Anda di halaman 1dari 18

1.

Penyediaan Tapak
Penyediaan tapak adalah peringkat permulaan dalam peringkat pembinaan sebelum
kerja sebenar sesuatu projek dapat dijalankan. Penyediaan tapak adalah sangat
penting kerana ia memenuhi keperluan projek dan keadaan sesuatu tapak.
Penyediaan tapak bagi pembinaan yang memerlukan kerja bawah tanah adalah lebih
teliti dan penting kerana ia memerlukan keperluan binaan yang lebih banyak. Aktivitiaktiviti penyediaan tapak termasuklah pembersihan tapak, kerja tanah, penyahairan,
pagar, bangunan dan jalan sementara.

1.1

Pembersihan Tapak Bina (Site Clearing)


Kerja pembersihan tapak bina perlu dibersihkan secara keseluruhannya sehingga
mencapai struktur asal tanah tersebut dan seterusnya diratakan mengikut had yang
ditetapkan dalam pelan-pelan yang diusul. Antara kerja pembersihan yang perlu
diutamakan ialah menebang, meroboh dan membuang pokok-pokok, akar, semaksamun, tumbuhanan, tunggul tanah serta segala jenis struktur binaan lama yang
menghalang proses pembinaan yang terdapat dalam lingkungan kawasan tapak bina
tersebut. Selain itu, sampah-sarap, tanah buangan dan bahan kimia juga perlu dialih
dan dibuang daripada mengganggu kawasan tersebut. Pembersihan perlukan
dilakukan dengan menggunakan mesin jengkaut dan jentolak. Adalah sangat penting
dalam pembersihan tapak bina, kawasan sempadan projek telah ditentukan dan
ditanda di atas tanah supaya kerja-kerja pembersihan tersebut tidak melebihi
kawasan yang ditetapkan. Selain itu, kerja ini perlu diberi perhatian dari sudut
keselamatan di mana terdapat beberapa kawasan tapak bina mungkin telah tersedia
ada menjadi laluan penghubung bagi kabel bawah tanah, paip gas dan sebagainya.
Berikut merupakan beberapa tujuan pembersihan tapak:

1.11

Tujuan pembersihan tapak meliputi:


i.

Memberi kemudahan untuk kerja-kerja penyediaan tapak seperti kerja tanah,

ii.

pemancangan dan penyahairan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah


Kerja-kerja dalam peringkat pembinaan meliputi struktur bawah, strukur atas

iii.
iv.
v.

dan kerja luar dapat disediakan


Mengutamakan keselamatan pekerja-pekerja binaan
Menyediakan laluan keluar masuk sementara
Dapat menyediakan kawasan-kawasan penting seperti bangunan sementara,
tempat simpanan bahan binaan, tangki minyak dan sebagainya

Rajah 1.1.1: Kerja pembersihan tapak

1.2

Kerja Tanah (Earthwork)


Kerja tanah merupakan kerja kejuruteraan dalam proses penyediaan tapak dan
bermaksud penyediaan aras pembentukan (formation level) seperti yang dikehendaki
dalam lukisan tapak. Aras pembentukan ialah aras yang dibentuk sama ada dengan
memotong atau menimbun tanah pada tapak bagi menempatkan struktur bangunan
yang dicadangkan. Ia melibatkan kerja pemotongan (excavation), penambakan
(embankment), pemadatan dan pencerunan tanah di tapak bina. Melalui formasi dan
profil tapak asal yang telah dibersihkan, pelan kerja tanah dirujuk untuk memberi
gambaran aras tanah yang perlu dipotong dan ditimbus. Aras tanah yang tinggi
daripada aras pembentukan, kerja pemotongan tanah perlu dilakukan manakala jika
aras tapak tersebut lebih rendah daripada aras pembetukan, kerja penimbunan
tanah diperlukan. Walaubagaimanapun, sekiranya tapak yang mempunyai aras yang
sama seperti aras pembutakan, ia perlu dikekalkan dan kerja tanah tidak diperlukan.
Sesuatu tanah yang dipotong kebiasaannya struktur tanah tersebut telah sedia ada
padat manakala tanah yang ditimbun perlu dimampat dan dipadatkan terledih
dahulu. Proses tersebut merupakan proses yang paling besar dalam penyediaan
tapak kerana ia melibatkan jentera pengangkutan yang banyak seperti pengorek,
jengkaut, jentolak, lori. mesin kompakter dan sebagainya. Tambahan pula, ia
memakan masa yang lama untuk dikerjakan kerana setiap daripadanya perlu
dilakukan lapis demi lapis lebih-lebih lagi jika melibatkan topografi yang tidak rata
ataupun berbukit dan gaung.
Dalam kes-kes tertentu di tapak binaan yang melibatkan kawasan yang berbatu,
kerja pengalihan batu perlu dilakukan dan dibuang di tempat yang dibenarkan. Jika
batu besar yang tidak boleh diangkut ke tempat lain, proses letupan batu (rock
blasting) perlu dilakukan sehingga kawasan tersebut benar-benar bebas daripada
material keras yang mengganggu pembinaan terutamanya di dalam tanah.
Pemadatan ialah proses untuk meningkatkan ketumpatan tanah yang longgar.
Tujuannya agar dapat mengelakkan hakisan tanah pada tapak yang sudah mencapai
aras pembentukan. Ia mampu merapatkan butiran tanah dan membuang air dan
udara yang terkandung dalam tanah tersebut. Namun, proses ini perlukan dilakukan
secara berperingkat di mana lapisan demi lapisan tanah dimampatkan.

Pencerunan adalah proses untuk mendapatkan permukaan mengikut bentuk dan


kecerunan yang dikehendaki dalam pelan. Cerun adalah penting kepada kerja tanah
kerana ia menjadi penampan atau dinding semula jadi dalam dua aras tanah yang
berbeza. Cerun juga perlulah dilakukan dengan mengikut standard piawai yang
diluluskan. Ia melibatkan proses merata dan melicinkan permukaan tanah dan
seterusnya perlu ditanam rumput sebagai penampan hakisan.

Rajah 1.2.1: Kerja mengaut tanah

Rajah 1.2.2: Proses menggerudi batu untuk aktiviti meletupkan batu

Rajah 1.2.3: Proses membuat cerun bukit

1.3)

Pemancangan (Setting Out)


Pemancangan ialah kerja tanah yang melibatkan proses ukur untuk menanda bagi
menentukan kedudukan titik melibatkan koordinat serta aras ketinggian di atas tanah
berdasarkan penetapan dalam pelan susun atur (layout plan) dan pre-com plan.
Pemancangan ini merupakan satu bentuk rujukan yang menterjemah lukisan di atas
pelan ke atas tanah. Justeru, bentuk yang terdapat di dalam pelan akan dilukis
semula di atas tanah supaya bentuk asal serta aras yang dikehendaki itu dapat
diberikan maklumat tepat untuk proses penyediaan tapak.
Sebelum kaedah pemancangan dilakukan, adalah perlu untuk titik panduan atau titik
datum yang mempunyai koordinat lokasi dan aras ketinggian lokasi tersebut untuk
dirujuk. Titik panduan ini adalah penentu bagi setiap posisi yang akan ditanda dan
diaraskan. Titik datum yang mempunyai aras tanah itu merujuk kepada aras tanah
dari paras laut. Titik datum ini kebiasaannya perlu diletakkan di kawasan tinggi yang
tidak mudah diganggu dan disediakan oleh jurukur yang bertauliah. Kerja-kerja
mengaras dan memancang dilakukan oleh jurukur tanah dan pemancangan itu
kebiasaannya menggunakan pancang buluh, kayu atau besi.
1.3.1) Antara perkara yang boleh dipancang untuk kawasan pembinaan termasuklah:
i.
ii.
iii.
iv.
v.

Tapak rumah
Jalan
Cerun
Struktur binaan (atas & bawah)
Sistem pengairan

Rajah 1.3.1: Pemancangan tapak rumah dan jalan selepas dipotong

Rajah 1.3.2: Pemancangan pada struktur asas binaan

Rajah 1.3.3: Hasil kerja pemancangan selepas kerja tanah untuk mendapatkan asas
tanah binaan rumah dan jalan

1.4)

Pagar / Dinding Adang (Hoarding)


Kerja-kerja pembinaan amat memerlukan pagar dan dinding adang yang sementara.
Mengikut garis panduan dalam kerja pembinaan, ia amat diperlukan dalam satu-satu
tapak bina atas tujuan yang pelbagai. Antara sebab utama diperlukan pagar tersebut
adalah kerana faktor keselamatan dalaman dan luaran pada tapak binaan. Ia
meliputi tujuan keselamatan awam dan keselamatan tapak binaan di mana ia dapat
diasingkan daripada orang ramai yang berada di sekitar. Dari perspektif
keselamatan, secara amnya ia dapat menghalang orang yang tidak berkenaan
daripa memasuki

tapak binaan. Hal yang demikian kerana kawasan pembinaan

adalah tempat berisiko tinggi akibat daripada kerja-kerja berat dalam pembinaan,
termasuklah segala peralatan dan suasananya yang tidak memberi keselesaan.
Justeru, ia adalah berbahaya yang memberi risiko kecederaan fizikal mahupun
kematian kepada manusia jika terjadi perkara-perkara yang tidak diduga.
Selain itu, ia juga memberi keselamatan kepada kontraktor yang terlibat daripada kes
kecurian dan kehilangan. Apabila pihak yang tidak berkenaan dapat memasuki tapak
binaan dengan mudah, risiko untuk terjadinya kecurian, rompakan dan sebagainya
adalah tinggi. Ini kerana segala jentera, peralatan, bahan binaan dan para pekerja
yang merupakan aset mudah menerima ancaman tersebut. Justeru, dengan adanya
pagar ini maka keselamatan tapak binaan akan lebih terjaga kerana dapat
menyukarkan kemasukan orang yang tidak berkenaan.
Secara amnya, pagar yang terdapat di kawasan pembinaan mestilah cukup tinggi
sekurang-kurangnya 2 meter tinggi yang menyukarkan orang untuk masuk,
melompat dan memanjat pagar tersebut. Ia perlulah cukup jelas memberi gambaran
serta penegasan bahawa tempat itu adalah berisiko tinggi dan sedang dijalankan
kerja pembinaan. Pagar perlu diletakkan pada sempadan projek pembinaan. Akan
tetapi, rupa bentuk pagar, struktur dan ciri-ciri pagar adalah berbeza-beza mengikut
keperluan tapak binaan. Pagar yang menutupi lingkungan kawasan pembinaan
perlulah mempunyai pintu keluar masuk utama yang sesuai serta perlu dijaga oleh
pengawal yang berfungsi untuk mengawasi dan memantau kawasan itu.
Sebagai nilai tambah pada fungsi pagar tersebut, pihak pemaju atau kontraktor
disarankan menggunakan idea mereka untuk menghasilkan mesej yang mempunyai
pelbagai kreativiti untuk masyarakat umum. Ini termasuklah membuat iklan promosi
berkenaan projek yang sedang dijalankan, memberi maklumat projek, peta interaktif,
iklan kesedaran dan bermacam-macam lagi bergantung kepada kesesuaian yang

mampu menarik perhatian umum. Malah, terdapat juga pemaju projek yang
membuat keuntungan dengan menyewakan ruangan pagar untuk iklan kepada
syarikat luar, sekaligus dapat memberi variasi dalam bentuk pengiklanan.

1.4.1) Berikut adalah contoh garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan
Rekabentuk Bandar & Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan
pagar perlindungan sementara di tapak pembinaan. Antara syarat-syarat amnya
ialah:
i.

Pembinaan sesuatu bangunan tidak boleh dimulakan sehingga pagar

ii.

perlindungan sementara didirikan untuk mengasingkan kawasan tapak bina


Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina sepenuhnya di sekeliling

iii.

dan menutupi kawasan tapak bina


Bagi pagar perlindungan yang berhadapan dengan jalan utama, pemaju
diwajibkan untuk menghiasi pagar dan pintu masuk dengan illustrasi yang

iv.

menarik yang berkenaan dengan pembangunan tersebut.


Warna pagar perlindungan sementara yang dibenarkan adalah biru atau

v.

kelabu
Pagar perlindungan sementara hendaklah tidak menghalang pili bomba dan

vi.

alat perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada.


Kain kanvas atau plastik hendaklah direntang sekiranya pagar perlindungan

vii.

sementara dibuka sementara waktu.


Kerja-kerja seperti membina sheetpile, longkang tepi dan sebagainya yang
perlu dijalankan tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah dililitkan
dengan pita amaran dengan jarak 1 meter dari kawasan kerja. Kawasan
tanpa pagar perlindungan sementara hendaklah diawasi oleh pengawal untuk
menghalang orang-orang awam daripada mencerobohi ke dalam tapak
pembinaan. Pagar perlindungan sementara hendaklah dibina semula sebaik
sahaja kerja-kerja tersebut siap dijalankan.

Rajah 1.4.1: Ilustrasi rupa bentuk pagar perlindungan sementara

Rajah 1.4.2: Pagar penghandang sementara yang dihias untuk tujuan pengiklanan

Rajah 1.4.3: Pagar asas yang biasa digunakan (biru)

1.5)

Penyahairan (Dewatering)
Penyahairan adalah proses pengepaman untuk pengawalan dan pengeluaran air
dari struktur tanah dan struktur pejal di mana terdapat air berkumpul. Air yang
terkumpul itu akan dialirkan ke satu aras tanah yang lain supaya tempat yang
terkumpul air itu dapat digali atau ditimbus tanah dalam keadaan lebih kering dan
lebih stabil. Ini kerana sumber air yang terkumpul boleh menyebabkan struktur tanah
itu tidak padat dan pemendapan akan berlaku. Malah, banjir juga boleh berlaku
apabila terlalu banyak air yang terkumpul lebih daripada tahap kuantiti kawasan itu.
Terdapat beberapa sumber air yang menyebabkan berlaku pengumpulan air,
antaranya ialah air hujan yang bertakung, sumber air bawah tanah, sistem pengairan
tidak cekap dalam pembinaan, resapan air ke dalam tanah dan sebagainya.
Sebelum sesuatu projek pembinaan dijalankan, kerja mengesan punca air telah
dikaji dan perlulah proses penyahairan ini dilakukan dengan menyediakan laluan air
yang baru seperti lurang atau pembentung air, laluan air sementara dan kolam
tahanan air yang menghubungkan dengan sungai dan sistem perparitan yang
terancang. Kapasiti dan kuantiti air tersebut perlu dikawal pada satu tempat dalam
projek pembinaan supaya ia tidak melimpah keluar ke tempat awam dan juga tapak
pembinaan tersebut.

1.5.1) Antara kaedah penyahairan yang digunakan di tapak binaan ialah:


i.

Sump pumping
Terdapat banyak proses dalam penyahairan, kebiasaannya menggunakan
sump pumping. Air dikumpul pada bahagian paling dalam penggalian dan
dipam keluar. Ia adalah sistem penyahairan yang mudah dan murah. Namun
kaedah ini terhad untuk digunakan dalam tanah yang agak kasar. Jika
digunakan dalam tanah berbutir halus boleh membawa kepada hakisan dan
juga menyebabkan masalah pencemaran disebabkan air yang berkelodak.

ii.

Culvert
Selepas air dipam dan disalurkan, struktur pembentung (culvert) yang
membolehkan air mengalir melaluinya yang tertanam dan dikelilingi oleh
tanah. Culvert dibuat daripada paip yang mempunyai bahan yang berlainan,
bahan konkrit bertetulang dan lain-lain. Fungsi ini amat penting untuk
menyalurkan larian air ke sistem perparitan, kolam tahanan dan sungai.

Rajah 1.5.1: Air yang terkumpul selepas penggalian tanah dan perlu dialir keluar

Rajah 1.5.2: Contoh pam asas yang digunakan untuk menyedut air

Rajah 1.5.3: Sistem perparitan utama untuk memudahkan pengaliran air semasa air dipam

Rajah 1.5.4: Culvert yang berfungsi membantu pengaliran air

1.6)

Bangunan dan Jalan Sementara


Di satu kawasan tapak pembinaan, tapak perlu disusun atur sebelum sesuatu projek
pembinaan dijalankan. Pelan susun atur tapak perlu disediakan melibatkan
bangunan dan jalan sementara. Susun atur tapak merupakan faktor kecekapan kerja
binaan bagi mencapai sasaran kerja binaan di mana ia perlu mengikut spek masa,
kos dan kualiti.
1.6.1) Antara kepentingan susun atur tapak bagi menempatkan bangunan dan jalan
sementara ialah:
i.
ii.
iii.
iv.

Menyediakan tempap penyimpanan segala jentera dan peralatan dengan


baik
Menjamin keselamata pekerja
Penggunaan ruang secara optimum bagi menjalan kerja pembinaan
Penggunaan tenaga kerja, bahan dan komponen pembinaan yang minimum

1.6.2) Antara susun atur tapak yang terdapat dalam tapak pembinaan meliputi:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.

Pejabat tapak
Rumah pekerja (kongsi)
Kantin
Tempat mengumpul bahan binaan / stor
Kawasan tangki minyak dan bahan mudah terbakar
Jalan keluar masuk jentera pengangkutan
Jalan sementara yang menghubungkan kawasan pembinaan

1.6.3) Laluan Keluar Masuk dan Jalan Sementara


Laluan keluar masuk perlu diutamakan di peringkat awal pembinaan bagi
mengelakkan berlakunya kelewatan projek disebabkan tiada laluan. Laluan

keluar masuk perlu mencukupi dari segi kelebaran dan keupayaan galas
tanah supaya dapat menanggung beban jentera berat. Fungsi jalan
sementara adalah untuk membawa masuk dan keluar bahan-bahan dan
komponen. Jalan sementara mestilah saling berhubung antara laluan masuk,
kawasan simpanan dan kerja-kerja pembinaan. Seperti mana laluan keluar
masuk, ia juga perlu mempunyai keupayaan galas yang tinggi untuk
menampung beban agar tidak rosak.

Rajah 1.6.1: Jalan sementara yang menghubungkan tapak pembinaan

Rajah 1.6.2: Pejabat tapak di kawasan pembinaan

Rajah 1.6.3: Rumah pekerja di tapak binaan (rumah kongsi)