Anda di halaman 1dari 8

Tema

Novel ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi
sehingga menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima
Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan
Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk
melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya
dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan
sainsnya dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi
terbaharu yang dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara.
Nilai kasih sayang
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kita.
Masyarakat yang mementingkan kasih sayang antara keluarga.
Kasih sayang sesama ahli keluarga
Azraai dan Farisha saling menyayangi .Walaupun Azraai tahu Farisha
hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan adiknya
itu.. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau akan
keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya
dan memasang retinal scanner dan iterkom yang bersambung antara
apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
Nilai Kebijaksanaan
Kita hendakalah bijak dalam melakukan sesuatu perkara .
Masyarakat yang bijak dalam bidang teknologi
Kebijaksanaan golongan manusia dalam bidang teknologi
Farisha seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah
terbukti dapat menggodam sistem komputer dengan hebat.
Kebijaksaan dia berpunca daripada implan yang telah dipasang di
badannya sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya
genius telah dimasukkan ke dalam badannya oleh bapanya, Karl.
Nilai berkerjasama
Kita mestilah berkerjasama untuk melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna
Masyarakat yang berkerjasama untuk melakukan sesuatu tugasan dengan
sempurna
Kerjasama sesama golongan saintis

Farisha dan Rosman saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat


kongsi mereka iaitu Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk
menjalankan projek mini yang ditawarkan oleh Soft Lab.

Latar masa :Pagi


Latar tempat:Hotel Rennaisance

Pada waktu pagi iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu
Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft
Lab untuk mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Latar masa:Petang
Latar tempat:Di hospital di wad 2B
Pada waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B,
tempat Farisha mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana
membiarkan Farisha seorang diri melaksanakan projek mini di Soft Lab.
Mereka mendapati Farisha masih lemah, tidak boleh banyak bercakap.
Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan datang pada hari
esok.
Latar masa:Malam
Latar tempat:Rumah abangnya iaitu Izraai
Pada waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk
makan malam. Pada waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua
berita yang menyedihkannya iaitu berita penyakit abangnya dan
kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada keluarga Azraai.

Plot
1. Permulaan Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas
menghadiri mesyuarat di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun
awal pagi untuk berkejar dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala
Lumpur pada hari yang sama. Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal
terbang dan berjumpa semula semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel
Renaissance. Pemuda itu menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di
Soft Lab.

2. Perkembangan Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab


dengan ditemani oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis
hebat bernama Karl. Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu
Dinara dengan bantuan Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan
Shida menemui pelbagai maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan
beberapa kemusykilan tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.

3. Konflik Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang
dia hanya anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat
melelapkan mata. Konflik juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila
Farisha jatuh pengsan dan dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi
bawah sedar dengan Karl tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr
Maxi mengambil keputusan untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.

4. Klimaks Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih


tempat Farisha untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah
kerana dia hanya mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha.
Sementara itu, reaksi Shida sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan
membanting diri kerana kejutan situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl
masuk ke dalam tubuh Shida untuk menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba
Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk membalas dendam terhadap Karl. Berlaku
perdebatan yang hebat antara Medina dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat
Dr Maxi sangat tegang. Semua watak ada di bilik Dr Maxi ketika ini.

5. Peleraian Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat
terkejut dan menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan
menemui Karl secara perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula
meraung. Sementara yang lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan
meninggal dunia pada jam 7 malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di
Selat Melaka.

Peribahasa
Senarai Peribahasa Tingkatan 4
1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
2. Darah daging
Maksud : Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.
3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
4. meninggi diri
Maksud : Sombong
5. bermuka dua
Maksud : Tidak jujur.
6. baik hati
Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).
7. tulang belakang
Maksud : Punca kekuatan.
8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang
Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai
kejayaan.
9. bagai kaca terhempas ke batu
Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya


Maksud : Mendidik anak biarlah semasa mereka kecil lagi.
11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
Maksud : Sama taraf berkenaan perkahwinan atau persahabatan.
12. seperti lembu dicucuk hidung
Maksud : Orang bodoh yang selalu menurut kemahuan orang
13. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.
14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air
Maksud : Tidak takut berdepan dengan pihak lawan kerana kedua-duanya sama
handal.
15. terang hati
Maksud : Lekas pandai.
16. rendah hati
Maksud : Tidak sombong
17. murah hati
Maksud : Pemurah.
18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.
19. Tangan kosong
Maksud : Hampa.

Senarai Peribahasa Tingkatan 5


1. lintah darat
Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.
2. bagai aur dengan tebing
Maksud : Saling tolong-menolong.
3. anak dagang
Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
di negeri sendiri
Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri
lebih baik lagi.
5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan
melibatkan diri
6. indah khabar daripada rupa
Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.
7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
Maksud : Pengagihan yang sama banyak.
8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni
Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.
9. kacang lupakan kulit
Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya
setelah mendapat kesenangan.
10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.
11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau
menguak
Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan
12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksud : Orang yang semuafakat, sehidup semati, dan tidak berubah
kesetiaannya.
13. memerah otak
Maksud : Belajar bersungguh-sungguh.
14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah
payah
15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit
dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan di


kemudian hari.
16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang
melayang
Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha
17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit
Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.
18. bak cendawan tumbuh selepas hujan
Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.
19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.
20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran
Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh maksud kedua, tetapi
yang sudah di tangan hilang pula.
21. mencari jalan
Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.
22. biar mati anak, jangan mati adat
Maksud : Adat yang tidak boleh dilanggar.
23.sediakan payung sebelum hujan
Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.
24. berbesar hati
Maksud : Gembira.
25. anak buah
Maksud : a. Anak saudara.
b. Pekerja di bawah jagaan kita.
26. tuan rumah
Maksud : Tempat berlangsungnya sesuatu acara
27. yang lama dikelek, yang baharu didukung
Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang
baharu.

28. batu penghalang


Maksud : Halangan
29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nantinantikan
Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.
30. bagai ikan pulang ke lubuk
Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal.
b. Kehidupan yang senang.