Anda di halaman 1dari 6

1.

Faktor-faktor perkembangan perdagangan antara Barat dan Timur

1.1

Perkembangan ilmu pelayaran

Ilmu pelayaran atau lebih dikenali sebagai oceanografi merupakan salah satu
pecahan daripada ilmu maritim iaitu berdasarkan kelautan. Jika kita menjejak
sejarah ilmu pelayaran, perkembangan ilmu ini sebenarnya telah melalui beberapa
fasa perubahan iaitu bermula dengan para pelayar polinesia, zaman pelayaran
lautan Mediterranean, dan era penerokaan, sains dan eksplorasi.
1.1.1 Zaman Pelayar Polinesia
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh para sarjana, ilmu pelayaran telah dijejaki
seawal 30,000 tahun lalu melalui para pelayar polinesia yang pada mulanya belayar
untuk melakukan migrasi di kawasan lautan pasifik. 1 Migrasi yang dilakukan oleh
para pelayar polinesia tidak mempunyai pendokumentasian yang lengkap dan
mengapa mereka melakukannya, namun beberapa faktor utama telah dikenalpasti
seperti perang puak, wabak penyakit, mencari keperluan makanan, dan bencana
alam. Pelayaran yang dilakukan kemudianya telah membawa kepada proses
kolonialisasi kawasan Polinesia yang meliputi gugusan-gugusan kepulauan selatan
dan barat lautan pasifik seperti New Guinea, Fiji, Samoa dan lain-lain. 2
Persoalan tentang bagaimana mereka berlayar dari satu pulau ke satu pulau di
kepulauan Polinesia masih menjadi suatu yang samar kepada para pengkaji
maritim. Namun berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan, masyarakat Polinesia
adalah sangat peka terhadap kawasan sekeliling mereka sebagai contoh, peka
terhadap arah ombak serta kesannya terhadap kenu/perahu mereka, perubahan
paras laut dan arah burung bergerak serta corak tempat tinggal hidupan laut di
sekitar kawasan Pasifik.3 Selain itu, masyarakat Polinesia juga merupakan manusia
pertama yang menggunakan ilmu pemerhatian astronomi berdasarkan bintang
untuk

membantu

mereka

menentukan

arah

pelayaran.

Antara

sumbangan

1 Service R.F. 1996. Rock chemistry traces ancient traders. Dalam Science , 274 (5295),1996, hlm
2012.

2 Pugh D.T.Tides, Surges, and Mean Sea-Level. Chichester : John Wiley, 1987, hlm .2.

masyarakat Polinesia terhadap ilmu pelayaran adalah pembentukan peta navigasi


pertama dunia yang dipanggil sebagai carta kayu (stick charts). Peta ini diperbuat
daripada bambu dan beberapa kayu-kayan yang lain dan di ikat bersama. Lokasi
sesebuah pulau biasanya di tanda menggunakan cengkerang atau simpulan,
manakala lengkungan kayu pula mewakili bentuk ombak laut di sekitar pulau dan
bagaimana ombak akan memberi kesan terhadap perahu mereka. 4 Sumbangan
pelayar Polinesia ini adalah jelas dalam menggunakan kedua-dua ilmu lisan dan
tradisi secara turut-temurun, ilmu ini turut menjadi penyumbang kepada berlakunya
penggunaan sistem barter dalam sistem ekonomi awal yang berlaku. Antara contoh
carta kayu (stick charts) adalah seperti yang ditunjukkan dalam foto 1.0 ;

Foto 1.0 : Carta Kayu yang digunakan oleh masyarakat Polinesia pada suatu ketika
dahulu.
Sumber

: Polinesian Stick Charts, dalam

http://thenonist.com/images/uploads/stckchrt7.jpg.
1.1.2 Zaman Pelayaran Laut Mediterranean.
Pada zaman ini, ilmu pelayaran berkembang hasil penerokaan maritim yang
dilakukan oleh masyarakat yang tinggal di kawasan laut Mediterranean beberapa
3 Emmanuel G. Reynaud, Under the Eye of Neptune: An Historical Perspective of Marine
Creature Imagery, New Jersey : Wiley-Blackwell,2014, hlm.5.

4 Thomas Suarez, Early Mapping of The Pacific : The Epic Story of Seafarers, Adventures, and
Cartographers who mapped the Earths Greatest Ocean, Singapore : Periplus Editions, 2004, hlm 5.

ribu tahun yang lalu. Antara masyarakat yang mahir dalam ilmu pelayaran pada
ketika itu adalah berasal daripada Egypt, Phoenicia, dan Crete. Pelayaran yang
dilakukan oleh ketiga-tiga kumpulan masyarakat ini telah berjaya membentuk
sebuah peta laluan perdagangan terawal dunia dan jika diteliti tamadunan Greek
telah muncul dengan pelbagai mitos serta kepercayaan mengenai lautan seperti
dewa dewi yang memerintah lautan (Poseiden, Jason and the Argonauts, dan lainlain). Kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Greek ini telah diwarisi secara
turun temurun dan sekitar 2,900 tahun yang lalu mereka telah menerokai lautan
Mediterranean melepasi selat Gibraltar di kawasan barat. Sumbangan pada zaman
ini adalah jelas dalam pembentukan peta katografi laut di kawasan tersebut yang
membantu mereka untuk melakukan pelayaran dari sebuah bandar ke bandar yang
lain dalam lautan yang sama. Antara peta terawal yang dihasikan adalah pada 1595
oleh Abraham Ortelius, seorang kartografi Belanda dan berikut merupakan contoh
peta yang dilukisnya ;

Foto 1.1 : Peta lautan Mediterranean yang dibuat pada 1595 oleh Abraham Ortelius,
seorang
ahli kartografi Belanda.
Sumber : Map of the Mediterranean Sea made in 1595 by Abraham Ortelius, dalam
http://www.maps-charts.com/Europe.htm, dalam
1.1.3 Zaman Penerokaan dan Eksplorasi Sains (Age of Discovery)
Zaman penerokaan dan eksplorasi sains merupakan titik permulaan era ilmu
pelayaran berkembang secara drastik. Mengikut kajian, zaman ini bermula sekitar
650 tahun yang lalu apabila para pelayar eropah telah banyak melakukan pelayaran
untuk mencari jalan menuju ke bandar-bandar besar di benua lain khususnya

melibatkan Asia Timur dan Eropah. Antara tokoh terkemuka dalam ilmu pelayaran
seterusnya membawa kepada kemunculan era perdagangan pada zaman ini adalah
Prince Henry the Navigator(Portugal). Penubuhan pusat

pembelajaran ilmu sains

dan marin di Sagres,Portugal telah mengembangkan ilmu maritim dan memberikan


asas kepada pengetahuan mengenai laut, arus, dan bagaimana untuk membuat
peta.5 Pada penghujung abad ke-14, Cristopher Colombus telah menjadi pelayar
eropah pertama yang berlayar menuju ke kawasan barat melintasi lautan Atlantik
dengan selamat, manakala pada awal abad ke-15 pula, Ferdinand Magellan berjaya
mengelilingi dunia menggunakan jalan laut. 6 Mengelang awal abad ke-16 dan ke-17,
ekspedisi pelayaran dan penerokaan dunia menerusi jalan laut telah berkembang
dengan drastik apabila kebanyakan empayar Eropah seperti Sepanyol, Perancis dan
Britain telah menggalakkan aktiviti tersebut untuk tujuan bagi mencari kawasan
koloni

baru,

bahan-bahan

mentah,kawasan

perdagangan,

dan

rempah-ratus

daripada India . Ekspedisi yang dilakukan telah menerokai hampir keseluruhan


daripada

kawasan

lautan

benua

dunia

yang

meliputi

kawasan

Atlantik,

Pasifik,Lautan India, Artik dan Lautan Antartika.8


Salah

satu

ekspedisi

yang

boleh

dikatakan

paling

berjaya

dilakukan

oleh

masyarakat Eropah sekitar zaman ini adalah dilakukan oleh Kapten James Cook.
Pelayaran James Cook bersama kapalnya, HMS Endeavour telah meninggalkan
5 Neil Schlager dan Josh Lauer, Science and Its Times : Understading the Social Significance of
Scientific Discovery, London : Gale Group, hlm.9.

6 Voyages of Exploration and Science : The Age of Discovery, dalam


http://www.divediscover.whoi.edu/history-ocean/voyages.html, diakses pada 27 April 2015, 4.00 am

Rempah ratus yang diperlukan oleh masyarakat eropah pada ketika itu bukan sahaja
digunakan untuk menjadi bahan tambahan dalam makanan namun digunakan untuk menjadi
ubat-ubatan untuk menyembuhkan wabak penyakit yang melanda eropah.

8 Jack Goldstone, Why Europe? : The Rise of The West in World History (1500-1850), New York : Lisa
Moore, hlm.9.

pelabuhan Portsmouth,England pada 1768 dan dalam masa 10 tahun sahaja, James
Cook telah mengelilingi dunia sebanyak 3 kali dan berjaya menghasilkan peta
negara-negara besar seperti Australia, New Zealand dan kepulauan Hawaii. Ketigatiga pelayaran ini telah menjadikan beliau mahir dalam selok-belok lautan dan
keadaan sekelilingnya, beliau juga merupakan orang pertama yang mengetahui
bahawa punca penyakit skurvi yang dihidapi oleh kelasi kapal semasa di lautan
adalah disebabkan kekurangan Vitamin C dalam badan. Oleh itu, beliau akan
membawa sebanyak mungkin sayur kubis yang kaya dengan Vitamin C. Seterusnya
pada 1728, seorang pelayar dan pencipta British iaitu John Harrison telah berjaya
untuk mencipta alat yang banyak membantu pelayar-pelayar untuk berlayar di
lautan. Pada ketika itu, kebanyakan para pelayar menggunakan jam pendulum
untuk menentukan masa, namun jam tersebut tidak berfungsi dengan baik untuk
kawasan lautan yang beralun.

Sumbangan Harrison adalah dilihat pada tahun 1736, apabila beliau telah
mencipta jam yang menggunakan spring berbanding pendulum dan jam ini
merupakan alat kronometer pertama yang dicipta dalam sejarah maritim dunia
yang mampu memberi pengiraan masa dengan lebih tepat. Selain itu, kronometer
yang dicipta oleh Harrison juga mampu untuk membantu para pelayar bagi
menentukan sejauh mana pelayaran mereka (sama ada ke barat atau timut)
daripada longitud 0O atau prime meridian, dan ukuran longitud apa yang telah
mereka telah lalui sebelumnya. Menjelang 1761, Harrison kemudiannya telah
mencipta 4 lagi buah jam yang lebih tepat berbanding sebelumnya, jam terakhir
yang digunakan oleh beliau adalah semasa beliau melakukan pelayaran di antara
England dan Jamaica. Jam yang digunakan oleh beliau hanya kekurangan 5 saat
setiap hari dan kapal yang digunakan oleh beliau mampu untuk sampai ke Jamaica
dengan tepat tanpa tersasar.10

9 Emmanuel G. Reynaud.,op.cit, hlm.9.


10 Trevor Day, Ecosystem : Ocean, London : Routledge Taylor & Francis Group
hlm.139.

Foto 1.2 : Kronometer yang dicipta oleh John Harrison


Sumber : John Harrison Choronometer, dalam
http://www.fotolibra.com/gallery/49
403/john-harrisons-chronometer-illustration/.
Oleh itu adalah jelas kita dapat melihat bahawa sumbangan ilmu pelayaran atau
oseanografi

yang

dilakukan

para

pelayar

terdahulu

adalah

sangat

besar.

Perkembangan perdagangan berlaku sejak zaman Greek, yang berlaku di sekitar


lautan Mediterranean dan revolusi drastik perdagangan mula tercetus apabila
beberapa tokoh eropah mula menghasilkan peta-peta lautan dunia serta mencipta
teknologi-teknologi baru untuk memudahkan pelayaran dilakukan. Senario inilah
yang telah membawa kepada kebergantungan serta hubungan yang erat di antara
Barat dan Timur.