Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
TEORI PENAWARAN
Penawaran boleh didefinisikan sebagai kuantiti barang perkhidmatan yang sanggup dijual
oleh pengeluar kepada para pengguna pada suatu tingkat harga tertentu.
Hukum Penawaran
Hubungan di antara harga dan kuantiti yang ditawarkan boleh ditunjukkan secara jadual
dan graf.
Jadual Penawaran
Jadual penawaran menunjukkan kuantiti yang ditawarkan pada tingkat harga yang
berbeza-beza. Di bawah ini adalah contoh Jadual Penawaran bagi buah mangga di Pasar
Serdang.
Kuantiti
Harga sekg.
Penawaran
RM
Kg.
3.40 70
3.20 60
3.00 50
2.80 40
2.60 30
2.40 20
2.20 10
Harga
3.80 Keluk Penawaran
3.60
3.40 S
3.20
3.00
2.80
2.60
2.40
2.20 S
10 20 30 40 50 60 70 80 Kuantiti
Perubahan kuantiti yang ditawarkan adalah disebabkan oleh perubahan harga barang itu
sendiri sahaja. Perubahan hanya berlaku disepanjang titik di atas Keluk Penawaran
sahaja iaitu sama ada ke atas atau ke bawah.
Perubahan Penawaran
Perubahan penawaran menyebabkan Keluk Penawaran beralih sama ada ke kanan atau ke
kiri. Perubahan ini adalah disebabkan beberapa faktor dan dengan andaian harga barang
itu sendiri tidak berubah. Antara faktor-faktornya adalah:
1. Keuntungan Pengeluaran Barangan Alternatif yang lain
Firma atau Pengeluar kebiasaannya akan bertindak balas terhadap perubahan harga
barang lain yang menggunakan sumber atau faktor pengeluaran yang sama. Petani
yang menanam sayur seperti kubis dan sawi misalnya akan menggunakan tanah
untuk menanam lebih banyak kubis sekiranya didapati harga sekilogram kubis
ketara lebih tinggi daripada harga sawi. Contoh lain petani yang mengusahakan
padi dan tembakau, sekiranya harga tembakau lebih tinggi berbanding padi maka
tentulah petani akan menggunakan tanah untuk menanam tembakau.
2. Kos Pengeluaran
3. Tingkat Teknologi
4. Jumlah Pengeluar
5. Polisi Kerajaan
6. Daya Produktiviti