Anda di halaman 1dari 8

Hak-hak Pengguna

Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya sebagai


pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab. Lapan hak
pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan
yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang
mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan
sebagainya
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan
yang boleh membahayakan pengguna.
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya
membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah
pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai pelbagai keluaran dan
perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang dapat memberi pilihan dalam
membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan
memuaskan dengan harga yang berpatutan.
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat pertimbangan yang sewajarnya
dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang cepat serta saksama daripada
pentadbiran pengadilan.
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau
berbahaya ataupun perihal dagangannya yang `mengelirukan' serta pampasan bagi
perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan
kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut
arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi
mangsa akibat kecuaian majikan.
Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini
kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada
pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih
pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana
hendak menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat


Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih dan sihat serta bebas
daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini diperjuangkan oleh pengguna kerana
kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur alam semula jadi yang semakin
pupus atau dimusnahkan.
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan
di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal
beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada
pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.
Dasar Pengguna Negara (DPN)
KENYATAAN DASAR
Dasar Pengguna Negara bertujuan menggalakkan keseimbangan hak dan tanggungjawab
di kalangan dan di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dalam
melaksanakan peranan masing-masing, menggalakkan penggunaan lestari (sustainable
consumption) di kalangan pengguna dan pembekal/pengilang ke arah memelihara
kedaulatan Negara serta prinsip Agama untuk mencapai Wawasan Negara dalam
menjamin kesejahteraan dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi.
Dasar Pengguna Negara memberi fokus terhadap usaha-usaha tiga pihak, iaitu melalui
perlindungan kendiri (self-protection) di kalangan pembekal/pengilang dan penglibatan
Kerajaan melalui peningkatan tahap perlindungan pengguna yang berkesan. Ini boleh
dicapai dengan mewujudkan susasana yang harmoni untuk menggalakkan keseimbangan
hak dan tanggungjawab di antara pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan dengan
memantapkan bidang perundangan, amalan perdagangan, pendidikan, kesihatan,
kemudahan awam dan lain-lain bidang yang berkaitan.
RASIONAL DASAR PENGGUNA NEGARA
Dasar Pengguna Negara (DPN) diperlukan sebagai prinsip dan panduan dalam
menggubal undang-undang berkaitan perlindungan pengguna. DPN juga wajar digunakan
dalam penggubalan mana-mana dasar ekonomi atau sosial negara. Dasar ini adalah asas
kepada segala kegiatan kepenggunaan oleh Agensi Kerajaan, Persatuan Pengguna, badan
bukan Kerajaan yang lain dan sektor swasta supaya perkembangan kepenggunaan yang
lestari (sustainable) dapat dipupuk di negara ini.
DPN diperlukan dalam menghadapi kesan globalisasi terhadap pengguna,
pembekal/pengilang dan Kerajaan. Kepelbagaian barangan dan perkhidmatan serta
kecanggihan teknologi kesan dari globalisasi mengubah aspek perundangan, ekonomi,
strategi perdagangan dan sosial sesebuah negara.

DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pengguna yang mempunyai perlindungan


kendiri iaitu bijak, bermaklumat, proaktif dah bertanggungjawab, mampu mempengaruhi
aktiviti golongan pembekal/pengilang dan sensitif terhadap segala tingkahlakunya yang
mempengaruhi keadaan ekonomi dan sosial negara.
DPN diperlukan bagi mewujudkan masyarakat pembekal/pengilang yang mempunyai
kawalselia kendiri, iaitu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesejahteraan
pengguna.
DPN diperlukan bagi mencapai Wawasan Kerajaan dalam menggalakkan masyarakat
pengguna dan pembekal/pengilang yang sentiasa prihatin dan berpengetahuan mengenai
hak dan tanggungjawab masing-masing serta berganding bahu bagi mencapai
kemakmuran negara seluruhnya.
OBJEKTIF
Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
Memastikan tahap perlindungan pengguna yang terbaik dari segi perlindungan kendiri,
kawalselia kendiri dan aspek perundangan. Dari perspektif perundangan, setiap undangundang yang melibatkan pengguna hendaklah menyediakan peruntukan yang melindungi
pengguna, tindakan yang munasabah terhadap kecurangan pembekal/pengilang dan
sistem penyelesaian perundingan yang murah, mudah dan cepat.
Amalan Perdagangan Yang Saksama dan Bertanggungjawab
Menggalakkan amalan perdagangan yang saksama dan bertanggungjawab dalam segala
aspek yang melibatkan pengguna khususnya dalam aspek pengeluaran, promosi,
penentuan harga dan pemasaran barangan serta perkhidmatan yang dihasilkan oleh
pembekal/pengilang supaya dapat memenuhi keperluan asas pengguna dan keselamatan
pengguna serta menggalakkan pendekatan untung bersama dalam amalan perdagangan.
Menggalakkan kawalselia kendiri dalam amalan perdagangan yang mengutamakan
kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
Pendidikan
Memastikan pendidikan pengguna yang berterusan diberi keutamaan oleh sektor awam
dan swasta dan diintegrasikan dalam aktiviti pendidikan formal dan tidak formal.
Memberi pendidikan pengguna di kalangan pembekal/pengilang mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka dalam masyarakat sebagai usaha untuk melahirkan masyarakat
yang adil dan harmoni.
Penggunaan Lestari Dalam Era Globalisasi
Meningkatkan usaha ke arah amalan penggunaan lestari (sustainable consumption) di
kalangan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan, untuk menjamin kesejahteraan
dan kebajikan pengguna dalam era globalisasi dan liberalisasi perdagangan.

Hubungan Antara Pengguna, Pembekal/Pengilang Pengilang dan Kerajaan


Mengharmonikan hubungan pengguna, pembekal/pengilang dan Kerajaan agar semua
pihak mempunyai satu matlamat yang bersepadu iaitu mencapai perlindungan pengguna
yang terbaik di bawah satu dasar iaitu DPN.
MATLAMAT DASAR PENGGUNA NEGARA
Meningkatkan Kebajikan dan Kesejahteraan Pengguna
Matlamat utama DPN ialah untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan pengguna
supaya menjadi pengguna yang bertanggungjawab dan berupaya melaksanakan hak
pengguna untuk memilih dan bersuara. Meningkatkan keseimbangan kuasa berunding,
maklumat yang sahih dan mencukupi, serta keseimbangan kualiti/pulangan antara
pengguna dengan pembekal/pengilang.
Meningkatkan Kesejahteraan Sosio-Ekonomi
Mewujudkan dan menjamin kesejahteraan sosio-ekonomi di kalangan anggota
masyarakat melalui amalan perdagangan yang bertanggungjawab berasaskan kepada hakhak dan kepentingan pengguna iaitu hak untuk mendapatkan keperluan asas, membuat
pilihan, mendapat maklumat, gantirugi, keselamatan, menyuarakan pendapat, mendapat
pendidikan pengguna dan hidup dalam alam sekitar yang menjamin kesihatan.
Meningkatkan Amalan Penggunaan Lestari
Meningkatkan amalan penggunaan lestari dalam mengurus sumber-sumber yang terhad
untuk menjamin kesejahteraan ekonomi dan sosial. Penggunaan lestari menggalakkan
berbelanja dengan berhemat, menggunakan sumber semulajadi dan kemudahan asas
seperti air dan tenaga dengan berhemat, serta memelihara kesejahteraan dan kebajikan
pengguna generasi semasa dan generasi akan datang.
STRATEGI
Strategi-strategi berikut boleh dilaksanakan bagi tujuan pencapaian objektif-objektif yang
telah ditetapkan:Tahap Perlindungan Pengguna Yang Terbaik
SOSIAL
Meningkatkan Kualiti Kehidupan
Taraf kepenggunaan berkait rapat dengan taraf kualiti kehidupan. Faktor-faktor yang
menyumbang dalam peningkatan taraf kualiti kehidupan termasuklah kemudahan asas
yang mencukupi, perumahan yang mencukupi, kemudahan kesihatan yang mampu
dinikmati oleh semua golongan masyarakat, jaminan makanan yang berzat, kemudahan

pendidikan seperti sekolah dan perpustakaan kepada semua golongan masyarakat, serta
kemudahan teknologi maklumat yang kesemuanya memainkan peranan penting dalam
mencapai penggunaan lestari. Peningkatan kualiti kehidupan memerlukan kerjasama dan
permuafakatan pihak Kerajaan, sektor swasta dan pengguna. Pihak Kerajaan hendaklah
mengambilkira faktor-faktor di atas dalam penggubalan dasar-dasar Kerajaan dan
menyediakan infrastruktur yang mencukupi. Pihak swasta hendaklah mengambilkira
faktor-faktor di atas dalam penghasilan/pengeluaran barangan dan perkhidmatan dan
pengguna perlu bertanggungjawab untuk memastikan kualiti kehidupan kepada taraf
terbaik.
Meningkatkan Perlindungan Kendiri
Mewujudkan badan khas yang bebas untuk mengendalikan isu-isu kepenggunaan yang
dianggotai oleh pihak Kerajaan, pengguna dan pembekal/pengilang.
Mewujudkan pusat maklumat pasaran yang lengkap berkenaan barangan dan
perkhidmatan di setiap daerah.
Meningkatkan Sokongan dan Bantuan Terhadap Pergerakan Kepenggunaan
Kemajuan dan keberkesanan pergerakan pengguna berkait rapat dengan sokongan
masyarakat, kedudukan kewangan, keberkesanan tenaga penggerak yang mengendalikan
gerakan kepenggunaan dan sokongan Kerajaan. Kekurangan sokongan dari masyarakat,
kedudukan kewangan yang tidak kukuh dan kelemahan dalam pengurusan organisasi
menyebabkan aktiviti pergerakan kepenggunaan tidak dapat dilaksanakan dengan
memuaskan. Oleh itu, Kerajaan perlu meneruskan sokongan terhadap pergerakan
pengguna dan aktiviti-aktiviti kepenggunaan. Sumbangan dan sokongan yang diberikan
sudah tentu dapat membantu persatuan dalam usaha mempertingkatkan lagi aktivitiaktiviti kepenggunaan.
Menggalakkan Penyertaan Persatuan Pengguna Dalam Pembentukan dan Perlaksanaan
Program Agensi Kerajaan Di Peringkat Negeri dan Daerah
Menggalakkan penyertaan Persatuan Pengguna dalam pembentukan dan perlaksanaan
program kepenggunaan di peringkat negeri dan daerah. Persatuan Pengguna boleh
menjadi saluran utama untuk pengguna mengemukakan aduan dan pandangan dengan
lebih cepat dan berkesan untuk tindakan sewajarnya, contohnya melalui penyertaan
dalam jawatankuasa tertentu diperingkat Agensi Kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan.
PERUNDANGAN
Pemantapan Undang-Undang Perlindungan Pengguna
Kerajaan hendaklah terus memainkan peranan untuk melindungi dan mengimbangi
kepentingan kedua-dua pihak iaitu pengguna dan pembekal/pengilang. Dalam hubungan
ini, Kerajaan perlu:-

Memantapkan lagi penguatkuasaan undang-undang dan peraturan-peraturan agensi


penguatkuasaan di Kemeteriannya supaya tindakan yang berkesan dapat dilaksanakan.
Penguatkuasaan boleh dibantu oleh Persatuan Pengguna.
Meminda undang-undang yang sedia ada dari masa ke semasa dengan mengenakan
tindakan sivil dan jenayah yang setimpal untuk mengawal kegiatan-kegiatan perdagangan
yang tidak bertanggungjawab.
Menggubal undang-undang baru dengan mengambilkira kesan globalisasi, liberalisasi
perdagangan dan penggunaan lestari.
Memastikan setiap undang-undang yang berkait dengan pengguna mengandungi
peruntukan yang menjamin kebajikan dan kesejahteraan pengguna.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Secara umumnya, dasar kepenggunaan negara untuk setiap individu rakyat Malaysia dari
segenap lapisan masyarakat adalah berpandukan kepada falsafah kepenggunaan dan
kesedaran oleh setiap individu tersebut menengenai tanggungjawab sebagai seorang
pengguna di Malaysia.
Antara falsafah umum kepenggunaan ialah:
Mewujudkan sifat berdikasi di kalangan para pengguna iaitu " - "Perlindungan Paling
Berkesan Ialah Perlindungan Sendiri."
Mewujudkan pembangunan berorientasikan kepada menunaikan keperluan asas manusia
melalui kuasa beli kita sebagai pengguna bagi mewujudkan satu kebudayaan hidup yang
sesuai, bahagian dan tidak membazir
Para pengguna bolehlah merujuk kepada senarai di bawah samaada mereka
mempraktikkkan tanggungjawab mereka sebagai pengguna atau tidak walaupun tanpa
disedari:
Kesedaran untuk mengkritik
Pengguna mestilah mempunyai kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang
penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna.
Penglibatan dan tindakan
Pengguna mesti terlibat dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan
hak-hak pengguna dilayani dengan adil.
Tanggungjawab sosial
Pengguna mesti bertindak dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran terhadap
masyarakat supaya tindak-tanduk yang diambil tidak menimbulkan kesulitan yang lebih
besar.
Bersatu padu
Pengguna mesti bersatu dan bekerjasama dalam tindakan agar kepentingan mereka tidak
mudah digugat.

BARANG - BARANG KAWALAN


Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan sepanjang masa di
bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan barang-barang yang dikawal bekalannya.
1. Gula.
2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair.
3. Garam.
4. Simen dan klinker.
5. Tepung gandum.
6. Minyak masak.
7. Baja.
8. Ubat serangga.
9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah.
10. Bar bulat keluli lembut.
11. Minyak tanah.
12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara.
13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja).
14. Padi (Sabah sahaja).
15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred.
16. Bahanapi diesel.
17. Gas petroleum cecair (LPG)
18. Semua jenis roti.
19. Minyak bahanapi
20. Ayam
BARANG-BARANG KAWALAN MUSIM PERAYAAN
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan musim perayaan
setiap tahun:
1. Semua jenis mentega
2. Semua jenis keju
3. Semua jenis marjerin
4. Semua jenis minuman kotak dan botol
5. Semua jenis serbuk penaik dan esen membuat kuih-muih dan konfeksi
6. Jeli dan agar-agar
7. Daging dan jeroan mentega - segar dan dijeruk
8. Itik dan burung-burng lain, tidak termasuk ayam
9. Telur belum berkupas kulit dan telur jeruk
10. Buah-buahan mentah yang diimport - segar atau dijeruk
11. Bawang besar dan bawang merah
12. Bawang putih
13. Cili kering
14. Lada hitam dan semua jenis rempah
15. Kepala, sebiji atau yang diparut
16. Semua jenis kacang

17. Semua jenis kacang tanah


18. Cendawan dan kulat
19. Minyak sapi
20. Asam jawa
21. Makanan laut yang dikeringkan atau dijeruk
22. Tepung beras
23. Tepung jagung
24. Tepung beras pulut
25. Ubi kentang
Penguatkuasaan Timbang dan Sukat
Akta Timbang dan Sukat 1972
Akta ini menetapkan
Timbang dan sukat hanya menggunakan Sistem Unit Antarabangsa (International Unit
System) atau unit metrik;
Semua perlalatan ukuran yang digunakan memenuhi spesifikasi yang ditentukan dan
disahkan oleh Pegawai pemeriksa ;
Pengilang dan pengedar mempunyai lesen yang sah. Lesen Timbang dan Sukat
Syarat-syarat Kelulusan Lesen Menjual, Membaiki & Menjual dan Membuat, Membaiki
& Menjual Alat-alat Timbang dan Sukat
Pendaftaran Syarikat (Borang 9, 24 & 49) / Pendaftaran Perniagaan (Borang A & D) dari
Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Lesen Majlis Daerah Kerajaan Tempatan (jika ada).
Mesti mempunyai peralatan yang mencukupi.
Mesti mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam bidang berkenaan