya. Menurut (Zoltan Kodaly, 1882-1967,
dinyatakan dalam Johami Abdullah 1993) sistem do bergerak lebih meyakinkan kanak-kanak
untuk menyanyi di mana-mana tangga nada.
Langkah latihan nyanyian adalah mengikut urutan:
i Subjek dilatih untuk nyanyian solfa dalam nada C major terlebih dahulu dimana
not tonik do adalah C.
ii Subjek dilatih secara berkumpulan terlebih dahulu kemudian secara individu
iii Latihan nyanyian keratan tiga bar dalam tangganada tersebut dijalankan secara
berulang-ulang sehingga subjek dapat menyanyikannya secara lancar dan dapat
menguasai pic nada tersebut.
iv Kemudian subjek dibimbing untuk menyanyikan solfa dalam tangga nada G
major. Sama seperti langkah pada nada C major dimana subjek dilaih dalam
kumpulan terlebih dahulu kemudian secara individu dan latihan nyanyian
dijalankan secara berulang-ulang.
v Setelah selesai latihan nyanyian secara berulang barulah beralih ke nada D
major.
Latihan 1 Nada C Major

Latihan 2 Nada G Major

Latihan 3 nada D Major

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

151

Kaedah Mengumpul Data


Ujian Amali Pra dan Pos
Ujian amali yang telah saya laksanakan terbahagi kepada dua bahagian iaitu ujian amali pra dan
ujian amali pos. Di dalam ujian amali pra dan pos ini, subjek-subjek saya akan diuji secara
individu untuk menyanyikan keenam-enam pic solfa. Semasa melaksanakan ujian amali,
instrumen yang saya gunakan ialah Skor Solfa Lagu Alphabet.
Pemerhatian Rakan Kritikal
Bagi pemerhatian rakan kritikal, saya telah memilih pasangan praktikum saya iaitu Cik Kong Ing
Chie untuk membuat pemerhatian bagi membuktikan tahap pencapaian subjek. Semasa saya
melaksanakan ujian amali pos, rakan klinikal saya membuat pemerhatian pada subjek dan
sekaligus mencatatkan dapatan melalui borang senarai semak yang telah disediakan. Dalam
pemerhatian rakan kritikal ini instrumen yang digunakan borang senarai semak dan borang
tersebut diberi awal sebelum membuat pemerhatian.
Amali Nyanyian
Amali nyanyian solfa yang laksanakan adalah berbeza daripada ujian amali pra dan ujian amali
pos. Pada amali nyanyian tersebut, saya menggunakan solfa lagu London Bridge. Subjek diminta
untuk menyanyikan lagu solfa London Bridge secara beramai-ramai dan diulang secara dua kali.
Kemudian subjek dikehendaki untuk menyanyikan lagu tersebut secara individu. Masa
pelaksanaan latihan nyanyian tersebut adalah selepas melaksanakan ujian amali pos. Semasa
latihan nyanyian dijalankan instrumen yang saya gunakan adalah senarai semak.
Analisis dan Dapatan
Ujian Amali Pra dan Pos
Berdasarkan ujian amali pra dan ujian amali yang telah saya laksanakan pada kelima-lima
subjek, dapat dilihat dengan jelas bahawa keputusan ujian amali sangat berbeza.

Rajah 1: Graf keputusan Ujian Amali Pra dan Pos


Berdasarkan kepada rajah 1, pencapaian tertinggi untuk pencapaian ujian amali pra ialah tiga pic
iaitu pada pic solfa Mi, Re dan Do manakala pencapaian terendah ialah 0 iaitu pada pic solfa La,
So, dan Fa. Menurut Shahidah bin Muhd Yusof (2009:23) penggunaan kaedah sebutan kodaly
dan nyanyian solfa adalah latihan yang amat penting untuk melatih nyanyian. Selepas

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

152

menjalankan kaedah Zolan Kodaly, peningkatan pencapaian subjek sangat memberangsangkan


dan keputusan yang dicapai adalah sangat baik dan cemerlang. Dapat dilihat dengan jelas
bahawa subjek dapat menyanyikan pic solfa La dan Fa yang menunjukkan peningkatan dari 0
kepada 4. Bagi pic solfa So, pencapaian semasa ujian amali pra adalah 0 dan meningkat kepada
5 selepas pelaksanaan kaedah strategi. Namun begitu, peningkatan yang paling cemerlang adalah
bagi pic solfa Do, Mi, dan So dengan mencatatkan peningkatan 100% dimana kesemua subjek
dapat menyanyikan pic solfa lagu Alphabet dengan tepat dan betul.
Pemerhatian rakan kritikal
Jadual menunjukkan jadual kekerapan pic solfa yang dapat dinyanyikan dengan betul dan tepat
oleh kelima-lima subjek kajian tindakan saya. Ia menunjukkan bahawa bagi pic solfa So, Mi dan
Do masing-masing mempunyai kekerapan 5, dan bagi pic solfa La, Fa, dan Re masing-masing
mencapai 4 kekerapan. Berdasarkan jadual kekerapan hasil daripada pemerhatian rakan kritikal,
saya mendapati keputusan pencapaian subjek saya sama dengan keputusan yang telah saya
perolehi.
Jadual 3: Kekerapan Analisis Nyanyian Pic Solfa lagu Alphabet
Kekerapan Subjek
Pic Solfa
La
4
5
So
4
Fa
5
Mi
4
Re
Do
5
Amali Nyanyian
Hasil daripada pemerhatian dan senarai semak telah saya buat, saya mendapati bahawa kesemua
subjek saya telah memberikan pencapaian dan penguasaan yang sangat cemerlang. Dapat
ditunjukkan pada jadual senarai semak latihan nyanyian solfa menunjukkan bahawa kelima-lima
orang subjek saya dapat menyanyikan kesemua pic solfa dengan betul dan tepat.
Jadual 4: Senarai Semak Amali Nyanyian
Subjek

Nyanyian Pic Solfa

La
/

So
/

Fa
/

Mi
/

Re
/

Do
/

Petunjuk:
/ : Dapat menyanyi pic dengan betul
X : Tidak dapat menyanyikan pic dengan betul
Merujuk kepada jadual 4, subjek kajian menunjukkan pencapaian nyanyian pic solfa yang betul
dan tepat secara 100%. Tiada kesilapan nyanyian pic solfa yang berlaku malah menunjukkan
pencapaian yang meyakinkan berbanding dengan keputusan ujian amali pos. Dapatan latihan
nyanyian pic solfa menunjukkan bahawa subjek kajian saya betul-betul dapat menguasai
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

153

nyanyian pic solfa dengan baik. Perbandingan pencapaian mereka menunjukkan peningkatan
yang positif secara keseluruhan dan kesemua mereka berjaya membuktikan yang mereka
lakukan yang lebih terbaik.
Secara keseluruhannya, melalui perbandingan Ujian Amali Pra dan Ujian Amali Pos Nyanyian
Solfa Lagu Alphabet, serta pemerhatian rakan kritikal dan juga Amali Nyanyian Solfa yang
dibuat menunjukkan bahawa kesemua subjek kajian saya mampu mengatasi masalah nyanyian
pic solfa melalui kaedah Zoltan Kodaly.
Refleksi
Kajian tindakan yang telah saya laksanakan ini, memberi banyak manfaat dan faedah kepada diri
saya terutamanya bagi mengetahui dan melatih diri saya agar sentiasa peka dengan masalah dan
keperluan murid-murid. Kajian tindakan ini juga dapat membantu saya untuk memperbaiki
kelemahan dan kekurangan proses pengajaran dan pembelajaran saya. Menurut Shahidah (2009)
melalui aktiviti nyanyian murid-murid berasa senang dan memberi respon secara spontan dan
melahirkan ekspresi diri malah mengalakkan penglibatan mereka secara aktif dalam aktiviti
muzik. Tetapi sekiranya pic nyanyian tidak tepat maka murid-murid tidak dapat melahirkan
respon seperti sedemikaan.
Saya telah menjalankan satu kaedah iaitu menggunakan Kaedah Zoltan Kodaly di mana subjek
dilatih dalam nyanyian berjeda secara berperingkat dan kemudiannya dilatih mengunakan tonik
solfa. Setelah melaksanakan kaedah strategi, hasil dapatan menunjukkan prestasi yang
memberangsangkan dan saya juga dapat merasakan bahawa Kaedah Zoltan Kodaly ini dapat
membantu saya untuk memperbaiki masalah nyanyian pic solfa.
Walaubagaimanapun kekuatan kaedah Zoltan Kodaly dalam latihan nyanyian pic solfa telah
memberi banyak impak kepada subjek malah dapat memperbaiki corak pengajaran dan
pembelajaran saya. Kekuatan kaedah ini adalah dari segi pelaksanaannya iaitu kaedah latihan
yang berperingkat-peringkat. Di mana subjek menjalankan latihan secara berperingkat dan
menggunakan teknik ansur maju iaitu dari yang mudah ke peringkat yang sukar. Sesuai dengan
tahap pencapaian kanak-kanak di mana mereka tidak dapat mempelajari sesuatu perkara
sekaligus pada tahap yang sukar tetapi perlu dibimbing dan diberi latihan secara berperingkat.
Selain itu kekuatan kaedah ini adalah subjek dapat merasakan sendiri bagaimana tahap antara
jeda-jeda solfa yang dinyanyikan. Pengajaran dan latihan ini lebih kepada pembelajaran secara
hands-on di mana murid-murid dapat merasakan dan mengalami sendiri pengalaman dan
pembelajaran tersebut.
Manakala, bagi kelemahan yang dapat saya iaitu dari segi tempoh pelaksanaan yang terlalu
singkat. Segelintir subjek yang sukar untuk dilatih dan diberi pendedahan dalam menggunakan
kaedah dan strategi yang saya jalankan. Kesilapan dari saya sendiri iaitu dimana saya terlepas
pandang dan terlupa meletakkan dan memasukkan pic la dan fa dalam langkah Yakinkan Do
Saya. Kesilapan ini saya ketahui setelah selesai membuat rangka dan draf laporan dan strategi
juga telah dilaksanakan. Saya mengakui bahawa kelemahan dalam diri saya adalah cuai, namun
begitu saya berharap sekiranya diberi peluang unuk menjalankan kajian sekali lagi saya pasti
akan memasukkan pic La dan Fa dalam langkah tersebut.
Kesimpulannya, sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ini dijalankan saya sentiasa memantau
dan memastikan kesemua subjek dan menumpukan perhatian agar mereka terlibat secara aktif.
Bukan setakat untuk mencapai objektif kajian tetapi untuk memperbaiki dan meningkatkan
penguasaan subjek terhadap nyanyian pic solfa dan juga pendidikan muzik sepanjang hayat.
JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

154

Seorang bakal pendidik muzik, saya harus merenung sejauh manakah pendidikan muzik dapat
meningkatkan tahap penguasaan murid-murid malah dapat mencapai visi dan misi falsafah
pendidikan negara. Namun demikian, generasi muda seperti saya seharusnya menunjukkan
kepekaan dan sensitiviti yang lebih ketara kepada soal penghayatan pengajaran dan
pembelajaran muzik.
Cadangan Kajian Seterusnya
Bagi kajian seterusnya, penggunaan Kaedah Pendekatan Zoltan Kodaly masih dikekalkan dan
diguna bagi mengatasi nyanyian pic solfa. Pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan
Isyarat Tangan Kodaly boleh diperkenalkan dan didedahkan kepada murid-murid. Kaedah
Isyarat Tangan Kodaly ini menggunakan isyarat tangan bagi memberikan kedudukan fizikal
setiap pic not. Menurut Zoltan Kodaly; Lois Choksy (1981) The sign language of Kodaly &
Curwen is very useful o teach pupils the correct pitch
Selain daripada itu, nyanyian pic solfa juga boleh dijalankan dengan Perwakilan Grafik.
Perwakilan grafik adalah perwakilan not-not muzikal dengan menggunakan simbol. Dalam
kaedah ini, kanak-kanak diajar untuk menggunakan simbol untuk mewakili not-not dalam
sesebuah lagu. Penggunaan perwakilan grafik juga dapat membantu kanak-kanak menyanyikan
pic dengan tepat dan betul kerana mereka melihat pergerakan not tersebut.
Latihan nyanyian solfa berjeda juga boleh diimprovisasi dengan menyerapkan kaedah
permainan. Fokus kajian adalah peringkat tahap umur kanak-kanak dimana mereka lebih gemar
dan suka akan permainan. melalui kaedeh solfa berjeda yang dijalankan secara permainan boleh
mempercepatkan lagi penguasaan mereka kerana kecerdasan pelbagai mereka diserap masuk
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rujukan
Bachner,L (1944) Dynamic Singing. Great Britian J.B. Mackie & Co Ltd Dunfermline Scoland
Barret,R.B (1959) Singing for fun. Faber & Faber Limited, 24 Russell Square, London
Johami Abdullah (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementeian
Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur
Choksy, Lois (1981) The Kodaly Context: Creating an Environment for Musical Learning. New
Jersey: Prentice Hall
Nye,R.E & Nye,V.T (1985) Music in the Elementary School, 5thed, Englewood Aiffs,NJ:
Pretice HallS
Machlis,J (1995) The enjoyment of music. W.W. Norton & Company.Inc Unied States of
America.
Rozmajzl,M & Boyer,R (2006). Music Fundamentals Methods, and Materials for the
Elementary Classroom Teacher. Pearson Education, Inc: United States of America
Shahidan bin Muhd Yusof (2009). Peningkatan pengajaran dan pembelajaran nyanyian
menggunakan kaedah sebutan bagi murid tahun 4 Sk Hakim,Teh Jitra Pulau Timbul
Kedah. Thesis B.Ed 2009
Zimmerman,M.P. (1981) Child Development and Music Education, dlm. Documentary Report
of the Ann Arbor Symposium.Virginia: Music Educators National Conference.

JURNAL PENYELIDIKAN TINDAKAN PENDIDIKAN MUZIK 2011

155