Anda di halaman 1dari 26

Assalammualaikum dan Semoga Anda Menghadapi Hari

Pelaburan Yang Bagus



Para Peniaga, Para Pelabur dan seluruh warga Malaysia yang
dihormati

Pertama sekali, saya perlu merakamkan ucapan terima kasih
yang tidak terhingga kepada anda yang menyatakan hasrat
untuk melanggan dan melawat siaran TV atas talian saya. Saya akan
cuba untuk berkongsi pengalaman saya selama 17 tahun dengan
seberapa ramai pelabur dan peniaga setakat kemampuan saya.

Alhamdulillah, selama 38 tahun sejak 1977, pasaran saham
tempatan kita iaitu Bursa Malaysia telah menjana keuntungan
sebanyak 1900 peratus yang memberikan lebih kurang 10 peratus
pulangan kompaun tahunan dalam masa setahun.

Bursa Malaysia membuka pintunya untuk industri pelaburan
dan membenarkan ribuan pelabur untuk menjana keuntungan dan
mahir dalam bidang perniagaan saham, kewangan, pelaburan dan
psikologi. Ini dilakukan melalui perniagaan tidak langsung dalam
pengurusan unit amanah atau perniagaan langsung melalui
akaun CDS. Dalam konteks ini, saya ingin mendedahkan kelebihan
menggunakan proses perniagaan tidak langsung untuk menjana
keuntungan dan mengapa 90 peratus peniaga langsung sering
mengalami kerugian.
Alhamdulillah, sejak tahun kebelakangan ini, jumlah unit amanah
yang diluluskan meningkat dengan mantap dan kebanyakannya
menjana keuntungan yang berpatutan sejak pasaran saham
mengalami peningkatan bermula 2009. Pengurusan dana di Malaysia

terus menjadi segmen pasaran yang menghadapi peningkatan


yang amat pantas dengan nilai asset melebihi penanda aras 600
bilion ringgit untuk pertama kalinya bagi mencecah nilai RM630
bilion (+7.1%) pada akhir tahun. Peningkatan nilai dana ini
disebabkan oleh peningkatan jumlah saluran untuk pengurusan
pelaburan dengan nilai aset bersih bagi industry dana amanah
meningkat pada RM354 bilion, nilai yang terbesar dicatat di Asia
Tenggara. Jumlah dana amanah sekarang ialah 603 dana dan
angka ini masih meningkat. Nilai RM354 bilion ini menyumbang 20%
permodalan pasaran dalam Bursa Malaysia.

Saya berpendapat unit amanah ialah kaedah pelaburan yang
paling popular untuk menjadi jutawan jika pelabur memiliki
kesabaran yang tinggi dan mempunyai pelan pelaburan bagi
jangka masa sederhana. Jika dipilih dengan lebih teliti, unit amanah
menjana keuntungan yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan
pelaburan seharian!

Unit amanah lazimnya membenarkan pelabur mengalami
risiko pelaburan yang lebih rendah kerana ia biasanya dikumpulkan
untuk skop pelaburan yang lebih luas yang mana ia membolehkan
pelabur mendapat pulangan yang lebih tinggi. Pada masa yang
sama, risiko itu dipelbagaikan dalam skop yang berbeza. Ini
memudahkan pelabur mencairkan pelaburan bila-bila masa
jika pelabur ingin membeli atau menjual unit amanah mereka.
Pengurus unit amanah selalunya dikehendaki untuk membeli
balik unit daripada pemegang unit ketika diminta berbuat demikian
oleh pemegang unit. Pemegang unit biasanya dibebaskan
daripada masa dan bebanan pengurusan yang tinggi melibatkan
kajian langsung, pelaburan, pengurusan dan penyimpanan rekod.

Memandangkan pelaburan pemegang unit diuruskan oleh pakar


dana amanah yang terlatih, pelabur dana amanah berada pada
kedudukan yang lebih baik untuk membuat keputusan pelaburan
yang lebih mantap. Unit amanah juga membenarkan pelabur
membeli dalam kuantiti yang banyak kerana ia biasanya dijual pada
harga yang amat rendah. Bagi pelaburan permulaan minimum
sebanyak RM1 atau 50 sen, pemegang unit boleh mendapatkan
khidmat pengurus dana professional yang tidak mungkin
dinikmati jika dia cuba mendapatkan khidmat professional sendirian
yang tidak melibatkan unit amanah.

Saya juga percaya pelaburan melalui unit amanah dapat
mengelakan perasaan emosi yang tidak menentu akibat
pelaburan secara langsung. Kesilapan ini dapat dielakkan jika kita
menggunakan khidmat pengurus dana amanah yang mempunyai
rekod cemerlang.

Pasti kebanyakan pelabur mendengar tentang statistik90%
pelabur akan kehilangan wang dan hanya 10% pelabur sahaja
yang boleh hidup dengan pelaburan saham.

Sungguhpun begitu, kenyataannya ialah kebanyak pelabur
langsung akan kehilangan wang berikut permainan psikologi
kawanan dalam pelaburan. Bagi anda (saya akan menggunakan
kata ganti anda untuk impak pskilogi yang maksimum), yang
memilih kaedah pelaburan langsung, izinkan saya menerangkan
kesilapan lazim yang dilakukan oleh kebanyakan pelabur langsung
dan bagaimana kesilapan ini boleh dielakkan menggunaan
khidmat pengurus professional yang mengendalikan dana amanah
atau perdagangan proprietari.

#1

TIDAK BERSEDIA DARI SUDUT MENTAL


Perniagaan saham memerlukan anda untuk membuat
persediaan. Anda mungkin bersedia dari sudut kewangan tetapi
anda juga perlu mempersiapkan minda dan emosi anda. Sebelum
anda mula memperdagangkan stok, anda perlu memiliki minda
yang betul dan kestabilan emosi. Persiapan mental membolehkan
anda membuat keputusan dengan tepat. Persiapan emosi
mengelakkan emosi anda mempengaruhi cara pemikiran anda.
Aktiviti pelaburan boleh menjadi aktiviti yang mencabar minda
kerana ia memerlukan anda mengawasi pelaburan anda secara
berterusan. Oleh itu anda perlu sabar dan berdedikasi, Aktiviti
pelaburan juga memerlukan anda memiliki sikap yang betul.


Anda perlu berdisplin dan mempunyai sifat kawal diri yang
kukuh. Anda perlu menguruskan keterujaan, ketakutan dan sifat
tamak anda bagi membolehkan anda membuat keputusan
pelaburan yang bijak. Kebanyakan orang gaga dalam bidang ini
kerana mereka tidak komited atau mempunyai kawalan diri yang
rendah bagi lebih memahami sifat perniagaan ini. Jika anda tidak
dapat mengawal diri anda, maka pelaburan saham bukan untuk
anda.

#2
TIDAK MELENGKAPKAN DIRI ANDA

DENGAN ILMU

Semua orang pasti bersetuju yang wang ialah topik yang


sensitif. Kebanyakan orang menghadapi masalah untuk menyerahkan
pengurusan duit hasil titik peluh mereka kepada orang lain. Namun,
jika anda berhasrat untuk melaburkan wang anda dan melihatnya
meningkat, anda tidak ada pilihan melainkan menyerahkan wang
anda untuk mereka yang berpengalaman dalam pelaburan.
Perdagangan stok ialah antara kaedah pelaburan popular yang
dapat menjana keuntungan untuk pelabur. Ia memerlukan anda
membuat keputusan yang bijak bagi mencapai hasil yang anda ingini.

Memandangkan wang itu ialah wang anda, anda mempunyai
tanggungjawab untuk mengajar diri anda tentang aktiviti pelaburan
saham. Anda tidak boleh mengharapkan remisier anda seratus
peratus kerana dia mungkin akan menipu anda. Lakukan kajian anda
sendiri dan belajar segala apa yang diperlukan tentang saham. Anda
perlu melengkapkan diri anda dengan ilmu untuk mengetahui sama
ada remisier anda melabur duit anda dalam stok yang bersesuaian.

#3
PENGHARAPAN TERLALU TINGGI


Salah satu kesalahan lazim dalam pelaburan saham ialah
mengharapkan pulangan yang sangat tinggi. Penting bagi orang
atau pelabur baharu untuk mengelakkan daripada mengharapkan
pulangan tinggi dalam jangka masa pendek. Pengharapan
yang tinggi akan mengundang kekecewaan kerana anda
menunggu hasil yang tidak dicapai dek akal. Anda perlu
berfikiran terbuka dan meletakkan pengharapan yang lebih realisitik.


Anda juga perlu faham bahawa jenis pelaburan ini bukan
bersifat jangka pendek. Pelaburan saham anda hanya akan
mencatat keuntungan jika anda membiarkan ia diniagakan dalam
jangka masa tertentu. Jika anda mendapati stok anda mencatat
kerugian, anda perlu menunggu hingga tiba masa yang sesuai yang
mana saham anda akhirnya menjana keuntungan. Anda perlu
ingat yang jika anda tidak mendapat pulangan yang diingini, anda
akan patah semangat untuk melabur dalam perdagangan saham.
Akibatnya, anda kehilangan peluang untuk melihat wang anda
berkembang.

#4
KURANG DISPLIN


Pelaburan saham memerlukan anda mempunyai kawalan diri
kerana ia ialah pelaburan yang menuntut dedikasi dan kawalan
berterusan anda. Pasaran saham ialah aktiviti perniagaan aktif
yang berlaku antara pembeli dan penjual yang mencari pelaburan
saham yang terbaik. Oleh itu, anda bersaing dengan mereka
yang mahu mencapai apa yang anda ingini. Anda perlu
mengawal kehendak hati anda bagi membolehkan anda membuat
keputusanbijak.WalaupunandaNampakpeluangyangmembolehkan
anda mendapat keuntungan yang lebih tinggi, anda perlu berfikir
secara mendalam sebelum anda membuat keputusan itu.
Displin penting dalam memperdagangkan saham anda. Jika anda
kurang berdisplin, ia akan menjejaskan peluang anda untuk membeli
saham yang terbaik. Ketakutan dan ketamakan anda juga
mengelakkan anda daripada membuat pelaburan yang betul.
Sifat negatif ini akan mengaburi pertimbangan anda. Sifat ini juga
mengekang keuntungan yang bakal anda peroleh daripada
pelaburan anda.

#5
GAGAL UNTUK MEMAHAMI


Maklumat ialah perkara penting dalam pelaburan saham.
Walau bagaimana pun, maklumat sahaja tidak mencukupi untuk
mendidik anda. Penting bagi anda memahami maklumat tersebut.
Jika anda memahami proses pelaburan saham secara keseluruhan,
anda tidak lagi berada dalam kegelapan. Memandangkan wang
anda sendiri terlibat dalam pelaburan saham, penting bagi anda
memahami mekanisma proses tersebut. Ia juga membantu anda
mengetahui bagaimana untuk mendapat pulangan daripada
aktiviti pelaburan anda.
Jika anda gagal memahami proses pelaburan saham, ada beberapa
kesan negatif yang perlu anda tahu. Anda akan mendapati anda
memilih jenis stok yang tidak bersesuaian. Akibatnya, pelaburan
anda mencatat kerugian. Anda juga sukar membuat keputusan
yang tepat. Ini menyebabkan anda membuat andaian yang salah.
Akhirnya, anda terpilih saham yang semakin menurun. Inimenyebabkan
anda kehilangan peluang untuk menjana keuntungan yang
lebih besar. Jika dilihat pada kesan-kesan negatifnya, anda
seharusnya bekerja keras untuk memahami asas pelaburan saham.

#6
GAGAL UNTUK MERANCANG

Perancangan yang teliti penting jika ianya melibatkan


pelaburan saham anda. Seperti juga meneroka peluang perniagaan
yang lain, pelaburan saham menuntut anda membuat pelan
induk. Jika dilihat pada pasaran saham yang sengit dan persekitaran
yang kompetitif, anda perlu belajar membuat pelan pelaburan.
Ini membolehkan anda mengetahui ke mana arah tujuan anda
dan bagaimana anda akan mendapat hasil yang diinginkan. Pelan
anda akan menjadi panduan anda menempuhi pasaran kewangan.
Jika anda meluangkan masa untuk memikirkan tentang strategi
kewangan anda, anda akan mengelakkan diri anda daripada
mengalami kerugian besar. Penting untuk mempunyai pelan dan
strategi sebelum anda menceburi industry pelaburan saham kerana
pelan dan strategi ini menjadi peta kejayaan anda. Apabila
anda berasa ragu-ragu, anda boleh merujuk pada pelan strategi
anda bagi memastikan anda berada di landasan yang betul.

#7
MELABUR WANG ANDA DENGAN PIHAK YANG
TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


Pelaburan saham bukan untuk semua orang. Ia memerlukan
pengalaman dan teknik untuk Berjaya. Oleh itu, anda perlu memastikan
anda melabur wang anda dengan pihak yang benar. Anda
bertanggungjawab sebagai seorang pelabur untuk mengenali
siapa yang mengendalikan wang anda. Anda ada hak dan
tanggungjawab untuk tahu sama ada remisier anda ialah orang
yang boleh dipercayai.
Kesalahan lazim yang dilakukan oleh pelabur ialah mempertaruhkan
wang dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Pelabur
gagal untuk mempelajari latar belakang, pengalaman dan sejarah
remisier mereka. Akibatnya, mereka kehilangan hampir kesemua
wang pelaburan mereka yang sepatutnya memberikan pulangan
keuntungan yang lumayan.Jika anda baharu mula melabur dalam
perniagaan saham, anda perlu ingat yang kajian wajib dilakukan
sebelum membuat sebarang keputusan. Ini mengelakkan anda
mempercayai sembarangan orang. Tindakan ini juga membuatkan
anda lebih berhati-hati dalam pelaburan wang anda dengan
menggunakan khidmat remisier yang jujur dan bertanggungjawab.

#8
DIPAKSA UNTUK MEMBUAT PELABURAN


Seperti yang diperkatakan sebelum ini, pelaburan saham
bukan untuk semua orang. Aktiviti ini memerlukan pelabur membuat
persiapan dari sudut mental, emosi dan fizikal. Jika anda mencari
pilihan pelaburan yang mendatangkan keuntungan, pelaburan
saham boleh menjadi salah satu pilihan anda. Tetapi, jika anda
bercadang untuk melabur wang anda menggunakan kaedah
pelaburan saham, anda perlu memastikan yang anda tidak
dipaksa oleh sesiapa. Ahli keluarga, kawan atau rakan sekerja tidak
sepatutnya mempengaruhi keputusan anda untuk melabur dalam
bidang saham ini.
Anda perlu menyedari hakikat betapa pentingnya untuk mengelak
diri anda daripada dipaksa untuk melabur dalam saham supaya anda
tidak terjebak dalam kesan negatif yang terhasil daripada keputusan
yang dibuat di luar kerelaann anda.Tindakan ini juga melindungi
anda daripada menyalahi orang lain jika anda mengalami kerugian.
Anda mempunyai hak untuk menentukan apa yang perlu dilakukan
dengan wang anda sendiri. Anda tidak perlu mengikut
rentak orang lain.

#9
KEGAGALAN MENCARI INDIVIDU YANG

SESUAI UNTUK SKOP TUGASAN ITU


Tidak dapat dinafikan pencarian remisier yang sesuai untuk
mengendalikan wang anda dan membuat pelaburan bagi pihak
anda ialah tugasan yang mencabar, Ramai broker saham yang
menawarkan khidmat mereka tetapi tidak semua antara mereka
yang cekap mengendalikan portfolio yang besar. Ada broker yang
kekurangan pengalaman dan ini menyebabkan pelanggan mereka
kerugian. Anda mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pelabur
untuk menganalisis kemahiran dan kemampuan bakal pengurus dana
anda bagi memastikan wang anda berada di pihak yang sesuai.
Kegagalan mendapatkan broker saham yang bersesuai
untuk memperdagangkan stok bagi pihak anda boleh menyebabkan
anda mengalami kerugian besar. Jika anda meletakkan wang anda
di tangan mereka yang tidak cekap dan tidak bertanggungjawab,
risiko kerugian anda menjadi lebih tinggi. Selalunya, broker yang
tidak berpengalaman gagal mengendalikan portfolio pelanggan
mereka dengan baik. Mereka mungkin tidak mempunyai displin yang
mencukupi untuk mengendalikan pasaran saham atau mereka
sebenarnya baru sahaja berjinak-jinak dengan proses pelaburan
saham.

#10
TERLALU MENARUH KEPERCAYAAN
KEPADA BROKER


Satu lagi kesalahan yang sering berlaku dalam pelaburan
saham ialah terlalu bergantung pada kemampuan broker
saham anda. Sesetengah pelabur tidak memantau pelaburan
mereka
kerana
terlalu
mempercayai
broker
mereka.
Kesimpulannya, pelabur-pelabur ini kehilangan wang atau mereka
menjadi mangsa penipuan. Mereka gagal menyemak pelaburan
mereka untuk jangka masa yang tetap. Oleh itu, mereka tidak
mendapat jumlah wang dan keuntungan yang diingini.
Anda mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat dan
menyemak pelaburan anda secara tetap. Anda perlu mengawasi
pergerakan dana anda untuk mengetahui kedudukan anda.
Elakkan daripada mempercayai peniaga atau broker anda
kerana kemungkinan besar dia akan menipu anda. Anda
perlu sedar akan setiap pergerakan transaksi wang anda
untuk memastikan mereka melakukan kerja mereka. Cara ini akan
menjamin peluang untuk anda mendapat keuntungan.

#11
MELETAKKAN SEMUA WANG PELABURAN
ANDA DALAM PORTFOLIO YANG SAMA.


Meletakkan semua wang anda dalam portfolio yang sama
atau bak kata pepatah sambil menyelam minum air tidak
praktikal untuk aktiviti perniagaan sebegini kerana anda akan
menanggung kos yang sangat tinggi. Memandangkan
pelaburan saham ialah salah satu jenis pelaburan, penting bagi
anda untuk meletakkan hanya sebahagian kecil daripada
wang anda untuk perdagangan sebegini. Ini ialah kerana rentak
aktiviti perdagangan ini tidak menentu. Ia bergantung pada trend
ekonomi semasa, oleh itu, wang anda akan terjejas secara langsung.

Penting bagi anda mempelbagaikan pelaburan anda
untuk meminimumkan kerugian wang anda. Keputusan anda untuk
meletakkan kesemua wang anda bagi tujuan pelaburan
saham bukan keputusan yang baik kerana ia membahayakan
peluang anda untuk memaksimumkan keuntungan anda pada masa
hadapan. Jika pasaran saham menurun atau jika harga saham
menjunam jatuh, anda mungkin akan kehilangan segala yang anda
miliki.

#12
SERING MEMBUAT ANDAIAN


Perniagaan saham memerlukan anda membuat keputusan
berkala. Sebelum anda membuat keputusan, anda perlu
memastikan anda sudah melakukan kajian anda. Anda perlu
mempelajari setiap perkara sebelum membuat keputusan
mutakhir. Oleh itu, andaian tidak memberi jaminan yang kukuh.
Jika anda melihat harga saham yang rendah, elakkan membuat
andaian saham itu berbaloi untuk dibeli. Ingat, harga saham yang
rendah tidak menjamin pelaburan anda itu berbaloi.

Jika anda menjumpai saham syarikat yang bernilai lebih
rendah
daripada
pesaing-pesaingnya,
pastikan
anda
mengetahui
tentang
syarikat
itu
sebelum
membuat
pelaburan. Cuba amati portfolio syarkat itu sebelum bercadang
untukmembeli saham syarikat itu. Semak keuntungan mereka dan
sejarah pendapatan mereka berserta kedudukan terkini mereka
dalam pasaran. Tentunya saham-saham itu dinilai pada harga
sedemikian

#13
MENGEJAR PELABURAN

Dalam perdagangan saham, broker dan pedagang


cenderung untuk menjejak saham yang bergerak pantas.
Sama ada nilai saham itu menaik atau menurun, mereka akan
mengejar pergerakan saham itu tanpa henti. Perasaan membeli dan
menjual saham pada saat akhir mungkin nampak menarik bagi
sesetengah broker. Tetapi, amalan ini merupakan kesalahan lazim
dalam perdagangan saham.
Ada yang berasa teruja setiap kali mereka melihat
saham-saham tertentu meningkat dengan mendadak. Apa yang
menjadi masalah dengan mentaliti sebegini ialah broker yang
berpengalaman
akan
bertembung
dengan
pelabur
baru. Akhirnya, kedua-dua mereka akan terlepas peluang
membeli saham tersebut. Jika anda berada dalam situasi
yang
mana
anda
terlepas
peluang
untuk
membeli
saham yang diingini, anda perlu membiarkan peluang itu pergi.
Lebih baik bagi anda menunggu prospek pembelian
saham yang lain.

#14
DENGAR TIP DARI ORANG LAIN


Ada kalanya pelabur atau pedagang saham tertipu
kerana mengikut tip orang lain. Lazimnya, mereka yang tidak
berpengalaman menjadi mangsa tip atau petunjuk yang tidak
boleh dipercayai. Mereka ini terdesak dan sanggung mempercayai
apa sahaja dan ini membuatkan mereka terjerat dengan
individu yang mengambil kesempatan atas mereka. Perkara ini juga
membawa pada pertimbangan dan keputusan yang tidak bagus.

Elakkan mempercayai orang lain melainkan sumber anda
itu boleh dipercayai. Individu-individu sedemikian pakar memujuk
orang lain supaya mengikut rentak mereka. Namun, jangan dengar
pendapat mereka melainkan anda sudah lama mengenali mereka
dan boleh dipercayai. Ingat, mereka yang mempunyai kepentingan
tidak akan berkongsi maklumat dengan orang lain. Mungkin anda
sukar untuk menerima situasi ini tetapi kebanyakan pelabur dan broker
yang berjaya selalunya berpandukan pertimbangan mereka sendiri.

#15
GAGAL UNTUK MENDAPATKAN

KEUNTUNGAN ANDA DALAM BENTUK


TUNAI


Sekiranya anda semakin mahir dalam pelaburan saham, akan
tiba masanya anda mendapat keuntungan. Anda ada pilihan
untuk mencairkan keuntungan anda dalam bentuk tunai atau
membiarkan keuntungan itu terikat dengan saham anda untuk
jangka masa tertentu. Namun, ada pedagang saham yang memilih
untuk meletakkan keuntungan mereka dalam saham tersebut
untuk jangka masa yang lama. Mereka menjadi terlalu yakin kerana
mereka sudah merasai perasaan apabila mendapat keuntungan
yang lebih besar. Apa yang menyedihkan ialah amalan ini akan
menimbulkan beberapa masalah untuk pelabur dan juga broker
saham.

Kegagalan untuk menukar keuntungan anda dalam bentuk
tunai akan menyebabkan anda menyesal dengan keputusan anda
itu. Ada masanya anda perlu mengeluarkan keuntungan anda
supaya anda dapat menikmati hasil kerja anda. Jika anda rasa anda
sudah berada di puncak, masanya sudah tiba untuk mendapatkan
keuntungan anda itu. Ingat, lebih baik untuk menjual pada harga
yang tinggi dan menguntungkan daripada menjual saham pada
saat-saat akhir.

#16
GAGAL UNTUK MENGURANGKAN
KERUGIAN


Pasaran saham selalunya tidak menentu kerana ia
terlalu bergantuk pada permintaan dan penawaran dan juga
status ekonomi. Hasilnya ada juga saham-saham yang menunjukkan
penurunan nilai. Walaupun pasaran saham mengalami peningkatan
dan penurunan, ada juga saham-saham yang ketinggalan.
Saham sebegini perlu dijual kembali. Memandangkan anda
melibatkan diri dalam pasaran saham untuk menjana keuntungan,
anda perlu menjual saham-saham yang mencatatkan kerugian.
Walaupun ada harga saham yang semakin menurun, masih
ada broker yang masih berpegang pada saham-saham ini.
Mereka lupa yang mereka sepatutnya melabur dalam saham yang
menguntungkan. Broker saham ini membiarkan perasaan mereka
menguasai mereka. Oleh itu, pertimbangan mereka dikaburi oleh
perasaan mereka sendiri. Mereka terlalu obses dengan saham-saham
ini. Akhirnya, mereka hilang matlamat dan perspektif mereka.

#17
MELABUR DALAM SAHAM-SAHAM

MENJANGKAUI KEMAMPUAN ANDA


Sesetengah pelabur dan pedagang saham menjadi
terlalu yakin bila mereka menguasai proses perniagaan saham itu.
Mereka terlalu selesa dengan kemahiran mereka memperdagangkan
saham dan mereka gagal berfikir dengan bijak Salah satu contoh
ialah apabila pelabur atau pedagang saham yang biasa menguruskan
sehingga maksimum 500 jenis saham sudah mula menikmati
keuntungan daripada saham sedia ada. Mereka cenderung untuk
menjadi tamak dan menambah pelaburan mereka dua kali ganda.

Senario ini nampak biasa tetapi ia mempunyai kesan yang
membahayakan
atas
keseluruhan
pelaburan
saham
anda. Anda mungkin mempertaruhkan risiko yang lebih
tinggi, menjangkaui kemampuan anda. Akitiviti memperdagangkan
saham tidak mudah dikuasai, maka anda perlu mengukur
kemampuan anda sebagai broker. Anda perlu berfikir dengan lebih
teliti sebelum anda membeli lebih banyak stok.

#18
TIDAK MENGENDAHKAN PETUNJUK



Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pasaran saham sentiasa
berada dalam keadaan yang tidak menentu. Tetapi, ada beberapa
petanda atau petunjuk yang boleh membantu pelabur memilih
mana satu saham untuk dibeli. Apabila anda semakin bergerak
cergas dalam perdagangan saham, persaingan yang begitu sengit
akan mencabar kemampuan anda. Anda akan menjadi terlalu
fokus terhadap keinginan anda untuk mendapatkan lebih banyak
wang dan anda terlepas peluang untuk membeli stok yang diingini.
Selain daripada kajian anda sendiri, anda boleh mencari
petunjuk di sebalik perubahan harga saham atau reaksi
saham terhadap pergerakan ekonomi yang paling minimum.
Lebih baik anda berpandukan maklumat terbaharu yang ada dengan
anda. Namun, anda juga boleh menggunakan data ini untuk mentafsir
pergerakan saham. Semak jika saham-saham ini semakin
menurun nilainya atau mereka ada potensi untuk berkembang.
Teknik ini membantu anda membuat keputusan yang bijak.

#19
TIDAK MEMPEDULIKAN TENTANG
PASARAN


Praktis ialah kunci untuk menguasai perdagangan saham.
Anda boleh bermula daripada bawah tetapi anda boleh mencatat
kejayaan sebagai broker saham jika anda mengamalkan kemahiran
yang perlu ada dalam perdagangan saham. Salah satu kemahiran
ini ialah menganalisis pasaran. Memandangkan ekonomi
banyak mempengaruhi pasaran saham, anda perlu prihatin
terhadap setiap perubahan. Jika anda memantau trend
pasaran, anda boleh menjadi pedagang yang lebih baik kerana
ini membolehkan anda mengagak apa akan berlaku seterusnya.
Pasaran memberikan anda gambaran keseluruhan tentang
apa yang berlaku dan apa yang akan berlaku. Anda boleh
membaca berita atau mengikuti trend untuk mengganggarkan
bagaimana berita itu membawa kesan ke atas harga saham
anda. Maklumat ini juga memberitahu anda jika masanya
sesuai untuk anda membeli atau menjual saham tertentu.
Namun, anda perlu ingat yang sumber maklumat anda itu boleh
dipercayai. Ini mengelakkan anda mendapat maklumat yang salah.

#20
GAGAL MENYIMPAN REKOD


Penting bagi anda melihat saham anda sebagai pelaburan
dan peluang perniagaan. Oleh itu, seperti peluang perniagaan
yang lain, lebih baik anda menyimpan rekod untuk setiap aktiviti
perdagangan anda. Amalan ini membolehkan anda menjadi
objektif. Memandangkan perdagangan saham cenderung untuk
mempengaruhi perasaan anda, anda mungkin berhadapan
dengan tekanan emosi. Tetapi, anda boleh menyemak rekod anda
untuk melegakan perasaan anda

Apabila anda menyimpan rekod yang terperinci, anda akan
belajar daripada kesilapan anda. Rekod anda membolehkan
anda menyemak setiap pergerakan pelaburan anda. Ia juga
membolehkan
anda
mempelajari
dan
menganalisis
apa yang anda telah lakukan untuk memperbaiki transaksi
dan
perdagangan
anda
pada
masa
akan
datang.
Rekod
anda
akan
memandu
anda
ke
arah
yang
lebih baik bagi mencapai objektif anda. Oleh itu, anda dapat
memaksimumkan peluang anda untuk menjana lebih banyak
keuntungan.



Alhamdulillah, dengan
memberikan anda senarai yang
terperinci di atas, saya dengan rendah hatinya berharap semua
rakyat Malaysia yang berhasrat untuk menjadi broker supaya
bijak bermain dalam permainan saham ini. Kemahiran
menguruskan perasaan dalam perdagangan saham memang
menarik
walau
nampak
sukar
tetapi
boleh
dikuasai.
Ianya berpandukan pada kegigihan dan komitmen kita
dalam
menguasai
kemahiran
tersebut.
Pilih
pelaburan
secara langsung jika anda AGRESIF dan BERJIWA KENTAL dan
pilih pelaburan unit amanah jika anda KONSERVATIF dan masih
BAHARU dalam pasaran.
Akhir sekali, dalam pasaran yang menyaksikan nilai
ringgit yang menurun akibat pelaksanaan GST, penurunan
harga minyak dan peningkatan kos hidup, saya harap kita akan
bersiap sedia menghadapi enam bulan akan datang dalam 2015.
BittaufiqWalHidayah. SELAMAT MAJU JAYA.
Dato Dr Nazri Khan
Presiden,
Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia/
Malaysian Association of Technical Analysts (MATA)
Naib Presiden,
Ketua Kajian Peruncitan
Affin Hwang Investment Bank

Follow us at

www.nazrikhan.com

facebook.com/mohdnazrikhan