Anda di halaman 1dari 15

Sejarah Kedatangan Kaum Cina dan India di Tanah Melayu dan sumbangan

mereka dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu


Pengenalan Kaum India dan Cina di Malaysia
Pada umumnya, terdapat tiga kumpulan kaum yang utama di Malaysia, iaitu orang
Melayu, Cina dan India. Di samping itu, terdapat kaum-kaum minoriti yang lain seperti
kaum bumiputera dari Sabah dan Sarawak. Walaupun orang Melayu merupakan
penduduk asal di Tanah Melayu tetapi kehadiran kaum-kaum lain turut mempengaruhi
dan mengubah sistem sosial masyarakat Melayu di Tanah Melayu sehingga
terbentuknya pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
Sejarah Kaum India di Tanah Melayu
Orang-orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu. Kumpulankumpulan seperti komuniti Chitty Melaka dan komuniti Mamak merupakan keturunan
penghijrah semasa Kesultanan Melaka dan kemudiannya semasa pendudukan Melaka
oleh orang Portugal dan Belanda. Perolehan Negeri-negeri Selat Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura oleh pihak British antara tahun 1786 hingga 1824 memulakan
satu aliran masuk tidak putus-putus yang terdiri daripada buruh, pedagang, supai, dan
banduan yang melibatkan diri dalam bidang pembinaan, pertanian dagangan,
pertahanan, dan perdagangan. Bagaimanapun, penghijrahan orang India secara
beramai-ramai dari subbenua India ke Tanah Melayu menyusul:peluasan pemerintahan
British ke negeri-negeri Melayu yang terletak di pantai barat sejak dekad 1870-an; dan
pertumbuhan ekonomi perladangan getah yang kemudian.
Penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura sebelum kemerdekaan terdiri
terutamanya daripada orang dewasa lelaki yang meninggalkan keluarga mereka di India
and Sri Lanka. Oleh itu, dengan kedatangan dan kepulangan mereka, bilangan
penduduk India naik turun dengan kerap. Pada tahun 1901, bilangan penduduk India di
Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah lebih kurang 120,000.

Menjelang 1931, bilangan ini telah bertambah menjadi 640,000 di Tanah Melayu dan
Singapura, dan di negeri Selangor, bilangan mereka melebihi orang Melayu pada tahun
itu. Bilangan penduduk India hampir-hampir tidak berubah sehingga 1947 disebabkan
mereka pergi ke Myanmar semasa pendudukan Jepun sebagai rekrut untuk Angkatan
Tentera Kebangsaan India, dan kuli untuk Landasan Kematian. Pada tahun 2005, orang
India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8
juta).
Sebab-sebab penghijrahan orang India ke Tanah Melayu banyak didorong oleh
pergolakan dalaman yang berlaku di negara asal mereka. Selepas pertengahan abad
ke-19, India menghadapi masalah pertambahan penduduk yang pesat, iaitu daripada
130 juta orang (1845) meningkat kepada 390 juta orang pada tahun 1941.
Pertambahan penduduk yang pesat menimbulkan pelbagai masalah terutama kaum
tani. Kawasan tanah yang boleh diusahakan semakin terbatas. Ini bermakna sumber
untuk menyara kehidupan keluarga semakin berkurangan kerana bilangan orang
menggunakannya bertambah. Petani yang memiliki tanah mula menjual tanah mereka
kerana terpaksa membayar cukai dan membayar hutang. Manakala petani yang tidak
memiliki tanah terpaksa memajak dari tuan tanah yang mengenakan kadar sewa yang
tinggi. Mereka juga terpaksa menanggung beban cukai yang tinggi dan terikat dengan
hutang daripada peminjam hutang. Ini menyebabkan mereka hidup dalam kesusahan.
Sistem sosial di India juga membataskan mobiliti ekonomi dan sosial. Mereka yang
berasal dari kasta rendah tidak berpeluang untuk meningkat ke taraf yang lebih tinggi.
Sekatan dalam sistem sosial ini diburukkan lagi dengan wujudnya jurang antara mereka
yang berpendidikan dengan golongan yang kurang terdidik atau buta huruf yang
sebahagian besar berasal dari kasta yang rendah. Semua faktor ini membawa kepada
kesengsaraan hidup dan mendorong mereka berhijrah ke negara lain untuk
memperbaiki nasib hidup mereka.

Perkembangan pesat perusahaan getah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20 telah
meningkatkan keperluan terhadap tenaga buruh. Keperluan semakin mendesak kerana
penduduk tempatan enggan bekerja di ladang-ladang getah. Disebabkan tenaga buruh
amat diperlukan dalam sektor ladang getah, orang India dibawa masuk secara beramairamai untuk bekerja di Tanah Melayu. Buruh India dibawa masuk oleh pihak British
kerana mereka sanggup bekerja dengan upah yang sedikit di sektor ladang getah.
Selepas kemelesetan ekonomi dunia sekitar tahun 1930-an, penggunaan tenaga buruh
dari India semakin dikurangkan. Pada tahun 1938 kerjaan India mengenakan sekatan
terhadap pengambilan buruh dari negara itu. Menjelang tahun 1931, hampir satu pertiga
daripada jumlah orang India yang berhijrah ke Tanah Melayu datang dari kasta rendah
yang berasal dari India Selatan. Kebanyakan mereka terdiri dari orang Tamil yang
berasal dari Madras, manakala yang lainnya termasuklah Telegu, Malayali, Punjabi dan
orang Ceylon.
Penghijrahan Tamil
Sebahagian penghijrah India yang amat besar terdiri daripada penutur bahasa Tamil dari
negeri Tamil Nadu. Pada tahun 1947, mereka merupakan 77% daripada jumlah
penduduk India di Tanah Melayu dan Singapura. Orang India Selatan yang lain,
khususnya orang Malayalee dan Telugu, merupakan lagi 14% pada tahun 1947, dan
baki komuniti India terdiri daripada orang India Utara, terutamanya orang Punjabi,
Bengali, Gurjarati, dan Sindhi.
Pembahagian pekerjaan
Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya,
kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang
getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam.
Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti
Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di
ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil
Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan
keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh

Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja
akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu.
Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan
peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang
penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau
pemgawal.Pada masa kini,selepas tahun 70-an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu
sudah mula berhijrah ke bandar akibat banyak ladang-ladang getah telah ditutup dan
dimajukan untuk tujuan lain. Terdapat pekerja yang telah bekerja berpuluh-puluh tahun
telah diberhentikan begitu sahaja dan tidak diberikan apa-apa pampasan.[2].
Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat
meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah tidak dapat
menyesuaikan diri dengan kehidupan bandar. Anak-anak lelaki keluarga seperti inilah,
yang secara signifikan, hidup tak tentu , tak dapat sesuaikan diri dengan kehidupan
bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil dan sederhana. Ada yang
lain pula menggotai kumpulan samseng mungkin kerana disebabkan pengaruh filem
filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau
bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India
Malaysia yang berhijrah ke bandar.
Pada 22 Ogos 2009, YB Dato Dr. S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia
menyatakan bahawa kerajaan sedang mengambil langkah meningkatkan taraf hiidup
pekerja ladang, terutamanya orang India yang berkerja di ladang.[3] Kerajaan nampak
turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi,
sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan
kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa
kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak
sokongan kepada kaum India Malaysia. Terdapat peruntukan RM1 juta setahun (2006)
menerusi tabung bantuan pendidikan Pembangunan Insan Kemahiran Teknikal bagi
melatih belia-belia India yang gagal dalam pelajaran dalam kursus jangka pendek di
Kolej Industri dan Pendidikan Negeri Selangor (INPENS). Belia India bukan sahaja
diberi latihan dalam bidang kemahiran teknikal, tetapi mereka juga diberikan bimbingan
keagamaan setiap hari Jumaat oleh guru agama mereka. Selain itu wang saku juga
diberi sebenyak RM100 sebulan.

Selain itu, Kerajaan negeri Selangor turut mewujudkan Tabung Pendidikan Anak-anak
Pekerja Estet negeri Selangor untuk membantu anak-anak ini melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi dikendalikan oleh Yayasan Selangor dengan peruntukan sebanyak
RM1 juta setahun. Peruntukan sebanyak RM3 juta setahun juga diberikan untuk rumah
ibadat bukan Islam termasuk kuil-kuil berdaftar. [4]
Kelompok etnik yang lain
Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga
kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh
melebihi bilangannya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:
chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan orang Muslim India
Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang
kebanyakannya merupakan pemborong. Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang
kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.
Taburan geografi
Kesepadanan yang rapat antara pembahagian etnik dan pekerjaan komuniti India
dibayangkan dalam taburan geografi kaum India di Tanah Melayu. Orang Tamil India
Selatan bertumpu, khususnya di ladang getah dan landasan kereta api Perak, Selangor,
dan Negeri Sembilan, walaupun sebilangan mereka juga bekerja di limbungan Pulau
Pinang. Orang Telugu banyak terdapat di ladang-ladang getah Perak Bawah dan
beberapa bahagian di Selangor, sedangkan orang Malayalee tinggal terutamanya di
Perak Bawah, Kuala Lumpur, beberapa bahagian di Negri Sembilan, serta di Johor
Bahru.
Komuniti-komuniti perniagaan, iaitu komuniti Gujarati, Sindhi, Chettiar, dan Muslim
Tamil, bertumpu di kawasan bandar, terutamanya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan
Ipoh. Tamil Sri Langka pada umumnya juga merupakan komuniti bandar, walaupun
sebilangan mereka juga tinggal di kawasan-kawasan luar bandar sebagai kakitangan
ladang.
Orang Cina Malaysia

Pengenalan
(Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Mlixy Hurn
atau Cina Ringkas: ; Cina Tradisional: ; pinyin: Mlixy
Tngrn) ialah orang Cina luar negara yang menjadi warganegara atau penduduk tetap
di Malaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang tiba di
Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Di Malaysia, lazimnya
kaum ini dirujuk sebagai "orang Cina" dalam semua bahasa. Istilah Orang Cina Malaysia
agak jarang dipakai di negara ini.
Pendatang Cina awal (sejak abad ke-15 di Melaka; abad ke-18 di Pulau Pinang)
membentuk suku kaum Cina Peranakan atau Cina Selat yang memeluk kebanyakan
adat Melayu secara takat-takat yang berbeza (terhad di Pulau Pinang, menyeluruh di
Melaka), berbahasa Melayu, tetapi mengekalkan amalan agama Cina. Sebaliknya pula,
pendatang-pendatan yang lebih lanjut (seawalnya abad ke-19) yang mengekalkan adat
Cina dikenali sebagai sinkheh ( , "tetamu baru").Kedatangan orang Cina ke Tanah
Melayu secara besar-besaran bermula sepanjang abad ke-19. Pada mulanya, mereka
lebih tertumpu di Negeri-negeri Selat dan kemudiannya secara beransur-ansur mereka
telah memasuki negeri-negeri Melayu yang lain. Kebanyakan orang Cina yang datang
kesini berasal dari tiga wilayah di tenggara Negara China, iaitu Kwangtung, Kwangsi dan
Fukien.
Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya
dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab
agama dan budaya. Ini adalah kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam. Di
bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan
beragama Islam untuk memeluk agama pasangannya. Kebanyakan orang Cina
Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik.

Ekonomi

Orang Cina Malaysia sejak sekian lama mendominasi ekonomi Malaysia, tetapi
semenjak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia
untuk memberi kesamarataan dalam kek ekonomi negara, dominasi mereka dalam
ekonomi menyusut. Sungguhpun demikian, mereka masih membentuk majoriti golongan
berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Hingga 2004, mereka menjadi bangsa
terkaya di Malaysia dengan penguasaan 40.9 peratus jumlah ekuiti hak milik ekonomi
negara.
Pekerjaan
Masyarakat Cina Malaysia telah mendominasi ekonomi Malaysia dengan lebih 90%
kedai komersial dimiliki oleh orang Cina. Orang Cina lebih cenderung kepada berkerja
sebagai pengusaha perniagaan sendiri daripada berkerja dibawah orang lain.
Masyarakat Cina melibatkan diri dalam semua jenis perniagaan di sector swasta.Orangorang Cina yang bekerja sebagai pekerja di sektor swasta yang paling aktif di Komputer,
Automobile, industri Perumahan dan Jualan. Hanya sangat sedikit minoriti bekerja
sebagai pegawai kerajaan di sektor awam. Orang-orang Cina yang melakukan
pekerjaan di sektor kerajaan biasanya merupakan ahli politik.
Status ekonomi
Oleh kerana penyertaan yang sangat aktif dalam kegiatan ekonomi, masyarakat Cina
Malaysia merupakan majoriti daripada "middle class" dan "high class" di Malaysia.
Pendapatan rumah tangga Cina merupakan yang tertinggi di antara 3 kumpulan etnik.
Menurut Sulaiman Mahbob, pada Disember 2007, pendapatan rumah tangga bulanan
rata-rata berada di 4437 ringgit[1] Sebagai hasilnya, orang Cina menjadi penyumbang
terbesar

cukai

pendapatan

dan

pelbagai

cukai

kerajaan

kepada

dana

kerajaan.Masyarakat Cina juga memiliki peratus simpanan tertinggi di Malaysia kerana


telah dibesarkan dengan nilai-nilai tradisional menyimpan untuk kecemasan dan etika
kerja yang baik.

Penghijrahan orang Cina

Kebanyakan pendatang Cina di Tanah Melayu berasal dari China selatan, terutamanya
wilayah Fujian dan Guangdong. Pada abad ke-19, kebanyakan mereka datang untuk
bekerja sebagai "buruh terikat" melalui perjanjian bertulis (indentured labour), dikenali
sebagai kuli ( , "kuasa susah-payah"). Yang selainnya datang secara bebas untuk
bekerja, dan didukung oleh Persatuan Suku Kaum. Populasi orang Cina di Tanah
Melayu mencecah 269,854 pada tahun 1911, dan kira-kira sejuta sekitar tahun 1949.
Suku dialek
Etnik Cina di Malaysia terdiri daripada beberapa suku dialek. Terdapat enam kumpulan
dialek utama: Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew, Hainan dan Hokchiu. Adalah terbukti
bahawa orang yang tergolong dalam golongan suku dialek tertentu tertumpu dalam
bahagian komuniti berbeza di Malaysia.
Orang Hakka membentuk kumpulan dialek terbesar di Malaysia Timur (Sabah dan
Sarawak), bahagian-bahagian di Johor terutamanya Kulai, Selangor-Kuala Lumpur dan
Pahang. Suku Hakka juga didapti di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Perak, di mana
mereka mungkin dijadikan suku dialek terbesar di tempat-tempat tersebut.
Suku Kantonis membentuk suku dialek terbesar di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang,
Negri Sembilan dan Perak di mana golongan ini membentuk peratusan besar dalam
populasi. Suku Kantonis juga membentuk suku dialek terbesar di Johor timur dan
Sandakan, Sabah.
Sandakan pernah bergelar "Hong Kong Kecil" kerana bandar itu pernah dijadikan
tempat tinggal kedua bagi kebanyakan pendatang dari Guangdong, di mana
pemandangannya menyerupai Hong Kong pada 1970-an dan 1980-an. Media bahasa
Kantonis juga disiarkan dalam saluran televisyen Malaysia, terutamanya RTM2 dan 8TV.
Sementara itu, suku Hokkien membentuk suku dialek terbesar di Pulau Pinang, Melaka,
Kedah, Terengganu, Kelantan, Selangor -- terutamanya di Klang dan kawasan pantai
Selangor serta Johor barat. Bahasa Hokkien juga ditutur di ibu negeri Sarawak, iaitu
Kuching. Kebelakangan ini saluran televisyen Malaysia menampilkan rancangan
berbahasa Hokkien dari Taiwan untuk mengimbangkan kandungan dialek-dialek Cina
dalam media Malaysia.

Suku Teochew ditumpukan di beberapa bahagian tertentu di Pulau Pinang, kebanyakan


pulau-pulau di Sabah dan Johor selatan, terutamanya Johor Bahru dan Pontian.
Maka, secara amnya terdapat tiga kumpulan sub-linguistik orang Cina Malaysia yang
selari dengan tiga pusat metropolitan. Kumpulan Pulau Pinang dan Melaka
kebanyakannay bertutur dalam bahasa Hokkien manakala kumpulan Kuala Lumpur,
Seremban dan Ipoh kebanyakannya berbahasa Kantonis dan Hakka. Di selatan
semenanjung Malaysia, terutamanya Johor, bahasa Mandarin paling banyak ditutur oleh
masyarakat Cina di sana, sebagai kesan daripada pengaruh media berbahasa Mandarin
dari Singapura, serta penggunaan bahasa Mandarin dalam pendidikan formal. Ini telah
menyebabkan ramai orang, terutama generasi muda, untuk menyisihkan penggunaan
dialek-dialek Cina yang lain seperti Teochew dan Kantonis. Di Malaysia Timur pula,
bahasa Hakka and Mandarin laris ditutur, kecuali Sibu yang cenderung kepada bahasa
Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.
Pergerakan terkini untuk menyatukan dan menyusun masyarakat-masyarakat Cina
Malaysia, Singapura dan Indonesia memperkenalkan Bahasa Mandarin Baku sebagai
bahasa nasionalisme etnik diaspora.
Banci 2000
Menurut The Encyclopedia of Malaysia: Languages & Literature m/s 52-53, bilangan
penutur bahasa Cina meningkat dari 2,667,452 pada tahun 1957 kepada 5,365,846
pada tahun 2000, iaitu 26% daripada keseluruhan populasi di Malaysia. Sumber data ini
berasal dari Banci Penduduk dan Perumahan 2000,[3] dan bilangan mereka menurut
suku dialek ialah:
Dialek Penduduk[4]
Hokkien (Minnan) 1,848,211
Hakka 1,679,027
Kantonis 1,355,541
Teochew 974,573

Mandarin 958,467
Hainan 380,781
Min Bei 373,337
Fuzhou (Hokchiu) 249,413

Sumbangan kaum Cina dan India dalam proses kemerdekaan Tanah Melayu
Syarat utama pihak British untuk penduduk Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri
ialah kerjasama antara penduduk berbilang kaum dan kewujudan sebuah parti politik
yang kuat untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu. Pada bulan Januari 1949,
beberapa rundingan diadakan antara ketua kaum untuk mencari jalan penyelesaian
politik di Tanah Melayu. Rundingan itu membawa kepada penubuhan sebuah
jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Kaum (CLC).
Pada mulanya, CLC dianggotai oleh Dato Onn bin Jaafar yang mewakili kaum Melayu
dan Tan Cheng Lock mewakili kaum Cina. Keanggotaan CLC kemudiannya ditambah
menjadi enam orang pemimpin Melayu, enam orang pemimpin Cina dan seorang
daripada setiap kaum India, Serani, Ceylon dan Eropah. Penubuhan CLC ialah untuk
mewujudkan kerjasama pemimpin pelbagai kaum untuk berbincang segala masalah
dihadapi antara kaum secara terbuka supaya jalan penyelesaian dan perpaduan kaum
dapat dicapai. CLC memohon satu tempoh peralihan berkerajaan sendiri secara
beransur-ansur dengan memperkenalkan pilihan raya kepada penduduk di Tanah
Melayu serta dasar sama rata antara rakyat yang berteraskan demokrasi dan hak asasi
manusia.
Pada tahun 1951, kerajaan British memperkenalkan sistem Ahli dengan tujuan untuk
memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pemimpin tempatan dalam
pentadbiran negara. Mengikut sistem ini, beberapa orang pemimpin tempatan dilantik
menjadi ahli Majlis Undangan Persekutuan dan diberi portfolio tertentu. Ini seterusnya
diikuti dengan pilihan raya diperingkat tempatan bagi memilih ahli ahli majlis tempatan.
Dalam piliharaya Perbandaran Kuala Lumpur pada 12 Februari 1952, UMNO Selangor

dan MCA Selangor membuat pakatan untuk bekerjasama bagi mengelakkan


pertandingan sesama sendiri. Strategi kerjasama ini menghasilkan kejayaan cemerlang
apabila perikatan UMNO-MCA memenangi sembilan buah kerusi dari 12 kerusi yang
dipertandingkan. Kemenangan ini mendorong UMNO dan MCA untuk mengadakan
kerjasama secara kekal melalui penubuhan Parti Perikatan diperingkat kebangsaan.
Parti Perikatan kemudiannya muncul sebagai sebuah parti politik yang kuat. Pada tahun
1955, MIC yang mewakili kaun India menyertai Parti Perikatan.

Pilihan raya umum pertama diadakan pada 27 Julai 1955 bagi merebut 52 buah kerusi
yang dipertandingkan. Dalam pilihan raya ini, seramai 1.6 juta orang layak mengundi
dan daripada jumlah itu, seramai 1.28 juta orang telah mendaftar sebagai pengundi.
Parti Perikatan mencapai kejayaan besar dalam pilihanraya ini dengan memenangi 51
daripada 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Kemenangan perikatan dicapai hasil
kerjasama dan tolak ansur antara kaum di tanah Melayu.Kemenangan Parti Perikatan ini
membolehkan pembentukan kerajaan dengan Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi
Ketua Menteri PersekutuanTanah Melayu. Beliau kemudiannya menubuhkan sebuah
kabinet yang terdiri daripada 10 orang menteri, iaitu 6 orang daripada UMNO, 3 orang
daripada MCA dan seorang daripada MIC.
Pada bulan Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin parti Perikatan
menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British bagi menyatakan
hasratnya untuk merundingkan soal kemerdekaan Tanah Melayu. Dalam memorandum
tersebut, Parti Perikatan meminta dua perkara, iaitu pemberian kerajaan sendiri secepat
mungkin dan penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan
baharu di Tanah Melayu. Pada bulan November 1955, wakil Raja-raja Melayu dan
Perikatan berunding terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat dan pendirian
bersama tentang beberapa perkara asas seperti kawalan kewangan, pelantikan rakyat
tempatan untuk mengetuai jabatan-jabatan kerajaan, keselamatan dalam negeri dan
penggubalan perlembagaan. Pada 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan bertolak
ke London. Rombongan itu terdiri daripada 4 orang wakil Raja-raja Melayu dan 4 orang
wakil parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke London dengan tujuan untuk berunding
dengan kerajaan British bagi mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Rundingan itu
yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8 Februari 1956, berjaya mencapai beberapa

persetujuan, iaitu kerajaan British bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah
Melayu pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu terus kekal dalam lingkungan Komanwel,
rakyat tempatan akan menggantikan para pegawai British untuk memegang jawatanjawatan penting seperti Menteri pertahanan, Kewangan dan lain-lain, pihak British
dibenarkan menempatkan tentera di Tanah Melayu dan sebuah badan bebas dibentuk
untuk menggubal satu perlembagaan baharu bagi Tanah Melayu.
Pada bulan Jun 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan
dipengerusikan oleh Lord Reid dan dianggotai pakar-pakar perlembagaan dari negara
Komanwel, iaitu Sir Ivor Jennings (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik
(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan dari
semua peringkat. Suruhanjaya Reid menerima sebanyak 131 memorandum secara
bertulis termasuk dari Parti Perikatan dan Raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan
merupakan hasil rundingan, tolak ansur dan kerjasama antara UMNO, MIC dan MCA
yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah Melayu. Antara perkara penting dalam
Memorandum Parti Perikatan ialah kewujudan sebuah kerajaan pusat dan kerajaan
negeri. Mewujudkan institusi Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-pertuan
Agong untuk menggantikan jawatan Pesuruhjaya Tinggi. Majlis Raja-raja yang sedia ada
diteruskan. Pembentukan Parlimen yang mengandungi sistem dua dewan. Kewujudan
tiga badan pemerintah dan pengasingan kuasa. Islam sebagai agama rasmi negara dan
bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan takrif Melayu dalam perlembagaan.
Pada bulan Mei 1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11
orang ahli untuk menyemak dan mengkaji Laporan Reid.
Perjanjian Persekutuan tanah Melayu ditandatangani oleh raja-raja Melayu dengan
Pesuruhjaya Tinggi British pada 5 Ogos 1957 di Kings House, Kuala Lumpur. Perjanjian
itu mengekalkan sebahagian besar struktur Perjanjian Persekutuan 1948 dengan
kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berpelembagaan, pembahagian kuasa antara
kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri, Menteri Besar sebagai ketua eksekutif
negeri, kuasa eksekutif dan perundangan, kuasa kewangan yang dipegang oleh
kerajaan persekutuan dan lain-lain kuasa berkaitan pemerintahan. Pada pukul 12
tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union jack diturunkan di Padang Kelab Selangor

sebagai menandakan berakhirnya penjajahan British di tanah Melayu dan digantikan


dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka. Pada pagi 31 Ogos 1957 di
Stadium Merdeka, wakil Ratu Elizabeth II menyerahkan dokumen pengisytiharan
kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah
Melayu yang pertama. Tunku kemudiannya melaungkan perkataan merdeka dan
disambut oleh ribuan rakyat berbilang kaum.
Kesimpulan
Malaysia ialah sebuah negara berbilang etnik. Tiada satu golongan etnik yang dapat
menegakkan kerajaan sendiri, kecuali melalui kerjasama antara pelbagai etnik.
Kerjasama antara semua etnik utama juga penting supaya tiada kelompok dianiayai
semata-mata kerana percaturan kuasa dan politik sempit.
.

Rujukan Bibliografi
Purcell, Victor, Orang-orang Cina di Tanah Melayu (terj., Penerbit Universiti teknologi
Malaysia, Skudai, 1997
Sandhu, K. S., Indian in Malaya: Some Aspects of their immigation and settlement,
1896-1957, Cambridge University Press, London, 1969.
Zainuddin, Ruslan, Nota Lengkap sejarah Malaysia STPM Edisi Kedua, fajar Bakti Sdn
Bhd, 2004.
Wikipedia versi Melayu, Orang India di Malaysia,
Shamsul Amri Baharuddin, Modul Hubungan Etnik

CTU553
HUBUNGAN ETNIK
EAMA4B
AHMAD FAZLI BIN MUSTAPHA
NO. KP:710912-10-5793
NO. PELAJAR: 2009153745
PENSYARAH: KHAIRUL FAEZI BIN
MOHD SAID

Anda mungkin juga menyukai