Anda di halaman 1dari 16

1.

0 Pengenalan

Sememangnya, sudah sekian lama para pendidik berada dalam keadaan selesa
menggunakan kaedah lama ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Kaedah lama ini bolehlah ditafsirkan sebagai kaedah yang mana guru dan murid saling
bergantungan antara satu sama lain. Kaedah ini juga menyaksikan penggunaan bahan
bantu mengajar yang agak terhad seperti penggunaan kapur tulis, papan hijau, buku
teks dan sebagainya. Namun, dekad terakhir abad ke-20 telah menyaksikan perubahan
yang pesat serta di luar jangkaan walaupun perkembangan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan telah bermula sejak akhir 1980an.
Untuk menghadapi cabaran pendidikan, guru merupakan aset utama yang
berperanan dalam menyahut segala cabaran pendidikan akan datang. Jadi, ciri-ciri guru
dalam cabaran globalisasi pendidikan perlu dititikberatkan oleh semua guru. Guru
perlulah mempunyai iltizam yang tinggi iaitu melibatkan diri secara bersungguhsungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas melahirkan modal insan
kelas pertama. Seterusnya, dalam era globalisasi ini seseorang guru itu perlu
berorientasikan maklumat, dengan kata lain bersungguh-sungguh mengejar maklumat
baru yang berkaitan pendidikan serta isu-isu semasa. Aspek ini perlu diambil perhatian
kerana ia amat berguna kepada murid.
Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan
kurikulum. Menjelang abad ke 21 murid perlu mendapat segala kemudahan yang
disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Komputer sudah
pasti digunakan secara meluas.
Sumber pengetahuan utama abad ke 21 merupakan sumber yang berkaitan
dengan teknologi maklumat. Dengan itu kemudahan seperti komputer, multimedia,
cakera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua murid. Adalah diharapkan pengajaran dan pembelajaran pada
abad ke 21 dibantu sepenuhnya oleh komputer. Ini bukan bertujuan menggantikan guru

dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan


pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada murid.

2.0 Definasi
Aristotle pernah menyatakan bahawa nasib sebuah empayar bergantung kepada
pendidikan belia. Segala kekuatan atau kelemahan yang diperhatikan dalam
masyarakat berkait rapat dengan jenis pendidikan yang kita beri kepada pemudapemudi kita. Pada peringkat asas, pendidikan seharusnya dapat memberi seseorang
kanak-kanak pendedahan kepada pengetahuan yang luas dan pelbagai sebelum
dispesifikkan secara mendalam dalam bidang-bidang tertentu. Ilmu yang diperoleh
harus seiring dengan kemahiran untuk melakukan tugasan berasaskan ilmu itu.
Dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang
lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan
negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk
menentukan supaya kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang.
Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad
kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektorsektor perindustrian dan perdagangan sahaja.
Kurikulum bagi abad ke-21 perlu dibentuk supaya relevan dan koheran dengan
keadaan pada masa itu dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan.
Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan
oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.
Guru-guru khasnya profesion perguruan amnya, adalah tidak terkecuali daripada
terlibat dengan keadaam perubahan akibat daripada internationalisme dan globalisasi
(Ibrahim Abu Shah, 2002; Rohaty Majzub, 2000; Wan Liz Ozman, 2000; Kim, 1995). ini
memandangkan guru adalah agen perubahan dalam pendidikan.

Razali Ismail (1998), Era teknologi maklumat dikaitkan dengan kepantasan


maklumat dari segi jarak dan masa pada zaman yang begitu pantas berkembang.
Pendidikan juga tidak terlepas dalam menghadapi cabaran yang sengit ini dengan
ledakan maklumat dan kepantasan perubahan yang membolehkan pembelajaran
sepanjang hayat boleh direaliti dan direalisasikan tanpa mengira tempat dan kawasan.
Dunia abad ke-21 adalah satu dunia baru yang bukan lagi terkenal dengan
idealogi politiknya tetapi kepada kuasa ekonominya dengan mewujudkan satu dunia
global dengan pasaran global. Penggunaan teknologi maklumat telah memberi
pengaruh yang mendalam terhadap sosial, pentadbiran, perubatan hubungan
antarabangsa, pengangkutan dan pendidikan.
Kesan teknologi maklumat terhadap pendidikan menjadikan negara-negara yang
maju seperti Jepun, United Kingdom, Jerman, New Zealand dan Russia dijadikan
sebagai rujukan dan panduan bagi negara-negara yang sedang membangun seperti
Malaysia untuk mempertingkatkan prestasi dan kemahiran sejajar dengan Wawasan
2020 yang menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Namun, terdapat juga ancaman di dalam kepesatan teknologi maklumat ini
khasnya dalam bidang pendidikan. Pelbagai isu dan cabaran harus ditangani seperti
sesawang-sesawang yang boleh mempengaruhi minda dan personaliti murid. Dalam
tugasan ini, saya fokuskan kepada 3 isu dan cabaran iaitu di dalam sekolah, globalisasi
dalam pendidikan dan pengaruh perkembangan maklumat dan komunikasi.

3.0 Isu dan Cabaran


3.1

Dalam Di Sekolah

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan murid di sekolah untuk


mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat
masyarakat lantaran kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah murid.

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa
era globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa
tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka.
Akibatnya, murid terbabit mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan
disiplin yang bertujuan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka.
Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini
memuncak dengan drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah
menimbulkan rasa untuk mencuba pula dalam hati murid. Kebanyakan masalah disiplin
dikatakan satu cubaan meniru kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi,
disiplin mempunyai kaitan rapat dengan kejadian disiplin murid yang terus merosot itu.
Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin murid menjadi-jadi. Murid
sering menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang
mendengar dan sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal
menjalankan tanggungjawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan
memastikan disiplin murid itu akan turut merosot dengan drastiknya.
Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan murid turut
menjadi punca masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang
murid menghabiskan masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam
aktiviti menyalahi disiplin. Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini
menyebabkan mereka lebih berdisiplin.

3.2

Globalisasi Dalam Pendidikan

Cabaran yang terpaksa dilalui oleh institusi pendidikan dalam konteks


pelaksanaan inovasi kurikulum adalah kesediaan guru untuk menerima dan
melaksanakannya dengan penuh kesungguhan. Guru-guru merasakan perubahan yang
dilaksanakan di sekolah sebagai elemen asing justeru mereka tidak mempunyai rasa
kepunyaan, lebih-lebih lagi sekiranya mereka menyedari idea sesuatu perubahan itu

adalah daripada pihak seperti pertubuhan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan


pendesak, tekanan pihak media dan sebagainya.
Guru-guru mempunyai pandangan agak konservatif bahawa amalan yang sedia
ada tidak perlu kepada perubahan yang segera kerana kurang diyakini benar-benar
membawa faedah kepada mereka dan juga murid. Situasi mungkin akan menjadi lebih
bercelaru apabila perubahan itu menyebabkan guru keliru terhadap Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diperkenalkan pada 2010.
Guru mempunyai persepsi umum bahawa setiap perubahan bermakna
penambahan terhadap beban tugas dan tanggungjawab. Persepsi ini menyebabkan
guru bersikap berputus asa terhadap pencetus idea perubahan kerana pihak-pihak
berkenaan dianggap sebagai tidak memahami masalah mereka terutama beban tugas
yang tidak berkaitan dengan pengajaran seperti menghadiri mesyuarat, menghadiri
kursus, menjalankan aktiviti berkala di sekolah seperti hari kantin, hari sukan dan hari
kokurikulum.
Kebanyakan guru lebih suka melakukan tugas secara menyendiri terutama
berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Justeru sekiranya perubahan memerlukan
guru bekerja secara berpasukan seperti pelaksanaan kaedah kolaboratif guru berasa
kurang kondusif dan kebanyakan mereka akan mengelak dari melibatkan diri secara
proaktif.
3.3 Perkembangan Maklumat dan komunikasi
Era teknologi maklumat yang diamalkan di serata dunia semakin dirasakan
penting bagi pembangunan ekonomi, perkembangan sosial, kemajuan serantau, dan
lebih-lebih lagi peningkatan taraf pendidikan negara ini. Persaingan masyarakat dunia
yang lebih hebat dalam abad ke-21 dan perubahan ke arah masyarakat bermaklumat
menimbulkan cabaran baru kepada institusi pendidikan. Untuk mencapai matlamat
Wawasan 2020 dan mewujudkan masyarakat bermaklumat, maka inisiatif untuk
mengintegrasikan penggunaan teknologi maklumat dan multimedia dalam pengajaran
dan pembelajaran adalah digalakkan.

Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi penting bagi memudah dan


mempercepatkan penyampaian ilmu pengetahuan kepada murid. Pelaksanaannya
memerlukan infrastruktur yang mencukupi dan penyelenggaraan yang baik supaya
tidak timbul banyak masalah sepanjang mengendalikannya. Realiti yang berlaku ialah
menjadi satu kesukaran kepada pihak guru yang ingin menggunakan bahan teknologi
sebagai alat bantu mengajar.
Faktor ini akan menyebabkan proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komunikasi dalam pendidikan terbantut. Sebilangan besar guru yang telah lama
menggunakan kaedah syarahan semasa pengajaran dan pembelajaran akan
menimbulkan kerisauan bahawa teknologi hanya menyusahkan mereka. Hal ini kerana
tiada pendedahan dan latihan kepada guru tentang ledakan teknologi yang sebenarnya
boleh membantu mereka menyampaikan pengetahuan kepada para murid dengan lebih
berkesan.
Isu kekurangan latihan dan bantuan teknikal di dalam penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi seringkali dihadapi oleh guru-guru yang telah lama mengajar.
Ini menyebabkan guru-guru melepaskan sahaja masalah yang dihadapi jika berlaku
kerosakan kepada sistem komputer. Masalah yang berlaku dalam sistem komputer
tersebut menyebabkan guru merasa tidak mengambil endah akan masalah yang
dihadapi.

4.0 Kepentingan isu dan cabaran.


4.1 Dalam Di Sekolah
Isu dan cabaran berkaitan dengan sekolah yang paling ketara adalah masalah
disiplin. Fungsi asas sesebuah sekolah adalah sebagai institusi untuk mendidik.
hukuman yang dilaksanakan adalah dalam konteks mendidik atau mengajar mereka
erti undang-undang dan tanggungjawab pematuhan undung-undang dan peraturan.
Oleh itu ibu bapa dan murid-murid perlulah diberi penjelasan mengenai disiplin dan
peraturan sekolah supaya mereka faham.

Sungguh pun kuasa dan budi bicara diberikan kepada pihak berkuasa disiplin di
sekolah, namun dalam pelaksanaannya

pihak berkuasa tersebut perlu juga

mengamalkan keadilan dan berkarisma. contohnya seorang murid lelaki yang


dibuktikan merokok (Kategori Kesalahan Berat : membawa, menyimpan, menghisap
atau mengedar tembakau) dikawasan sekolah boleh dikenakan hukuman dera (rotan)
mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 7/2003 atau SPI Bil 4/1997.
Kedua-dua pekeliling ini, bilangan pukulan rotan turut dijelaskan berdasarkan
kepada keseriusan dan kekerapan muridmelakukan salah laku itu. Masalah timbul
apabila guru tidak mengetahui atau tidak mahu menuruti jenis hukuman yang
disarankan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan seterusnya mengambil
tindakan sendiri untuk menghukum murid yang ditangkap merokok.
Oleh itu, kita sering terdengar kes murid disekeh, ditampar, dijemur atau diminta
menghisap serentak segenggam rokok sebagai hukuman oleh guru. Hukuman liar ini
menyebabkan murid atau ibu bapa murid mula mempertikaikan jenis hukuman disiplin
yang dikenakan oleh pihak sekolah sehingga membawa perkara itu ke mahkamah.
Sehubungan dengan itu, perlulah dijelaskan kepada murid dan ibu bapa bahawa
hukuman rotan, penggantungan dan pembuangan hanyalah merupakan pilihan terakhir
setelah semua usaha-usaha bimbingan, nasihat serta tunuk ajar dilakukan, malah pihak
sekolah perlu memaklumkannya terlebih dahulu kepada ibu bapa.
Dalam Abad ke-21, kemahiran pedagogi seorang guru amat diperlukan dalam
kemahiran pembelajaran dan inovasi, kemahiran maklumat, media dan teknologi,
kemahiran hidup dan kerjaya selain kemahiran pemikiran kritis dan penyelesaian
masalah. Murid perlu dikembangkan potensinya melalui fungsi otak kanan dan kiri
supaya mereka dapat menjana minda dan berfikir secara kritis dalam pembelajaran.
Cabaran bermula sebaik sahaja murid memulakan sesi pembelajaran di dalam
bilik darjah. Dari segi pengaruh keluarga, rakan sebaya, sekolah mahupun persekitaran.
Adalah menjadi tanggungjawab golongan pendidik untuk mempertingkatkan ilmu
pengetahuan dan kompetensi berkaitan dengan ilmu keguruan dan bidang pengajaran

mereka agar ianya sentiasa selari dengan perkembangan-perkembangan terkini


berkaitan dengan bidang berkenaan.
Tanggungjawab yang sedemikian terletak di bahu semua pendidik disebabkan
oleh dua perkara utama iaitu pertama, golongan pendidik telah diamanahkan untuk
mendidik serta memperkembangkan minda anak-anak yang merupakan pemimpin pada
masa hadapan. Oleh yang demikian, seseorang guru perlu memastikan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang ada adalah sentiasa berada pada tahap
yang tinggi.
Keduanya, guru-guru hendaklah menghadiri latihan perkembangan profesional
secara berterusan. Penekanan ini adalah berdasarkan dapatan penentuan paling
penting bagi kejayaan seseorang murid. Justeru, golongan pendidik mesti menyemai
kefahaman bahawa mereka telah diberikan tanggungjawab dan amanah yang sangat
tinggi untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan terlaksana.
Permasalah di dalam seklah ini, guru dan ibu bapa adalah dua pihak yang
bertanggungjawab secara langsung yang perlu menangani masalah ini yang boleh
dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan semua pihak. Ibu bapa sebagai
peneraju sesebuah keluarga memegang amanah besar untuk memastikan anak-anak
dididik sempurna mungkin dengan menerapkan nilai-nilai terpuji.
Ikatan kekukuhan keluarga mampu menghindari unsur-unsur kurang baik. Nilainilai keibubapaan sebenarnya mempunyai pengaruh yang besar untuk perkembangan
fizikal dan psikososial anak di samping pencapaian akademik dan tingkahlaku yang
sopan.

4.2 Globalisasi Dalam Pendidikan


Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau
sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.

Impak globalisasi dalam pendidikan telah merencanakan sebuah negara


terutama Malaysia dalam ke arah negara berdaya saing. Pada tahun 2003 semasa
pentadbiran Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah memperkenalkan satu dasar
pendidikan Malaysia yang menetapkan bahasa Inggeris menggantikan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa perantara mata muridan Sains dan Matematik (PPSMI) di
semua peringkat pendidikan. Walaupun terdapat perdebatan hangat oleh orang ramai,
namun murid-murid dapat mengusai bahasa Inggeris dengan baiknya sejajar dengan
bahasa pengantarabangsaan.
Selain itu, kepentingan berbahasa Inggeris juga digunakan dalam bidang
komunikasi untuk berkongsi ilmu dan maklumat supaya keberhasilan maklumat adalah
tepat dan betul. Contohnya dalam bidang pendidikan, di alam sekolah rendah dan
menengah

mereka

menggunakan

bahasa

ibunda

atau

kebangsaan

dalam

pembelajaran. Di peringkat tinggi seperti institusi awam atau swasta, penggunaan


bahasa Inggeris adalah penting dalam mencari rujukan dan panduan dalam
menghasilkan

sesuatu

samaada

inovasi

atau

rekacipta.

Dasar

PPSMI

juga

memudahkan tugas beban guru dalam pengajaran, secara tidak langsung guru hanya
menjadi sebagai fasilitator dan bukan penyampai ilmu sepenuhnya.

4.3 Pengaruh Perkembangan Maklumat dan komunikasi


Adalah sangat penting dalam menghadapi ekspektasi dan cabaran perubahan,
seluruh warga pendidikan memerlukan persediaan yang rapi. Ini merangkumi
perancangan jangka panjang, perancangan jangka pendek, perancangan aktiviti dan
program serta pengurusan dan pentadbiran teknologi maklumat dan komunikasi di
sekolah. Teknologi maklumat dan komunikasi merupakan sistem yang berupaya
melaksanakan pengumpulan, pengurusan, manipulasi, perolehan dan komunikasi
maklumat dalam pelbagai bentuk. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam
pendidikan bermaksud penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
menyokong proses teras dalam pengurusan dan pentadbiran pendidikan , pengajaran
dan pembelajaran serta pendidikan sepanjang hayat. Dengan penggunaan teknologi

maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran membolehkan aktiviti


pengajaran dan pembelajaran dijalankan tanpa sebarang kekangan tempat dan masa.
Ianya juga akan meningkatkan penggunaan sumber pendidikan dan berupaya
meningkatkan kualiti pendidikan disamping mempercepatkan proses pendidikan
berasaskan kadar kebolehan murid.
Interaksi dan perhubungan masa kini banyak bersandar kepada teknologi
maklumat sama ada melibatkan bidang diplomasi mahupun perdagangan. Teknologi
maklumat juga sudah menjadi sebahagian dari cara hidup masyarakat moden dalam
apa juga aktiviti dan kegiatan, lebih dirasakan penting iaitu modenisasi dan teknologi
yang semuanya berkait rapat dengan tahap ekonomi dan pendidikan. Teknologi
maklumat dan komunikasi sahaja pada misalnya sudah cukup memberikan cabaran
kepada pembangunan pendidikan.
Rasa tanggungjawab untuk membawa perubahan bagi menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran lebih menarik adalah dorongan utama buat guru yang
menghayati penggunaan teknologi di dalam bidang pendidikan. Menyediakan bahan
pengajaran menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya banyak
melibatkan peruntukan persendirian guru kerana ia memerlukan guru mengorban masa,
tenaga dan wang untuk menyediakan bahan tersebut. Cabaran ini ditambah pula
dengan kekurangan perisian yang sesuai di pasaran di samping kos yang tinggi untuk
mendapatkannya. Namun guru perlu menyedari betapa pentingnya menggunakan
kaedah terkini agar murid tidak ketinggalan di dalam bidang teknologi masa kini. Inilah
motivasi untuk golongan guru tersebut menjalankan amanat di dalam bidang
pendidikan.
Usaha bersungguh-sungguh menggunapakai tenologi dalam pengajaran dan
pembelajaran bukan sahaja memanafaatkan tugasan dan murid malah ia juga berjaya
menjadi contoh kepada rakan seperjuangan dan murid lain. Teknik ini dan
keberkesanannya telah menjadi ikutan guru-guru lain dan seterusnya menjadi
pemangkin kepada pembentukan satu budaya teknologi maklumat dan komuniksi di
sekolah.

Seseorang guru perlu berpandangan jauh dan mempunyai visi terutamanya


dalam perkembangan pendidikan demi mencapai matlamat kecemerlangan pendidikan
negara dalam alaf baru. Selain itu, guru juga perlu berpandangan positif iaitu
memperlihatkan reformasi dan inovasi pendidikan serta perubahan kurikulumnya dalam
perspektif yang positif yang boleh mendatangkan manfaat kepada diri, murid,
masyarakat dan negara contohya peka kepada perubahan dalam setiap aspek, sedar
tentang keperluan negara dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Seseorang guru
juga perlu berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi,
inovasi dan perubahan pendidikan dengan menguasai kemahiran belajar.
Bagi menyahut cabaran ini, Kementerian Muridan Malaysia telah membuka
langkah pertama dengan mengilhamkan sekolah bestari yang lengkap dengan teknologi
terkini hasil aplikasi perdana koridor raya multimedia. Pada tahun 1999, kerajaan telah
mewujudkan sekolah bestari melalui projek rintis "pilot school" sebanyak 87 buah
sekolah yang melibatkan 35 buah sekolah di luar bandar dan 52 sekolah yang di bandar
yang terdiri dari sekolah menengah dan sekolah rendah di seluruh negara.
Sekolah Bestari yang diwujudkan adalah untuk mencapai matlamat negara dan
membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui pembekalan teknologi
maklumat ke sekolah, keupayaan guru mengintegrasikan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran dan pentadbir sekolah berupaya menggunakan sistem
pengurusan berkomputer untuk meningkatkan proses pentadbiran sekolah.
Penubuhan sekolah bestari yang dilengkapi dengan prasarana bestari iaitu
Makmal Bestari, Makmal Media dan Bilik Server. Selain itu, prasarana telekomunikasi
dan sistem maklumat berasaskan multimedia membenarkan murid berinteraksi secara
aktif dengan maklumat.

5.0 Ciri-ciri guru dalam menyahut cabaran.


Setiap guru telah diamanahkan untuk mendidik murid di sekolahnya walaupun
menghadapi sebarang cabaran dan rintangan yang dihadapi bagi memastikan

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan sempurna. Di peringkat


sekolah, guru boleh mewujudkan satu budaya pementoran iaitu perhubungan
seseorang individu menerima nasihat, bimbingan khusus

atau kaunseling daripada

penasihat yang lebih berpengalaman. Ia mampu memberi makna dalam perbualan,


dalam masa sama guru sebagai mentor boleh berkongsi pengalaman semasa di
sekolah dahulu. Sokongan dalaman adalah perlu dalam setiap murid dalam
menghadapi abad ke-21 ini, pelbagai cabaran yang datang terutama perubahan arus
pendidikan di Malaysia dengan perlaksaaan dasar-dasar bagi meningkatkan keupayaan
murid dengan berfikir secara kritis dan kreatif.
Selain itu, peranan guru menjadi pemantau disiplin murid di dalam kelas bagi
mewujudkan suasana yang aman dan damai tanpa unsur-unsur pergaduhan, buli
membuli dan sebagainya. Peranan guru lebih diibaratkan sebagai ibu bapa di sekolah,
selain daripada mengajar, guru juga dijadikan bahan untuk menumpang kasih sayang
serta meluahkan perasaan yang terpendam.
Guru juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan untuk murid-murid yang tidak
memahami pembelajaran terutama dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris, Sains
dan Bahasa Melayu. Daripada penglibatan murid yang selalu menjadikan gurunya
rujukan, guru secara tidak langsung boleh menilai keupayaan dan kemenjadian murid
dalam pembelajaran. Pentaksiran berasaskan sekolah bermula dari tahun satu hingga
tiga boleh dinilai atas penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Dasardasar pendidikan yang baru diperkenalkan seperti pembelajaran abad ke-21, hendaklah
disahut oleh guru kerana pembelajaran ini menekan murid kepada konsep belajar
mengkaji dan mencari jawapan. Secara tidak langsung murid akan menjana akal dan
mindanya dan berusaha dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Penggunaan alat bantu mengajar dapat memudahkan seseorang guru
merealisasikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Antara yang
paling menarik minat murid ialah penggunaan komputer dan internet. Penggunaan alat
bantu mengajar ini memudahkan guru melangkaui jangkaan dan perancangan yang
telah dibuat dengan bantuan alam maya yang sedia ada dan mudah dicari.Penggunaan
internet tiada had sempadan dan batasan, maka guru hendaklah memantau pergerakan

dan penggunaannya semasa sesi pengajaran dan pembelajaran supaya perkara yang
negatif dapat dielakkan. Memang tidak dinafikan terdapat banyak bidang ilmu yang
bermanfaat terdapat di internet tetapi tidak lupa juga pada perkara yang boleh
membawa kesan negatif kepada murid. Contohnya murid melihat video dalam
sesawang youtube.com pelbagai paparan dikeluarkan. Maka dapatlah dirumuskan
bahawa setiap isu dan cabaran yang dihadapi pasti ada jalan penyelesaiannya dan
bergantung kepada kebijaksaan guru untuk mentadbir dan mendidik anak murid ke arah
yang betul.

6.0 Rumusan
Rumusannyanya, dunia tanpa sempadan ini memaksa industri pendidikan di
Malaysia untuk melalui era transformasi yang sangat dirasai gelombangnya. Selain itu,
perkembangan pendidikan di Malaysia yang semakin pesat ini adalah hasil daripada
minat ibu bapa yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan persekolahan anakanak mereka baik di peringkat pra sekolah, pendidikan rendah, menengah dan juga di
institusi pengajian tinggi.
Kesedaran tersebut adalah implikasi daripada kesedaran mengenai kepentingan
pendidikan bagi memajukan diri dalam menghadapi cabaran kehidupan yang semakin
sengit. Oleh itu, peranan-peranan daripada pihak pendidik, ibubapa, dan murid itu
sendiri amatlah penting bagi menghadapi transformasi dunia tanpa sempadan ini. Akhir
sekali, pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit
secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan
memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek
lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

7.0 Refleksi
Guru dan cabaran semasa memang tidak asing lagi bagi para pendidik dalam
menjaya misi dan visi kerajaan dengan berdasarkan dasar-dasar yang telah
diperkenalkan bagi meningkatkan mutu dan keberhasilan di dalam bidang pendidikan.
Terdapat beberapa kelemahan di dalam menghasilkan kerja kursus ini terutama
pilihan bidang yang hendak diterokai. Terdapat pelbagai bidang yang menjadikan
pendidikan ini sesuatu topik yang sangat berguna berkaitan isu dan cabarannya serta
cara untuk memastikan penyelesaian adalah sangat tepat dengan pendidikan abad ke21.
Isu dan cabaran pendidikan merupakan tajuk yang sukar untuk ditamatkan
kerana saban hari terdapat pelbagai isu yang dipaparkan di media cetak dan elektronik.
Kelemahan saya dalam menghasilkan kerja kursus ini disebabkan pemilihan isu dan
cabaran, isu yang paling meluas ialah penggunaan teknologi maklumat dan isu yang
paling mendapat perhatian ramai terutama ibu bapa dan murid berkaitan dengan isu
disiplin di sekolah. Isu ini perlu di teliti dan dihayati supaya tidak menyinggung manamana pihak yang boleh mendatang aib kepada profesion perguruan.
Kekuatan yang saya perolehi dalam tugasan ini ialah pengalaman mengajar
lebih daripada sepuluh tahun, dapat berjumpa dengan pelbagai isu dan cabaran
sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Dasardasar yang telah diperkenalkan dilaksanakan dengan pengalaman yang ada bagi
memastikan pendidikan abad ke-21 berjalan dengan jayanya.
Pendidikan di dalam dunia globalisasi ini dapat dikembangkan tidak mengira
umur dan pangkat supaya ilmu yang dipelajari dapat dimanfaatkan dan tidak
dilenyapkan di dunia ini.

8.0 Rujukan
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Edisi Pelancaran
PIPP 2006
Pembangunan

Pendidikan

2001-2010,

Kementerian

Pelajaran

Malaysia,

2001,Putrajaya
Iliyas Haji Hashim, (2002). Antara Cabaran dan Harapan Dalam Pengurusan Kurikulum
Sekolah Abad Ke-21: Pemikiran Dalam Pendidikan. Universiti Malaysia Sabah:Sekolah
Pendidikan dan Pembangunan Sosial.
Datuk Dr. Syed Othman Alhabshi dan Hasnan Hakim, Dasar Dan Pelaksanaan Sistem
Pendidikan Kebangsaan, Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat
Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada 1 2 September 2001
Al-Munsyi (1995), "TQM Dalam Pendidikan." Dewan Masyarakat. Disember; 23-25.
Kamarrudin Jusoh (1997). "Keluhan Bekas Guru Disiplin." MASSA. 5 April.
Marimuthu. T (1990). "Pengenalan Sosialogi Pendidikan." Petaling Jaya : Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang (1996). "Pendidikan Di Malaysia." Kuala Lumpur : Kumpulan
Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan
UNITAR.
Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational Technology
into Teaching.New Jersey:Prentice Hall.
Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 Education Technology
Services. Giga Information Group, Inc.

Kertas Kerja Seminar Sekolah Efektif, 14-16 Nov 1996 di Institut Aminuddin Baki:
Mewujudkan dan Mengekalkan Keberkesanan Institusi Pendidikan.
Utusan Pengguna, November 1997, M/S 23
Hussein Hj. Ahmad (2001). Mandat UNESCO dan cabaran globalisasi. Kuala Lumpur:
Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Tajul Ariffin Mohd Noordin & Nor Aini Dan (2002). Pendidikan pembangunan manusia.
Bangi: As Syabab Media.
Tajul Ariffin Mohd. Noordin & Nor Aini Dan (1992). Pendidikan dan wawasan 2020.
Kuala Lumpur : Arena Ilmu Sdn. Bhd.

Syed Ismail, Tuesday, 24 May 2011, http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/gurudan-cabaran-semasa-bab-1-isu-dan.html


NAFISOH MD DESA , Monday, October 4, 2010 8:04 PM, http://pendidikanict.blogspot.com/

Muhammad Azri Amin Mustapai, 07 Mei 2010,


http://mdazriamin5119.blogspot.com/2010/05/halangan-integrasi-tmk.html