Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Berjalan-jalan ke Tanjung Jara,


Bermain pasir bersama rakan,
Kisah Nabi Ayub pilihan cerita,
Mari bersama kita dengarkan. (pantun)
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Tersebutlah kisah suatu cerita,
Kisah Nabi Ayyub diuji Ilahi,
Sifatnya alim, beriman dan bertakwa
Digoda iblis yang iri hati (Syair)
Rakan-rakan sekalian,
Salah seorang malaikat telah berkata; Aku tidak pernah melihat
seorang manusia yang hidup di atas bumi Allah yang lebih baik dari
hamba Allah Ayyub. Dia adalah seorang mukmin sejati dan ahli
ibadah yang tekun. Walaupun mempunyai harta yang banyak,
namun sebahagiannya digunakan untuk menolong orang fakir

miskin. Hari-harinya terisi penuh dengan ibadah, sujud kepada Allah


dan bersyukur atas segala nikmat yang yang ada. Para malaikat
mengakui kebenaran itu bahkan menyebut lagi beberapa sifat dan
tabiat yang lain yang ada pada diri Nabi Ayyub.
Hadirin sekalian,
Percakapan para malaikat yang memuji-muji Nabi Ayyub itu
didengar oleh Iblis laknatullah yang sedang berada tidak jauh dari
tempat mereka berkumpul. Mereka merasa panas hati dan jengkel
mendengar kata-kata pujian para malaikat. Mereka tidak rela
melihat seorang dari anak cucu anak Nabi Adam menjadi seorang
mukmin yang baik, ahli ibadah yang tekun dan melakukan amal
soleh.
Maka pergilah Iblis mendatangi Nabi Ayyub untuk melihat sejauh
mana kebenaran pujian para malaikat itu. Ternyata memang benar
Nabi Ayyub patut mendapat segala pujian itu. Siang dan malam
sentiasa berada di mihrabnya untuk melakukan solat, berzikir,
bertasbih dan bertahmid. Iblis pun menggoda Nabi Ayyub supaya
asyik kepada dunia namun usahanya gagal. Telinga Ayyub pekak
terhadap segala bisikannya dan hatinya sudah penuh dengan iman

dan takwa. Cinta dan taatnya kepada Allah merupakan benteng


daripada serangan godaan Iblis laknatullah.
Hadirin yang dikasihi,
Akan tetapi Iblis laknatullah masih tidak berputus asa lalu
menghadap Allah untuk menghasut. Ia berkata : Wahai Tuhan,
sesungguhnya Ayyub yang menyembah, bertasbih dan bertahmid
menyebut nama-Mu, tidak berbuat demikian seikhlas dan setulus
hatinya kerana cinta dan taat pada-Mu. Ia melakukan semua itu
kerana takut akan kehilangan semua kenikmatan duniawi yang
telah Engkau kurniakan kepadanya.
Lalu Allah berfirman : Sesungguhnya Ayyub adalah seorang
hamba-Ku yang sangat taat kepada-Ku, ia seorang mukmin sejati,
apa yang ia lakukan untuk mendekati dirinya kepada-Ku adalah
semata-mata didorong oleh iman yang teguh dan taat yang bulat
kepada-Ku.
Seterusnya Allah mencabar iblis supaya menggoda Nabi Ayyub
yang terkenal sebagai seorang yang beriman dan bertakwa.
Hadirin sekalian,

Setelah itu, iblis pun mengumpulkan syaitan-syaitan, pembantunya


dan bersepakat untuk merosakkan aqidah dan iman Nabi Ayyub.
Caranya ialah dengan memusnahkan harta kekayaannya sehingga
ia menjadi seorang yang miskin, mencerai-beraikan keluarganya
sehingga ia menjadi sebatang kara. Nabi Ayyub juga diuji dengan
penyakit kulit yang teruk dan bermacam-macam penyakit yang lain
sehingga baginda menjadi sangat kurus. Isteri yang dikasihinya juga
meninggalkannya lantaran termakan pujukan syaitan durjana.
Maka tinggallah Nabi Ayyub sendirian dalam kesakitan namun
baginda tetap tabah dan sabar kerana yakin dan beriman bahawa
Allah sentiasa bersamanya.
Rakan-rakan sekalian,
Nabi Ayyub dipilih sebagai nabi dan teladan yang baik bagi
hamba-hamba-Nya sehingga dikenali sebagai simbol kesabaran.
Pengajaran dari cerita ini ialah : Pertama : Kita hendaklah beriman
kepada Allah dengan sebenar-benarnya. Kedua : Kita hendaklah
sabar dalam menghadapi apa jua dugaan dan cabaran. Allah
sentiasa bersama kita.
Sekian saja cerita saya..Sekian, terima kasih.